elecktrik-f2 sains

Upload: rvin

Post on 29-Feb-2016

51 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Electricity

TRANSCRIPT

  • Elektrik statik cas elektrik yang pegun atau tidak bergerakKajian elektrik statik disebut elektrostatik.Terdapat dua jenis cas elektrik statik, iaitu cas positif dan cas negatif.Cas positif terdiri daripada proton. Proton tidak boleh bergerak.Cas negatif terdiri daripada elektron. Pemindahan elektron berlaku apabila dua bahan yang berlainan digosokkan bersama-sama.

  • Cas positif dan cas negatif mempunyai keupayaan untuk menarik dan menolak cas-cas yang lain.Cas yang sama jenis menolak antara satu sama lain.Cas yang berlainan jenis menarik antara satu sama lain.Daya tolakan dan daya tarikan yang wujud antara cas elektitrik ini disebut daya elektrostatik.Daya elektrostatik ialah sejenis daya yang disebabkan oleh cas-cas elektrik statik.

  • Cas elektrik statik dapat dihasilkan pada objek yang neutral dengan menggosokkannya dengan satu bahan yang lain seperti kain berbulu atau kain sutera.Apabila dua bahan berlainan digosok, pemindahan elektron berlaku. Salah satu bahan menerima elektron manakala satu lagi kehilangan elektron.Bahan yang menerima elektron menjadi bercas negatif kerana mempunyai lebih banyak elektron daripada proton.

  • Bahan yang kehilangan elektron menjadi bercas positif kerana mempunyai lebih banyak proton daripada elektron.Satu objek adalah neutral jika bilangan cas positif (proton) dan cas negatif (elektron) adalah sama.

    Bahan yang dicas positif dan negatif

    Bahan dicas positifBahan dicas negatifKacaKain suteraSelulosa asetatKain sutera, kain buluKain suteraGetah kerasGetah (belon)NilonKain buluGetah (belon), politena

  • Elektroskop digunakan untuk mengesan cas elektrik yang kecil atau cas-cas elektrik statik.Bahan yang bercas dapat dikesan dengan menggunakan elektroskop

  • Sebelum digunakan, elektroskop perlu dibumikan dengan menyentuh ceper logamnya dengan jari. Hal ini bertujuan untuk meneutralkan elektroskop.Apabila bahan yang bercas dibawa dekat kepada ceper logam elektroskop, kerajang emasnya akan mencapah.Apabila bahan yang tidak bercas (neutral) dibawa dekat kepada ceper logam elektroskop, kerajang emasnya tidak akan mencapah.

  • Percikan bunga api terhasil apabila enjin kereta dihidupkan. Cas-cas elektrik melompat melintasi ruang bunga api pada palam pencucuh untuk menghasilkan bunga api. Bunga api ini menyebabkan bahan api terbakar untuk menghasilkan tenaga.

  • Rambut kering akan berdiri tegak atau akan tertarik ke arah sikat pada hari kering. Hal ini disebabkan rambut menjadi bercas apabila bergeser dengan sikat.

  • Cas elektrik terhasi apabila pemetik api elektronik dipetik untuk menghasilkan bunga api. Bunga api ini kemudian akan menyalakan gas.

  • Bunyi bergeser kedengaran apabila kita menanggalkan pakaian nilon pada hari kering. Hal ini disebabkan cas elektrik statik terhasil apabila pakaian nilon bergeser dengan badan kita.

  • Dinamo mengubah tenaga kinetik kepada tenaga elektrikTenaga kimia diubah kepada tenaga elektrik dalam sel-sel kimia.Tenaga suria diubah kepada tenaga elektrikArus terhasil apabila haba dikenakan

  • Cas-cas elektrik (elektron) yang bergerak menghasilkan arus elektrik.Arus elektrik membolehkan alat elektrik seperti televisyen, peti sejuk dan kipas angin berfungsi.Arus elektrik terhasil apabila elektron-elektron mengalir dalam satu arah tertentu dalam suatu konduktor.Arus elektrik adalah kadar pengaliran cas-cas negatif atau elektron melalui suatu konduktor.

  • Arus elektrik juga ditakrifkan sebagai kuantiti cas yang mengalir melalui suatu konduktor dalam masa satu saat.Penjana Van de Graaff adalah satu alat yang dapat menghasilkan cas-cas elektrik (cas elektrostatik) yang bervoltan sangat tinggi pada kubahnya.

  • Apabila penjana dihidupkan, tali getah berpusing dan bergeser dengan kedua-dua roda. Kubah menjadi bercas. Kubah penjana lazimnya bercas positif (kubah penjana boleh dicas positif atau negatif) Kubah yang kering dapat memegang cas-casnya dengan lebih lama.

  • Voltan adalah tenaga elektrik yang diperlukan untuk membolehkan elektron mengalir dari satu titik ke titik yang lain dalam konduktor.Voltan menghasilkan daya yang menolak elektron-elektron bergerak melalui suatu litar untuk menghasilkan arus elektrik.Sel kering atau bateri mempunyai voltan.

  • Elektron yang mengalir melalui suatu konduktor sentiasa mengalami halangan.Sifat bahan yang menentang pengaliran elektron atau cas-cas elektrik disebut rintangan.Bahan yang rintangannya tinggi hanya membenarkan arus yang kecil mengalir melaluinya.Sesetengah konduktor mempunyai rintangan yang tinggi terhadap arus yang mengalir menerusinya. Konduktor jenis ini disebut perintang.

  • Rintangan pada suatu konduktor, misalnya dawai, bergantung pada:Panjang konduktorSemakin panjang konduktor, semakin tinggi rintangannya.Diameter atau tebalnya konduktorSemakin besar diameter konduktor, semakin rendah rintangannya.Jenis konduktorKonduktor yang berlainan jenis mempunyai rintangan yang berbezaLogam kuprum dan aluminium yang luas digunakan sebagai wayar elektrik adalah antara logam yang mempunyai rintangan yang rendah.

  • Dalam sel kering, arus dihasilkan apabila elektron mengalir dari terminal negatif ke terminal positif pada sel melalui wayar.Namun demikian, arah pengaliran arus adalah berlawanan dengan arah pengaliran elektron.Arus elektrik mengalir dari terminal positif sel ke terminal negatif sel.

  • Arah pengaliran arus elektrik

  • Arus elektrik yang mengalir dari suatu sumber tenaga elektrik dapat disukat dengan menggunakan ammeter.Unit sukatan bagi arus adalah ampere (A).Ammeter disambungkan secara bersiri dalam litar semasa menyukat arus.Jika jarum ammeter tidak bergerak tiada arus mengalir dalam litar.Terminal positif ammeter perlu disambung kepada terminal positif sumber elektrik dalam litar elektrik.Terminal negatif ammeter perlu disambung kepada terminal negatif.

  • Unit sukatan bagi arus elektrik

    1 ampere (A) = 1000 miliampere (mA)1 miliampere (mA) = 1000 mikroampere (A)

  • Voltan dapat disukat dengan menggunakan voltmeter.Unit sukatan bagi voltan adalah volt (V).Voltmeter disambungkan secara selari dalam litar semasa menyukat voltan.Terminal positif voltmeter perlu disambung kepada terminal positif sumber elektrik dalam litar elektrik.

  • Rintangan disukat dalam unit ohm.Simbol adalah .Perintang adalah suatu alat yang digunakan untuk mengurangkan arus elektrik yang mengalir dalam litar.Semakin besar nilai ohm pada suatu perintang, semakin besar rintangannya.

  • Litar bersiriLitar selari

    Susunan litar elektrik

    Komponen elektrik disambungkan dari hujung ke hujung

    Komponen elektrik disambungkan sebelah menyebelah

  • Litar bersiriLitar selari

    Arus elektrik

    Arus mengalir dalam satu saluran sahaja

    Jumlah arus dalam litar adalah sama jumlah arus yang melalui setiap komponen.

  • Litar bersiriLitar selari

    Voltan

    Semakin banyak sel disambungkan, semakin besar arus yang mengalir.Jumlah voltan adalah sama dengan hasil tambah voltan setiap sel.

    Nilai voltan yang merentas setiap mentol adalah sama dengan voltan yang dibekalkan oleh sumber elektrik.

  • Litar bersiriLitar selari

    Rintangan

    Jumlah rintangan adalah sama hasil tambah semua rintangan dalam litar.

    Hubungan antara setiap rintangan dalam litar ialah:

  • Litar bersiri Jenis litar Litar selari Arus yang mengalir dalam litar adalah sama, jadi mentol menyala dengan kecerahan yang sama. Semua komponen dikawal dengan menggunakan satu suis. Arus didalam litar bertambah jika lebih banyak sel disambungkan.

    Kelebihan Jika salah satu mentol terbakar, mentol yang lain masih bernyala Setiap mentol menerima voltan yang sama yang dibekalkan oleh sumber elektrik

  • Litar bersiri Jenis litar Litar selari Jika satu mentol terbakar, mentol yang lain tidak akan bernyala. Jika lebih banyak mentol disambungkan, rintangan semakin bertambah dan menyebabkan arus yang mengalir berkurangan.

    Kekurangan Arus yang mengalir dalam litar adalah sama walaupun lebih banyak sel disambungkan.

  • Membekalkan tenaga elektrikMenyala apabila arus mengalir Mengurangkan pengaliran arus dalam litar

  • Menyukat arus.Unitnya ampere Menyukat voltan. Unitnya voltMelebur apabila arus berlebihan mengalir malaluinya

  • Elektromagnet terdiri daripada satu solenoid (gegelung dawai) yang dililit mengelilingi satu teras besi jati.Teras besi jati berfungsi untuk memperkuatkan kemagnetan solenoid.Besi jati digunakan kerana lebih senang dimagnetkan dan lebih senang menghilangkan kemagnetannya apabila arus elektrik berhenti mengalir melaluinya.

  • Apabila arus elektrik dialirkan, besi jati menjadi sebatang magnet. Tapi, kemagnetan hilang apabila arus elektrik terputus.Kekuatan medan magnet pada elektromagnet dapat ditingkatkan dengan:Menambah bilangan lilitan solenoidMembesarkan arus elektrik yang mengalirMengurangkan diameter solenoid.

  • Apabila suis dihidupkan, arus elektrik mengalir menerusi litar.Elektromagnet pada loceng menarik armatur dan pemukul bersama-sama menyebabkan pemukul itu mengetuk loceng. Bunyi terhasil.Pada masa yang sama, litar dipukulkan pada titik sentuhan.Arus elektrik berhenti mengalir dan kemagnetan elektromagnet hilang. Armatur ditarik balik ke kedudukan asalnya oleh spring dan menyentuh titik sentuh sekali lagi.Elektromagnet menarik armatur semula dan pemukul mengetuk loceng semula.Proses ini berulang untuk menghasilkan bunyi dering pada loceng elektrik.