teori ekologi bronfenbrenner

21
KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL 1 1.0 PENGENALAN Perkataan” Ekologi” dicipta oleh seorang pakar biologi dari German bernama Ernst Haeckel pada tahun 1866 yang berasal dari perkataan Greek iaitu oikos bererti " rumah" dan logos beerti "sains". Ekologi adalah cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi di antara benda hidup dengan alam sekitar. Kini, istilah ekologi ini telah digunakan secara meluas dan merujuk kepada kajian saling hubungan antara organisma dengan persekitaran dan juga saling hubungan di kalangan kumpulan organisma itu sendiri. Alam sekeliling merangkumi kedua persekitaran abiotik iaitu benda bukan hidup seperti cuaca dan geologi dan persekitaran biotik iaitu benda hidup seperti tumbuhan dan haiwan. Kebanyakan penyelidikan ekologi menumpu kepada taburan dan jumlah organisma dan bagaimana ini mempengaruhi ciri dan sifat alam sekitar; pengaruh organisma terhadap alam sekitar, dan pengaruh alam sekitar terhadap organisma tersebut. Ekologi manusia adalah suatu kajian antara disiplin mengenai hubungan di antara manusia dan alam sekitar semula jadi, persekitaran sosial dan alam ciptaan mereka. Petikan dari University of Alberta, Deparment. of Human Ecology berkaitan dengan ekologi manusia adalah seperti berikut: Ekologi manusia adalah sebuah jurusan yang menggunakan antara disiplin yang menggunakan suatu pencapaian holistik untuk menolong orang menyelesaikan masalah dan menambah potensi manusia dalam alam yang berhampiran mereka - pakaian, keluarga, rumah, dan masyarakat mereka. Ahli ekologi manusia mengalakkan keadaan baik individu, keluarga, dan masyarakat melalui pendidikan, pencegahan, dan pemberian kuasa.Model ekologi manusia yang akan dibincangkan adalah Teori Ekologi yang diperkenalkan oleh Urie Bronfenbrenner pada tahun 1979. Model ini mempunyai ciri tersendiri dan menerangkan konsep asas pendekatan ekologikal iaitu organisma, persekitaran dan saling tindak antara keduanya.

Upload: abehadin

Post on 02-Jan-2016

672 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

Teori ekologi manusia

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Ekologi Bronfenbrenner

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

1

1.0 PENGENALAN

Perkataan” Ekologi” dicipta oleh seorang pakar biologi dari German

bernama Ernst Haeckel pada tahun 1866 yang berasal dari perkataan Greek

iaitu oikos bererti " rumah" dan logos beerti "sains". Ekologi adalah cabang

sains yang mengkaji habitat dan interaksi di antara benda hidup dengan

alam sekitar. Kini, istilah ekologi ini telah digunakan secara meluas dan

merujuk kepada kajian saling hubungan antara organisma dengan

persekitaran dan juga saling hubungan di kalangan kumpulan organisma itu

sendiri. Alam sekeliling merangkumi kedua persekitaran abiotik iaitu benda

bukan hidup seperti cuaca dan geologi dan persekitaran biotik iaitu benda

hidup seperti tumbuhan dan haiwan. Kebanyakan penyelidikan ekologi

menumpu kepada taburan dan jumlah organisma dan bagaimana ini mempengaruhi ciri dan sifat

alam sekitar; pengaruh organisma terhadap alam sekitar, dan pengaruh alam sekitar terhadap

organisma tersebut.

Ekologi manusia adalah suatu kajian antara disiplin mengenai hubungan di antara manusia dan

alam sekitar semula jadi, persekitaran sosial dan alam ciptaan mereka. Petikan dari University of

Alberta, Deparment. of Human Ecology berkaitan dengan ekologi manusia adalah seperti

berikut:

“Ekologi manusia adalah sebuah jurusan yang menggunakan antara disiplin yang menggunakan

suatu pencapaian holistik untuk menolong orang menyelesaikan masalah dan menambah potensi

manusia dalam alam yang berhampiran mereka - pakaian, keluarga, rumah, dan masyarakat

mereka. Ahli ekologi manusia mengalakkan keadaan baik individu, keluarga, dan masyarakat

melalui pendidikan, pencegahan, dan pemberian kuasa.”

Model ekologi manusia yang akan dibincangkan adalah Teori Ekologi yang diperkenalkan oleh

Urie Bronfenbrenner pada tahun 1979. Model ini mempunyai ciri tersendiri dan menerangkan

konsep asas pendekatan ekologikal iaitu organisma, persekitaran dan saling tindak antara

keduanya.

Page 2: Teori Ekologi Bronfenbrenner

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

2

2.0 KONSEP ASAS EKOLOGIKAL

Menurut Mohamad Shuhny (2008), Teori Ekologi Manusia menggunapakai konsep-konsep asas

daripada tiga komponen besar konsep dalam teori Sistem Umum, Ekologi Manusia dan Ekologi

Keluarga. Jadual 1 menunjukkan tentang konsep-konsep tersebut.

Jadual 1 : Konsep Sistem Umum, Ekologi Manusia dan Ekologi Keluarga

3.0 PERSEKITARAN DARI ASPEK TINGKAH LAKU DAN PERKEMBANGAN

MANUSIA

Persekitaran terdiri daripada keseluruhan aspek fizikal, biologikal, sosial, ekonomi,

politik,estetik dan struktur yang terdapat di sekeliling manusia. Persekitaran merupakan konteks

tingkahlaku dan perkembangan manusia. Persekitaran boleh diklasifikasikan menurut sumber

yang ada di dalamnya. Ini termasuk persekitaran semulajadi atau bio-fizikal, persekitaran sosio-

budaya dan persekitaran teknologi-binaan manusia (Bubolz & Sontag,1993) Persekitaran

semulajadi/bio-fizikal terdiri daripada sumber bumi yang asli seperti tanah, air, masa, tumbuhan,

Sistem Umum

•Sistem

•Elemen/Objek

•Ciri

•Perhubungan

•Persekitaran

•Maklumat/Informasi

•Tenaga

•Bahan

•Ruang

•Masa

•Homeostasis

•Maklumbalas

•Sempadan

Ekologi Manusia

•Ekosistem Manusia

•Organisma/Individu

•Persekitaran

•Interaksi

•Pola

•Saling Bergantungan

•Persepsi

•Organisasi

•Kepelbagaian

•Adaptasi

•Teknologi

•Kefungsian

•Holism

•Limitasi

•Niche

Ekologi Keluarga

•Ekosistem keluarga

•Keluarga

•Sumber

•Keperluan

•Nilai

•Matlamat

•Pengadilan

•Pembuatan Keputusan

•Komunikasi

•Pembangunan Manusia

•Personaliti

•Kesejahteraan

•Kualiti Kehidupan Manusia

Page 3: Teori Ekologi Bronfenbrenner

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

3

haiwan, fosil, mineral dan lain-lain Persekitaran sosio-budaya terdiri daripada institusi sosial

seperti agama, politik, ekonomi, rekreasi atau kumpulan simbolik. Persekitaran teknologi-binaan

manusia termasuk rumah, jambatan, sistem hidroelektrik,bangunan serta sistem jalanraya.

Persekitaran boleh juga diklasifikasikan kepada persekitaran mikro dan makro. Klasifikasi ini

adalah berdasarkan saiz persekitaran tersebut. Mikro merujuk kepada saiz persekitaran yang

kecil, manakala makro pula merujuk kepada saiz persekitaran yang besar. Secara grafik,

persekitaran yang disarankan oleh Bubolz & Sontag (1990) boleh digambarkan seperti berikut:

Rajah 1 : Persekitaran menurut Bubolz & Sontag

Page 4: Teori Ekologi Bronfenbrenner

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

4

4.0 LATARBELAKANG URIE BRONFENBRENNER

Urie Bronfenbrenner telah dilahirkan pada 29 April, 1917 di

Moscow, Rusia. Bapanya bernama Dr Alexander

Bronfenbrenner dan ibunya ialah Eugenie Kamenetski

Bronfenbrenner., Keluarganya berpindah ke Amerika Syarikat

apabila Urie berumur enam tahun . Setelah menetap di Pittsburgh

untuk suatu tempoh yang singkat, mereka berpindah ke

Letchworth Village, iaitu sebuah institusi Orang Terencat Akal di

New York, di mana bapanya bekerja sebagai seorang pakar

patologi klinikal dan pengarah penyelidikan. Selepas tamat pengajian dari Sekolah Tinggi

Haverstraw, Bronfenbrenner menyambung pengajian dalam dua pengkhususan iaitu piskologi

dam muzik di Universiti Cornell pada tahun 1938. Dia telah melakukan kerja-kerja penyelidikan

berkaitan psikologi perkembangan serta dapat menghabiskan pengajian peringkat Sarjana di

Universiti Harvard, diikuti oleh Ph.D. dari Universiti Michigan pada tahun 1942.

Dua puluh empat jam selepas menerima ijazah kedoktoran beliau, Urie Bronfenbrenner telah

diserapkan ke dalam Angkatan Tentera, di mana beliau berkhidmat sebagai seorang pakar

psikologi dalam pelbagai tugasan untuk pasukan Tentera Udara dan Pejabat Perkhidmatan

Strategik U.S. Selepas menamatkan latihan kepegawaian, beliau berkhidmat dalam pasukan

Perubatan Tentera Amerika Syarikat (AS). Selepas tamat Perang Dunia II, Bronfenbrenner

bekerja sebagai Penolong Ketua Pakar Psikologi Klinikal bagi Administration and Research for

the Veterans' Administration untuk suatu tempoh yang singkat. Kemudian beliau memulakan

kerja sebagai Penolong Profesor Psikologi di Universiti Michigan.Pada tahun 1948, beliau

menerima jawatan professor dalam Pembangunan Manusia, Pengajian Keluarga, dan Psikologi di

Universiti Cornell. Pada 1960-an hingga awal 1970-an, Bronfenbrenner berkhidmat sebagai ahli

Lembaga Pemegang Amanah Cornell. Pada masa kematian, Bronfenbrenner merupakan

Professor Emeritus dalam bidang Pembangunan Manusia dan bidang Psikologi dalam Jabatan

Ekologi Manusia di Universiti Cornell. Bronfenbrenner meninggal dunia pada usia 88 tahun di

rumahnya,Ithaca, New York pada 25 September 25 2005 akibat komplikasi kencing manis.

Page 5: Teori Ekologi Bronfenbrenner

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

5

Urie Bronfenbrenner berkahwin dengan Liese

dan mendapat enam cahayamata iaitu Beth Soll,

Ann Stambler, Mary Bronfenbrenner,Michael

Bronfenbrenner, Kate Bronfenbrenner dan Steven

Bronfenbrenner.Urie Bronfenbrenner memainkan

peranan yang sangat penting membentuk

program-program pembangunan. Ini termasuklah

menjadi pengasas bersama program bernama

Head Start iaitu satu program pembangunan

kanak-kanak persekutuan. Program Head Start ini sangat berjaya dan merupakan program yang

paling lama dilaksanakan dalam membasmi kitaran kemiskinan di Amerika Syarikat. Sepanjang

penglibatan beliau di dalam kerjayanya, beliau telah diberikan beberapa anugerah di atas

sumbangan dalam bidang ekologi. Antaranya anugerah "Lifetime Contribution to Developmental

Psychology in the Service of Science and Society" oleh The American Psychological

Association yang kemudiannya menamakan anugerah tersebut sebagai "The Bronfenbrenner

Award. Beliau juga memperolehi anugerah " The James McKeen Catell” dari the American

Psychological Society.

Sumbangan Urie Bronfenbrenner yang terpenting adalah melalui hasil-hasil penerbitan beliau,

iaitu : Bronfenbrenner, “Two Worlds of Childhood” yang diterbitkan pada tahun 1972,

“Influencing Human Development” yang diterbitkan pada tahun 1973,”Two Worlds of

Childhood: US and USSR” yang diterbitkan pada tahun 1975,”Influences on Human

Development” juga diterbitkan pada tahun 1975, “The Ecology of Human Development:

Experiments by Nature and Design” yang diterbitkan pada tahun 1979,”On Making Human

Beings Human” yang diterbitkan pada tahun 1981 dan “The Twelve Who Survive:

Strengthening Programmes of Early Childhood Development in the Third World” yang

diterbitkan pada tahun 1992.

Page 6: Teori Ekologi Bronfenbrenner

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

6

5.0 TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

Teori ekologi adalah pandangan sosio kultural tentang perkembangan yang terdiri daripada lima

lingkungan bermula dari interaksi langsung dengan agen-agen sosial sehinggalah pengaruh

kebudayaan. Lima sistem dalam teori ekologi Bronfenbrenner ialah mikrosistem, mesosistem,

eksosistem, makrosistem dan kronosistem. (Rajah 2).

Rajah 2: Teori Ekologi Bronfenbrenner

Page 7: Teori Ekologi Bronfenbrenner

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

7

Teori Ekologi mengikut Bronfenbrenner (1977) memberi penekanan bahawa individu yang

melalui proses pertumbuhan dan perkembangan itu terangkum di dalam sistem persekitaran yang

mementingkan interaksi diantara satu sama lain. Interaksi antara kanak- kanak dengan

persekitaran kanak-kanak itu boleh mempengaruhi proses perkembangan dan pertumbuhan

kanak-kanak.

Merujuk kepada konsep teori ini, kanak-kanak merupakan individu yang berada dalam ruang

lingkup mikro (berpusat di tengah) boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran. (Mariani Md.

Nor, 2006)

5.1 MIKROSISTEM

Mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi

secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Ia meliputi keluarga, guru, individu,

rakan sebaya, sekolah dan persekitaran yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak. Ibu

bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak dan

sebagai individu terdekat atau berhampiran dengan komuniti kanak-kanak, mereka mempunyai

pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak. (Rajah 3)

Individu tidak dipandang sebagai penerima pengalaman yang pasif dalam setting ini tetapi

sebagai seseorang yang menolong membangunkan setting. Contohnya interaksi kanak-kanak di

dalam keluarga iaitu dengan ibu bapa dan adik beradik. Interaksi antara rakan, jiran serta guru

terlibat dalam proses perkembangan kanak-kanak.

Tingkah laku atau respons kanak –kanak juga akan mempengaruhi sikap ibu bapa terhadap

kanak-kanak tersebut. Contohnya, kanak –kanak yang berkelakuan baik akan disenangi oleh

orang dewasa di sekitarnya dan mereka akan memberi respon positif terhadap kanak –kanak ini.

Page 8: Teori Ekologi Bronfenbrenner

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

8

Rajah 3 :

5.2 MESOSISTEM

Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain.

Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi dengan

mikrosistem yang lain. Antaranya hubungan ibubapa – guru, ibubapa-rakan, guru-rakan, antara

rakan, hubungan antara pengalaman sekolah dengan pengalaman keluarga, pengalaman sekolah

dengan pengalaman rakan sebaya. Contohnya , seorang pelajar yang merasa dirinya dipinggirkan

oleh keluarga mungkin akan menghadapi masalah menjalinkan hubungan yang positif dengan

gurunya.

Page 9: Teori Ekologi Bronfenbrenner

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

9

Kajian yang dijalankan oleh Zarinah Arshat, Rozumah Baharudin, Rumayajuhari & Rojanah

Kahar (2002) mendapati bahawa faktor latar belakang keluarga dan tingkah laku keibubapaan

boleh mempengaruhi perkembangan emosi dan kognitif anak. Pendidikan yang diterima oleh ibu

merupakan sumber kekuatan diri yang boleh mempengaruhi tahap estim diri dan pencapaian

akademik anak dalam keluarga berisiko di luar bandar. Ibu bapa yang berpendidikan tinggi

kebiasaannya melihat hubungan anak sebagai dua hala, bersifat timbal balik , banyak melibatkan

diri dalam aktiviti pembelajaran anak dan mengamalkan komunikasi yang positif dan terbuka.

Komunikasi yang terbuka membolehkan ibu bapa menunjukkan kasih sayang melalui sentuhan,

kemesraan dan sokongan. Adalah menjadi fitrah manusia untuk disayangi dan menyayangi.

Tanpa kasih sayang, seseorang itu mungkin menghadapi pelbagai masalah emosi. Justeru itu, ibu

bapa perlu mempelajari bagaimana untuk menjadi seorang pendengar yang aktif dan juga

mengesahkan keperluan dan permasalahan anak-anak mereka.(Arshat, Baharudin, & Kahar,

2002)

5.3 EKSOSISTEM

Eksosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara

langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada

kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Pengalaman individu

tersebut akan turut mempengaruhi orang lain.

Contoh, Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran mempunyai peranan yang besar dalam

menentukan kualiti taman permainan, kemudahan rekreasi dan perpustakaan. Keputusan mereka

dalam perkara tersebut akan mempengaruhi perkembangan pelajar-pelajar di daerah tersebut.

Dari perspektif pendidikan, sistem bilik darjah didapati memainkan peranan penting dalam

mempengaruhi-perkembangan kanak-kanak bukan sahaja di Malaysia sendiri malah di merata

dunia. Kajian mendapati 99.4% ibu bapa berkecenderungan membantu kanak-kanak

mendapatkan buku yang sesuai untuk anak-anak mereka berbanding dengan bahan lain.

Sementara 84.9% pula menyediakan bahan bantu mengajar elektronik seperti CD Pendidikan dan

tidak begitu berminat untuk membelikan bahan mainan atau buku komik walaupun ada unsur-

unsur pendidikan. (Mariani Md.Nor, 2006)

Page 10: Teori Ekologi Bronfenbrenner

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

10

5.4 MAKROSISTEM

Makrosistem ialah perubahan keadaan dalam tempoh suatu masa. Misalnya, kanak-kanak hari ini

lebih fokus kepada permainan-permainan komputer atau kemajuan teknologi yang ada kini jika

dibandingkan dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain

di persekitaran rumah. Makrosistem merujuk kepada perkembangan individu yang di pengaruhi

oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat Misalnya dalam sesetengah masyarakat,

peranan jantina dititikberatkan (Santrock 2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi

peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting. Sebagai contoh, di sesetengah negara

kaum lelaki diberi peranan yang lebih besar di mana mereka diberi peluang pelajaran dan

pekerjaan-pekerjaan yang penting. Berlainan pula dengan negara-negara barat, kaum wanita

mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam memenuhi kehendak dan keperluan semasa.

Tanpa kita semua sedari hal ini akan memberi kesan ke atas perkembangan sosial dan emosi

khususnya ke atas peranan mereka dalam masyarakat. Bukan itu sahaja, faktor persekitaran

sangat berperanan penting setiap perkembangan kanak-kanak. Suasana tempat tinggal yang

harmoni akan membantu membina persekitaran yang baik untuk seseorang kanak-kanak

membesar dengan baik dan melalui proses perkembangan yang menyeluruh.

Mikrosistem melibatkan budaya yang lebih luas di mana pelajar dan guru tinggal

termasuklah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma, nilai dan amalan

masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan.

Di sesetengah Negara seperti di Amerika Syarikat, peranan mengikut jantina yang pelbagai

dapatditerima. Di Amerika juga, sejak di sekolah lagi kanak-kanak telah ditanamkan budaya

peranan dan tanggungjawab yang sama antara lelaki dengan perempuan. Dalam kebanyakan

negara Islam, sistem pendidikannya mengutamakan peranan lelaki di mana kaum lelaki diberi

peranan yang lebih dominan dalam budaya tersebut.

Satu dari aspek status sosioekonomi murid adalah faktor perkembangan dalam kemiskinan.

Kemiskinan dapat mempengaruhi perkembangan anak dan merosak kemampuan mereka untuk

belajar, meskipun kanak-kanak dari golongan miskin sangat rajin. (Santrock, Psikologi

Pendidikan, 2008).

Page 11: Teori Ekologi Bronfenbrenner

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

11

Makrosistem, dalam teori ekologi Bronfenbrenner meliputi kebudayaan di mana individu ingat

bahawa kebudayaan mengacu pada pola perilaku, keyakinan dan semua produk lain. Dari

sekelompok manusia yang diteruskan dari generasi-generasi ingat juga bahwa studi lintas budaya

perbandingan antara satu kebudayaan dengan kebudayaan lain atau lebih kebudayaan lain,

memberi informasi tentang generalitas perkembangan.

5.5 KRONOSISTEM

Persekitaran kita tidak kekal sama, ia berubah mengikut peredaran masa. Sebagai contoh,

kehadiran ahli baru dalam sebuah keluarga membawa perubahan dan memberi kesan kepada

perkembangan kanak-kanak. Contohnya apabila ibu melahirkan ahli baru dalam keluarga, maka

kanak-kanak tersebut akan berasa tersisih dan memikirkan ibu bapa mereka tidak menyayangi

mereka kerana ibu bapa mereka memberi lebih tumpuan dan perhatian kepada ahli baru dalam

keluarga tersebut. Bukan itu sahaja, perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya

kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer jika dibanding

dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran

rumah. Kronosistem merangkumi pembuatan pola kejadian lingkungan dan transisi sepanjang

kehidupan. Contohnya pengaruh negatif perceraian yang seringkali memuncak pada tahun

pertama perceraian. Dua tahun setelah perceraian, interaksi keluarga tidak terlalu berantakan dan

lebih stabil. Dengan mempertimbangkan lingkungan sosial budaya, wanita masa kini lebih

mungkin didorong untuk mengejar kerjaya dibandingkan dengan wanita 20 atau 30 tahun yang

lalu.

Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh masa. Contohnya,

kanak-kanak pada hari ini hidup dalam banyak perkara yang pertama dilalui. Mereka adalah

generasi pertama mengalami jagaan harian di taman asuhan kanak-kanak atau diasuh di rumah

orang lain atau dijaga oleh pembantu rumah. Kronosistem meliputi pemulaan peristiwa-

peristiwa sepanjang rangkaian kehidupan dan keadaan sejarah dari perkembangan individu.

Misalnya, dalam mempelajari implikasi perceraian terhadap anak-anak, para pengkaji

menemukan bahawa kesan negatif sering memuncak pada tahun pertama setelah perceraian dan

bahawa kesan penceraian akan menjadi lebih buruk bagi anak laki-laki daripada anak perempuan

Page 12: Teori Ekologi Bronfenbrenner

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

12

(Hetherington, 1989 dalam Santrock, 2008). Dua tahun setelah perceraian, interaksi dalam

keluarga tidak begitu stabil dan akan menjadi lebih terkawal. (Santrock, Psikologi Pendidikan,

2008)

Bronfenbrenner semakin banyak memberi perhatian kepada kronosistem sebagai sistem

lingkungan yang penting. Dia memperhatikan dua permasalah penting, iaitu kebanyakan anak-

anak di luar negara yang hidup dalam kemiskinan (terutama dalam keluarga bapa/ibu tunggal)

mempunyai perkembangan yang sangat berbeza-beza di antara satu sama lain.(Santrock, Life-

Span Development, 2002). Bronfenbenner juga berpendapat bahawa anak-anak sekarang adalah

generasi pertama yang mendapatkan perhatian setiap hari, generasi pertama yang lahir pada

zaman teknologi yang dipenuhi oleh komputer dan bentuk media baru, generasi pertama yang

lahir dalam revolusi seksual, (Santrock, Psikologi Pendidikan, 2008).

6.0 IMPLIKASI TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

Teori ekologi memandang bahawa, perkembangan manusia dipengaruhi oleh konteks

lingkungan. Hubungan timbal balik antara individu dengan lingkungan yang akan membentuk

tingkah laku individu tersebut. Teori ekologi yang paling terkenal dan memiliki implikasi luas

untuk memahami bagaimana lingkungan berpengaruh kepada individu adalah teori yang

diungkapkan oleh Urie Bronfenbrenner. Teori Ekologi Bronfenbrenner adalah teori yang

menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan manusia. Teori ini melihat

persekitaran ekologi manusia berdasarkan hubungannya dengan konteks di mana individu itu

berada dan berinteraksi. Bronfenbrenner menyatakan persekitaran perkembangan individu

terdiri daripada lima sistem iaitu mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem dan

kronosistem. Sistem-sistem ini saling terangkum antara satu sama lain dengan persekitaran yang

paling di dalam atau dekat sebagai tempat di mana individu itu berkembang. Kelima-lima sistem

persekitaran tersebut memberikan implikasi kepada guru dalam menyediakan diri dengan

selengkapnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Page 13: Teori Ekologi Bronfenbrenner

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

13

I. MIKROSISTEM

Tugas guru bukan sahaja mengajar semata-mata, namun berperanan sebagai pembimbing kepada

murid-murid semasa di sekolah. Murid-murid banyak menghabiskan masa bersama guru semasa

di sekolah. Jadi guru bertindak sebagai pembimbing dan penasihat kepada murid-murid.

Sebagai seorang guru, mereka perlu tahu tahap perkembangan setiap anak murid mereka. Jadi

pemilihan aktiviti pengajaran yang sesuai dengan minat, pengetahuan dan pengalaman murid

dapat meningkatkan tahap perkembangan mereka di dalam pelajaran. Menurut Nor Hashimah

Hashim & Yahya Che Lah (2003), pemahaman guru berkaitan perkembangan kanak-kanak

dapat meningkatkan lagi keyakinan dan memberi panduan kepada guru menyesuaikan program

mengikut keperluan setiap kanak-kanak yang berada di dalam kelas.

Guru juga mestilah peka terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid sebelum

memulakan pengajaran. Pendapat ini selari dengan kenyataan Nor Hashimah Hashim & Yahya

Che Lah (2003) iaitu guru atau pendidik berkebolehan menyelami dunia kanak-kanak dan

berkongsi rasa ingin tahu mereka. Kanak-kanak akan berasa gembira apabila orang dewasa

mendengar, memberi tumpuan dan menerima apa yang mereka katakan. Murid yang berada

dalam keadaan ceria dan gembira akan memberi tumpuan dan berminat untuk mengikuti

pengajaran guru. Jika murid tersebut berada dalam keadaan yang tidak sedia, maka objektif

pembelajaran yang ingin disamapaikan oleh guru pada hari itu tidak akan tercapai.

Seperti mana yang kita sedia maklum keluarga, sekolah, dan tempat kerja merupakan tempat

yang mempengaruhi seseorang individu dalam pembentukan tingkahlaku mereka. Justeru,

seseorang kanak-kanak atau murid yang berada di dalam bilik darjah pastinya mempunyai

kemahiran sedia ada yang dipelajari daripada keluarga atau sebelumnya. Kajian Tingkahlaku

Keibubapaan dan Penyesuaian Tingkahlaku Kanak-kanak Luar Bandar oleh Yahaya Juhari

(2009) membuktikan bahawa latar belakang keluarga mempengaruhi tingkah laku kanak-

kanak/murid.

Sehubungan dengan itu Implikasi yang dapat dijelaskan oleh teori ini adalah tugas seseorang

guru bukan mengajar semata-mata, tetapi berperanan sebagai pembimbing. Oleh itu, pemilihan

kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P)di dalam bilik darjah bergantung kepada tahap

Page 14: Teori Ekologi Bronfenbrenner

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

14

perkembangandan kemahiran sediaada seseorang murid. Aktiviti P&P mestilah bersesuaian

dengan minat, pengetahuan dan perkembangan murid. adalah Contoh: Murid yang pasif/aktif

akan mempengaruhi penyediaan aktiviti guru semasa P&P.

Kajian berkaitan dengan implikasi budaya lepak dalam kalangan remaja terhadap pembentukan

institusi keluarga juga membenarkan kenyataan ini (Azizi Yahya, 2011). Kajian ini bertujuan

mengetahui faktor – faktor yang mempengaruhi remaja untuk keluar melepak dan juga untuk

mengetahui bagaimanakah remaja berinteraksi dengan keluarga dan rakan sebaya. Kajian ini

dilakukan dengan kaedah tinjauan dan sampel rawak mudah. Data–data kajian diperolehi dari

soalselidik dan dianalisis secara SPSS. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah remaja

melayu yang berumur dalam linkungan 12 hingga 20 tahun yang melepak di Stesen bas dan

Pasaraya. Soal selidik digunakan sebagai alat kajian. Hasil kajian menunjukan bahawa institusi

keluarga memainkan peranan utama dalam membentuk keperibadian diri remaja dan rakan

sebaya sebagai tempat menguji tingkah laku yang hendak dikekalkan. Didikan agama menjadi

teras kepada pembentukan diri dalam remaja Melayu. Hasil kajian ini dapat memberi input

kepada ibu bapa dan masyarakat supaya lebih prihatin terhadap peranan masing – masing untuk

membentuk keperibadian remaja selaras dengan kehendak agama dan aspirasi negara.

II. MESOSISTEM

Implikasi dalam sistem ini dapat di lihat dalam aspek pendidikan. Guru perlu menunjukkan

sikap yang baik kepada murid/ kanak-kanak. Guru berperanan penting dalam pendidikan sahsiah

murid. Pengaruh guru akan member kesan terhadap murid. Sebagai contoh, jika guru merokok,

murid akan menganggap merokok itu baik atau tidak member kesan sampingan.

Hal ini dapat dijelaskan melalui kajian satu kajian pengaruh amalan yang dilaksanakan oleh guru

di dalam bilik darjah. Kajian pengaruh amalan jenaka terhadap pengajaran dan pembelajaran

murid yang telah dijalankan oleh Shafee Mohd Daud (2012). Hasil kajian ini menunjukkan

amalan jenaka guru boleh meningkatkan interaksi sesama rakan sejawat guru dan sesama rakan

murid. Suasana pembelajaran yang seronok dapat diwujudkan sekiranya guru berjenaka dalam

Page 15: Teori Ekologi Bronfenbrenner

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

15

bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran. Guru pelatih telah mengamalkan jenaka

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga menganggap amalan ini boleh

mewujudkan kesan yang positif terhadap pengajaran dan pembelajaran murid. Sementara tahap

jenaka yang dilakukan oleh guru pelatih adalah dengan kadar yang sederhana iaitu antara tiga

hingga empat kali bagi setiap sesi pengajaran. Kekerapan ini juga dianggap sebagai jumlah yang

sesuai bagi seseorang guru melakukannya.

Selain itu, guru perlu menunjukkan sikap yang baik kepada murid-murid mereka. Hal ini kerana,

murid-murid akan mudah terpengaruh dengan apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh guru.

Misalnya gaya berpakaian seseorang guru akan menjadi perhatian murid , maka mereka akan

terikut-ikut gaya guru tersebut. Makanya, seseorang guru perlu menjadi „role model‟ yang

terbaik kepada anak muridnya agar menjadi contoh yang terbaik dari semua aspek yang positif.

Kenyataan di atas bertepatan dengan pandangan Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki

Miskon (2012), iaitu murid mudah terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan

sebagai profesional. Oleh itu guru mesti membentuk program-program yang bertujuan

membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala

tingkah laku yang negatif.

Keadaan yang sama juga akan berlaku, apabila seseorang melangkah ke alam pekerjaan, di mana

jika di tempat kerja, seseorang individu yang mempunyai masalah di rumah akan memberi

kesan kepada kualiti kerja dan sebaliknya. Implikasinya, prestasi kerja seseorang penjawat

awam atau swasta itu akan terjejas akibat kecelaruan tadi. Maka, teori Bronfenbrenner ini

membuktikan bahawa pengaruh mikrosistem akan memberi impak terhadap individu yang

terlibat dalam pembentukan keperibadian seseorang, dan seterusnya kepada aspirasi negara.

Dalam erti kata yang lain, seseorang individu itu, terutamanya dalam pembentukan jati diri

seseorang kanak-kanak merupakan cerminan produk dalam menyumbang sebagai modal insan

atau sebaliknya.

Page 16: Teori Ekologi Bronfenbrenner

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

16

III. EKSOSISTEM

Dari aspek persekitaran eksosistem pula, pengalaman seseorang individu akan mempengaruhi

individu yang lain. Sebagai contoh, murid yang pasif akan mempengaruhi penyediaan aktiviti

guru semasa di dalam pengajaran di kelas. Guru perlulah menggunakan pelbagai kaedah

pengajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat murid belajar.

Guru bukan sahaja perlu memfokuskan penyediaan aktiviti kepada murid yang aktif sahaja,

namun perlu menyediakan aktiviti yang sesuai untuk murid yang pasif. Perancangan aktiviti

perlu mengambil kira kecerdasan pelbagai yang ada dalam diri setiap individu. Hal ini kerana

tahap perkembangan serta minat murid-murid adalah berbeza antara satu sama lain.

Selain itu, implikasi persekitaran sekolah turut mempengaruhi corak tingkahlaku @

perkembangan sosial terhadap kanak- kanak atau murid sekolah. Hal ini dapat dijelaskan

melalui masalah sosial remaja sekolah yang tinggil dipinggir bandar besar seperti Kuala Lumpur

atau Johor Bharu. Petikan akhbar tentang penahana polis terhadap seramai 128 remaja di Johar

Bahru (Harian Metro; 16 Julai 2001) membenarkan teori ni terhadap implikasi persekitaran

setempat terhadap seseorang invidu, lebih-lebih lagi kanak-kanak sekolah. Selain itu, lokasi

sekolah yang berada berhampiran dengan kawasan kompleks beli belah juga akan memberi

impak negatif kepada kana-kanak atau remaja sekolah kerana suasana ini akan mengundang

budaya lepak dan ponteng sekolah seperti di pasaraya, tempat perhentian pengangkutan awam,

dan temapat tumpua orang ramai. Gejala seperti ini dipandang serius kerana akan

merosakkan nilai serta keperibadian remaja yang merupakan aset penting kepada sesebuah

negara pada masa akan datang.

Namun begitu, terdapat juga kajian yang menunjukkan kesan lokasi terhadap peluang

pekerjaan kepada remaja sekolah bagi mengisi masa senggang semasa cuti sekolah atau

menunggu keputusan peperiksaan awam.

(Awab Said, 2006). Kajian ini mendapati terdapat ramai pelajar sekolah yang bekerja separuh

masa semasa cuti persekolahan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur untuk memperoleh wang

saku tambahan, mencari pengalaman, dan pengaruh rakan sebaya.

Page 17: Teori Ekologi Bronfenbrenner

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

17

Jika dihalusi, teori Bronfenbrenner ini juga turut mempengaruhi atau mempunyai implikasi ke

atas orang dewasa terhadap lokasi tempat kerja, iaitu kedudukan tempat kerja mempengaruhi

corak tingkahlakunya. Sebagai contoh, lokasi tempat kerja di bandar atau di luar bandar. Selain

itu, corak pengurusan, kemudahan, dan peraturan yang digunapakai akan mempengaruhi

tingkahlaku seseorang.

IV. MAKROSISTEM

Aspek persekitaran makrosistem pula menyatakan perkembangan individu dipengaruhi oleh

norma-norma dan amalan masyarakat. Jadi guru berperanan penting dalam menjelaskan dan

membetulkan fahaman-fahaman yang salah kepada murid-murid agar mereka memahami konsep

yang sebenar tentang sesuatu perkara. Sebagai contoh, kepercayaan ibu bapa yang sudah lapuk

terhadap anak mereka juga menjadi sebab terhadap kemunduran pelajaran anak-anak mereka.

Misalnya, mereka lebih mementingkan pembelajaran anak lelaki berbanding dengan anak

perempuan. Kononnya anak lelaki yang akan bakal menjadi pemimpin keluarga dan mempunyai

tanggungjawab yang besar. Mereka menganggap bahawa walaupun anak perempuan mereka

berpelajaran tinggi sehingga ke menara gading, akhirnya mereka akan pergi ke dapur juga. Jadi,

kepercayaan seperti inilah yang perlu dihapuskan dari pemikiran murid-murid agar mereka tahu

kepentingan pelajaran dalam kehidupan dengan menerangkan bahawa taraf perempuan adalah

sama dengan lelaki dalam mendapat pendidikan. Menurut Jas Laile Suzana (2002), perbezaan-

perbezaan ini wujud kerana ia dibentuk dan dicipta oleh persekitaran sosial itu sendiri.

Contohnya di tempat kerja, golongan wanita tidak dapat kenaikan pangkat walaupun mempunyai

pendidikan dan tanggungjawab yang setaraf dengan lelaki.

Page 18: Teori Ekologi Bronfenbrenner

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

18

V. KRONOSISTEM

Dewasa ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi

masyarakat. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, murid-murid sekolah rendah juga

sudah pandai menggunakan kemudahan internet tanpa kawalan dari ibu bapa khususnya di

kawasan bandar. Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan apa yang berlaku di seleliling

mereka. Kajian Shade & Walson (1990), komputer dapat digunakan dalam pelbagai cara yang

sesuai dengan perkembangan kanak-kanak dan pada masa yang sama dapat juga disalahgunakan.

Kajian Clements (1994), komputer hanya mampu membantu dalam proses pembelajaran dan

tidak boleh menggantikan aktiviti dan bahan seperti seni (lukisan dan muzik), penerokaan

dengan bahan maujud dan permainan

Jika dilihat dari perspektif yang lain, paparan adegan-adegan negatif dari filem barat yang

banyak memaparkan adegan ganas menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri

mengikut apa yang mereka tonton dari video cakera padat dan sesetengah program televisyen.

Oleh itu, guru bertanggungjawab dalam membimbing murid-murid dengan memberi panduan

dan tunjuk ajar yang betul supaya mereka tidak terjebak dengan perkara-perkara negatif yang

semakin menular kini. Menurut Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad

(2004), kanak-kanak memerlukan banyak bantuan orang dewasa ketika menggunakan komputer.

Maka guru atau ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu murid-murid dalam

penerokaan dunia teknologi menggunakan komputer agar dapat memberi keyakinan serta

memantau penularan perkara negatif semasa menggunakan alatan teknologi ini.

Page 19: Teori Ekologi Bronfenbrenner

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

19

7.0 KESIMPULAN

Teori Ekologi Bronfenbrenner

(1979, 1989) menjelaskan

perkembangan kanak-kanak

sebagai hasil interaksi antara

alam persekitaran dengan

kanak-kanak tersebut.

Menurut beliau,

perkembangan kanak-kanak

adalah kesan persekitaran

terhadap kanak-kanak dan

juga ciri-ciri kanak-kanak

tersebut ke atas persekitaran.

Persekitaran banyak

mempengaruhi tingkah laku

dan perkembangan intelek

dan rohani seorang pelajar.

Persekitaran yang positif akan membantu kanak-kanak mencapai kecemerlangan dalam

akademik manakala persekitaran yang negatif akan membantutkan segala usaha yang diambil

oleh pelajar tersebut. Persekitaran yang diwarisi oleh seorang pelajar akan membentuk tingkah

laku yang akan mencorakkan perkembangan akademik dan sahsiah. Oleh yang demikian

persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid secara mutlak. Oleh

itu seseorang guru itu perlulah membuat pertimbangan dalam menentukan objektif pengajaran

kerana terdapat perbezaan individu dari segi jantina, fizikal,kesihatan, sosial,bahasa dan bangsa.

Guru perlulah mengenali personaliti seseorang murid untuk memudahkan pengajaran dan

pembelajaran guru. Di samping itu, guru haruslah bersedia dengan pelbagai situasi untuk

menjayakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Page 20: Teori Ekologi Bronfenbrenner

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

20

Rujukan

(n.d.). Urie Bronfenbrenner. Dicapai dari laman web New World Encyclopedia

http://www.newworldencyclopedia.org/entry/Urie_Bronfenbrenner pada 28 Mac 2013.

(n.d.) Ekologi Manusia. Dicapai dari laman web Wikipedia

http://ms.wikipedia.org/wiki/Ekologi_manusia pada 28 Mac 2013.

Arshat, Z., Baharudin, R., & Kahar, R. O. A. (2002). Tingkah Laku Keibubapaan dan

Penyesuaian Tingkah Laku Anak dalam Keluarga Berisiko di Luar Bandar, 10(2), 165–

178

Azizi Yahaya (2008).Keluarga Dalam Pembentukan Moral.Dicapai di laman web

http://eprints.utm.my/6035/1/aziziyahmoral.pdf pada 27 Mac 2013.

Bronfenbrenner,U.(1994). Ecological models of human development. International

Encyclopedia of Education, Vol.3, 2nd

Ed. Oxford:Elsevier.

Derksen, T.(2010). The Influence of Ecological Theory in Child and Youth Care: A Review of

the Literature. International Journal of Child, Youth and Family Studies; Vol 1: 326-

339.

John W. Santrock(2008). Psikologi Pendidikan. , edisi kedua. Universty of Texas.

Malaya, U. (2006). Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya , 81–90.

Kasmini Kassim (1998). Penderaan Emosi Kanak-kanak Trauma Terselindung.

Bangi:Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamad Shuhny B. Shuib. (2008). Pembangunan Manusia. Scribd

http://www.scribd.com/doc/2525380/pembangunan-manusia. (dicapai pada 26 Mac

2013).

Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2003). Panduan Pendidikan Prasekolah. Pulau

Pinang: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Polis menahan 128 pelajar di Johor Bharu. (2001, Julai 16).Harian Metro.

Page 21: Teori Ekologi Bronfenbrenner

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL

21

Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad (2003). Panduan kurikulum

Prasekolah. Bentong: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Shade, DD. and J.A Watson. (1990). Computer in Early Education: Issue put to test, theoritical

links to social practice. Journal of Education Computing Research. pp 6(4)

Syed Ismail Syed Mustafa (2010). Budaya Pembelajaran.Selangor: Berita Penerbitan Sdn. Bhd.

http://www.slideshare.net/AiedAzan/teori-ekologi-bronfenbrenner dicapai pada 3 April 2013

http://www.slideshare.net/haqifarahman/teori-ekologi-print dicapai pada 3 April 2013.

http://www.psasir.upm.edu.my/3380/1/Tingkah_Laku_Keibubapaan_dan_Penyesuaian_

Tingkah_Laku_Anak.pdf dicapai pada 3 April 2013.