2.rancangan pengajaran dan pembelajaran harian psk

24
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5 Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tahun : 5 Pintar Tarikh : 16 April 2011 Hari : Isnin Masa : 60 minit (10.15- 11.15 Pagi ) Bilangan Murid : 25 orang Tema : 6. Sedia Hadapi Cabaran Tajuk : Peribadi Terpuji Disanjung Tinggi Subtajuk : 11D.Usaha Berterusan Ke Arah Kecemerlangan

Upload: norshabarina-isa

Post on 09-Jul-2015

354 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2.rancangan pengajaran dan pembelajaran harian psk

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5

Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan

Tahun : 5 Pintar

Tarikh : 16 April 2011

Hari : Isnin

Masa : 60 minit (10.15- 11.15 Pagi )

Bilangan Murid : 25 orang

Tema : 6. Sedia Hadapi Cabaran

Tajuk : Peribadi Terpuji Disanjung Tinggi

Subtajuk : 11D.Usaha Berterusan Ke Arah Kecemerlangan

Page 2: 2.rancangan pengajaran dan pembelajaran harian psk

HASIL PEMBELAJARAN: Diakhir pembelajaran murid dapat :

i. Menyenaraikan langkah untuk mencapai kecemerlangan dan peribadi terpuji.

ii. Mengamalkan budaya cemerlang dalam kehidupan.

iii. Berbangga memiliki peribadi terbuji.

ISI KANDUNGAN

i. Video “Jika Kau Yakin Kau Boleh”.

ii. Menyatakan langkah-langkah untuk cemerlang dalam hidup.

iii. Perasaan murid-murid apabila cemerlang dalam hidup.

PENERAPAN NILAI

i. Kerjasama

ii. Berani

UNSUR PATRIOTISME

i. Bersyukur dengan pendidikan yang diterima di sekolah.

ii. Berbangga memiliki akhlak dan sikap terpuji.

BAHAN DAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEBELAJARAN

Kad Arahan (puzzle) 4 KepingKad Imbasan 4 KepingSilang kata 4 KepingKad Warna - warni 8 KepingLCD dan Laptop SebuahKertas Mahjung 4 KepingMarker Pen 4 Batang

Page 3: 2.rancangan pengajaran dan pembelajaran harian psk

PROSEDUR PERLAKSANAAN

ELEMEN PENGURUSAN

PEMBELAJARAN

BESTARI / KEMAHIRAN

GENERIK

CATATAN

SET INDUKSI ( 5 MINIT)

• Guru menunjukkan gambar pelajar

cemerlang kepada murid-murid.

• Murid diminta untuk memberi

pendapat mengenai gambar yang

dilihat.

• Guru mengaitkan jawapan murid

dengan tajuk pembelajaran pada hari

ini.

BBM :

Powerpoint

LANGKAH 1 (15 MINIT)

• Murid menonton Video “Jika Kau

Yakin Kau Boleh” dalam pasangan

yang ditentukan oleh guru.

• Guru meminta murid untuk mencatat

isi yang diperolehi melalui video yang

dilihat.

• Murid dikehendaki berbincang

bersama pasangan masing-masing

dan guru memanggil seorang wakil

ke hadapan untuk menerangkan

berkaitan video yang dilihat dan isi

perbincangan yang dibuat.

• Guru meminta murid untuk

menyenaraikan langkah-langkah

untuk cemerlang dalam hidup di

papan putih.

• Guru menayangkan isi utama

langkah untuk cemerlang.

• Guru memberi lembaran kerja.

TKP : Visual ruang,

Lingusitik

Teknik :

Perbincangan

Kemahiran Berfikir :

Mencatat nota

BBM:

LCD dan Laptop

Nilai :

Kerjasama

Berani

Page 4: 2.rancangan pengajaran dan pembelajaran harian psk

• Guru dan murid berbincang jawapan

yang betul.LANGKAH 2 ( 20 MINIT)

• Guru membentuk murid kepada 4

kumpulan

• Guru memberi petikan yang

berkaitan kepentingan

kecemerlangan dalam

akademik,sahsiah,ibadah (rohani)

dan fizikal(jasmani) serta maksudnya

kepada pelajar.

• Semua pelajar dikehendaki

membaca petikan tersebut secara

mekanis.

• Guru menerangkan isi yang terdapat

dalam teks.

• Guru mengedarkan kad puzzle

kepada setiap kumpulan.

• Tugasan hendaklah dibuat dalam

bentuk peta minda.

• KUMPULAN 1

Cara dan usaha untuk cemerlang

dalam akademik.

• KUMPULAN 2

Cara dan usaha untuk cemerlang

dalam sahsiah.

• KUMPULAN 3

Cara dan usaha untuk cemerlang

dalam ibadah (rohani).

• KUMPULAN 4

Cara dan usaha untuk cemerlang

dalam bentuk jasmani (fizikal).

TKP :

Intrapersonal

Interpersonal

Visual ruang

KBKK:

Meneroka idea

Alat KBBK :

Peta minda

Pembelajaran Koperatif

dan Kolaboratif :

“Rotating Review”

BBM :

Kad Arahan

Maker pen

Kad puzzle

Page 5: 2.rancangan pengajaran dan pembelajaran harian psk

• Hasil kerja kumpulan di pamerkan

dihadapan kelas.

• Wakil kumpulan dikehendaki

menerangkan hasil tugasan

kumpulan.

LANGKAH 3 (15 MINIT)

• Guru mimilih seorang murid untuk

memberi pandangan tentang ciri-ciri

pelajar cemerlang.

• Murid dikehendaki menyampaikan

maklumat tersebut secara tersusun

kepada murid lain dengan struktur

ayat yang betul dan bahasa yang

mudah.

• Guru membacakan ciri-ciri pelajar

cemerlang kepada murid.

• Murid diberi teka silang kata dalam

kumpulan masing-masing. Murid

diminta untuk mencari maklumat

tentang ciri-ciri pelajar cemerlang

dalam teka silang kata tersebut.

• Kumpulan yang pertama siap aakan

kehadapan untuk menampal teka

silang kata tersebut.

• Kumpulan yang pertama ke depan

akan di beri ganjaran.

TKP :

Visual ruang

BBM :

Silang kata

Page 6: 2.rancangan pengajaran dan pembelajaran harian psk

PENUTUP (5 MINIT)

• Guru bertanya apakah yang telah

anda belajar sebentar tadi.

• Murid memberi pelbagai jawapan.

• Guru meminta murid menyanyikan

semula lagu “Jika Kau Fikir Kau

Boleh” berdasarkan petikan lagu

yang diberikan.

• Guru membuat rumusan terhadap

pembelajaran pada hari ini.

Kemahiran Berfikir :

Merumus

Nilai :

Berani

Page 7: 2.rancangan pengajaran dan pembelajaran harian psk
Page 8: 2.rancangan pengajaran dan pembelajaran harian psk

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

PELAJAR CEMERLANG UPSR 2010

Page 9: 2.rancangan pengajaran dan pembelajaran harian psk

PELAJAR CEMERLANG UPSR 2009

Page 10: 2.rancangan pengajaran dan pembelajaran harian psk

PELAJAR CEMERLANG SK SAB 1

Page 11: 2.rancangan pengajaran dan pembelajaran harian psk

IBU BAPA GEMBIRA ANAK CEMERLANG

Page 12: 2.rancangan pengajaran dan pembelajaran harian psk

Fikirkan Boleh!!!!

Jika kau fikirkan kau boleh

Kau hampir boleh melakukan

Jika kau fikirkan ragu-ragu

Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan

Kau hampiri kegagalan

Jika kau fikirkan kemenangan

Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan

Terkandung dalam pemikiran

Kau fikir boleh melakukan

Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan

Tabah apa kau usahakan

Bertindak atas kemampuan

Engkau boleh….

Page 13: 2.rancangan pengajaran dan pembelajaran harian psk

Cara dan usaha untuk

cemerlang dalam

akademik

Page 14: 2.rancangan pengajaran dan pembelajaran harian psk

Cara dan usaha untuk

cemerlang dalam

sahsiah

Page 15: 2.rancangan pengajaran dan pembelajaran harian psk

Cara dan usaha untuk

cemerlang dalam

ibadah (rohani)

Page 16: 2.rancangan pengajaran dan pembelajaran harian psk

Cara dan usaha untuk

cemerlang dalam jasmani (fizikal)

Page 17: 2.rancangan pengajaran dan pembelajaran harian psk

MAKSUD AKADEMIK

Akademik berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Kepentingan kecemerlangan dalam

akademik ialah ;

i. Kita dapat memperolehi ilmu pengetahuan dengan sebaik-baiknya daripada

guru.

ii. Kita dapat menjadi seorang yang berjaya contoh bekerja sebagai doktor dan

peguam.

iii. Kita dapat memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan

membuatkan keluarga gembira.

MAKSUD SAHSIAH9

Sahsiah berkaitan dengan perwatakan dan budi perkerti seseorang. Kepentingan

cemerlang dalam sahsiah ialah :

i. Kita dapat membentuk perangai dan watak yang baik.

ii. Kita akan dipandang mulia oleh masyarakat.

iii. Kita akan mempunyai ramai kawan.

MAKSUD IBADAH (ROHANI)

Ibadah berkaitan dengan perasaan tunduk dan patuh kepada Allah dan perasaan

yang merasakan kebesaran Allah sebagai tempat pengabdian diri contohnya solat

lima waktu sehari semalam. Kepentingan cemerlang dalam bentuk ibadah ialah :

i. Kita akan mendapat pahala dari Allah S.A.W.

ii. Kita akan lebih banyak melakukan kerja-kerja amal.

iii. Kita akan rasa bahagia.

Page 18: 2.rancangan pengajaran dan pembelajaran harian psk

MAKSUD FIZIKAL (JASMANI)

Fizikal berkaitan dengan tubuh badan. Penekanan diberikan kepada aktiviti yang

membina kekuatan jasmani/ fizikal serta sistem organik seseorang individu seperti

sistem pencernaan, sistem pengedaran darah, dan sistem-sistem lain.Kepentingan

cemerlang dalam bentuk fizikal ialah:

i. Kita akan sentiasa lebih bertenaga.

ii. Kita dapat mengelakkan daripada selalu letih dan penat.

iii. Kita dapat melakukan kerja dengan lebih cekap.

Page 19: 2.rancangan pengajaran dan pembelajaran harian psk

Perlu berusahatanpa berputus asa untuk

memperoleh pengatahuan yangberlandaskan kebenaran.

‘Bha g a va d G ita ’

Page 20: 2.rancangan pengajaran dan pembelajaran harian psk

Kemuncak ilmu adalah mengetahui apakah erti sebenar ketaatan dan

erti sebenar ibadat.

‘Im a m Al – G ha z a li’

Page 21: 2.rancangan pengajaran dan pembelajaran harian psk

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka meminta

dan menerima nasihat.

‘Sa y id ina Um a r a l-Kha ta b ’

Page 22: 2.rancangan pengajaran dan pembelajaran harian psk

Sifat yang wajar dimil iki oleh orang yang berj iwa besar ialah rendah

hati,menghormati orang,

lemah lembut dan adil.

‘Co nfuc ius ’

Page 23: 2.rancangan pengajaran dan pembelajaran harian psk

BIBLIOGRAFI

Ee Ah Meng. ( 1987). Pedagogi Untuk Bakal Guru, Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Ee Ah Meng. ( 1989 ). Pedagogi Satu Pengenalan, Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Kamarudin Hj.Husin & Kamarul Azhar (1994). Asas Pendidikan III (Perkembangan

& Perlaksanaan Kurikulum). Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn.Bhd.

Mok Soon Sang & Lee Shok Mee ( 1986 ), Kurikulum Baru Sekolah Rendah Tahap

1. Subang Jaya : Percetakan Sentosa Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2004). Pengantar Pendidikan TERAS. Subang Jaya : Percetakan

Sentosa Sdn. Bhd.

Prof. Dr.Ansary Ahmad, Prof.Dr. Mansor Fadzil & Dr. John Arul Philips

(2007).HBEF 1103 Sosiologi dan Falsafah Pendidikan Malaysia . Kuala

Lumpur : Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Page 24: 2.rancangan pengajaran dan pembelajaran harian psk

Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad & Mazlan Zulkifli (2006). LANH1303

Pengajian Malaysia . Kuala Lumpur : Meteor Doc. Sdn.Bhd.