2e-kesignifikanan subjek

9
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008 1  Kesignifikanan Subjek Pemikiran Kritis ke Arah Pembangunan Modal Insan: Satu Kajian Awal di Sebuah IPTS Sharliana Che Ani a , Sofia Elias b , Rusniyati Mahiyaddin c  a [email protected], b [email protected], c [email protected] Abstrak Menyedari modal insan ( human capital) adalah elemen terpenting di era globalisasi yang berlandaskan pengetahuan, kepakaran, kemajuan, daya saing yang tinggi, berintegriti, kekuatan moral tinggi, budaya kerja cemerlang dan sebagainya, kerajaan telah meletakkan modal insan sebagai teras kedua terpenting dalam Misi Nasional 2006-2020. Sehubungan dengan matlamat kerajaan ini, kemampuan berfikir secara kritis adalah sangat perlu dalam usaha melahirkan insan yang dapat bersaing bukan sahaja di peringkat lokal malahan juga di peringkat antarabangsa. Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal untuk menjalankan proses pemikiran di mana seseorang yang mempunyai kemahiran ini sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat atau idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya. Justeru, saluran pendidikan dilihat menjadi satu platform yang dapat menjana kemampuan berfikir dalam kalangan masyarakat. Pembelajaran subjek pemikiran kritis ini dilihat begitu penting peranannya ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti. Oleh yang demikian, pembelajaran subjek pemikiran kritis ini sewajarnya dijadikan sebagai subjek wajib dan bukannya subjek elektif kepada pelajar khusu snya di peringkat institusi pengajian tinggi dan amnya di peringkat menengah. Menyedari hakikat inilah, kajian akan cuba menyingkap signifikasi subjek pemikiran kritis dalam pembentukan modal insan cemerlang di peringkat institusi pengajian tinggi swasta.  Kata kunci: Pemikiran, kritis, sumber manusia, modal insan 1. Pengenalan Harta paling berharga kepada sesebuah negara adalah warganya sendiri. Kualiti rakyat sesebuah negara disifatkan modal insan yang perlu ditagih buat memacu kegemilangan bukan sahaja di Malaysia bahkan juga di arena antarabangsa. Pelajar adalah aset yang paling berharga dan modal insan inilah yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Pembangunan modal insan adalah penentu bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti negara khususnya untuk melahirkan tenaga terlatih dan berdaya saing, sepadan dan mencukupi keperluan negara di masa hadapan. Ini selaras sebagaimana penegasan yang dilakukan oleh Perdana Menteri: Cabaran pembinaan modal insan sebenarnya terletak sebahagian besarnya di bahu para pendidik. Ini kerana pendidikan adalah medium penting dalam mengembangkan potensi, bakat dan kualiti seseorang pelajar. Di samping itu, pendidikan juga penting dalam menyediakan negara dengan modal insan berkualiti yang memiliki sahsiah, berkemahiran tinggi serta mampu berfikir secara kreatif dan kritis khususnya untuk mengisi ruang pemode nan menuju ke arah pencapaian matlamat Wawasan 2020 (Ruzain Syukur Mansor, 2008). Selaras dengan itu, kejayaan menghasilkan modal insan berkualiti adalah sangat bergantung kepada peranan para pendidik.Di antara tugas utama warga pendidik ialah meningkatkan keupayaan, minat dan bakat pelajar dalam menguasai ilmu pengetahuan. Paling penting galakan ke arah keupayaan untuk berfikir secara kritis sebagai penyumbang ke arah pembangunan modal insan. 2. Definisi Istilah 2.1 Istilah Pemikiran Kritis Komitmen untuk menggalakkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif telah menjadi satu agenda utama pendidikan di Malaysia. Para pendidik bersetuju bahawa kemahiran berfikir kritis dan kreatif dapat dipertingkatkan dikalangan pelajar Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan…kerajaan dan rakyat harus bersama-sama mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan  penuh komitmen…Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana  persaingan antarabangsa yang kian meningkat. YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (Perutusan Hari Pekerja, 1 Mei 2006) 

Upload: ahli-sarjana

Post on 07-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

8/3/2019 2E-Kesignifikanan Subjek

http://slidepdf.com/reader/full/2e-kesignifikanan-subjek 1/9

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

1

 

Kesignifikanan Subjek Pemikiran Kritis ke Arah Pembangunan Modal

Insan: Satu Kajian Awal di Sebuah IPTS

Sharliana Che Ania, Sofia Eliasb, Rusniyati Mahiyaddinc 

[email protected],

[email protected],

[email protected]

Abstrak

Menyedari modal insan (human capital) adalah elemen terpenting di era globalisasi yang berlandaskan

pengetahuan, kepakaran, kemajuan, daya saing yang tinggi, berintegriti, kekuatan moral tinggi, budaya kerja

cemerlang dan sebagainya, kerajaan telah meletakkan modal insan sebagai teras kedua terpenting dalam Misi

Nasional 2006-2020. Sehubungan dengan matlamat kerajaan ini, kemampuan berfikir secara kritis adalah sangat

perlu dalam usaha melahirkan insan yang dapat bersaing bukan sahaja di peringkat lokal malahan juga di

peringkat antarabangsa. Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal untuk menjalankan proses

pemikiran di mana seseorang yang mempunyai kemahiran ini sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat

atau idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan

sewajarnya. Justeru, saluran pendidikan dilihat menjadi satu platform yang dapat menjana kemampuan berfikirdalam kalangan masyarakat. Pembelajaran subjek pemikiran kritis ini dilihat begitu penting peranannya ke arah

pembentukan modal insan yang berkualiti. Oleh yang demikian, pembelajaran subjek pemikiran kritis ini

sewajarnya dijadikan sebagai subjek wajib dan bukannya subjek elektif kepada pelajar khususnya di peringkat

institusi pengajian tinggi dan amnya di peringkat menengah. Menyedari hakikat inilah, kajian akan cuba

menyingkap signifikasi subjek pemikiran kritis dalam pembentukan modal insan cemerlang di peringkat institusi

pengajian tinggi swasta.

 Kata kunci: Pemikiran, kritis, sumber manusia, modal insan

1. Pengenalan

Harta paling berharga kepada sesebuah negara

adalah warganya sendiri. Kualiti rakyat sesebuahnegara disifatkan modal insan yang perlu ditagih

buat memacu kegemilangan bukan sahaja di

Malaysia bahkan juga di arena antarabangsa. Pelajar

adalah aset yang paling berharga dan modal insan

inilah yang boleh disuntik nilai tambahnya,

ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal

budayanya. Pembangunan modal insan adalah

penentu bagi meningkatkan daya saing dan

produktiviti negara khususnya untuk melahirkan

tenaga terlatih dan berdaya saing, sepadan dan

mencukupi keperluan negara di masa hadapan. Ini

selaras sebagaimana penegasan yang dilakukan oleh

Perdana Menteri:

Cabaran pembinaan modal insan sebenarnya

terletak sebahagian besarnya di bahu para pendidik.

Ini kerana pendidikan adalah medium penting dalam

mengembangkan potensi, bakat dan kualiti seseorang

pelajar. Di samping itu, pendidikan juga pentingdalam menyediakan negara dengan modal insan

berkualiti yang memiliki sahsiah, berkemahiran

tinggi serta mampu berfikir secara kreatif dan kritis

khususnya untuk mengisi ruang pemodenan menuju

ke arah pencapaian matlamat Wawasan 2020

(Ruzain Syukur Mansor, 2008).

Selaras dengan itu, kejayaan menghasilkan modal

insan berkualiti adalah sangat bergantung kepada

peranan para pendidik.Di antara tugas utama warga

pendidik ialah meningkatkan keupayaan, minat dan

bakat pelajar dalam menguasai ilmu pengetahuan.

Paling penting galakan ke arah keupayaan untuk 

berfikir secara kritis sebagai penyumbang ke arah

pembangunan modal insan.

2. Definisi Istilah

2.1 Istilah Pemikiran Kritis

Komitmen untuk menggalakkan kemahiran

berfikir kritis dan kreatif telah menjadi satu agenda

utama pendidikan di Malaysia. Para pendidik 

bersetuju bahawa kemahiran berfikir kritis dan

kreatif dapat dipertingkatkan dikalangan pelajar

Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan…kerajaan dan rakyat harus bersama-sama mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan  penuh komitmen…Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana  persaingan antarabangsa yang kian meningkat.

YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (Perutusan Hari Pekerja, 1 Mei 2006) 

8/3/2019 2E-Kesignifikanan Subjek

http://slidepdf.com/reader/full/2e-kesignifikanan-subjek 2/9

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

2

melalui proses pengajaran secara eksplisit yang

menggunakan situasi harian sebagai konteks

pembelajaran (Ristow, 1988). Pelajar dikatakan

berkeupayaan mempelajari kemahiran berfikir jika

kurikulum menegaskan dan memberikan tumpuan

cara bagaimana ianya boleh dilakukan (Presseisen,

1986). Justeru pelbagai strategi pengajaran dan

pembelajaran telah direkabentuk untuk membantuperkembangan kemahiran berfikir kritis dan kreatif 

(Costa, 1988).

Pemikiran ialah satu proses menggunakan

minda untuk mencari makna dan pemahaman

terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan

idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang

wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan

masalah dan seterusnya membuat refleksi dan

metakognisi terhadap proses yang dialami.

Istilah kritikal pula berasal daripada perkataan

Greek iaitu “kritiko” yang bermaksud “judge” atau

menghakimi. Dalam tradisi orang-orang Greek dan

Yunani, ia melahirkan pemikir-pemikir yang amat

kritikal terhadap sesuatu subjek dan mereka ini

akhirnya menjadi ahli falsafah yang terkemuka.

Secara spesifiknya, pemikiran secara kritis ialah

kecekapan dan keupayaan menggunakan minda

untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran

sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan

sesuatu hujah dan seterusnya membuat

pertimbangan yang wajar dengan menggunakan

alasan dan bukti. Antara contoh kemahiran berfikir

secara kritis adalah keupayaan untuk membanding

dan membeza, membuat klasifikasi, meneliti

bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan,

menerangkan sebab, membuat sekuen/turutan,

menentukan sumber yang dipercayai, membuat

ramalan, mengusul periksa andaian dan membuat

inferens.

Sidek Baba (2006) menyatakan bahawa berfikir

secara kritikal berupaya membimbing pemikir ke

arah kebenaran. Puncak kepada berfikir

menemukan manusia dengan kebenaran. Proses

berfikir kritikal membolehkan seseorang

membezakan yang benar dengan yang salah, yang

buruk dengan yang baik, yang bermanfaat dan

bermusibat, yang memberi faedah atau

mendatangkan padah dan sebagainya. Para pelajar

adalah kelompok yang terbaik untuk dilatih berfikir

secara kritis. Apalagi untuk melahirkan modal insan

yang berkualiti, kemahiran berfikir secara kritikal

adalah sangat dituntut. Ini kerana merekalah yang

bakal memegang teraju kepimpinan dan pengurusanilmu, sistem dan negara pada masa depan. Di sini,

istilah ‘pemikiran kritis’ adalah gabungan antara

dua perkataan iaitu pemikiran dan kritis.

Michael Scriven, mendefinisikan pemikiran

kritis sebagai “Critical thinking is skilled an active

interpretation and evaluation of observations and 

communications, information and argumentation

(Alec Fisher, 2002). Bassham (2002), pemikiran

kritis adalah satu bidang yang meliputi pelbagai

kemahiran kognitif dan intelektual yang diperlukan

bagi mengenalpasti, menganalisis dan menilai

hujah dan kesahan sesuatu idea dengan berkesan.

Dalam pada itu, menurut Faridah Che Husain &

Tengku Sarina Aini (2008), kepentingan pemikiran

kritis turut mendapat liputan dalam kalangan

sarjana tempatan seperti Ainon Mohd. Dan

Abdullah Hassan (2005), yang menjelaskan bahawa

berfikir secara kritis sangat penting dalam usahamengenalpasti kesilapan, kelemahan, kekurangan

dan kesalahan pada cara berfikir yang digunakan

pada apa-apa idea atau cadangan. Mohd. Michael

Abdullah (1995) pula mendefinisikan pemikiran

kritis sebagai penggunaan operasi berfikir yang

asas untuk menganalisis.

Secara kesimpulannya, pemikiran kritis

menjurus kepada kebolehan pelajar untuk 

menganalisis perkara yang memerlukan

pengalaman dan pengetahuan yang luas dan dalam.

Kemahiran berfikir secara kritis akan membolehkan

seseorang individu itu untuk berfikir secara teliti

dan membuat pengamatan yang tajam, bersifat

terbuka serta cekap dalam menganalisis dan

menyimpul rumusan (Mohd. Azhar Abdul Hamid,

2007).

2.2 Istilah Modal Insan ( Human Capital)

Menurut Mohd. Safaai Said (2006), istilah modal

insan (human capital) sering dikaitkan dengan

kebolehan dan kemahiran manusia. Modal insan

 juga pernah dirujuk sebagai buruh (labour) atau

sumber manusia iaitu salah satu daripada faktor-

faktor pengeluaran yang terdiri daripada manusia

(buruh), mesin dan modal. Konsep modal adalah

luas dan ia meliputi ‘aset ketara’ (tangible asset) 

milik individu seperti akaun bank, saham syarikat

dan kilang dianggap sebagai aset kerana berupaya

menghasilkan pendapatan dan keluaran pada jangka

masa panjang. Modal juga boleh berbentuk ‘aset

tidak ketara’ (intangible asset). Contohnya

pendidikan formal, kursus-kursus kemahiran,

perbelanjaan penjagaan kesihatan atau ceramah

kepentingan masa juga dianggap sebagai modal

kerana berkemampuan menjana pendapatan,

meningkatkan kesihatan dan memperbaiki

kelakuan/tabiat seseorang.

Dalam masa yang sama, konsep modal insan

 juga melibatkan pelaburan terhadap sumber

manusia. Dalam hubungan ini, aspek pendidikan

dan latihan merupakan satu bentuk pelaburan yang

amat penting serta dianggap sebagai elemen dalammodal insan kerana fitrah manusia tidak boleh

dipisahkan daripada pengetahuan, kemahiran,

kesihatan dan nilai-nilai yang mereka miliki.

3. Kepentingan Modal Insan

Pembangunan sumber manusia adalah satu proses

penting dalam usaha meningkatkan lagi modal

manusia dalam sesebuah negara. Menurut Rahmah

Ismail (1996), pembangunan sumber manusia

8/3/2019 2E-Kesignifikanan Subjek

http://slidepdf.com/reader/full/2e-kesignifikanan-subjek 3/9

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

3

sangat signifikan kerana manusia dirujuk sebagai

modal yang dapat menggerakkan pertumbuhan

ekonomi. Telah diakui bahawa penghalang utama

perjalanan dan pelaksanaan projek pembangunan

sumber manusia merupakan input yang sangat

penting dari segi pertumbuhan dan pembangunan

ekonomi sesebuah negara. Sumber ini juga begitu

signifikan sebagai penggerak kepada input laindalam proses pengeluaran dan tanpa kewujudan

sumber manusia, maka input-input lain seperti

modal fizikal dan bahan mentah tidak dapat

digemblengkan dengan sempurna (Rahmah Ismail,

1996).

Terdapat banyak bukti yang menunjukkan

kepentingan modal manusia dari segi pertumbuhan

dan pembangunan ekonomi. Becker (1962,1964),

menyatakan bahawa daya pengeluaran buruh

mempunyai perhubungan yang positif dengan taraf 

pendidikan dan latihan. Ini jelas menunjukkan

bahawa semakin tinggi taraf pendidikan dan latihan

yang dimiliki oleh seseorang, maka semakin

produktif individu berkenaan.

Modal insan adalah antara agenda yang diberi

penekanan oleh kerajaan dalam Rancangan

Malaysia Kesembilan (RMK-9). Dalam konteks

yang lebih luas, modal insan berupaya mencorak 

hala tuju negara ke arah wawasan yang disasarkan.

Pembangunan modal insan akan terus menjadi

antara agenda utama program pembangunan negara

pada masa akan datang selaras usaha membentuk 

individu berketrampilan, berkualiti dan

berkeupayaan untuk berfikir secara kritis selaras

dengan 9 ciri utama modal insan sebagaimana yang

dipaparkan dalam rajah di bawah.

Rajah 1: Ciri-ciri Modal Insan

Dengan memperkukuhkan modal insan itu

sendiri, ia akan menggalakkan peningkatan

produktiviti negara, sekali gus akan menjana pendapatan lebih baik di samping mewujudkan

peluang pekerjaan. Bagi negara yang mana aset

materialnya rendah seperti Korea Selatan dan

Jepun, mereka berjaya membuktikan bahawa

pembangunan modal insan dapat membantu

memajukan diri dan negara setanding negara maju

lain. Kejayaan yang dicapai kedua-dua negara itu

sering dijadikan model oleh negara lain, termasuk 

pesaing dalam menangani aspek nilai dan jati diri

sebagai pemacu kepada pertumbuhan negara.

Dengan nilai modal insan yang tinggi, rakyat Jepun

dan Korea Selatan berjaya membuka mata duniaterhadap kemajuan yang dicapai. Rakyatnya

mempunyai kesetiaan tinggi bukan saja terhadap

negara, malah pekerjaan. Grilliches (1978)

menyatakan bahawa pendidikan mempunyai

perhubungan yang positif dengan tingkat keluaran

negara dan pertumbuhan ekonomi. Selain itu,

pulangan pelaburan modal manusia dilihat lebih

tinggi bagi negara membangun jika dibandingkan

dengan negara maju (Psacharopoulos, 1981). Dalam usaha untuk melahirkan masyarakat

Malaysia yang berilmu, berkemahiran dan memiliki

integriti yang tinggi maka ditekankan di sini

bahawa peranan pembangunan bermodalkan

manusia dan pembangunan sosial perlulahdiseimbangkan dengan pembangunan fizikal.

Dalam masa yang sama, modal insan juga dilihat

mampu meningkatkan mobiliti masyarakat dalam

membentuk anjakan paradigma ke arah mencapai

masyarakat yang cemerlang. Justeru, pemahaman

mengenai kepentingan modal insan perlu diberi

penekanan dalam kalangan rakyat supaya mereka

memahaminya dan memastikan apa yang dirancang

dapat dilaksanakan serta mencapai matlamat.

Modal manusia juga dikatakan berupaya untuk 

meningkatkan mobiliti pekerja. Ini bermakna

bahawa seseorang pekerja yang berpendidikan lebih

tinggi lebih senang untuk bertukar kerja mengikut

peluang pekerjaan yang ada. Keadaan ini amatsignifikan bagi menyeimbangkan pasaran buruh

yang kekosongan pekerjaan dapat diisi dengan

mudah oleh pekerja. Ia juga secara tidak langsung

boleh mengurangkan kadar pengangguran dalam

sesebuah negara (Rahmah Ismail, 1996).

Dalam pada itu, pembangunan berteraskan

modal insan juga dilihat begitu signifikan

khususnya sebagai pemacu kepada pembangunan

dan kemajuan negara dalam menuju Wawasan

2020. Ini jelas sebagaimana yang digariskan dalam

RMK-9 mencakupi aspek-aspek berikut (Amini

Amir, 2006):

1.  Keperluan kepada modal insan berkualiti

2.  Pendekatan holistik dalam pembangunan

modal insan

3.  Strategi melahirkan modal insan kelas pertama

4.  Perkaitan Misi Nasional, Wawasan 2020

dengan modal insan

5.  Keselarian pembangunan modal insan dengan

pendekatan Islam Hadhari

6.  Modal insan dan aktiviti kebudayaan

7.  Modal insan dan peranan golongan wanita

8.  Modal insan dan perundangan

Bersaingdan memapumenghadapi

cabaran

Aspirasinegara dankerajaan,kepuasan

pelanggan

Soft skills,komunikasi,

bahasa

Ikhlas, jujur,Amanah dan

akauntabilit

Pengurangankos

dankhidmat

bakti

Menyelesai

Masalah,

pengurusan,

strategimodal

insan

BERFIKIRDAN

REALISASI

Kesukarelaan,

keusahawanan

danberdikari

Inovasi,kreatif,

kualiti danpeningkatan

produktiviti

MODAL

INSAN 

8/3/2019 2E-Kesignifikanan Subjek

http://slidepdf.com/reader/full/2e-kesignifikanan-subjek 4/9

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

4

9.  Modal insan dan pendidikan

10.  Modal insan dan integriti

4. Kesignifikan Subjek Pemikiran Kritis

Kepada Pelajar Secara Umum

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawasubjek pemikiran kritis ini sangat signifikan kepada

pelajar. Keupayaan untuk berfikir secara kritis

adalah sangat perlu dan menjadi benteng utama

dalam menggalakkan pelajar untuk berfikir,

kesediaan diri untuk dikritik dan mengkritik.

Pengajaran subjek ini di peringkat institusi

pengajian tinggi adalah wajar memandangkan ia

berupaya memandu pelajar untuk berfikir secara

teliti, analitikal dan berupaya memberikan hujah-

hujah yang baik dan bernas apabila fakta itu

didapati tidak benar atau diolah dangkal atau tidak 

berasaskan maklumat yang sahih dan jitu (Sidek 

Baba, 2006). Dalam pada itu, penguasaan terhadap

pemikiran secara kritis ini juga penting khususnya

untuk membentuk warganegara yang tahu dan

mampu menggunakan pemikiran mereka dalam

menghadapi plebagai cabaran, tekanan dan

perubahan (Poh Swee Hiang, 1999).

Kemahiran berfikir secara kritis juga turut

menekankan aspek kecekapan dan keupayaan

menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan

dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan

dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat

pertimbangan yang wajar dalam usaha

menyelesaikan masalah dengan menggunakan

alasan dan bukti yang sewajarnya.

5. Perkaitan Antara Silibus Subjek Pemikiran

Kritis dan Pembangunan Modal Insan

Pendidikan tinggi di negara ini juga turut

diiktiraf sebagai penjana kepada pembangunan

ekonomi dan sosial negara. Ini sejajar dengan

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang

dibentangkan oleh Perdana Menteri bahawa

pembangunan modal insan dan anjakan minda dan

pemikiran masyarakat merupakan satu cabaran

terbesar. Apakah tahap intelektual di Malaysia

semakin baik dan kian subur? Apakah minda rakyatMalaysia disegarkan dengan idea, gagasan dan

wawasan yang mantap? Apakah daya fikir siswazah

menampakkan peningkatan dari segi dinamisme,

keberanian bersuara serta kecekalan mendokong

idealism. Kesemua persoalan asas ini

memperlihatkan bahawa keupayaan berfikir secara

kritis dan kreatif geran kepada pembentukan modal

insan yang gemilang.

Kualiti modal insan tidak akan diperolehi

sekiranya ukuran ilmu hanya berasaskan jenis sijil

dan tahap kelayakan akademik. Oleh itu, subjek 

pemikiran kritis yang diajar kepada pelajar

memberikan impak apabila mereka keluar daripada

mana-mana institusi pendidikan. Kepentingan

matapelajaran ini diakui oleh banyak pihak.

Menurut Lisa Tsui (2003), keupayaan untuk 

berfikir secara kritikal adalah amat penting

terutama kepada mereka yang berpendidikan tinggi,berpendapatan tinggi dah mempunyai jawatan

tinggi. Justeru itu, pelajar yang keluar ini akan

menjawat jawatan di dalam sektor kerajaan

mahupun swasta. Keadaan ini menunjukkan

bahawa elemen pemikiran kritis ini akan

digunapakai dalam kehidupan harian dan juga

pekerjaan mereka.

Melihat kepada kandungan subjek Pemikiran

Kritis, topik-topik yang dibincangkan amat

bermanfaat kepada pelajar dan juga profesional.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

terdapat tujuh topik yang diajar. Topik-topiknya

iaitu:

Modul Sub Topik 

1. Introduction to

Critical Thinking

1.1 What is Thinking?

1.2 Types of Thinking

1.3 What is Critical

Thinking?

1.4 Critical Thinking

Standards

1.5 Benefits of Critical

Thinking

1.6 Barriers to Critical

Thinking

1.7 Characteristics of a

Critical Thinker 

3. Arguments

2.1 Questioning

2.2 Concepts & Mind maps

2.3 CoRT 

3. Arguments

3.1 Distinguishing Fact 

and Opinion

3.2 What is an Argument?

3.3 Identifying Premises

and Conclusions

3. Arguments

3.4 Deduction and 

 Induction

3.5 Analyzing Arguments

4. Fallacies3.6 Evaluating Arguments

3.7 Writing Arguments

4.1 Fallacies of Relevance

4.2 Fallacies of Insufficient 

 Evidence

5. Language

5.1 Thought & Language

5.2 Purpose of Language

5.3 Persuasion and 

Propaganda

8/3/2019 2E-Kesignifikanan Subjek

http://slidepdf.com/reader/full/2e-kesignifikanan-subjek 5/9

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

5

6. Decision Making

6.1 Why is Skillful

 Decision-Making

 Necessary?

6.2 Decision Making Tools

7. Problem Solving

7.1 Introduction to

Problem Solving

7.2 Step 1: What Is theProblem?

7.3 Step 2: What Are the

 Alternatives?

7.4 Step 3: What Are the

 Advantages and/or 

 Disadvantages of Each

 Alternative?

Secara umumnya jika dilihat pelajar akan

mendapat pendedahan berkaitan elemen yang boleh

digunakan dalam berfikir melalui matapelajaran ini.

Ia merupakan satu proses intelektual yang

melibatkan pembentukan konsep (conceptualizing),

aplikasi, analisis, sintaksis, dan menilai informasi

yang terkumpul atau dihasilkan melalui

pengamatan, pengalaman, pentaakulan, atau

komunikasi. Sebagai contoh perbincangan

dilakukan berkaitan pembinaan soalan,

pembentukan konsep, peta minda dan CoRT

(Cognitive, Reasearch, Trust ). Pelajar akan lebih

mudah memahami dan membuat penilaian dan

tindakan terhadap sesuatu perkara yang berlaku.

Pengaplikasian berfikir secara kreatif dan kritis

 juga turut dimuatkan dalam proses pembelajaran

dan pengajaran melalui kertas kerja yang perlu

dilakukan oleh pelajar samada secara kumpulan

atau individu.

Keupayaan untuk berfikir secara kritikal adalahamat penting terutama kepada mereka yang

berpendidikan tinggi, berpendapatan tinggi dah

mempunyai jawatan tinggi (Lisa Tsui , 2003)

Justeru, pelajar yang keluar ini akan menjawat

 jawatan di dalam sektor kerajaan mahupun swasta.

Keadaan ini menunjukkan bahawa elemen

pemikiran kritis ini akan digunapakai dalam

kehidupan harian dan juga pekerjaan mereka.

Antara contoh subtopik yang terdapat dalam

subjek Pemikiran Kritis ialah kaedah penyoalan

(questioning). Pembelajaran berhubung dengan

penyoalan ini dilihat dapat membantu pelajar untuk 

berfikir secara mendalam dan meluas dengan

menggunakan pelbagai aras berpandukan kepada

Bloom Taxonomy. Melalui kaedah ini pelajar

didedahkan dengan pelbagai kemahiran untuk 

membentuk soalan dan menggunakannya secara

berkesan dalam situasi pembelajaran. Bloom adalah

orang yang bertanggungjawab dalam

memperkenalkan istilah aras pemikian atau ‘levels

of thought processes’.

Menurut Bloom pemikiran aras tinggi terdiri

daripada kemahiran untuk mengaplikasi,

menganalisis, sintesis dan menilai. Pemikiran aras

rendah pula merangkumi pengetahuan dan

interpretasi. Selain itu, Bloom turut menyatakan

bahawa pemikiran aras tinggi (higher order 

thinking skills) hanya boleh digemblengkan melalui

penggunaan soalan atau objektif pengajaran pada

tahap tinggi yang berupaya menggalakkan pelajar

untuk berfikir di luar skop pembelajaran (thinkingoutside the box). 

2.1 Questioning2.1 Questioning -- Bloom’s TaxonomyBloom’s Taxonomy

KnowledgeKnowledge

InterpretationInterpretation

 Appl ic at ion

 Anal ys is Analys is

SynthesisSynthesis

EvaluationEvaluation

Lower-level

Thinking

Higher-Level

Thinking

 

Rajah 2: Kaedah Penyoalan berdasarkan Bloom

Taxanomy

Dalam masa yang sama, pembelajaran subjek 

Pemikiran Kritis turut mendedahkan pelajar dengan

kemahiran membuat keputusan (decision making).

Terdapat 8 mekanisme utama yang ditekankan di

bawah kemahiran membuat keputusan iaitu:

1.  CoRT 

2.  SWOT Analysis

3.  Six Thinking Hats

4.   Decision Matrix

5.  Force Field Analysis

6.   Ishikawa Diagram

7.   Mind Mapping

8.  Socratic Questioning

8/3/2019 2E-Kesignifikanan Subjek

http://slidepdf.com/reader/full/2e-kesignifikanan-subjek 6/9

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

6

T T hreats hreats O O  pportunities  pportunities 

W W eaknesses eaknesses S S trengths trengths 

 Rajah 3: Analisis SWOT Dalam Proses Membuat

Keputusan Strategik 

Antara salah satu cara untuk membuat

keputusan adalah melalui SWOT Analysis.

Pendekatan ini digunakan untuk mengenalpasti

masalah yang wujud secara lebih teliti dan jelas,

membolehkan penyelesaian dibuat dan

mengenalpasti faktor-faktor strategi yang berkaitan

dalam membuat keputusan. Analisis SWOT

merupakan soft approach dalam proses membuat

keputusan. Dalam pada itu, pendekatan ini

menekankan kepada pelajar kemahiran

menyelesaikan masalah melalui 4 proses utamaiaitu dengan mengenalpasti kekuatan (strengths),

kelemahan (weakness), peluang (opportunities) dan

 juga halangan-halangan (threats). Kemahiran untuk 

menganalisis ini jelas akan membantu pelajar untuk 

membuat keputusan yang lebih baik dengan

mengambilkira segala masalah yang dihadapi.

Sebagai contoh, analisis SWOT ini sangat sesuai

untuk diaplikasikan dalam bidang perniagaan

terutamanya dalam membentuk perancangan

strategik bagi jangka masa pendek dan panjang.

6 Thinking Hats6 Thinking Hats

CreativeCreativeCreative

PositivePositivePositive

ObjectiveObjectiveObjective

FeelingsFeelingsFeelings

NegativeNegativeNegative

ProcessProcessProcess

 

EDWARD D.BONO DIAGRAMEDWARD D.BONO DIAGRAM

Rajah 4: Teknik Penyelesaian Masalah Six

Thinking Hats 

Subjek Pemikiran Kritis juga turut memberi

penekanan kepada kemahiran menyelesaikan

masalah. Antara teknik menyelesaikan masalah

ialah Six Thinking Hats yang diperkenalkan oleh

Edward de Bono. Teknik ini berupaya membantu

pelajar untuk mengenalpasti masalah dan membuat

keputusan secara rasional melalui pelbagai

perspektif dan berfikir di luar daripada kebiasaan.

Teknik ini juga merangsang pemikiran seseorang

untuk membuat keputusan secara rasional. Di

samping itu juga teknik ini juga memberi peluang

kepada penghasilan keputusan yang lebih positif 

dan kreatif.

Dengan menggunakan teknik ini dalam proses

menyelesaikan masalah, maka seseorang itu dapat

mengenalpasti masalah dan seterusnya membuat

keputusan terbaik melalui penilaian terhadap enam

aspek yang telah dikenalpasti.

”The six thinking hats is a method for doing one

sort of thinking at a time.”- Edward De Bono

8/3/2019 2E-Kesignifikanan Subjek

http://slidepdf.com/reader/full/2e-kesignifikanan-subjek 7/9

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

7

Melalui teknik ini, pelajar boleh menyelesaikan

masalah menggunakan perspektif yang berbeza

(berdasarkan kepada warna topi). Sebagai contoh,

dalam usaha untuk merumus atau mencadangkan

sesuatu, pelajar boleh menggunakan gabungan

warna biru dan hijau dan bagi memperbaiki

keadaan yang sedia ada, maka warna hitam dan

hijau boleh diaplikasikan.

6. Keputusan Kajian Awal Terhadap

Penerimaan Pelajar yang Sedang Mengikuti

Subjek Pemikiran Kritis

Persoalan ditanya kepada semua pelajar yang

mengambil matapelajaran pemikiran kritis pada

semester ini. Soalannya ialah “Adakah anda

bersetuju bahawa subjek Pemikiran Kritis

menyumbang kepada pembangunan modal insan?”.

Pelajar memberikan jawapan bahawa mereka

bersetuju dengan hubungan ini. Antara jawapan

yang diberikan oleh pelajar ialah

“ I agree with it as it is because the relationship

between critical thinking and human capital has the

criteria on each and certain activities. As for 

example, critical thinking consists of not only

thinking critically but it is combined with

identifying effectively, analyzing and evaluate

argument, discovering and overcoming personal

 prejudice and biases, formulating and present the

convincing reasons in support of conclusion and 

making reasonable, intelligent decisions about 

what to believe and what to do. So….. from here,

human capital does consist of all the criteria in

critical thinking towards our future education.

Yes, I’m agree with the relationship between

critical thinking and human capital. It is

because…… human capital and critical thinking

both are related. Human capital without a critical

thinking characteristics, mostly can’t move forward 

in working industries in the future. So.. its not good 

 for our economy growth.

Yes, I do agree with the relationship between

human capital and critical thinking. With the

 performance of critical thinking skills, one can

enlarge his/her ability in a very wide range with the

capability of good thinking attaché with good 

 performance. Thus, he or she can be able in solvingany problem without any hesitation and this can

boost up their level of performance. It also can

venturing oneself to the working world will be a

complete new environment. As such, problems and 

difficulties will be norm to one’s life. With the

capability of such skills, an individual can improve

their competence of performance. It is not only

beneficial for the individual itself, yet for the

company and directly to the country.

Yes, I agree with that statement because a human

capital need a person to develop their competency

and a skill to enhance their life. To have a better 

 personal development life, they must think 

critically. They need to have a criteria to make a

decision that can be a reality. In this globalization

world, everyone need to compete each other to put 

their self in front of the successful people.Therefore, the ability of a person to make it reality,

they must be a critically think and be a wise

decision maker. So, I’m agree that the critical

thinking and human capital have positive

relationship.

Section Jumlah

Pelajar

Bersetuju Tidak

Bersetuju

Lain-Lain

1 30 22 0 8- Tidak 

Hadir

2 38 25 0 13 - Tidak Hadir

3 69 58 0 11- Tidak 

Hadir

4 41 35 0 6 – Tidak 

Hadir5 67 52 0 15 -Tidak 

Hadir

Rajah 5: Maklum Balas Pelajar Terhadap

Hubungan Subjek Pemikiran Kritis dan

Pembangunan Modal Insan

7. Keputusan Kajian Awal Terhadap Pelajar

yang Telah Mengikuti Subjek Pemikiran

Kritis

Selain daripada itu, sebanyak seratus soal selidik 

telah diedarkan kepada pelajar yang telah mengikuti

subjek Pemikiran Kritis bagi mendapatkan maklumbalas berkaitan kesan kursus yang diikuti terhadap

perkembangan pelajar. Namun hanya empat puluh

orang pelajar sahaja yang mengembalikan dan

memberi maklumbalas. Ini disebabkan kaedah

pengedaran soal selidik melalui e-mail.

Sebanyak 67.5 peratus pelajar bersetuju dan

12.5 peratus pelajar sangat bersetuju dengan soalan

bahawa subjek Pemikiran Kritis ini berjaya

meningkatkan minat pelajar untuk belajar bidang

ini dengan lebih mendalam. Hanya 5 peratus sahaja

yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini.

Manakala sebanyak 70 peratus bersetuju dan 15

peratus pelajar sangat setuju dengan soalan bahawa

kandungan silibus dalam subjek ini adalah sesuai.Bagi persoalan bahawa maklumat penting, konsep

dan nilai terkandung di dalam subjek ini, 67.5

peratus bersetuju dan 25 peratus sangat setuju.

Dapatan yang diperolehi jelas menunjukkan

bahawa silibus subjek Pemikiran Kritis ini

mengandungi elemen-elemen yang boleh

diaplikasikan oleh pelajar bukan sahaja dalam

subjek ini sendiri malahan ia juga bermanfaat

kepada semua subjek lain. Justeru, ia dapat

memupuk minat pelajar untuk lebih berfikir dalam

8/3/2019 2E-Kesignifikanan Subjek

http://slidepdf.com/reader/full/2e-kesignifikanan-subjek 8/9

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

8

menyelesaikan tugasan pelajar dengan

menggunakan tahap pemikiran yang efisyen.

Peratusan terhadap pelajar yang bersetuju

bahawa subjek ini berjaya membantu

perkembangan intelektual mereka adalah 95

peratus. Manakala hanya 2.5 peratus pula tidak 

bersetuju. Ini jelas menunjukkan subjek Pemikiran

Kritis berjaya menjadikan mereka seorang pelajaryang lebih matang dan berkualiti dari segi teoritikal

dan praktikal. Sejurus itu, ianya dapat

menyumbangkan kepada matlamat memperolehi

modal insan yang cemerlang.

Dapatan menunjukkan pelajar juga mengakui

bahawa mereka faham akan objektif matapelajaran

ini yang dijadikan sebagai subjek wajib kepada

semua pelajar. Ianya disokong dengan hasil soal

selidik pelajar yang bersetuju 60 peratus manakala

17.5 peratus tidak setuju. Malah mereka juga

mempersetujui sekiranya subjek ini dijadikan

subjek yang perlu diambil oleh setiap pelajar pada

setiap semester di mana pelajar mengikuti subjek 

ini berdasarkan tahap-tahap tertentu seperti tahap

asas, tahap pertengahan dan tahap tinggi. Dapatan

soal selidik menunjukkan 40 peratus pelajar yang

bersetuju manakala 12.5 peratus tidak setuju.

Secara keseluruhannya, majoriti pelajar bersetuju

dengan subjek Pemikiran Kritis yang banyak 

menyumbang ke arah melahirkan modal insan yang

berkualiti sepertimana yang digarapkan oleh

Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan

Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Tegasnya, usaha memperkembangkan daya

pemikiran pelajar bukanlah sesuatu idea yang baru

tetapi telah menjadi matlamat penting dalam sistem

pendidikan. Kini, langkah memantapkan subjek 

Pemikiran Kritis merupakan faktor penyumbang ke

arah membangunkan modal insan cemerlang.

8. Kesimpulan

Pembangunan modal insan bertujuan

memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai

ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi

penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis

pekerjaan. Di samping itu, pelajar-pelajar ini akan

dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan,

kebolehan menggunakan teknologi komunikasi

maklumat (ICT) dengan baik, berupaya berfikir

secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak 

secara rasional, mengamalkan pembelajaransepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta

berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam

keluarga dan masyarakat.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa

pembelajaran subjek Pemikiran Kritis dalam

kalangan pelajar di IPTS kajian adalah sangat

penting. Ini memandangkan keupayaan subjek ini

sebagai pemangkin kepada pembentukan modal

insan yang berkualiti melalui kemahiran yang

ditekankan dalam silibus pengajaran.

Kepentingan subjek ini juga tidak dapat

disangkal lagi sebagaimana penekanannya oleh

Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri

Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya

bertajuk Membina Tamadun Menjulang Martabat

Negara pada 31 Mac 2006,

“ Pembangunan modal insan dan anjakan mindadan pemikiran warga merupakan salah satu

cabaran terbesar. Sekiranya kita ingin melangkah

ke era ekonomi berpaksikan pengetahuan, jika kita

mahu menjadi negara maju dan kekal pada tahap

tersebut, maka pembangunan insan haruslah

diutamakan. Dalam konteks dunia global, modal

insan bermutu tinggi adalah satu keperluan, bukan

lagi satu kemewahan”.

Ternyata, sektor pendidikan adalah platform

penting yang berupaya memenuhi keperluan negara

dan Misi Nasional ke arah melahirkan modal insan

yang berpotensi dan berkualiti. Keupayaan untuk 

berfikir secara kritis mampu untuk melahirkan

modal insan yang berkualiti dan berpotensi dalam

kalangan pelajar. Tegasnya, kemahiran berfikir

secara kritis ini perlu dimiliki oleh semua pelajar

kerana ia berupaya menjadi benteng yang

menyelamatkan seseorang individu daripada

serangan pemikiran, ideologi dan unsur-unsur

negatif dalam kehidupan (Faridah Che Husain &

Tengku Sarina Aini, 2008).

Akhir sekali bagi universiti-universiti yang

belum melaksanakan subjek Pemikiran Kritis

sebagai subjek wajib maka adalah dicadangkan

supaya pelaksanaannya dilakukan. Ini perlu

memandangkan subjek ini berupaya menjadi

pemangkin ke arah membangunkan modal insan

yang berkualiti dalam kalangan pelajar.

RUJUKAN

1.  Amini Amir Abdullah, Pembangunan dan

Kemajuan Modal Insan Dalam Rancangan

Malaysia Kesembilan (RMK-9): Satu

Penelitian, 2006.

2. Bassham, Greg.et.al, Critical Thinking, USA:

McGraw-Hill Companies, Inc.

3. Becker, G.S, Human Capital, New York, 3.

National Bureau of Economic Research, 1964.

4. Faridah Che Husain & Tengku Sarina Aini,

Pembentukan Akhlak Mulia Mahasiswa

Melalui Penerapan Pemikiran Kritis dan

Kemahiran Menyelesaikan Masalah: Suatu

Pendekatan Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Di IPT, Prosiding Seminar

Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial

(SKIKS), Universiti Teknikal Malaysia

Melaka, 2008.

8/3/2019 2E-Kesignifikanan Subjek

http://slidepdf.com/reader/full/2e-kesignifikanan-subjek 9/9

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

9

5. Grilliches, Zvi, “ Notes on The Role of 

Education in Production Functions and Growth

Accounting” dlm Education, Income and

Human Capital, NBER Studies in Income and

Wealth, Jil.35, 1978.

6. Lisa Tsui, Reproducing Social Inequalities

Through Higher Education: Critical Thinkingas Valued Capital. Jurnal of Negro Education,

Vol.72, No.3 (Summer 2003), Howard

University.

7. Mohd. Safaai Said. Rancangan Malaysia

Kesembilan (RMK-9) dan Pembangunan

Modal Insan Dalam Gerakan Koperasi di

Malaysia, Maktab Kerjasama Malaysia,

Cawangan Sabah, 2006.

8. Norma J. Shepelak, Anita Curry-Jackson

&Vernon L.Moore, Critical Thinking in

Introductory Sociology Classes: A Program of 

Implementation and Evaluation, Vol.20, No.1,

pp. 18-27, American Sociological Association,

1992.

9. Psacharopoulos, G, 1981, Returns to

education: An Updated International

Comparison, dalam Comparative Education,

17:3.

10. Rahmah Ismail, Modal Manusia dan Perolehan

Buruh. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala

Lumpur, 1996.

11. Ruzain Syukur Mansor, Cabaran Pendidik 

Bina Modal Insan Unggul, Harian Metro, 16

Ogos 2008.

12. Sidek Baba, Bicara Agama, Utusan Malaysia,

15 Julai 2006.

13. Ucapan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri

Abdullah Ahmad Badawi bertajuk Membina

Tamadun Menjulang Martabat Negara pada 31

Mac 2006.

14. Ucapan Perdana Menteri YAB Dato Seri

Abdullah Ahmad Badawi semasa Perutusan

Hari Pekerja, 1 Mei 2006.