20140418084847 sbfs1103 topik 2 penyelidikan mengenai pemikiran dan penyelesaian masalah

29
PENGENALAN Perwakilan mental dan komputasi mental adalah dua isu utama yang mencirikan psikologi moden. Kebanyakan individu merasakan bahawa pemikiran adalah berkaitan dengan sesuatu aspek dalaman atau kognitif, bukannya tingkah laku sahaja. Dalam kata lain, berfikir adalah sesuatu yang berlaku secara tersirat; maka, kita tidak boleh membuat pemerhatian secara langsung terhadapnya. Pemikiran tentang berfikir bermula sejak zaman ahli T T o o p p i i k k 2 2 Penyelidikan Mengenai Pemikiran dan Penyelesaian Masalah HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan anteseden utama sains psikologi; 2. Menjelaskan psikologi pemikiran; 3. Mengenal pasti pelbagai konsep penyelesaian masalah; 4. Membincangkan penyelidikan yang dijalankan dalam penyelesaian masalah dan penaakulan; dan 5. Menjelaskan transisi ke era kognitif baharu.

Upload: semut-hitam

Post on 20-Jul-2015

510 views

Category:

Education


12 download

TRANSCRIPT

� PENGENALAN

Perwakilan mental dan komputasi mental adalah dua isu utama yang mencirikan psikologi moden. Kebanyakan individu merasakan bahawa pemikiran adalah berkaitan dengan sesuatu aspek dalaman atau kognitif, bukannya tingkah laku sahaja. Dalam kata lain, berfikir adalah sesuatu yang berlaku secara tersirat; maka, kita tidak boleh membuat pemerhatian secara langsung terhadapnya. Pemikiran tentang berfikir bermula sejak zaman ahli

TTooppiikk

22

� Penyelidikan Mengenai Pemikiran dan Penyelesaian Masalah

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan anteseden utama sains psikologi;

2. Menjelaskan psikologi pemikiran;

3. Mengenal pasti pelbagai konsep penyelesaian masalah;

4. Membincangkan penyelidikan yang dijalankan dalam penyelesaian masalah dan penaakulan; dan

5. Menjelaskan transisi ke era kognitif baharu.

TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN � MASALAH

31

falsafah kuno lagi seperti Aristotle. Kita akan mendapati sesetengah teori moden tentang berfikir dalam topik ini. Kita juga akan meneroka lebih jauh tentang penyelidikan mengenai proses berfikir berkaitan dengan penyelesaian masalah dan penaakulan.

ANTESEDEN UTAMA SAINS PSIKOLOGI

Pemikiran yang dibuat terhadap versi dunia luaran dikenali sebagai perwakilan yang wujud dalam otak manusia. Pemikiran juga melibatkan proses-proses memodifikasi atau mempertingkatkan perwakilan ini, yang mana adalah aspek fungsi atau komputasi pemikiran. Menurut Dellarosa (1988), sejak dahulu lagi usaha-usaha terawal memahami pemikiran manusia dalam bidang falsafah dan domain-domain persoalan lain, telah menitikberatkan pada salah satu atau kedua-dua isu perwakilan dan komputasi ini.

2.1.1 Assosiasinisme

Rajah 2.1: John Locke

Sumber: http://www.philosophypages.com/ph/lock.htm

2.1

Rutin berfikir merupakan alat berguna dalam menjadikan berfikir satu proses yang boleh diperhatikan. Satu rutin berfikir yang kita temui berguna dalam banyak keadaan melibatkan dua persoalan utama: „Apa yang berlaku di sini?‰ dan „ Apa anda nampak yang membuatkan anda berkata begitu?‰ Bincangkan dua persoalan utama ini di dalam kelas.

AKTIVITI 2.1

� TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN MASALAH 32

Assosiasinisme adalah gerakan pertama dalam sains dan falsafah untuk menghuraikan secara formal masalah perwakilan dan komputasi yang bermula sejak Aristotle, yang menyatakan bahawa dunia ini diwakili dalam diri kita, dan tingkah laku kita diarah oleh perkaitan yang terbentuk dalam kalangan idea-idea ini. John Locke (Rajah 2.1), seorang ahli falsafah Inggeris yang mencirikan psikologi sebagai kajian kehidupan mental, menyatakan minda mewakili dunia sebagai satu rangkaian idea-idea, yang saling berkaitan dengan yang lain melalui pengalaman. Satu idea boleh didefinisikan sebagai unit perwakilan pemikiran manusia yang terkecil yang mewakili makna, pengetahuan dan abstraksi. Apa sahaja yang boleh difahami oleh minda manusia adalah diwakili oleh satu set idea-idea kompleks yang boleh dianalisis kepada komponen elemen idea. Locke meneruskan dengan berkata bahawa idea-idea bukannya datang secara semula jadi atau diwarisi, sebaliknya dibina daripada pengalaman (Boring, 1950). Locke menyatakan bahawa minda manusia tanpa pengalaman boleh diumpamakan sebagai sehelai kain putih; maka pengalaman mesej pada kain ini dan meninggalkan tanda yang diterjemahkan kepada idea-idea. Idea-idea kompleks adalah hasil daripada ikatan dan kaitan idea-idea mudah. Tahap kerumitan dan perkaitan antara idea dibentuk dari zaman kanak-kanak ke zaman dewasa melalui pengalaman. Dua sumber eksperimental idea-idea mudah adalah pancaindera kita yang merasa perubahan dalam persekitaran dan minda itu sendiri, melalui refleksi terhadap aktivitinya sendiri. Maka, minda berupaya untuk sedar tentang subjek dan prosesnya sendiri; satu fenomena yang dipanggil introspeksi. Berdasarkan pada kenyataan bahawa minda adalah secara asas berdikari daripada tingkah laku ketara, keupayaan individu untuk menjelaskan adalah satu-satunya cara aktivitinya boleh diketahui. Sekali lagi, hal ini mengandaikannya itu satu tahap kesedaran tentang perwakilan mental dan/atau komputasi. Prinsip-prinsip di sebalik perkaitan idea-idea dan tetap utuh sehingga ke hari ini termasuklah:

(a) KKontiguiti � dua idea yang berlaku secara serentak dari segi masa atau ruang berkemungkinan berkaitan atau berhubung antara satu sama lain;

(b) PPersamaan � makin tinggi darjah kesamaan antara dua idea, makin besar kebarangkalian mereka adalah berhubungan; dan

(c) UUlangan � makin kerap dua idea wujud bersama, makin besar kekuatan perkaitan mereka.

Ahli falsafah British, James Mill dan anaknya John Stuart Mill, membezakan antara sensasi dan idea sebagai kelas asas elemen-elemen dalam minda. Menurut mereka, sensasi adalah elemen utama fikiran sedar yang mana idea, iaitu abstraksi tulen, dikeluarkan. Mereka membina kriteria kekuatan yang merangkumi:

TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN � MASALAH

33

(a) KKetetapan � lebih tegar sesuatu perkaitan sepanjang masa, lebih besar kekuatan permulaannya;

(b) KKepastian � lebih yakin seorang individu dengan perkaitan, lebih besar kekuatan; dan

(c) KKemudahan � lebih besar kelajuan dan kemudahan dari mana perkaitan itu datang, lebih besar kekuatannya.

2.1.2 Fakulti Minda

Menurut Sekolah Falsafah Scottish (Boring, 1950), minda bukanlah satu set idea atau perwakilan dunia tetapi satu set fakulti, kuasa atau keupayaan komputasi yang beroperasi terhadap sensasi yang mendatang. Perselisihan utama mereka tentang perkaitan adalah kepentingannya terhadap elemen-elemen asas, yang mana antara lain, kelihatan seperti bertentangan dengan pendapat agama konvensional pada masa itu tentang kesatuan minda dan roh. Walau bagaimanapun, lama kelamaan, psikologi semakin cenderung kepada Perkaitan. Thomas Brown menyarankan bahawa adalah perlu untuk mengemuka prinsip-prinsip perkaitan atau perwakilan, bersama fakulti-fakulti untuk memberikan penjelasan berkenaan siri pemikiran yang tipikal dengan kehidupan mental. Brown menyarankan satu siri hukum sebagai panduan bagi proses-proses perkaitan dan menjelaskan perbezaan jitu dalam kalangan idea-idea seperti frekuensi relatif, kebaruan dan keterangan.

Aristotle telah memperkenalkan satu lagi prinsip untuk mengawal perkaitan idea-idea yang dikenali sebagai „The Law of Contrast‰. Apakah yang anda faham tentang teori ini?

SEMAK KENDIRI 2.1

� TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN MASALAH 34

PSIKOLOGI PEMIKIRAN

Umumnya, ahli-ahli psikologi awal Amerika lebih mementingkan „mengapa‰ dan „bagaimana‰ fikiran sedar dan tingkah laku berlaku daripada „apa‰ kandungannya. Kepentingan terletak pada kesignifikanan fungsi minda, peranannya dalam adaptasi organisme dengan persekitaran, dan sifat-sifatnya sebagai satu mekanisme yang mengawal tingkah laku manusia.

2.2.1 William James

Seorang ahli teori dan seorang penyusun yang mempunyai kedudukan penting dalam psikologi telah diperkenalkan dalam satu buku klasik bertajuk Principles of Psychology (1890). Menurut James, minda manusia boleh dihuraikan sebagai satu susunan fungsi-fungsi dan fikiran sedar sebagai satu aliran dinamik peristiwa-peristiwa yang berinteraksi. Beliau menyifatkan psikologi sebagai satu kajian proses adaptif. Sebagai seorang yang mempercayai pada yang praktikal, beliau cuba menjelaskan kedua-dua tingkah laku dan fikiran sedar melalui konsep minda sebagai satu organ quasi-biologikal yang fungsinya boleh digunakan untuk adaptasi persekitaran. Selain daripada kerumitan, abstraksi dan kompleksiti yang tinggi, minda adalah hampir sama dengan struktur tubuh lain seperti jantung dan paru-paru. Tambahan lagi, menurut James, minda juga telah berkembang dalam manusia sehingga fungsinya lebih versatil dan pervasif berbanding organ-organ yang lain.

2.2.2 Fungsionalisme

Fungsionalisme menfokus pada fikiran sedar dan Elementisme, dan dipimpin oleh William James dan John Dewey. Prinsip-prinsip James adalah asas kepada

2.2

Brown telah memperluaskan prinsip-prinsip Perkaitan dan dengan itu menjadi orang pertama mengenal pasti hukum-hukum sekunder Perkaitan. Hukum-hukum utama bertanggungjawab mengubah idea-idea mudah kepada idea-idea kompleks. Hukum-hukum sekunder, walau bagaimanapun, menjelaskan mengapa satu perkaitan boleh menjadi lebih kuat daripada yang lain. Jalankan satu pencarian dalam Internet tentang enam hukum sekunder perkaitan ini.

AKTIVITI 2.2

TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN � MASALAH

35

Fungsionalisme, namun, ia dipertingkatkan dengan penanggapan dan pemerhatian oleh Dewey dan lain-lain.

(a) KKesignifikanan Fikiran Sedar Walaupun kepentingan fikiran sedar tidak disangkal oleh ahli fungsionalis, namun mereka tidak bersetuju bahawa ia merupakan masalah utama dalam bidang psikologi. Fikiran sedar dianggap oleh ahli fungsionalis sebagai pengantara dan proses-proses simbolik.

(b) TTeori Pemikiran Dewey Dewey (1910) mendefinisi pemikiran sebagai satu proses pelbagai tahap dan berorientasi matlamat yang mempunyai ciri-ciri berikut:

(i) Pengecaman satu masalah, atau satu „kesulitan yang dirasai‰;

(ii) Lokasi dan definisi masalah serta pengasingan sifat-sifatnya;

(iii) Formulasi kemungkinan penyelesaian alternatif ;

(iv) Memikirkan atau menakul melalui pelbagai kemungkinan untuk menentukan pilihan penyelesaian yang paling berkemungkinan; dan

(v) Menguji kemungkinan penyelesaian yang dipilih. Satu analisis menyerupai tahap pemikiran telah dimurnikan oleh Graham Wallas berdasarkan pada satu tinjauan bukti anekdotal tentang proses-proses simbolik ahli-ahli saintis kreatif. Empat tahap tindakan kreatif merangkumi:

(i) PPersediaan � pengumpulan dan penyusunan maklumat masalah relevan;

(ii) IInkubasi � tempoh renungan;

(iii) IIluminasi atau penanggapan � konsepsi satu penyelesaian; dan

(iv) PPengesahan � proses memastikan penyelesaian adalah berkesan.

2.2.3 Fungsionalisme yang Kemudian

Menurut kajian-kajian yang dijalankan oleh Thorndike (1898), pembelajaran dan penyelesaian masalah adalah, umumnya, proses beransur-ansur berdasarkan pada peningkatan kekuatan perkaitan antara situasi rangsangan dan kemungkinan respons tertentu. Hukum Pengulangan atau Latihan dan Hukum Akibat menguatkan perkaitan antara rangsangan dengan tindak balas. Hukum Akibat yang hampir sama dengan prinsip Peneguhan Moden menyatakan bahawa satu tindakan atau respons yang diikuti dengan satu keadaan yang menyenangkan lazimnya dikaitkan dengan situasi rangsangan yang meninggalkan kesan pada masa ia berlaku. Sebaliknya, perkaitan antara satu respons yang diikuti oleh satu keadaan yang tidak menyenangkan dan

� TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN MASALAH 36

rangsangan yang wujud biasanya menjadi lemah. Berdasarkan pada hakikat bahawa data eksperimen kedua-dua subjek manusia dan haiwan adalah sama, Thorndike menyatakan bahawa respons-respons adalah berhubung secara langsung pada situasi rangsangan sebagaimana ia dikesan oleh subjek.

2.2.4 Behaviorisme

Sistem yang diperkenalkan oleh Watson (1924), yang dikenali sebagai Behaviorisme, meletakkan tingkah laku atau prestasi sebagai tumpuan perhatian; membuatkannya elemen yang asas dalam psikologi. Menurut ahli behavioris, tidak ada gunanya untuk cuba memahami fikiran sedar yang tidak boleh dicapai dan mungkin tidak wujud apabila data psikologi yang sebenar adalah terbuka, boleh diperhatikan dan tersedia untuk diukur secara langsung. Hukum Akibat: Teori Pengelakan Kesakitan berlawanan dengan Teori Keseronokan telah dikemukakan oleh Edward L. Thorndike (Rajah 2.2) yang mencadangkan bahawa tingkah laku yang memberikan hasil menyeronokkan, mempunyai kecenderungan diulangi; manakala tingkah laku yang membawa akibat yang tidak menyeronokkan, tidak akan diulangi.

Rajah 2.2: Edward L. Thorndike

Sumber:http://www-distance.syr.edu/pvitaelt.html Watson berpendapat bahawa keadaan dan proses fikiran sedar yang dirujuk adalah tidak penting bagi ahli psikologi, mereka hanya berminat untuk mengetahui tentang prestasi yang biasa dilakukan. Watson terus menambah bahawa kita akhirnya patut mengetahui bahawa apa yang lazminya dianggap mentalistik adalah sebenarnya aktiviti motor yang tidak diluahkan atau yang kecil, kebanyakannya dalam bentuk mekanisme suara.

TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN � MASALAH

37

Perkataan, juga dikenali sebagai simbol, adalah respons yang kita telah pelajari untuk diaplikasi pada objek dan peristiwa dalam persekitaran. Seseorang boleh memikirkan objek-objek atau peristiwa-peristiwa ini dari segi pasangan lisannya. Apabila kita „berfikir pada diri sendiri‰ tentang mereka, kita pada dasarnya memendam respons lisan yang ketara untuk menamakan sehingga ke tahap ia menjadi sukar atau tidak mungkin untuk orang lain mengetahuinya. Walau bagaimanpun, dengan alat rakaman dan pengukuran yang sensitif dan sesuai, kita patut menjumpai bukti tentang mereka dalam pergerakan kecil anak tekak. Maka, berfikir adalah sebenarnya pertuturan di bawah tahap yang boleh didengari atau apa yang dikenali sebagai teori motor berfikir, yang memberi penekanan pada perubahan muskular atau glandular dan bukannya pada perubahan idea. Dapatan daripada kajian Jacobson (1930) menunjukkan bahawa pola-pola aktiviti muskular tertentu mengiringi dan berkorelasi dengan kandungan proses pemikiran. Tambahan lagi, Freeman (1931) melaporkan bahawa aktiviti-aktiviti mental asas boleh dibantu dengan mendorong satu peningkatan dalam nada muskular biasa dalam subjek. Ini membawa kepada kesimpulan bahawa terdapat korelasi antara pergerakan muskular (terutamanya vokal) dengan pemikiran. Dalam kata lain, mungkin juga aktiviti mental bergantung pada nada muskular tertentu. Walau bagaimanapun, tiada bukti yang cukup untuk meyakinkan semua ahli psikologi bahawa pemikiran dan tindakan adalah sama atau pemikiran boleh diwakili oleh pola-pola aktiviti periferal.

2.2.5 Psikologi Gestalt

Gestalt adalah satu perkataan Jerman yang bermaksud „keseluruhan berorganisasi‰ atau „konfigurasi‰. Para pengikut psikologi ini merasakan bahawa pengalaman psikologikal adalah anti-elementaristik atau dalam kata lain, tidak dibentuk daripada elemen perwakilan yang berasingan, tetapi beberapa peristiwa tersusun dinamik yang berinteraksi atau saling mempengaruhi satu sama lain. Satu organisme bertindak pada keseluruhan konfigurasi apabila ia merasai persekitarannya. Ciri-ciri keseluruhan bidang psikologi adalah berlainan daripada campuran bahagian-bahagian individu. Maka dengan itu tiada analisis kepada bahagian-bahagian boleh berjaya secara keseluruhannya. Ia juga menyatakan bahawa sensasi, persepsi, imej, perkaitan, refleks dan apa-apa yang sama adalah tidak boleh diterima sebagai unit-unit elemen psikologi yang bermakna. Bagi memahami fenomena psikologikal, seseorang perlu mengambil kira satu sistem

� TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN MASALAH 38

rangsangan iaitu perubahan dalam apa jua bahagian boleh mempengaruhi semua bahagian lain.

(a) HHuraian Gestalt tentang pemikiran Dalam pandangan Gestalt, satu masalah dianggap wujud apabila terdapat ketegangan atau tekanan yang tidak boleh diselesai dalam bidang psikologikal, yang terhasil daripada interaksi faktor-faktor perseptual dan/atau ingatan. Pemikiran terjadi apabila tekanan wujud, seterusnya memaksa organisme yang berfikir untuk bertindak. Ia menekankan proses komputasi yang mengikuti prinsip-prinsip teori dalam bidang fizik. Pengalaman lepas dengan masalah berkaitan tidak menjanjikan penyelesaian; sebaliknya, penyelesaian timbul daripada masalah seperti mana ia dipersepsikan. Berfikir adalah satu proses penyelesaian tekanan. Melihat masalah dari sudut berbeza adalah penting sebelum interaksi peristiwa-peristiwa membawa kepada gambaran lebih jelas tentang penyelesaian. Dalam kata lain, sebaik sahaja seseorang menganalisis masalah dengan betul, penyelesaian menjelma dengan serta merta. Teori Gestalt mempercayai terdapat satu hubungan yang jelas dan kuat antara berfikir dan persepsi yang mana kedua-duanya adalah dikawal oleh prinsip yang sama dalam teori bidang. Perbezaan utama antara keduanya adalah berfikir terjadi secara simbolik dan tidak banyak di bawah kawalan faktor-faktor luaran.

(b) PPenilaian Penekanan ahli-ahli psikologi Gestalt pada kepentingan fundamental dan asas celik akal sebagai satu prinsip pembelajaran membuatkan mereka terlibat dalam kontroversi berpanjangan dengan individu yang menganggap pembelajaran sebagai satu proses beransur-ansur. Psikologi Gestalt muncul semasa eksperimentalisme berada dalam genggaman kuat Behaviorisme yang melihat organisme sebagai sebuah mesin, tertakluk kepada banyak sumber rangsangan luaran yang berbeza dan bertindak balas padanya secara automatik. Secara keseluruhan, teori Gestalt membantu psikologi mendapat satu keseimbangan yang lebih dan pandangan praktikal tentang tingkah laku kompleks manusia yang mungkin sukar untuk dihuraikan berdasarkan Behaviorisme.

TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN � MASALAH

39

PENYELIDIKAN TENTANG KONSEP

Dua persoalan penting yang diperlukan bagi memahami tingkah laku konseptual manusia adalah:

(a) Bagaimana konsep didefinisi?

(b) Bagaimana konsep diperolehi?

2.3

Kesamaan, kesinambungan, penutupan, kedekatan dan bentuk serta latar adalah di antara prinsip-prinsip Gestalt. Dalam contoh-contoh berikut, kenal pasti prinsip yang telah diaplikasi:

(a) Bayangan: Adakah 11 objek yang kelihatan sebagai satu unit tunggal nampak sama?

(b) Bayangan: Walaupun panda tidak lengkap, apa yang dipersembahkan adalah memadai bagi mata untuk melengkapkan bentuk; persepsi pemerhati melengkapkan satu bentuk.

SEMAK KENDIRI 2.2

� TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN MASALAH 40

2.3.1 Elemen-elemen Umum Konsep

Hull (1920) mendefinisi konsep-konsep sebagai abstraksi elemen-elemen yang lazim bagi satu kategori rangsangan dan terikatnya satu respons tunggal terhadap elemen-elemen itu. Beliau menambah bahawa rangsangan baharu yang berkongsi elemen-elemen tersebut akan mengeluarkan respons yang sama, menghasilkan satu fenomena digelar generalisasi rangsangan. Menurut Hull, proses pembelajaran secara relatifnya berlaku secara tidak sedar dan automatik. Bagaimanapun, kedua-dua idea iaitu konsep-konsep adalah didefinisi oleh elemen-elemen umum dan konsep pembelajaran adalah satu proses beransur-ansur, proses perkaitan automatik, telah kekal popular untuk tempoh masa yang panjang. Sebaliknya, Osgood (1953) merasakan bahawa pendekatan elemen umum adalah terlalu sempit dan tidak menjelaskan maksud pembentukan konsep. Selanjutnya, banyak konsep yang tidak berasaskan pada elemen-elemen umum memerlukan pelajar menunjukkan hanya satu respons konsisten, tidak membezakan antara pelabelan mudah dan pemahaman menyeluruh tentang satu konsep.

2.3.2 Proses-proses Pengantara dan Hipotesis

Bertentangan dengan konsep elemen-umum, Smoke (1932) mengkaji pembelajaran konsep-konsep yang tidak berdasarkan elemen-elemen fizikal umum tetapi pada hubungan perseptual umum atau pengalaman kederiaan langsung. Osgood (1953) menyatakan bahawa hubungan perseptual umum tidak mencukupi untuk menghurai banyak konsep. Satu contoh baik adalah persepsi umum bahawa Singapura, Malaysia dan Myanmar adalah semuanya negara. Walau bagaimanapun, Osgood menambah bahawa tanggapan utama adalah konsep mencerminkan proses-proses pengantara didapati daripada konsep novis dan bukannya daripada faktor-faktor luaran. Heidbreder (1946) menjelaskan idea bahawa konsep-konsep boleh berasaskan pada jenis kriteria berbeza. Walau bagaimanapun, tiada konsep yang beliau tunjukkan adalah berasaskan pada elemen-elemen fizikal umum; malah, kategori-kategori adalah berdasarkan pada sama ada objek-objek konkrit (contohnya, pokok), bentuk spatial (contohnya, apa-apa yang bulat) atau nombor (contohnya, lima objek). Menurut kajian Heidbreder, ahli-ahli dalam satu konsep selalunya memperoleh „sesuatu yang umum‰, walau bagaimanapun, „sesuatu‰ itu mungkin kompleks atau abstrak. Bagi Osgood, menerbitkan satu respons simbolik umum bagi bahan rangsangan fizikal berbeza adalah pada dasarnya berbeza daripada respons pada elemen-elemen fizikal umum.

TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN � MASALAH

41

Kedua-dua Hull (1920) dan Heidbreder (1924) memberi pandangan bertentangan tentang proses pembelajaran konsep. Menurut pendekatan Hull, pembelajaran adalah pasif iaitu elemen-elemen bahan rangsangan dilazimkan bagi respons-respons secara automatik. Sebaliknya, Heidbreder melaporkan dua jenis tingkah laku, iaitu tingkah laku peserta dan penonton. Bagi para peserta, mereka menformulasi dan menguji secara aktif hipotesis-hipotesis berdasarkan konsep-konsep yang mereka pelajari. Namun, orang yang memerhati, selalunya selepas satu siri memberi respons yang salah, memberi respons „secara rambang‰ dalam mengkategorikan rangsangan, menanti satu hipotesis baharu untuk dicadangkan sendiri. Dua kesimpulan penting yang boleh kita capai pada tahap ini adalah:

(a) Orang yang mempelajari konsep pada sesuatu masa melanjutkan idea-idea mereka secara aktif tentang apa konsep yang mungkin; dan

(b) Satu tugas pembelajaran-konsep mungkin didekati dalam lebih daripada satu metode.

2.3.3 Strategi-strategi dan Jenis-jenis Konsep

Penekanan yang besar difokus pada kegunaan strategi-strategi bagi memperoleh konsep-konsep. Beberapa strategi berbeza telah dijelaskan, dengan setiap strategi mengambil kira dari segi logik, sifat-sifat perolehan-maklumat, juga ketegangan kognitifnya. Bruner dan rakan-rakan (1956) menghuraikan ketegangan kognitif dengan beban pada ingatan dan inferens. Pengkaji-pengakaji ini juga menyedari bahawa terdapat konflik antara memaksimakan perolehan maklumat dan meminimakan ketegangan kognitif, supaya orang yang belajar tentang konsep boleh menggunakan satu strategi kurang-daripada-optima bagi mengekalkan ketegangan kognitif pada satu tahap yang boleh ditanggung. Satu strategi dikenali sebagai tumpuan atau memfokus secara konservatif boleh diaplikasi pada pembelajaran konsep-konsep elemen umum di bawah prosedur pemilihan, kedua-duanya memaksima perolehan maklumat dan pada masa yang sama mengekalkan ketegangan kognitif pada satu tahap rendah. Strategi ini merangkumi pemilihan satu contoh yang berbeza dalam satu dan hanya satu ciri daripada contoh positif permulaan, mengambil perhatian sama ada contoh terpilih adalah positif atau negatif. Strategi ini adalah satu metode terbaik bagi mengenal pasti satu konsep konjunktif (penyambung) (silal lihat Rajah 2.3).

� TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN MASALAH 42

Rajah 2.3: Satu kajian pembentukan konsep (Bruner et al., 1956)

Sumber: http://www.palgrave.com/psychology/malim/pdfs/chap_15.pdf

TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN � MASALAH

43

Pengimbasan berturutan adalah satu lagi strategi diperkenalkan oleh Bruner dan rakan-rakan (1956) yang mengandungi tekaan tentang apa kemungkinan konsep sasaran dan hanya berpegang padanya sehingga ia dibuktikan salah, diikuti dengan membuat satu lagi tekaan, dan seterusnya. Didapati bahawa semasa tugas pembelajaran-konsep menjadi lebih „tertekan‰, kebarangkalian pelajar akan menggunakan strategi yang lebih mudah dan kurang berkesan akan meningkat. Mengikut logik, ramalan betul selalunya membawa kepada pengekalan hipotesis-hipotesis, manakala ramalan salah sepatutnya diikuti oleh penggunaan hipotesis-hipotesis baru dalam harmoni dengan maklumat yang dipersembahkan. Jenis contoh (positif atau negatif) tidak menjadi hal; walau bagaimanapun, ia boleh dijangka mempengaruhi prestasi di sebabkan oleh kehendak pemprosesan yang lebih besar selalunya dikaitkan dengan contoh-contoh negatif. Pengkaji-pengkaji ini terus menambah bahawa pelajar adalah kurang cenderung menghasilkan inferens betul daripada percubaan yang melibatkan ramalan salah tentang contoh-contoh negatif. Mereka juga menyatakan bahawa strategi-strategi berbeza mempunyai peluang yang tidak sama menjumpai pelbagai jenis percubaan, maka menyediakan satu penjelasan pemprosesan percubaan-demi percubaan tentang keseluruhan perbezaan dalam kadar kejayaan strategi.

KAJIAN TENTANG PENYELESAIAN MASALAH

Terdapat persetujuan rasional bahawa ciri-ciri penting sesuatu masalah adalah seorang individu mempunyai satu matlamat, tetapi kurang jelas tentang laluan yang perlu untuk mencapai matlamat tersebut. Maka kepentingan dalam kajian

2.4

Bersama dengan seorang kawan simulasi prosedur Bruner dalam cara berikut: Ambil satu pek kad daun terup yang mempunyai atribut-atribut sut (heart, diamond, spade dan club), warna (hitam dan merah) dan nombor (ace ke sepuluh, Jack, Queen dan King). Minta kawan anda pilih satu konsep dan semak prosedur Bruner. Mula-mula minta kawan tunjukkan satu contoh positif konsep yang dipilih, kemudian pilih kad-kad seterusnya dan bagi setiap satu tanya, „Adakah ini dia?‰ Ambil kedua-dua strategi yang dihuraikan di atas satu persatu dan putuskan strategi yang mana adalah paling berkesan.

AKTIVITI 2.3

� TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN MASALAH 44

tentang penyelesaian masalah adalah pada penemuan respons atau dalam kata lain, bagaimana individu tiba ke tingkah laku berkesan, pencapaian-matlamat.

2.4.1 Cuba Jaya

Disebabkan oleh fakta bahawa seorang penyelesai masalah perlu mencari satu penyelesaian bersesuaian, adalah dijangka bahawa satu aktiviti penting adalah mencuba pendekatan berbeza dan melakukan kesalahan sehingga berjaya menemui pendekatan yang betul. Cuba jaya adalah dihubungkan dengan pandangan bahawa perolehan penyelesaian adalah satu proses berperingkat, tidak berarah yang tidak melibatkan persepsi atau pemahaman keperluan atau struktur masalah. Dalam kajiannya tentang tingkah laku haiwan (Rajah 2.4), Thorndike (1898) meletakkan seekor kucing lapar di dalam sebuah sangkar di mana makanan tidak boleh dicapai dari dalam sangkar melainkan kucing itu memicu mekanisme sama ada dengan menarik tali atau menolak satu tiang di dalam sangkar itu.

Rajah 2.4: Kotak teka teki Thorndike

Sumber: http://www.nickyhayes.co.uk/nicky/OHP/ch18ohp.html Thorndike memerhati sepanjang percubaan berulangan, tingkah laku kucing beransur-ansur berubah, dan selepas banyak percubaan haiwan melakukan usaha langsung secara relatif untuk mengaktifkan mekanisme membuka pintu. Beliau memerhati dalam pola tingkah laku ini, tiada bukti kucing „melihat melalui‰ masalah. Malah, penyelesaian masalah dianggap sebagai satu proses dalam mana respons-respons tidak berjaya adalah dihapuskan secara beransur-ansur dan respons berjaya menjelma. Satu ciri penting masalah kotak teka teki

TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN � MASALAH

45

adalah mekanisme penyelesaian tertutup dan elemen-elemen kritikal situasi adalah tidak tersedia untuk diperiksa. Woodworth dan Scholsberg (1954) dengan jelas menyatakan bahawa kaedah cuba jaya adalah perlu pada masa-masa tertentu, sebagai satu strategi meneroka persekitaran dan mendapat maklumat. Tambahan lagi, pengujian hipotesis juga boleh dianggap sebagai satu bentuk cuba jaya.

2.4.2 Celik Akal

Thorndike menyimpulkan bahawa tiada persepsi tentang hubungan kritikal yang terlibat. Sebaliknya, Yerkes (1916) melaporkan satu peralihan secara mengejut daripada cuba jaya kepada penyelesaian masalah dalam kalangan beberapa ekor cimpanzi, yang menunjukkan pengekalan yang baik bagi penyelesaian dan dipindahkan kepada penyelesaian baharu. Kohler (1925; 1976) menyedari bahawa apabila diberikan dengan satu masalah, cimpanzi-cimpanzi mencuba beberapa metode berbeza seperti, meregang, melompat, mencapai sehingga memukul apa-apa objek yang boleh dicapai. Selepas beberapa ketika, cimpanzi-cimpanzi ini melalui satu tempoh tenang, mungkin untuk memikir secara menyeluruh tentang misi mereka. Lama-kelamaan, dengan satu pergerakan tiba-tiba dan terancang, mereka menggunakan objek kritikal untuk mendapatkan buah-buahan dalam eksperimen tersebut (Rajah 2.5).

Rajah 2.5: Hasil kerja Kohler yang paling terkenal tentang kognisi cimpanzi adalah dalam

penggunaan alat untuk mendapat makanan Sumber: http://wkprc.ev.mpg.de/english/files/wolfgang_joehler.htm

Kohler menunjukkan bahawa terdapat pelbagai perbezaan signifikan dalam masa yang diperlukan untuk sampai ke satu penyelesaian. Sesetengah haiwan dapat menyelesaikan tugas dalam masa kurang dari 15 minit, sementara sesetengah memerlukan berjam-jam sebelum berupaya mendapat satu

� TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN MASALAH 46

penyelesaian. Tambahan pula, Kohler juga memerhati bahawa kedudukan objektif dan alat (implement) dalam ruang visual haiwan adalah penting. Kedudukan buah-buahan dan alat kritikal yang digunakan pada hujung yang berlawanan di dalam sangkar telah secara mendadak mengurangkan pencapaian penyelesaian. Ini disebabkan haiwan tersebut tidak berupaya melihat kedua-dua objek ini pada masa yang sama. Maka, kesan pemisahan visual adalah sangat penting pada pendedahan pertama satu situasi masalah, satu penemuan yang selari dengan pendapat bahawa menyelesai sesuatu masalah melibatkan satu perubahan dalam mempersepsi situasi.

2.4.3 Penetapan Penyelesaian Masalah

Fenomena penetapan berlaku dalam banyak situasi, mencerminkan satu keadaan persediaan bagi satu input dan respons tertentu. Dalam kebanyakan situasi di mana satu reaksi pantas tetapi tepat adalah diingini, penetapan memainkan peranan yang positif. Oleh itu, bersedia sebenarnya bermaksud mengenal pasti dan bertindak lebih pantas daripada apa yang sebaliknya. Kesan positif penetapan yang disebut di atas adalah paling baik difahami sebagai persediaan biasa. Aspek lain penetapan adalah menyediakan individu bagi jenis input atau respons tertentu. Sebagaimana dinyatakan oleh Woodworth dan Schlosberg (1954), istilah „arah‰ disaran oleh Maier (1930) yang memandu usaha-usaha penyelesaian masalah, adalah satu jenis penetapan. Arah bukanlah tabiat tetapi menunjukkan pengaruh situasi masalah. Dalam kata lain, struktur situasi masalah adalah dikekalkan untuk mempengaruhi arah yang diikuti. Maier (1940) membezakan antara arah lazim dan arah baharu sebagaimana disimpulkan dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Arah Lazim dan Baharu

Arah Lazim Arah Baharu

Adalah diatasi apabila penyelesaian masalah perlu membuat sesuatu yang baharu

Adalah dibuat apabila penyelesaian masalah perlu membuat sesuatu yang baharu

Dihasilkan dalam melahirkan semula penyelesaian lama

Menerbitkan satu gabungan baharu pengalaman-pengalaman

Diambil kira oleh ingatan dan proses-proses perkaitan

Memerlukan satu arah yang dibentuk dalam situasi masalah dan mengawal integrasi ingatan

Kebekuan fungsi, salah satu contoh ketetapan negatif, adalah satu istilah yang disarankan oleh Duncker (1945) yang merujuk kepada fakta bahawa sesuatu

TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN � MASALAH

47

objek dengan satu jangkaan fungsi yang kuat tidak boleh diperhatikan sebagai memainkan peranan berbeza. Dalam satu eksperimen klasik menjelaskan kebekuan fungsi, Duncker (1945) memberi subjek-subjek eksperimen sebatang lilin, satu kotak paku dan beberapa objek lain, dan meminta mereka melekatkan lilin pada dinding supaya ia tidak menitik pada meja di bawah (Rajah 2.6).

Rajah 2.6: Eksperimen klasik kotak lilin yang mengilustrasikan kebekuan fungsi

Beliau mendapati bahawa kebanyakan subjek sama ada mencuba memaku lilin secara langsung pada dinding atau menggamnya pada dinding dengan mencairkannya. Tidak ramai daripada mereka terfikir untuk menggunakan bahagian dalam kotak paku tersebut sebagai pemegang lilin dan memakunya ke dinding. Dalam istilah Duncker, peserta „tertumpu‰ pada fungsi biasa kotak iaitu untuk menyimpan paku dan tidak boleh mengkonsepsikannya dalam satu pendekatan yang membenarkan mereka menyelesaikan masalah. Kajian tentang kebekuan fungsi menekankan pada kegunaan objek tertentu. Satu pendekatan yang agak berlainan bagi ketetapan penyelesaian masalah mengambil kira dominasi jenis respons tertentu pada situasi yang mempunyai darjah kesamaan permukaan yang tinggi. Prosedur biasa adalah menyediakan individu dengan satu siri masalah serupa yang diselesaikan dengan „cara sama‰, diikuti dengan menguji mereka dengan masalah serupa yang mungkin atau mesti diselesaikan menggunakan satu pendekatan berbeza. Satu contoh yang sesuai adalah demonstrasi masalah „jag air‰ (Luchin, 1942). Dalam eksperimen ini, individu disediakan dengan tiga jag berlainan dengan isian khusus tetapi tanpa sebarang penandaan. Mereka diperlukan menunjukkan bagaimana mereka mendapatkan satu isi padu air tertentu. Misalnya, satu isi padu 100 kuart boleh didapati daripada tiga jag berasingan 21 kuart (jag A), 127 kuart (jag B) dan 3 kuart (jag C) dengan mulanya memenuhkan jag B yang terbesar, diikuti dengan

� TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN MASALAH 48

memenuhi jag kedua terbesar jag A sekali daripada B, dan akhirnya memenuhi jag terkecil jag C iaitu dua kali daripada B. Ini akhirnya meninggalkan sejumlah isi padu 100 kuart dalam jag terbesar jag B sebagaimana ditunjukkan oleh persamaan B-A-2C.

2.4.4 Pemindahan Prinsip-prinsip

Pemindahan yang baik kepada situasi baharu yang tepat adalah dianggap sebagai satu ciri celik akal dalam penyelesaian masalah. Misalnya, Thorndike (1898) mendapati kucing-kucing yang telah mahir menyelesaikan satu kotak teka-teki mempelajari versi yang diubah suai masalah tersebut dalam satu tempoh masa yang singkat. Begitu juga, Kohler (1925; 1975) melaporkan bahawa monyet-monyet yang telah menggunakan kotak sebagai platfom untuk mendapatkan buah yang tergantung mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk menggunakan objek-objek lain seperti meja atau batu untuk mencapai matlamat mereka. Kajian yang dijalankan oleh Harlow (1949) bersependapat dengan kajian di atas menunjukkan bahawa latihan mendalam dengan beberapa contoh masalah mendiskriminasi objek menjadikan monyet-monyet itu dapat menyelesai masalah dengan lebih berkesan. Dua pendekatan berbeza dicadangkan dalam kajian pemindahan penyelesaian masalah yang melibatkan latihan sebelum diberi masalah ujian. Pendekatan pertama menfokus pada latihan yang menekankan pemahaman prinsip-prinsip

Bayangkan anda ada tiga jag: A, B dan C. Bagi setiap tujuh masalah di bawah, kapasiti tiga jag adalah disenaraikan. Anda mesti menggunakan jag-jag ini bagi mendapat amaun cecair khusus dalam ruang Matlamat. Anda boleh mendapat amaun matlamat dengan menambah atau menolak kuantiti disenarai di dalam A, B dan C.

Masalah AA B C Matlamat 1 24 130 3 100 2 9 44 7 21 3 21 58 4 29 4 12 160 25 98 5 19 75 5 46 6 23 49 3 20 7 18 48 4 22

SEMAK KENDIRI 2.3

TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN � MASALAH

49

penyelesaian yang menghasilkan pemindahan yang lebih baik (Katona, 1940; Bartlett, 1951). Latihan kedua pula menekankan pada „penghafalan‰ dalam penyelesaian.

KAJIAN TENTANG PENAAKULAN

Penaakulan boleh didefinisi sebagai menggarap inferensi dan menilai maklumat tersedia, dan merupakan satu komponen penting bagi kesemua tugasan berfikir. Seorang individu mungkin menggunakan satu strategi berkesan secara logik untuk menyelesaikan satu masalah trouble-shooting atau sebaliknya, memperoleh inferensi-inferensi bersesuaian daripada percubaan dalam satu ekperimen pembelajaran konsep. Proses penaakulan menggunakan tugas yang menekankan penggunaan maklumat terutamanya berkaitan dengan tugasan. Ahli psikologi telah berupaya menonjolkan perbezaan antara penaakulan manusia „lazim‰ dan arahan logik formal.

2.5.1 Kesan Atmosfera

Cara konvensional latihan dan menaksir penaakulan dikenali sebagai silogisme. Dalam metode ini, dua premis dan satu kesimpulan dipersembahkan yang mana sejumlah tiga terma terlibat. Pada umumnya, kesimpulan menghubungkan dua terma yang belum hadir secara serentak dalam premis-premis yang berkaitan. Dalam peristiwa ini, persoalan paling penting adalah sama ada kesimpulan mengikuti secara logik daripada premis-premis yang dipersembahkan. Satu contoh bersesuaian adalah dipersembahkan di bawah: Premis 1: Semua X adalah N. Premis 2: Sesetengah N adalah Y. Kesimpulan: Sesetengah X adalah Y. Kesimpulan di atas adalah tidak sah sebab kesimpulan tidak secara logik mengikut premis-premis yang dipersembahkan. Kajian telah menunjukkan bahawa orang selalu menerima kesimpulan yang tidak sah. Woodworth dan Sells (1935) mencadangkan atmosfera yang dibina oleh premis-premis adalah penentu mustahak bagi ralat-ralat ini. Biasanya, atmosfera menunjukkan pengubahsuaian yang dijumpai dalam premis-premis (kesemua, sesetengah, tiada) dengan pandangan bahawa premis-premis negatif akan mewujudkan satu atmosfera negatif dan seterusnya. Adalah dipercayai satu premis negatif boleh menentukan atmosfera, dan oleh itu menyimpul jenis kesimpulan tidak sah yang diterima oleh individu. Tambahan pula, Sells (1936)

2.5

� TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN MASALAH 50

mendapati bahawa kesimpulan-kesimpulan tidak sah adalah kerap diterima jika disokong oleh atmosfera. Penaakulan deduktif adalah mengenai silogisme iaitu kesimpulan mengikut secara logik daripada premis-premis tersebut. Satu contoh bersesuaian tentang penaakulan deduktif adalah diberikan di bawah: Premis 1: Amar tahu bahawa seseorang memerlukan baju sejuk dalam cuaca sejuk. Premis 2: Sangat sejuk di London semasa musim sejuk. Kesimpulan: Amar memerlukan baju sejuk di London. Sebaliknya, proses pemerhatian mudah tentang sesuatu jenis dibuat dan diaplikasi melalui generalisasi pada masalah berbeza bagi membuat keputusan dikenali sebagai penaakulan induktif. Satu contoh penaakulan induktif yang baik diberi di bawah: Premis: Semua cengkerik dilihati oleh Eric dan isterinya adalah hijau. Kesimpulan: Maka, mereka menakul bahawa semua cengkerik di bumi ini adalah hijau. Rajah 2.7 menunjukkan hubungan antara penaakulan deduktif dan induktif, manakala Jadual 2.2 menunjukkan perbezaan antara kedua-dua jenis penaakulan.

Rajah 2.7: Hubungan antara penaakulan deduktif dan induktif

TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN � MASALAH

51

Jadual 2.2: Perbezaan antara Penaakulan Deduktif dan Induktif

PPenaakulan Deduktif Penaakulan Induktif

Premis-premis

Dinyatakan sebagai fakta atau pernyataan biasa.

Berdasarkan pada pemerhatian terhadap kes-kes khusus.

Kesimpulan Kesimpulan adalah lebih khusus daripada maklumat yang disediakan oleh premis-premis. Ia dicapai secara langsung dengan mengaplikasikan peraturan-peraturan logik pada premis-premis.

Kesimpulan adalah lebih biasa daripada maklumat yang disediakan oleh premis-premis. Ia dicapai dengan mengeneralisasikan maklumat premis-premis.

Keesahan Jika premis-premis adalah benar, maka kesimpulan mestilah benar.

Jika premis-premis adalah benar, maka kesimpulan adalah mungkin benar.

Penggunaan Lebih sukar digunakan. Seseorang perlu fakta-fakta yang sememangnya benar.

Digunakan selalu dalam kehidupan harian. Bukti digunakan bukannya fakta-fakta yang telah terbukti.

2.5.2 Kesan Kandungan

Dari segi logiknya, jenis kandungan tertentu yang ditemui dalam satu tugas penaakulan tidak penting. Dalam kata lain, tanpa menghiraukan apa X, Y dan N, keesahan kesimpulan pada satu silogisme tetap tidak berubah. Walau bagaimanapun, pengkaji-pengkaji terus meneroka jika penaakulan individu mungkin dipengaruhi oleh kandungan masalah. Perbezaan antara kandungan abstrak dan konkrit adalah dijelaskan oleh dua silogisme berikut:

Silogisme A (Silogisme Abstrak): Silogisme B (Silogisme Konkrit):

Diberi: Semua P adalah R Diberi: Semua gajah adalah mamalia

Diberi: Semua Q adalah R Diberi: Semua lembu adalah mamalia

Maka: Semua P adalah Q Maka: Semua gajah adalah lembu.

Adalah dipercayai bahawa sejumlah peratusan pelajar dalam pendidikan tinggi yang signifikan akan menerima kesimpulan tidak sah yang didapati daripada silogisme abstrak yang mempunyai sedikit kelebihan berbanding silogisme konkrit (Wilkins, 1928). Pada keseluruhannya, individu-individu secara asasnya menakul lebih baik dengan bahan konkrit kerana mereka lebih biasa dengannya.

� TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN MASALAH 52

Morgan dan Morton (1944) melaporkan bahawa individu-individu lebih biasa mengikuti bias berbanding dengan atmosfera atau logik. Kemudian, pengkaji-pengkaji menyatakan kesan-kesan bias dengan kekuatan yang berbeza; minat pada kesan-kesan kandungan meluas hingga ke tugasan penaakulan lain; dan kerumitan isu-isu dileraikan mengikut masa.

1. AAdam: Saya perasan sebelumnya bahawa setiap kali saya menyepak bola ke atas, ia jatuh balik ke bawah. Jadi saya rasa lain kali bila saya menyepaknya ke atas, ia akan jatuh balik ke bawah juga.

Razak: Itu adalah Hukum Newton. Apa sahaja yang naik ke atas mesti jatuh ke bawah. Oleh itu, jika anda menyepak bola ke atas, ia mesti jatuh ke bawah. Apakah penaakulan yang digunakan oleh kedua-dua Adam dan Razak?

2. Manakah antara pernyataan berikut paling terbaik menunjukkan

penaakulan deduktif?

A. Kadar pertumbuhan populasi California perlahan tahun lepas.

B. Penduduk California menghargai cuaca baik yang mereka perolehi.

C. Penduduk California adalah penduduk Amerika Syarikat.

D. Lebih banyak kereta berdaftar di California berbanding negeri-negeri lain.

3. Mana antara pernyataan berikut paling baik diekspreskan oleh

penaakulan induktif?

A. Gred kuiz anda yang pertama selalunya menunjukkan bagaimana prestasi anda dalam kursus.

B. Peperiksaan akhir mengambil kira 30% daripada gred kursus.

C. Kertas yang lambat tidak akan diterima

D. GravityÊs Rainbow adalah pembacaan yang diperlukan dalam kursus anda.

SEMAK KENDIRI 2.4

TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN � MASALAH

53

TRANSISI KEPADA ERA KOGNITIF BARU

Kajian dalam pemikiran mengambil satu perubahan baharu pada permulaan 1960 apabila ia mula menunjukkan dinamisme signifikan, terutamanya pada konsep pembelajaran dan penyelesaian masalah. Konsep-konsep kognitif seperti hipotesis, strategi, heuristiks, pengkodan dan ingatan kembali adalah digunakan dalam perbincangan tentang konsep pembelajaran dan penyelesaian masalah. Lanjutan itu, perkembangan teori maklumat (Shannon & Weaver, 1949) telah memandu pengkaji-pengkaji psikologi untuk mengkaji tugas-tugas dari segi beban maklumat dan menumpu perhatian bagaimana maklumat diproses. Ahli linguistik seperti Noam Chomsky (1957) menangani keterangan tentang bahasa oleh ahli behavioris dengan menfokus kepada aspek-aspek kreatif bahasa, iaitu menghasil dan memahami ayat-ayat baharu. Pengkaji-pengkaji ini mencadangkan satu keterangan berdasarkan perbezaan antara kompeten (pengetahuan) dan prestasi (tindakan), menjelaskan kompeten linguistik dari segi peraturan-peraturan abstrak, dan tidak setuju bahawa perkembangan bahasa memerlukan tanggapan terhadap satu alat perolehan-bahasa yang tersedia secara biologi. Teori-teori yang diberi oleh ahli-ahli linguistik adalah berbeza daripada keterangan ahli behavioris, dan hujah mereka adalah agak meyakinkan. Psikologi pemikiran adalah sangat dipengaruhi oleh kemunculan teknologi komputer yang dianggap sebagai sistem pemprosesan simbol-simbol, bagi operasi maklumat. Newell et al. (1958) menyimpulkan satu teori pemikiran manusia berdasarkan pada fakta bahawa manusia adalah sistem pemprosesan maklumat dan menjalankan satu perbandingan menyeluruh antara pemprosesan manusia dan komputer. Kehadiran teknologi komputer menyokong hipotesis tentang proses-proses berfikir yang „tidak nampak‰. Ini membawa kepada kajian aktiviti-aktiviti yang lebih kompleks dan satu jenis mekanisme baharu sebagai satu keterangan tentang tingkah laku manusia.

� Perkaitan menyatakan bahawa dunia adalah diwakili dari dalaman diri kita

dan tingkah laku kita diarah oleh perkaitan yang terbentuk daripada idea-idea ini.

� Minda adalah satu set fakulti, kuasa atau keupayaan komputasional mengoperasi sensasi-sensasi yang datang.

2.6

� TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN MASALAH 54

� William James menghurai minda manusia sebagai satu susunan fungsi-fungsi, dan fikiran sedar sebagai satu aliran dinamik peristiwa-peristiwa yang saling berinteraksi.

� Fungsionalisme menfokus terutamanya kepada fikiran sedar dan elementisme.

� Pembelajaran dan penyelesaian masalah adalah proses-proses beransur berasaskan pada peningkatan kekuatan hubungan antara situasi rangsangan dan kemungkinan respons-respons tertentu.

� Behaviorisme memberi fokus tumpuan pada tingkah laku atau prestasi, dan membuatkannya fakta asas psikologi.

� Psikologi Gestalt mempercayai bahawa pengalaman-pengalaman psikologikal adalah „anti-elementaristik‰ atau tidak terbentuk daripada elemen-elemen perwakilan yang berasingan, tetapi adalah satu peristiwa tersusun, dinamik yang berinteraksi atau saling mempengaruhi satu sama lain.

� Konsep elemen biasa mendefinisi konsep-konsep sebagai abstraksi elemen-elemen biasa pada satu kategori rangsangan dan ikatan satu respons tunggal pada elemen-elemen tersebut.

� Cuba jaya adalah dikaitkan dengan pandangan bahawa mendapatkan satu penyelesaian adalah satu proses beransur-ansur, tidak terarah yang tidak melibatkan persepsi atau keperluan pemahaman atau struktur masalah.

� Kebekuan fungsi merujuk kepada fakta bahawa satu objek dengan fungsi tertentu tidak boleh diperhatikan dalam peranan berlainan.

� Silogisme adalah satu cara konvensional penaakulan latihan dan penilaian penaakulan.

� Penaakulan deduktif adalah berkenaan dengan silogisme yang mana penyelesaian mengikuti premis-premis secara logik.

� Penaakulan induktif adalah proses satu pemerhatian mudah dibuat dan diaplikasikan melalui generalisasi pada masalah yang sangat berbeza untuk membuat keputusan.

TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN � MASALAH

55

� Transisi kepada era kognitif baru merangkumi konsep-konsep seperti hipotesis, strategi, heuristiks, pengkodan, dan ingatan kembali, dan dipengaruhi oleh kehadiran teknologi komputer.

Behaviorisme

Cuba jaya

Elemen-elemen biasa

Elementisme

Fikiran sedar

Fungsionalisme

Kebekuan fungsi

Kesan atmosfera

Kesan kandungan

Penaakulan deduktif

Penaakulan induktif

Penfokusan konservatif

Pengimbasan beransur

Perkaitan

Psikologi Gestalt

Silogisme

1. Nyatakan dua masalah utama yang mencirikan psikologi moden.

2. Terangkan prinsip-prinsip yang menguasai gabungan idea dan telah bertahan ujian masa dan data.

3. Nyatakan tahap analisis pemikiran yang diperkenalkan oleh Graham Wallas.

4. Terangkan "Behaviourisma" secara ringkas yagn diperkenalkan oleh John B Watson.

5. Apa yang anda faham dengan istilah "Psikologi Gestalt"?.

6. Takrifkan konsep elemen biasa.

7. Bandingkan dan bezakan antara "tumpuan konservatif" dan "pengimbasan beransur".

8. Nyatakan tiga perbezaan utama antara haluan kebiasaan dan haluan baru.

9. Apakah faedah pemindahan yang baik kepada situasi baru yang sesuai dalam menyelesaikan masalah.

10. Terangkan secara ringkas "kesan atmosfera".

� TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN MASALAH 56

Bartlett, F. C. (1951). The mind at work and play. London: Allen. Boring, E. G. (1950). A history of experimental psychology. New York: Appleton-

Century-Crofts. Bruner, J. S., Goodnow, J.J. & Austin, G.A. (1956). A study of thinking. New York:

Wiley. Chomsky, N. (1957). Syntactic structures. The Hague: Mouton. Dellarosa, D. (1988). A history of thinking. In R.J. Sternberg & E.E. Smith (Eds),

The psychology of human thought. Cambridge: Cambridge University Press. Dewey, J. (1910). How we think. Boston: Heath. Duncker, K. (1945). On problem-solving. Psychological Monographs, 58: (5,

Whole No. 270). Freeman, G. L. (1931). Mental activity and the muscular process. Psychological

Review, 38: 428-447. Harlow, H. F. (1949). The formation of learning sets. Psychological Review, 56:

51-65. Heidbreder, E. (1946). The attainment of concepts: II The problem. Journal of

General Psychology, 35: 191-223. Hull, C. L. (1920). Quantitative aspects of the evolution of concepts. Psychological

Monographs (Whole No. 123). Jacobson, E. (1930). Electrical measurements of neuro-muscular states during

mental activities: IV. Evidence of contraction of specific muscles during imagination. American Journal of Physiology, 93: 703-712.

James, W. (1890). Principles of Psychology. New York: Holt Katona, G. (1940). Organizing and memorizing. New York: Columbia University

Press. Kohler, W. (1925; 1976). The mentality of apes. New York: Liveright.

TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN � MASALAH

57

Luchins, A. S. (1942). Mechanization in problem solving: The effect of Einstellung. Psychological Monographs, 54(Whole No. 248)

Maier, N. R. F. (1930). Reasoning in humans: I. On direction. Journal of

Comparative Psychology, 10: 115-143. Maier, N. R. F. (1940). The behavior mechanisms concerned with problem

solving. Psychological Review, 47: 43-58. Morgan, J. J. B., & Morton, J. T. (1944). The distortion of syllogistic reasoning

produced by personal convictions. Journal Of Social Psychology, 20: 39-59. Newell, A., Shaw, J. C., & Simon, H. A. (1958). Elements of a theory of human

problem solving. Psychological Review, 65, 151-16. Osgood, C. E. (1953). Method and theory in experimental psychology. New York:

Oxford University Press. Sells, S. B. (1936). The atmosphere effect: An experimental study of

reasoning. Archives of Psychology of New York, No. 200. Shannon, C. E., & Weaver, W. (1949). The mathematical theory of

communication. Urbana: University of Illinois Press. Smoke, K. L. (1932). An objective study of concept formation. Psychological

Monographs, 42 (Whole No. 191). Thorndike, E. L. (1898). Animal intelligence: An Experimental study of the

associative processes in animals. Psychological Monographs, No. 8. Thorndike, E. L. (1911). Animal intelligence. NewYork: Macmillan. Watson, J. B. (1924). Behaviorism. New York: PeopleÊs Institute. Wilkins, M. C. (1928). The effect of changed material on ability to do formal

syllogistic reasoning. Archives of Psychology of New York, No. 102. Woodworth, R. S., & Schlosberg, H. (1954). Experimental psychology (rev. ed.)

New York: Holt. Woodworth, R. S., & Sells, S. B. (1935). An atmosphere effect in formal syllogistic

reasoning. Journal of Experimental Psychology, 18: 451-460.

� TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN MASALAH 58

Yerkes, R. M. (1916). The mental life of monkeys and apes, a study of ideational behavior. Behavior Monographs, No. 12.