pengumpulan berdasarkan subjek

1
KAMI SENTIASA BERSEDIA UNTUK MEMBANTU Pihak sekolah akan menyarankan gabungan subjek berdasarkan keperluan dan kebolehan anak anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Pengumpulan Berdasarkan Subjek, sila berjumpa pihak sekolah anak anda untuk mendapatkan bantuan. APAKAH ANTARA PILIHAN YANG TERSEDIA? Jika anak anda (bagi peperiksaan Darjah 4) Anak anda mungkin disarankan untuk mengambil Lulus kesemua 4 subjek dan mencapai prestasi yang amat baik dalam Bahasa Ibunda 4 subjek standard + Bahasa Ibunda Lanjutan Lulus kesemua 4 subjek 4 subjek standard Lulus 3 subjek 4 subjek standard Lulus 2 subjek atau kurang 4 subjek standard; atau 3 subjek standard + 1 subjek asas; atau 2 subjek standard + 2 subjek asas; atau 1 subjek standard + 3 subjek asas; atau 4 subjek asas SALURAN HUBUNGAN DAN SOKONGAN Untuk maklumat lanjut, kunjungilah lelaman web MOE di www.moe.gov.sg/education/primary. Anda juga boleh menelefon Pusat Khidmat Pelanggan MOE di 6872 2220, atau berhubung dengan kami melalui Facebook di www.facebook.com/moesingapore. PENGUMPULAN BERDASARKAN SUBJEK DAN KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH : BAGAIMANAKAH KEDUA-DUANYA BERKAIT? Kemajuan ke peringkat menengah bergantung pada skor PSLE anak anda. Jangkaan yang berbeza-beza bagi subjek-subjek standard dan asas akan diambil kira semasa skor PSLE anak anda dikira. Sebelum ini, murid-murid daripada aliran EM3 kebanyakannya akan memasuki kursus Normal (Teknikal) di peringkat menengah. Dengan Pengumpulan Berdasarkan Subjek, murid-murid yang mempunyai keupayaan yang jelas dalam beberapa subjek dibolehkan mengambil sekurang-kurangnya satu subjek di peringkat standard. Jika mereka cemerlang dalam subjek tersebut, mereka berpeluang untuk meneruskan pilihan di peringkat lanjutan di sekolah menengah. Mengambil subjek di peringkat asas tidak akan membawa kekurangan kepada anak anda. Dia boleh menumpukan perhatian pada pembinaan asas yang kukuh dalam subjek-subjek tersebut dan dapat lebih mempersiapkannya untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. APA ITU PENGUMPULAN BERDASARKAN SUBJEK? Pengumpulan berdasarkan subjek menyediakan lebih banyak pilihan untuk anak anda menawarkan gabungan subjek-subjek standard dan asas mengikut kekuatannya. Sebagai contoh, jika dia cemerlang dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda tetapi memerlukan lebih sokongan dalam Matematik dan Sains, dia boleh memilih untuk mengambil dua subjek yang pertama di peringkat standard dan yang lainnya di peringkat asas. Pilihan sebegini akan membolehkan anak anda memberikan tumpuan pada potensinya di samping mengembangkan kebolehannya dalam subjek-subjek yang dia cenderung, sementara dia membina asas dalam subjek-subjek yang dia perlukan lebih sokongan. MENGAPAKAH PENGUMPULAN BERDASARKAN SUBJEK DIPERKENALKAN? Untuk mengenali kebolehan berbeza-beza murid dan memberikan mereka lebih banyak fleksibiliti untuk menumpukan perhatian terhadap subjek-subjek yang mereka lebih cenderung. Untuk menggalakkan lebih banyak interaksi antara murid-murid yang berlainan keupayaan. S IN G A P O R E M INIS T R Y OF E D U C A TIO N 1 North Buona Vista Drive Singapore 138675 Tel: 6872 2220 Email: [email protected] www.moe.gov.sg Maklumat di dalam brosur ini adalah betul pada Ogos 2016 Dihasilkan oleh Kumpulan Komunikasi dan Penglibatan MOE BAGAIMANAKAH PENGUMPULAN BERDASARKAN SUBJEK DILAKSANAKAN? Memenuhi Kebolehan Anak Anda Setiap kanak-kanak unik, dan mempunyai kecenderungan, keupayaan dan bakat yang berbeza-beza. Sekolah-sekolah kami percaya akan menyediakan pendidikan yang seimbang yang dapat memenuhi kebolehan anak-anak kita yang berbeza-beza supaya dapat mempersiapkan dia untuk kehidupan. Pengumpulan Berdasarkan Subjek telah diperkenalkan untuk memperhalus proses penyaluran bagi membantu setiap kanak-kanak mencapai potensinya berdasarkan minat dan keupayaan masing-masing. PENGUMPULAN BERDASARKAN SUBJEK Untuk Sekolah Rendah Di Darjah 4 Murid menduduki peperiksaan berasaskan sekolah Sekolah menyarankan gabungan subjek berdasarkan keputusan murid. Ibu bapa melengkapkan borang pilihan untuk menyatakan gabungan subjek pilihan mereka. Di Darjah 5 Murid mengambil gabungan subjek yang telah dipilih oleh ibu bapa Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Ibunda ditawarkan di peringkat standard dan asas. Bahasa Ibunda Lanjutan juga disediakan. Sekolah menilai keupayaan murid untuk menangani gabungan subjek yang diambil pada penghujung tahun. Pelarasan bilangan subjek standard dan asas boleh dilakukan, jika perlu. Di Darjah 6 Murid mengambil gabungan subjek yang diputuskan oleh sekolahnya dan menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) di akhir Darjah 6

Upload: truongcong

Post on 04-Jan-2017

250 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGUMPULAN BERDASARKAN SUBJEK

KAMI SENTIASA BERSEDIA UNTUK MEMBANTU

Pihak sekolah akan menyarankan gabungan subjek berdasarkan keperluan dan kebolehan anak anda.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Pengumpulan Berdasarkan Subjek, sila berjumpa pihak sekolah anak anda untuk mendapatkan bantuan.

APAKAH ANTARA PILIHAN YANG TERSEDIA?

Jika anak anda (bagi peperiksaan Darjah 4)

Anak anda mungkin disarankan untuk mengambil

Lulus kesemua 4 subjek dan mencapai prestasi yang amat baik dalam Bahasa Ibunda

4 subjek standard + Bahasa Ibunda Lanjutan

Lulus kesemua 4 subjek 4 subjek standard

Lulus 3 subjek 4 subjek standard

Lulus 2 subjek atau kurang 4 subjek standard; atau

3 subjek standard + 1 subjek asas; atau

2 subjek standard + 2 subjek asas; atau

1 subjek standard + 3 subjek asas; atau

4 subjek asas

SALURAN HUBUNGAN DAN SOKONGAN

Untuk maklumat lanjut, kunjungilah lelaman web MOE diwww.moe.gov.sg/education/primary.

Anda juga boleh menelefonPusat Khidmat Pelanggan MOE di 6872 2220, atau berhubung dengan kami melalui Facebook diwww.facebook.com/moesingapore.

PENGUMPULAN BERDASARKAN SUBJEK DAN KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH :BAGAIMANAKAH KEDUA-DUANYA BERKAIT?

Kemajuan ke peringkat menengah bergantung pada skor PSLE anak anda. Jangkaan yang berbeza-beza bagi subjek-subjek standard dan asas akan diambil kira semasa skor PSLE anak anda dikira.

Sebelum ini, murid-murid daripadaaliran EM3 kebanyakannya akan memasuki kursus Normal (Teknikal) di peringkat menengah.

Dengan Pengumpulan Berdasarkan Subjek, murid-murid yang mempunyai keupayaan yang jelas dalam beberapa subjek dibolehkan mengambil sekurang-kurangnya satu subjekdi peringkat standard. Jika mereka cemerlang dalam subjek tersebut, mereka berpeluang untuk meneruskan pilihan di peringkat lanjutan di sekolah menengah.

Mengambil subjek di peringkat asas tidak akan membawa kekurangan kepada anak anda. Dia boleh menumpukan perhatian pada pembinaan asas yang kukuh dalam subjek-subjek tersebut dan dapat lebih mempersiapkannya untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.

APA ITU PENGUMPULAN BERDASARKAN SUBJEK?

Pengumpulan berdasarkan subjek menyediakan lebih banyak pilihan untuk anak anda menawarkan gabungansubjek-subjek standard dan asas mengikut kekuatannya. Sebagai contoh, jika dia cemerlang dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda tetapi memerlukan lebih sokongan dalam Matematik dan Sains, dia boleh memilih untuk mengambil dua subjek yang pertama di peringkat standard dan yang lainnya di peringkat asas.

Pilihan sebegini akan membolehkan anak anda memberikan tumpuan pada potensinya di samping mengembangkan kebolehannya dalam subjek-subjek yang dia cenderung, sementara dia membina asas dalam subjek-subjek yang dia perlukanlebih sokongan.

MENGAPAKAH PENGUMPULAN BERDASARKAN SUBJEK DIPERKENALKAN?

• Untuk mengenali kebolehan berbeza-beza murid dan memberikan mereka lebih

banyakfleksibilitiuntukmenumpukan perhatian terhadap subjek-subjek yang mereka lebih cenderung.

• Untuk menggalakkan lebih banyak interaksi antara murid-murid yang berlainan keupayaan.

SINGAPORE

MINISTRY OF EDUCATION

1 North Buona Vista Drive Singapore 138675

Tel: 6872 2220Email: [email protected]

www.moe.gov.sg

Maklumat di dalam brosur ini adalah betul pada Ogos 2016

Dihasilkan oleh Kumpulan Komunikasi dan Penglibatan MOE

BAGAIMANAKAH PENGUMPULAN BERDASARKAN SUBJEK DILAKSANAKAN?

Memenuhi Kebolehan Anak Anda

Setiap kanak-kanak unik, dan mempunyai kecenderungan, keupayaan dan bakat yang berbeza-beza. Sekolah-sekolah kami percaya akan menyediakan pendidikan yang seimbang yang dapat memenuhi kebolehan anak-anak kita yang berbeza-beza supaya dapat mempersiapkan dia untuk kehidupan.

Pengumpulan Berdasarkan Subjek telah diperkenalkan untuk memperhalus proses penyaluran bagi membantu setiap kanak-kanak mencapai potensinya berdasarkan minat dan keupayaan masing-masing.

PENGUMPULAN BERDASARKAN SUBJEK

Untuk Sekolah RendahDi Darjah 4

Murid menduduki peperiksaan berasaskan sekolahSekolah menyarankan gabungan subjek berdasarkan keputusan murid.

Ibu bapa melengkapkan borang pilihan untuk menyatakangabungan subjek pilihan mereka.

Di Darjah 5

Murid mengambil gabungan subjek yang telah dipilih oleh ibu bapaBahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Ibunda ditawarkan di peringkat standard dan asas.

Bahasa Ibunda Lanjutan juga disediakan.Sekolah menilai keupayaan murid untuk menangani gabungan subjek

yang diambil pada penghujung tahun.Pelarasan bilangan subjek standard dan asas boleh dilakukan, jika perlu.

Di Darjah 6

Murid mengambil gabungan subjek yang diputuskanoleh sekolahnya dan menduduki

Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) di akhir Darjah 6