89374145 pbs 1 sistem ekologi asal

Upload: patma-aruldas

Post on 14-Apr-2018

294 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    1/46

    TEMA 5: SISTEM EKOLOGI(Tajuk : Kitar Nutrien)

    A. Konsep Kitar Nutrien.

    1. Konsep Kitar Nutrien: Iaitu kitaran bahan kimia atau unsur kimia (bahan bukan organic) yang ada

    dalam sesebuah ekosistem. Ia berlaku secara berterusan dan berkesinambungan dalam edaran yang lengkap

    dan sempurna. Misalnya kitar oksigen, kitaran Nitrogen, kitaran fosforus, kitar hidrologi dan sebagainya.

    Bahan-bahan yang ada di dalam sesebuah ekosistem akan berkitar bersama-sama dengan kitaran makanan.

    Ia boleh berubah bentuk dan posisi yang akhirnya kembali ke tempat asalnya.

    2. Sepertimana keseimbangan yang berlaku dalam kitaran tenaga sesebuah ekosistem maka kitaran

    nutrien atau kitaran bahan ini juga mesti mencapai tahap keseimbangan, jika tidak ekosistem itu menjadi

    tidak stabil. Dalam konteks ini input bahan yang masuk ke dalam sesebuah ekosistem mestilah sama

    banyaknya dengan output bahan yang keluar dari sempadan ekosistem tersebut. Dalam perbincangan ini,

    bukan semua kitaran bahan kimia atau nutrien akan dibincangkan. Perbincangan akan menumpukan kepadabeberapa jenis kitaran yang utama sahaja seperti:

    Kitaran Nitrogen.

    1. Nitrogen merupakan satu unsur kimia yang amat berguna sekali kepada hidupan. Bekalan

    nitrogen di dalam atmosfera yang diperlukan oleh organisma hidup dalam sesebuah ekosistem datangnya

    dari dua sumber penting iaitu bacteria dan alga pengikat nitrogen. Nitrogen dapat diperoleh najis danbuangan organisma hidup (perkumuhan) seperti ammonia, urea, asid urik, sebatian bernitrogen dan

    daripada pereputan bangkai haiwan. Lazimnya gas nitrogen memasuki rantaian makanan melalui akar-akar

    tumbuhan dalam bentuk ammonia atau nitrat. Apabila berada dalam tumbuhan, nitrogen akan bertukar

    menjadi molekul-molekul organik seperti asid amino, protein, asid nukleik dan vitamin.

    2. Nitrogen tidak akan dihilangkan dalam proses pernafasan, tetapi ia dikumuhkan keluar melalui airkencing haiwan. Cara lain bagaimana nitrogen dilepaskan keluar daripada rantaian makanan ialah apabila

    hutan-hutan atau tumbuhan dibakar. Dengan cara pembakaran hutan ini maka nitrogen akan dibebaskan keudara dalam bentuk gas nitrogen. Hasil perkumuhan haiwan yang mengandungi nitrogen boleh ditukarkan

    oleh organisma seni menjadi bentuk amino. Bentuk amino ini pula boleh diuraikan dari molekul-molekul

    organik lalu menghasilkan ammonia. Beberapa jenis bakteria khususnya Nitrosomonas bolehmengoksidakan ammonia menjadi nitrit. Tindakbalas ini boleh berlaku dimana-mana sahaja samada di

    dalam tanah atau di dalam air asalkan terdapat ammonia dan oksigen. Manakala bakteria jenis

    Nitrobacterboleh mencantumkan nitrit dengan oksigen lalu menghasilkan nitrat.

    3. Bagi gas nitrogen yang ada dalam udara pula boleh ditukarkan kepada beberapa bentuk oksidamelalui kilat. Apabila gas nitrogen terkena kilat ia akan bertukar menjadi nitrogen oksida dan nitrogen

    oksida ini pula boleh bercantum dengan air untuk menghasilkan nitrat. Satu perkara yang agak penting bagi

    kitaran nitrogen ialah peranan yang dimainkan oleh beberapa jenis bakteria, kulat dan alga biru-hijau.Mikro organisma ini berkeupayaan untuk mendapatkan gas nitrogen dalam udara dan mencantumkannya

    dengan gas hidrogen untuk menghasilkn gas ammonia. Sebahagian kecil daripada gas ammonia ini akan

    dikumuhkan keluar oleh mikro organisma berkenaan dan tertinggal di dalam tanah. Amonia dan nitrat yang

    ada di dalam tanah amat mudah dilarutkan di dalam air tanah dan mengalir bersama-sama aliran air bawah

    tanah menuju ke sungai, tasik, kolam dan sebagainya.

    4. Kitaran nitrogen amat penting dalam pertanian. Ia menjadi asas dalam pengeluaran protein dan

    makanan-makanan yang mengandungi nitrogen yang dikeluarkan oleh kitaran nitrogen tanah. Secara

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    2/46

    semulajadinya nitrat akan dikeluarkan secara perlahan-lahan di dalam tanah hasil tindakbalas

    mikrorganisma tertentu. Sebaik sahaja nitrat dikeluarkan ke dalam tanah maka ia akan digunakan oleh

    tumbuhan dan menukarkannya kepada protein. Lihat rajah 123 di sebelah untuk menunjukkan kitaran

    nitrogen yang lengkap.

    Rajah 123: Kitaran Nitrogen yang lengkap.

    Kitaran Oksigen dan Kitaran Karbon Dioksida

    1. Kitar Oksigen berlaku menerusi proses pernafasan atau respirasi haiwan dan manusia dengan prosesfotosistesis oleh tumbuhan. Oksigen dibekalkan terus dari atmosfera untuk pernafasan haiwan dan manusia.

    Proses pernafasan/respirasi haiwan dan manusia akan membebaskan Karbon dioksida ke atmosfera. Karbon

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    3/46

    dioksida yang dibebaskan oleh haiwan akan digunakan pula oleh tumbuhan hijau untuk melakukan proses

    fotosistesis. Menerusi fotosistesis tumbuhan pula akan membebaskan kembali oksigen ke atmosfera yang

    kelak digunakan pula oleh haiwan dan manusia. Proses ini berterusan dan berkitaran. Dalam keadaan

    semulajadi ianya berlaku dengan seimbang.

    2. Justeru itu kitar oksigen dan kitar karbon dioksida tidak boleh dipisahkan. Kerana di dalam prosespernafasan dan fotosistesis ia melibatkan ke dua-dua unsur tersebut yang sudah terikat di antara satu sama

    lain dalam proses semulajadi. Pernafasan menggunakan oksigen dan membebaskan karbon dioksida.

    Karbon dioksida pula akan diguna oleh tumbuhan melakukan fotosistesis yang akan membebaskan kembali

    oksigen. Oksigen sebenarnya terikat dalam karbon dioksida semasa pernafasan haiwan dan manusia.

    Dalam proses fotosistesis karbon dioksida pula diikat dan digunakan oleh tumbuhan untuk membebaskan

    oksigen. Oksigen juga digunakan dalam pembakaran bahan api fosil seperti penggunaan petroleum dalamkenderaan lalu membebaskan karbon dioksida.

    Kitaran Kalsium.

    1. Kitaran mineral seperti kalsium, fosforus,sodium,potassium adalah lebih rapuh daripada kitaran

    oksigen dan nitrogen kerana ia wujud bukan dalam satu simpanan yang digunakan secara langsung. Bahan

    mineral ini disebut sebagai bahan sedimentasi (bahan enapan) yang berasal daripada fosil yang berubah

    menjadi mineral-mineral atau zat-zat galian. Bahan bahan mineral yang berada di dalam tanah ini mudah

    larut di dalam air tanah dan diresapkan kedalam sistem tumbuhan sebagai sumber makanannya. Setelah

    tumbuhan itu pula mati maka bahan-bahan mineral di atas akan kembali semula ke dalam tanah.

    2. Kitar kalsium bermula di dalam tanah. Kalsium dikeluarkan oleh tumbuh-tumbuhan dan disimpandi dalam akar, batang, dahan dan daun. Apabila tumbuhan-tumbuhan tadi terkena air hujan maka air hujan

    akan melarutkan sedikit kalsium yang ada untuk mengembalikannya ke tanah, seterusnya kitar kalsium

    akan terus berlangsung apabila sistem akar tumbuhan menggunakan semula kalsium yang ada di dalam

    tanah berkenaan. Haiwan seperti serangga memperolehi kalsium apabila makan tumbuh-tumbuhan

    manakala burung pula akan memperolehi kalsium apabila memakan serangga berkenaan. Seterusnya

    kalsium yang dimakan oleh burung tadi akan disimpan di dalam cengkerang telur. Apabila telur menetas,

    cengkerangnya akan jatuh ke tanah dan kalsium akan kembali semula ke tanah. Begitu juga dengan

    haiwan-haiwan yang lain. Kalsium dalam badan haiwan tersebut akan tersimpan di dalam tulang dan gigimereka. Apabila haiwan ini mati dan reput maka kalsium yang tersimpan di dalam tulang dan giri akan

    kembali semula ke tanah yang akan digunakan pula oleh tumbuhan sebagai sumber makanannya.

    Kitaran Sulfur.

    1. Sulfur juga banyak terdapat di dalam tanah berbanding dalam atmosfera. Sepertimana kalsium,

    sulfur boleh diserap masuk melalui akar-akar pokok dalam bentuk sulfat dan seterusnya boleh bergabung

    dengan molekul-molekul organic seperti asid amino dan protein. Selain itu sulfur juga boleh dikeluarkan

    daripada sumber makanan melalui najis dan pembakaran tumbuh-tumbuhan. Menerusi rantaian makanan,

    beberapa jenis bakteria boleh mengeluarkan hidrogen sulfida daripada tisu-tisu yang direputkan. Manakala

    di dalam udara nitrogen sulfida boleh dioksidakan menjadi sulfat oleh beberapa jenis bakteria yang lain

    pula. Seterusnya sulfat yang terhasil ini akan digunakan oleh tumbuh-tumbuhan.

    2. Sulfat sukar dilarutkan di dalam air, tetapi jika terdapat feram (besi) bersama-samanya maka sulfat

    boleh bergabung dengan besi tersebut mewujudkan besi sulfida atau feram sulfida yang juga tidak akan

    larut dalam air. Seterusnya jika terdapat oksigen yang banyak maka ferum sulfida yang terhasil akan

    dioksidakan menjadi sulfat yang amat berguna sekali kepada organisma hidupan. Pembakaran tumbuh-

    tumbuhan akan membebaskan gas sulfur dioksida ke udara. Di dalam udara gas sulfur dioksida seterusnya

    akan dioksidakan sekali lagi oleh oksigen menjadi sulfur trioksida yang seterusnya akan larut di dalam air

    hujan menjadi asid sulfurik. Hujan yang turun akan membawa bersama asid sulfurik dan apabila titisan

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    4/46

    hujan menimpa tanah maka asid sulfurik akan diresapkan dan tersimpan kembali di dalam tanah. Lihat

    rajah 124 di sebelah untuk menunjukkan bagaimana kitaran sulfur terjadi.

    Rajah 124: Kitaran Sulfur

    Kitaran Fosforus.

    1. Fosforus didapati di dalam alam sekitar dalam bentuk fosfat. Bentuk ini terdapat khususnya dalam

    batu hablur. Apabila batu itu dihakiskan maka fosfat yang terkandung di dalamnya akan mengalir keluar

    dan seterusnya boleh digunakan oleh organisma-organisma. Fosfat yang berlebihan pula boleh dilepaskan

    keluar daripada rantaian makanan dalam bentuk najis. Lihat rajah 125 di bawah yang menunjukkan kitaran

    fosforus.

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    5/46

    Rajah 125: Kitaran Fosforus.

    Unit 5.1.3 Ekosistem Hutan Hujan Tropika.

    A. Jenis-Jenis Ekosistem Hutan Hujan Tropika.

    1. Hutan hujan Tropika atau disebut juga sebagai hutan lembab Tropika merupakan satu biome yangmerangkumi pelbagai jenis ekosistem yang paling rumit di atas muka bumi ini. Walaupun ekosistem hutan

    hujan Tropika hanya meliputi 10% sahaja daripada kawasan daratan di muka bumi tetapi ia menampung

    antara 40% 50% daripada jumlah spesis yang ada di atas muka bumi ini. Kepelbagaian jenis ekosistem

    yang ada di dalam hutan hujan Tropika adalah disebabkan oleh terdapatnya kepelbagaian jenis tumbuhansemulajadi yang dipengaruhi pula oleh kepelbagaian jenis iklim yang wujud. Mengikut Van Steenis,

    tumbuhan semulajadi di kawasan hutan hujan Tropika boleh dibahagikan kepada dua kumpulan yang

    besar dan setiap satu kumpulan tersebut mengandungi ekosistem-ekosistem tersendiri seperti jadual di

    sebelah:

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    6/46

    Jadual: Kumpulan Tumbuhan Semulajadi dan ekosistem-ekosistem

    Yang terdapat di dalam hutan hujan Tropika.

    Kumpulan Utama Kumpulan Persekitaran Khusus

    Ekosistem hutan hujan Tropika malar

    hijau (rain forest)

    Ekosistem hutan hujan tropika separa

    malar hijau.

    Ekosistem hutan paya air tawar

    Ekosistem hutan paya bakauEkosistem tumbuhan pantai.

    Ekosistem hutan rawa

    Ekosistem hutan gambut.

    Ekosistem hutan di atas batu kapur.

    Ekosistem hutan gunung.

    Ekosistem hutan sekunder

    B. Ciri-Ciri Ekosistem Hutan Hujan Tropika Malar Hijau (Rain Forest).

    1. Dalam konteks iklim, ekosistem ini dikenali sebagai hutan hujan khatulistiwa yang sebahagian

    besarnya meliputi Malaysia. Ekosistem hutan ini merupakan tumbuh-tumbuhan klimaks yang tumbuh di

    kawasan yang menerima hujan antara 2000 mm hingga 4000 mm setahun dan purata suhunya kira-kira

    25C hingga 27C tanpa bezantara suhu harian yang ketara. Hutan hujan malar hijau ini merupakan biome

    yang mengalami keadaan iklim yang optima. Di Malaysia hutan ini tumbuh dengan subur kerana iamempunyai jumlah hujan yang banyak kira-kira 1500 mm hingga 2500 mm setahun disamping purata suhu

    harian yang tinggi antara 26C hingga 27C. Namun begitu taburan dan komposisi hutan ini adalah

    berbeza-beza mengikut ketinggian muka bumi dari aras laut.

    2. Daripada segi ekosistem, ciri hutan malar hijau Tropika yang paling ketara ialah kewujudan

    kepelbagaian biologi (biodiversiti) atau kepelbagaian spesis yang banyak walaupun di sebuah kawasan

    yang mikro keluasannya. Sebagai contoh di Malaysia terdapat kira-kira 7900 spesis pokok berbunga dan

    1500 pokok berbiji di dalam hutannya dan di dalam kawasan seluas 1.6 hektar terdapat kira-kira 210 spesisyang berlainan. Justeru itu di dalam ekosistem hutan ini memang kaya dengan kepelbagaian spesis fauna

    dan flora.

    3. Selain daripada kaya dengan kepelbagaian biologi, satu lagi ciri istimewa ekosistem hutan hujan

    Tropika malar hijau ini ialah sifatnya yang berlapis-lapis atau bersrata. Pada amnya terdapat empat lapisan

    utama seperti rajah 126 di bawah.

    Rajah 126: Profil ekosistem Hutan Hujan Tropika Malar Hijau yang menunjukkan empat lapisan.

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    7/46

    Lapisan A: Adalah lapisan tertinggi dengan ketinggian antara 40 50 meter dengan munculan-munculan pokok yang lurus dan tegak. Munculan pokok ini menunjukkan kedudukannya yang jauh lebih

    tinggi berbanding dengan kanopi hutan seluruhnya. Munculan pokok ini mungkin wujud secara sepokok-

    sepokok atau secara berkumpulan. Silara pokok ini agak lebar dan berbentuk payung. Bentuk silaranya

    boleh diguna untuk mengenalpasti spesis pokok tersebut. Di Malaysia pokok-pokok ini mungkin terdiri

    daripada jenis pokok balak yang besar seperti Cengal, Meranti, Tualang, Keruing, Nyatoh dan sebagainya.

    Pokok tertinggi yang pernah direkodkan di Malaysia ialah daripada jenis Koompassia yang terdapat di

    Serawak yang ketinggiannya kira-kira 83.82 meter. Lapisan A biasanya menjadi habitat pelbagai jenis

    burung dan juga serangga seperti lebah.

    Lapisan B: Dikenali juga sebagai lapisan kanopi yang mempunyai ketinggian antara 25 hingga 30

    meter. Di Malaysia, jenis pokok Hopea dan Vatica dari keluarga Dipterocarpaceau merupakan jenis pokokutama yang membentuk lapisan B. Silara pokok ini lazimnya bulat dan tidak selebar pokok-pokokmunculan akibat halangan kemasukan cahaya matahari dari pokok munculan tersebut. Pokok-pokok yang

    berada di lapisan B inilah yang mempunyai banyak akar banir iaitu sejenis akar yang timbul di permukaan

    tanah.

    Lapisan C: Dikenali juga sebagai lapisan tengah yang mempunyai ketinggian antara 15 hingga 20meter. Lapisan ini adalah lapisan paling padat yang terdiri daripada pokok-pkok yang berbatang kecil dan

    lurus. Selain itu lapisan ini juga terdiri daripada pokok-pokok dari jenis lapisan A dan B yang sedang

    membesar dan masih belum matang. Pokok-pokok kecil ini tumbuh perlahan-lahan kerana kekurangan

    cahaya matahari. Di lapisan C ini juga terdapat banyak tumbuhan epifit seperti orkid, lumut dan kulampair.

    Lapisan D: Lapisan D boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu pertama, lapisan pokok renek di

    sekitar 5 meter ketinggiannya. Lapisan pokok ini menerima cahaya matahari yang sedikit akibat halangandaripada lapisan A, B dan C di atas dan ia merupakan habitat utama bagi monyet, tupai dan musang. Keduaialah lapisan bawah atau dikenali juga sebagai lapisan lantai hutan. Lapisan ini agak jarang. Bagi lapisan

    lantai hutan yang tidak ditembusi oleh cahaya matahari maka tumbuhan tak berklorofil seperti saprofit dan

    parasit sahaja yang boleh tumbuh. Di antara contoh saprofit ialah Rafflesia yang mempunyai bunga yang

    besar. Manakala lapisan hutan yang ditembusi cahaya matahari akan ditumbuhi pokok-pokok renek yang

    berklorofil seperti pokok-pokok herba.

    4. Selain itu di antara cirri-ciri lain dalam ekosistem hutan hujan Tropika ialah wujudnya persaingan

    antara pokok-pokok untuk mendapatkan cahaya matahari. Oleh sebab itu kebanyakan pokok bersifat tinggi,lurus dan hanya berdahan di bahagian atas sahaja. Untuk tujuan persaingan ini juga, terdapat sesetengah

    tumbuhan akan hidup bersama. Dalam istilah ekosistem ia dipanggil sebagai simbiosis. Simbiosis terbahagi

    kepada tiga jenis iaitu:

    a) Komensalisme iaitu satu perkongsian yang menunjukkan satu organisma mendapat

    faedah tanpa merugikan organisma yang satu lagi.

    b) Kesalingan iaitu kedua-dua organisma mendapat faedah.

    c) Parasitisme iaitu hanya satu organisma sahaja mendapat faedah manakala organismayang satu lagi memperolehi kerugian.

    Di antara contoh komensalisme ialah seperti pokok pepanjat dan epifit yang menggunakan pokok-pokok

    besar yang lain sebagai sokongannya tanpa mendatangkan kerugian kepada pokok perumah tersebut.

    Pepanjat mempunyai akar di dalam tanah dan hanya memerlukan sokongan (pokok-pokok besar) untuk

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    8/46

    mendedahkan daunnya kepada cahaya matahari. Diantara contoh pokok pepanjat ialah seperti pokok rotan,

    akar tuba atau pokok pepanjat yang mempunyai sulur paut. Contoh-contoh bagi kesalingan pula ialah liken

    yang terdiri daripada kulat dan alga. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan dan hubungannya yang erat

    serta saling menguntungkan ini membolehkan kulat dan alga boleh hidup walaupun di kawasan yang

    kekurangan nutrient atau di kawasan suhu yang agak panas. Manakala parasit pula boleh memusnahkanpokok yang ditumpanginya dalam jangkamasa yang lama setelah koloninya membiak dan menawan cabang

    atau dahan pokok yang ditumpanginya itu. Diantara contoh parasit ialah pokok dedalu.

    5. Hutan hujan Tropika yang begitu tebal dan lebat daunnya sudah pasti membekalkan bahan organik

    yang banyak apabila ia gugur ke tanah. Disokong dengan persekitaran yang sentiasa lembab telah

    menyebabkan mikro organisma amat aktif untuk mereput dan menguraikan bahan-bahan organik

    khususnya dedaun yang gugur tadi menjadi nutrient-nutrien tanah. Oleh sebab itu tidak hairanlah di dalam

    ekosistem hutan ini amat tebal dan kaya dengan lapisan humus.

    C. Komponen Biotik dan Abiotik serta Rantaian Makanan Yang Berlakudalam Ekosistem Hutan Hujan Tropika.

    1. Komponen biotik yang terlibat dalam ekosistem hutan hujan Tropika ialah seperti tumbuhan hijau

    yang bertindak sebagai pengeluar, pelbagai peringkat pengguna (herbivor seperti rusa, kijang, pelanduk,

    karnivor- seperti harimau, buaya, musang, dan omnivore seperti orang-orang asli ) serta pereput danpengurai yang terdiri daripada kulat, protozoa dan alga. Manakala komponen abiotik termasuklah perkara-perkara berikut:

    a) Tenaga matahari: Yang membekalkan tenaga kepada pengeluar dan menjamin suhu yang

    tinggi sepanjang tahun antara 26 hingga 27C serta bezantara suhu hariannya kecil iaitu kurang dari 2C.

    b) Hujan. Pembekal utama sumber air kepada komponen biotik . Hujan turun dengan lebat

    kira-kira 2000 mm setahun dan tiadanya musim kemarau yang nyata. Disamping itu hujan ini juga

    menjamin udara yang lembab.

    c) Tanih. Yang berasal daripada batuan yang telah diluluhawakan secara luluhawa kmimiayang menghasilkan pelbagai jenis regolit atau tanih seperti tanah laterit, tanah liat, tanah pasir dan

    sebagainya.

    2. Rantaian makanan dan aliran tenaga di dalam ekosistem hujan Tropika: Sila lihat rajah 127 dibawah.

    Rajah 127:Rantaian Makanan dan aliran tenaga di dalam Ekosistem Hutan hujan Tropika

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    9/46

    Bagaimana tenaga dipindahkan dalam rantaian makanan bagi ekosistem hutan tropika.

    a) Tenaga dipindahkan terus dari matahari kepada pengeluar/tumbuhan-tumbuhan untuk prosesfotosintisis. Daun pokok akan melakukan proses fotositesis untuk membuat makanan dan hasilnya

    ialah tenaga kimia yang akan disimpan oleh tumbuhan dalam bentuk karbohaidrat, protein, lemak

    dan asid tumbuhan.

    b) Tenaga kimia dan haba dipindahkan dari pengeluar/tumbuhan ke pengguna primer seperti arnab,

    burung, tikus,tupai dan rusa apabila haiwan-haiwan herbivor ini memakan tumbuhan yang kaya

    dengan karbohidrat,protein,lemak dan seterusnya membebaskan tenaga haba melalui respirasi.

    c) Tenaga kimia dan haba dipindahkan dari pengguna primer ke pengguna sekunder apabila haiwankarnivor memakan herbivor. D iantara contoh haiwan karnivor ialah seperti musang, ular, dan

    harimau .Tenaga kimia ini terus diperolehi daripada tisu-tisu badan haiwan herbivor.

    d) Tenaga kimia dan haba dari pengguna sekunder akan berpindah kepada pengguna tertier

    (Omnivor) iaitu apabila haiwan karnivor memakan karnivor yang lain atau memakan herbivor

    serta pengeluar. Diantara contoh omnivore ialah orang-orang asli yang tinggal di dalam hutan

    belantara.

    e) Organisma penghurai seperti bakteria dan kulat pula memperolehi tenaga kimia daripada molikul-

    molikul yang kaya dengan tenaga daripada tisu organisma/tumbuhan yang telah mati dan mereput.Mikrorganisma yang mereput dan menguraikan jisim organik yang mati ialah seperti kulat,

    bacteria, ulat dan cacing tanah. Bahan organic yang telah direput dan diuraikan akan menjadi

    humus serta nutrient-nutrien tanah yang kelak akan digunakan pula oleh tumbuhan sebagai sumber

    makanannya untuk hidup dan membesar di dalam ekosistem hutan hujan Tropika itu.

    D. Peranan dan Kepentingan Ekosistem Hutan Hujan Tropika (RainForest)

    Peranan dan kepentingan ekosistem hutan hujan Tropika boleh ditinjau daripada dua aspek, utama iaitu

    kepentingannya kepada alam sekitar manusia dan juga kepentingannya kepada alam sekitar fizikal.

    Kepentingan kepada alam sekitar manusia.

    Dalam konteks alam sekitar manusia, hutan penting sebagai sumber ekonomi kepada penduduk dan juganegara. Di antara kepentingan yang boleh dibincangkan ialah:

    1. Penting kepada sistem ekonomi tradisional yang masih bergantung kepada sumber hutan seperti

    masyarakat asli yang menjalankan aktiviti pertanian pindah, mengutip dan berburu. (Hunting and

    Gathering economy) Ekosistem hutan sebagai habitat atau tempat tinggal orang-orang asli disamping

    mereka menggunakan sumber-sumber hutan itu sendiri sebagai sumber makanan . Selain itu terdapat juga

    orang-orang asli yang menjual hasil-hasil hutan sebagai sumber ekonomi seperti hasil rotan, damar, akar-

    akar kayu untuk perubatan dan sebagainya. Di Malaysia taburan orang-orang asli masih ramai di kawasan

    hutan atau kawasan pedalaman Sabah dan Serawak, pedalaman Pahang, Perak, Selangor dan juga Kelantan.

    2. Penting untuk sektor pembalakan. Menghasilkan sumber kayu dalam pelbagai bentuk untuk

    kegunaan tempatan dan juga di eksport . Ini akan menghasilkan pendapatan negara khususnya melalui

    pendapatn eksport. Sebagai contoh negara Thailand dan Burma amat bergantung kepada pengeksportan

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    10/46

    kayu jati mereka ke negara Jepun, USA, negara-negara Eropah dan sebagainya yang mempunyai nilai

    matawang yang lebih tinggi daripada mereka bagi memperolehi keuntungan dari tukaran mata wang. Di

    Malaysia terdapat 677 spesis pokok balak yang mempunyai nilai dagangan yang tinggi. Antaranya ialah

    seperti Chengal, Meranti, Seraya, Keruing, Balau, Sentang, Kempas, Merbau, Kapur, Keledang,Rengas,

    Tualang dan sebagainya.

    3. Penting untuk sektor pelancongan (Eko-pelancongan) seperti hutan lipur, air terjun, kepelbagaian

    spesis fauna dan flora (biodiversity) yang menarik pelancong yang akan menambahkan pendapatan

    penduduk dan negara. Di Malaysia sebagai contoh, perkembangan pesat sektor pelancong amat dibantu

    oleh khazanah kepelbagaian biologi hutannya. Oleh itu kawasan hutan seperti Taman Negara di Pahang,

    hutan Endau rompin, Taman negara Sepilok di Sabah, hutan Belum di Perak,Taman Negara Bako, TamanNegara Mulu amat terkenal sebagai destinasi pelancongan utama yang mendatangkan pendapatan lumayan

    dari industri eko-pelancongan.

    4. Membantu memajukan industri-industri yang berkaitan dengan sumber hutan (industri hiliran)

    seperti industri membuat perabot, industri pembinaan (perumahan) serta industri pengangkutan. Dengan

    adanya industri-industri ini maka kepelbagaian ekonomi dan rantaian ekonomi di sesebuah negara

    berkembang dengan pesat. Selain itu dengan adanya industri-industri yang berkaitan ini juga ia telah

    menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk dalam pelbagai sektor seperti pekerja kilangpemprosesan kayu balak, pekerja kilang perabot, pemandu di sector pengangkutan dan sebagainya. Ini akan

    menambahkan lagi pendapatan perkapita penduduk dan taraf hidup mereka sekaligus pengganguran dankemiskinan dapat dikurangkan.

    5. Menjadi kawasan tadahan air yang membekalkan air kepada empangan yang diproses untuk dijual

    kepada penduduk atau dieksport ke negara lain yang kelak menghasilkan pendapatan negara. Dalam kes ini

    Malaysia dan Singapura boleh dijadikan contoh. Sumber-sumber air di Johor telah diproses untuk dijual ke

    Singapura dan hasil jualan diperolehi sebagai sumber pendapatan eksport Negara.

    Kepentingan Kepada Alam Sekitar Fizikal.

    1. Hutan berfungsi sebagai habitat kepelbagaian biologi khususnya fauna seperti hidupan liar. Hutan

    sememangnya kaya dengan kepelbagaian spesis. Misalnya Hutan Hujan Amazon yang luasnya 0.5 billionhektar mempunyai berjuta spesis haiwan dan tumbuhan. Bagi satu hektar hutan Amazon terdapat 750 jenis

    spesis haiwan, dan 1,500 jenis spesis tumbuhan. Haiwan-haiwan ini boleh hidup, membesar dan membiak

    dengan sempurna di dalam kawasan hutan yang ekosistemnya stabil tanpa diganggu oleh manusia. Hutan

    menjadi habitat utama untuk haiwan membentuk lingkungan dan meneruskan generasinya. Tanpa

    gangguan dari aktiviti manusia maka haiwan boleh hidup, bersaing dan membesar dengan seimbang

    dengan sumber makanan yang ada di dalam hutan tersebut. Apabila habitat/hutan ini dimusnahkan maka

    pelbagai spesis haiwan juga turut musnah atau berlakunya penghijrahan spesis untuk mencari habitat yang

    baru yang terpaksa pula menghadapi persaingan di kawasan yang baru. Selain itu kemusnahan ekosistem

    terutamanya rantaian makanan akan terjadi. Apabila tumbuhan dieksploitasi, ia gagal menjalankan

    fungsinya sebagai pengeluar makanan kepada masyarakat pengguna hutan. Justeru pengguna primer(herbivor), sekunder (karnivor) dan tertiar (Omnivor) turut kehilangan sumber-sumber makanannya.

    2. Perlindungan daripada hakisan tanah. Liputan tumbuh-tumbuhan melindungi tanih daripadahakisan percikan atau hempasan air hujan serta mengurangkan kadar hakisan larian air permukaan melalui

    cengkaman akar dan juga proses cegatan silaranya. Di kawasan hutan tebal halaju setiap titisan air hujan

    yang menimpa lantai hutan akan diperlahankan oleh silara-silara pokok yang berlapis-lapis. Kesannya air

    hujan lebih banyak meresap masuk ke dalam tanah berbanding dengan mengalir di permukaan. Selain itu

    sistem akar banir yang timbul di permukaan tanah akan menyekat atau memperlahankan halaju larian airpermukaan. Ini akan menyebabkan struktur tanah di kawasan hutan tebal lebih stabil dan hanya mengalami

    kadar hakisan yang sedikit sahaja. Di Malaysia, peranan hutan dalam konteks mengawal kadar hakisan

    telah dikaji oleh beberapa penyelidik. Misalnya mengikut Low (1972) didapati kadar larian air permukaan

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    11/46

    di kawasan hutan primer adalah berkurang sebanyak 40% hingga 50% berbanding dengan hutan sekunder.

    Kajian oleh Low di Legeh Sungai Lui, Selangor mendapati kadar pintasan oleh kanopi pokok adalah

    sebanyak 36% manakala kajian oleh Brunig (1970) di kawasan hutan dipterokarp Serawak mendapati kadar

    pintasan oleh kanopi hutan adalah sebanyak 35%. Ini bermakna kadar hakisan larian air permukaan di

    kawasan-kawasan hutan tebal dikurangkan oleh lapisan kanopi atau silara pokok.

    3. Mengawal keseimbangan kitar hidrologi. Peranan hutan terhadap kitar hidrologi boleh dilihat

    daripada beberapa sudut. Pertama, peranannya sebagai kawasan tadahan air yang akan menentukan jumlah

    dan kapasiti sumber air dalam tanah dan seterusnya menjadi penentu kepada bekalan air sungai, tasik,

    kolam,paya dan empangan. Kedua peranannya untuk menyumbang kepada jumlah hujan tempatan melaluiproses transpirasi. Ketiga peranannya terhadap discas (luahan) air sungai serta discas bahan enapan sungai.

    Kawasan hutan tebal berfungsi sebagai storan air atau kawasan tadahan air yang paling berkesan. Ini kerana

    hutan memainkan peranan yang berkesan untuk melarut-resapkan atau menyusupkan air hujan ke dalam

    tanah hingga ke lapisan akuifer. Semakin tebl hutan maka semakin tinggi kadar susupan dan seterusnya

    paras air tanah meningkat dan ini akan menjamin bekalan air yang berterusan kepada sungai, tasik, kolam

    dan sebagainya. Di kawasan hutan tebal juga berlakunya proses transpirasi yang berkesan untuk

    membebaskan wap-wap air ke udara. Wap-wap air inilah yang akan disejatkan ke atmosfera dan menjadi

    punca utama turunnya hujan pada skala yang kecil yang dikenali sebagai hujan tempatan. Dalam konteksdiscas air sungai pula hutan amat penting untuk mengawal aliran air supaya tidak berlakunya banjir atau

    kemarau. Hutan menyimpan atau memperlambatkan larian air permukaan ke sungai agar kapasiti air sungaitidak melimpahi tebingnya, hutan juga menyimpan air tanah supaya sungai tidak kekeringan air. Justeru itu

    di kawasan hutan sentiasa berlaku imbangan air.

    4. Dalam konteks iklim mikro, peranan hutan untuk mengekalkan atau mengawal perubahan iklim

    mikro boleh ditinjau dari beberapa sudut seperti berikut:

    a) Mengurangkan kelajuan angin. Di kawasan hutan hujan tropika tiupan angin sentiasa

    tenang dan nyaman. Dengan perkataan lain angin sepoi-sepoi bahasa bertiup. Dirian pokok dan kanopinyamampu mengurangkan halaju angin dengan berkesan, dengan itu halaju angin ribut boleh diperlahankan.

    Kajian bandingan antara kawasan hutan dengan kawasan lapang telah dilakukan oleh Seopadmo (1984) di

    Pasoh, Negeri Sembilan. Kajian tersebut mendapati purata halaju angin di aras lantai hutan ialah 0.21meter/saat, di aras ketinggian 25 meter pula nilai purata halaju angin ialah 0.31 meter/saat dan pada aras

    ketinggian 53 meter halaju angin ialah 1.58 meter/saat. Halaju ini jauh lebih rendah jika dibandingkan

    dengan kawasan lapang yang puratanya ialah 2.13 meter/saat.

    b) Mengekalkan kelembapan udara. Hutan tebal dengan saiz daun yang lebat dan padat sertamendapat cahaya matahari yang cukup sudah tentu akan mengalami proses pepeluhan (transpirasi) dengan

    baik. Dengan itu wap-wap air banyak dibebaskan ke udara di dalam kawasan hutan tersebut. Wap-wap air

    ini pula tidak terus disejatkan ke atmosfera sebaliknya diperangkap oleh daun dan silara pokok yang tebal.

    Oleh itu kelembapan udara di kawasan hutan tebal adalah sentiasa tingigi. Di kawasan hutan hujan

    khatulistiwa misalnya kandungan wap-wap air dalam udaranya sentiasa melebihi 80%. Ini menjamin

    kelembapan udara sentiasa tinggi dan berkekalan sepanjang tahun.

    c) Menyederhanakan suhu sekitar. Berkaitan dengan kelembapan udara yang tinggi dikawasan hutan tebal maka suhu persekitaran juga adalah sederhana, tidak terlalu panas dan tidak terlalu

    sejuk. Udara yang nyaman ini menjamin habitat yang sesuai untuk kepelbagian spesis fauna dan florahidup, membesar dan membiak. Jika dibandingkan dengan kawasan lapang atau kawasan Bandar suhu

    hariannya adalah lebih tinggi berbanding dengan suhu mikro di dalam kawasan hutan. Kajian-kajian yang

    dijalankan oleh Sham Sani menunjukkan terdapat perbezaan suhu efektif antara 2 hingga 5C antara

    kawasan hutan dengan kawasan Bandar.

    Unit 5.1.4 Ekosistem Hutan Bakau.

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    12/46

    A. Konsep dan Pengezonan Ekosistem Hutan Bakau.

    1. Ekosistem bakau selalunya boleh didapati di perantaraan muara dan daratan, dimana keadaan

    airnya adalah payau. Dari segi ekologi, ekosistem bakau adalah penting kerana sifatnya yang dinamis yang

    sentiasa berubah-ubah dari masa ke semasa dan dari musim ke musim. Mengikut Hamilton dan Snedaker

    (1984), ekosistem hutan bakau adalah komuniti yang hidup di kawasan antara pasang-surut dan tahandaripada air masin di zon pinggir pantai atau dikenali sebagai zon litoral. Komuniti utama bakau ialah dari

    keluarga Rhizophora (pokok bakau kurap dan bakau minyak), keluarga Avicennia (pokok api-api) ,keluarga

    Sonneratia (pokok perepat, Gedahu dan berembang) dan juga Bruguiera (pokok berus, tumu dan mata

    buaya). Bentukkan bakau merupakan ekosistem yang menjangkau persekitaran terrestrial dan kelautan

    dimana ia terbentuk di pinggir pantai terlindung dan menganjur jauh ke pedalaman di sepanjang muara

    sungai.

    2. Taburan dan jenis pokok bakau yang hidup di zon litoral ini adalah tidak seragam. Perbezaan ini

    disebabkan oleh pengaruh banjir pasang-surut air laut yang menyebabkan setiap zon mengalami perubahan-perubahan tertentu. Fenomena banjir pasang surut ini telah dikaji oleh Watson (1928). Mengikut Watson

    terdapat 5 kelas banjir pasang surut berdasarkan kepada kekerapan dan ketinggian muka bumi. Di

    Malaysia, taburan jenis-jenis pokok bakau mengikut kelas kebanjiran Watson adalah seperti rajah 128 di

    bawah:

    Rajah 128: Taburan spesis pokok bakau di Malaysia mengikut kelas kebanjiran Watson

    Berdasarkan rajah 128 didapati bahawa:

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    13/46

    a) Zon kelas 1: Kawasan yang paling hamper dengan muara sungai. Kawasan ini sentiasa

    ditenggelami air pasang dan mempunyai kadar lkemasinan yang tinggi serta kandungan lumpurnya yang

    tebal lagi lembut. Oleh sebab itu spesis-spesis perintis amat sesuai tumbuh seperti Rhizophora, Sonneratia

    dan Avicennia.

    b) Zon kelas 2: Semakin jauh dari zon 1 tetapi masih mempunyai lumpur yang lembut dan lebihstabil dari zon kelas 1. Terdapat empat spesis utama dalam zon ini iaitu Avicennia Officinalis, Avicennia

    alba, Sonneratia alba dan S.Graffithii. Ketinggian pokok-pokok dalam zon ini ialah antara 15 hingga 20

    meter.

    c) Zon kelas 3: Bermula kira-kira 250 meter dari tepi sungai. Aras kemasinannya tidak terlalu

    tinggi, mengalami kebanjiran yang tidak terlalu kerap, keadaan Lumpur dan tanih yang agak stabil.Ditumbuhi oleh spesis separa bakau seperti R.Conjugata, B.parviflora dan Ceriope Cadolleana.

    d) Zon kelas 4 dan kelas 5: Pengaruh air masin di zon ini agak terhad tetapi pengaruh air payau

    memperlihatkan kesannya. Di kedua-dua zon ini tumbuh-tumbuhan separa bakau kelihatan lebih dominant

    seperti Acrosticum aureum dan Nypafruticans.

    B. Komponen Biotik dan Abiotik dalam Ekosistem Hutan Bakau.

    1. Komponen Biotik: Selain daripada tiga jenis pokok bakau yang utama iaitu Rhizophora,

    Sonneratia dan Bruguiera yang mendominasikan komponen biotik dalam ekosistem hutan bakau terdapat

    juga hidupan-hidupan yang lain yang menghuninya. Di antaranya ialah seperti ketam bakau, siput belitong,kepah, tiram, ikan belacak dan lain-lain haiwan krustasea, moluska serta serangga. Sesetengah haiwan ini

    dikenali sebagai hidupan dua alam yang boleh hidup di dalam air dan juga di daratan, umpamanya seperti

    ikan belacak atau tebakul, ketam nipah, ular, memerang dan buaya.. Selain itu di sesetengah kawasan hutan

    bakau dihuni oleh haiwan primat seperti monyet dan juga menjadi destinasi persinggahan pelbagai jenis

    burung hijrah.

    2. Komponen abiotik: Komponen bukan hidupan meliputi air payau, udara (oksigen), tanah seperti

    Lumpur,selut dan pasir yang terhasil dari mendapan oleh ombak dan sungai serta bahan-bahan nutrient ataumineral yang telah direput dan diuraikan oleh pengurai menjadi zat-zat galian. Zon hutan bakau dianggap

    sebagai zon makanan bagi kepelbagaian spesis dan ia amat kaya dengan bahan nutrien yang datangnyadari sumber sungai dan laut yang dimendapkan di kawasan ekosistem hutan bakau ini.

    C. Rantaian/siratan Makanan dalam Ekosistem Hutan Bakau.

    1. Ekosistem hutan bakau mempunyai rantaian dan siratan makanannya yang tersendiri. Ia

    melibatkan tumbuhan di daratan dan juga organisma yang hidup di dalam air dan daratan (dua alam). Lihatrajah 129 di bawah bagi menunjukkan siratan makanan yang berlaku dalam ekosistem hutan bakau.

    Rajah 129: Siratan makanan dalam ekosistem hutan bakau

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    14/46

    2. Sepertimana juga ekosistem hutan yang lain, pokok bakau merupakan pengeluar makanan utama

    dalam ekosistem ini. Pokok bakau membuat makanannya sendiri melalui proses fotosistesis setelahmendapat tenaga dari matahari. Daun, bunga dan buah pokok bakau menjadi makanan kepada organisma

    herbivor di daratan seperti ulat, serangga, burung dan haiwan primat misalnya monyet. Namun begitu

    rantaian makanan ini tidak berterusan di daratan, ia akan dilangsungkan pula oleh hidupan dua alam yang

    bernaung di bawah pokok bakau tersebut. Hidupan dua alam ini mendapat sumber makanan dari dedaun

    dan buah pokok bakau yang gugur dan jatuh ke tanah. Selain itu ia juga datang daripada najis haiwan-

    haiwan primat.

    3. Apabila serasah daun bakau ini jatuh ke dalam air maka ia akan diuraikan oleh mikrorganismaseperti bakteria dan fungi untuk menjadi nutrien. Nutrien-nutrien tersebut menjadi sumber makanan

    pengguna primer dalam ekosistem bakau seperti moluska, ketam dan cacing serta udang. Seterusnyapengguna-pengguna primer ini akan menjadi sumber makanan kepada pengguna-pengguna sekunder yang

    lain yang lebih besar seperti ikan. Selain itu ikan-ikan yang besar dan juga pengguna-pengguna primer

    boleh menjadi sumber makanan kepada pengguna-pengguna tertier yang bertindak sebagai karnivor di

    dalam ekosistem tersebut. Di antara contoh karnivor di dalam ekosistem bakau ialah seperti memerang,

    biawak air, ular serta buaya. Akhirnya hasil-hasil perkumuhan pengguna primer, pengguna sekunder dan

    pengguna tertier akan diuraikan pula oleh mikrorganisma yang lain untuk menjadi bahan nutrien yang baru.

    Oleh sebab itu bahan nutrien dalam ekosistem bakau sentiasa berkitar dan berterusan. Selain daripada

    hidupan di atas, zooplankton juga memainkan peranan yang penting dalam rantaian makanan ekosistembakau ini. Ia menjadi penghubung antara pengeluaran primer dengan pengeluaran tertier. Zooplankton

    menjadi makanan larva Decapoda dan Crustacea.

    D. Kepentingan Ekosistem Hutan Paya Bakau.

    Sama seperti hutan hujan Tropika, hutan paya bakau juga merupakan sumber gen yang penting.

    Kepentingan hutan paya bakau ini boleh dilihat dari pelbagai aspek seperti berikut:

    1 Menstabilkan muara sungai dan pesisir pantai. Pokok-pokok bakau yang berakar ceracak dan

    tumbuh dengan padat dapat mengurangkan pengaliran sediment (bahan enapan) dari kawasan muara dan

    pantai. Ini seterusnya berupaya untuk mengekalkan ekosistem muara dalam jangka masa yang panjang dan

    berterusan.

    2 Berfungsi sebagai zon penampan semulajadi untuk mengurangkan atau mencegah hakisan pantai

    oleh ombak, angina dan arus. Kanopinya yang tebal dan padat dan system akar yang timbul di permukaanmenjadi penampan semulajadi yang paling baik untuk mengurangkan kuasa hakisan di zon litoral

    khususnya hakisan oleh ombak dan pang surut. Tenaga hempasan ombak menjadi lemah dan ombak lebih

    banyak melakukan pemendapan daripada menghakis.

    3 Penapis bahan pencemar. Hutan paya bakau berupaya menyerap bahan pencemar seperti sebatiannitrogen dan sebatian fosforus. Ini mengurangkan pembiakan alga dan bacteria E.Coli, seterusnya

    menambahkan kandungan oksigen terlarut (DO) di dalam air yang menjadi sumber pernafasan utama

    hidupan di dalam air dalam ekosistem ini.

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    15/46

    4 Menjadi habitat pelbagai jenis hidupan air dan daratan. Fungsi hutan bakau sebagai tempat

    perlindungan dan pembiakan pelbagai jenis udang, ketam, kepah, tiram, ikan tidak dapat disangkal lagi.

    Ada bukti yang menunjukkan bahawa hutan bakau ini menjadi habitat kekal bagi spesis-spesis tertentu

    yang meneruskan kitar hidupnya di kawasan ekosistem tersebut tanpa berpindah ke tempat lain. Ini keranahutan bakau membekalkan sumber makanan yang amat banyak. Selain itu pelbagai jenis burung tempatan

    dan juga burung hijrah telah menjadikan hutan bakau sebagai tempat perlindungan dan persinggahanmereka. Misalnya hutan bakau di Kuala Gula, Perak telah menjadi persinggahan pelbagai jenis burung dari

    Siberia, China dan Rusia dalam penerbangan mereka menuju ke Australia.

    5 Mengekalkan keseimbangan oksigen dengan karbon dioksida setempat. Tumbuhan bakau yang

    menghijau menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen menerusi proses fotosintesisnya. Dengan

    itu pokok bakau sebenarnya bertindak sebagai pembekal oksigen utama untuk hidupan di dalamnya. Padamasa yang sama juga pokok bakau melakukan proses transpirasi yang membebaskan wap-wap air ke udara

    sekitar. Ini menjamin udara yang lembab, nyaman dan kesederhanaan suhu di kawasan ekosistem tersebut.

    6 Kepada manusia ekosistem bakau juga memainkan peranan yang penting. Antaranya ialah:

    a) Sumber kayu arang dan kayu api seperti pokok bakau minyak dan bakau kurap.

    b) Bahan binaan seperti cerucuk dan pancang kayu dalam pembinaan benteng dan jambatan,

    membuat bot, membuat dermaga dan tiang rumah khususnya di kawasan pantai. Ini kerana sifat pokokbakau yang keras dan tahan air masin.

    c) Sumber perubatan seperti ubat sakit kerongkong dari bakau minyak dan ubat tahanmuntah dari bakau perepat.

    d) Diguna untuk menghasilkan kayu serpihan untuk menghasilkan rayon dan barangan lain

    yang berdasarkan selulos bagi tujuan eksport.

    e) Sumber makanan yang menghasilkan pendapatan tambahan kepada nelayan pantai dari

    tangkapan pelbagai jenis ikan, ketam nipah, lokan, kerang, kepah dan sebagainya.

    f) Pada masa kini ekosistem hutan bakau telah diubah menjadi kolam-kolam ternakan

    akuakultur seperti ternakan ikan kerapu dan udang harimau.

    g) Disesetengah tempat hutan bakau dikekalkan dalam keadaan semulajadi sebagai satutarikan pelancong. Oleh sebab itu ekosistem bakau berfungsi sebagai Eko pelancongan dan khazanah

    semulajadi utama Negara.

    Secara ringkasnya pertalian antra kepentingan hutan bakau dengan perikanan, akuakultur dan nelayan boleh

    ditelitikan dalam rajah 130 di sebelah.

    Rajah 130: Pertalian antara bakau, perikanan, akuakultur dan nelayan.

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    16/46

    Unit 5.1.5: Ekosistem Tasik.

    A. Konsep Ekosistem Tasik.

    Ekosistem tasik dirujukkan kepada ekosistem air yang tidak berarus yang dikenali juga sebagai ekosistem

    Lentus sama seperti ekosistem kolam dan perigi. Air yang ditakung dalam sesebuah tasik adalah tidakmengalir sepertimana aliran sungai. Input air boleh berpunca daripada hujan dan juga sistem saliran lainyang memasuki ke dalam tasik berkenaan atau berakhir di dalam tasik tersebut. Mungkin juga terdapat

    saluran-saluran air keluar dari tasik berkenaan yang bertindak sebagai outputnya, tetapi output terbesar air

    tasik ialah melalui proses sejatan air dari permukaan tasik ke atmosfera.

    B. Komponen Biotik dan Abiotik dalam ekosistem Tasik.

    Komponen Biotik:

    1. Oleh kerana sifat air tasik yang tidak berarus maka hidupan di dalamnya juga adalah berbeza

    dengan ekosistem akuatik yang berarus seperti sungai. Perbezaan ini disebabkan oleh perbezaan bahan

    substrat, perbezaan cahaya matahari dan juga suhu air yang terdapat dalam tasik berbanding dengan sungai.

    Pada umumnya zon hidupan di dalam tasik boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat dan setiap

    peringkat tersebut mempunyai organisma-organisma hidupan yang berbeza-beza. Zon-zon hidupan di

    dalam tasik boleh ditunjukkan oleh rajah 131 di bawah.

    Rajah 131: Zon-Zon hidupan yang utama bagi sesebuah ekosistem tasik.

    2. Bahagian tasik yang sentiasa mendapat cahaya matahari dipanggil sebagai Zon Limne. Olehkerana zon Limne ini sentiasa mendapat cahaya matahari maka ia dipenuhi oleh organisma autotrof yang

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    17/46

    mampu membuat makanannya sendiri. Di antaranya seperti plankton, diatom, lumut, alga, beberapa jenis

    tumbuhan air, hidupan seni seperti krustasea, protozoa,rotifera dan sebagainya. Hidupan ini menjadi

    sumber makanan utama dan merupakan substrat pertama dalam rantaian makanan ekosistem tasik

    berkenaan.

    3. Bahagian tasik yang terdapat di sebelah bawah yang tidak menerima cahaya matahari dikenali

    sebagaizon profundal. Di zon ini organisma autotrof amat jarang ditemui kerana ia tidak ditembusi olehcahaya matahari, sebaliknya organisma jenis hetertrof pula banyak terdapat seperti pelbagai jenis ikan,labi-labi dan kura-kura, ular air dan sebagainya yang bertindak sebagai karnivor di dalam ekosistem tasik

    berkenaan.

    4. Bahagian tepi tasik yang berhampiran dengan daratan dikenali pula sebagaizon litoral, dan iamerupakan zon yang paling kaya dengan pelbagai jenis organisma. Bahagian zon litoral yang sentiasadibasahi air dipanggil sebagai zon infra litoral, dan ia merupakan zon yang mengandungi pelbagai jenis

    tumbuhan berakar seperti pokok keladi, telipot, teratai, lembayung dan lain-lain lagi. Di bawah tumbuhan

    air ini mungkin terdapat pula pelbagai jenis hidupan lain seperti zooplankton, kumbang air, jentik-jentik,

    berudu, katak, larva serangga dan sebagainya.

    5. Komponen Abiotik: Komponen bukan hidupan dalam ekosistem sesebuah tasik pula termasuklah

    air, udara, cahaya matahari, pelbagai jenis garam galian yang menjadi nutrient dan lain-lain lagi.

    C. Aliran Tenaga dan Siratan Makanan dalam Ekosistem Tasik.

    Lihat rajah 132 di bawah.

    Rajah 132: Aliran Tenaga dalam Siratan Makanan Ekosistem Tasik.

    Rajah 132 di sebelah menunjukkan ekosistem sebuah tasik. Aliran tenaga dalam siratan makanan tasik

    berkenaan berlaku seperti berikut:

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    18/46

    1. Tenaga dari matahari terus ke tumbuhan hijau seperti lumut dan alga yang ada di permukaan tasik

    atau tebing tasik. Tumbuhan hijau ini memperoses makanannya sendiri menerusi proses fotosistesis setelah

    memperolehi tenaga secara langsung dari matahari.Tumbuhan ini akan menyimpan tenaga kimia di dalam

    klorofilnya. Dalam konteks ini tumbuhan hijau bertindak sebagai pengeluar. Justeru matahari berfungsi

    membekalkan tenaga asas kepada semua hidupan di dalam tasik tersebut.

    2. Tenaga kimia yang disimpan oleh tumbuhan hijau seperti lumut dan alga akan dipindahkan pulakepada hidupan zooplankton apabila hidupan tersebut memakan tumbuhan berkenaan. Pada aras trofik ini

    zooplankton bertindak sebagai pengguna primer.

    3. Tenaga kimia dalam zooplankton pula akan berpindah kepada pengguna sekunder seperti ikan

    kecil dan cacing apabila haiwan tersebut memakan zooplankton. Tenaga kimia yang dipindahkan itu

    digunakan untuk membesar, bergerak dan membiak.

    4. Seterusnya tenaga kimia di dalam pengguna sekunder akan dialirkan/berpindah pula ke pengguna

    tertier seperti ikan yang lebih besar apabila ikan tersebut memakan ikan kecil dan cacing tanah. Sekali lagi

    tenaga yang berpindah itu digunakan untuk bergerak, membesar dan membiak.

    5. Akhirnya tenaga akan berpindah kepada pengurai yang terdiri daripada bakteria dan fungi apabila

    ia menguraikan segala pengguna yang mati dan reput seperti tumbuhan dan haiwan. Bahan organik yang

    reput ini akan menambahkan nutrien dalam tasik tersebut yang seterusnya digunakan kembali olehtumbuhan hijau untuk membesar.

    5.2.1 Kaitan Sistem Ekologi dengan Manusia.

    5.2.1.1 Kesan Aktiviti Manusia ke atas Ekosistem Hutan Hujan Tropika.

    A. Bagaimana Ekosistem Hutan Hujan Tropika Terganggu.

    Kestabilan ekosistem hutan hujan Tropika terganggu di sebabkan oleh fenomena penyahutanan.

    Penyahutanan bermakna penghapusan hutan secara besar-besaran. Kawasan hutan di tebang dan

    dimusnahkan dengan pelbagai cara dan pelbagai tujuan. Misalnya penebangan untuk pembalakan,pembukaan kawasan ladang, pembinaan kawasan petempatan,industri disamping penenggelaman untuk

    projek hidro elektrik. Walau apapun kaedahnya, fenomena penyahutanan tanpa kawalan membolehkan

    hutan dimusnahkan , permukaan bumi tergondol dan terdedah secara meluas meliputi skala negara,wilayah

    dan benua tidak kira samada di negara maju mahupun negara sedang membangun. Kemusnahan hutan

    secara besar-besaran ini boleh berlaku secara semulajadi atau dilakukan oleh aktiviti manusia.

    Penyahutanan Secara Semulajadi:

    1. Melalui fenomena kebakaran hutan akibat cuaca panas. Perubahan cuaca/iklim seperti fenomena

    El-Nino menyebabkan cuaca menjadi panas yang melampau. Akibatnya hutan-hutan boleh terbakar dengan

    sendirinya seperti mana yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera di Indonesia pada tahun 1997. Dalam

    keadaan cuaca kering dan turunan hujan yang amat sedikit membolehkan api merebak dengan cepat

    walaupun berlaku sedikit sahaja kebakaran. Hutan gambut di Malaysia, misalnya amat mudah terbakardengan cara ini dan merebak dengan cepat.

    2. Bencana alam seperti gempa bumi, letusan gunung berapi yang mengalirkan lava yang panas,

    pergerakan jisim dan juga serangan perosak dan penyakit hutan. Tumbuhan semulajadi yang bertindak

    sebagai pengeluar dan pelindung/habitat akan musnah. Ini akan menggangu bekalan makanan kepada

    herbivor, karnivor dan juga omnivor seterusnya pereput/pengurai.

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    19/46

    Penyahutanan Oleh Aktiviti Manusia.

    1. Menerusi pembinaan empangan hidro elektrik. Aktiviti ini akan memusnahkan hutan dengan duacara pertama, penebangan dan pembersihan hutan untuk pembinaan empangan dan ke dua penenggelaman

    kawasan hutan bagi tujuan menakung air. Rantaian makanan hutan hujan tropika termusnah dengan cepat

    dan menyeluruh melalui proses penenggelaman kawasan hutan. Projek Kuasa Elektrik Hidro akan

    menyebabkan beratus hektar hutan akan tenggelam seterusnya memusnahkan sekaligus fungsi tumbuhansebagai pengeluar dan habitat. Contohnya seperti yang dialami oleh projek hidro elektrik Kenyir di

    Terengganu dan projek hidro elektrik Temenggor di Perak.

    2. Pembalakan tak terkawal . Seperti kaedah tebang bersih atau aktiviti pembalakan haram. Ini

    menyebabkan kemusnahan spesis fauna dan flora secara besar-besaran. Selain itu kemusnahan rantaian

    makanan, kehilangan habitat dan lain-lain ciri ekologi. Akibat aktiviti ini hutan semulajadi mengambilmasa yang lama untuk membaik-pulih dirinya (self regulation) menjadi hutan-hutan sekunder sahaja. Hutan

    dipterokap di Malaysia telah banyak ditebang. Walaupun pembalakan hanya mengambil pokok-pokok

    yang besar sahaja tetapi pokok-pokok kecil bawahan juga akan turut musnah. Oleh kerana sifat hutan hujan

    Tropika yang pelbagai jenis dan berlapis-lapis maka penebangan pokok-pokok yang besar akan menimpa

    pokok bawahannya. Selain itu pokok pepanjat dan flora juga akan musnah. Lama kelamaan kesan

    pembalakan ini akan meninggalkan tompok-tompok kawasan lapang yang bersilih ganti dengan hutan

    primer yang belum ditebang kerana pokok-pokok balak tersebut masih belum matang. Pada masa yangsama aktiviti pembalakan juga melibatkan kerja-kerja penebangan pokok untuk membina laluan atau jalanpengangkutan bagi mengangkut keluar kayu balak. Akibat aktiviti ini akan meninggalkan jaluran-jaluran

    gondolan di kawasan hutan tebal terutama sekali dilereng-lereng bukit.

    3. Berpunca daripada aktiviti Pertanian. Seperti pembukaan tanah baru untuk pertanian perladangan

    misalnya di rancangan pembangunan wilayah di Malaysia atau akibat pertanian pindah. Hal ini juga

    melibatkan aktiviti pemusnahan hutan semulajadi secara besar-besaran untuk ditukar kepada ladang-ladang

    pertanian khususnya getah dan kelapa sawit. Selain itu pembakaran hutan secara terbuka untuk

    pembersihan tapak ladang, pembakaran hutan akibat pertanian pindah (kaedah .tebang bakar ) juga boleh

    memusnahkan ekosistem hutan. Ekosistem semulajadinya musnah terus dan bertukar kepada ekosistem

    pertanian ladang. Mengikut FAO (1982), di kawasan Tropika lembab, aktiviti pertanian pindah menjadi

    salah satu sebab utama penyahutanannya yang melibatkan pemusnahan beberapa bentukan pokok dan

    penggantian pokok-pokok tersebut dengan hutan sekunder. Berdasarkan foto udara kita akan dapat lihatbeberapa tompok hutan yang berbeza warna bersama dengan warna hutan yang asal. Ini menunjukkankawasan tompakan hutan tersebut telah dinyahkan melalui aktiviti pertanian pindah. Di Malaysia aktiviti

    ini banyak terdapat di pedalaman Sabah dan Serawak.

    4. Berpunca daripada aktiviti Pembinaan infrastruktur seperti lebuhraya, kabel elektrik, saluran paip

    dan lain-lain yang juga melibatkan pemusnahan hutan. Walaupun skalanya tidaklah terlalu luas tetapi ia

    tetap memberikan kesan buruk kepada kepelbagaian biologi hutan semulajadi.

    B. Kesan Kemusnahan Ekosistem Hutan Hujan Tropika.

    Kesan Terhadap Alam Sekitar Fizikal:

    1. Kesan penyahutanan terhadap aspek kepelbagaian biologi. Hutan sememangnya kaya dengan

    kepelbagaian spesis. Misalnya Hutan Hujan Amazon yang luasnya 0.5 billion hektar mempunyai berjuta

    spesis haiwan dan tumbuhan. Bagi satu hektar hutan Amazon terdapat 750 jenis spesis haiwan, dan 1,500jenis spesis tumbuhan. Kesan yang paling penting akibat aktiviti penyahutanan ialah terhadap

    kepelbagaian biologi. Spesis fauna dan flora diancam kepupusan sehingga kita tidak sempat menjalankan

    pemuliharaan. Dijangkakan menjelang tahun 2000 lebih daripada 1 juta spesis haiwan dan serangga akan

    lenyap dari mukabumi ini dan tidak dapat dijangkakan berapa banyak lagi spesis yang akan lenyap apabila

    kita melangkah masuk ke alaf 21 nanti. Pemusnahan habitat ini berlaku atas nama pembangunan. Selain

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    20/46

    daripada spesis dan genetik fauna (haiwan) serta flora (tumbuhan) musnah akibat penyahutanan, elemen-

    elemen biodiversiti yang lain juga turut musnah. Pertamanya ialah habitat (tempat tinggal). Hutan menjadi

    habitat utama untuk haiwan membentuk lingkungan dan meneruskan generasinya. Apabila habitat musnah

    haiwan juga turut musnah atau berlakunya penghijrahan spesis untuk mencari habitat yang baru yang

    terpaksa pula menghadapi persaingan. Kedua, kemusnahan ekosistem terutamanya rantaian makanan.Apabila tumbuhan dieksploitasi, ia gagal menjalankan fungsinya sebagai pengeluar makanan kepada

    masyarakat pengguna hutan. Justeru pengguna primer (herbivor), sekunder (karnivor) dan tertiar (Omnivor)turut kehilangan sumber-sumber makanannya.

    2. Secara ringkasnya kemusnahan ekosistem hutan hujan Tropika terhadap kepelbagaian biologi

    boleh ditinjau daripada aspek-aspek berikut:

    a). Pelbagai spesis fauna dan flora diancam kepupusan/kemusnahan akibat kehilangan sumber-sumber makanan. Apabila hutan dimusnahkan/dinyahkan maka fungsi pokok sebagai pengeluar utama akan

    musnah sama sekali. Dengan itu hidupan lain yang bergantung kepada tumbuhan seperti herbivor (kancil,

    rusa) akan kehilangan sumber-sumber makanan. Apabila hal ini berlaku ia memberi kesan kepada hidupan-

    hidupan lain yang sememangnya saling bergantung di dalam sesebuah hutan.

    b). Penghijrahan spesis akibat pemusnahan habitat .Hutan berfungsi sebagai satu habitat. Proses

    penyahutanan memusnahkan sama sekali habitat. Kemusnahan habitat mengambil masa yang lama untuk

    dipulihkan. Justeru itu haiwan-haiwan akan berhijrah ke hutan/habitat lain untuk mencari perlindungan atautempat baru. Di tempat baru ini mereka terpaksa bersaing dengan koloni lain. Persaingan intra dan

    interspesis akan berlaku dan mana-mana spesis yang kalah akan musnah dan pupus.

    c). Kerosakan ekosistem seperti kemusnahan rantaian makanan, kitar tenaga, komponen biotik dan

    abiotik yang kelak menggangu keseimbangan ekologi setempat. Gangguan ekologi secara menyeluruh akan

    berlaku apabila huan-hutan dimusnahkan. Ketidakseimbangan ekologi mikro dan makro akan menimbulkan

    pelbagai kesan terhadap unsure-unsur lain seperti cuaca, hakisan, banjir/hidrologi dan sebagainya.

    3. Selain itu kesan akibat penyahutanan juga akan memusnahkan edaran nutrien dalam ekosistem

    hutan hujan Tropika. Dalam keadaan semulajadi edaran nutrien akan berlaku dengan lengkap dan sempurnadi bawah pokok hutan. Tetapi penebangan hutan akan memutuskan rantaiannya dan nutrien tanah akan

    dihilangkan dengan cepat melalui larian air permukaan yang bertambah dengan mendadak di kawasan

    hutan tergondol. Pada masa yang sama juga proses fotosistesis terganggu dan sekaligus memusnahkanedaran nutriennya. Lihat rajah 133 di bawah:

    Rajah 133: Kesan penyahutanan terhadap edaran nutrient dalam ekosistem hutan hujan Tropika.

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    21/46

    4. Kesan terhadap cuaca .Selain daripada kemusnahan kepelbagaian biologi, penyahutanan juga

    dikenalpasti boleh mengubah cuaca dunia. Hal ini dipersetujui bersama oleh 142 buah negara yang

    menghadiri Sidang Puncak Bumi di Rio De Janerio, Brazil pada tahun 1992. Dalam konvensyen

    Perubahan Cuaca Dunia, kata sepakat telah dicapai berhubung dengan peranan hutan dalam mengimbangi

    lebihan karbon dioksida di atmosfera. Hutan sememangnya berupaya menyerap dan menyimpan karbondioksida serta dalam masa yang sama membebaskan oksigen. Misalnya Hutan Amazon menghasilkan kira-

    kira 20% daripada bekalan oksigen dunia . Oleh itu fungsi menyimpan karbon dan membebaskan oksigen

    ini sekaligus dapat mengurangkan kesan rumah hijau. Hutanlah sebenarnya bertindak sebagai

    stok/penyimpan karbon dioksida terbesar di dunia. Apabila hutan dihapuskan perlepasan karbon dioksida

    akan terus berlaku yang boleh menyumbangkan kepada pemanasan global. Justeru itu sidang puncak bumi

    meminta semua negara khususnya negara-negara sedang membangun mengawal kadar penebangan hutan

    dan aktiviti penyahutanannya disamping menjalankan usaha-usaha pemuliharaan yang saintifik dan segera

    dengan bantuan kepakaran,teknologi serta modal dari negara-negara maju

    5. Pada umumnya, selain daripada kesan terhadap cuaca global maka pemusnahan hutan secarabesar-besaran juga memberikan kesan negatif terhadap cuaca setempat (Iklim mikro). Di antara kesannya

    ialah:

    a). Peningkatan suhu setempat. Pemanasan sekitar berlaku akibat daripada ketiadaan pelindung

    kepada matahari, kesan lebihan karbon di dalam atmosfera yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau.

    Seterusnya akan mengurangkan hujan atau mengubah regim hujan yang lazimnya berlaku sehingga

    mewujudkan fenomena kemarau.

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    22/46

    b). Pengurangan kelembapan udara ekoran daripada fungsinya untuk membebaskan wap-wap air ke

    udara melalui proses transpirasi sudah hilang atau berkurangan .Udara sekitar menjadi kering dan cuaca

    menjadi panas, ini mengalakkan pula fenomena jerebu. Dalam keadaan udara kering partikel-partikel (PM10) akan mudah terampai dalam udara yang ringan. Tegasnya hutan tidak lagi mampu berfungsi untuk

    menyederhanakan suhu dengan cara memerangkap bahangan matahari dan juga membebaskan wap-wap air

    menerusi proses pepeluhan.

    c). Tiupan angin yang lebih kencang disebabkan oleh tekanan udara yang lebih rendah berbanding

    dengan kawasan sekitar yang bersuhu sejuk (berhutan tebal) disamping kekurangan pelindung daripada

    bahangan matahari. Ketiadaan hutan menyebabkan penghalang semulajadi kepada tiupan angin tidak dapat

    berfungsi dengan berkesan. Kesannya di kawasan lapang atau kawasan gondol tiupqn anginnya lebih

    kencang.

    6. Kesan ke atas sistem geomorfologi. Penyahutanan akan mendedahkan permukaan bumi secara

    langsung kepada pelbagai proses geomorfologi seperti luluhawa dalaman, hakisan percikan dan larian air

    permukaan serta pelbagai jenis gerakan jisim khususnya tanah runtuh. Permukaan bumi kini kehilangan

    pelindung, kehilangan daya pengikat dan cengkaman tanah oleh akar-akar pokok yang menyebabkan

    struktur tanah menjadi longgar dan cerun-cerun bukit menjadi tidak stabil. Wujudnya kesan-kesan gegalur

    dan beberapa kes kejadian tanah runtuh serta banjir Lumpur di Malaysia merupakan kesan-kesan utama

    yang terjadi terhadap elemen geomorfologi akibat pemusnahan hutan secara besar-besaran.

    7. Kesan ke atas sistem hidrologi. Akibat penyahutanan, kitar hidrologi menjadi tidak stabil.

    Penyahutanan akan menyebabkan beberapa impak berikut terhadap elemen hidrologi:

    a) Mengurangkan kadar susupan air ke dalam tanah dan seterusnya menurunkan paras air

    dalam tanah. Ini akan menjejaskan kawasan tadahan air dan bekalan air kepada sungai,

    tasik, kolam, paya juga turut terjejas.

    b) Mengurangkan jumlah hujan tempatan yang menjadi input utama kepada systemhidrologi setempat ekoran daripada kekurangan atau ketiadaan proses transpirasi pokok.

    c) Meningkatkan kadar larian air permukaan yang membawa banyak kelodak dan Lumpur

    ke dalam sungai, memendapkan dan mencetekkan dasar sungai yang seterusnya

    menggalakkan banjir Lumpur.

    d) Mempercepatkan kadar luahan air sungai (discas) khususnya di muara.

    8. Secara ringkasnya kesan fenomena penyahutanan terhadap ekosistem hutan hujan Tropika boleh

    ditunjukkan melalui rajah 134 di sebelah.

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    23/46

    Rajah 134: Kesan Penyahutanan terhadap ekosistem hutan hujan Tropika.

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    24/46

    Kesan-kesan terhadap Alam Sekitar Manusia

    1. Kekurangan sumber makanan. Bagi masyarakat orang asli yang amat bergantung kepada aktiviti

    ekonomi memungut dan berburu hasil-hasil hutan akan menghadapi krisis bekalan makanannya kerana

    sumber utama makanan mereka iaitu hasil-hasil hutan musnah. Haiwan perburuan akan berhijrah ke tempat

    lain akibat kekurangan tumbuhan yang menjadi sumber makanan dan habitatnya.

    2. Mengurangkan sumber kayu balak. Pokok-pokok balak yang berharga seperticengal,meranti,seraya, keruing dan lain-lain akan musnah dan mengambil masa yang lama iaitu lebih

    daripada 50 tahun untuk membesar dan matang menjadi hutan berhasil. Ini akan menggangu aktiviti

    ekonomi berasaskan sumber pembalakan seperti industri kayu, industri perabot dan kraf tangan dan lain-lain lagi. Akibatnya boleh menjejaskan pendapatan perkapita penduduk dan pendapatan negara.

    3. Kemerosotan kesuburan tanih. Rantaian makanan yang musnah akan mengurangkan bekalan

    bahan organik untuk direput dan diuraikan oleh pereput dan pengurai. Penghasilan humus akan

    berkurangan dan tanah menjadi tidak subur tanah mungkin menjadi kering, kontang,tandus dan gersang.

    Ini akan menjejaskan aktiviti pertanian penduduk seperti pertanian perladangan.

    4. Mengurangkan bekalan oksigen kepada penduduk dan sebaliknya menambahkan kandungankarbon dioksida dalam udara. Ini amat merbahaya kepada manusia menerusi fenomena kesan rumah hijau

    yang menyebabkan manusia merasa kepanasan, tidak selesa disamping menjejaskan produktiviti pertanianmakanan seperti padi sawah.

    5. Menjejaskan bekalan air kepada penduduk. Apabila hutan ditebang, simpanan air dalam tanah

    akan berkurangan yang akan mengurangkan pula bekalan air kepada sungai dan empangan. Kesannya

    manusia juga akan mengalami krisis bekalan air.

    C. Langkah-langkah pengurusan hutan yang berkekalan. Kajian Kes diMalaysia.

    Pengurusan Hutan Melalui Konsep Pembangunan Lestari

    1. Perkataan lestari membawa maksud kekal dalam keadaan asal seperti pengekalan alamsemulajadi. Oleh itu secara mudahnya pembangunan lestari adalah satu kemajuan atau pemodenan yang

    dicapai dengan mengekalkan ciri-ciri semulajadi alam sekitar. Konsep lestari adalah lebih tepat jika

    dikaitkan dengan istilah mapan (sustainable). Iaitu satu bentuk pembangunan yang mementingkan

    kesejahteraan hidup yang berterusan untuk semua generasi kini dan akan datang. Nikmat pembangunantidak seharusnya boleh dirasai oleh generasi masa kini sahaja, ia mestilah berterusan sampai ke generasi

    akan datang. Justeru itu walaupun kemajuan sosio-ekonomi dalam sesebuah negara itu amat dituntut, tetapi

    ia tidak seharusnya mengorbankan aspek alam sekitar. Alam sekitar yang harmonis dan sejahtera juga

    adalah menjadi keperluan hidup generasi akan datang. Dalam hal ini antara pembangunan dengan alam

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    25/46

    sekitar seharusnya bergerak seiringan dan segandingan . Ia bukanlah dua titik pemisah yang bergerak ke

    kiri dan ke kanan di atas satu garis lurus.

    2. Daripada segi alam sekitar Pembangunan Lestari boleh ditakrifkan sebagai adunan pembangunan

    atau kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada musnah. Pemuliharaanmembawa maksud membaik-pulih sumber-sumber alam sekitar seperti sumber

    air,hutan,tenaga,udara,mineral dan lain-lain yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber itupupus sehingga ia tidak boleh digunakan lagi. Manakala pemeliharaan pula meliputi aspek-aspek penjagaan

    dan perlindungan untuk mengekalkan sumber-sumber semulajadi daripada diteroka dengan rakus oleh

    manusia. Kaedah pemeliharaan ini biasanya dibuat melalui akta dan perundangan seperti akta kualiti alam

    sekitar 1974 di Malaysia.

    3. Terdapat tiga aspek penting yang mesti digabungjalinkan dalam melaksanakan pembangunan

    lestari dalam sektor perhutanan di Malaysia iaitu langkah perundangan, langkah pengurusanyang strategik dan juga langkah kempen kesedaran dan pendidikan alamsekitar.

    Langkah Perundangan:

    1. . Di Malaysia kelestarian dalam pembangunan sektor perhutanan boleh ditinjau melalui dua aspek

    iaitu melalui langkah perundangan dan bukan perundangan. Kedua-duanya terangkum dalam DASAR

    PERHUTANAN NEGARA 1978. Dasar ini menjadi asas yang kukuh untuk memastikan pengekalan

    sumber-sumber hutan dan keberterusannya agar sentiasa dapat memberikan sumbangan yang bermakna

    kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.

    Dasar Perhutanan Negara 1978:

    1. Bagi menjamin pengurusan hutan yang teratur,cekap optimun dan lestari maka Dasar PerhutananNegara (1978) telah mengistiharkan langkah-langkah berikut:

    a) Mengisytiharkan sebagai Hutan Simpan Kekal tanah-tanah yang cukup luasnya serta bersesuaian

    kedudukannya di seluruh negara mengikut cara penggunaan yang sempurna bagi menjamin:

    i. Iklim dan rupa bumi yang sempurna, bekalan air bersih, kesuburan tanah

    dan keadaan alam sekeliling yang memuaskan supaya kesan banjir dan ha-

    kisan kepada sungai dan tanah pertanian dapat dikurangkan . Kawasan-

    kawasan hutan seperti ini dinamakan sebagaiHUTAN PERLINDUNGAN.

    ii. Pengeluaran semua jenis keluaran hutan dalam negara akan berkekalan ser-

    ta pada kadar yang berpatutan untuk pertanian,kegunaan tempatan dan

    eksport. Kawasan hutan seperti ini dinamakanHUTAN BERHASIL.

    iii. Kawasan-kawasan hutan yang cukup bagi tujuan beristirehat, menjalankan

    penyelidikan serta pendidikan dan memelihara tumbuh-tumbuan dan mar-

    gastua. Kawasan hutan seperti ini dinamakan HUTAN LIPUR.

    b) Menguruskan kawasan hutan simpan kekal dengan sempurna supaya dapat memberikan faedah

    sosio-ekonomi dan keselesaan alam sekeliling dengan sepenuhnya kepada penduduk dan negara.

    c) Melaksanakan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D), pemulihan dan menghutansemula melalui satu program yang tegas berpandukan kepada amalan SILVILKULTURE yang sempurna

    serta berpatutan supaya dapat mengeluarkan hasil yang tinggi.

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    26/46

    d) Menjamin supaya pengusahasilan hasil hutan dari kawasan-kawasan yang diluar hutan simpan

    kekal itu dilaksanakan dengan cara mengadakan rancangan yang seimbang dengan kadar pembangunan

    tanah bagi tujuan mendapatkan faedah-faedah paling tinggi untuk rakyat, sebelum hak milik tanah diberi

    dan juga mengikut cara mengusahasilan dan pemerosesan hasil yang sempurna mengikut kadar keperluan

    daya pemerosesan tempatan yang optimun.

    e) Menggalakkan usaha mengeluar dan menggunakan kayu bagi semua jenis keluaran hutan dengansepenuhnya dan penubuhan perusahaan kilang berasaskan kayu-kayan dengan kadar keperluannya

    ditentukan supaya seimbang dengan kadar pengeluaran balak bukan sahaja untuk meninggikan mutu

    penggunaan tetapi juga membuka peluang perkerjaan serta mendapatkan pertukaran mata wang asing.

    f) Melaksanakan program latihan perhutanan yang lengkap di semua peringkat dalam sektor awam

    atau swasta bukan sahaja untuk menjamin bekalan tenaga manusia yang cukup bagi industri perkayuan

    tetapi juga meliputi menjaga dan melindungi hutan serta aspek-aspek sains perhutanan.

    g) Memupuk kefahaman yang meluas kepada umum tentang peri pentingnya hutan serta faedah-

    faedahnya kepada generasi akan datang melalui saluran-saluran media sekaligus mewujudkan semangat

    kerjasama dalam menjaga khazanah perhutanan negara.

    2. Dengan perlaksanaan Dasar Perhutanan Negara sebanyak 4.8 juta hektar atau 77% dari 6.2 juta

    hektar kawasan hutan di Semenanjung Malaysia telah digazetkan sebagai Hutan Simpan Kekal. Darijumlah hutan simpan kekal ini 2.9 juta hektar diuruskan sebagai hutan produktif dan 1.9 juta hektar sebagai

    hutan perlindungan. Kita juga mempunyai 0.6 juta hektar taman negara dan kawasan hidupan liar. Untuk

    menghasilkan langkah yang lebih tegas melalui sistem perundangan maka pihak kerajaan telah meluluskan

    Akta Perhutanan Negara dan Akta Industri Berasaskan Kayu pada tahun 1984. Akta perhutanan negara

    ini telah menggariskan beberapa larangan yang berkaitan dengan kawasan hutan simpan kekal. Larangan-

    larangan tersebut ialah:

    a. Memasuki Hutan Simpan Kekal.b. Menebang,memetong,menggelang,menanda atau menoreh pokok.c. Mencari,mengambil dan mendedahkan kepada sebarang proses

    pengilanganatau memindahkan sebarang hasil hutan atau mineral.

    d. Membersih atau membajak mana-mana tanah untuk tanaman atausebarang

    maksud lain.e. Menggunakan bahan beracun atau bahan letupan di dalam sungai atau

    tasikbagi maksud menangkap ikan,memburu,menembak memasang jerat

    danmenjebak.

    f. Menceroboh dengan apa jua cara.

    Akta ini juga menetapkan bahawa sesiapa yang didapati melanggar larangan-larangan tersebut boleh

    didakwa di mahkamah dan boleh di denda maksima sehingga RM:50.000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

    3. Dalam konteks pemeliharaan hidupan liar pula akta perlindungan hidupan liar 1976 telahdihasilkan bertujuan untuk memastikan spesis hidupan liar di Negara kita tidak pupus dan terus

    memberikan faedah kepada generasi akan datang. Oleh itu Jabatan PERHILITAN diberi kuasa sepenuhnya

    untuk melaksanakan akta tersebut dan pindaan-pindaannya. Jabatan PERHILITAN mengawal aktiviti

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    27/46

    perburuan melalui sistem perlesenan. Sesiapa yang memburu atau menyimpan atau memperniagakan

    hidupan liar yang tidak dibenarkan akan dikenakan denda atau dipenjara.

    4. Bagi memantapkan lagi langkah perundangan ini kerajaan telah mewartakan hutan rezab atauTaman Negara yang juga menjadi Kawasan Perlindungan Hidupan Liar (KPHL). Peraturan-peraturan yang

    mengawal pengurusan Taman Negara dan kawasan perlindungan hidupan liar sekali lagi diletakkan dibawah pengawasan Jabatan PERHILITAN. Di Malaysia senarai Taman Negara dan kawasan perlindungan

    hidupan liar mengikut negeri adalah seperti jadual di sebelah.

    Jadual: Taman Negara dan Kawasan Perlindungan Hidupan Liar mengikut negeri di Malaysia

    Langkah Pengurusan Hutan

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    28/46

    1. Selaras dengan Dasar Perhutanan Negara, pengurusan hutan dan pemeliharaan sumber hutan yang

    berkekalan terus diberikan penekanan. Dalam konteks penebangan hutan, Malaysia memberi tumpuan

    kepada dua sistem penebangan berikut iaitu Sistem Sebaya Malaya (MUS) dan Sistem Pengurusan

    Tebangan Memilih (SMS). Kedua-dua sistem ini menitikberatkan kepada kaedah penebangan hutan secara

    sistematik dan berjadual. Dalam Sistem Sebaya Malaya kesemua pokok-pokok yang mempunyai nilaidagangan ditebang dalam satu operasi dan tempoh pusingan tebangannya adalah antara 60 hingga 80 tahun.

    Ini bermakna tempoh penebangan kali ke dua adalah seusia dengan kitar hidup pokok tersebut. BagiSistem Tebangan Memilih pula satu inventori dibuat di sesuatu kawasan yang hendak ditebang.

    Berdasarkan maklumat daripda inventori ini maka dua kaedah penebangan diamalkan. Pertama, sekiranya

    sesuatu kawasan itu kaya dengan pokok dagangan yang muda maka kaedah Polikitar diamalkan. Iaitu

    sebilangan kecil sahaja pokok yang telah dipilih dan ditandakan untuk ditebang. Pokok-pokok tersebut

    mestilah cukup umurnya dan mempunyai diameter minimum 45 hingga 50 centimeter. Pusingan tebangan

    yang diamalkan dalam kaedah polikitar ialah 30 tahun di Semenanjung Malaysia dan 25 tahun di Sabahserta Serawak. Kedua, bagi kawasan yang tidak mempunyai pokok dagangan muda penebangan secara

    Sistem Sebaya Malaya digunakan. Sistem ini menetapkan dirian baki 32 pokok sehektar selepas

    penebangan pokok dilakukan.

    2. Selain daripada kaedah penebangan hutan di atas, terdapat satu lagi cara pengurusan hutan yang

    lestari dan berkekalan di amalkan di Malaysia, iaitu kaedah SILVILKULTUR. Silvilkultur ialah satu cara

    pemulihan hutan yang melibatkan penubuhan ladang hutan,pertumbesaran,penjagaan dan penggantian

    sesuatu dirian hutan dengan teratur. Antara program yang popular di bawah silvilkultur ialah projekLadang Hutan Kompensatori (CFPP) yang telah dilancarkan dalam tahun 1982. Projek ini bertujuan untuk

    membekalkan bahan kayu industri dan memenuhi keperluan tempatan. Seluas 98,000 hektar kawasan hutanmiskin telah dikenalpasti dan dirancang penubuhannya di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia.

    3. Setakat ini spesis-spesis yang ditanam adalah daripada spesis kayu keras tropika seperti Acacia

    Mangium, Yamane dan Batai yang cepat tumbesarannya dan jangkaan pusingan hidup selama 15 tahun.

    Projek ini dilaksanakan di 7 buah negeri iaitu Johor, Pahang,Negeri Sembilan, Selangor,Perak,Kelantan dan

    Terengganu. Sehingga 31 Ogos 1993 seluas 51,748 hektar telah siap ditanam di negeri-negeri berkenaan.

    Pahang (18,125.0 Hektar), Johor (17,586.0 hektar), Selangor (8,706.0 hektar), Negeri Sembilan (4,079.00

    hektar), Perak (2,889.00 hektar), Terengganu (200.00 hektar) dan Kelantan (163.00 hektar).Di sampingtanaman cepat tumbuh, program ladang hutan bermutu tinggi dengan spesis Pokok Jatimula dilaksanakan

    di Kedah pada tahun 1988. Matlamat keluasan tanaman bagi Rancangan Malaysia Ke Lima dan Ke Enam

    adalah masing-masing 750 dan 1,250 hektar iaitu dengan keluasan tanaman 250 hektar setahun yangdibiayai melalui pinjaman daripada kerajaan persekutuan.

    4. Sementara itu perladangan hutan di Sabah telah bermula dari tahun 1922 lagi dengan tertubuhnya

    percubaan tanaman pokok Jati untuk pengeluaran kayu keras di Kota Marudu. Perladangan hutan secara

    komersial bermula pada tahun 1974 dengan rancangan penubuhan seluas 60,000 hektar oleh Syarikat SabahSoftwood Sdn.Bhd (SSSB) di Brumas, Tawau. Penubuhan SSSB iaitu sebuah syarikat kerjasama antara

    North Borneo Timbers Bhd (40% pegangan saham) dan Yayasan Sabah (60% pegangan saham) bertujuan

    untuk menghutan semula kawasan-kawasan yang telah dibalak dengan spesis-spesis yang cepat membesar

    seperti Pinus Caribaea dan Pinus Oocarpa. Susulan daripada itu Lembaga Kemajuan Perhutanan Sabah

    (SAFODA) telah ditubuhkan pada tahun 1976. Objektif penubuhannya aalah untuk menjalankan kerja-

    kerja penghutanan semula seluas 200,000 hektar kawasan terbiar akibat daripada aktiviti pertanian pindah

    dengan spesis sepertiAcacia Mangium,Yamane,EucalyptusDeglupta,Pinus Caribaea dan Pinus Oocarpa.

    Di bawah Rancangan Malaysia ke Enam (1991 - 1995) Jabatan Perhutanan Negeri Sabah telahmengenalpasti kawasan seluas 62,000 hektar boleh ditanami dengan pokok jenis tempatan seperti pokok

    Sentang dan Exotic.

    5. Di Serawak, program pemulihan hutan secara ladang telah bermula semenjak 1920 dengan

    penubuhan seluas 19 hektar tanamam pokok Engkabang di dalam kawasan hutan Simpan Semenggoh.

    Projek tanaman ini kurang mendapat sambutan sehinggalah pada tahun 1965 satu program yang dinamakan

    PROGRAM PENYELIDIKAN PENGHUTANAN dilancarkan di dalam Rancangan Malaysia Pertama

    (1966 - 1970). Program ini antara lain bertujuan untuk mengenalpasti spesis-spesis tempatan dan Exotic

    untuk pembangunan ladang hutan dengan tumpuan menghutan semula kawasan-kawasan yang ditinggalkan

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    29/46

    oleh petani-petani pindah. Spesis-spesis yang ditanam termasuklah Engkabang, Durian,Mahogani,Acacia

    Mangium,Yamane dan Batai. Program perladangan hutan secara komersial telah dilancarkan pada tahun

    1979 dan diperkembang luas dalam rancangan Malaysia Ke Empat (1981-1985). Sehingga 1993, Jabatan

    Hutan Negeri Serawak telah berjaya menubuhkan seluas 6,613.4 hektar ladang hutan di dalam kawasan

    yang ditinggalkan oleh petani pindah dan di beberapa kawasan hutan simpan.

    6. Bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Kejayaan program Silvilkultur di Malaysiabanyak dibantu oleh perkembangan pesat bidang R&D khususnya yang berkaitan dengan

    pengurusan,penjagaan dan perawatan hutan. Menyedari hakikat ini pihak kerajaan telah menubuhkan satuJawatan Kuasa Penyelaras Penyelidikan dan Pembangunan Ladang Hutan Malaysia pada 18

    November 1988. Jawatan kuasa tersebut terdiri daripda tenaga-tenaga pakar dan penyelidik dari Jabatan

    Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan

    Universiti Pertanian Malaysia kini Universiti Putra Malaysia (UPM). Sebagai institusi yang berasaskan

    penyelidikan dan pembangunan hutan, FRIM dan UPM berkerjasa erat dan bertanggungjawab menjalankan

    penyelidikan demi menjamin kejayaan program perladangan hutan terutamanya dalam bidang sepertipengurusan, biakbaik pokok serta sifat dan penggunaan kayu. Program penyelidikan dan pembangunan

    akan terus berkembang dengan bidang-bidang penyelidikan yang sedia ada disamping memberikanpenekanan kepada penyelidikan pemilihan spesis,kesesuaian spesis dengan tapak tanaman, bekalan stok

    tanaman,silvilkulture,kajian ekonomik spesis ladang serta kawalan serangga dan penyakit.

    Langkah Kempen dan Pendidikan Alam Sekitar.

    1. Pencegahan adalah lebih baik daripada pemulihan. Justeru itu perancangan untuk menguruskan

    ekosistem hutan dalam jangka masa panjang mestilah melibatkan unsure kededaran kepada orang ramai.

    Untuk menanam unsur kesedaran ini maka pentingnya diadakan kempen dan pendidikan alam sekitar

    secara berterusan. Pendidikan alam sekitar boleh dilaksanakan pada dua peringkat. Pertama peringkat

    sekolah sebagai kurikulum formal yang diajar dalam matapelajaran geografi dan juga interdisiplin seperti

    dalam matapelajaran sains. Peringkat ke dua ditujukan kepada orang ramai dalam konteks kempenkesedaran seperti kempen cintailah hutan kita, kempen the green world dan lain-lain lagi. Selain itu langkah

    kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar ini juga dilakukan oleh badan bukan kerajaan (NGO)

    seperti Persatuan Pencinta Alam Sekitar Malaysia dan juga Sahabat Alam Sekitar (SAM). Usaha yang

    berterusan khususnya kepada generasi muda diharap akan dapat mewujudkan masyarakat yang boleh hidup

    dengan harmoni dengan persekitaran hutan.

    2. Dalam konteks kerajaan pula usaha untuk berkerjasama dengan Negara-negara serantau dan

    dengan pertubuhan Pertubuhan alam sekitar dunia yang lain sentiasa dilakukan. Dengan Negara ASEAN,

    Malaysia turut menyertai Program Alam Sekitar ASEAN. Selain itu Jabatan Perhutanan juga berkerjasama

    rapat dengan banyak pertubuhan antarabangsa. Misalnya Hari Perhutanan Sedunia disambut setiap tahunoleh Malaysia dengan melaksanakan program menanam pokok-pokok, pameran ceramah dan sebagainya.

    Dana sedunia alam semulajadi Malaysia (WWF) mempunyai pejabat dan wakil-wakilnya di Kuala Lumpur

    dan Kucing untuk membantu usaha-usaha perancangan dan pengurusan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan

    hidupan liar dari segi bimbingan, perkhidmatan teknikal, kewangan dan pendidikan.

    5.2.1.2 Kesan Aktiviti Manusia ke atas ekosistem tasik.

    A. Kemorosotan Kualiti Ekosistem Tasik.1. Sebagai sebuah ekosistem, komponen di dalam tasik bukan sahaja terdiri daripada air malah ia juga

    terdiri daripada hidupan akuatik. Apabila hidupan akuatik dalam tasik terjejas, maka ini bermakna

    seluruh ekosistem tasik itu turut terjejas. Dalam hal ini pengukuran penting terhadap kemerosotan kualiti

    ekosistem tasik boleh berdasarkan kepada sumber-sumber air bersih yang ditakung oleh sesebuah tasik.

    Apabila air tasik tercemar maka kualitinya semakin merosot. Indeks kemerosotan kualiti air bersih (kadarpencemaran air) dari sumber air tasik boleh diukur melalui pelbagai indikator seperti kandungan

    Permintaan Oksigen Biologikal (BOD), kandungan bakteria Escherichia Coli (E. Coli), kandungan

    Amoniakal Nitrogen (NH3 - N), kandungan Pepejal Terampai (SS), Nilai Keasidan ( pH) disamping

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    30/46

    perubahan warna dan bauyang ada di dalam air tasik tersebut.

    B. Bagaimana Ekosistem Sesebuah Tasik Terjejas.

    1. Aktiviti penebusgunaan tasik. Tasik yang ada mungkin ditimbus/ditebusguna untuk dijadikan

    pelbagai tapakbina seperti kawasan perumahan, industri dan sebagainya. Apabila kawasan ini ditimbusbermakna memusnahkan terus segala ekosistem di dalammnya. Habitat tasik berkenaan akan hilang dan

    semua jenis hidupan air akan mati.

    2. Pembangunan pertanian dan penternakan .Penggunaan racun seperti DDT dan penggunaan baja kimia

    menyebabkan sumber-sumber air tasik tercemar apabila bahan kimia tersebut dilarutresapkan oleh air

    tanah menuju ke sungai dan tasik di samping daripada air hujan yang sudah tercemar menjadi hujan

    asid. Kemerosotan kualiti sumber air tasik ini dikesan melalui nilai pH. Contohnya tasik-tasik yang

    terdapat di kawasan perladangan getah dan kelapa sawit Sisa pertanian seperti baja kimia dan racun

    serangga boleh dibawa oleh larian air permukaan atau dilarutresapkan oleh air hujan ke dalam tanahyang akhirnya diluahkan ke dalam tasik yang berdekatan. Kesannya kualiti air tasik akan terjejas, nilai

    keasidan pHnya bertambah yang boleh mematikan hidupan seperti zooplankton dan tumbuhan hijau

    yang lain. Dalam konteks ini rantaian makanan dalam tasik akan musnah. Begitu juga dengan aktiviti

    pembuangan najis babi ke dalam tasik juga boleh merosakkan kitaran ekosistem tasik berkenaan.Pembangunan sektor penternakan. Penyaliran najis haiwan seperti najis khinzir ke dalam tasik atau

    pembuangan sisa-sisa haiwan yang disembelih atau yang mati ke tasik akan menjejaskan ekosistem tasik

    berkenaan.. Air tasik akan berbau busuk, kandungan bakteria E.Coli amat tinggi, kadar alir air tasik amat

    perlahan - Tasik mati.

    3. Aktiviti perindustrian. Ini termasuklan penyaluran dan pembuangan sisa toksid ke dalam tasik

    oleh sesetengah kilang seperti kilang memproses getah dan kelapa sawit, kilang membuat cat dan

    petrokimia yang secara langsung menyalirkan sisanya ke tasik yang berdekatan. Air tasik akan tercemar,

    nilai BOD air dalam tasik meningkat dan ini akan memusnahkan segala hidupan di dalam tasik tersebut

    sekaligus keseluruhan ekosistem tasik akan musnah. Sektor perkilangan dianggap sebagai sektor yang

    paling banyak menyumbang kepada pencemaran sumber air sesebuah tasiki. Kadar kemerosotan diukur

    dengan indikator kandungan BOD dalam air di samping perubahan warna dan bau. Selain itu perlepasanbahan-bahan pencemar dari serombong kilang ke udara boleh menyebabkan kualiti air hujan merosot -

    hujan asid dan jika hujan ini memasuki system tasik maka seluruh komponen dalam tasik berkenaanakan terjejas.. Di sesetengah tempat tasik dijadikan sebagai tempat pembuangan bahan kimia dan bahan

    radioaktif . Di Jepun misalnya, ekosistem Tasik Minimata dirosakkan akibat pembuangan raksa oleh

    beberapa jenis industri ke dalamnya.

    4. Aktiviti pelancongan. Meliputi pembuangan/penyaliran sisa kumbahan dari hotel,resort,chalet

    ke kawasan tasik yang berdekatan. Ini akan meningkatkan kandungan bakteria E.Coli dalam tasik

    tersebut. Peningkatan kandungan bakteria ini mencerminkan kualiti air tasik kian merosot yang

    seterusnya boleh mematikan pelbagai sumber alga dan zooplankton yang menjadi pembekal makananutama kepada seluruh hidupan akuatik dalam tasik tersebut. Kemerosotan kualiti air tasik ini dikesan

    melalui kandungan bakteria E.Coli. Jika melebihi paras yang dibenarkan 200 MPN/100 ml maka air tasik

    tersebut sudah tercemar.

    5. Pembangunan pesat sektor pembandaran. Pertambahan penduduk bandar, kewujudan kawasansetinggan yang membuang sisa domestik seperti sampah sarap dan air kumbahan ke tasik atau takungan

    air yang berhampiran. Termasuk juga pembuangan sisa-sisa makanan oleh peniaga kecil dan lain-lain

    sisa dari kawasan perumahan ke system tasik yang ada .Aktiviti pembuangan sisa domestik olehpenduduk seperti pembuangan sampah sarap terus ke dalam tasik akan menyebabkan air tasik menjadi

    busuk dan tercemar yang seterusnya boleh menggangu keseimbangan ekosistem tasik berkenaan. Selain

    itu aktiviti seperti menuba ikan, mengebom ikan di dalam tasik yang terlibat akan memusnahkan

    pelbagai peringkat pengguna dalam tasik tersebut.

  • 7/29/2019 89374145 PBS 1 Sistem Ekologi ASAL

    31/46

    6. Pembangunan sektor perlombongan dan tenaga. Sisa perlombongan bijih timah, emas dan tembaga

    mencemarkan tasik apabila ia dialirkan/dibuang ke dalamnya seperti kes perlombongan tembaga di

    Mamut Sabah. Di Cameron Highland ekosistem beberapa buah tasik turut musnah akibat pembuangan

    enap cemar oleh TNB berhad sehingga boleh menggangu bekalan air bersih kepada penduduk.

    C. Langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalahkemerosotan Ekosistem Tasik.

    1. Langkah perundangan. Penguatkuasaan undang-undang - pengawasan/pemantauan yang teliti serta

    tindakan tegas termasuk denda/kompaun, menarik balik lesen operasi dan juga penjara ke atas mana-

    mana pihak yang dikenalpasti mencemarkan sumber-sumber air tasik samada dari pekilang, penternak,

    pemilik-pemilik restoran, orang perseorangan dan sebagainya. Langkah ini boleh dilaksanakan oleh

    Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebagai badan kerajaan yang bertanggungjawab dan diberi kuasa di bawah

    Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Di samping itu perlunya kerjasama dari Jabatan kerajaan yang lain dan

    NGO serta media seperti TV 3 untuk memantau, mengawal - selia dan melaporkan segala aktivitiekonomi yang dikenalpasti boleh mengancam ekosistem sesebuah tasik agar langkah-langkah

    pencegahan awal boleh diambil sebelum terlambat. Apabila dilaporkan maka tindakan dari JAS

    mestilah cepat dan serta merta.

    2. Langkah pengurusan seperti merawat air tasik yang telah tercemar khususnya akiba