[3] diskusi ke-14

Upload: dzarrin

Post on 02-Jun-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 [3] DISKUSI KE-14

    1/3

    OBJEKTIF

    Memahami dan mengamalkan isi kandungan hadith ini.

    Menerangkan peringkat teguran terhadap keeemungkaran.

    Mengaplikasi agama dalam kehidupan bersandarkan kepada pengajaran yang dapat diambil

    melalui hadith ini.

    1.0 MUQADIMMAH

    Allah S.W.T dan junjungan besar Muhammad S.A.W telah menerangkan secara jelas melalui

    al-Quran dan sunnah tentang perkara-perkara larangan dan suruhan yang telah digariskan

    syarak. Hal ini menggambarkan nilai dan ketinggian Islam yang dekat dengan kebaikan dan

    menjauhi perkara larangan dan keburukan.

    Demikian, mutakhir ini umat manusia semakin banyak melakukan kemungkaran dan

    kerosakan di atas bumi ini. Justeru itu, sebagai seorang Islam yang melihat dan mengetahui

    akan kemungkaran yang melanda ini, wajiblah ke atasnya menegur dengan tangan yakni

    dengan kuasa pemerintahan atau pada mana-mana posisi didalam masyarakat seperti

    pemimpin.

    Namun jika tidak mampu, wajib pula menegur atau mengubah dengan lisan yakni nasihat

    atau percakapan. Dan jika tidak mampu juga maka ubahlah dengan hati iaitu selemah-lemah

    iman. Hal ini jelaslah bahawa tiga peringkat teguran ini merupakan jalan terbaik dalam

    mencegah kemungkaran

    2.0 HADITH DAN TERJEMAHAN

    :))

    .

    ((

    ][

    Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W

    bersabda: Barangsiapa dalam kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka

    hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka

    hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah

    dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.

    (Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim)

    DISKUSI 14 :

    AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

  • 8/10/2019 [3] DISKUSI KE-14

    2/3

    3.0 PENGENALAN HADITH

    Hadith ini berfaedah bagi orang yang ingin melaksanakan dan berguna sebagai peringatan

    kepada orang yang tidak melaksanakan, bahawa setiap orang apabila melihat suatu

    kemungkaran maka dia wajib mencegahnya mengikut kemampuannya. Apabila mampu

    dengan cara yang tegas dan kuat, seperti dengan tangan, maka harus melakukannya dengan

    tangannya itu atau dengan tangan orang lain. Jika tidak mampu, maka perlu untuk

    mencegahnya dengan lisan iaitu dengan memberi nasihat serta mengajaknya kepada

    kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Tetapi jika tidak mampu juga, hendaklah

    mencegahnya dengan hati iaitu menunjukkan sikap tidak suka kepada perbuatan munkar

    dan kepada pelakunya, meskipun dengan cara ini adalah cara yang paling lemah tahap

    keimanannya.

    4.0 RIWAYAT

    Hadith ini dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam kitab Iman, (Bab: Penjelasan tentang

    melarang kemungkaran adalah sebahagian dari iman, bahawa iman bertambah dan

    berkurang, dan bahawa menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran,

    hukumnya wajib) nombor 49.

    5.0 INTIPATI HADITH

    1.

    Menunaikan tanggungjawab dakwah iaitu menyeru kepada perkara makruf dan

    mencegah kemungkaran adalah suatu kewajipan ke atas seorang mukmin yang tidak

    harus dipandang enteng, kerana kecelakaan akan menimpa seluruh umat sekiranya

    kemungkaran dibiarkan terus merebak.

    2.

    Barangsiapa yang melihat suatu kemungkaran berlaku di depan matanya, dan dia

    berkuasa mencegahnya sama ada dengan tangannya atau dengan lidahnya maka dia

    berkewajipan mencegah kemungkaran tersebut. Dia berdosa seandainya membiarkan

    kemungkaran tersebut berleluasa tanpa sebarang tindakan atau percubaan untuk

    mencegahnya, kecuali jika dia tidak mampu atau kerana dibimbangi akan membawa

    kemudharatan kepada dirinya apabila dia mencegah kemungkaran itu.

    3. Mencegah mungkar hanya dengan hati, iaitu dengan membencinya dan berazam mahu

    mencegahnya pada suatu masa nanti kalau dia mampu adalah tahap iman yang paling

    lemah.

  • 8/10/2019 [3] DISKUSI KE-14

    3/3

    5.1 NILAI PENGAJARAN

    1. Sebagai seorang mahasiswa Islam yang memahami Islam, wajiblah bagi kita

    menggunakan semua peringkat teguran untuk membenteras kemungkaran. Misalnya,

    sebagai seorang mahasiswa yang memegang jawatan di dalam organisasi persatuan, kita

    boleh menggunakan medium sebagai seorang pimpinan yang miliki kuasa dan hak ke

    atas anak buahnya untuk melakukan sebarang bentuk teguran yang bermanfaat.

    2. Bagi seorang pendakwah yang memiliki skill dan kelebihan dalam mengatur kalam yang

    baik, mampu bercakap di hadapan khalayak, maka dengan kelebihan ini bolehlah

    digunakan sebagai wasilah dalam menyampaikan teguran atau pun nasihat kepada

    masyarakat. Daie harus kreatif dalam menyampaikan teguran kepada madu dengan

    uslub yang pelbagai.

    3.

    Demikian itu, jika tidak mampu dalam menggunakan kedua-dua peringkat teguran ini,

    maka cegahlah ia dengan hati iaitu membenci akan kemungkaran tersebut.

    6.0 TEMA YANG BERKAITAN:

    Keutamaan mengatasi kemunkaran : (5 : 78), (7 : 165)

    Realisasi iman : (2 : 278), (3 : 139), (5 : 23)

    Tingkatan iman : (8 : 2)

    RUJUKAN

    1. Hadis 40 Imam Nawawi, Muhammad Bukhari, Penerbitan Seribu Dinar

    2.

    PDF Hadis 40