05. sbfs1103 topic 1 - ?· yang dilihat sebagai bermasalah tanpa mengambil kira kemungkinan yang...

Download 05. SBFS1103 Topic 1 - ?· yang dilihat sebagai bermasalah tanpa mengambil kira kemungkinan yang timbul…

Post on 07-Mar-2019

218 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Bagi kebanyakan pelajar, penyelesaian masalah merupakan satu prosedur yang perlu dijalankan untuk menyiapkan satu tugasan yang diberi oleh guru. Mereka melihat masalah sebagai sesuatu yang perlu diselesaikan dalam satu jangka masa tertentu bagi mengelak tindakan tatatertib yang tidak diingini. Namun begitu, para pelajar dan orang ramai secara umumnya cenderung untuk terlalu menganalisis secara kritikal setiap tindakan atau peristiwa dalam kehidupan yang dilihat sebagai bermasalah tanpa mengambil kira kemungkinan yang timbul hasil daripada masalah tersebut (sila lihat Rajah 1.1).

TTooppiikk

11 Penyelesaian

Masalah

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mendefinisikan apa itu masalah;

2. Menghuraikan bagaimana suatu masalah boleh menyediakan peluang bagi pembaikan;

3. Menjelaskan empat tahap dalam proses penyelesaian masalah;

4. Menjelaskan kepentingan penetapan matlamat dalam proses penyelesaian masalah;

5. Menghuraikan garis panduan umum untuk penyelesaian masalah yang berkesan;

6. Mengenal pasti peranan teknik Analisis Akar Umbi (Root Cause Analysis) dalam proses penyelesaian masalah;

7. Mengenal pasti kekangan yang biasa dihadapi dalam proses penyelesaian masalah; dan

8. Membandingkan perbezaan pendekatan-pendekatan dalam penyelesaian masalah.

TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH 2

Tidak kira apa yang kita lakukan bagi menyara kehidupan atau di mana kita tinggal, ramai daripada kita menghabiskan masa di tempat kerja atau di rumah, dan sentiasa menyelesaikan masalah. Tidak kira sama ada masalah yang dihadapi itu kecil atau kompleks, semua perlu diselesaikan dengan cara yang konstruktif dan bukannya merasakan bahawa seolah-olah ini adalah hari kiamat. Maka, penyelesaian masalah adalah satu kemahiran penting dalam banyak aspek kehidupan kita sama ada profesional atau peribadi. Apa yang penting adalah bagaimana kita menghadapi masalah; ini akan menghasilkan penyelesaian yang berkesan atau tidak berkesan.

Rajah 1.1: Bagaimana kita melihat sesuatu masalah itu adalah kunci untuk

menyelesaikannya Sumber: http://beautybrainsnbeyond.blogspot.com

APA ITU MASALAH?

Beberapa kamus mendefinisi penyelesaian masalah sebagai:

(a) Satu persoalan bagi pertimbangan atau penyelesaian (WordNet2.0, Princeton University 2003).

(b) Satu persoalan yang dipertimbangkan, diselesaikan atau dijawab (The American HeritageDictionary of the English Language, Fourth Edition, Updated 2009).

(c) Apa-apa sahaja perkara, seseorang dan lain-lain, yang sukar diambil tindakan, diselesaikan atau diatasi (Collins English Dictionary Complete and Unabridged Sixth Edition 2003).

(d) Sebarang persoalan atau perkara yang melibatkan ketidakpastian, ketidaktentuan, atau kesukaran (Dictionary.com Unabridged).

1.1

TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH 3

Bergantung kepada konteks, sesetengah masalah mungkin kecil, bersifat peribadi atau disebabkan oleh faktor luaran. Sesetengah masalah mungkin terlalu besar atau kompleks dan perlu diberikan kepada orang yang lebih berupaya untuk mengendalikannya. Rajah 1.2 menunjukkan contoh mengendalikan masalah dengan cara yang salah.

Rajah 1.2: Cara negatif dalam menyelesaikan masalah

Penulis yang berbeza akan mendefinisi masalah secara berlainan. Secara umum, kita boleh mendefinisikan masalah menggunakan tiga pendekatan berikut:

(a) Masalah adalah peluang bagi pembaikan.

(b) Masalah adalah perbezaan antara keadaan semasa anda dengan keadaan matlamat anda.

(c) Masalah terhasil dari pengecaman satu ketidakkesempurnaan semasa dan kepercayaan yang mungkin masa depan lebih baik.

1.1.1 Masalah sebagai Peluang

Dengan berfikir secara luar dari kotak, seseorang itu boleh melihat masalah sebagai peluang, iaitu peluang bagi membuka cara baharu melihat dan bertindakbalas terhadap kesukaran yang dihadapi. Dilihat dari perspektif ini, masalah-masalah tidak semestinya terhasil dari faktor luaran atau dipersepsikan sebagai negatif atau peristiwa buruk. Anjakan paradigma ini membawa kepada satu perspektif baharu atau kesedaran tentang masalah tersebut. Peluang-peluang baharu bagi pembaikan akan memanfaatkan anda. Peluang-peluang ini mewujudkan cabaran-cabaran yang memerlukan penyelesaian dari anda.

TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH 4

Situasi seumpama ini memerlukan kelenturan dalam mendekati masalah yang dialami. Keperluan kelenturan sebegini memberikan satu kebaikan tersendiri kepada orang yang kreatif semasa menyelesaikan masalah, kerana perubahan-perubahan dalam masalah memerlukan pembaikan inovatif dan pintar dalam cara mana masalah itu diselesaikan. Mempersepsi masalah sebagai peluang bagi pembaikan, mendidik satu set minda positif yang boleh menukar anda kepada seorang yang lebih yakin dengan lebih kawalan dalam kehidupan. Kadangkala satu masalah boleh memanifestasi dirinya dalam cara yang berbeza. Sebagai contoh, kita menghadapi konflik antara situasi semasa dengan situasi yang diingini. Apabila kita boleh mengenal pasti perbezaan antara situasi semasa dan situasi yang diingini, kita boleh mendefinisikan masalah, yang mana kita boleh berusaha untuk menyelesaikannya supaya kita dapat mencapai matlamatnya.

Setiap masalah mempunyai satu peluang tersembunyi yang amat berkuasa sehingga ia menyembunyikan masalah itu. Cerita yang paling berjaya dicipta oleh orang yang mengecam satu masalah dan menukarnya kepada satu peluang.

Joseph Sugarman (Inglish, 2011). Tiada batasan pada peningkatan harga makanan dan minyak, merupakan satu situasi yang menyebabkan ramai pengguna dan pengusaha mengalami satu bebanan yang berat. (The Star, 23 June 2008). Kenal pasti satu masalah berkaitan pengguna yang boleh terhasil dari situasi yang dilaporkan di atas. Bolehkan anda menganggap masalah ini sebagai satu peluang? Jelaskan jawapan anda.

APA ITU PENYELESAIAN MASALAH?

Penyelesaian masalah dan teknik yang berkaitan dengannya adalah komponen bebas iaitu domain penakulan, yang menggariskan pola-pola tingkah laku yang boleh diguna kembali merentasi aplikasi (Fensel & Motta, 1997). Ini bermakna penyelesaian masalah adalah satu siri teknik, melibatkan kedua-dua aspek iaitu kognitif dan tingkah laku, yang boleh diaplikasi pada pelbagai bidang untuk mendapatkan penyelesaian. Woods dan rakan-rakan (1975) mencadangkan bahawa penyelesaian masalah adalah proses perolehan satu penyelesaian yang memuaskan bagi satu masalah baharu atau satu masalah yang mana sebelum ini individu yang cuba menyelesaikannya tidak pernah mengalaminya. Secara keseluruhan, penyelesaian masalah melibatkan satu siri tahap yang bermula daripada pengenal pastian satu masalah dan seterusnya membawa kepada pembinaan satu penyelesaian. Penyelesaian masalah boleh dilihat sebagai

1.2

TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH 5

satu proses berstruktur serta berorientasi terarah. Walau bagaimanapun, dalam menentukan arah bagi penyelesaian, kita perlu mendefinisi masalah terlebih dahulu, diikuti dengan matlamat yang diingini atau perubahan yang diperlukan.

1.2.1 Tahap-tahap dalam Penyelesaian Masalah

Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam bahagian terdahulu, untuk memahami penyelesaian masalah dan memperbaiki keupayaan personal anda menyelesaikan masalah dengan lebih baik, adalah penting untuk tidak melihat kepada produk penyelesaian masalah tetapi melihat penyelesaian masalah sebagai satu proses yang membawa satu hasil positif. Kepentingan pendekatan ini adalah kerana ia menfokus pada proses mendapatkan penyelesaian, bukannya penyelesaian itu sendiri. Ini bermakna penekanan yang lebih diberikan pada tahap-tahap dalam mencapai penyelesaian daripada hasil terakhirnya. Dengan itu, adalah penting kita memahami pelbagai tahap yang terlibat. Empat tahap yang terlibat adalah:

(a) MMengecam dan mendefinisi satu masalah Satu masalah hanya boleh diselesaikan apabila kewujudannya dicam. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah situasi, satu masalah hanya dicam apabila ia telah menjadi satu perkara serius. Setelah pengecaman satu masalah, tindakan seterusnya adalah mendefinisinya secara menyeluruh. Sesuatu masalah boleh dirujuk sebagai masalah tertutup atau terbuka. Satu masalah tertutup melibatkan kesemua keadaan di sekeliling penyimpangan daripada norma yang perlu didefinisi. Di sebaliknya, satu masalah terbuka melibatkan pengenal pastian dan pendefinisian objektif dan apa jua kekangan yang boleh menghalang anda daripada mendapatkannya. Perbezaan utama antara masalah tertutup dan terbuka dirumuskan dalam Jadual 1.1. Menganalisis satu masalah secara menyeluruh adalah penting untuk memahami sepenuhnya dan menghasilkan pelbagai penyelesaian yang boleh membantu dalam mencapai matlamat anda. Mengenal pasti dan membawa bersama maklumat yang berkaitan dan mempersembahkannya dengan cara yang bermakna adalah satu komponen penting dalam menganalisa satu masalah. Selain daripada itu, analisis juga membantu untuk membuat keputusan tentang apakah penyelesaian yang terbaik, yang akhirnya memudahkan dan mendorong anda dalam pencarian penyelesaian.

TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH 6

Jadual 1.1: Perbezaan antara Masalah Tertutup dan Terbuka

Masalah Tertutup Masalah Terbuka

Peroleh satu atau sejumlah terhad kemungkinan penyelesaian

Boleh diselesaikan dengan menggunakan banyak metod berbeza

Menganalisisnya membantu dalam mengenal pasti semua sebab yang berkemungkinan dan memastikan sebab atau halangan adalah benar, sebelum mencari penyelesaian

Menganalisisnya melibatkan pencarian maklumat yang akan membantu mencadangkan satu senarai cara-cara yang berkemungkinan untuk menyelesaikan masalah

(b) MMencari kkemungkinan penye