4.0 analisis mendagu

10
4.0 ANALISIS PERGERAKAN MENDAGU Penguncupan otot yang melibatkan pemendekkan sarkomer dan seterusnya keseluruhan otot hanya berlaku bagi penguncupan konsentrik. Bagaimanapun disebabkan semua otot dianggap boleh menguncup (boleh memendek), maka perlu diklasifikasikan penguncupan ini. oleh yang demikian, penguncupan terbahagi kepada empat bahagian iaitu penguncupan konsentrik, penguncupan esentrik, penguncupan isometrik dan penguncupan isotonik. Pada kali ini, saya ingin mencungkil dengan lebih mendalam mengenai jenis penguncupan isotonik. Menurut pembacaan saya, bagi penguncupan isotonik, tegangan pada otot berkeadaan malar walaupun panjang otot berubah. Hal ini berlaku apabila daya maksimum penguncupan otot melebihi jumlah keseluruhan beban dikenakan kepada otot. Contoh bagi penguncupan jenis ini adalah mengangkat sesuatu objek pada kelajuan yang malar. Setelah mendapat beberapa sumber maklumat daripada laman sesawang, saya mendapati bahawa pergerakan mendagu adalah tergolong dalam jenis latihan isotonik . Manakala latihan isotonik pula merupakan salah satu jenis latihan yang dapat membina kekuatan otot. Kekuatan otot seseorang individu dapat ditingkatkan dengan menambah beban melalui latihan kekuatan otot. Pergerakan mendagu melibatkan pergerakan sendi yang mana menyumbang kepada pemanjangan dan penguncupan otot. Daya maksimum dihasilkan oleh otot-otot tertentu. Hal ini akan menyebabkan seseorang individu cepat pulih daripada lesu. Selain itu juga,

Upload: haryati-ismail

Post on 22-Nov-2014

646 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: 4.0 analisis mendagu

4.0 ANALISIS PERGERAKAN MENDAGU

Penguncupan otot yang melibatkan pemendekkan sarkomer dan seterusnya keseluruhan

otot hanya berlaku bagi penguncupan konsentrik. Bagaimanapun disebabkan semua otot

dianggap boleh menguncup (boleh memendek), maka perlu diklasifikasikan penguncupan ini.

oleh yang demikian, penguncupan terbahagi kepada empat bahagian iaitu penguncupan

konsentrik, penguncupan esentrik, penguncupan isometrik dan penguncupan isotonik. Pada kali

ini, saya ingin mencungkil dengan lebih mendalam mengenai jenis penguncupan isotonik.

Menurut pembacaan saya, bagi penguncupan isotonik, tegangan pada otot berkeadaan malar

walaupun panjang otot berubah. Hal ini berlaku apabila daya maksimum penguncupan otot

melebihi jumlah keseluruhan beban dikenakan kepada otot. Contoh bagi penguncupan jenis ini

adalah mengangkat sesuatu objek pada kelajuan yang malar.

Setelah mendapat beberapa sumber maklumat daripada laman sesawang, saya mendapati

bahawa pergerakan mendagu adalah tergolong dalam jenis latihan isotonik . Manakala latihan

isotonik pula merupakan salah satu jenis latihan yang dapat membina kekuatan otot. Kekuatan

otot seseorang individu dapat ditingkatkan dengan menambah beban melalui latihan kekuatan

otot. Pergerakan mendagu melibatkan pergerakan sendi yang mana menyumbang kepada

pemanjangan dan penguncupan otot. Daya maksimum dihasilkan oleh otot-otot tertentu. Hal ini

akan menyebabkan seseorang individu cepat pulih daripada lesu. Selain itu juga, saya dapati

pergerakan mendagu ini sangatlah sesuai dipraktiskan dalam kalangan murid sekolah kerana

pergerakan ini sangat baik untuk melatih imbangan.

Saya telah mengenalpasti beberapa jenis otot yang membantu seseorang individu

melakukan pergerakan mendagu. Di sini, saya ingin menerangkan secara rawak otot-otot yang

terlibat beserta peranannya. Antara otot yang terlibat ialah otot pektoralis major. Tindakan yang

dikenakan oleh otot pektoralis major ialah abduksi dan rotasi medial lengan di sendi bahu.

Dengan bahasa mudahnya, otot ini membantu fleksi dan ekstensi lengan di sendi bahu. Selain

itu, otot deltoid juga berperanan besar dalam membantu pergerakan mendagu. Tindakan yang

dikenakan oleh otot ini ialah abduksi, fleksi, ekstensi, dan rotasi lengan di sendi bahu. Di

samping itu, otot-otot lain yang juga terlibata dalah seperti otot biseps, triseps, deltoid dan

trapezius.

Page 2: 4.0 analisis mendagu

4.1 FASA PERMULAAN

Pada fasa permulaan, individu sendi synovial memainkan peranan penting. Hal ini

demikian kerana sendi lesung membantu pergerakan pada sendi bahu. Semasa fasa ini, bahu

individu berada dalam keadaan lurus dan sedia untuk melakukan fasa mendagu. Manakala kaki

dalam keadaan menjinjing iaitu berdiri di atas jari kaki.

Satah & paksi

rujukan

Sendi & Jenis

Sendi

Pergerakan Yang

Dihasilkan Di

Sendi

Otot Agonis Jenis

Penguncupan

Otot Agonis

Satah transversal

di paksi

longitudinal

Bahu/ Lesung Ekstensi Deltoid Posterior

Dan Latisimus

Dorsi

Isotonik

Jari Kaki/Lesung Fleksi Plantar Gastroknemius Isotonik

Page 3: 4.0 analisis mendagu

4.2 FASA MENDAGU

Satah &

Paksi

Rujukan

Sendi & Jenis

Sendi

Pergerakan

Yang Dihasilkan

Di Sendi

Otot Agonis Jenis

Penguncupan

Otot Agonis

Satah

transversal

di paksi

longitudinal

Siku/Engsel Elevasi Triseps Brakil Dan

Biseps Brakil

Isotonik

Radiokarpus/

Kondil

Oposisi Gastroknemius Isotonik

Bahu/Lesung Fleksi Pektoralis

Major,Deltoid

Posterior Dan

Latisimus Dorsi

Isotonik

Pada fasa mendagu pula, siku merapatkan bukaan sudut bagi memudahkan bahu

merapati dagu dan pergerakan yang dihasilkan semasa proses ini adalah dinamakan pergerakan

elevasi. Dengan kata mudahnya, siku membawa bahu ke dagu dengan serapat yang mungkin. Jari

tangan pula menggengam palang dengan kekuatan otot ekstensor digitorum. Individu

dikehendaki bertahan dengan posisi sedemikian setakat termampu dan seterusnya tempoh masa

yang berjaya mendagu dicatat oleh rakan.

Page 4: 4.0 analisis mendagu

4.3 FASA PEMULIHAN

Semasa fasa pemulihan, kaki berdiri di atas tapak dan bahu pula lurus. Individu dalam

keadaan bersedia untuk melakukan pergerakan mendagu kali kedua.

Satah & Paksi

Rujukan

Sendi & Jenis

Sendi

Pergerakan

Yang

Dihasilkan Di

Sendi

Otot Agonis Jenis

Penguncupan

Otot Agonis

Satah transversal

di paksi

longitudinal

Bahu/ Lesung Ekstensi Deltoid Posterior

Dan Latisimus

Dorsi

Isotonik

Jari Kaki/Lesung Pendorsifleksan Gastroknemius Isotonik

Page 5: 4.0 analisis mendagu

4.4 GAMBAR RAJAH SENDI YANG TERLIBAT

Sendi : Sendi lesung

Sendi : Sendi Kondil

Page 6: 4.0 analisis mendagu

4.5 GAMBAR RAJAH OTOT AGONIS YANG TERLIBAT

Otot : Biseps Brakil

Otot :Triseps Brakil

Page 7: 4.0 analisis mendagu

Otot : Deltoid Anterior, Triseps Brakil , Biseps Brakil

Otot : Biseps Brakil, Deltoid Anterior, Pektoralis Major

Page 8: 4.0 analisis mendagu

Otot : Biseps Brakil, Ekstensor Digitorium