8.1.2.docx
TRANSCRIPT
8.1.2Panitia Mata Pelajaran (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986)(a)Panitia mata pelajaran sekolah berfungsi:
i.Ketua Panitia dilantik berdasarkan kesesuaian
ii.melibatkan semua guru mata pelajaran berkenaan
iii.mengadakan mesyuarat berpandukan surat pekeliling
iv.menyediakan minit mesyuarat mengikut prosedur yang ditetapkan
v.memperoleh Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran dan bahan kurikulum yang terkini
vi.menyelaras pelaksanaan rancangan pengajaran tahunan dan harian
vii.menyelaraskan tugasan dan latihan murid dari segi bilangan, jenis buku, kekerapan dan penilaian berdasarkan tahap murid
viii.menyelaraskan pemeriksaan tugasan atau latihan
ix.menyediakan belanjawan tahunan panitia
x.menguruskan program perkembangan staf
xi.menyelaras dan mengawal pembinaan soalan ujian/peperiksaan dan pemarkahan
xii.melaksanakan program, projek, dan aktiviti tahunan panitia selaras dengan perancangan strategik kurikulum sekolah
xiii.memantau keberkesanan program, projek, dan aktiviti tahunan panitia
xiv.menganalisis kemajuan pencapaian murid (keputusan ujian atatu peperiksaan) dalam mata pelajaran berkaitan
xv.melaksanakan penambahbaikan ke atas program, projek, dan aktiviti kurikulum sekolah hasil daripada penilaian impak
xvi.memilih dan mencadangkan buku teks, buku rujukan dan bahan yang lain untuk kegunaan murid, guru dan pusat sumber sekolah