lmck1421 pemikiran kritikal & penyelesaian masalah · pengambilan sarapan pagi dengan menu...

24
LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH KUMPULAN 7 DISEDIAKAN OLEH : NUR ADHWA BINTI SABIDI A151181 PENSYARAH : Dr. MOHD AFTAR BIN ABU BAKAR

Upload: hanga

Post on 27-Mar-2019

316 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH · Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh ... makanan segera memberikan keburukan jika makan secara berlebihan

LMCK1421

PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

KUMPULAN 7

DISEDIAKAN OLEH :

NUR ADHWA BINTI SABIDI

A151181

PENSYARAH :

Dr. MOHD AFTAR BIN ABU BAKAR

Page 2: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH · Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh ... makanan segera memberikan keburukan jika makan secara berlebihan

1.0 : PENGENALAN (Maklumat Projek)

1.1 Latarbelakang kajian

Perkataan “diet” menurut Kamus Pelajar edisi kedua membawa maksud makanan yg

dihadkan untuk seseorang atas sebab-sebab kesihatan, berdiet berpantang atau mengehadkan

makanan tertentu. Manakala, seimbang pula menurut sumber yang sama membawa maksud sama

berat; tidak berat sebelah. Seperti yang diketahui, diet seimbang ini sangat berkait rapat dengan

kehidupan seharian pelajar kerana kekurangan zat dalam badan serta gaya pemakanan yang tidak

sihat akan menyebabkan konsentrasi pelajar terganggu di dalam kelas. Oleh itu, sekiranya

berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “diet seimbang” adalah menuju kepada

pola makanan yang mencukupi yang diperlukan oleh badan untuk aktiviti seharian pelajar.

Bagaimanapun, secara khusus perkataan diet seimbang bermaksud pengambilan makanan yang

berkualiti dan teratur untuk membekalkan tubuh manusia dengan zat dan tenaga serta mengekalkan

kesihatan badan.

Bagi seseorang pelajar, kesedaran tentang pola pengambilan makanan amat penting kerana

ia mempengaruhi perkembangan atau tindakbalas fizikal dan mental seseorang pelajar yang

merupakan satu aset penting dalam membangunkan modal insan bagi negara maju. Namun begitu,

dapat kita lihat, dengar dan baca di media massa mengenai laporan pelajar yang kebuluran kerana

kesempitan wang terutamanya di universiti-universiti awam seluruh Malaysia. Ianya menunjukkan

bahawa pelajar pada masa kini adalah dengan sewenang-wenanganya mengaibaikan pola makanan

yang diperlukan oleh badan mereka. Oleh itu, terdapat banyak badan kerajaan mahupun swasta

ynag ditubuhkan untuk menangani masalah ini. Untuk membincangkan isu ini dengan lebih

mendalam, satu kajian mengenai kepentingan diet seimbang untuk kesihatan pelajar Universiti

Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Page 3: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH · Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh ... makanan segera memberikan keburukan jika makan secara berlebihan

1.2 Permasalahan kajian

Sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, pelbagai rintangan dan cabaran harus

ditempuhi untuk mencapai misi tersebut. Antara cabaran terbesar yang perlu dihadapi adalah

masalah kebuluran yang akan dialami oleh rakyat Malaysia sendiri akibat daripada kos sara hidup

yang tinggi serta harga atau nilai barangan yang sering meningkat sehingga memberi bebanan

kepada rakyat untuk membeli keperluan seharian mereka.

Selain itu, sikap remaja yang lebih gemar untuk mengambil pola makanan yang tidak sihat

terutama apabila mereka dalam keadaan yang tertekan serta gemar untuk mengambil makanan

segera serta makanan ringan juga antara punca wujudnya masalah diet yang tidak seimbang di

kalangan pelajar pada masa kini. Selain itu, golongan remaja sekarang yang lebih bersifat pasif

iaitu duduk sahaja di rumah serta bermain ‘video game’, memburukkan lagi keadaan ini.

Kesan yang timbul akibat daripada diet yang tidak seimbang ini adalah amat besar dan

semestinya akan menjejaskan kemajuan sesebuah negara pada masa akan datang dengan

melahirkan rakyat yang lemah dari segi mental dan fizikal. Oleh itu, kajian ini telah dipilih untuk

dilakukan dalam cubaan untuk menyelesaikan masalah yang timbul serta memberi pendedahan

serba sedikit kepada pelajar mengenai diet yang seimbang dalam pola makanan seharian mereka.

Page 4: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH · Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh ... makanan segera memberikan keburukan jika makan secara berlebihan

1.3 Tujuan Kajian

Untuk mengkaji tahap kesedaran serta pengetahuan mahasiswa/i UKM mengenai pola makanan

yang sihat atau diet yang seimbang dalam pemakanan seharian mereka.

1.4 Objektif kajian

1. Menentukan tahap pengetahuan mahasiswa/i UKM terhadap pengambilan makanan

seimbang.

2. Untuk mengetahui faktor- faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan

mahasiswa/iUKM.

3. Untuk mencadangkan kaedah atau cara yang diperlukan oleh mahasiswa/i UKM untuk

mendapatkan diet yang seimbang

Page 5: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH · Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh ... makanan segera memberikan keburukan jika makan secara berlebihan

1.5 Kepentingan Kajian

Seperti kajian yang lain, kajian kami ini juga mempunyai kepentingan tersendiri. Pertama

sekali, kajian ini dijalankan untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa/i UKM akan

kepentingan pengambilan diet yang seimbang. Pentingnya pengambilan diet yang seimbang dalam

kehidupan seharian kerana makanan yang diambil akan mempengaruhi kehidupan seseorang lebih-

lebih lagi apabila bergelar sebagai seorang pelajar. Melalui pemerhatian kami, terdapat segelintir

mahasiswa/i di UKM Bangi yang kurang peka terhadap penjagaan pemakanan seharian. Selain itu

, kami ingin mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan pelajar UKM.

Sudah sedia maklum bahawa pelajar UKM sangat sibuk dan mempunyai masa yang terhad. Oleh

itu mereka lebih cenderung untuk mengambil makanan segera yang tidak berkhasiat tanpa

mempedulikan kesan-kesan yang akan menimpa mereka. Masalah ini akan menjadi lebih serius

sekiranya mahasiswa/i tidak diberikan kesedaran.

Seterusnya, kepentingan kajian ini adalah untuk mencadangkan kaedah atau cara yang

diperlukan oleh pelajar untuk mendapatkan diet yang seimbang. Kami akan mencadangkan

beberapa tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai seorang mahasiswa/i, kita

seharusnya mempunyai kelebihan dalam menyelesaikan masalah dengan lebih kreatif dan kritis.

Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk memberi penyelesaian dalam dimensi yang baru kepada

mahasiswa/i UKM tentang pentingnya pengambilan diet yang seimbang. Dengan terbitnya kajian

ini, diharapkan kajian ini dapat membuka mata semua mahasiswa/i agar lebih cakna terhadap pola

makanan seharian mereka serta mengamalkan gaya hidup sihat supaya Malaysia dapat melahirkan

modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan

dalam kala.ngan mahasiswa/i UKM serta implikasinya terhadap pembelajaran.

Page 6: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH · Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh ... makanan segera memberikan keburukan jika makan secara berlebihan

1.6 Kaedah Kajian

Kajian ini dilaksanakan selama dua bulan terhadap 10 responden yang terdiri daripada

mahasiswa/i yang terdiri daripada pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Kaedah pertama yang

dijalankan adalah kaedah soal selidik. Sebanyak 15 borang soal selidik telah diagihkan kepada 15

orang responden yang terdiri daripada pelajar UKM. Tambahan pula, daripada 15 orang

responden, 10 orang responden telah dipilih oleh kami untuk dipantau tahap perkembangan

pemakanan seimbang mereka selama dua bulan. Selain itu, kaedah ke dua yang dijalankan adalah

kaedah perpustakaan dimana kami telah mendapat sumber-sumber rujukan berkaitan pemakanan

seimbang daripada perpustakaan dan internet. Akhir sekali, kami menggunakan kaedah temu bual

dimana kami telah bersoal jawab dengan responden berkaitan dengan gaya pemakanan mereka

untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan mereka sebelum ini berkaitan pemakanan seimbang

dalam setiap hidangan yang mereka ambil.

Page 7: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH · Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh ... makanan segera memberikan keburukan jika makan secara berlebihan

1.7 Hasil Dapatan Kajian

Bahagian A: Maklumat Peribadi

Kajian ini dilakukan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi diet seimbang

pelajar-pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Suatu borang soal-selidik berkaitan

maklumat peribadi, amalan pemakanan serta kefahaman tentang makanan seimbang telah

dilengkapkan oleh 10 orang pelajar secara keseluruhannya dan soal selidik tersebut telah

dijalankan secara rawak di Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM. Dalam soal selidik tersebut, tinggi

dan berat badan pelajar telah diukur menggunakan ukuran biasa iaitu tinggi (cm) dan berat (kg).

Indeks jisim badan (BMI) telah dikira bagi setiap responden dan klasifikasi Pertubuhan Kesihatan

Sedunia (WHO) telah digunakan untuk melihat indeks jisim badan (BMI) secara keseluruhannya.

Responden terdiri daripada 6 orang pelajar wanita (60%) dan 4 orang pelajar lelaki (40%).

Keputusan menunjukkan bahawa 30% daripada keseluruhan responden adalah kurang berat badan,

40% daripada mereka mempunyai berat badan normal dan 30% lagi mempunyai berat badan

berlebihan. (rujuk Rajah 1.71)

Rajah 1.71

Page 8: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH · Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh ... makanan segera memberikan keburukan jika makan secara berlebihan

Jika dibuat perbandingan indeks jisim badan (BMI) bagi lelaki dan perempuan secara berasingan

pula, kajian menunjukkan bahawa pelajar wanita UKM memiliki berat badan yang lebih ideal dari

pelajar lelaki UKM dengan peratusan sebanyak 50% berbanding 25%. Manakala, bagi kes berat

badan berlebihan pula, kajian menunjukkan bahawa pelajar lelaki UKM memiliki masalah berat

badan berlebihan yang lebih tinggi berbanding pelajar wanita UKM dengan peratusan 50% bagi

pelajar lelaki UKM dan 16.7% bagi pelajar wanita UKM. Bagi pelajar yang mengalami masalah

kurang berat badan pula, kajian menunjukkan bahawa pelajar lelaki UKM lebih cenderung untuk

mengalami masalah tersebut berbanding pelajar perempuan UKM dengan peratusan sebanyak

33.3% bagi pelajar wanita UKM dan 25% bagi pelajar lelaki UKM. (Rujuk rajah 1.71 (a))

Rajah 1.71(a)

Selain itu, daripada sudut pengetahuan mengenai pengiraan indeks jisim badan (BMI) pula

menunjukkan bahawa 30% daripada responden dikategorikan sebagai memiliki pengetahuan yang

rendah berkenaan pengiraan indeks jisim badan (BMI) tersebut, manakala 70% responden

mengakui bahawa mereka mempunyai pengetahuan berkenaan pengiraan tersebut. (Rujuk rajah

1.72)

Page 9: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH · Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh ... makanan segera memberikan keburukan jika makan secara berlebihan

Rajah 1.72

Jika dibuat perbandingan antara pelajar lelaki UKM dan pelajar wanita UKM mengenai

pengetahuan tentang pengiraan Indeks Jisim Badan (BMI) pula, kajian menunjukkan bahawa

pelajar perempuan UKM mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi tentang pengiraan BMI

berbanding pelajar lelaki UKM, iaitu sebanyak 75% bagi pelajar wanita UKM dan 66.7% bagi

pelajar lelaki UKM. (Rujuk rajah 1.72(a))

Rajah 1.72(a)

Page 10: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH · Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh ... makanan segera memberikan keburukan jika makan secara berlebihan

Analisa mengenai perbelanjaan untuk makan pula bertujuan mengenalpasti agihan perbelanjaan

serta cara pengurusan kewangan pelajar. Kajian ini menunjukkan bahawa tiada responden

membelanjakan wang mereka kurang daripada RM5 sehari, sementara 80 % berbelanja antara

RM5-10 untuk makanan sehari mereka. Manakala sebanyak 20% daripada respon berbelanja lebih

daripada RM10 sehari (Rujuk rajah di bawah).

Page 11: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH · Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh ... makanan segera memberikan keburukan jika makan secara berlebihan

Bahagian B: Amalan pemakanan

Melalui kaedah borang soal selidik ke atas 10 orang responden ( pelajar UKM )sebanyak

6 orang pelajar yang mengambil sarapan sebelum ke kuliah. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan

memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus. Ini secara tidak

langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya,

sama ada di sekolah atau tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan seringan sekeping roti

dan secawan kopi.

Diet pemakanan pelajar tidak akan lengkap sekiranya pelajar abaikan pengambilan

sarapan setiap pagi. Sarapan pagi mempunyai kebaikan yang tersendiri dalam menjaga kesihatan

dan kecekalan minda kita. Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh

badan anda dalam meningkatkan metabolisme. Malah pemakanan seharian anda juga akan lebih

teratur. Sarapan pagi juga penting dalam memberikan tenaga untuk memulakan kerja atau aktiviti

seharian. Jika anda 'skip' sarapan pagi, pasti badan akan terasa lemah dan lesu. Pengambilan fiber

dalam sarapan seperti roti memberikan anda tubuh yang ‘fit’ dan sihat.

Page 12: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH · Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh ... makanan segera memberikan keburukan jika makan secara berlebihan

Tips Pengambilan Sarapan yang Sihat

Masa terbaik untuk sarapan adalah antara jam 6 hingga jam 9 pagi. Pengambilan sarapan

dalam tempoh sejam atau selepas berjalan. Elakkan mengambil sarapan yang lewat dan makan

makanan tinggi protein bagi membantu mengurangkan rasa lapar dalam tempoh yang lama.

Seterusnya, elakkan mengambil pastry, makan makanan manis seperti donut dan muffin ketika

bersarapan. Makanan ini membuatkan kita cepat berasa lapar. Perkara yang penting ialah

banyakkan juga meminum air kosong setiap hari.Tanpa sarapan pagi, tubuh badan akan lebih susah

untuk mendapat nutrien seperti serat dan vitamin serta mineral supaya badan dapat berfungsi

dengan baik. Dengan mengabaikan sarapan pagi ia akan membuatkan badan anda hilang nutrien

penting. Buahan sangat digalakkan untuk sarapan pagi kerana khasiatnya yang tinggi. Jadi, jangan

abaikan sarapan pagi.

Page 13: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH · Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh ... makanan segera memberikan keburukan jika makan secara berlebihan

Berdasarkan graf sebanyak 4 orang responden gemar makan makanan segera.

Walaupun makanan segera merupakan salah satu kategori makanan mudah guna yang

didefinisikan sebagai makanan sejuk atau panas. Ia hanya memerlukan masa dan usaha yang

sedikit untuk menyediakannya, merangkumi jenis makanan seperti makanan segera (fast foods),

makanan gerai, makanan terproses minimum, makanan terproses separa, makanan sedia dimakan,

makanan ringan/snek (snack foods), makanan ringan/snek kurang zat (junk foods) dan minuman

sedia diminum.

Hal ini dapat dikaitkan dengan pelajar kerana pelajar yang kekurangan masa dan kewangan

yang tidak kukuh akan mengambil makanan segera kerana memudahkan kerja pelajar tetapi

makanan segera memberikan keburukan jika makan secara berlebihan seperti makanan yang

diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang

memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.

Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa

vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko

kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing

Page 14: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH · Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh ... makanan segera memberikan keburukan jika makan secara berlebihan

manis, serangan jantung. Di samping itu, makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet

dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam.

Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya

boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi

masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).Seperti yang kita ketahui, trend masyarakat

masa kini turut mendorong perkembangan drastik industri makanan segera. Masyarakat yang

terlalu sibuk sama ada kesibukan tugas atau kesibukan yang berpunca daripada rentak kehidupan

masyarakat moden mendorong mereka mencari jalan pintas dengan mengambil makanan segera

sebagai alternatif daripada makanan berat.

Page 15: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH · Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh ... makanan segera memberikan keburukan jika makan secara berlebihan

Bahagian C: Kefahaman Tentang Makanan Seimbang

Berdasarkan soal selidik bahagian c, terdapat beberapa soalan yang diajukan kepada para

responden tentang Amalan Diet Seimbang Pelajar UKM. Bahagian C dalam soal selidik ini adalah

bertujuan untuk mengkaji sejauh mana pelajar UKM peka tentang amalan pemakanan mereka.

Antara persoalan yang dikaji termasuklah mengutamakan makanan seimbang setiap kali makan.

Daripada carta pai di atas, didapati bahawa sebanyak 60% (20% sangat setuju + 40%

setuju) daripada responden bersetuju dengan pernyataan tersebut. Ini membuktikan bahawa pelajar

UKM sememangnya mementingkan makanan seimbang dalam kehidupan seharian. Pemakanan

yang seimbang memastikan kita memperoleh tenaga dan nutrien yang kita perlukan untuk

berfungsi, melakukan aktiviti seharian dan mengurangkan risiko masalah pemakanan, termasuk

kekurangan pemakanan (contohnya kurang berat badan, pertumbuhan terbantut, anemia) dan

berlebihan zat makanan (contohnya berlebihan berat badan dan obesiti). Kita perlu mengambil

kelima-lima kumpulan makanan mengikut jumlah bersesuaian yang ditunjukkan dalam Piramid

Makanan Malaysia. Pelbagaikan pilihan dalam setiap kumpulan makanan, kerana makanan

berlainan membekalkan kombinasi nutrien yang berbeza. Pemakan seimbang mampu menjana

tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas.

Page 16: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH · Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh ... makanan segera memberikan keburukan jika makan secara berlebihan

Seterusnya, daripada persoalan yang diajukan iaitu “saya lebih suka makan pada lewat

malam” menunjukkan bahawa sebanyak 30% pelajar UKM sangat tidak setuju, 40% yang

merupakan catatan tertinggi untuk tidak setuju, 20% setuju dan 10% sangat setuju. Hal ini

membuktikan bahawa kebanyakkan pelajar UKM sedar akan kesan buruk pengambilan makanan

pada lewat malam. Namun terdapat juga segelintir pelajar yang mengakui lebih suka makan pada

lewat malam. Rata-rata daripada mereka memberikan alasan bahawa mereka mengalami stress dan

menjadi penyebab utama mereka berbuat demikian.

Tabiat makan pada lewat malam adalah kurang sihat dan boleh memberikan kesan

negatif ke atas kesihatan kita. Kesannya bukan saja pada peningkatan berat badan, tetapi ia boleh

mendekatkan kita dengan pelbagai penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, paras

kolesterol yang tinggi dan sakit jantung. Malah, kita juga akan kehilangan bentuk badan menawan

tanpa disedari (kerana penambahan berat badan berlaku secara senyap dan perlahan-lahan).

Page 17: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH · Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh ... makanan segera memberikan keburukan jika makan secara berlebihan

Gula sememangnya memberi manfaat kepada manusia, walau bagaimanapun pengambilan

gula yang berlebihan dapat mengundang pelbagai masalah kesihatan yang kronik kepada manusia.

Badan manusia memang memerlukan gula untuk memastikan semua fungsi badan berjalan dengan

lancar, namun pengambilan gula secara berlebihan boleh mengakibatkan masalah kesihatan

terutamanya untuk jangka masa yang panjang. Individu yang tidak mengawal pengambilan gula

kemungkinan akan menghadapi penyakit yang kronik dan mengganggu kualiti kehidupan mereka.

Berdasarkan carta pai di atas, didapati seramai 70% pelajar UKM sangat bersetuju dan

selebihnya bersetuju bahawa pengambilan gula yang banyak boleh mengakibatkan penyakit

kencing manis. Kesedaran para pelajar UKM tentang bahayanya gula adalah pada tahap yang

memberangsangkan. Hal ini mungkin kerana mereka sudah mengetahui kesan buruk yang akan

menimpa mereka jika mereka mengambil gula secara berlebihan.

Page 18: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH · Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh ... makanan segera memberikan keburukan jika makan secara berlebihan

Berdasarkan carta bar di atas, tiada responden sangat tidak bersetuju dan tidak

setuju dengan kenyataan air suam perlu diminum 8 gelas sehari bagi mengelakkan kekurangan air

dalam badan manakala 3 orang responden (30%) tidak tahu,2 orang responden (20% ) setuju dan

5 orang responden ( 50%) sangat bersetuju dengan kenyataan bahawa air suam perlu diminum 8

gelas sehari bagi mengelakkan kekurangan air dalam badan.

Kebanyakan responden bersetuju mengatakan bahawa air suam perlu diminum 8 gelas

sehari bagi mengelakkan kekurangan air dalam badan kerana kemungkinan telah dideahkan

mengenai kebaikan meminum air suam dan mungkin mereka telah di didik daripada kecil untuk

minum air suam untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik untuk jangka masa yang panjang.

Selain itu, 3 orang responden (30%) tidak tahu bahawa air suam perlu diminum 8 gelas sehari bagi

mengelakkan kekurangan air dalam badan adalah kerana mereka kurang pendedahan manfaat dan

kebaikan air suam kepada tubuh badan.

Page 19: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH · Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh ... makanan segera memberikan keburukan jika makan secara berlebihan

Berdasarkan carta bar di atas, tiada responden (0%) sangat tidak setuju , setuju dan sangat

setuju dengan kenyataan saya mengetahui jumlah kalori yang diambil dalam setiap hidangan

manakala 6 orang responden (60%) tidak tahu, 4 orang responden (40%) setuju dengan saya

mengetahui jumlah kalori yang diambil dalam setiap hidangan.

Peratusan responden yang tidak tahu dengan kenyataan saya mengetahui jumlah kalori

yang diambil dalam setiap hidangan sangat tinggi berbanding yang lain. Hal ini dapat

membuktikan bahawa mahasiswa dan mahasiswi UKM amatlah tidak ambil peduli tentang

bilangan kalori yang mereka ambil seta tidak khuatir terhadap kesan pengambilan kalori

berlebihan kepada badan.

Selain itu, bilangan responden yang setuju dengan kenyataan tersebut hanyalah 40%. Hal

ini mungkin kerana mereka sentiasa peka terhadap keadaan kesihatan mereka dan berkemungkinan

responden-responden ini terdiri daripada keluarga yang mempunyai tahap penjagaan kesihatan

yang tinggi.

Page 20: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH · Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh ... makanan segera memberikan keburukan jika makan secara berlebihan

Berdasarkan carta pai di atas, seramai 7 orang responden bersamaan 70% setuju dan sangat

setuju dengan kenyataan bahawa mereka lebih cenderung untuk mengambil makanan secara

berlebihan apabila stress. Hal ini kerana menurut Anne Wolf, RD dari University of Virginia

School of Medicine, makan berlebihan ketika stress merupakan respon emosional yang berulang

dan menjadi kebiasaan. Oleh itu, kebanyakan responden beranggapan bahawa apabila mereka

stress, mereka memerlukan makan makanan yang banyak supaya rasa stress tersebut dapat diatasi.

Manakala 3 orang responden (30%) sangat tidak setuju dan tidak setuju dengan kenyataan

bahawa mereka lebih cenderung untuk mengambil makanan secara berlebihan apabila stress.

Peratusan responden yang tidak setuju adalah kurang daripada responden yang setuju. Hal ini

mungkin disebabkan oleh faktor-faktor stress dan cara menangani stress oleh individu itu sendiri.

Sesetengah individu yang stress, mereka menanganinya dengan membeli belah, mengaji, dan

sebagainya selain daripada makan. Oleh itu, cara menangani stress adalah bergantung kepada diri

individu sendiri.

Page 21: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH · Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh ... makanan segera memberikan keburukan jika makan secara berlebihan

1.8 Tindakan

Seperti kajian yang lain, kajian kami ini juga mempunyai beberapa tindakan yang boleh

diambil bagi memberi kesedaran kepada pelajar UKM berkaitan kepentingan mengamalkan diet

yang seimbang dalam kehidupan seharian. Tindakan pertama yang boleh diambil adalah dengan

mengadakan kempen kesedaran berkenaan kepentingan dan kesan-kesan mengamalkan diet yang

seimbang. Hal ini dapat membuka mata pelajar UKM untuk lebih menitikberatkan pemakanan

seharian mereka.

Tindakan yang kedua adalah dengan mengedarkan risalah-risalah berkaitan menu

pengambilan kalori yang baik. Melalui risalah ini, pelajar UKM akan lebih peka terhadap bilangan

kalori yang diambil dalam pemakanan. Selain itu, dengan mengadakan kelas berkala berkenaan

diet yang seimbang untuk kesihatan pelajar. Melalui kelas ini, pelajar UKM dapat didedahkan

mengenai jenis-jenis diet yang seimbang,cara mengira berat badan unggul(BMI) dan bilangan

karbohidrat,kalori,lemak,protein dan serat dalam setiap hidangan yang diambil.

Akhir sekali, memuat turun aplikasi-aplikasi di telefon bimbit berkaitan diet yang

seimbang juga dapat melatih pelajar agar lebih berdisiplin dalam mengekalkan diet yang seimbang

bagi mengelakkan diri daripada penyakit yang tidak diingini .

Page 22: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH · Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh ... makanan segera memberikan keburukan jika makan secara berlebihan

1.9 Kesimpulan

Diet seimbang adalah faktor penting bagi menjamin kesihatan mental dan fizikal

seseorang. Bagi seseorang pelajar, pengambilan diet yang seimbang serta jadual pemakanan yang

konsisten perlu dititik beratkan dalam kehidupan seharian. Berdasarkan kajian di atas, kebanyakan

responden beranggapan bahawa apabila mereka stress, mereka memerlukan makan makanan yang

banyak supaya rasa stress tersebut dapat diatasi. Akibatnya, amalan tersebut akan meninggalkan

kesan buruk kepada kesihatan pelajar seterusnya menjejaskan aktiviti pembelajaran mereka.

Fenomena sedemikian haruslah dielakkan dengan mengamalkan jadual pemakanan yang teratur

dan konsisten. Walaupun pelajar dihimpit dengan jadual aktiviti akademik atau ko-kurikulum yang

ketat serta kekangan kewangan, fenomena mengamalkan diet tidak seimbang harus dihindari

kerana mungkin menjejaskan pembelajaran pelajar sendiri.

Namun begitu, daripada keseluruhan kajian, dapat disimpulkan bahawa pelajar UKM

menitikberatkan tentang pemakanan seimbang dalam diet seharian mereka. Oleh itu, terdapat

pelbagai alternatif yang telah dilakukan bagi membantu mengekalkan dan mendapatkan indeks

jisim badan (BMI) yang normal bagi pelajar UKM iaitu dengan cara melaksanakan kempen

kesedaran dan juga pengedaran risalah kecil bagi pelajar UKM.

Page 23: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH · Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh ... makanan segera memberikan keburukan jika makan secara berlebihan

2.0 Penglibatan/Bidang tugas pelajar dalam projek

Dalam projek berkumpulan bagi kursus LMCK 1421 Pemikiran Kritis & Penyelesaian

Masalah, kumpulan saya telah memilih tajuk Diet Seimbang Penting Untuk Kesihatan Pelajar

UKM. Kami ingin mengkaji mengkaji tahap kesedaran serta pengetahuan mahasiswa/i UKM

mengenai pola makanan yang sihat atau diet yang seimbang dalam pemakanan seharian mereka.

Untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan tersebut, saya ditugaskan untuk membuat borang

soal selidik. Dalam soal selidik berkenaan mengandungi tiga bahagian utama iaitu bahagian A

mengandungi maklumat pelajar yang merangkumi jantina, tahun pengajian, berat dan tinggi. Hal

ini adalah untuk mengira Body Mass Index (BMI) responden yang terdiri daripada pelajar UKM.

Seterusnya dalam bahagian B, saya ada menyediakan beberapa soalan mengenai amalan pemakan

pelajar UKM dan pada bahagian C pula, beberapa soalan berasakan kefahaman tentang makanan

seimbang telah diajukan.

Setelah borang soal selidik diedarkan, semua ahli kumpulan membahagikan tugas untuk

menganalisis data yang telah dikumpulkan. Saya ditugaskan untuk menganalisis bahagian C.

Seterusnya, selain menghadirkan diri pada setiap perbincangan kumpulan yang diadakan, saya

ditugaskan untuk membuat risalah cadangan menu makanan seimbang bersama dengan rakan saya.

Dalam risalah cadangan menu makanan seimbang tersebut, kami ada mencadangkan beberapa

menu seimbang untuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Saya juga telah

menyiapkan poster bagi kumpulan kami.

Page 24: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH · Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh ... makanan segera memberikan keburukan jika makan secara berlebihan

3.0 Refleksi kendiri daripada projek

Daripada pemilihan tajuk Diet Seimbang Penting Untuk Kesihatan Pelajar UKM,

kumpulan kami ingin mengkaji sejauh mana tahap pengetahuan pelajar UKM mengenai pola

makanan yang sihat atau diet yang seimbang dalam pemakanan seharian mereka. Melalui soal-

selidik yang telah diedarkan, beberapa analisis telah dilakukan dan dapat diketahui bahawa pelajar

UKM sememangnya mengetahui tentang pola pemakanan seharian mereka. Ini terbukti apabila

40% daripada responden memiliki BMI yang normal berbanding 30% berlebihan berat badandan

30% lagi kurang berat badan. Jika dilihat dari segi peratusan bahagian C iaitu kefahaman tentang

makanan seimbang terbukti bahawa pelajar UKM menitikberatkan pemakanan seimbang dalam

diet seharian mereka. Untuk mengekalkan dan mempertingkatkan lagi kesedaran pelajar UKM

tentang kepentingan diet seimbang, beberapa langkah telah diusulkan dan dijalankan seperti

kempen dan pengedaran risalah cadangan menu yang berkhasiat.

Hasil yang diperolehi daripada kursus LMCK 1421 (Pemikiran Kritikal & Penyelesaian

Masalah) adalah saya dapat menyelesaikan beberapa persoalan berkenan tajuk yang dipilih.

Antaranya termasuklah dapat mengetahui sejauh manakah tahap pengetahuan mahasiswa/i UKM

terhadap pengambilan makanan seimbang dalam kehidupan seharian mereka. Saya juga dapat

mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan mahasiswa/i UKM. Apabila

dapat mengenalpasti tahap pengetahuan tentang diet seimbang pelajar UKM dan faktor-faktor

yang mempengaruhi pengambilan diet seimbang, saya dan rakan-rakan telah menjalankan

beberapa cadangan yang diusulkan. Antaranya termasuklah, mengadakan Kempen Jom Sihat dan

mengedarkan risalah cadangan menu seimbang kepada pelajar-pelajar UKM. Hal ini bertujuan

untuk menjadikan pelajar UKM supaya sentiasa menitikberatkan tentang pemakanan seimbang

dalam diet seharian mereka.