(68401033) refleksi(1)
DESCRIPTION
Refleksi EDUTRANSCRIPT
REFLEKSI TAN PEI WEN
Saya mendapat tugasan ini daripada pensyarah mata pelajaran EDU 3105,
Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran iaitu Encik Zelkepli Bin Shahrom
pada 1 Ogos 2013. Beliau telah menerangkan kehendak soalan dengan sabar dan
tabah supaya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan tepat
dengan kehendak soalan. Melalui tugasan ini, saya telah mendapati kelemahan dan
kekuatan saya, mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman bernilai yang baru
walaupun menghadapi masalah dalam menyiapkan tugasan ini.
Sebelum saya bermula membuat kerja kursus ini, saya berasa bimbang
dan takut kerana saya tidak menggunakan “Microsoft Publisher” untuk
menghasilkan bahan pembelajaran berasaskan web. Saya berasa takut kerana
saya juga tidak memahami soalan tugasan ini dan takut tentang maklumat yang saya
sampaikan adalah tepat atau tidak. Saya bimbang akan saya tidak dapat
menghantar tugasan ini kepada pensyarah pada tarikh yang ditetapkan.
Sehubungan dengan itu, saya merujuk kepada sumber yang telah saya dapat dan
meminta bantuan daripada rakan sekelas saya. Atas bimbingan dan dorongan
daripada rakan sekelas yang baik hati dan bersudi berkongsi ilmu, kebimbangan dan
ketakutan saya telah dikurangkan manakala keyakinan diri semakin meningkat.
Akhirnya, saya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan berjaya.
Semasa saya menjalankan kerja kursus ini, saya juga mendapat
pengalaman yang bernilai iaitu mencari bahan buku di pusat sumber dengan
menggunakan WebOpac di Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Kampus Tun
Hussein Onn. Semasa menghasilkan tugasan ini, saya meminjam buku teks
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5 dan sukatan pembelajaran
di pusat sumber. Oleh itu, saya dapat menjalankan tugasan ini dengan sentiasa
merujuk kepada bahan bacaan yang telah saya pinjam di pusat sumber institut.
Saya juga boleh mendapat pelbagai sumber di pusat sumber IPTHO seperti surat
khabar, jurnal, buku rujukan, majalah,jurnal dan sebagainya.
Melalui tugasan ini, saya memperoleh pengetahuan tentang cara
menulis bibliografi yang betul dan tepat. Semasa saya menghasilkan rujukan
berasaskan format APA, saya telah lupa akan format American Psychological
Association (APA) kerana sudah beberapa bulan tidak menulis bibliografi.
Sehubungan itu, saya menyelesaikan masalah ini dengan melayari laman web untuk
mendapatkan maklumat tentang cara menulis Format APA. Akhirnya, saya dapat
menulis bibliografi dengan cara yang betul. Saya bulat hati untuk mengingati dan
hafal format ini supaya keadaan ini tidak akan berulang pada masa depan.
Semasa saya menghasilkan tugasan ini, saya telah menghadapi pelbagai
masalah. Bagi soalan tugasan ini, saya dikehendaki menghasilkan satu bahan
pembelajaran berasaskan web. Oleh itu, saya perlu memilih satu topik mata
pelajaran yang ingin diajar. Masalah yang saya hadapi ialah saya tidak pasti
bahawa apakah mata pelajaran yang lebih sesuai diajar. Pada mulanya, saya
memilih mata pelajaran Pendidikan Moral. Walaupun begitu, saya tidak mempunyai
idea bagi menghasilkan bahan pembelajarannya. Sehubungan dengan itu, saya
mendapat bantuan daripada rakan sekelas saya. Selepas mendapat tunjuk ajar
daripada mereka, saya telah memilih mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan sebagai mata pelajaran yang ingin saya ajar. Akhirnya, saya memilih topik
“Bola Keranjang” sebagai tajuk yang ingin saya buat.
Selain itu, saya juga menghadapi masalah tidak mahir dalam
penggunaan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana saya jarang menggunakan perisian
ICT dalam kehidupan saya. Sebagai contoh, saya jarang menggunakan “Hot
Potatoes” untuk membuat soalan bagi latihan pengukuhan selepas mengajar satu
topik. Oleh itu, saya perlu menggunakan masa yang lebih panjang dalam
meneroka perisian lembut tersebut. Bagi mengelakkan masalah ini timbul pada
masa hadapan, saya bulat hati bahawa saya akan sentiasa meneroka perisian ICT
yangs sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Akhirnya, pengalaman yang saya dapat ialah langkah untuk menggunakan
perisan “Hot Potatoes”. Saya juga mengetahui bahawa penggunaan perisian “Hot
Potatoes” dapat menarik minat kanak-kanak untuk membuat latihan pengukuhan.
Hal ini kerana mereka sentiasa menggunakan pensil dan buku latihan dalam aktiviti
pengukuhan.
Tambahan pula, saya juga menghadapi masalah semasa memilih latar
belakang bagi bahan pembelajaran berasaskan web tersebut. Topik yang ingin
saya hasilkan bagi web ini ialah bola keranjang Tahun 6. Sehubungan dengan itu,
saya perlu mendapatkan latar belakang yang sesuai. Semasa saya mencari gambar
tentang bola keranjang, masalah yang saya hadapi ialah warna gambar tersebut
terlalu terang atau siaznya terlalu kecil. Keadaan ini telah menyebabkan tulisan
dalam laman web tersebut susah dilihat. Atas usaha dan semangat tidak putus asa,
saya berusaha lagi untuk mendapatkan gambar yang sesuai. Akhirnya, saya
membuat keputusan untuk memilih latar belakang yang gelap dan warna tulisan
yang terang dalam webpage tersebut supaya murid-murid sekolah rendah lebih
mudah membaca maklumat tersebut.
Seterusnya, saya juga menghadapi masalah semasa menghasilkan klip
video. Sebelum ini, saya tidak pernah menghasilkan sesuatu video menggunakan
komputer seperti perlu gunting video dan sambung video. Oleh itu, saya
mendapatkan bantuan daripada rakan sekelas saya. Mereka memperkenalkan
perisian yang sesuai untuk menghasilkan klip video kepada saya iaitu perisian
“Windows Movie Maker”. Selepas itu, bagi mendapatkan pengetahuan selanjutnya
tentang cara menggunakan perisian “Windows Movie Maker”, saya meneroka
internet untuk mendapatkan maklumat berkenaan. Selepas menghasilkan kerja
kursus ini, saya mendapat pengalaman tentang menghasilkan klip video dengan
menggunakan perisian “Windows Movie Maker”.
Dalam soalan tugasan mata pelajaran ini, saya dikehendaki menghasilkan
satu klip video yang berkaitan dengan topik yang saya ajar dan berunsurkan integriti.
Oleh itu, saya perlu merakam satu video tentang bola keranjang. Adik saya seorang
pemain bola keranjang dan dia sentiasa menyertai pertandingan bola keranjang di
daerah Batu Pahat. Sehubungan dengan itu, saya mendapat bantuan daripada
adik saya dan rakan sepasukannya untuk meluangkan satu masa yang sesuai
untuk membuat rakaman. Dengan itu, masalah yang saya hadapi ialah rakan
sepasukanya telah membuat pelancongan kerana menjelang tempoh cuti sekolah.
Walaubagaimanapun, saya perlu sabar untuk menunggu semua ahli pasukan
sampai. Akhirnya, saya berjaya membuat rakaman.
Semasa membuat rakaman, saya juga menghadapi masalah iaitu tidak
mempunyai kamera yang Megapixelsnya besar dan jelas. Sehubungan dengan
itu, saya menggunakan telefon bimbit yang Megapixelnya 8.0 untuk membuat
rakaman. Akhirnya, saya dapat menghasilkan satu rakaman video yang jelas.
Selain itu, saya menghadapi masalah semasa mendapatkan gambar tentang
kemahiran asas bola keranjang. Hal ini kerana saiz gambar yang telah saya
dapatkan di “Google Image” terlalu kecil. Keadaan ini telah menyebabkan
gambar tersebut kelihatan kabur semasa saya membesarkannya. Bagi mengatasi
masalah ini, semasa saya mendapatkan gambar melalui “Google”, saya klik “tools”
dan memilih saiz gambar yang besar. Akhirnya, saya telah berjaya menyelesaikan
masalah ini. Gambar-gambar yang saya pilih juga menjadi lebih jelas.
Selepas menyiapkan tugasan ini, saya telah mendapat banyak
pengalaman. Pertama, saya dapat mengetahui bahawa warna dan tulisan bagi
bahan pembelajaran berasaskan web perlu menarik supaya dapat menarik minat
murid sekolah rendah untuk membacanya. Selain itu, susunan teks juga perlu
sesuai supaya tidak kelihatan random dan tidak tersesun sehingga menyebabkan
murid menghadapi masalah semasa membaca maklumat. Selain itu, saya juga
mendapat pengalaman dalam memasukkan “HTML code” supaya murid boleh
menonton sesuatu video atau tayangan dalam video. Oleh itu, mereka dapat belajar
sesuatu yang baru dan menarik melalui video dan bukannya melalui buku teks
sahaja. Seterusnya, saya juga mendapat pengetahuan tentang cara memasukkan
audio dalam bahan pembelajaran berasaskan web.
Di samping itu, saya juga mendapat pengalaman tentang membuat
hiperlink. Hiperlink boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti disambung ke
internet atau folder. Dalam tugasan ini, saya menggunakan Hiperlink untuk
disambung ke internet supaya murid-murid dapat mengukuhkan pengetahuan
mereka melalui peta minda dalam perisian “Prezi”. Saya berpendapat bahawa
perisian “Prezi” ini sangat sesuai digunakan oleh murid-murid kerana terdapat
perubahan animasi yang menarik. Selain itu, peta minda dalam perisian ini juga
boleh mengukuhkan pengetahuan murid kerana seseorang mudah ingat sesuatu
perkara ata pengetahuan melalui persembahan peta minda.
Tambahan pula, saya juga mendapat pengalaman tentang cara
menghasilkan kesan audio dalam laman web ini. Bagi membuat penghasilan
audio dalam laman web ini, saya menggunakan perisian “Podsnack” untuk
mencipta “Playlist”. “Playlist” ini akan menyiarkan lima buah lagu. Antara lagu yang
dipilih adalah berkaitan dengan tema bola keranjang, lagu kanak-kanak dan lagu
piano. Sehubungan dengan itu, murid dapat belajar sambil mendengar lagu yang
berfaedah. Dengan itu, mereka dapat mempelajari sesuatu dengan relaks dan tidak
berasa tertekan. Selain itu, saya juga mendapat pengalaman dalam
menggunakan e-book serta “navigation bar” dalam laman web tersebut.
Dalam dunia ini, tiada seseorang yang tidak mempunyai kekuatan sendiri.
Walaupun saya mempunyai kelemahan, tetapi saya juga mempunyai kelebihan
sendiri iaitu dapat menguruskan masa dengan sistematik dan tersusun.
Tugasan ini adalah bersifat individu. Bagi tidak membazirkan masa, saya telah
merancangkan satu jadual masa untuk menyiapkan tugasan ini dalam masa yang
ditetapkan kerana kerja kursus pendek ini hendaklah dihantarkan dalam masa
sebulan. Dengan sentiasa merujuk jadual masa yang telah dirancang, saya telah
berjaya menghantar kerja kursus pendek ini kepada pensyarah pada tarikh yang
telah ditetapkan. Akhirnya, saya mendapat pengalaman tentang cara menguruskan
masa dengan bijak.
Selain daripada pengalaman dalam penggunaan teknologi dan maklumat,
saya juga mendapat pengalaman tentang topik yang saya pilih iaitu Bola
Keranjang. Pada pendapat saya, mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan amat penting untuk dilaksanakan dalam kurikulum sekolah
rendah. Hal ini demikian kerana, melalui pendidikan jasmani, pelbagai aspek dapat
dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai contoh, aspek JERIS (jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial) seseorang individu mungkin akan terjejas sekiranya
mereka mengabaikan aspek pembangunan fizikal dan jasmani diri masing-masing.
Selain itu, bermain bola keranjang dapat memupuk semangat berpasukan dan
mewujudkan sebuah masyarakat yang berintegriti. Hal ini kerana ahli pasukan akan
sentiasa bekerjasama merancang strategi perlawanan. Selain itu, mereka akan
tolong-menolong antara satu sama lain. Semasa rakan sepasukan mereka terjatuh
atau tercedera dalam pertandingan, mereka akan menghulurkan bantuan dengan
segera. Oleh itu, hubungan mereka akan menjadi lebih erat.
Akhir sekali, saya berasa bersyukur kerana mempunyai seorang pensyarah
iaitu Encik Zelkepli Bin Shahrom yang bertanggungjawab, berpengetahuan luas,
sabar dan tabah. Atas bimbingan dan dorongan beliau, saya dapat menyiapkan
kerja kursus ini dengan sempurna. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada rakan sekelas saya yang sentiasa berkongsi pengetahuan dan
memberi bantuan kepada saya semasa saya menghadapi masalah. Saya juga amat
menghargai proses sepanjang menyiapkan tugasan ini walaupun saya menghadapi
masalah. Hal ini kerana saya telah berupaya mengintegrasikan kemahiran TMK
dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti elemen teks, audio, video dan
grafik. Saya juga berjaya mengaplikasikan kemahiran teknikal dengan
menggunakan pelbagai media, mengurus media dan sumber pendidikan dengan
cekap dan bertanggungjawab.