51290178 model dan teori perkembangan awal kanak kanak

42
 ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193) TUGASAN : 1) PEMBENTANGAN 24 FEBRUARI 2010  2) PENULISAN ILMIAH 26 MAC 2010 TAJUK : MODEL DAN TEORI PERKEMBANGAN AWAL KANAK- KANAK NAMA : MOHD KHAIRUL AZMI BIN SHOEIB  SITI KHATIJAH BT KASSIM  SITI HIDAU BINTI MOHAMAD  MOHAMAD RIDHZUAN BIN AHMAD  MUNIROH BT ZAKARIA FAKULTI : SENI DAN MUZIK JABATAN : TEKNIK DAN !OKASIONAL TEMPAT : BILIK KULIAH TAMAN BERNAM 1 SEMAKAN : EN KAMARUL AZMAN BIN ABD SALAM 1

Upload: miorsaiful

Post on 18-Oct-2015

157 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

info

TRANSCRIPT

Model Montessori

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

TUGASAN: 1) PEMBENTANGAN 24 FEBRUARI 2010

2) PENULISAN ILMIAH 26 MAC 2010

TAJUK: MODEL DAN TEORI PERKEMBANGAN AWAL KANAK- KANAK

NAMA

: MOHD KHAIRUL AZMI BIN SHOEIB

SITI KHATIJAH BT KASSIM

SITI HIDAYU BINTI MOHAMAD

MOHAMAD RIDHZUAN BIN AHMAD

MUNIROH BT ZAKARIA

FAKULTI: SENI DAN MUZIK

JABATAN: TEKNIK DAN VOKASIONAL

TEMPAT: BILIK KULIAH TAMAN BERNAM 1

SEMAKAN: EN KAMARUL AZMAN BIN ABD SALAM

FAKULTI SENI DAN MUZIK

SHV 4193

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK

TUGASAN :

MODEL DAN TEORI PERKEMBANGAN AWAL KANAK- KANAKNAMA AHLI KUMPULAN:

NAMANO. MATRIK

MOHAMAD KHAIRUL AZMI BIN SHOEIBD20071029757

SITI KHATIJAH KASSIMD20071029770

SITI HIDAYU BINTI MOHAMADD20071029774

MOHAMAD RIDHZUAN BIN AHMADD20071029804

MUNIROH BINTI ZAKARIAD20071029823

PROGRAM :

PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP (AT31)

SEMESTER:

2 SESI 2009/2010

TARIKH HANTAR:

24 FEBRUARI 2010

PENSYARAH:

EN. KAMARUL AZMAN BIN ABD SALAM1.0 PENDAHULUAN

Tidak dilahirkan seseorang putera atau puteri melainkan atas fitrah yang bersih murni. Maka orang tuanyalah yang akan mengislamkan, meyahudikan, menasranikan atau memusyikkan putera atau puterinya itu (Sufean Hussin 1993).

Anak yang dilahirkan merupakan ciptaan terbesar yang melambangkan keilmuan Tuhan dan menjadi kurniaan dan rahmat yang begitu besar nilainya bagi ibu bapa. Tiada suatu pun yang dapat menandingi hakikat kebesaran dan keilmuan Tuhan dalam hal ini. Anak yang dilahirkan itu dilengkapkan dengan tiga perkara, iaitu jasad, roh dan akal. Oleh itu,tugas membentuk anak itu dalam tiga perkara itu merupakan amanah ibu bapa. Baik asuhan dan didikan yang diterima oleh anak itu, maka baiklah dia dan sekiranya hal yang sebaliknya diterima, maka buruklah dia. Anak itu ibarat kain putih yang suci bersih dan terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkannya (Sufean Hussin 1993).

Di samping itu juga, pendidikan awal kanak-kanak mempunyai sejarah yang panjang. Pengetahuan berkenaan sejarah pendidikan awal kanak-kanak penting kerana ia dapat membantu pendidik supaya dapat mengaplikasikan amalan baik daripada sejarah lampau dan menggunakan falsafah pemikir-pemikir terkenal sebagai asas membina kerjaya pengajaran yang bermakna. Idea-idea yang dilahirkan oleh pendidik terdahulu membantu pemahaman dalam melaksanakan strategi pengajaran pada masa kini. Melalui sejarah, pendidik dapat mempelajari teori-teori berkenaan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang membentuk amalan pendidikan. Meneroka, menganalisis dan menemui sumber pendidikan awal kanak-kanak dapat memberi ilham kepada professional sekarang (Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah 2003).

2.0 DEFINISI BERKAITAN PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

Pelbagai perkataan atau frasa digunakan merujuk kanak-kanak dan hubungannya dengan pendidikan dan penjagaan. Perkataan pendidikan awal kanak-kanak diberi pelbagai takrif oleh pelbagai penulis. Misalnya, menurut Kostelnik dan rakan-rakan (1993) dalam Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2003) early childhood meliputi kanak-kanak sejak daripada lahir sehingga lapan tahun, iaitu kana-kanak sejak daripada lahir sehingga lapan tahun, iaitu kanak-kanak di taman asuhan atau taman didikan, prasekolah dan sekolah rendah.

Selain itu, menurut Kamus Dewan edisi keempat tahun 2005 perkembangan merupakan perihal atau proses berkembang menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, pertumbuhan, kemajuan dan sebagainya. Kanak-kanak pula bermaksud budak lelaki atau perempuan yang masih kecil biasanya yang belum berumur lebih daripada 7 atau 8 tahun.

3.0 MODEL MONTESSORI (1870-1952)Model Montessori dipelopori oleh Maria Montessori. Beliau dilahirkan di Chiaravalle, Itali pada tahun 1870. Pada tahun 1896, beliau telah menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan sekali gus telah menjadikan beliau seorang doktor wanita pertama di Itali. Maria Montessori terkenal kerana penglibatan beliau dalam pendidikan kanak-kanak. Beliau juga dicalonkan untuk anugerah Nobel Peace Prize sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1949, 1950 dan 1951. Walaupun beliau sudah meninggal dunia, perjuangannya masih diteruskan lagi melalui Association Montessori Internationale (AMI) di Amsterdam, Netherlands sehingga kini. Maria Montessori amat mementingkan perkembangan kanak- kanak diperingkat awal lagi.

Menurut Montessori, kanak- kanak akan menunjukkan minat kepada sesuatu aktiviti pembelajaran apabila mereka cukup matang dan bersedia mempelajarinya. Montessori telah mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak- kanak pada peringkat awal. Antaranya konsep yang dikemukakan oleh Montessori adalah seperti berikut:

3.1 Penggunaan sensori-deria

Menurut Montessori, minda kanak- kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Pernyataan Montessori ini telah disokong oleh Pensyarah Psikologi Perkembangan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Mastura Badriz (2002) dalam Zul Azri (2009), iaitu beliau melihat pendidikan sebagai satu proses yang berkembang serentak dengan perkembangan seorang kanak-kanak yang belajar melalui persekitaran dan mengaplikasikannya dalam konteks kehidupan sehariannya sebagai persediaan untuk kehidupan dimasa hadapan.

Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari persekitarannya merupakan satu pendidikan tidak formal kepadanya.3.2 Penerokaan kepada persekitaran

Montessori dalam pendapat beliau turut menyatakan bahawa persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak- kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukkan konsep dan pengetahuan kanak- kanak apabila mereka memerlukannya. Di samping itu, dalam ertikata lain pendidikan bagi seseorang kanak-kanak adalah merangkumi segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang telah disediakan oleh orang dewasa, aktiviti yang difikirkan oleh kanak-kanak itu sendiri dan juga bahasa atau teknik komunikasi yang diamalkan oleh mereka dalam kehidupan seharian. Walaubagaimanapun, pendidikan juga boleh menjadi sesuatu yang tersembunyi dan tidak dirancang di mana kanak-kanak belajar tanpa disedari. Pendapat Montessori ini sekali lagi disokong oleh Mastura Badriz (2002) dalam Zul Azri (2009), iaitu beliau berpendapat, masa atau perhatian yang diberikan terhadap sesuatu aktiviti oleh penjaga kanak- kanak, mungkin akan menyebabkan kanak- kanak tersebut merasakan perkara itu adalah lebih berfaedah walaupun hakikatnya adalah sebaliknya.3.3 Belajar melalui aktiviti bermainBagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu keperluan. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan keadaan ini dikenali sebagai pembelajaran tidak formal. Menurut pendapat Montessori, apabila seseorang kanak- kanak itu bermain, secara tidak langsung mereka dapat belajar dan mengalami sesuatu pengalaman yang baru apabila melalui proses pembelajaran yang menarik dan bermakna. Keadaan ini membuktikan bahawa bermain merupakan satu proses belajar secara semula jadi dan juga spontan. Melalui aktiviti bermain, secara tidak langsung ibu bapa turut membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Ummu Abdullah (2009), turut menyatakan pandapat yang hampir sama dengan pendapat Montessori iaitu menurut beliau, setiap kanak- kanak yang membina pengalaman baru dan berinteraksi dengan persekitaran mereka akan membina beberapa sambungan pada otak kanak- kanak tersebut. Pernyataan ini menunjukkan bahawa melalui aktiviti bermain, otak kanak- kanak akan turut berkembang dan secara tidak langsung turut melatih kanak- kanak tersebut untuk menjadi lebih kreatif. 3.4 Tempoh sensitif

Montessori menyatakan bahawa kanak- kanak yang berusia enam tahun dan ke bawah mempunyai minda yang mudah menyerap jika dibandingkan dengan kanak- kanak yang berumur enam tahun dan ke atas. Tempoh masa ini dikenali sebagai tempoh masa sensitif, iaitu merupakan tempoh masa yang sangat sesuai untuk mereka belajar dan memahaminya. Pada tahap ini, kanak- kanak perlu dipupuk minat untuk belajar dan pembelajaran ini akan berjaya jika mereka dibimbing untuk meneroka kepada bahan dan juga persekitaran yang tepat. Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak- kanak menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak- kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pengajaran. Selain daripada itu, Montessori (1870- 1952) dalam Azizah Lebai Nordin (2002), turut menyatakan bahawa beliau percaya dalam tempoh masa sensitif, kanak- kanak cepat mempelajari beberapa tingkahlaku dengan lebih berkesan berbanding dengan tempoh masa biasa. Ahli pendidik awal kanak- kanak menamakan masa sensitif ini sebagai kesediaan (readiness). Selain daripada model- model kurikulum Maria Montessori yang telah dibincangkan, terdapat juga teori yang dikemukakan oleh Maria Montessori iaitu teori interaksi.

3.5TEORI INTERAKSIMenurut Montessori, pengalaman belajar yang tidak formal dapat dihasilkan bukan sahaja dari interaksi dengan guru tetapi juga dengan sesama rakannya. Interaksi antara rakan sebaya ini juga dapat menghasilkan teladan moral dan sosial kepada diri kanak- kanak tersebut. Selain itu, teori interaksi ini juga dapat membantu pertukaran informasi sehingga menjadi sumber yang penting bagi pembelajaran tidak formal kanak- kanak. Jean Piaget (1896-1980) dalam Nuriman (2009), turut mempunyai pendapat yang hampir sama dengan Montessori iaitu bagi beliau, kanak- kanak belajar melalui interaksi dengan orang lain atau pun masyarakat. Semakin ramai orang yang kanak- kanak tersebut berinteraksi, semakin banyak ilmu yang akan dipelajarinya. 4.0FRIEDRICH WILHELM FROEBEL 1782-1852Friedrich Wilhelm Froebel terkenal sebagai father of kindergarden kerana telah mencipta GARDEN OF CHILDREN atau KINDERGARTEN (Taman Kanak- kanak) di Blakenburg, Jerman. Model rancangan sekolah Froebel ini telah mempengaruhi rancangan sekolah di seluruh dunia. Model ini merupakan perluasan dari pandangannya terhadap dunia dan pemahamannya terhadap hubungan individu, Tuhan, dan alam. Menurutnya lagi, pendidikan dapat membantu perkembangan anak secara wajar. Ia menggunakan taman sebagai suatu simbol dari pendidikan anak. Apabila anak mendapat pendidikan yang tepat, ia akan berkembang secara wajar dan mengikuti hukumnya sendiri. Berikut merupakan model yang dikemukan oleh Froebel:

4.1 Main dan Kanak-kanak

Friedrich Wilhelm Froebel telah meneroka dan membina satu sistem pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan kepada konsep belajar melalui bermain. Beliau percaya bermain adalah asas untuk kanak-kanak mempelajari sesuatu. Froebel juga yakin permainan yang sesuai dapat membantu kanak-kanak berfikir dan mampu memberi keseronokan, kebebasan, kepuasan, kerehatan dalaman dan luaran serta kedamaian di dalam dunia kanak-kanak. Beliau percaya bahawa kanak-kanak belajar dari persekitarannya dan pembentukan peribadi dipengaruhi oleh cara kanak-kanak bermain. Oleh itu, alat-alat permainan yang digunakan oleh kanak-kanak perlu dipilih dengan teliti bagi tujuan untuk menyokong perkembangan kanak-kanak.

Froebel amat menekankan bahawa belajar melalui bermain itu adalah penting bagi kanak- kanak. Berdasarkan pengalamannya sendiri, Froebel menyatakan bermain harus dipandang sebagai suatu metode dari pendidikan dan merupakan cara bagi kanak- kanak untuk meniru kehidupan orang dewasa. Dengan demikian, kegiatan bermain yang tidak berstruktur adalah sangat berbahaya iaitu tanpa bimbingan dan pengarahan serta perencanaan lingkungan yang baik, akan mengakibatkan cara belajar kanak- kanak menjadi yang salah. Bagi Froebel, guru bertanggungjawab dalam membimbing dan mengarahkan, dengan demikian anak akan menjadi lebih kreatif. Secara tidak langsung akan mengembangkan kurikulum pendidikan pra-sekolah yang lebih terancang dan sistematik.

Erikson (1902- 1994) dalam Nuriman (2009) juga mempunyai pendapat yang hampir sama dengan Frobel tentang bermain iaitu beliau percaya bahawa apabila kanak- kanak bermain, mereka akan lebih memahami diri mereka sendiri. Kanak- kanak akan mengetahui tahap dan kemampuan diri mereka ketika bermain. Semakin banyak kanak- kanak bermain, semakin banyak yang dipelajarinya. Oleh itu, sebaik- baik permainan adalah permainan yang melibatkan pemikiran, aktiviti fizikal dan juga interaksi.

4.2Aspek Perkembangan Sosial dan Emosi

Froebel berpendapat perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan harus dipelajari sejak daripada kecil lagi. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Ini termasuklah cara kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka.

Philip (1991) dalam Vijayen Gopal (2003), turut mempunyai pandangan yang menyokong pendapat Froebel mengenai perkembangan sosial dan emosi kanak- kanak, iaitu menurut Philip, kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Sebaliknya Thacker (1996) dalam Vijayen Gopal (2003), pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi sosial ataupun kerja. Terdapat pelbagai cara untuk memupuk perkembangan emosi kanak-kanak di peringkat prasekolah, Contohnya, aktiviti bermain yang dijalankan semasa berada di sekolah. Kepentingan emosi dalam kehidupan telah mula diakui oleh ahli-ahli falsafah sejak zaman Greek lagi.

Bandura (1976) dalam Indah (2009) pula menyatakan pendapatnya yang menyokong Froebel tentang kepentingan sosial emosi kanak- kanak ini. Beliau menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan. Beliau berpendapat kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yang diperhatikannya dan cuba untuk melakukan gerak balas yang belum pernah mereka cuba. Selain daripada itu, cara kanak-kanak menyatakan emosinya juga bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan oleh masyarakat, cara yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat.

4.3 Aspek Perkembangan Fizikal

Bagi aspek perkembangan fizikal pula, Froebel menyatakan permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus.

Perkembangan fizikal merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Komponen perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu perkembangan psikomotor halus, perkembangan psikomotor kasar, kesihatan dan keselamatan. Kenyataan Froebel ini adalah selaras dengan pendapat Schmidt (1982) dalam Ernie Suliana (2008), yang menyatakan psikomotor merupakan satu proses gabungan latihan dan pengalaman yang menjana perubahan tindakan atau pergerakan yang kekal, iaitu pembelajaran yang telah berlaku berdasarkan maklum balas mengikut prestasi pengetahuan (knowledge of performance) dan pengetahuan keputusan (knowledge of results). Aspek perkembangan fizikal kanak-kanak dapat dikembangkan melalui empat aspek yang telah dinyatakan. Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh dijalankan untuk memupuk perkembangan fizikal kanak-kanak ialah:

i. Aspek Perkembangan Psikomotor Kasar

Kanak-kanak harus diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti pergerakan yang aktif, pantas, dan mencabar. Dengan bermain terutamanya dalam permainan aktif, kanak-kanak belajar mengawal pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka serta melicinkan perjalanan sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf. Misalnya, aktiviti bermain di padang permainan, aktiviti seperti memanjat dan menuruni gelongsor, bergayut pada monkey bar, bermain buaian dan sebagainya dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak.ii. Aspek Perkembangan Motor HalusKemahiran motor halus pula ialah kemahiran yang melibatkan kemahiran menggunakan otot kecil seperti pergerakan jari serta koordinasi jari dan mata. Penguasaan psikomotor halus yang baik adalah amat penting dalam membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada kanak-kanak. Antara aktiviti dalbentuk permainan yang boleh dijalankan bagi membantu perkembangan fizikal dalam aspek ini ialah seperti merantai manik, menjahit kad berlubang, menconteng kertas, melipat, mengoyak dan merenyuk kertas, menguli doh dan lain-lain lagi.4.4 TEORI TINGKAH LAKU FOEBEL

Froebel berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran ini kebanyakkannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara rangsangan dan gerakbalas yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku kanak- kanak sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku kanak- kanak boleh diperhatikan, dikawal dan juga diramal.

Selain daripada itu, terdapat pandangan atau definisi pembelajaran behavioris yang boleh diterima umum seperti yang diberikan oleh Kimble (1961) dalam Ishak Othman (2000), yang menyatakan pembelajaran sebagai perubahan potensi tingkah laku kanak- kanak yang agak tetap akibat daripada latihan secara berterusan.5.0 JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746-1827)

Johan Heinrich Pestalozzi dilahirkan pada 12 Januari 1746 di Zurich, Switzerland. Bapanya Johann Pestalozzi, telah meninggal dunia ketika beliau berusia 5 tahun. Beliau telah dibesarkan oleh ibunya Susanna Hotz Pestalozzi bersama-sama kakak serta seorang pembantu rumah. Beliau tidak pernah ke sekolah sehinggalah beliau mencapai usia 9 tahun. Pada peringkat awal persekolahannya, beliau tidak begitu cenderung untuk belajar kerana beliau lebih suka mengelamun. Walaupun demikian, beliau telah Berjaya melanjut dan menamatkan pengajiannya di Universiti Zurich (University Of Zurich). Pestalozzi juga memberi komitmennya kepada keadilan sosial dan berminat di dalam bidang inovasi yang dia telah ceburi di awal persekolahannya, keadaan ini membuatkan Pestalozzi semakin berminat dalam pendidikan. Beliau sangat terpengaruh dengan idea-idea Rousseau dan bukunya Emile yang berkaitan dengan kongsep semula jadi (nature). Beliau telah membeli sebuah ladang untuk dijadikan sebuah pusat percubaan kaedah pertanian. Semasa bekerja di ladangnya ini timbul minat yang sangat mendalam terhadap pendidikan. Pada tahun 1774, beliau telah membuka sebuah sekolah di ladang ini yang dikenali sebagai Neohof. Pestalozzi telah memperkembangkan ideanya tentang kehidupan di rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan dan tulisan.

Oleh kerana terlalu terpengaruh dengan Rousseau dengan konsep semula jadi beliau telah mengasuh anaknya Jean Jacques dengan mengunakan Emile sebagai panduan. Beliau menghadapi kegagalan dalam mendidik anaknya berdasarkan idea Rousseau. Anaknya tidak boleh membaca dan menulis walaupun usianya sudah menjangkau 12 tahun. Keadaan ini berlaku mungkin kerana masalah fizikal (anaknya dikatakan mengidap penyakit gila babi (Epileptic) dan juga mungkin kerana beliau tidak dapat menterjemahkan idea-idea Rousseau yang abstrak. Guru yang paling diminati beliau ialah Johann Jakob Bodmer yang merupakan seorang guru yang dikenali di dalam serta di luar Zurich dan Switzerland dan mempunyai ramai pelajar yang berbakat. Dalam tahun 1767, Pestalozzi telah mengkaji tentang Sains Pertanian bersama dengan Johann Rudolf Tschiffeli, seorang petani prysiocrat dan experimental dekat Kirchberg.

Setelah sekolah ini ditutup, Pestalozzi telah mengabdikan selama beberapa tahun dalam mengusahakan ladangnya serta membuat penyelidikan tentang kaedah-kaedah dan teknik-teknik pendidikannya. Pada tahun 1871, beliau telah mencetak buku pertamanya yang bertajuk The Evening Hours Of A Hermit yang menceritakan tentang jurnalnya sebagai seorang guru. Antara model dan teori yang dikemukakan oleh Pestalozzi ialah:5.1 Anak- anak perlu dibimbing secara pelahan- lahan

Anak- anak perlu dibimbing secara pelahan- lahan berdasarkan pontensi yang ada padanya. Bimbingan perlu bermula daripada pengalaman deria kepada idea yang abstrak. Seorang tokoh yang bernama Eric Erikson (1902) bersependapat dengan pandangan Pestalozzi dimana menurut beliau kehidupan manusia adalah melalui lapan tahap psikososial yang berkembang dari tahap ke tahap seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri berlawanan di antara tahap-tahap yang tertentu. Pada setiap peringkat iaitu peringkat bayi, peringkat kanak-kanak bermain, bersekolah, peringkat remaja, peringkat awal dewasa dan usia emas terdapat konflik-konflik sosial yang akan di atasi untuk perkembangan seterusnya, perkara yang paling jelas dari hasil kajian Erikson ialah individu merupakan individu yang dinamik dan bukan statik dan dia mempunyai identiti tersendiri. Hal ini jelas kelihatan di tahap pertama Erikson ialah kepercayaan berlawanan ketidakpercayaan. Erikson berpendapat darjah kepercayaan kanak- kanak bergantung kepada nilai jagaan dan pemeliharaan ibu bapa atau orang lain yang menjaganya. Jika kehendak kanak-kanak dipenuhi seperti mendapat makanan, minuman, perhatian dan kasih sayang, kanak-kanak itu akan memperoleh harapan untuk terus hidup, sebaliknya, jika kanak-kanak berkenaan tidak dapat mempercayai orang di sekitarnya, kanak-kanak berkenaan akan menjadi defensif serta akan cuba melindungi diri dari persekitaran yang tidak memberangsangkannya.

5.2 Pendidikan Adalah Diasaskan Kepada Pengalaman- pengalaman DeriaPestalozzi Percaya bahawa pendidikan adalah berasaskan kepada pengalaman- pengalaman deria. Melalui pengalaman pengalaman deria yang sesuai, kanak- kanak boleh mencapai pontensi mereka yang semula jadi. Montessori (1923) dalam pendapat beliau yang menyatakan bahawa membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak. Beliau mengutamakan latihan, daya penglihatan, daya pendengaran dan daya sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap.5.3 Membentuk Pengajaran-pengajaran Yang Berdasarkan Objek

Berdasarkan kepercayaan di atas beliau membentuk pengajaran-pengajaran yang berdasarkan objek. Pestalozzi percaya bahawa cara yang terbaik dalam pembelajaran konsep ialah dengan melalui manipulatif seperti membilang ,mengukur, merasa dan menyentuh. Menurut beliau juga, kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, kindergarden pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan berkembang berkembang melalui aktiviti bermain. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat atau menggunakan objek. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya.

5.4 Kumpulan Pelbagai Umur (multiage grouping)

Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur (multiage grouping). Pandangan beliau dalam perkembangan ini adalah dalam menyampaikan pelajaran kepada kanak-kanak, guru perlu memulakan dengan kumpulan kecil, kemudian seorang demi seorang yang berbeza dari peringkat umurnya. Kanak-kanak sentiasa aktif dan berhubung dengan keadaan persekitaran mereka. Kanak-kanak sejak bayi sehingga mencapai umur pra sekolah hendaklah dipastikan supaya sentiasa aktif dalam aspek kognitif, fizikal, sosial dan seni kemahiran. Kanak-kanak di semua peringkat umur berkebolehan, berupaya menunjukkan minat dan berhubung mengikut cara mereka sendiri. Hal ini akan membangunkan sikap yang positif terhadap proses pembelajaran serta menyokong perasaan selamat, kompetensi emosi dan hubungan mereka dengan keluarga dan juga komuniti.

5.5 Ibu Adalah Orang Yang Terbaik Untuk Mengajar AnaknyaPestalozzi yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar anaknya. Menurut Mary Ainsworth (1988), emosi merupakan bahasa pertama yang memungkinkan orang tua dan bayi berkomunikasi sebelum mereka menguasai bahasa. Manakala menurut pandangan Bronfenbrenner (1979) pula, keluarga terutamanya ibu bapa merupakan agen sosialisasi yang paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak itu dan sebagai individu terdekat atau berhampiran dengan5.6 TEORI DAN KAEDAH PESTALOZZI

Pestalozzi percaya bahawa tujuan pendidikannya ialah untuk mendedahkan kuasa semulajadi, kemampuan atau kebolehan terpendam dalam diri manusia. Oleh kerana pembangunan moral, sosial, emosi dan intelektual dalam diri setiap individu terbongkar melalui pendidikan, masyarakat menjadi bertambah maju dan membantu kanak-kanak mencapai potensi yang penuh, Pestalozzi telah mengembangkan kurikulum permulaan sekolah termasuk Geografi, Sains, Lukisan dan Muzik. Beliau menekankan bahawa guru tidak seharusnya mengajar dengan perkataan apabila murid melihat, mendengar atau menyentuh sesuatu objek. Beliau menjangkakan murid-murid akan aktif secara berterusan dengan melihat, membuat dan membetulkan kesalahan, menerangkan pemantauan, menganalisis objek dan memuaskan rasa ingin tahu seseorang di mana ahli-ahlinya sangat kooperatif, penyayang dan baik hati di antara satu sama lain. Teori dan kaedah Pestalozzi terbukti sangat berjaya apabila asas-asas sistem permulaan pendidikannya diguna pakai diserata dunia. Kehidupan seorang kanak-kanak, mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak.6.0 JEAN PIAGET

Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau berasal dari Switzerland dan telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Di usia remajanya beliau berminat dalam bidang biologi dan epistemologi iaitu suatu bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membicarakan tentang perkembangan dan perolehan pengetahuan manusia. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet untuk membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat untuk melihat pola- pola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan sumbangan pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. Berikut merupakan model dan teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget:-

6.1 Pemikiran Kanak-kanak Berkembang Mengikut Tahap-tahap

Piaget (1983) percaya bahawa pemikiran kanak-kanak berkembang menurut tahap-tahap yang terus bertambah kompleks. Menurut teori perkembangan Piaget (1983), setiap individu akan melewati serangkaian perubahan kualiti yang bersifat invarian, tetap, tidak melompat atau mundur. Perubahan kualitatif ini terjadi kerana tekanan biologi untuk menyesuaikan diri dengan lingkungan serta adanya pengorganisasian struktur berfikir.

Perkembangan kanak-kanak merupakan 2 faktor kepada penemuan objektif pendidikan, kepada perancanagan kurikulum dan kepada penciptaan teknik mengajar untuk semua murid dalam pelbagai peringkat perkembangan Perkembangan emosi, mental dan sosial menjadi asas dimana ciri-ciri tingkah laku individu dibina.

6.2 Kanak-kanak Memainkan Peranan Aktif Dalam Menyusun Pengetahuannya Mengenai Realiti

Piaget memandang bahawa kanak-kanak memainkan peranan aktif didalam menyusun pengetahuannya mengenai realiti. Kanak-kanak tidak pasif menerima informasi. Walaupun proses berfikir dalam konsepsi kanak-kanak mengenai realiti telah dimodifikasi oleh pengalaman dengan dunia sekitarnya, namun kanak-kanak juga berperanan aktif dalam menginterpretasikan informasi yang di perolehinya melalui pengalaman, serta dalam mengadaptasikannya pada pengetahuan dan konsepsi mengenai dunianya.Kemahiran kognitif terdiri daripada pengelasan, konsep ruang, konsep nombor, proses sains dan penyelesaian masalah. Pengelasan ialah kemahiran paling asas dalam perkembangan kognitif iaitu kemampuan untuk mengenal pasti sesuatu ciri objek dan mengumpulkan objek tersebut mengikut ciri yang telah dikenal pasti, ini diikuti dengan kemampuan murid untuk menyusun sesuatu objek mengikut dimensi dan urutan.6.3 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PADA SETIAP MASA MENURUT PIAGET1. Perkembangan Masa BayiDalam pandangan Piaget (1983) tahap-tahap perkembangan pemikiran dapat dibezakan atas empat tahap, iaitu tahap pemikiran sensoris-motorik, praoperasional, operasional konkrit, dan operasional formal.

Pemikiran bayi termasuk kedalam pemikiran sensoris motorik, Tahap sensoris motorik berlangsung dari kelahiran hingga kira-kira berumur 2 tahun. Selama tahap ini perkembangan mental ditandai dengan perkembangan pesat dengan kemampuan bayi untuk mengorganisasikan dan mengkoordinasikan sensasi melalui gerakan-gerakan dan tindakan-tindakan fizikal. Dalam hal ini bayi yang baru lahir bukan saja menerima secara pasif rangsangan-rangsangan terhadap alat-alat pancainderanya, tetapi juga aktif memberikan respons terhadap rangsangan tersebut, iaitu melalui gerak-gerak refleks. Pada akhir tahap ini ketika anak berusia sekitar 2 tahun, pola-pola sensorik motoriknya semakin kompleks dan mulai mengadopsi suatu sistem simbol yang primitif, misalnya, anak usia dua tahun dapat membayangkan sebuah mainan dan dan memanipulasi dengan tangannya sebelum mainan tersebut benar-benar ada. Anak juga dapat menggunakan kata-kata sederhana, seperti mama melompat untuk menunjukan telah terjadinya sebuah peristiwa sensoris motorik.

2. Perkembangan Masa Awal Kanak-kanakPerkembangan kognitif pada masa awal anak-anak dinamakan tahap praoperasional (preoperational stage), yang berlangsung dari usia 2 hingga 7 tahun. Pada tahap ini konsep yang stabil dibentuk, penalaran mental muncul, egosentisme mulai kuat dan kemudian melemah, serta terbentuknya keyakinan terhadap hal yang magis.

Pemikiran praoperasional tidak lain adalah suatu masa tunggu yang singkat pada pemikiran operasional, sekalipaun label praoperasional menekankan bahwa pada tahap ini belum berpikir secara operasional. Dalam tahap pra operasional pemikiran masih kacau dan tidak terorganisasi secara baik. Pemikiran praoperasional adalah awal dari kemampuan untuk merekonstruksi pada level pemikiran apa yang telah ditetapkan dalam tingkah laku. Pemikiran praoperasional juga mencakaup transisi dari penggunaan simbol-simbol primitif kepada yang lebih maju. 3. Perkembangan Masa Pertengahan dan Akhir Kanak-KanakPemikiran anak-anak pada masa ini disebut pemikiran operasional konkrit (concrete operational thought). Menurut Piaget (1983) operasi adalah hubungan-hubungan logis diantara konsep-konsep atau skema-skema, sedangkan operasi konkrit adalah aktiviti mental yang difokuskan pada objek-objek atau peristiwa-peristiwa nyata atau konkrit yang dapat diukur.

Pada masa ini anak sudah mengembangkan pikiran logis, ia mulai mampu memahami operasi sejumlah konsep, dalam upaya memahami alam sekitarnya, mereka tidak lagi terlalu mengandalkan informasi yang bersumber dari panca indra,hal ini karana ia mulai mempunyai kemampuan untuk membezakan apa yang nampak oleh mata dengan kenyataan sesungguhnya, dan antara yang bersifat sementara dengan yang berasifat menetap.

Anak-anak pada masa konkrit operasional ini telah mampu menyadari konservasi, iaitu kemampuan anak untuk berhubung dengan sejumlah aspek yang berbeza secara serentak. Hal ini karena pada masa ini anak telah mengembangkan tiga macam proses yang disebut dengan operasi-operasi iaitu negasi, resiprokasi, dan identiti. 4. Perkembangan Masa RemajaDitinjau dari perspektif teori kognitif Piaget (1983), maka pemikiran masa remaja telah mencapai tahap pemikiran operasional formal (formal operational thought), iaitu suatu tahap perkembangan kognitif yang dimulai kira-kira 11 atau 12 tahun dan terus berlangsung sehingga remaja mencapai masa dewasa. Pada tahap ini kanak- kanak sudah mulai berfikir abstrak dan hipotesis dan pada masa ini juga kanak- kanak sudah mampu memikirkan sesuatu yang akan atau mungkin terjadi, iaitu sesuatu yang abstrak.

Di samping itu, pada tahap ini juga remaja juga sudah mampu berfikir secara sistematik, mampu memikirkan semua kemungkinan secara sistematik untuk memecahkan masalah.

7.0 PANDANGAN DAN PENDAPAT TOKOH ATAU PAKAR DARI DALAM ATAU LUAR NEGARA MENGENAI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK7.1 TOKOH LUAR NEGARA

7.1.1 JEAN PIAGET

Piaget menyatakan setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang tersendiri. Oleh sebab itu, kanak-kanak yang dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat peringkat dan peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat peringkat yang berikutnya kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangan peringkat yang berikutnya.

7.1.2 ERIC ERIKSONSeorang tokoh lagi yang bernama Eric Erikson berpendapat bahawa kehidupan manusia adalah melalui lapan tahap psikososial yang berkembang dari tahap ke tahap seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri berlawanan di tahap-tahap tertentu. Pada setiap peringkat bayi, kanak-kanak, zaman bermain, sekolah, remaja, awal dewasa dan tua terdapat konflik sosial yang akan diatasi untuk perkembangan seterusnya. Yang paling jelas dari hasil kajian Erikson ialah individu merupakan individu yang dinamik dan bukan statik dan dia mempunyai identiti tersendiri. Ini jelas kelihatan di tahap pertama Erikson ialah kepercayaan berlawanan ketidakpercayaan. Erikson berpendapat darjah kepercayaan bayi bergantung Kepada nilai jagaan dan pemeliharaan ibu bapa atau orang lain yang menjaganya. Jika kehendak-kehendak bayi dipenuhi seperti mendapat makanan, minum, perhatian dan kasih sayang, dia akan memperoleh harapan untuk terus hidup. Sebaliknya, jika tidak, bayi berkenaan akan tidak dapat mempercayai orang di sekitarnya dan akan menjadi defensif serta akan cuba melindungi dari persekitaran yang tidak memberangsangkannya. Pendapat Ini bercanggah dengan pendapat Jean Piaget di mana beliau berpendapat kanak-kanak pada setiap tahap mempunyai perkembangan tertentu.

7.2 TOKOH DALAM NEGARA7.2.1 PROF MADYA DR. MASTURA BADZIS

Hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang dikemukakan oleh pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak, diperingkat umur 6 tahun pertama inilah peringkat paling utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan. Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa lebih separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga empat tahun manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun. kajian yang dilakukan oleh pakar neurologi mendapati bahawa 8085% perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak dan peringkat perkembangan yang paling pesat ialah diperingkat umur yang terawal dalam tempoh enam tahun tersebut. Justru itu boleh dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak merupakan asas kepada keseluruhan perkembangannya yang akan datang.

7.2.2 DR. MAHANI RAZALI

Ramai telah menghantar email kepada beliau tentang definisi sebenar kanak-kanak yang diketogorikan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau Early Childhood Education. Beliau cuba menjawab persoalan ini dengan memetik sedikit penulisan berhubung dengan perkara dalam tesis PhD beliau. Berikut adalah petikan yang dapat kita kongsi bersama: There is some variation across countries in the ages of children considered to be in early childhood education. According to Swiniarski, Breitborde, & Murphy (1999), the definitions of early childhood care and education differ around the world. The more industrialized nations consider early childhood to be the period from birth through to age 8 (Essa, 1999; Wortham, 2000), while developing nations focus on birth through to age 6 (Eville-Lo & Mbugua, 2001; UNICEF, 2002). Graves et al (1996) stress that regardless of such determinations the increased interest in early childhood education around the world reflects respective nations' and/or societies' particular philosophical beliefs about children. In the United States and Canada, children start school at age 6. Nursery schools generally cater for children aged 35 years old, and kindergartens cater for children aged 45 years old. In England, Scotland, and Wales, children in nursery schools are normally aged between 3 and 5 years, and in Northern Ireland, between 2 and 4 years. In England and Wales, some schools have classes called reception classes for children who have not yet reached the compulsory school age (5 years old). Sweden has pre-schools for children aged 05 (frskola) and another pre-school for 6-year-olds (freskoleklass) (Mahani, 2006).8.0 KAJIAN-KAJIAN LEPAS YANG MENYENTUH ASPEK MODEL DAN TEORI YANG BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN AWAL KANK-KANAK8.1 KAJIAN SURAYAH ZAIDON

Perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada perubahan kuantitatif iaitu perubahan yang boleh diukur seperti ketinggian dan berat; dan perubahan kualitatif yang bermaksud proses perubahan yang abstrak dari satu tahap ke tahap yang lain contohnya kemahiran berfikir dan bersosial. Perkembangan kanak-kanak berlaku secara beransur-ansur dan berterusan , hasil daripada tindakan yang saling berkait antara proses kematangan dan pembelajaran mengikut aturan semulajadi dan sifat-sifat sejagat. Pengaruh baka dan persekitaran memberikan kanak-kanak kadar dan tahap perkembangan yang berbeza-beza. Interaksi pengaruh-pengaruh tersebut membantu dalam menentukan pencapaian perkembangan ke satu tahap yang maksimum (Bee 1995;Rohani 2001).

Tahap perkembangan kanak-kanak berlaku dengan pesat pada lingkungan umur empat hingga enam tahun. Kajian Bloom (1964) membuktikan 80% kecerdasan seseorang individu pada usia 18 tahun terbina pada peringkat umur prasekolah. Pada usia ini kanak-kanak bertindak aktif kepada ransangan, berinteraksi bebas dengan orang sekeliling dan peka kepada keadaan sekeliling. Roopnarine dan Johnson (1997) menegaskan kanak-kanak menempuh waktu perkembangan yang paling sensitif justeru perlu diberi pendidikan seawall mungkin. Sehubungan itu, adalah penting kanak- kanak mengalami pengalaman pembelajaran prasekolah yang berkesan, bermakna dan menggembirakan supaya kanak-kanak dibekalkan dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebelum memasuki alam persekolahan formal (Rohaty 2003).

National Association for the Education of Young Children (NAEYC) 1991

mendefinisikan penilaian perkembangan kanak-kanak sebagai proses mendokumentasi apa yang dilakukan oleh kanak-kanak dan bagaimana mereka melakukannya bertujuan membuat keputusan-keputusan berkenaan kanak-kanak. Garis panduan Penilaian Selaras Perkembangan Kanak-kanak Berumur Tiga hingga Lapan Tahun (1991) yang dikeluarkan oleh badan tersebut menjelaskan bahawa penilaian yang dijalankan perlu berterusan, bersesuaian dan boleh membantu perkembangan. Perancangan, strategi dan instrumen penilaian perlu berbeza-beza bersesuaian dengan setiap tujuan penilaian dan matlamat 164 pembelajaran. Kriteria penilaian perkembangan kanak-kanak perlu bersesuaian dengan objektif dan kandungan pembelajaran (Schweinhart 1993).

Skop penilaian tidak terhad kepada bahasa dan matematik tetapi termasuk inisiatif, hubungan sosial, persembahan kreatif, muzik dan pergerakan. Penilaian yang dijalankan perlu bersesuaian dengan aktiviti kanak-kanak serta bermakna dalam pengalaman harian kanak-kanak dan dilaksanakan secara tidak formal semasa kanak-kanak mengalami proses pembelajaran melalui pemerhatian dan dokumentasi.

8.2 KAJIAN LIHANNA BORHAN

1. Tujuan Penilaian dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

Dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai aspek yang setiap satunya seharusnya boleh, dan perlu dinilai. Pendidikan awal kanak-kanak juga tiada bezanya. Kanak-kanak, guru, kurikulum, pentadbiran, ini semua adalah antara elemen yang perlu dinilai dari semasa ke semasa. Kajian ini akan melihat aspek penilaian kanak-kanak, yang merupakan aspek penting dalam organisasi pendidikan di tahap ini, yang secara ringkasnya akan dirujuk sebagai TADIKA. Antara tujuan penilaian di TADIKA ialah untuk menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama, membuat keputusan penempatan, membuat diagnosis masalah pengajaran dan pembelajaran, membantu dalam membuat keputusan berkaitan pengajaran dan kurikulum, menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibubapa dan menolong kanak-kanak tertentu dalam menilai kemajuan dirinya sendiri (Katz, 1997). Tujuan penilaian ini perlu difahami dengan jelas oleh mereka yang terlibat dalam pendidikan di tahap ini kerana ia boleh memastikan bentuk penilaian yang wajar digunakan. Dalam pendekatan kurikulum berintegrasi atau pun mengikut garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan, mengenal pasti tahap perkembangan setiap kanak-kanak merupakan salah satu tugas utama guru TADIKA kerana ini membolehkan perancangan pembelajaran sewajarnya dilakukan (Beaty, 1992). Satu objektif am atau pun satu strategi pengajaran am tidak wajar diguna pakai bagi semua kanak-kanak atau dalam setiap keadaan kerana tahap dan kadar perkembangan kanak-kanak adalah pelbagai dan berbeza antara individu. Keputusan penilaian mengenai tahap perkembangan beserta dengan penilaian yang memberikan maklumat tentang minat, kehendak serta keperluan kanak-kanak dijadikan sandaran untuk merancang objektif dan strategi pengajaran dalam rangka kerja kurikulum yang ada.

2. Penilaian Autentik

Satu isu yang sering dibangkitkan dalam penilaian ialah kejituan (authenticity) sesuatu bentuk penilaian itu. Ramai yang berpendapat peperiksaan atau ujian bertulis yang diberikan secara berkumpulan, seperti mana diamalkan dalam sistem pendidikan rendah dan menengah di Malaysia ini, tidak sesuai digunakan dalam pendidikan awal kanak-kanak, biar dari segi item ujian yang bersandarkan kepada norma dan pengalaman kumpulan tertentu dalam masyarakat juga boleh mempengaruhi kesahan sesuatu ujian (Stallman & Pearson, 1990). Tambahan lagi, lebih muda usia kanak-kanak itu, lebih cenderung untuk mereka membua kesilapan disebabkan kekeliruan atau kegusaran akibat suasana ujian (Ratcliff, 1995;Reynolds, 1982). Ini boleh menjadikan keputusan serta kebolehgunaan penilaian itu diragui.

Di samping itu, ramai pendidik merasakan ujian bertulis tidak menepati garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan (Bredekamp dll., 1992; Katz, 1997; Meisels, 1995; Mindes, Ireton & Mardell-Czudnowski, 1995). Walaupun ujian bertulis didapati dapat meramalkan pencapaian kanak-kanak di TADIKA dan di tahap awal pendidikan formal, penilaian seumpama ini dirasakan tidak betul-betul memenuhi kehendak dan tujuan penilaian diadakan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Untuk itu, konsep penilaian autentik telah diunjurkan. Penilaian autentik merujuk kepada bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam bilik darjah setiap hari (Pert, 1990). Ia juga suatu yang realistik dan sesuai dari segi pengajaran. Penilaian autentik merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri (Grace, 1992). Ia melibatkan penilaian yang dilakukan secara berterusan dan membawa implikasi kanak-kanak diberikan peluang untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka dalam cara yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka dan tidak terhad kepada kemahiran dan pengetahuan di sekolah sahaja. Untuk menjalankan penilaian autentik yang menepati garis panduan, amalan bersesuaian perkembangan, pelbagai kaedah telah diutarakan, selain pemerhatian yang merupakan tunjak penilaian di TADlKA, portfolio individu kanak-kanak adalah satu pendekatan yang baik dan praktikal dalam merealisasikan penilaian autentik di peringkat ini.

8.3 KAJIAN MARIANI MD. NORTiga kategori menjadi asas utama perbincangan dalam mengupas artikel ini. Antara fokus perbincangan ialah elemen:a) kesan sosial,

b) kesan kurikulum dan

c) persediaan tenaga akademik

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta kesan terhadap perkembangan kanak-kanak secara holistik. Teori Ekologi oleh Urie Bronfenbrenner (1977) dipilih oleh penulis untuk perbincangan seterusnya.

1. Elemen Sosial dan Kesan terhadap Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Teori Ekologi mengikut Bronfenbrenner (1977) memberi penekanan bahawa individuyang melalui proses pertumbuhan dan perkembangan itu terangkum di dalam sistempersekitaran yang mementingkan interaksi antara satu sama lain. Dalam konteks artikel ini, interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran kanak-kanak itudipercayai boleh mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Merujuk kepada konsep di dalam teori ini, sama ada kita menyedarinya atau tidak kanak-kanak yang merupakan individu yang berada dalam ruang lingkup mikro(berpusat di tengah) boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan dalam konteks di prasekolah khususnya, apa dan bagaimana kesannya harus diteliti terutama dalam hal yang menyumbang kepada proses perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.

Berdasarkan teori ini, keluarga khususnya ibu bapa merupakan agensosialisasi paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak itu dan sebagai individu terdekat atau berhampiran dengan komuniti kanak-kanak, mereka mempunyaipengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak. Sebagai contoh, kajian di dalam dan diluar negara menunjukkan bahawa faktor persekitaran seperti penglibatan ibu bapa secara aktif mempunyai kesan langsung ke atas semua aspek perkembangan kanak-kanak (MacNaughtori, 2005). Dalam kajian yang Iain pula, Ting (2005) mendapati tahap penglibatan ibu bapa luar bandar berada di tahap yang rendah. Tidak hairan jika sebelum ini Berger (1995) melalui kajiannya menyatakan wujudnya kepelbagaian model peranan ibu bapa untukmembantu proses pembelajaran kanak-kanak di prasekolah tetapi meluas kepada aspek pemilihan tempat untuk anak itu belajar, terutama di peringkat prasekolah. Justeru itu, peringkat pembelajaran prasekolah adalah sasaran utama ibu bapa kini. Menyentuh tentang pendidikan prasekolah, kesedaran telah ditunjukkan bukan sahaja oleh masyarakat malah di peringkat atasan juga. Seperti dinyatakan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (1998) Pendidikan prasekolah merupakan peringkat formatif dalam perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, program yang sesuai dapat menggerakkan pemikiran, meningkatkan kreativiti dan membina akhlak yang baik bagi golongan kanak-kanak yang berumur antara 4hingga 6 tahun. Pembangunan minda, penyuburan fizikal, pengukuhan kestabilan emosi dan persediaan untuk hidup bermasyarakat, oleh itu, muncul satu fenomena iaitu kehadiran berbagai pihak dan agensi untuk mengendalikan pusat prasekolah.

Dengan kewujudan pelbagai model prasekolah, tidak mustahil jika dikatakan akan wujud pula paradigma 'rumah tiang seribu atau infinit' disebabkan kepelbagaian ragam pendekatan dan kurikulum yang digunakan di prasekolah. Pemerhatian penulis ke tadika-tadika semasa penyeliaan pelajar praktikum menunjukkan kebanyakan tadika swasta memberi penumpuan yang lebih kepada aspek kognitif, iaitu kemahiran 3M. Walau bagaimanapun, aspek lain juga dititikberatkan seperti aspek sosial,moral dan keagamaan serta berbagai lagi penekanan yang berbeza. Dapatan dari kajian penyelidikan oleh beberapa pelajar Sarjana Pendidikan Awal Kanak-kanak di bawah penyeliaan penulis menunjukkan situasi di mana apa yang dipelajari oleh bakal guru prasekolah di universiti kadang-kadang sukar untuk dipraktikkan di prasekolah kerana ideologi, pendekatan dan falsafah yang berbeza di antara kedua-dua pihak ini. Secara tidak langsung keadaan ini boleh menjejaskan pula kualiti prasekolah (Nik Asiah, 2005; Rohana Musa, 2005). Malah menyentuh tentang infrastruktur fizikal prasekolah, tidak perlu bukti tertulis, jika dibuat lawatan lokasi untuk setiap tapak prasekolah di sesebuah kawasan bandaraya, didapati jarak antara satu prasekolah dengan satu yang lain harus berada dalam jarak 1 km. Bagaimana pun, peraturan ini tidak begitu dipatuhi memandangkanpertambahan bilangan penduduk yang memerlukan perkhidmatan sedemikian atau adakah ini trend masa kini dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak? Jika ini berlaku, adakah memang sepatutnya atau adakah ianya dalam tuntutan bersama oleh ibu bapa dan pengusaha tadika itu. Secara umumnya komuniti prasekolah harus memikirkan perkara berikut dalam memastikan trend dan isu menjadi suatu realiti.

a) Keluarga (The family):

Isu pemilihan prasekolah. Apa ciri prasekolah berkualiti yang

Menjadi pilihan?b) Jaringan sosial (Social network) Harapan ibu bapa: kanak-kanak mempunyai kebolehan mengambil berat tentang orang lain, berkongsi, memahami dan empati terhadap orang lain (Essa, 1996).c) Kepercayaan masyarakat (Society's belief)Persoalan pengurangan perlakuan kanak-kanak terhadap amalan

negatifatauanti-sosial atau sebaliknya dengan keuntungan cost-benefit

(Schweinhart &Weikart, 1993).

d) Perkembangan (Development)Adakah perkembangan boleh berlaku mengikut peredaran masa dan jika

ya adakah disebabkan oleh faktor biologi semata-mata atau persekitaran

infrastruktur yang wujud dalam komuniti kanak-kanak itu. Kajian di dalam dan di luar negara banyak meneliti faktor yang mempengaruhi proses pendidikan di prasekolah dari isu persediaan awal hinggalah kepada

aspek lain. Dalam satu kajian ke atas faktor yang mempengaruhi transisi dari prasekolah ke sekolah rendah terhadap 177 orang ibu bapa dari 18 buah prasekolah dari seluruh Malaysia (Mariani Md. Nor et al., 2006) mendapati faktor seperti bahan pembelajaran, persekitaran yang merangsang pembelajaran kanak-kanak, aktiviti yang sesuai serta guru adalah antara faktor yang signifikan dalam mempengaruhi proses perkembangan kanak-kanak dalam aspek penyesuaian diri. Komunikasi yang baik antara guru dan ibu bapa serta kemudahan sesuai di dalam bilik darjah adalah antara faktor persekitaran yang penting.

9.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, teori dan model-model perkembangan awal kanak-kanak ini adalah penting kerana ia sedikit sebanyak akan memberi panduan kepada ibu bapa dan guru-guru tentang perkembangan yang dilalui oleh seorang kanak-kanak dan setiap kanak-kanak adalah berbeza dari segi perkembangannya kerana dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti baka, persekitaran, makanan, kecerdasan dan sebagainya.

Imam Al-Ghazali Rahimahullah pernah menyebut, sesungguhnya anak-anak kita adalah permata. Dalam membicarakan soal pendidikan anak-anak ini suatu perkara yang perlu kita fahami bahawa mendidik adalah suatu kesenian yang datangnya dari jiwa yang halus dan pemikiran yang kreatif. Suatu yang kreatif dan seni tidak akan lahir dari jiwa yang keras dan peribadi yang kasar yang dipenuhi rasa kejengkelan dicetuskan oleh emosi marah dan hilang pertimbangan akal. Kasih sayang adalah elemen paling utama dalam proses mendidik. Teguran dan nasihat yang lahir dari cetusan kasih sayang akan mencairkan hati yang keras sebaliknya kekasaran dan penonjolan amarah akan membekukan jiwa yang lembut. Apatah lagi bila yang dihadapan kita itu adalah kanak-kanak yang putih bersih, yang akan belajar apa sahaja yang ada di persekitarannya melalui pemerhatian, yang akan meniru dari qudwah yang ditonjolkan seterusnya mengaplikasikan hasil pembelajaran melalui kebiasaan (Mastura Badzis).

1