21782272-08-tajuk-6-wacana

7

Click here to load reader

Upload: punitha-regunathan

Post on 10-Aug-2015

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 21782272-08-Tajuk-6-wacana

Modul 1 : KPLI Asas Dinamika Guru Unit 1 : Bahasa Melayu Kini

Tajuk 6 WACANA

1. Apakah definisi wacana?2. Apakah cirri-ciri wacana?3. Apakah makna kohesi dan koheren?

6.0 Pengenalan

Wacana (Discourse) adalah kesatuan bahasa yang lengkap dan paling tinggi dalam pertuturan dan penulisan memperlihatkan kesinambungan fikiran, baik dari aspek komunikasi dan konteks. Salah satu unsur linguistik dalam wacana ialah pertautan atau perkaitan semantik yang meliputi aspek kohesi dan koheren.

Koheren bergantung kepada penggunaan kohesi yang sesuai dan gramatis. Koheren juga bergantung kepada konteks dan situasi. Koheren adalah kesatuan idea dalam wacana yang menggambarkan kejelasan idea, ada penekanan kepada idea utama dan idea sampingan, dan dipersembahkan dengan gaya tertentu. Dalam penulisan karangan, yang diutamakan ialah aspek isi kandungan, organisasi dan gaya persembahan yang tepat dengan tajuk.

Pada akhir pelajaran ini anda akan dapat:

(1) Memahami pengertian wacana, dan ciri-ciri wacana.(2) Menghasilkan wacana yang utuh dalam pertuturan dan penulisan.

Modul ini menjelaskan tentang;

6.1 Definisi wacana6.2 Ciri-ciri wacana6.3 Jenis-jenis wacana6.4 Keutuhan wacana6.5 Penanda wacana

6.1 Definisi wacana

Wacana ialah keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis, iaitu pelahiran sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang ke arah menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam berkomunikasi(Asmah Haji Omar,1986).

Wacana boleh direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel,buku, siri ensaiklopedia, paragraf, kalimat atau kata yang membawa amanat yang lengkap (Harimurti Kridalaksana,1982)

50

Page 2: 21782272-08-Tajuk-6-wacana

Modul 1 : KPLI Asas Dinamika Guru Unit 1 : Bahasa Melayu Kini

Tegasnya, wacana ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, bab, cerita, dialog dan buku yang menunjukkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan.

6.2 Ciri-ciri Wacana

a .Perlu dikaji kaitan penutur dengan masyarakat sekitarnya. Kaitan antara penutur dengan masyarakat sekitarnya akan menentukan gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal.

b. Harus ada tujuan yang menentukan jenis ayat. Jika tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentuk ialah ayat tanya.

c. Berdasarkan kaitan penutur dengan pendengar. Wacana lisan adalah perkaitan antara penutur dengan pendengar, manakala wacana tulisan adalah kaitan antara penulis dengan pembaca.

d. Tidak boleh memuatkan maklumat yang bertentangan. Contoh:Kelmarin dia tidur sehari suntuk. Kelmarin dia tidur hingga jam 9.00 pagi.

e.Perlu ada unsur-unsur susun atur menurut sebab, akibat, tempat, waktu, keutamaan dan sebagainya.Ayat-ayat itu harus mempunyai urutan yang berkait rapat.

f. Harus mempunyai andaian dan inferensi. Maklumat pertama dalam wacana digelar andaian, manakala maklumat berikutnya disebut inferensi.

g. Harus ada maklumat baru. Ayat-ayat yang mengesahkan kebenaran ayat sebelumnya tidak boleh dimasukkan dalam satu wacana.

6.3 Jenis-jenis wacana

a. Wacana lisan(spoken discourse)Wacana lisan adalah wacana yang disampaikan secara lisan. Ia juga disebut sebagai wacana interaktif.

b. Wacana tulisan(written discourse)Wacana tulisan adalah wacana yang disampaikan secara bertulis melalui media tulis.

c. Wacana langsung(direct discourse)Wacana langsung merupakan kutipan wacana yang sebenarnya dibatasi oleh intonasi atau pungtuasi.

51

Page 3: 21782272-08-Tajuk-6-wacana

Modul 1 : KPLI Asas Dinamika Guru Unit 1 : Bahasa Melayu Kini

d. Wacana tidak langsung(indirect discourse)Wacana tidak langsung adalah pengungkapan kembali wacana, tanpa mengutip harfiah kata-kata yang dipakai oleh pembicara dengan pembinaan gramatikal atau kata tertentu seperti bahawa dan sebagainya.

e.Wacana pembentangan(expository discourse)Wacana yang tidak mementingkan waktu dan penutur, berorientasi pada pokok pembicaraan, dan bahagian-bahagian diikat secara logik.

f.Wacana penuturan(narrative discourse)Wacana yang mementingkan urutan waktu, dituturkan oleh orang pertama atau ketiga dalam waktu tertentu, berorientasi kepada pelaku, dan seluruh bahagiannya diikat oleh kronologi.

g.Wacana prosaWacana yang disampaikan dalam bentuk prosa. Wacana ini boleh secara lisan mahupun tulisan, berupa wacana langsung atau tidak langsung, boleh pula secara pembentangan atau penuturan.

h.Wacana puisiWacana puisi adalah wacana yang disampaikan dalam bentuk puisi, baik secara lisan ataupun tulisan.

i.Wacana dramaWacana drama merupakan wacana yang disampaikan dalam bentuk drama atau dialog, baik secara lisan mahupun tulisan.

6.4 Keutuhan wacana

Keutuhan wacana merupakan satu aspek penting kerana akan memastikan sama ada sesuatu kesatuan itu boleh dikatakan wacana atau hanya satu kumpulan ayat yang tidak teratur. Keutuhan wacana dapat diteliti daripada wujudnya kaitan-kaitan dari aspek fonologi, semantik, dan gramatis.

6.4.1 Kaitan dari Aspek Fonologi

Kaitan ini dapat dilihat daripada hentian atau kesenyapan suara, nada suara, intonasi dan tinggi rendah. Unsur ini juga boleh menimbulkan kaitan semantik antara bahagian-bahagian wacana. Contoh:

(a) Keluar?(b) Keluar!

Kata keluar dalam (a) berupa pertanyaan, manakala (b) berupa perintah.

52

Page 4: 21782272-08-Tajuk-6-wacana

Modul 1 : KPLI Asas Dinamika Guru Unit 1 : Bahasa Melayu Kini

6.4.2 Kaitan dari Aspek Semantik

6.4.2.1 Kaitan semantik antara bahagian-bahagian wacana dapat dilihat seperti berikut:

(a) Kaitan sebab dan tujuan.Contoh:Guru itu rajin mengajar. Dia mengharapkan semua muridnya lulus cemerlang dalam UPSR.

(b) Kaitan sebab dan akibat.Contoh:Ramli keletihan berlari jauh. Dia pengsan.

(c) Kaitan sebab dan hasil. Contoh: Puan Maznah seorang usahawan yang gigih dan berjaya. Dia

memiliki sebuah syarikat keselamatan yang terbesar di Malaysia.

(d) Kaitan syarat dan hasil. Contoh: Murid-murid mesti belajar bersungguh-sungguh. Kesungguhan menghasilkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.

(e) Kaitan perbandingan.Contoh:Siti Musliha bijak. Abangnya lebih bijak lagi.

(f) Kaitan latar dan kesimpulan.Contoh:Sajak itu sungguh indah bahasa perbandingannya. Sebenarnya Usman Awang yang menciptanya.

(g) Kaitan sampingan.Contoh:Saya sudah mengulang kaji. Saya letih, jadi biarlah saya berehat

sekarang.

(h) Kaitan memperkuatkan isi.Contoh:Sungguh sopan pelajar itu. Berbudi bahasa dan lembut tutur katanya.

6.4.2.2 Kaitan semantik dari segi konteks atau latar wacana. Kaitan ini dapat dilihat pada:

(a) Laras bahasa yang digunakan

Contoh:Bersihkan keladi dan celur dengan air kapur sirih. Air kapur sirih dibuang.Toskan. Belacan, bawang putih, bawang merah dan halia digiling hingga lumat. Gaulkan semuanya dengan cili boh ke dalam periuk. Masukkan

53

Page 5: 21782272-08-Tajuk-6-wacana

Modul 1 : KPLI Asas Dinamika Guru Unit 1 : Bahasa Melayu Kini

air asam jawa, asam keping dan belacan yang ditumbuk tadi. Masukkan keladi dan masak hingga mendidih..

(Walaupun ayat-ayat di atas diucapkan secara terputus-putus, kita masih dapat memahaminya dan menganggapnya sebagai wacana kerana cara penyampaiannya memang sedemikian)

(b) Kesepaduan tajuk

Contoh:Kehidupannya senang. Dia berumah besar dan memiliki kereta mewah. Perubahannya sungguh tidak disangka.

(Orang yang dimaksudkan itu dahulunya susah dan miskin)

(c ) Kaitan sosial antara penutur dengan pendengar.

Contoh: Abu: Sudah siap? Ali: Belum. Masa tidak cukup. (kedua-dua penutur memahami apa yang dimaksudkan meskipun

orang lain mungkin tidak memahaminya.)

6.4.3 Kaitan Dari Aspek Gramatis

Keutuhan wacana dapat dilihat daripada penggunaan penanda gramatis, seperti:

(a) Kata hubungSejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan antara klausa dengan klausa, ayat dan kesatuan.Contoh:Atau, dan, lalu, sambil, andai kata, sungguhpun demikian, walaupun begitu, kendatipun, oleh yang demikian, ketika itu.

(b) PelenyapanPelenyapan atau penghilangan bertujuan mengelakkan pengulangan terhadap sesuatu maklumat yang tersirat daripada pernyataan-pernyataan yang telah diberikan.

Contoh:Fatin datang petang semalam. Ibunya pagi ini.(yang dilenyapkan ialah datang pada bahagian ayat keduanya)

54

Page 6: 21782272-08-Tajuk-6-wacana

Modul 1 : KPLI Asas Dinamika Guru Unit 1 : Bahasa Melayu Kini

6.5 Penanda WacanaPenanda wacana merupakan kata-kata dan rangkai kata atau frasa yang menunjukkan pertalian, hujah dan buah fikiran. Penanda wacana boleh digunakan sebagai kata, ayat dan satuan-satuan yang lebih besar.

Contoh:akhirnya oleh ituboleh jadi oleh sebab itubegitu pun oleh yang demikiandengan itu sebelum itudengan demikian sekiranyadi samping itu sesungguhnyadisebabkan oleh tambahan lagijusteru walaupun demikianlantaran itu walau bagaimanapunmemandangkan makamalah

Tutorial

Jawab soalan-soalan berikut untuk dibincangkan dalam sesi tutorial

a) Lengkapkan pantun ini:

i) ….……………………….,Dapat rusa berbelang kaki;Berguru kepalang ajar,…………………………….

ii) Tinggi-tinggi Si Matahari,………………………………;………………………………,Baru sekarang saya mendapat

b) Kampung seri murni telah didirikan sejak lima belas tahun yang lalu. Tetapi pembangunan kampung itu sangat lambat. Penduduknya masih lagi menggunakan air perigi dan berlampukan pelita minyak tanah.

Apakah keutuhan wacana bagi teks yang di atas?

c) Bina beberapa teks yang lain yang dapat menggambarkan hubungan atau kaitan aspek fonologi, semantik dan gramatis yang boleh membentuk sesebuah wacana yang utuh. Bincangkan teks anda dengan rakan-rakan yang lain.

55

Page 7: 21782272-08-Tajuk-6-wacana

Modul 1 : KPLI Asas Dinamika Guru Unit 1 : Bahasa Melayu Kini

Rumusan

Wacana ialah keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan atau percakapan. Ia melebihi had ayat yang terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, bab, cerita, dialog atau buku yang menunjukkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan.

Ab.Rahman Ab.Rashid dan Yap Kim Fatt (1997). Bahasa Melayu Komunikasi 2. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn.Bhd.

Harimurti Kridalaksana (1978). ‘Keutuhan Wacana’ dalam Dewan

Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Bahasa.

56