8. 4.0 permainan kecil

1
4.0 Permainan Kecil 4.1 Tujuan Permainan kecil adalah suatu bentuk latihan yang tidak formal dan aktiviti yang melibatkan kognitif, psikomotor dan sosial. Dalam konteks sekolah rendah, sasaran yang bermain permainan ini adalah murid sekolah rendah yangjuga merupakan kanak-kanak. Bagi mereka, permainan bukanlah suatu bebanan bagi mereka, malah ia merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan. Melalui aktiviti permainan, murid dapat mempelajari pelbagai perkara secara tidak langsung. Selain itu, permainan kecil juga penting bagi membina dan meningkatkan pergerakan motor halus dan motor kasar murid. Ini adalah disebabkan kordinasi motor kasar melibatkan pergerakan otot- otot yang besar seperti berlari dan melompat manakala kordinasi motor halus yang melibatkan pergerakan otot-otot yang leboh kecil seperti pergerakan jari. Seterusnya, melalui permainan, kanak-kanak bukan sahaja dapat mengembangkan tahap psikomotor mereka malah mereka juga dapat meningkatkan lagi tahap kognitif dan afektif mereka. Bagi peningkatan tahap kognitif, murid mampu untuk memahami dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dalam sesuatu permainan yang dialankan. Selain itu, ia juga mampu meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam mencapai kemenangan dalam permainan. Bagi tahap afektif pula, permainan kecil mampu untuk melatih murid berinteraksi dengan orang lain dalam pelbagai situasi yang memerlukan kesatuan komuniti. Ia juga menggalakkan semangat kerjasama antara pasukan untuk mencapai kemenangan. Selain itu, permainan kecil juga mampu untuk mengetengahkan lagi bakat kepimpinan yang ada sewaktu aktiviti ini dijalankan.

Upload: syah-ab-jalil

Post on 16-Nov-2015

228 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Permainan Kecil

TRANSCRIPT

4.0 Permainan Kecil4.1 TujuanPermainan kecil adalah suatu bentuk latihan yang tidak formal dan aktiviti yang melibatkan kognitif, psikomotor dan sosial. Dalam konteks sekolah rendah, sasaran yang bermain permainan ini adalah murid sekolah rendah yangjuga merupakan kanak-kanak. Bagi mereka, permainan bukanlah suatu bebanan bagi mereka, malah ia merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan. Melalui aktiviti permainan, murid dapat mempelajari pelbagai perkara secara tidak langsung. Selain itu, permainan kecil juga penting bagi membina dan meningkatkan pergerakan motor halus dan motor kasar murid. Ini adalah disebabkan kordinasi motor kasar melibatkan pergerakan otot-otot yang besar seperti berlari dan melompat manakala kordinasi motor halus yang melibatkan pergerakan otot-otot yang leboh kecil seperti pergerakan jari.Seterusnya, melalui permainan, kanak-kanak bukan sahaja dapat mengembangkan tahap psikomotor mereka malah mereka juga dapat meningkatkan lagi tahap kognitif dan afektif mereka. Bagi peningkatan tahap kognitif, murid mampu untuk memahami dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dalam sesuatu permainan yang dialankan. Selain itu, ia juga mampu meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam mencapai kemenangan dalam permainan. Bagi tahap afektif pula, permainan kecil mampu untuk melatih murid berinteraksi dengan orang lain dalam pelbagai situasi yang memerlukan kesatuan komuniti. Ia juga menggalakkan semangat kerjasama antara pasukan untuk mencapai kemenangan. Selain itu, permainan kecil juga mampu untuk mengetengahkan lagi bakat kepimpinan yang ada sewaktu aktiviti ini dijalankan.