70887953-pem-sahsiah

Upload: maznah-md-yasin

Post on 03-Apr-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    1/44

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

    SEMESTER 2 TAHUN 2011

    KKD 2063

    PEMBANGUNAN SAHSIAH

    TUGASAN 2 & TUGASAN 3

    NO. MATRIK PELAJAR : D2010204115

    NAMA : YEO LI KIEN

    NO. KAD PENGNEALAN : 760326-01-6902

    E-MEL : [email protected]

    NAMA PROGRAM : PPG-PJJ (AT34) Ijazah

    Sarjana Muda Pendidikan ( Sek

    Rendah ) dengan Kepujian

    KUMPULAN E-LEARNING : J08

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    2/44

    Tugasan 2 :

    Huraikan lima (5) aspek ciri-ciri guru yang berkesan dalam

    pengajaran berdasarkan nilai-nilai Bitara.

    Menurut Kamus Dewan profesion ialah suatu bidang pekerjaan khas yang

    memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan

    khas (contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain).

    1Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah digubal oleh

    Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu dokumen perancangan pembangunan

    pendidikan yang merupakan pelengkap kepada pelan-pelan rancangan yang

    terdahulu yang bermatlamat untuk membangunkan modal insan dan memupuk

    minda kelas pertama. Walaubagaimanapun, sebarang hasrat dan aspirasi negara,

    serta masyarakat hanya akan terlaksana jika guru yang ditugaskan mendidik

    anak bangsa merupakan guru yang benar-benar berkualiti.

    Setiap orang guru perlu dibimbing untuk mengaplikasi semua pengetahuan yang

    diperoleh ini secara berkesan kerana kualiti pengajaran guru merupakan faktor penyumbang

    utama kepada pembelajaran murid. Guru yang berkualiti akan menghasilkan murid yang

    berkualiti. Guru juga sebagai pemangkin utama kecemerlangan murid diberi pendedahan

    1 PELAN INDUK PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN 2006 2010 - Kementerian

    Pelajaran Malaysia

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    3/44

    tentang pelbagai pendekatan dan program penambahbaikan secara langsung melalui program

    induksi2.

    Dengan cara ini, profesionalisme guru itu dapat ditingkatkan bermula daripada peringkat

    awal ketika guru tersebut ditempatkan di sekolah buat pertama kali. Terdapat kajian lepas

    menunjukkan peningkatan dalam profesionalisme guru berjaya memberi kesan yang positif

    dari segi peningkatan ilmu dan amalan guru di sekolah, seterusnya meningkatkan kualiti

    pembelajaran murid di sekolah. 3Di samping itu guru-guru yang berkesan ini telahpun

    diterapkan dalam profesion perguruan di negara-negara maju untuk meningkatkan kualiti

    guru tersebut. Amalan ini seharusnya dilaksanakan untuk meningkatkan profesion perguruan

    di negara ini. Tambahan pula, pendidikan yang bersifat dinamik dan global memerlukan guru

    yang bersedia meningkatkan kualiti dan mutu pendidikan secara berterusan terutamanya

    guru-guru berkesan ini.

    Lima aspek ciri-ciri guru yang berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai-nilai Bitara.

    Nilai-nilai Bitara membawa maksud unik, unggul, tiada tolok bandingannya dan lain dari

    yang lain. Terdapat 6 nilai yang membentuk personaliti Bitara yang mesti dimiliki oleh para

    guru. 6 nilai yang telah dinyatakan tadi ialah: integriti, profesional, semangat berpasukan,

    berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota dan bersikap kreatif dan inovatif.

    a) Dari aspek ciri-ciri guru berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai

    b erintegriti yang termasuk petunjuk amanah, telus, akauntabiliti, dan adil.

    2 Cara memikir atau proses menghurai

    3(David et al., 2003)

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    4/44

    Guru-guru yang berkesan amat diperlukan bagi mempertingkatkan kualiti sistem

    pendidikan negara. Sistem pendidikan negara yang berkualiti merupakan salah satu

    faktor utama yang akan mencetuskan kejayaan agenda pembangunan modal insan

    dan pemupukan minda kelas pertama sebagaimana yang ditetapkan dalam Misi

    Nasional dan Rancangan Malaysia Ke-Sembilan. Sebagai pendidik , para guru harus

    sedar bahawa peranan yang dimainkan oleh mereka amat berharga. Pelbagai

    pelan boleh dirangka, tetapi perlaksanaannya amat bergantung kepada kualiti guru di

    setiap pelusuk tanahair.

    Guru harus memupuk niai berintegriti4 dengan membentuk

    personaliti dan ketrampilan yang baik.

    Guru mempunyai tanggungjawab yang berat untuk mendidik anak-anak

    muridnya mencapai kejayaan yang cemerlang. Guru sebagai penyampai

    harus mempunyai kemhiran-kemahiran pengajaran yang menjadi prasyarat

    yang mustahak supaya apa yang disampaikan kepada murid-muridnya akan

    meninggalkan kesan yang baik. Mempunyai personaliti dan ketrampilan

    yang baik juga merupakan pelengkap kepada sesuatu kejayaan di sekolah.

    Seorang pakar psikologi iaitu Gordon Allport berpendapat bahawa

    personaliti merupakan gabungan sistem psikologi dan fizikal dalam diri

    seseorang individu yang mempengaruhinya apabila ia bertindak dan

    4 Kebulatan, kejujuran dan keutuhan

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    5/44

    menyesuaikan diri terhadap persekitaran.

    Guru harus memupuk nilai berintegriti dengan menjadi guru

    yang berpengetahun.

    Terdapat penyelidik menjalankan kajian berkaitan ciri-ciri personaliti guru

    yang berkesan, tujuan kajian ini adalah untuk meninjau pandangan atau

    persepsi 5guru dan murid mengenai ciri-ciri guru berkesan. Bagi kajian

    berkaitan personaliti / sahsiah guru, guru dan murid-murid mempunyai

    pandangan yang sama iaitu guru mestilah berpengetahuan kerana guru-

    guru merupakan contoh kepada murid-muridnya.

    6Guru harus memupuk nilai berintegriti dengan mengurus masa

    dengan baik.

    Seseorang guru yang berkualiti haruslah mempunyai kemahiran-

    kemahiran di dalam pengajaran kerana murid-murid sentiasa memerhati

    tingkah laku guru-guru. terutamanya yang berkaitan dengan pengurusan

    masa. Sebagai seorang yang tahu menghargai masa guru-guru haruslah

    memulakan pengajaran menepati masa dan menggunakan masa

    pengajaran dengan sepenuh dan sebaiknya.

    5 Gambaran dalam hati tentang sesuatu, pandangan

    6( Awang Had Salleh 1980 )

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    6/44

    Guru berkualiti kita mestilah memiliki sikap akauntibiliti yang tinggi

    iaitu:

    - Akauntabiliti terhadap negara

    Kita mestilah menjalankan tugas menyebarkan cita dan

    matlamat Falsafah pendidikan negara, memupuk nilai dan sikap

    yang murni ke dalam setiap jiwa pelajar dan membimbing

    mereka untuk menjadi warganegara berguna, serta mengambil

    bahagian secara cergas dalam kegiatan kemasyarakatan.

    - Akauntabiliti terhadap profesion keguruan

    Kita hendaklah membaca secara meluas buku-buku yang

    berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar agar memahami

    selengkapnya isi dan ilmu pengetahuan bagi mata pelajaran yang

    diajar, sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi kerja

    dengan menyertai seminar pendidikan, dan menghadiri kusus

    dalam perkhidmatan, merancang dan melaksanakan strategi

    pengajaran sepenuhnya supaya mencapai objektif pelajaran yang

    maksimum.

    - Akauntabiliti terhadap pelajar dan ibubapa

    Kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam

    bilik darjah iaitu dengan mematuhi jadual, menepati masa, serta

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    7/44

    menjalankan tugas dengan teknik pengajaran dan pembelajaran

    yang berkesan. Utamakan kebajikan , kemajuan dan

    keselamatan pelajar daripada hal-hal lain. Kita juga mestilah

    bersikap adil terhadap setiap pelajar di samping membimbing

    mereka tanpa meminta sebarang bayaran atau ganjaran. Akhir

    sekali kita juga perlu mmberi contoh teladan yang baik seperti

    berpakaian kemas, berbudi bahasa dan lain-lain.

    - Akauntabiliti terhadap diri sendiri

    Kita hendaklah sentiasa menjaga kesihatan badan supaya dapat

    menjalankan tugas dengan sempurna, serta mengawal emosi

    sendiri supaya membawa ketenangan jiwa dan ketenteraman

    jiwa. Kita juga mestilah mengurus kewangan sendiri dengan

    bijaksana supaya pendapatan adalah seimbang dengan

    perbelanjaan. Di samping itu,kita juga perlu melengkapkan diri

    dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang meluas dan

    peka kepada peristiwa yang berlaku disekeliling. Seterusnya kita

    hendaklah melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang

    bermanafaat bertujuan untuk mengisi masa lapang secara

    berfaedah.

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    8/44

    b) Dari aspek ciri-ciri guru berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai

    professional yang termasuk petunjuk beretika, iltizam, cinta ilmu, dan

    kompenten.

    Untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

    dan jasmani sebagaimana yang digariskan di dalam FPN, guru yang berkesan bukan

    sahaja perlu terlebih dahulu memiliki ciri-ciri yang seimbang dan harmonis dalam

    keempat-empat keperluan tersebut, malah lebih ke hadapan daripada itu. Kita

    mestilah memastikan keempat-empat keperluan iaitu intelek, rohani, fizikal dan

    emosi yang ada pada diri kita sentiasa dalam keadaan seimbang dan harmonis.

    Guru harus mencinta ilmu dengan menanamkan sifat ingin tahu.

    Kebolehan intelek akan kekal di dalam diri sekiranya kita

    menanamkan sikap ingin tahu. Sifat ingin tahu akan mendorong guru

    mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering

    berubah-ubah, baik dari segi sukatan kurikulum, mahupun kaedah

    mengajar.

    Guru harus mencinta ilmu dengan memupuk minat suka membaca.

    Kegemaran membaca membolehkan guru sentiasa menambah pelbagai

    ilmu pengetahuan . Pembacaan yang meluas dalam pelbagai bidang

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    9/44

    memberi keyakinan kepada guru untuk menyampaikam pengajaran dengan

    berkesan. Di samping itu, sikap suka membaca dapat membezakan di

    antara orang yang berilmu dengan orang yang jahil. Oleh itu, sifat suka

    membaca amat penting untuk meningkatkan kualiti professional guru yang

    berkesan.

    Guru harus mencinta ilmu dengan mempertingkatkan penguasaan

    Bahasa Inggeris.

    Penggunaan Bahasa Inggeris yang semakin meluas pada masa kini Maka

    guru perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran

    penggunaan bahasa ini. Untuk sentiasa mengekalkan penguasaan Bahasa

    Inggeris guru perlu selalu menggunakan Bahasa Inggeris untuk

    berkomunikasi dengan rakan sekerja dan para pelajar.

    Guru harus beriltizam7 dengan menyampaikan isi pelajaran dengan

    baik.

    Penyampaian isi pelajaran yang paling berkesan ialah guru-guru perlu

    menyampaikan isi pelajaran mengikut kebolehan pelajar. Guru-guru berpendapat

    bahawa memadai dengan menyampaikan pelajaran yang berkesan tanpa

    ringkasan pelajaran tetapi murid-murid pula beranggapan bahawa mereka perlu

    diberi ringkasan pelajaran bagi setiap pelajaran untuk meningkatkan pemahaman

    mereka.

    7 Berkomitmen, pembabitan

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    10/44

    c) Dari aspek ciri-ciri guru berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai

    semangat berpasukan yang termasuk petunjuk muafakat, fokus matlamat

    dan hormat-menghormati.

    Guru harus bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion

    keguruan dengan memupuk semangat berpasukan.

    Sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion

    keguruan, kita perlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan

    yang boleh mencemarkan nama seorang guru lain di hadapan pelajar atau ibibapa,

    atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan martabat seorang guru. Guru juga

    tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang menjejaskan kecekapan kami sebagai

    guru , contohnya berniaga di waktu persekolahan. Di samping itu kita juga

    berusaha untuk menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-

    sungguh sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Seterusnya kita perlu

    sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru

    menjjadi seorang guru. Akhir sekali, kita perlu menjadi ahli bagi sebuah

    pertubuhan guru.

    Guru harus bertanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara.

    Kita perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap

    masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh

    merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang

    bertentangan dengan Rukun Negara. Kita juga hendaklah sering

    memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat

    membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab,

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    11/44

    menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan

    agama. Di samping itu hormatilah masyarakat tempat kita berkhoidmat

    dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat Seterusnya, kita

    juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru derngan ibubapa dan

    masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh

    masyarakat .

    d) Dari aspek ciri-ciri guru berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai

    berorentasikan pelanggan yang termasuk petunjuk responsif, proaktif,

    mesra, dan berkualiti.

    Guru harus bersikap proaktif dengan mengambil berat terhadap

    tingkah laku murid.

    Salah satu aspek penting menempa kejayaan ialah pendekatan positif terhadap

    disiplin dalam hubungan meningkatkan mutu kerja, mutu pengajaran dan

    pembelajaran, dan akhirnya mutu output iaitu pencapaian murid di dalam

    penilaian dan peperiksaan.

    8Yang demikian kita seharusnya menumpukan lebih perhatian dan tenaga kepada

    aspek"next time"ini dan sekaligus menghapuskan segala amalan, tabiat dan

    tingkah-laku negatif yang merugikan semua orang.

    Plan (Rancang) : Semua aktiviti (sekolah, kelas, kokurikulum, zon dan daerah)

    mestilah dirancang dengan rapi. Semakan juga amat penting kerana setiap

    perancangan dan pelaksanaan perlukan; penilaian bagi melihat keberkesanannya

    8 Blaine Lee dalam bukunya The Power Principle (1989)

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    12/44

    atau pun sebab-sebab mengapa ianya tidak mencapai objektif yang ditentukan.

    Banyak kerja guru-guru kita perlu disemak dengan teliti dan rapi seperti buku

    latihan murid, pembetulan, diagnosis9 mata pelajaran, keputusan mesyuarat guru

    atau mesyuarat panitia mata pelajaran, pencerapan pengajaran guru dalam bilik

    darjah; atau laporan-laporan berkala yang diminta oleh JPNP dan PPD. Di sini

    dicadangkan satu cara berkesan untuk memastikan sistem semakan yang

    praktikal ialah dengan mewujudkan satu Senarai Semak Komprehensif yang

    melibatkan semua perancangan aktiviti di sekolah.

    Setelah semakan dibuat dan jawapannya diketahui sama ada ianya positif atau

    sebaliknya, tindakan yang amat penting seterusnya ialah mengambil tindakan.

    Tindakan seterusnya memastikan tidak berulang lagi perkara-perkara tidak

    memuaskan ini dan personnel yang terlibat mestilah disedarkan melalui nasihat,

    teguran, bimbingan dan kaunseling malah amaran dan tindakan selanjutbya

    sekali pun jika sudah sampai kepada tahap yang serius dan kritikal10.

    Guru juga perlulah memberikan perhatian yang serius kepada aspek kemahiran

    tingkah laku dan disiplin pelajar agar masalah disiplin pelajar dapat ditangani.

    Didapati segelintir murid yang tidak begitu bersetuju sekiranya guru-guru terlalu

    mengambil berat tentang tingkah laku mereka semasa di dalam kelas sedangkan

    hal-hal disiplin perlu diberi perhatian oleh guru-guru. Pengawasan pengajaran

    guru berkesan ialah dengan cara memberikan latihan atau kerja yang berpatutan

    kepada murid-murid dan memastikan kerja-kerja yang diberikan itu siap.

    9 Perihal nenentukan jenis penyakit daripada tanda-tandanya

    10 Bersifat mengkritik

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    13/44

    Guru harus memupuk nilai berorientasi pelanggan dengan

    bertanggungjawab terhadap pelajar.

    11Bagi memenuhi tanggungjawab terhadap pelajar kita mesti bersikap

    adil terhadap pelajar tanpa mengira faktor keturunan,agama, politik, dan

    lain-lain. Kita perlu lebih mengutamakan kebajikan pelajar daripada hal-

    hal lain dan membimbing pelajar di bilik darjah tanpa mengambil

    bayaran. Di samping itu, kita mesti menunjukkan contoh berpakaian ,

    pertututuran dan tingkah laku yang dapat dijadikan contoh oleh pelajar.

    Selain daripada itu kita hendaklah memelihara dan meningkatkan

    kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan, lawatan dan

    menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya

    proses pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

    Guru harus bertanggungjawab terhadap ibubapa yang sebagai

    pelanggan kita.

    Kita perlu memenuhi tanggungjawab terhadap ibubapa dengan

    menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

    Sentiasalah berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama

    yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. Di samping

    itu, kita mestilah sentiasa menganggap maklumat yang diberi oleh ibubapa

    berkaitan rumahtangga mereka sebagai sulit dan tidak membocorkan

    rahsia kecuali kepada orang yang berkenaan. Sekiranya diminta, kita

    akan memberikan maklumat berkenaan pelajar kepada ibubapa mereka.

    11 Mortimore, P. (1995). "Key Characteristics of Effective Schools". Kertas kerja Seminar

    Sekolah Efektif, Institut Aminudin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    14/44

    Akhir sekali, kita sepatutnya sedaya upaya cuba untuk mengelak daripada

    dipengaruhi oleh kedudukan ekonomi dan sosial ibubapa pelajar dalam

    membuat sebarang keputusan dan juga daripada mengeluarkan kata-kata

    yang menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa mereka.

    e) Dari aspek ciri-ciri guru berkesan dalam pengajaran berdasarkan nilai

    prihatin kebajikan anggota yang termasuk petunjuk empati, penghargaan,

    keselesaan persekitaran, dan peluang untuk maju.

    Guru harus mempertingkatkan kebolehan menggunakan ICT dengan

    mencari peluang untuk maju.

    Perkembangan sains dan teknolgi menyebakan teknologi maklumat

    mengalami perubahan dari masa ke semasa. 12Untuk kekal sebagai guru

    yang berkesan, kita hendaklah berusaha untuk sentiasa menggunakan

    aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran . Usaha ini

    memerlukan guru untuk sentiasa menegemaskini kemahiran

    menggunakan computer dengan menghadiri kursus- kursus IT dan juga

    dengan sentiasa bertanya kepada mana-mana rakan guru yang lebih

    mahir dalam bidang ini. Kebolehan ini membolehkan kita mengajar

    menggunakan teknologi terkini dan akan mencapai mutu yang setinggi-

    tingginya.

    12 Ceramah yang sama (dengan beberapa tambahan kandungan) disampaikan di dalam

    Program Perkembangan StafSekolah Kebangsaan (LKTP) Jenderak Selatan, Kuala Krau

    pada 25 Januari 2003

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    15/44

    Guru harus sentiasa meningkatkan kemahiran pedagogidengan mencari

    peluang untuk maju.

    Kualiti pengajaran menjadi pengukur utama kepada tahap profesionalisme

    guru kerana mengajar merupakan core business guru terhadap pelajar.

    Oleh itu, kita semestinya menguasai pengetahuan tentang teori-teori

    pembelajaran yang mutakhir. Di antara teori-teori pembelajaran tersebut

    ialah Teori Pembelajaran behavioral, Teori Pembelajaran Sosial kognititf,

    Teori Pembelajaran Kognitif , Teori Pembelajaran Humanis, Dan Teori

    Pembelajaran Konstruktivis. Terdapat juga model-model pengajaran

    terkini yang dirancang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar

    seperti yang dijangkakan. Di antara model-model pengajaran yang perlu

    diamalkan oleh guru berkualiti ialah Model Pengajaran Expository, Model

    Pengajaran Pemerosesan Maklumat, Model Pegajaran Inkuiri , Model

    Pengajaran Projek dan Pembelajaran Masteri. Penggunaan kaedah

    pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk

    belajar akan mendatangkan hasil yang sangat memuaskan.

    Kesimpulannya

    Sesungguhnya kerajaan Malaysia dan anggota masyarakat meletakkan

    harapan yang tinggi kepada kita sebagai guru. Menjelang tahun 2020, harapan

    kepada warga guru menjadi semakin meningkat bagi mencapai matlamat Misi

    Nasional dalam RMK-9. Kegagalan guru untuk berfungsi dengan baik akan

    memberi kesan yang besar terhadap pembangunan modal insan yang menjadi hasrat

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    16/44

    pemimpin negara dan seterusnya menjejaskan masa hadapan generasi yang akan

    datang. Oleh itu , kita sebagai guru hendaklah sentiasa berusaha untuk

    mempertingkatkan kualiti diri dari masa ke semasa dan berusaha untuk kekal

    berkualiti sepanjang tempoh perkhidmatan.

    Dalam usaha untuk memartabatkan profesion keguruan, kita sebagai gurulah

    sebenarnya yang mempunyai peranan yang besar kerana ilmu dan amalan guru

    adalah menjadi cerminan kepada tahap kualiti profesion keguruan. Oleh kerana

    system pendidikan negara sentiasa berubah mengikut arus pemodenan dunia, maka

    kita sebagai guru juga semestinya sentiasa bermahasabah diri agar kualiti diri dan

    perkhidmatan kita adalah yang terbaik dan akan kekal sehingga tamat tempoh

    perkhidmatan kita.

    Hasrat murni Falsafah Pendidikan Negara(FPN) untuk melahirkan insan yang

    seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani tidak akan

    tercapai sekiranya kita sebagai guru tidak memiliki ciri-ciri guru berkualiti dalam

    keempat-empat aspek tersebut (JERI). Oleh itu, kita mestilah sentiasa menghayati

    isi kandungan FPN dan penghayatan ini mestilah berkekakalan sehingga tamat

    tempoh perkhimatan kita sebagai seorang guru. Di samping itu kita sebagai guru

    juga mestilah mempunyai akauntabiliti yang tinggi, iaitu akauntabiliti terhadap

    negara, terhadap profesion keguruan, terhadap pelajar dan ibu bapa, serta terhadap

    diri sendiri. Akhir sekali kita juga mestilah sentiasa bermahasabah diri agar sentiasa

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    17/44

    dapat mengamalkan ciri-ciri guru berkualiti yang sebati dengan jiwa dan berkekalan

    dalam sebarang bentuk perlakuan, pertuturan, pemikiran dan budaya kerja sepanjang

    tempoh perkhidmatan sebagai penjawat awam . Jangan biarkan pepatah menyebut

    guru kencing berdiri, murid kencing berlari atau seperti ketam mengajar anaknya

    berjalan betul mencemari profesion keguruan.

    BIBILIOGRAFI

    DEWAN MASYARAKAT MAC 2007

    MOK SOON SANG(2005), SIRI PENDIDIKAN PTK (TERAS DAN

    PROFESIONAL) Multimedia-ES Resources Sdn BhdP

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    18/44

    MOK SOON SANG (2005), SIRI PENDIDIKAN PTK (PENGURUSAN

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN) - Multimedia-ES Resources Sdn Bhd

    PELAN INDUK PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN 2006 2010 -

    Kementerian Pelajaran Malaysia

    Omar Mohd Hashim (1993).Pendidikan: Persoalan, Penyelesaian dan Harapan. Dewan

    Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

    William E. Schneider, Ph.D., (1998). Why Good Managements Ideas Fail

    www.freewebs.com/oum

    http://www.ppdkmy.net/e107_plugins/content/content.php?content.8h

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

    SEMESTER 2 TAHUN 2011

    KKD 2063

    PEMBANGUNAN SAHSIAH

    TUGASAN 2 & TUGASAN 3

    NO. MATRIK PELAJAR : D2010204115

    NAMA : YEO LI KIEN

    NO. KAD PENGNEALAN : 760326-01-6902

    E-MEL : [email protected]

    NAMA PROGRAM : PPG-PJJ (AT34) IjazahSarjana Muda Pendidikan ( Sek

    Rendah ) dengan Kepujian

    KUMPULAN E-LEARNING : J08

    http://www.freewebs.com/oumhttp://www.ppdkmy.net/e107_plugins/content/content.php?content.8http://www.ppdkmy.net/e107_plugins/content/content.php?content.8http://www.ppdkmy.net/e107_plugins/content/content.php?content.8http://www.freewebs.com/oumhttp://www.ppdkmy.net/e107_plugins/content/content.php?content.8
  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    19/44

    Tugasan 3

    1(a) Huraikan satu (1) isu yang melanggar etika profesion perguruan.

    Profesion Perguruan

    Menurut Mok Song Sang (1996), konsep profesionalisme boleh dirumuskan sebagai

    Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan

    dan latihan ikhtisas13 yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi,

    13 profesional

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    20/44

    bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai otonomi bertugas serta mematuhi

    kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.

    Bidang keguruan dianggap sebagai suatu profesion kerana sebelum menjadi seorang

    guru, dia perlu menerima latihan sebelum diiktiraf sebagai guru bertauliah. Sebagai

    contoh, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan

    yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di mana-mana

    sekolah kerajaan. Di samping itu seorang guru mestilah mempunyai pengetahuan

    yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya. Profesion perguruan

    juga memerlukan seseorang yang mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dicontohi

    oleh murid. Sahsiah dan ciri-ciri kualiti peribadi yang terpuji ini tercatat di dalam

    Kod Etika dan Tatasusila Profesion Keguruan.

    Martabat Profesion Keguruan

    Martabat14 Profesion Keguruan boleh didefinisikan sebagai darjat atau pangkat

    dalam bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan, kecekapan & kemahiran yang

    tinggi dalam hal berkaitan tugas dan tanggungjawab guru.

    Bidang pendidikan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi

    oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, ketrampilan,

    kewibawaan, kelayakan, minat , iltizam15 dan berjiwa pendidik layak menjadi

    14 Darjat, pangkat, tingkat

    15 Komitmen, pembabitan

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    21/44

    guru.( Petikan dari PIPP-Teras Kelima). Sesungguhnya guru berkualiti adalah

    faktor utama yang akan dapat memartabatkan profesion keguruan dan usaha untuk

    memartabatkan profesion keguruan adalah terletak pada guru sendiri. Segala ilmu

    dan amalan harian guru adalah menjadi gambaran kepada tahap kualiti profesion

    keguruan. Oleh kerana itu, para guru adalah perlu untuk sentiasa memelihara imej

    dan nama baik profesion.

    Sebagai seorang pendidik yang berada di barisan paling hadapan dalam

    merealisasikan hasrat Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Ke-Sembilan, kita

    semestinya sentiasa memastikan bahawa ciri-ciri guru berkualiti yang ada pada diri

    kita akan kekal selagi kita masih bergelar sebagai seorang guru. Ini adalah kerana

    gurui adalah elemen utama yang akan dapat memartabatkan profesion keguruan.

    Usaha untuk memartabatkan profesion keguruan adalah terletak pada guru sendiri.

    Kod Etika Perguruan

    Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga

    kerja dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu

    dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) selaras dengan

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

    Pada amnya, guru perlu pakar atau profesional dalam segala bidang. Untuk menjadi guru

    yang profesional, seseorang guru itu harus menekankan tiga aspek penting dalam dirinya

    iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah (Robiah, 1998). Guru bukan sahaja

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    22/44

    berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin

    diri harus dibentuk ke arah profesional.

    Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak dari dahulu lagi untuk menjadika bidang

    perguruan ini sebagai satu kerjaya yang profesional. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai

    Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), telah mencadangkan supaya

    diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi Pembentukan Tatasusila Guru. Semua guru

    yang telah memperolehi sijil perguruan perlu

    mematuhinya. Pengamalan Etika Profesion Perguruan di kalangan guru-guru adalah penting

    demi menjamin martabat profesion perguruan sentiasa dipandang mulia di mata masyarakat.

    Kejayaan dan pencapaian matlamat pendidikan berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap

    tanggungjawabnya sebagai pendidik selaras dengan Etika Profesion Perguruan yang telah

    dimaktubkan dalam bentuk ikrar tercetak di halaman hadapan buku persediaan mengajar

    seperti :

    Kami guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha

    menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang

    bertanggungjawab dan berkebolehan....

    .... dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing

    anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini

    kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan.

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    23/44

    Dari penyataan ikrar dan kod Etika Profesion Perguruaa di atas, guru sesungguhnya

    mempunyai beban yang berat untuk dilaksanakan bagi melahirkan modal insan yang

    berkualiti dan berketerampilan.

    Isu tekanan Pada Guru

    Kehidupan manusia pada alaf ini amat mencabar dan kompleks. Kepelbagaian dan

    kekompleksian kehidupan ini menyebabkan munculnya Sindrom Baru yang menyerang

    manusia iaitu tekanan. 16Tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia sejak

    dahulu lagi tanpa disedari. Secara umumnya, perkataan stres telah digunakan secara

    meluasnya dalam beberapa konteks yang berbeza. Tekanan dan kehidupan amat berkait rapat

    dengan gaya hidup, perwatakan seseorang, faktor keluarga, proses urbanisasi dan kejutan

    budaya terhadap perkembangan pemodenan yang mendadak.

    Tekanan merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap

    menyerang masyarakat pada hari ini. Kesihatan mental seperti yang didefinisikan oleh

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    17Tindakbalas tekanan ini adalah satu perubahan fisiologi dan perlakuan yang berlaku

    terhadap mereka yang menghadapi tekanan. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa, tekanan

    bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan kerana seseorang itu akan menghadapi

    risiko untuk berubah perlakuannya dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya

    seperti bercakap kasar, memulakan pertengkaran, terlibat secara fizikal dalam pergaduhan,

    16Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom (2002)

    17Levine dan Ursin (2009)

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    24/44

    penyalahgunaan dadah, terlibat dalam jenayah dan sebagainya yang membuktikan walau

    sekecil mana sekalipun tekanan tersebut sekiranya tidak diuruskan dengan betul mampu

    membawa malapetaka18 yang lebih dahsyat lagi kepada mereka yang terlibat. Namun

    semuanya bergantung kepada kekuatan mental dan fizikal seseorang kerana ianya dapat

    membantu seseorang untuk menyerap tekanan dan dapat menerima tekanan tersebut secara

    positif.Apabila seseorang itu berhadapan dengan stres, sudah tentu ia akan gagal untuk

    berfungsi dengan baik di dalam masyarakat.

    Fenomena tekanan di kalangan guru di Malaysia kini sedang hebat diperbincangkan dan

    dijadikan sebagai bahan kajian ilmiah. Malahan, 19kajian-kajian yang lepas juga mendapati

    bahawa profesion perguruan adalah bidang kerjaya yang menghadapi tekanan kerja yang

    tinggi.

    Tekanan pada hari ini telah melangkaui sempadan pelbagai jenis bidang pekerjaan, dan

    tidak lagi terhad kepada mereka yang bekerja di dalam organisasi-organisasi swasta

    semata-mata tetapi juga melibatkan kakitangan-kakitangan awam seperti guru. 20Perkara ini

    dapat dibuktikan apabila pihak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan

    (NUTP) telah menyatakan kebimbangan mereka mengenai peningkatan tahap tekanan

    yang melanda guru di seluruh Malaysia akibat penambahan tugas yang melampau dan

    dasar pendidikan yang kerap berubah.

    18 Bencana, kecelakaan

    19(Cooper 1995, Hart et al.,1995) dalam Mokhtar (1998)

    20(Utusan Malaysia, 2005)

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    25/44

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    26/44

    kerja lebih masa, perkeranian, menyediakan alat bantu mengajar, menghadiri kursus atau

    bengkel sepanjang minggu sambil terpaksa melakukan penyesuaian terhadap kaedah

    pengajaran yang baru.

    Akibat kekangan dan pelbagai masalah yang dihadapi, guru sudah pastinya mengalami

    tekanan serta tidak mampu untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tugas hakiki

    mereka yakni menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kegagalan untuk

    mengajar dengan berkesan akan mengakibatkan pelajar juga gagal untuk memahami

    perkaraperkara yang telah diajar. Perkara sebegini boleh membebankan pelajar yang

    sememangnya mahu mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Di samping itu, tekanan

    juga boleh menyebabkan tahap mental dan fizikal guru menjadi rendah dan seterusnya

    terdedah kepada perlakuan-perlakuan yang negatif sebagai satu bentuk tindakbalas ke atas

    tekanan yang dihadapi. Guru yang mengalami tekanan juga kemungkinan besar akan

    bertindak dengan cara yang tidak dapat diterima akal seperti memukul dan menengking

    pelajar. Tindakan seperti itu boleh menjejaskan profesionalisme mereka sebagai seorang

    pendidik. Guru seharusnya perlu mengetahui cara terbaik untuk menguruskan tekanan yang

    dihadapi terutamanya pada zaman yang mencabar ini. Tindakan yang tidak betul akan

    memungkinkan rekod bersih mereka tercalar ditambah pula dengan pelbagai tindakan

    disiplin akan dikenakan kepada mereka sebagai satu bentuk hukuman.

    1( b) Huraikan kesan isu tersebut kepada pembangunan sahsiah guru.

    Kesan Isu Tekanan terhadap Diri Guru

    Tekanan kerja pada tahap yang tinggi biasanya akan membawa kepada ketidakpuasan guru

    kepada kerja, sikap suka mengelak dan pengabaian kerja. Tindakbalas penyesuaian tekanan

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    27/44

    oleh guru merangkumi tindakbalas psikologikal (keletihan dan kemurungan), fisiologikal

    (sakit kepala, tekanan darah tinggi) dan berkaitan sikap (pengambilan alkohol, merokok,

    gaya hidup dan masalah tidur). 24Tekanan yang tinggi pada guru boleh mengkibatkan

    kekecewaan, agresif25, kebimbangan, sifat suka mengelak, peningkatan terhadap tahap

    ketidakhadiran dan penurunan terhadap prestasi guru. Individu tidak akan dapat berfungsi

    dengan berkesan jika ia dalam keadaan tertekan. Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu

    tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan perhatian kepada kerja dan gagal

    menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan. Hal-hal ini akan

    menghalang seseorang mewujudkan sifat positifnya, apa lagi sifat kasih sayang.

    26

    Terdapat

    kajian-kajian membuktikan sesetengah guru memang mengalami perasaan tertekan, sikap

    berang, murung, mengambil keputusan atau memikirkan untuk berhenti atau bersara sebelum

    masa kerana dikatakan tertekan.

    27Di peringkat yang lebih makro pula, hasil kajian yang dijalankan oleh Kementerian

    Pendidikan yang melibatkan sample seramai 5, 364 guru responden dan dikehendaki dalam

    jangka masa 2 tahun telah menunjukkan bahawa terdapatnya 1,288 orang guru di Malaysia

    yang berpenyakit mental. Daripada jumlah ini, 169 orang mengalami psikosis dan 1, 119

    orang pula mengalami neurosis.

    24(Smith, 1993; Girdano et al., 1993).

    25 Bersifat menyerang

    26(Fejgin et al., 1995; Pastore dan Judd,1992)

    27(New Straits Times, 30 Mac 1990)

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    28/44

    Di samping itu, tekanan yang terlampau tinggi boleh mengakibatkan pekerja meletakkan

    jawatan dan ini akan memberi kesan dari segi peningkatan kos untuk melatih pekerja baru

    dan dalam masa yang sama cuba mengekalkan kualiti kerja para pekerja sedia ada.

    Andainya, punca masalah tekanan guru ini masih tidak dapat perhatian yang serius, maka

    jumlah guru yang memilih meninggalkan perkhidmatan keguruan pasti akan meningkat.

    Walau bagaimanapun, isu tekanan juga membuktikan bahawa program motivasi yang baik

    mampu memberi kesan yang positif kepada guru di dalam meneruskan kerjaya mereka dalam

    bidang pendidikan. Bagi memastikan motivasi para guru ini dapat dipertingkatkan semula,

    Menurut Jesusdan Conboy (2001), mengatakan bahawa program motivasi yang tersusun

    mampu untuk membantu para guru menjalankan tugas mereka dengan penuh keyakinan dan

    kepuasan. Ianya bermaksud, program-program motivasi ini mampu untuk membina semula

    semangat para guru yang hilang disebabkan kemelut tekanan. Jesus dan Conboy (2000) juga

    mengatakan, program pendidikan guru telah menunjukkan keberkesanan di dalam

    meningkatkan kembali motivasi para guru.

    Secara keseluruhan, masalah tekanan boleh mempengaruhi kualiti pengajaran guru, secara

    langsungnya akan menjejaskan produktiviti, prestasi dan kecekapan guru dalam profesion

    perguruan.

    Kesan Isu Tekanan terhadap Murid

    Tekanan guru semakin meningkat kerana guru tidak terlepas daripada berhadapan dengan

    perlakuan dan sikap segelintir pelajar yang kadangkala menyakitkan hati. Antara contoh

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    29/44

    perlakuan pelajar yang membangkitkan kemarahan guru termasuklah datang lewat ke kelas,

    membuat bising ketika sesi pengajaran dan pembelajaran bermula, tidak hadir ke

    sekolah tanpa alasan munasabah, bersikap biadap dengan guru dan sebagainya. Perkara

    ini menyebabkan guru mengambil keputusan yang agak drastik28dan berasaskan emosi

    untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Walaupun tindakan

    ini adakalanya telah melanggar etika dan tatatertib seorang pendidik, namun kadangkala

    emosi yang tidak stabil boleh menguasai kekuatan akal fikiran yang waras.

    29

    Terdapat banyak contoh sebenarnya yang berkaitan dengan tindakan disiplin yang

    berdasarkan emosi yang dilakukan oleh para guru. Antaranya ialah kejadian di mana 200

    orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan di Sarawak telah dihukum

    dengan cara berendam di dalam sebuah kolam yang kotor oleh Warden Asrama mereka

    disebabkan masalah disiplin.30Pada tahun 2006 pula, seorang guru disiplin di sebuah sekolah

    menengah di Kelantan telah bertindak memukul seorang pelajar berulang kali di kawasan

    sekolah kerana memakai seluar jeans pada hari terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

    (SPM). 31Sementara itu, pada tahun 2008, seorang pelajar Tingkatan Lima di Kuching,

    Sarawak telah ditumbuk dan ditampar oleh guru disiplin sekolahnya atas tuduhan mencuri

    wang dan pendrive milik rakannya sendiri. Akibat perlakuan guru displin tersebut, pelajar

    terbabit mengalami trauma untuk ke sekolah kerana takut kejadian yang sama akan berulang

    kembali.

    28 Terlalu keras

    29(Utusan Malaysia, 2007)

    30(Berita Harian, 2006)

    31(Berita Harian, 2008)

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    30/44

    Kesan isu tekanan terhadap ekonomi negara

    Guru merupakan golongan yang sangat penting dalam usaha menjana modal insan yang

    berpendidikan tinggi serta berakhlak mulia. Modal insan yang berkualiti amat diperlukan

    oleh negara bagi membangunkan Malaysia dalam pelbagai sektor kritikal terutamanya

    teknologi maklumat, perindustrian, perubatan, perbankan, perdagangan dan sebagainya

    yang selama ini kita masih berada dalam serba kekurangan. Kebergantungan melampau

    terhadap pelabur asing semata-mata untuk memajukan sektor-sektor ini boleh memberi

    kesan buruk kepada kemajuan negara untuk jangka masa panjang apatah lagi Malaysia

    telah dua kali mengalami kegawatan32 ekonomi yang serius pada tahun 1987 dan 1997.

    Tanpa kemampuan untuk menggunakan khidmat tenaga tempatan yang berkebolehan

    bagi mengambil alih kepentingan asing ini, negara akan sentiasa berada dalam keadaan

    ketidakseimbangan ekonomi kerana terlalu mengharapkan pelaburan dalam pelbagai cara

    dari luar. Sekiranya pelaburan ini terhenti atau dihentikan, Malaysia akan sekali lagi

    bakal berada dalam kesukaran yang sama. Oleh itu, amatlah mustahak untuk kerajaan

    menumpukan kepada usaha melahirkan modal-modal insan yang cemerlang dalam

    kalangan rakyat tempatan bagi menjana pertumbuhan negara ke arah yang lebih

    progresif. Untuk mencapai usaha tersebut, tiada alternatif lain lagi melainkan

    memperkasakan bidang pendidikan daripada peringkat rendah bagi mendidik seterusnya

    menyiapsiagakan 33rakyat untuk bersaing dalam suasana yang amat kompetitif di peringkat

    antarabangsa. Apatah lagi negara terpaksa berhadapan pula dengan gagasan terbaru dari

    32 Kegentingan, ketegangan

    33 Sudah bersedia untuk

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    31/44

    dunia Barat dengan motto globalisasi dan dunia tanpa sempadan ciptaan mereka.

    Atas dasar tersebut, guru kini berada dalam keadaan genting kerana objektif untuk

    melahirkan modal insan yang cemerlang secepat mungkin terletak sepenuhnya di bahu

    mereka. Jatuh bangun sesebuah negara bergantung terhadap cara bagaimana rakyatnya

    dididik oleh guru mereka. Amatlah malang sekiranya perkara ini dibiarkan berlaku kerana

    negara ini akan dipenuhi oleh golongan sampah-sarap yang boleh mensabotaj kemajuan dan

    integriti negara dari dalam. Akhirnya Wawasan 2020 yang diuar-uarkan sekian lama untuk

    menyaksikan Malaysia bangkit sebagai sebuah Negara maju yang setanding dalam pelbagai

    bidang dengan negara Barat yang lain akan berkubur begitu sahaja.

    Dunia globalisasi pada masa kini juga mengakibatkan pelbagai perubahan yang berlaku di

    seluruh dunia termasuklah dunia pendidikan. Di Malaysia, perubahan-perubahan ini turut

    meningkatkan tahap tekanan dalam kalangan guru. 34Hal ini demikian kerana bukan semua

    guru mampu untuk berubah seiring dengan perubahan tersebut. Perubahan yang

    dimaksudkan termasuklah dasar baru pendidikan negara yang memberi tumpuan terhadap

    bidang sains dan teknologi, harapan ibu-bapa dan pelajar yang bertambah tinggi untuk

    berjaya dalam pelajaran, pertambahan tugas-tugas rasmi guru dan sebagainya.

    Kesan Isu Tekanan terhadap Sekolah / Pemimpin Sekolah

    Selain tugas mengajar dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran, guru juga

    dituntut untuk melaksanakan tugas-tugas sampingan yang lain seperti tugas-tugas

    34( Sin Chew Daily, 20 Februari 2004)

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    32/44

    pentadbiran sekolah, contohnya merancang dan menjalankan program serta aktiviti

    kokurikulum, menjadi penasihat persatuan dan kelab, menjalani kursus yang telah

    ditetapkan oleh pihak sekolah ataupun Jabatan Pendidikan Negeri dan sebagainya. Ini

    telah membuktikan bebanan tugas seseorang guru adalah tinggi kerana terpaksa

    melakukan pelbagai jenis kerja yang berkaitan dengan akademik, kokurikulum dan

    pentadbiran sekaligus setiap hari. Tambahan pula, adakalanya tugas-tugas ini perlu

    diselesaikan pada hari minggu menyebabkan guru tidak mendapat ruang waktu untuk

    berehat dan bersama dengan keluarga secukupnya.

    Dengan ini, guru yang tertekan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan tekanan yang

    melanda mereka berakhir. Ini termasuklah melakukan perkara-perkara yang menyalahi

    undang-undang dan etika perguruan. Ponteng kerja adalah antara perkara serius yang

    dilakukan oleh individu-individu yang tertekan. 35Perkara ini telah dibuktikan melalui

    pendedahan yang dibuat oleh akhbar (Berita Harian, 2009) iaitu seramai lima peratus

    daripada keseluruhan penjawat awam di Malaysia terlibat dalam kes ponteng kerja, di mana

    ada sesetengahnya tidak hadir ke tempat kerja selama tiga bulan. Tambahan pula, menurut

    36laporan akhbar (Berita Harian, 2008) terdapat seorang guru di Perak yang tidak

    menghadirkan diri ke sekolah selama lebih dari 30 hari tanpa sebarang alasan yang kukuh.

    Akibat dari perlakuan tersebut, pihak Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan

    disiplin yang tegas terhadap guru terbabit termasuk memecatnya. Perkara ini dikhuatiri ada

    kaitannya dengan tekanan kerja yang dihadapi oleh guru seperti yang dinyatakan oleh Ho

    (1997). Guru yang ponteng kerja akan menyebabkan proses pembelajaran dan pentadbiran di

    sekolah terganggu untuk satu jangka masa yang panjang. Akibatnya, banyak perkara yang

    35(Berita Harian, 2009)

    36(Berita Harian, 2008)

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    33/44

    tidak boleh diselesaikan dengan segera seperti kegagalan menghabiskan silibus pengajaran

    dan kelewatan menganjurkan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Selain itu, rancangan pengajaran

    yang telah ditetapkan juga tidak dapat diikuti lagi kerana telah tersasar dari perancangan asal

    menyebabkan perancangan yang baru perlu disusun semula. Akhirnya, pelajar-pelajar kelas

    terbabit juga akan menerima padah apabila mereka tidak mampu menjawab soalan-soalan

    peperiksaan dengan baik terutamanya peperiksaan besar seperti UPSR , kesan daripada

    proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak lancar.

    Kesimpulan

    Secara mudahnya, tekanan-tekanan yang dialami oleh guru tidak boleh dipandang

    enteng37 kerana ianya boleh membawa kesan yang jauh lebih dahsyat kepada kemajuan

    pendidikan negara amnya dan kepada pembangunan pelajar khasnya kerana mereka bakal

    menjadi pemimpin pada masa depan . Ternyata, tekanan kerja sememangnya akan

    mengganggu gaya hidup dan kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru. Ini

    seterusnya akan mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam bidang pendidikan yang

    diceburinya.

    Walau bagaimanapun, guru juga haruslah sentiasa bersifat positif dalam menghadapi

    cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi mengelakkan mereka terus berada

    dalam keadaan stres dan dan menjejaskan karier mereka sebagai seorang guru. Dalam pada

    itu, setiap pihak juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan beban stres

    yang dihadapi oleh guru ini.

    37 Mudah, ringan

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    34/44

    Pengurusan tekanan memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh semua anggota di

    dalam organisasi pendidikan. Kegagalan mengawal tekanan boleh mendatang kesan yang

    buruk bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi juga imej organisasi.

    Akhir kata, jangan biarkan pepatah menyebut guru kencing berdiri, murid kencing

    berlari atau seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul mencemari profesion

    keguruan.

    1( c) Kaitkan isu tersebut dengan satu (1) teori pembangunan sahsiah.

    Guru merupakan manusia, maka tekanan yang melanda manusia boleh menyebabkan

    pelbagai kesan yang berbentuk negatif tercetus apatah lagi sekiranya kita tidak tahu

    bagaimana untuk menangani tekanan tersebut. Pelbagai kesan negatif boleh dilihat berlaku

    apabila seseorang itu tidak mampu untuk menguruskan tekanan tersebut dengan cara yang

    betul. Kebanyakan daripada manusia tidak tahu bagaimana untuk melepaskan tekanan ini

    dan ianya ternyata membawa kepada masalah yang lebih besar dan menjadi lebih sukar

    untuk diselesaikan.

    38Terdapat kenyataan yang menyatakan bahawa tekanan adalah satu tindakbalas fisiologikal

    dan psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Ini bermaksud, tekanan yang

    melanda seseorang akan menyebabkan fikiran dan fizikal individu tersebut bertindak

    balas mengikut keadaan dan tahap tekanan tersebut. Sekiranya tahap tekanan tersebut

    adalah rendah maka tindakbalas individu terbabit juga tidak terlalu besar dan begitu juga

    sebaliknya. Kenyataan ini disokong oleh Schafer (1992), yang menyatakan bahawa

    38Smither (1994)

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    35/44

    tekanan sebagai kebangkitan minda dan fizikal seseorang dalam memberi tindakbalas

    kepada sesuatu permintaan terhadap diri seseorang.

    Tambahan pula, Fontana (1989), ada menyatakan bahawa tekanan adalah satu bentuk

    permintaan yang dibuat ke atas keupayaan untuk menyesuaikan minda dan fizikal serta

    seterusnya menjelaskan sekiranya seseorang itu dapat menerima dan menangani permintaan

    tersebut, maka tekanan tersebut akan mendatangkan kesan yang positif. Ini bermaksud cara

    seseorang menangani tekanan bergantung kepada tahap kesiapsiagaan minda dan fizikal

    seseorang untuk menerima atau menyerap sesuatu tekanan yang diterima. Sekiranya individu

    terbabit tidak bersedia dari segi fizikal dan mental, maka sudah pastinya tekanan yang datang

    dalam bentuk permintaan ini tidak mampu dihadapi dengan sempurna yang akhirnya akan

    menyebabkan individu tersebut tertekan dan menghadapi masalah yang lebih besar.

    39

    Terdapat ahli-ahli psikologi berpendapat bahawa tingkah laku manusia boleh dipengaruhi

    oleh beberapa faktor. Adakalanya manusia bertindak berdasarkan perasaan dan nalurinya

    sendiri dan juga kadang-kala dipengaruhi oleh persekitaran sekeliling. Melalui apa cara pun,

    manusia bertindak untuk mencapai sesuatu matlamat dan ia akan mencari jalan yang paling

    mudah untuk mancapai matlamat tersebut. Apa yang mendorong manusia bertindak untuk

    sesuatu tujuan itu ialah apa yang dinamakan motivasinya Untuk memahami dengan lebih

    mendalam tentang tindakan manusia ini kita perlulah mengkaji beberapa teori yang

    berkaitan. Jadi teori yang akan diketengahkan disini ialah tentang teori motivasi Maslow.

    39(Sumber: Kempen Cara Hidup Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia,

    2000)

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    36/44

    Struktur dan fungsi di dalam badan organisasi mempunyai keperluan yang tertentu. Telah

    diakui bahawa manusia iaitu guru sebagai makhluk yang paling tinggi mempunyai keperluan

    yang kompleks. 40Maslow (1954) telah menjelaskan bahawa keperluan-keperluan manusia

    itu berperingkat-peringkat. Sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin

    diperolehi sebelum keperluan yang lebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu.

    Pada peringkat yang paling asas terdapat keperluan hayat ataupun keperluan fisiologi.

    Setelah keperluan ini dipenuhi baharulah keperluan keselamatan, diikuti keperluan kasih-

    sayang, seterusnya peringkat penghargaan kendiri atau penghormatan diri dan peringkat

    tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah peringkat keperluan bagi

    penyempurnaan kendiri.

    Terdapat kajian mendapati semakin tinggi keperluan individu itu maka semakin kurang

    pergantungan kepada persekitaran sosial kerana dalam hal ini individu menggunakan

    pengalaman lampau untuk menentukan tingkah-lakunya. Pada masa ini motivasi bergantung

    kepada kemahuan dalaman, kemampuan, potensi, bakat, dan kreativiti impuls individu.

    Sementara itu persekitaran sosial merupakan faktor desakan dalam mencapai kemahuan ini.

    Maka dengan itulah juga Maslow menamakan keperluan peringkat terbawah sebagai

    keperluan kekurangan dan peringkat paling tinggi sebagai keperluan perkembangan.

    Maslow memandang manusia dengan penuh optimistik. Teori ini dikenali sebagai Teori

    Hierarki Keperluan. Abraham Maslow berpendapat bahawa perkembangan personaliti/

    sahsiah individu banyak bergantung kepada keperluan yang paling dominan41 pada dirinya.

    Maslow membuat kajian terhadap kesihatan psikologi berbanding dengan penyakit, tentang

    40Atan Long ( 1976 : 131 ),

    41 Lebih berkuasa atau berpengaruh

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    37/44

    perkembangan manusia berbandingkan kejumudan42, tentang potensi dan kebaikan manusia

    berbanding kelemahan manusia. Padanya setiap guru memiliki kebebasan, dengan kebebasan

    yang dimiliki akan menentukan seseorang guru untuk mencapai kesempurnaan dan dapat

    mencapai makna kehidupan yang sebenar.

    Kebebasan adalah tanda manusia sempurna, manusia boleh memilih yang mana baik dan

    yang mana buruk bagi memenuhi keperluannya dan memperkembangankan potensinya.

    Selain itu, keperluan adalah diwarisi tetapi tingkahlaku untuk mencapainya adalah dipelajari.

    Oleh itu personaliti adalah ditentukan melalui faktor interaksi antara alam kehidupan dan

    asuhan sejak kecil, warisan dan persekitaran dan faktor personal dan persekitarannya.

    Personaliti manusia adalah unik. Maslow berpendapat sungguhpun motivasi dan keperluan

    manusia adalah universal tetapi bagaimana cara seseorang guru memenuhi keperluan itu

    adalah berbeza di antara satu sama lain kerana tingkah laku ini dipelajari. Keadaan ini

    menyebabkan tingkah laku manusia tidak sama. Keperluan pada seseorang guru juga tidak

    sama.

    Berdasarkan teori Maslow ini, seseorang guru sesungguhnya bersifat baik dan berpandangan

    positif, jika wujud sifat negatif seperti sikap agresif atau egoistik itu menunjukkan tanda-

    tanda penyakit yang berpunca daripada rasa kecewa. Guru juga bersifat bebas dalam had-had

    tertentu. Guru bebas membuat keputusan dan memilih aktiviti yang sesuai untuk diri atau

    murid-muridnya.

    42 Perihal kebekuan, kekakuan

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    38/44

    Peranan dan tanggungjawab guru pada masa kini sangat mencabar semasa menjalankan

    tugasnya sebagai pendidik. Proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap

    sebagai satu unsur yang membolehkan murid melibatkan diri secara aktif baik di dalam

    dan di luar bilik darjah.Di samping itu ianya menjadikan proses pembelajaran berlaku

    dalam situasi yang bermakna, berfaedah dan menyeronokkan. Guru merupakan fasilitator

    kepada setiap muridnya supaya bermotivasi dan berjaya dalam pembelajaran. Dengan ini,

    tekanan yang guru hadapi akan berkurangan.

    Mengikut Maslow, motivasi memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang

    pendidikan. Guru dan murid memerlukan motivasi untuk mengerakkan dirinya untuk

    mencapai kualiti kerja atau kejayaan yang lebih cemerlang. Di sini motivasi boleh

    ditakrifkan sebagai kebolehan atau persetujuan yang dilaburkan untuk mengembangkan

    tenaga demi mencapai matlamat atau juga penghargaan. Oleh yang demikian motivasi

    adalah merupakan keadaan apabila keperluan manusia itu dipenuhi dengan diberi ganjaran

    dan sesuatu status yang baik. Ekoran daripada itu, mereka akan bekerja dengan lebih baik

    kerana tiada lagi kebimbangan atau tertekan, rasa selamat dan kehidupan yang terjamin

    telah tersedia untuk mereka. Begitu juga dengan kepuasan, jika seseorang itu diberi

    motivasi, maka secara tidak langsung kehendak mereka telah dipenuhi . Terpenuhnya

    kehendak dan kemahuan oleh seseorang itu boleh memberikan suatu kepuasan yang tidak

    terhingga pada diri seseorang. Pada masa yang sama guru juga menjadi motivator kepada

    pelajar-pelajarnya untuk berjaya dalam kehidupan mereka. Seorang guru yang baik mesti

    mempunyai motivasi yang dinamik, cekap dan sentiasa berusaha untuk memajukan serta

    meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru yang bermotivasi juga

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    39/44

    mempunyai tenaga untuk menjadi penggerak kepada pelajar-pelajarnya.

    Sedangkan pelajar yang bermotivasi ialah pelajar yang mempunyai minat untuk belajar bagi

    mencapai matlamatnya. Mereka akan mendengar dan memberikan perhatian sepenuhnya

    kepada pelajarannya. Mereka aktif di dalam dan di luar kelas, mudah bertindak dan sedia

    menerima teguran dan arahan guru. Mereka boleh berdikari dan suka memberikan

    pandangan dan pendapat dalam kelas. Pelajar-pelajar seperti ini mempunyai penggerak

    dalam dirinya untuk mencapai kecemerlangan akademik dan juga dalam hidup

    keseluruhannya. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah boleh

    dicapai melalui guru dan pelajar yang sentiasa bermotivasi.

    Ahli-ahli psikologi berpendapat bahawa tingkah laku manusia boleh dipengaruhi oleh

    beberapa faktor. Adakalanya manusia bertindak berdasarkan perasaan dan nalurinya sendiri

    dan juga kadang-kala dipengaruhi oleh persekitaran sekeliling. Melalui apa cara pun,

    manusia bertindak untuk mencapai sesuatu matlamat dan ia akan mencari jalan yang paling

    mudah untuk mancapai matlamat tersebut. Apa yang mendorong manusia bertindak untuk

    sesuatu tujuan itu ialah apa yang dinamakan motivasinya Untuk memahami dengan lebih

    mendalam tentang tindakan manusia ini kita perlulah mengkaji beberapa teori yang

    berkaitan. Jadi teori yang akan diketengahkan disini ialah tentang teori motivasi Maslow.

    Guru hendaklah sentiasa memberi peneguhan serta-merta kepada muridnya apabila mereka

    memperlihatkan tingkahlaku positif. Peneguhan ini boleh diberi dalam pelbagai bentuk

    seperti pujian, senyuman atau hadiah. Secara tidak langsung dapat mempertingkatkan lagi

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    40/44

    aras motivasi serta meningkatkan prestasi murid-muridnya.

    Guru perlu memastikan setiap mata pelajaran yang diajar menarik minat muridnya. Guru

    mesti menentukan proses pengajaran dan pembelajaran itu sentiasa aktif, bersifat

    menyelidik, menyeronokkan dan bermanafaat. Aktiviti pembelajaran perlu menggalakkan

    interaksi sosial dan interaksi dalam kumpulan. Penyampaian pengajaran yang tidak menarik

    boleh menyebabkan murid-murid merasa bosan. Oleh itu, guru perlu menyerapkan pelbagai

    unsur aktiviti seperti proses penyelidikan, keseronokan dan sebagainya.Guru boleh

    menyuruh murid ke perpustakaan atau makmal komputer untuk mencari maklumat tentang

    topik-topik yang berkaitan dengan pelajaran yang dipelajari.Guru juga boleh mengadakan

    lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang bersejarah atau tempat yang sesuai dengan

    pelajaran.Ini adalah berguna untuk pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran pragmatis

    kerana mereka dapat melihat pertalian antara teori dan fakta yang dipelajari dengan situasi

    sebenar.Selain itu, guru boleh mengadakan pusat atau ruang untuk sudut mata pelajaran bagi

    mempamerkan segala alat bantu mengajar seperti carta, peta dan sebagainya.

    Guru menggalakkan murid-murid menggunakan pelbagai bahan rujukan.Guru tidak boleh

    mengharapkan kepada buku teks sahaja.Guru perlu menggunakan pelbagai bahan yang

    mempunyai unsur-unsur kreatif seperti bahan dari internet, komik, CD-ROM , bahan-bahan

    daripada akhbar dan bahan-bahan bacaan lain.Murid mesti digalakkan untuk menghasilkan

    ciptaan berdasarkan idea-idea dan minat sendiri.

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    41/44

    Gambar Piramid Teori Hierarki Keperluan Maslow

    Kesimpulan

    Sesuatu matlamat pada satu peringkat berjaya dicapai akan menimbulkan perasaan untuk

    memenuhi kepuasan pada peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu pendidik harus mengetahui

    langkah-langkah yang praktikal 43sejajar dengan diri seseorang pelajar demi hendak

    memenuhi kehendak pelajar. Dengan itu kepuasan belajar dalam keperluan motivasi boleh

    dicapai seterusnya menanamkan minat pelajar mengembangkan potensinya.

    Jelaslah bahawa keperluan itu mempunyai matlamat yang mesti dicapai bagi memenuhkan

    keperluan tersebut. Matlamat ini mempunyai nilai yang tertentu kepada seseorang mahupun

    43 Yang berguna, sesuai untuk digunakan

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    42/44

    seorang pelajar yang memerlukannya. Teori Hiraki Maslow tegas memberi konsep bahawa

    perkembangan individu atau pelajar ini perlu melalui beberapa tingkat kepuasan atau dengan

    kata lain proses perkembangan individu itu merupakan satu usaha yang berterusan dalam

    persekitaran sosial sehingga mencapai kecemerlangan.

    Oleh itu bagi meninggikan atau mempertingkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran

    di dalam kelas, guru seharusnya peka dan bijak menentukan apa keperluan seseorang

    pelajar. Dengan menyedari keperluan seseorang pelajar guru dapat mengatur strategi serta

    alternatif yang lebih praktikal demi kecemerlangan yang semaksimumnya.

    BIBLIOGRAFI

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    43/44

    1. Atan Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    2. Drs. Wasty Soemato (1987), Psikologi Pendidikan, Jakarta, PT Bina

    Aksara.

    3. Esah Sulaiman (2003), Modul Pengajaran :Asas Pedagogi. Skudai:

    Jabatan Asas

    Pendidikan , Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia

    4. Evans, P. D., Evans, K. C., Fearne, J. M. (1984). On Choosing To Make

    Adverse

    Events Predictable or Unpredictable: Some Behavioural and

    Psychophysiological Findings. British Journal of Psychology, 75,

    377.

    5. Kyriacou, C. (1986)Effective Teaching in Schools. UK: Simon and Schuster Education.

    6. Lester D. Crow, Alice Crow (1980). Psikologi Pendidikan Untuk

    Perguruan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    7. Lingren (1959), Psychology of Personal and Social Adjustment, Second

    Edition, New York. American Book Company.

  • 7/29/2019 70887953-Pem-Sahsiah

    44/44

    8. Mohamad Johdi Salleh. (2004).Pengurusan Standard Guru Efektif. Kertas Kerja

    SeminarJawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru. Tanjong Malim:

    Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    9. Mohamad Sahari Nordin. (2002).Pengujian dan Penaksiran di Bilik Darjah. Kuala

    Lumpur:Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

    10. Sumber: |http://www.hmetro.com.my/articles/Bebantugasgurukianmencabar/Article|

    http://www.hmetro.com.my/articles/Bebantugasgurukianmencabar/Articlehttp://www.hmetro.com.my/articles/Bebantugasgurukianmencabar/Articlehttp://www.hmetro.com.my/articles/Bebantugasgurukianmencabar/Article