keperluan pembelajaran berasaskan multimedia bagi subjek

12
Muka surat 1/12 Keperluan Pembelajaran Berasaskan Multimedia bagi Subjek Sistem Elektronik 1 : Satu Kajian Rintis di Politeknik Pasir Gudang ( PJB) Faizah Binti A. Karim Rafidah Bt Sinone Juliyana Bt Baharudin Norashikin Bt Sahadan ABSTRAK Projek ini adalah satu kajian rintis tentang keperluan pembelajaran berasaskan Multimedia bagi subjek Sistem Elektronik I di Politeknik Pasir Gudang, Johor Bharu. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti topik yang paling sukar dalam mata pelajaran Sistem Eektronik 1 dan mengkaji keperluan perisian multimedia dengan mengkaji tiga aspek rekabentuk perisian iaitu rekabentuk pembelajaran konstruktivisme, rekabentuk antaramuka dan rekabentuk interaksi. Sample kajian terdiri daripada pelajar semester 2 kursus Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik iaitu seramai tiga puluh dua orang (32 orang). Kaedah dan instrumen kajian yang dijalankan ialah dengan membuat tinjauan menggunakan borang soal selidik dalam bentuk penilaian bertujuan sebagai “pilot test”. Disebabkan kajian ini merupakan kajian rintis terhadap keperluan pembelajaran berasaskan multimedia, maka tiada analisis spesifik yang dijalankan. 1.0 Pengenalan Kecanggihan penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) telah menjadikan ICT satu keperluan dalam kehidupan seharian.Sebagaimana yang diramal oleh Mohd Yusof (1998), masa hadapan pembangunan sesebuah negara banyak didominasikan perkembangan sains dan teknologi dan teknologi yang banyak mendominasi kehidupan kini pula adalah ICT. Sebenarnya konsep multimedia ini ada disebut dalam al-Quran menerusi firmanNya bermaksud: “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.” (An-Nahl :78). Dunia pendidikan juga tidak ketinggalan dalam mengejar arus perkembangan pesat ICT yang menjadikan dunia pendidikan harus bergerak selari dengannya. Pendidikan seharusnya berkembang selaras dengan perkembangan teknologi. Kaedah pembelajaran tradisional perlu dimodenkan dan sebaik mungkin menjurus ke arah penggunaan teknologi sebagai satu dari media pengajaran dan pembelajaran. Salah satu istilah yang sering diperkatakan dalam menuju era ICT ialah sistem Multimedia. Menurut Shaikh Mohd Saifuddeen (2002), sistem Multimedia ialah penggunaan alat ICT yang menggabungkan pendengaran dan penglihatan seterusnya diproses oleh pemikiran untuk membentuk satu maklumat. Dalam erti kata lain, sistem Multimedia menggunakan telinga dan mata disamping memproses maklumat yang diterima. Oleh itu, penggabungan aplikasi budaya berfikir dan budaya teknologi khususnya dalam perkembangan bidang Multimedia mampu mewujudkan senario belajar secara lebih menarik dan berkesan (Dick W. dan Reiser, R.A., 1989). Apabila diserapkan dalam bidang pendidikan ia akan melahirkah satu konsep gabungan pendidikan dan hiburan iaitu edutainment (education + entertainment) (Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2003). Rekabentuk pengajaran adalah

Upload: buidieu

Post on 16-Jan-2017

247 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keperluan Pembelajaran Berasaskan Multimedia bagi Subjek

Muka surat 1/12

Keperluan Pembelajaran Berasaskan Multimedia bagi Subjek Sistem

Elektronik 1 : Satu Kajian Rintis di Politeknik Pasir Gudang ( PJB)

Faizah Binti A. Karim Rafidah Bt Sinone

Juliyana Bt Baharudin Norashikin Bt Sahadan

ABSTRAK

Projek ini adalah satu kajian rintis tentang keperluan pembelajaran berasaskan Multimedia bagi subjek Sistem Elektronik I di Politeknik Pasir Gudang, Johor Bharu. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti topik yang paling sukar dalam mata pelajaran Sistem Eektronik 1 dan mengkaji keperluan perisian multimedia dengan mengkaji tiga aspek rekabentuk perisian iaitu rekabentuk pembelajaran konstruktivisme, rekabentuk antaramuka dan rekabentuk interaksi. Sample kajian terdiri daripada pelajar semester 2 kursus Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik iaitu seramai tiga puluh dua orang (32 orang). Kaedah dan instrumen kajian yang dijalankan ialah dengan membuat tinjauan menggunakan borang soal selidik dalam bentuk penilaian bertujuan sebagai “pilot test”. Disebabkan kajian ini merupakan kajian rintis terhadap keperluan pembelajaran berasaskan multimedia, maka tiada analisis spesifik yang dijalankan. 1.0 Pengenalan

Kecanggihan penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) telah menjadikan ICT satu keperluan dalam kehidupan seharian.Sebagaimana yang diramal oleh Mohd Yusof (1998), masa hadapan pembangunan sesebuah negara banyak didominasikan perkembangan sains dan teknologi dan teknologi yang banyak mendominasi kehidupan kini pula adalah ICT. Sebenarnya konsep multimedia ini ada disebut dalam al-Quran menerusi firmanNya bermaksud: “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.” (An-Nahl :78).

Dunia pendidikan juga tidak ketinggalan dalam mengejar arus perkembangan pesat ICT yang menjadikan dunia pendidikan harus bergerak selari dengannya. Pendidikan seharusnya berkembang selaras dengan perkembangan teknologi. Kaedah pembelajaran tradisional perlu dimodenkan dan sebaik mungkin menjurus ke arah penggunaan teknologi sebagai satu dari media pengajaran dan pembelajaran. Salah satu istilah yang sering diperkatakan dalam menuju era ICT ialah sistem Multimedia. Menurut Shaikh Mohd Saifuddeen (2002), sistem Multimedia ialah penggunaan alat ICT yang menggabungkan pendengaran dan penglihatan seterusnya diproses oleh pemikiran untuk membentuk satu maklumat. Dalam erti kata lain, sistem Multimedia menggunakan telinga dan mata disamping memproses maklumat yang diterima. Oleh itu, penggabungan aplikasi budaya berfikir dan budaya teknologi khususnya dalam perkembangan bidang Multimedia mampu mewujudkan senario belajar secara lebih menarik dan berkesan (Dick W. dan Reiser, R.A., 1989). Apabila diserapkan dalam bidang pendidikan ia akan melahirkah satu konsep gabungan pendidikan dan hiburan iaitu edutainment (education + entertainment) (Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2003). Rekabentuk pengajaran adalah

Page 2: Keperluan Pembelajaran Berasaskan Multimedia bagi Subjek

Muka surat 2/12

berasaskan kepada fahaman teori tingkahlaku yang masih menguasi bidang psikologi pada ketika itu. (Wilson dan Cole, 1996). Namun begitu, bermula pada

tahun 1990 an, pendekatan pembelajaran teori konstruktivisme dalam pembinaan bahan pembelajaran mula mendapat tempat dalam bidang rekabentuk pengajaran khususnya dalam merekabentuk pendekatan pembelajaran yang terdapat dalam sesuatu pembelajaran berbantu Multimedia (Shrock, 1991). Teori konstrukvisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pensyarah kepada pelajar dalam bentuk sempurna. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1991) pula, pembelajaran secara konstruktivisme menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Ia menggalakkan pelajar berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran dalam pembelajaran. Rekabentuk pengajaran banyak dipengaruhi oleh perkembangan teori pembelajaran kerana dua bidang ini saling mempunyai hubungan yang rapat di antara satu sama lain (Dick, 2001).

2.0 Latar Belakang Masalah

Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) berazam untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan hospitaliti serta berazam melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Sejajar dengan itu, objektif penubuhan politeknik Malaysia adalah bertujuan melahirkan lulusan separa profesional dalam bidang teknikal di peringkat sijil dan diploma bagi membantu memenuhi keperluan sumber manusia di sektor awam dan swasta. Oleh itu, kajian-kajian berhubung pengajaran dan pembelajaran di politeknik perlu dilaksanakan agar graduan yang terhasil mempunyai kemahiran tinggi dan mampu melaksanakan tugas dengan baik.

Perisian Multimedia merupakan satu altenatif baru ke arah mempelbagaikan media pengajaran serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang kecanggihan sistem Multimedia masa kini (Ismail, 2002). Elemen-elemen yang terdapat dalam sistem Multimedia dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan, memberangsangkan serta dapat menyesuaikan dengan keperluan individu pelajar. Di samping menambahkan bahan rujukan bagi pelajar-pelajar, ia juga boleh dijadikan sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM).

Masalah ini perlu diatasi dan penggunaan perisian Multimedia merupakan satu pendekatan yang sesuai. Ini kerana para pelajar dapat kebebasan untuk meneruskan proses pembelajaran mereka mengikut kebolehan dan gaya masing-masing (Shaharom dan Yap, 1991). Dalam mengaplikasikan pendekatan konstruktivisme ke dalam sesuatu perisian Multimedia, isu mengenai bagaimanakah rekabentuk pembelajaran konstruktivisme yang bersesuaian dengan pelajar yang menggunakan perisian tersebut perlu difikirkan. Oleh yang demikian, kajian ini adalah mengkaji keperluan pembelajaran berbantu Multimedia bagi subjek Sistem Elektronik I di politeknik Malaysia dan seterusnya mengkaji tiga aspek rekabentuk perisian yang diperlukan oleh pelajar di politeknik iaitu rekabentuk pembelajaran konstruktivisme, rekabentuk antaramuka dan rekabentuk interaksi.

Penglibatan pengajar dan pelajar dalam proses merekabentuk pembelajaran berbantu Multimedia telah disarankan Grudin (1990) yang menyatakan sesuatu pembelajaran berbantu Multimedia yang baik seharusnya melibatkan pengguna di dalam proses merekabentuk pembelajaran tersebut. Dunn dan Dunn (1987) pula

Page 3: Keperluan Pembelajaran Berasaskan Multimedia bagi Subjek

Muka surat 3/12

menyatakan, suasana rekabentuk pembelajaran berbantu Multimedia seharusnya menyokong keperluan dan kehendak setiap individu yang akan menggunakan

pembelajaran berbantu Multimedia tersebut memandangkan individu mempunyai pendekatan pembelajaran yang tersendiri.

3.0 Pernyataan Masalah

Menurut Shaharom Noordin (1996), kewujudan perbezaan individu dikalangan pelajar merupakan salah satu faktor penyebab kepada kesulitan pelajar menerima sesuatu pembelajaran kerana penguasaan pembelajaran sangat mementingkan aspek perbezaan individu. Menurut Gagne (1985), untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran, pelajar perlu mengulangi pelajaran beberapa kali. Oleh itu, waktu pembelajaran fleksibel mengikut kemampuan pelajar diperlukan. Pemilihan subjek Sistem Elektronik I sebagai bahan kajian kerana subjek ini sukar untuk diterangkan kepada pelajar secara teori. Selain itu, subjek ini belum ada ABBM berbentuk pembelajaran berbantu Multimedia. Ketiadaan ABBM yang sesuai dan kekurangan bahan rujukan merupakan punca pelajar selalu menghadapi masalah yang serius untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran (Zol, 2001).

Kejuruteraan merupakan satu bidang teknikal yang diajar di politeknik Malaysia dan bidang ini semakin penting di negara kita. Bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir dan separa mahir dalam bidang teknikal, aspek pendidikan teknikal perlu dipertingkatkan. Pendidikan dalam bidang kejuruteraan khususnya kejuruteraan elektrik memerlukan integrasi yang baik antara teori dan praktikal. Oleh itu, pemahaman yang baik diperlukan bagi menguasai bidang kejuruteraan khususnya kejuruteraan elektrik yang diceburi. 4.0 Persoalan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat menjawab beberapa soalan berikut: i. Apakah topik yang paling sukar dalam mata pelajaran Sistem Elektronik

1 di Politeknik Pasir Gudang Johor Bharu?

ii. Apakah ciri rekabentuk pembelajaran konstruktivisme yang diinginkan oleh pelajar politeknik Pasir Gudang Johor Bharu menerusi perisian Multimedia bagi subjek Sistem Elektronik I?.

iii. Apakah ciri rekabentuk antaramuka yang diinginkan oleh pelajar

politeknik Pasir Gudang Johor Bharu menerusi perisian Multimedia bagi subjek Sistem Elektronik I?.

iv. Apakah ciri rekabentuk interaksi yang diinginkan oleh pelajar politeknik

Pasir Gudang Johor Bharu menerusi perisian Multimedia bagi subjek Sistem Elektronik I?.

5.0 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

i. Untuk mengenalpasti topik yang paling sukar dalam mata pelajaran Sistem Elektronik 1 di Politeknik Pasir Gudang Johor Bharu.

Page 4: Keperluan Pembelajaran Berasaskan Multimedia bagi Subjek

Muka surat 4/12

ii. Untuk mengenalpasti ciri-ciri rekabentuk pembelajaran konstruktivisme yang diinginkan oleh pelajar politeknik Pasir

Gudang Johor Bharu menerusi perisian Multimedia bagi subjek Sistem Elektronik I.

iii. Untuk mengenalpasti ciri-ciri rekabentuk antaramuka yang diinginkan

oleh pelajar politeknik Pasir Gudang Johor Bharu menerusi perisian Multimedia bagi subjek Sistem Elektronik I.

iv. Untuk mengenalpasti ciri-ciri rekabentuk interaksi yang diinginkan oleh

pelajar politeknik Pasir Gudang Johor Bharu menerusi perisian Multimedia bagi subjek Sistem Elektronik I.

6.0 Batasan Kajian

Dalam menjalankan kajian ini terdapat beberapa batasan khususnya bagi mendapatkan maklumat untuk dimuatkan dalam kajian ini. Antara batasan-batasan tersebut ialah:

i. Kajian ini tertumpu di Politeknik Pasir Gudang Johor Bahru (PJB) sahaja.

ii. Kajian ini tertumpu kepada pelajar semester 2 Diploma Kejuruteraan Elektrik sahaja yang telah mengambil subjek Sistem Elektronik I.

iii. Kajian ini tertumpu ke atas subjek Sistem Elektronik I sahaja.

7.0 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini dibahagikan kepada empat pihak iaitu pelajar, pensyarah, politeknik dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).

7.0.1 Pelajar

Pembelajaran berbantu Multimedia dapat mempelbagaikan bahan rujukan pelajar kerana ia boleh diaplikasikan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran seperti teks, meneliti gambar, video, visual pembelajaran dan sebagainya. Selain daripada itu pelajar tidak perlu terikat dengan sesuatu gaya pembelajaran kerana pembelajaran berbantu Multimedia ini dapat menangani masalah perbezaan pelajar dengan mengindividukan pengajaran mengikut kebolehan mereka (Sharifah Alawiah Alsagof, 1987). Ini secara tidak langsung akan meningkatkan kefahaman pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar (Zol, 2001).

7.0.2 Pensyarah Kajian ini dapat membantu memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas dan juga dapat mengurangkan beban pensyarah. Oleh itu, pembelajaran berbantu Multimedia ini dapat menjadi sumber rujukan dan motivasi kepada pensyarah untuk membuat inovasi pada pengajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih difahami dan diikuti oleh pelajar.

7.0.3 Politeknik

Pembelajaran berbantu Multimedia dijangka dapat meningkatkan prestasi pelajar di samping memberi pendedahan kepada pensyarah dan pelajar kepada

Page 5: Keperluan Pembelajaran Berasaskan Multimedia bagi Subjek

Muka surat 5/12

penggunaan teknologi maltimedia sebagai ABBM. Dengan ini secara tidak langsung meningkatkan imej politeknik yang terlibat sebagai sebuah politeknik

yang memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan graduan yang cemerlang.

7.0.4 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) Kajian yang dihasilkan ini dapat dijadikan sebagai rujukan untuk pihak KPTM

khususnya politeknik-politeknik di seluruh Malaysia dalam menyediakan keperluan-keperluan yang mencukupi bagi melaksanakan kaedah P&P berbantu Multimedia bagi kursus kejuruteraan khususnya bagi subjek Sistem Elektronik I. 7.1 Definisi Istilah Kajian 7.1.1 Multimedia Multimedia merujuk kepada proses komunikasi interaktif berasaskan komputer yang merangkumi penggunaan teks, grafik, audio, video dan animasi (Baharuddin Aris, Manimegalai Subramaniam dan Rio Sumarni Shariffudin, 2001). Secara amnya, definisi Multimedia ialah suatu proses komunikasi interaktif berasaskan komputer yang merangkumi penggunaan media audio visual seperti teks, grafik, audio, video dan animasi. Hasil dari penggunaan pelbagai media ini menyebabkan sesuatu persembahan maklumat menggunakan teknologi Multimedia kelihatan lebih hidup, dinamik dan mampu menarik perhatian ramai pengguna. (Karen S. Ivers and Ann E. Barron, 1998). 7.1.2 Pembelajaran

Menurut Khalid Mohamad Nor (2002), pembelajaran merupakan kegiatan yang bergantung kepada akal. Baharuddun Aris, et al., (2001) pula menyatakan pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku pada pelajar akibat daripada berinteraksi dengan persekitaran. Secara umumnya pembelajaran diertikan sebagai proses dengan kaedah-kaedah tertentu sehingga orang memperoleh pengetahuan, pemahaman dan cara bertingkah laku yang sesuai dengan keperluan. 7.1.3 Sistem Elektronik I

Sistem Elektronik I yang berkod E1002 merupakan subjek asas dalam bidang elektrik. Sistem Elektronik I ditawarkan kepada pelajar semester 1 bagi kursus Diploma Kejuruteraan Elektrik di politeknik Malaysia. Ia merupakan gabungan subjek Elektronik I dan Sistem Digit I.

7.1.4 Politeknik

Politeknik adalah sebuah institusi pengajian awam yang dibangunkan oleh KPTM di seluruh negara bagi melahirkan tenaga separa profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional bagi memenuhi permintaan tenaga kerja di Malaysia. Politeknik menawarkan pelbagai kusus di peringkat sijil dan diploma untuk memberi pengiktirafan dan kelayakan bekerja kepada pelajarnya.

7.1.5 Teori Pembelajaran Konstruktivisme

Ahli falsafah teori konstruktivisme menyatakan bahawa pembelajaran merupakan proses yang melibatkan individu dalam membina sendiri kefahaman terhadap sesuatu konsep berdasarkan pengetahuan sedia adanya (Wilson et al., 1995).

Page 6: Keperluan Pembelajaran Berasaskan Multimedia bagi Subjek

Muka surat 6/12

7.1.6 Rekabentuk Antaramuka Rekabentuk antaramuka merupakan satu proses bagaimana untuk membina

hubungan komunikasi yang menghubungkan pelajar sebagai pengguna dengan perisian Multimedia yang dibangunkan (Baharuddin Aris, et al., 2001). Komunikasi yang dihasilkan adalah menerusi skrin komputer. Ia bertujuan untuk memudahkan pelajar dan mewujudkan rasa ingin tahu melalui cara dan bentuk yang memberangsangkan pengguna untuk meneroka maklumat.

7.2 Kajian Penyelidikan Multimedia

Menurut Ismail (2002), menyatakan bahawa daya ingatan seseorang dapat menyimpan hanya:

i. 20% daripada apa yang mereka baca

ii. 30% daripada apa yang mereka dengar iii. 40% daripada apa yang mereka lihat iv. 50% daripada apa yang mereka sebut v. 60% daripada apa yang mereka buat

vi. 90% daripada apa yang mereka baca, dengar, lihat, sebut dan buat serentak.

Penggunaan Multimedia dapat memenuhi ciri yang keenam daya ingatan seseorang dapat menyimpan iaitu 90%. Ini kerana Multimedia mempunyai elemen-elemen teks, grafik, video, audio dan animasi yang boleh dipersembahkan secara serantak. 7.2.1 Kelebihan-Kelebihan Penggunaan Multimedia Dalam Pendidikan Kehadiran teknologi Multimedia sebenarnya merupakan saluran penting bagi penyebaran pengajaran. Hasil daripada dapatan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan Multimedia dalam pendidikan mendapati penggunaan Multimedia dalam P&P memberi kesan yang positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran antaranya adalah:

i. Menyokong Pembelajaran Kendiri. Jaya Kumar C. Koran (2001) yang merupakan pasukan projek rintis

Sekolah Bestari, mendapati bahawa penggunaan teknologi Multimedia membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran mereka dengan kadar yang cepat ini kerana program Multimedia memberi peluang serta kebebasan kepada pelajar untuk memilih maklumat yang digemari mengikut kebolehan individu. Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman di capai.

Menurut Dorries (2002), pembelajaran berbantu Multimedia sebagai salah satu media pembelajaran dapat digunakan secara berkesan untuk memenuhi keperluan pelajar yang berbeza dari segi keupayaan, intelek dan gaya pembelajaran. Pembelajaran individu merupakan satu sistem pelbagai dan prosedur pembelajaran yang fleksibel dimana pelajar diberikan tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan pembelajaran mereka.

ii. Meningkatkan Pencapaian Pelajar.

Pembelajaran berbantu Multimedia dapat menyediakan pembelajaran yang konsisten dan terjamin. Ini disokong oleh Zol (2001) dalam kajiannya,

Page 7: Keperluan Pembelajaran Berasaskan Multimedia bagi Subjek

Muka surat 7/12

yang mendapati terdapat perbezaan dalam peningkatan skor setelah pelajar menggunakan perisian pembelajaran berbantu Multimedia. Peningkatan skor

mungkin disebabkan rekabentuk perisian yang telah dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Hasil dapatan beliau juga menunjukkan penggunaan pembelajaran berbantu Multimedia telah memberi perbezaan signifikan dalam pencapaian pelajar.

iii. Membantu Menyelesaikan Masalah Pensyarah Dalam Pengajaran

Menurut artikel yang ditulis oleh Mohd Taib Osman dalam Dewan Budaya (Ogos 1999), teknologi Multimedia telah membuka jalan baru dalam bidang pendidikan. Ciri-ciri perisian Multimedia yang lebih mesra, tidak jemu, tidak penat, tidak sakit hati menjadikan ia sangat sesuai bagi para pelajar, terutamanya bagi pelajar-pelajar yang kurang cerdas. Contohnya, strategi latih tubi di mana beberapa percubaan perlu dilakukan oleh pelajar. Pembelajaran menggunakan multmedia dapat memberikan tindak balas serta merta kepada pelajar. Dengan ini secara tidak langsung ia dapat memberi kedan peneguhan yang sangat positif.

Penggunaan media dari bahan-bahan kertas atau cetakan seperti

buku-buku, monograf, nota-nota kuliah ringkas masih diamalkan dalam dunia pendidikan di negara kita (Mastera Mohd, 2003). Ini sedikit sebanyak telah menimbulkan beberapa masalah di mana pemasalahan ini turut melibatkan kedua-dua pihak pensyarah dan pelajar. Antara pemasalahan yang dapat dilihat ialah pengurusan dan penyediaan nota yang tidak teratur oleh pensyarah. Bebanan membawa nota yang banyak menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah dengan tidak membawa nota dan hanya mendengar pensyarah mengajar dihadapan. Di samping itu kelemahan pelajar mengemaskini nota-nota yang diberikan oleh pensyarah secara berperingkat-peringkat menyebabkan ada nota yang tercicir.

Namun masalah ini dapat diatasi dengan penggunaan aplikasi perisian Multimedia. Semua nota kuliah dan bahan-bahan mengenai subjek dapat dimasukkan dalam satu program perisian dan boleh dibawa kemana-mana dan boleh digunakan pada bila-bila masa (Richard, 2002).

iv. Membantu Imaginasi Terhadap Perkara Abstrak

Menurut Mohd Khalit et al., (2003) dalam kajian mereka, hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa elemen-elemen media yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan Multimedia seperti warna, muzik, animasi dan visual boleh menambahkan realisme dalam pembelajaran secara latih tubi, ujikaji dalam makmal, permainan simulasi dan sebagainya. Dengan ini, elemen Multimedia dapat menerangkan sesuatu pengajaran yang kompleks menjadi mudah untuk difahami dengan contoh-contoh yang sebenar yang tidak dapat diterangkan dengan menggunakan teks.

v. Keseronokan Belajar dan Menjana kekreatifan Pelajar.

Menerusi pengunaan Multimedia, ia berbeza dengan pengajaran dan pembelajaran konvensional yang memperlihatkan pensyarah membaca teks di hadapan pelajar sambil pelajar mendengar. Malah penggunaan Multimedia menjadikan pelajar lebih seronok belajar apabila perisian kursus

Page 8: Keperluan Pembelajaran Berasaskan Multimedia bagi Subjek

Muka surat 8/12

yang digunakan menyelitkan animasi dan watak-watak tertentu yang dilakonkan mengikut tema kurikulum subjek itu. Selain itu, penggunaan Multimedia ini

mampu melahirkan pelajar yang mahir berfikir, kreatif dan kritis. Ciri-ciri inilah yang diharapkan oleh pihak kementerian pendidikan dalam menyediakan graduan yang separa profesional. Ini disokong oleh kajian yang telah dibuat oleh Mohd Khalit et. al.(2003) yang menunjukkan penggunaan Multimedia menggalakkan pelajar mengguna dan membina pengetahuan baru. Ini menjadikan pelajar lebih kreatif dan inovatif dari segi pemikiran.

8.0 Metodologi Kajian

Disebabkan kajian rintis yang dijalankan oleh penyelidik hanya bertujuan mengkaji secara ringkas pandangan dan pendapat daripada responden, hanya instrumen borang soal selidik sahaja yang digunakan sepanjang kajian ini dijalankan.

Menurut Mohamad Najib (1999), soal selidik dijadikan instrumen kajian kerana mudah ditadbir dan data juga senang diperolehi untuk diproses dan dianalisis. Manakala menurut Naresh (1999), penggunaan instrumen soal selidik dapat memastikan kebolehbandingan data, meningkatkan kepantasan dan ketepatan dapatan serta memudahkan pemprosesan data.

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Menurut Majid Konting (2000), penggunaan borang soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerakbalas yang diberikan oleh responden kerana ia tidak dipengaruhi oleh geraklaku pengkaji. Soal selidik dibina berasaskan kepada keperluan pembelajaran berbantu Multimedia, rekabentuk pembelajaran konstruktivisme, rekabentuk antaramuka, rekabentuk interaksi yang diinginkan dan cadangan serta komen.

Borang soal selidik untuk pelajar memuatkan 4 bahagian yang utama iaitu Bahagian A, B,C dan D. Soal selidik ini disediakan untuk mendapatkan maklumat keperluan pembelajaran berbantu Multimedia bagi subjek Sistem Elektronik I dan mengkaji tiga aspek rekabentuk perisian yang diinginkan oleh pelajar iaitu rekabentuk pembelajaran kontruktivisme, rekabentuk antaramuka, rekabentuk interaksi. Bahagian A: Mengandungi soalan-soalan untuk mengenalpasti subtopik yang paling

sukar dalam Subjek Sistem Elektronik 1. Responden dikehendaki menanda satu sahaja topik yang dirasakan sukar dikuasai.

Bahagian B: Mengandungi soalan-soalan untuk mendapatkan maklumat mengenai

rekabentuk perisian yang diinginkan oleh pelajar. Soalan-soalan pada bahagian ini diadaptasikan daripada Jamaluddin Harun et al., (2003). Setiap soalan mempunyai pilihan secara ‘Likert’ Terdapat tiga subtopik pada bahagian ini iaitu:

Skor Nilai Skor

Amat Tidak Bersetuju 1 Tidak Bersetuju 2

Kurang Bersetuju 3 Setuju 4

Amat Bersetuju 5

Jadual 8.0: Format Skala Likert

Page 9: Keperluan Pembelajaran Berasaskan Multimedia bagi Subjek

Muka surat 9/12

B1: Rekabentuk Pembelajaran Konstruktivisme B2: Rekabentuk Antara Muka

B3: Rekabentuk Interaksi 9.0 Analisis Peratusan keputusan soal selidik bagi topik yang paling sukar

Topik Bilangan Litar Penguat dan Pengayun Gelombang Sinus 11 Operasi-Operasi Boolean 8 Sistem Nombor dan Sistem Kod 6 Litar Bekalan Kuasa A.T Lelurus 5 Separuh Pengalir 1 Peranti Separuh Pengalir 1

3% 3%16%

34%19%

25%

Separuh PengalirPeranti Separuh PengalirLitar Bekalan Kuasa A.T LelurusLitar Penguat dan Pengayun Gelombang SinusSistem Nombor dan Sistem KodOperasi -operasi Boolean

Rajah 9 : Keputusan Peratusan bagi topik yang paling sukar 9.1 Analisis keputusan Min yang menunjukkan keputusan keperluan pelajar mengikut tiga ciri rekabentuk yang dikaji iaitu : Rekabentuk Pembelajaran Konstruktivisme, Rekabentuk AntaraMuka dan Rekabentuk Interaksi.

Bil C1: Rekabentuk pembelajaran Konstruktivisme Min 7. Saya suka menggunakan program komputer yang

mempunyai kartun/objek/animasi sebagai guru pembimbing.

4.56

8. Saya suka menggunakan program komputer yang dapat menunjukkan aplikasi isi pelajaran yang diajar dapat digunakan di dalam kehidupan.

4.41

9. Saya suka menggunakan program yang membenarkan saya menyiapkan latihan yang diberikan dalam masa yang tidak terhad.

4.56

Page 10: Keperluan Pembelajaran Berasaskan Multimedia bagi Subjek

Muka surat 10/12

10. Saya suka menggunakan program komputer yang sering memberi kata-kata semangat untuk terus belajar.

4.03

11. Saya suka menggunakan program komputer yang menyediakan ruangan perbincangan seperti chatting, email yang membenarkan saya berkongsi kefahaman dan maklumat dengan rakan yang lain.

4.56

Bil C2: Reka Bentuk Antara Muka

12. Saya suka menggunakan program komputer yang latar belakangnya berwarna lembut dan harmoni seperti kuning air, biru muda, hijau muda dan kelabu.

3.75

13. Saya suka menggunakan program komputer yang latar belakangnya berwarna terang seperti merah, kuning dan biru.

4.06

14. Saya suka menggunakan program komputer yang latar belakangnya berwarna gelap seperti hitam dan biru tua.

3.94

15. Saya suka menggunakan program komputer yang mempunyai bentuk tulisan yang ringkas dan mudah difahami .

3.88

16. Saya suka menggunakan komputer yang mempunyai audio/suara yang menerangkan sesuatu konsep.

4.5

Bil C3: Reka Bentuk Interaksi 17. Saya suka menggunakan program komputer yang

menyediakan kemudahan untuk saya mencatat nota penting secara terus di dalam komputer.

4.06

18. Saya suka menggunakan program komputer yang memberi banyak masa untuk saya mempelajari sesuatu isi pelajaran.

4.06

19. Saya suka menggunakan komputer yang tidak memaksa saya untuk menjawab semua soalan latihan yang diberikan.

4.38

20. Saya suka menggunakan program komputer yang akan memberitahu topik yang saya telah buka/pelajari sebelum ini.

3.88

21. Saya suka menggunakan program komputer yang mempersembahkan isi pelajaran mengikut modul/bab yang berturutan.

4.5

Jadual 9 : Rekabentuk yang diingini oleh pelajar 10.0 Kesimpulan

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang keperluan multimedia dari segi rekabentuk konstruktivisme, rekabentuk interaksi dan antara muka dalam subjek Sistem Elektronik 1.

Melalui kajian ini juga, pengkaji telah berjaya mengenalpasti topik yang dirasakan sukar untuk difahami oleh pelajar iaitu Litar Penguat dan Pengayun Gelombang Sinus. Sebanyak 34% daripada responden menyatakan topik tersebut merupakan topik yang sukar untuk difahami. Menurut komen daripada pelajar, topik ini dikatakan sukar kerana pelajar sukar membayangkan proses

Page 11: Keperluan Pembelajaran Berasaskan Multimedia bagi Subjek

Muka surat 11/12

kendalian sesuatu litar dan memerlukan masa yang agak lama untuk memahaminya.

Analisis min juga menunjukkan responden cenderung ke arah tiga rekabentuk yang dikaji iaitu rekabentuk pembelajaran konstruktivisme, rekabentuk interaksi dan rekabentuk antara muka.

BIBLIOGRAFI

Baharuddin Aris, Manimegalai Subramaniam dan Rio Sumarni Shariffudin (2001).

“Rekabentuk Perisian Multimedia.” Muapakat Jaya Percitakan Sdn. Bhd. Dick ,W., Dan Reiser, R.A. (1989). “Planning Efective Instruction.” Prentice-Hall. Ismail Zain (2002). “Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran.” Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd. Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2003). “Pengenalan Kepada Multimedia.”

Venton Publishing (M) Sbn. Bhd. Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, (2003). “Pendapat Pelajar Terhadap Reka Bentuk

Perisian Multimedia yang Berasaskan Kepada Pendekatan Pembelajaran Konstruktivis”. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.

Mohd Majid Konting (2000). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Dewan Bahasa dan

Pustaka. Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). “Penyelidikan Pendidikan.” Universiti

Teknologi Malaysia. Naresh K. Malhotra (1999). “Marketing Research: An Applied Orientation”. New

Jersey: Prentice Hall. Shaharom Noordin (1996). “ Pengajaran Individu Menggunakan Modul Pengajaran

Kendiri di Sekolah Menengah.” Jurnal Akademik. 6. 1.13 Shaharom Noordin (1994). “Sikap Pelajar Terhadap Kaedah Pengajaran Bermodul:

Satu Kajian Rintis.” Jurnal Pendidikan guru. Shaharom dan Yap Kueh Chin (1991). “Ke arah Mengindividukan Pengajaran Menerusi

Pengajaran Bermodul.” Jurnal Pendidikan Guru. 89-107. Sharifah Alawiah Alsagof (1987). “Psikologi Pendidikan II Psikologi Pembelajaran dan

Kognitif Bimbingan dan Kaunseling.” Longman Malaysia Sdn. Bhd. Shrock, S. (1991). “A Brief History of Instructional Development.” In G. Anglin (Eds.). “Instructional Technology: Past, Present and Future.” Englewood, CO: Libraries

Unlimited. Wilson, B. G., Teslow, J. L. Dan Osman-Jouchoux, R. (1995). “The Impact of

Constructivism (and Postmodernism) on ID Fundamentals.” In B.B. Seels (Ed.).

Page 12: Keperluan Pembelajaran Berasaskan Multimedia bagi Subjek

Muka surat 12/12

“Instructional Design Fundamentals: A Review and Reconsideration.” Englewood Cliffs NJ: Educational Technology Publications.

Zol Bahri Razali (2001). “Pembelajaran Berbantu Multimedia: Implikasi Pembelajaran

Subjek Kejuruteraan Mekanikal.” KUKUM.