3. guru sebagai satu profesion.ppt
TRANSCRIPT
GURU SEBAGAI GURU SEBAGAI SATU PROFESIONSATU PROFESION
ProfesionProfesion
Pekerjaan yang khusus di mana ia dilaksanakan oleh orang yang berpendidikan tinggi atau mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu.
Contoh: keguruan, peguaman, akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan dan perniagaan.
Ciri-ciri ProfesionCiri-ciri Profesion
Ciri-ciri ProfesionCiri-ciri Profesion
Konsep Perguruan Dan Konsep Perguruan Dan KeguruanKeguruan
Perguruan = pengajaran kepada guru pelatih, murid dan sebagainya.
Keguruan = perkara yang berkaitan dengan guru, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru.
Konsep Profesion Perguruan Konsep Profesion Perguruan Dan KeguruanDan Keguruan
Profesion perguruan = pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas.
Profesion keguruan = satu pekerjaan yang membawa bersama tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti terhadap masyarakat.
Keguruan sebagai satu Keguruan sebagai satu profesion profesion
Pekerjaan penting
Bersifat autonomi
Memerlukan kelayakan akademik dan latihan ikhtisas
Guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan
Mengutamakan perkhidmatan
Keguruan Bukan Satu ProfesionKeguruan Bukan Satu Profesion
Kelayakan akademik dan latihan yang berbeza
Kuasa Kesatuan
Keseragaman ahli Kesatuan
Kuasa Autonomi
Bidang ikhtisas yang lain
Konsep Profesional danKonsep Profesional danBukan ProfesionalBukan Profesional
Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan. Perguruan, menurut Kamus Dewan (1989),
adalah diertikan sebagai PENGAJARAN, misalnya perguruan kepada guru-pelatih, murid dan sebagainya.
Manakala, perkataan keguruan boleh diertikan sebagai PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN GURU, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru.
maka, profesion perguruan: pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas.
profesion keguruan: pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru.
Keguruan dalam konsep profesional. mempunyai latihan ikhtisas dalam
Latihan Keguruan. mempunyai autonomi menentukan
kaedah-kaedah mengajar dalam bilik darjah.
menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagai panduan guru dalam segala aktiviti profesionalnya.
pekerjaannya merupakan perkhidmatan yang penting kepada individu dan negara.
guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan.
Keguruan dalam konsep bukan profesional. pekerjaan guru tidak terhad kepada guru
terlatih sahaja. Orang yang tidak mempunyai latihan ikhtisas dalam bidang keguruan pun boleh digelar sebagai guru, selagi dia menjalankan tugas mengajar. Selain itu, seseorang tidak semestinya peroleh ilmu pengetahuan daripada buku sahaja, tetapi juga daripada televisyen, majalah, buku-buku dan sebagainya.
kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak banyak persaingan.
autonomi seseorang guru adalah terhad. Kebanyakan keputusan tidak boleh dibuat oleh guru sendiri tetapi dibuat oleh pentadbir sekolah.
kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru daripada mengajar di sekolah jika guru itu tidak mematuhi kod etika yang ditentukan oleh kesatuannya.
bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli dalam kesatuan guru. Tambahan pula, terdapat banyak kesatuan guru yang mempunyai matlamat penubuhan mereka yang berbeza.
Kod Etika Profesion Kod Etika Profesion Perguruan MalaysiaPerguruan Malaysia
etika ialah suatu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi.
setiap badan profesional mempunyai kod etika masing-masing.
setiap profesion akan menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut. Ini disebut sebagai KOD ETIKA.
justeru, etika profesional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh individu-individu mengikut profesion masing-masing.
kod etika memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-individu dalam sesuatu profesion.
tujuan kod etika ialah untuk mengekalkan integriti moral sesuatu profesion.
setiap guru harus mematuhi kod etika yang terdapat dalam TATASUSILA PROFESION KEGURUAN seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, seperti berikut: tanggungjawab terhadap pelajar; tanggungjawab terhadap ibu bapa; tanggungjawab terhadap masyarakat dan
negara; dan tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan
profesion keguruan
EtikaEtika Suatu sistem yang berkaitan
dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi.
Meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan.
Kod Etika Kod Etika
Memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-individu dalam sesuatu profesion.
Bertujuan untuk mengekalkan integriti moral sesuatu profesion.
(a) Tanggungjawab terhadap (a) Tanggungjawab terhadap PelajarPelajar
Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar
Bersikap adil terhadap setiap pelajar
Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar
Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang baik
Membimbing atau mengajar seseorang pelajar
(b) Tanggungjawab terhadap (b) Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa Ibu Bapa
Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa
Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumah tangga
Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka
Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
(c) Tanggungjawab terhadap Masyarakat (c) Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara dan Negara
Menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama
Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat
Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara
(d) Tanggungjawab terhadap Rakan (d) Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat dan Sejawat dan Profesion Kegurua Profesion Keguruan n
Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru
Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat
Mengawal diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan
Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
Akauntabiliti GuruAkauntabiliti Guru‘akauntabiliti’ = bertangungjawab kepada
seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu.
Konsep akauntabiliti satu obligasi untuk memberikan jawapan dan
penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut.
Akauntabiliti keguruan tanggungjawab yang harus difahami dan
dilaksanakan oleh seseorang guru. akauntabiliti keguruan bermaksud
tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan.
Kebaikan AkauntabilitiKebaikan Akauntabiliti
Memastikan semua pelajar belajar mengikut kemampuan mereka sendiri dan berfaedah bagi sekumpulan kecil pelajar yang lemah
Pelajar akan mempunyai motivasi yang kuat untuk belajar
Penekanan pada pencapaian memotivasikan guru untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang baru.
Akauntabiliti dapat memberitahu orang ramai segala yang berlaku di sekolah.
Akauntabiliti Guru terhadap Akauntabiliti Guru terhadap SekolahSekolah
Kaedah mengajar sejajar dengan perkembangan kognitif murid-murid.
• Bersifat optimistik dan menunjukkan minat yang tinggi di dalam pekerjaannya
Kaedah mengajar yang terkini dan canggih
Perhubungan sosial yang baik .
Kawalan disiplin yang berkesan
Akauntabiliti Guru terhadap Akauntabiliti Guru terhadap SekolahSekolah
• Membina satu program perkembangan ko- kurikulum yang dinamik
Pembimbing kepada murid murid untuk memotivasikan murid-murid bagi meningkatkan kemahiran pencapaian akademik
Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah
Akauntabiliti Guru terhadap Akauntabiliti Guru terhadap Tingkah Laku Tingkah Laku
Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan
Menjadi seorang 'role model' yang baik dalam masyarakat setempat
Mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana
Mengamalkan nilai-nilai murni seperti ketatasusilaan, belas kasihan, kejujuran dan keikhlasan, kecekapan, pertimbangan
memelihara penampilan diri
Melibatkan diri dalam hobi aktiviti berfaedah pada masa lapang
mengawal emosi ketika mengajar
Akauntabiliti Guru terhadap Akauntabiliti Guru terhadap MuridMurid
Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid
Bersedia menyelesaikan masalah murid-murid dengan bersikap adil
Ikhlas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan
Bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa.
Tidak mengharapkan sebarang balasan dan ganjaran
Akauntabiliti Guru terhadap Akauntabiliti Guru terhadap ProfesionProfesion
Menjadi ahli kesatuan guru
elak membuat sebarang kenyataan negatif tentang profesionnya dalam media tempatan
elakkan daripada menganggotai parti haluan kiri/ kegiatan pengganas, dan politik
Selalu bersedia membantu rakan sejawat
elakkan daripada terlibat dalam sebarang kegiatan negatif atau merbahaya
Akauntabiliti Guru terhadap Akauntabiliti Guru terhadap KomunitiKomuniti
Tidak menyebarkan ajaran negatif yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara
Bersopan-santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial
Mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat
Sentiasa menghormati ahli-ahli masyarakat setempat
Tidak mencemarkan nama baik rakan sejawat