5. refleksi

4
REFLEKSI AMIR ZAINUDDIN BIN A RAZAK Alhamdulillah. Tugasan RBT 3142 ini dapat juga saya siapkan mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Pertama sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya, Encik Ahmad Syafarin bin Syafie di atas tunjuk ajar beliau kepada saya sepanjang pembelajaran bersama beliau. Tanpa beliau, saya yakin tugasan ini tidak akan mampu saya siapkan dengan baik. Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, terdapat banyak masalah yang telah saya hadapi bersama-sama pasangan saya. Namun dengan perbincangan yang telah kami lakukan bersama-sama dengan rakan-rakan sekelas, kami dapat juga menyelesaikan masalah yang membebankan kami. Masalah pertama yang kami hadapi ialah dari segi pemilihan reka bentuk lampu. Semasa permulaan membuat tugasan ini, kami keliru untuk memilih rekaan lampu yang menarik untuk dihasilkan. Hal ini disebabkan terlalu banyak rujukan kami menunjukkan rekaan lampu yang ringkas dan hal ini membebankan kami untuk memilih rekaan lampu. Walaubagaimanapun, setelah membuat sedikit perbincangan bersama rakan saya, Noor Shafinaz, kami memilih untuk mengolah sebuah rekaan lampu antik untuk dijadikan rekaan kami. Selain itu, masalah yang kami hadapi adalah dari aspek kepakaran untuk mengendalikan perisian AutoCad. Dalam proses melaksanakan tugasan ini, kami banyak menghadapi masalh untuk melukiskan semula rekaan kami ke bentuk perisian AutoCad. Hal ini kerana kami hanya mempelajari perkara asas sahaja dalam bidang AutoCad. Walaubagaimanapun, dengan bantuan rakan-rakan yang lain serta percubaan yang dilakukan, kami dapat menyiapkan lukisan rekaan kami dalam bentuk perisian AutoCad. Meskipun berhadapan dengan pelbagai masalah sepanjang menyiapkan tugasan yang mencabar ini, terdapat banyak ilmu yang telah saya pelajari sepanjang menyiapkan tugasan ini. Antara ilmu yang telah saya dapati melalui pelaksanaan tugasan ini ialah tentang kaedah analisis SWOT. Melalui analisis ini, saya telah dapat menghuraikan dengan lebih lanjut tentang kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam lakaran awal

Upload: shiyanbu

Post on 16-Nov-2015

44 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

refleksi kerja kayu

TRANSCRIPT

REFLEKSIAMIR ZAINUDDIN BIN A RAZAK

Alhamdulillah. Tugasan RBT 3142 ini dapat juga saya siapkan mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Pertama sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya, Encik Ahmad Syafarin bin Syafie di atas tunjuk ajar beliau kepada saya sepanjang pembelajaran bersama beliau. Tanpa beliau, saya yakin tugasan ini tidak akan mampu saya siapkan dengan baik.Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, terdapat banyak masalah yang telah saya hadapi bersama-sama pasangan saya. Namun dengan perbincangan yang telah kami lakukan bersama-sama dengan rakan-rakan sekelas, kami dapat juga menyelesaikan masalah yang membebankan kami.Masalah pertama yang kami hadapi ialah dari segi pemilihan reka bentuk lampu. Semasa permulaan membuat tugasan ini, kami keliru untuk memilih rekaan lampu yang menarik untuk dihasilkan. Hal ini disebabkan terlalu banyak rujukan kami menunjukkan rekaan lampu yang ringkas dan hal ini membebankan kami untuk memilih rekaan lampu. Walaubagaimanapun, setelah membuat sedikit perbincangan bersama rakan saya, Noor Shafinaz, kami memilih untuk mengolah sebuah rekaan lampu antik untuk dijadikan rekaan kami.Selain itu, masalah yang kami hadapi adalah dari aspek kepakaran untuk mengendalikan perisian AutoCad. Dalam proses melaksanakan tugasan ini, kami banyak menghadapi masalh untuk melukiskan semula rekaan kami ke bentuk perisian AutoCad. Hal ini kerana kami hanya mempelajari perkara asas sahaja dalam bidang AutoCad. Walaubagaimanapun, dengan bantuan rakan-rakan yang lain serta percubaan yang dilakukan, kami dapat menyiapkan lukisan rekaan kami dalam bentuk perisian AutoCad. Meskipun berhadapan dengan pelbagai masalah sepanjang menyiapkan tugasan yang mencabar ini, terdapat banyak ilmu yang telah saya pelajari sepanjang menyiapkan tugasan ini. Antara ilmu yang telah saya dapati melalui pelaksanaan tugasan ini ialah tentang kaedah analisis SWOT. Melalui analisis ini, saya telah dapat menghuraikan dengan lebih lanjut tentang kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam lakaran awal tentang rekaan yang ingin dibuat. Melalui analisis ini, ianya mengajar saya bahawa setiap perkara yang ingin kita lakukan perlulah menjalani sebuah langkah penapisan supaya kita dapat mengetahui sama ada perkara tersebut memberikan kita kebaikan ataupun keburukan.Di samping itu, dengan pelaksanaan tugasan ini, ianya memberikan saya peluang untuk belajar dengan lebih baik tentang perisian AutoCad. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya telah dapat memahirkan diri saya dalam menggunakan perisian ini dan dapat mereka pelbagai jenis bentuk yang saya inginkan ke dalam bentuk perisian. Dengan ilmu yang diperolehi ini, saya berasa amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk menguasai kemahiran ini kerana saya percaya ilmu yang diperoleh kali ini akan dapat dipraktikkan pada masa akan datang.Sebagai kesimpulan, tugasan yang diberikan ini amat mencabar bagi saya namun terdapat banyak faedah yang telah saya perolehi melalui pelaksanaan tugasan ini. Saya percaya dengan ilmu yang diperolehi pada kali ini, ianya sedikit sebanyak telah memantapkan diri saya selaku seorang bakal guru yang mana perlu menguasai pelbagai kemahiran dalam sistem pendidikan sekarang. Dengan tugasan yang telah dilakukan ini, saya berharap agar tugasan ini dapat dimanfaatkan untuk masa akan datang.

REFLEKSI NOOR SHAFINAZ BINTI AB LATIF

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana tugasan RBT 3142 ini telah lengkap sepenuhnya. Bersyukur kehadrat Allah swt kerana dengan limpah dan kurniaNya memberi kekuatan kepada saya sehingga dapat saya menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya tugasan ini telah memberikan banyak pengalaman dan ilmu yang baru kepada saya.Tugasan ini banyak memerlukan kekuatan dan kesungguhan serta saling bantu membantu untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Tanpa semua elemen ini maka sukarlah untuk saya menyiapkan tugasan ini.Alhamdulillah saya dan ahli kumpulan saya telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah saya mengalami kekeliruan untuk memilih rekaan lampu. Terdapat banyak reka bantuk lampu di pasaran dan saya telah bersepakat untuk menggabungkan elemen antik dalam rekaan ini.Saya juga ada membuat rujukan di internet semasa melaksanakan kerja kursus ini dan berkolaborasi bersama rakan-rakan. Perkara Ini merupakan antara kekuatan yang saya perolehi semasa melaksanakan kerja kursus ini.Selain itu kami juga menghadapi masalah untuk menggunakan perisian Autocad. Untuk menghasilkan tugasan yang mantap saya telah berkolaborasi dengan ahli kumpulan saya iaitu Amir Zainuddin untuk menggunakan perisian ini. Dalam proses ini saya telah bertukar tukar maklumat dan berkongsi ilmu pengetahuan cara cara menggunakan perisian ini bersama rakan rakan lain. Melalui kerja kursus ini saya mendapat pelbagai ilmu yang berguna. Saya berpeluang untuk mempelajari menggunakan perisian AutoCad. Saya juga dapat memahirkan diri untuk menggunakan perisian ini. Melalui perisian ini saya dapat merekabentuk pelbagai produk daan ini merupakan pengetahuan di luar pembelajaran.

Secara peribadi saya merasakan bahawa sesungguhnya ilmu yang diperolehi hasil kajian serta perbincangan dengan pensyarah dan rakan-rakan dalam usaha menyiapkan tugasan ini amat berharga dan bermakna serta dapat mematangkan diri kami sebagai seorang pendidik yang akan terus berkhidmat dan melahirkan ramai pemimpin pada masa akan datang.Secara kesimpulannya tugasan ini banyak memberi input yang berguna. Saya berharap ilmu pengetahuan yang saya dapat dapat diaplikasikan pada masa akan datang dalam menjadi seorang guru yang berkualiti.