lmck1421 pemikiran kritikal & penyelesaian ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta...

29
LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH KUMPULAN 7 TAJUK: DIET SEIMBANG PENTING UNTUK KESIHATAN PELAJAR UKM. LAPORAN INDIVIDU: NADIA BINTI ROZLAN (A150349) PENSYARAH: Dr. MOHD AFTAR BIN ABU BAKAR

Upload: phamhanh

Post on 01-Feb-2018

256 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan ... dijalankan adalah kaedah soal selidik

LMCK1421

PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

KUMPULAN 7

TAJUK: DIET SEIMBANG PENTING UNTUK KESIHATAN PELAJAR

UKM.

LAPORAN INDIVIDU:

NADIA BINTI ROZLAN (A150349)

PENSYARAH:

Dr. MOHD AFTAR BIN ABU BAKAR

Page 2: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan ... dijalankan adalah kaedah soal selidik

1.0: PENGENALAN (Maklumat Projek)

1.1 Latarbelakang kajian

Perkataan “diet” menurut Kamus Pelajar edisi kedua membawa maksud makanan yg dihadkan

untuk seseorang atas sebab-sebab kesihatan, berdiet berpantang atau mengehadkan makanan

tertentu. Manakala, seimbang pula menurut sumber yang sama membawa maksud sama berat;

tidak berat sebelah. Seperti yang diketahui, diet seimbang ini sangat berkait rapat dengan

kehidupan seharian pelajar kerana kekurangan zat dalam badan serta gaya pemakanan yang tidak

sihat akan menyebabkan konsentrasi pelajar terganggu di dalam kelas. Oleh itu, sekiranya

berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “diet seimbang” adalah menuju kepada

pola makanan yang mencukupi yang diperlukan oleh badan untuk aktiviti seharian pelajar.

Bagaimanapun, secara khusus perkataan diet seimbang bermaksud pengambilan makanan yang

berkualiti dan teratur untuk membekalkan tubuh manusia dengan zat dan tenaga serta

mengekalkan kesihatan badan. Bagi seseorang pelajar, kesedaran tentang pola pengambilan

makanan amat penting kerana ia mempengaruhi perkembangan atau tindakbalas fizikal dan

mental seseorang pelajar yang merupakan satu aset penting dalam membangunkan modal insan

bagi negara maju. Namun begitu, dapat kita lihat, dengar dan baca di media massa mengenai

laporan pelajar yang kebuluran kerana kesempitan wang terutamanya di universiti-universiti

awam seluruh Malaysia. Ianya menunjukkan bahawa pelajar pada masa kini adalah dengan

sewenang-wenanganya mengaibaikan pola makanan yang diperlukan oleh badan mereka. Oleh

itu, terdapat banyak badan kerajaan mahupun swasta ynag ditubuhkan untuk menangani masalah

ini. Untuk membincangkan isu ini dengan lebih mendalam, satu kajian mengenai kepentingan

diet seimbang untuk kesihatan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Page 3: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan ... dijalankan adalah kaedah soal selidik

1.2 Permasalahan kajian

Sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, pelbagai rintangan dan cabaran harus

ditempuhi untuk mencapai misi tersebut. Antara cabaran terbesar yang perlu dihadapi adalah

masalah kebuluran yang akan dialami oleh rakyat Malaysia sendiri akibat daripada kos sara hidup

yang tinggi serta harga atau nilai barangan yang sering meningkat sehingga memberi bebanan

kepada rakyat untuk membeli keperluan seharian mereka.

Selain itu, sikap remaja yang lebih gemar untuk mengambil pola makanan yang tidak sihat

terutama apabila mereka dalam keadaan yang tertekan serta gemar untuk mengambil makanan

segera serta makanan ringan juga antara punca wujudnya masalah diet yang tidak seimbang di

kalangan pelajar pada masa kini. Selain itu, golongan remaja sekarang yang lebih bersifat pasif

iaitu duduk sahaja di rumah serta bermain ‘video game’, memburukkan lagi keadaan ini.

Kesan yang timbul akibat daripada diet yang tidak seimbang ini adalah amat besar dan

semestinya akan menjejaskan kemajuan sesebuah negara pada masa akan datang dengan

melahirkan rakyat yang lemah dari segi mental dan fizikal. Oleh itu, kajian ini telah dipilih untuk

dilakukan dalam cubaan untuk menyelesaikan masalah yang timbul serta memberi pendedahan

serba sedikit kepada pelajar mengenai diet yang seimbang dalam pola makanan seharian mereka.

1.3 Tujuan Kajian

Untuk mengkaji tahap kesedaran serta pengetahuan mahasiswa/i UKM mengenai pola makanan

yang sihat atau diet yang seimbang dalam pemakanan seharian mereka.

Page 4: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan ... dijalankan adalah kaedah soal selidik

1.4 Objektif kajian

1) Menentukan tahap pengetahuan mahasiswa/i UKM terhadap pengambilan makanan

seimbang.

2) Untuk mengetahui faktor- faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan

mahasiswa/iUKM.

3) Untuk mencadangkan kaedah atau cara yang diperlukan oleh mahasiswa/i UKM untuk

mendapatkan diet yang seimbang

1.5 Kepentingan Kajian

Seperti kajian yang lain, kajian kami ini juga mempunyai kepentingan tersendiri. Pertama

sekali, kajian ini dijalankan untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa/i UKM akan

kepentingan pengambilan diet yang seimbang. Pentingnya pengambilan diet yang seimbang dalam

kehidupan seharian kerana makanan yang diambil akan mempengaruhi kehidupan seseorang lebih-

lebih lagi apabila bergelar sebagai seorang pelajar. Melalui pemerhatian kami, terdapat segelintir

mahasiswa/i di UKM Bangi yang kurang peka terhadap penjagaan pemakanan seharian. Selain itu

, kami ingin mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan makanan pelajar UKM.

Sudah sedia maklum bahawa pelajar UKM sangat sibuk dan mempunyai masa yang terhad. Oleh

itu mereka lebih cenderung untuk mengambil makanan segera yang tidak berkhasiat tanpa

mempedulikan kesan-kesan yang akan menimpa mereka. Masalah ini akan menjadi lebih serius

sekiranya mahasiswa/i tidak diberikan kesedaran.

Seterusnya, kepentingan kajian ini adalah untuk mencadangkan kaedah atau cara yang

diperlukan oleh pelajar untuk mendapatkan diet yang seimbang. Kami akan mencadangkan

beberapa tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai seorang mahasiswa/i, kita

seharusnya mempunyai kelebihan dalam menyelesaikan masalah dengan lebih kreatif dan kritis.

Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk memberi penyelesaian dalam dimensi yang baru kepada

mahasiswa/i UKM tentang pentingnya pengambilan diet yang seimbang. Dengan terbitnya kajian

ini, diharapkan kajian ini dapat membuka mata semua mahasiswa/i agar lebih cakna terhadap pola

makanan seharian mereka serta mengamalkan gaya hidup sihat supaya Malaysia dapat melahirkan

Page 5: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan ... dijalankan adalah kaedah soal selidik

modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan

dalam kala.ngan mahasiswa/i UKM serta implikasinya terhadap pembelajaran.

1.6 Kaedah Kajian

Kajian ini dilaksanakan selama dua bulan terhadap 10 responden yang terdiri daripada

mahasiswa/i yang terdiri daripada pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Kaedah pertama yang

dijalankan adalah kaedah soal selidik. Sebanyak 15 borang soal selidik telah diagihkan kepada 15

orang responden yang terdiri daripada pelajar UKM. Tambahan pula, daripada 15 orang

responden, 10 orang responden telah dipilih oleh kami untuk dipantau tahap perkembangan

pemakanan seimbang mereka selama dua bulan. Selain itu, kaedah ke dua yang dijalankan adalah

kaedah perpustakaan dimana kami telah mendapat sumber-sumber rujukan berkaitan pemakanan

seimbang daripada perpustakaan dan internet. Akhir sekali, kami menggunakan kaedah temu bual

dimana kami telah bersoal jawab dengan responden berkaitan dengan gaya pemakanan mereka

untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan mereka sebelum ini berkaitan pemakanan seimbang

dalam setiap hidangan yang mereka ambil.

Page 6: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan ... dijalankan adalah kaedah soal selidik

1.7 Hasil Dapatan Kajian

Bahagian A: Maklumat Peribadi

Kajian ini dilakukan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi diet seimbang

pelajar-pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Suatu borang soal-selidik berkaitan

maklumat peribadi, amalan pemakanan serta kefahaman tentang makanan seimbang telah

dilengkapkan oleh 10 orang pelajar secara keseluruhannya dan soal selidik tersebut telah

dijalankan secara rawak di Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM. Dalam soal selidik tersebut, tinggi

dan berat badan pelajar telah diukur menggunakan ukuran biasa iaitu tinggi (cm) dan berat (kg).

Indeks jisim badan (BMI) telah dikira bagi setiap responden dan klasifikasi Pertubuhan Kesihatan

Sedunia (WHO) telah digunakan untuk melihat indeks jisim badan (BMI) secara keseluruhannya.

Responden terdiri daripada 6 orang pelajar wanita (60%) dan 4 orang pelajar lelaki (40%).

Keputusan menunjukkan bahawa 30% daripada keseluruhan responden adalah kurang berat badan,

40% daripada mereka mempunyai berat badan normal dan 30% lagi mempunyai berat badan

berlebihan. (rujuk Rajah 1.71)

Rajah 1.71

Page 7: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan ... dijalankan adalah kaedah soal selidik

Jika dibuat perbandingan indeks jisim badan (BMI) bagi lelaki dan perempuan secara berasingan

pula, kajian menunjukkan bahawa pelajar wanita UKM memiliki berat badan yang lebih ideal dari

pelajar lelaki UKM dengan peratusan sebanyak 50% berbanding 25%. Manakala, bagi kes berat

badan berlebihan pula, kajian menunjukkan bahawa pelajar lelaki UKM memiliki masalah berat

badan berlebihan yang lebih tinggi berbanding pelajar wanita UKM dengan peratusan 50% bagi

pelajar lelaki UKM dan 16.7% bagi pelajar wanita UKM. Bagi pelajar yang mengalami masalah

kurang berat badan pula, kajian menunjukkan bahawa pelajar lelaki UKM lebih cenderung untuk

mengalami masalah tersebut berbanding pelajar perempuan UKM dengan peratusan sebanyak

33.3% bagi pelajar wanita UKM dan 25% bagi pelajar lelaki UKM. (Rujuk rajah 1.71 (a))

Rajah 1.71(a)

Selain itu, daripada sudut pengetahuan mengenai pengiraan indeks jisim badan (BMI) pula

menunjukkan bahawa 30% daripada responden dikategorikan sebagai memiliki pengetahuan yang

rendah berkenaan pengiraan indeks jisim badan (BMI) tersebut, manakala 70% responden

mengakui bahawa mereka mempunyai pengetahuan berkenaan pengiraan tersebut. (Rujuk rajah

1.72)

Page 8: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan ... dijalankan adalah kaedah soal selidik

Rajah 1.72

Jika dibuat perbandingan antara pelajar lelaki UKM dan pelajar wanita UKM mengenai

pengetahuan tentang pengiraan Indeks Jisim Badan (BMI) pula, kajian menunjukkan bahawa

pelajar perempuan UKM mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi tentang pengiraan BMI

berbanding pelajar lelaki UKM, iaitu sebanyak 75% bagi pelajar wanita UKM dan 66.7% bagi

pelajar lelaki UKM. (Rujuk rajah 1.72(a))

Page 9: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan ... dijalankan adalah kaedah soal selidik

Rajah 1.72(a)

Analisa mengenai perbelanjaan untuk makan pula bertujuan mengenalpasti agihan perbelanjaan

serta cara pengurusan kewangan pelajar. Kajian ini menunjukkan bahawa tiada responden

membelanjakan wang mereka kurang daripada RM5 sehari, sementara 80 % berbelanja antara

RM5-10 untuk makanan sehari mereka. Manakala sebanyak 20% daripada respon berbelanja lebih

daripada RM10 sehari (Rujuk rajah di bawah).

Page 10: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan ... dijalankan adalah kaedah soal selidik

Bahagian B: Amalan pemakanan

Melalui kaedah borang soal selidik ke atas 10 orang responden (pelajar UKM )sebanyak 6

orang pelajar yang mengambil sarapan sebelum ke kuliah. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan

memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus. Ini secara tidak

langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya,

sama ada di sekolah atau tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan seringan sekeping roti

dan secawan kopi.

Diet pemakanan pelajar tidak akan lengkap sekiranya pelajar abaikan pengambilan

sarapan setiap pagi. Sarapan pagi mempunyai kebaikan yang tersendiri dalam menjaga kesihatan

dan kecekalan minda kita. Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh

badan anda dalam meningkatkan metabolisme. Malah pemakanan seharian anda juga akan lebih

teratur. Sarapan pagi juga penting dalam memberikan tenaga untuk memulakan kerja atau aktiviti

seharian. Jika anda 'skip' sarapan pagi, pasti badan akan terasa lemah dan lesu. Pengambilan fiber

dalam sarapan seperti roti memberikan anda tubuh yang ‘fit’ dan sihat.

Page 11: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan ... dijalankan adalah kaedah soal selidik

Tips Pengambilan Sarapan yang Sihat

Masa terbaik untuk sarapan adalah antara jam 6 hingga jam 9 pagi. Pengambilan sarapan

dalam tempoh sejam atau selepas berjalan. Elakkan mengambil sarapan yang lewat dan makan

makanan tinggi protein bagi membantu mengurangkan rasa lapar dalam tempoh yang lama.

Seterusnya, elakkan mengambil pastry, makan makanan manis seperti donut dan muffin ketika

bersarapan. Makanan ini membuatkan kita cepat berasa lapar. Perkara yang penting ialah

banyakkan juga meminum air kosong setiap hari

Tanpa sarapan pagi, tubuh badan akan lebih susah untuk mendapat nutrien seperti serat dan

vitamin serta mineral supaya badan dapat berfungsi dengan baik. Dengan mengabaikan sarapan

pagi ia akan membuatkan badan anda hilang nutrien penting. Buahan sangat digalakkan untuk

sarapan pagi kerana khasiatnya yang tinggi. Jadi, jangan abaikan sarapan pagi.

Berdasarkan graf sebanyak 4 orang responden gemar makan makanan segera.

Walaupun makanan segera merupakan salah satu kategori makanan mudah guna yang

didefinisikan sebagai makanan sejuk atau panas. Ia hanya memerlukan masa dan usaha yang

sedikit untuk menyediakannya, merangkumi jenis makanan seperti makanan segera (fast foods),

makanan gerai, makanan terproses minimum, makanan terproses separa, makanan sedia dimakan,

Page 12: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan ... dijalankan adalah kaedah soal selidik

makanan ringan/snek (snack foods), makanan ringan/snek kurang zat (junk foods) dan minuman

sedia diminum.

Hal ini dapat dikaitkan dengan pelajar kerana pelajar yang kekurangan masa dan kewangan yang

tidak kukuh akan mengambil makanan segera kerana memudahkan kerja pelajar tetapi makanan

segera memberikan keburukan jika makan secara berlebihan seperti makanan yang diproses dan

makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan

sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.

Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa

vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko

kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing

manis, serangan jantung. Di samping itu, makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet

dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam.

Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh

membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah

terlalu banyak air di bawah kulit (edema).Seperti yang kita ketahui, trend masyarakat masa kini

turut mendorong perkembangan drastik industri makanan segera. Masyarakat yang terlalu sibuk

sama ada kesibukan tugas atau kesibukan yang berpunca daripada rentak kehidupan masyarakat

moden mendorong mereka mencari jalan pintas dengan mengambil makanan segera sebagai

alternatif daripada makanan berat.

Page 13: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan ... dijalankan adalah kaedah soal selidik

Bahagian C: Kefahaman Tentang Makanan Seimbang

Berdasarkan soal selidik bahagian c, terdapat beberapa soalan yang diajukan kepada para

responden tentang Amalan Diet Seimbang Pelajar UKM. Bahagian C dalam soal selidik ini adalah

bertujuan untuk mengkaji sejauh mana pelajar UKM peka tentang amalan pemakanan mereka.

Antara persoalan yang dikaji termasuklah mengutamakan makanan seimbang setiap kali makan.

Daripada carta pai di atas, didapati bahawa sebanyak 60% (20% sangat setuju + 40% setuju)

daripada responden bersetuju dengan pernyataan tersebut. Ini membuktikan bahawa pelajar UKM

sememangnya mementingkan makanan seimbang dalam kehidupan seharian. Pemakanan yang

seimbang memastikan kita memperoleh tenaga dan nutrien yang kita perlukan untuk berfungsi,

melakukan aktiviti seharian dan mengurangkan risiko masalah pemakanan, termasuk kekurangan

pemakanan (contohnya kurang berat badan, pertumbuhan terbantut, anemia) dan berlebihan zat

makanan (contohnya berlebihan berat badan dan obesiti). Kita perlu mengambil kelima-lima

kumpulan makanan mengikut jumlah bersesuaian yang ditunjukkan dalam Piramid Makanan

Malaysia. Pelbagaikan pilihan dalam setiap kumpulan makanan, kerana makanan berlainan

membekalkan kombinasi nutrien yang berbeza. Pemakan seimbang mampu menjana tubuh badan

yang sihat dan minda yang cerdas.

Page 14: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan ... dijalankan adalah kaedah soal selidik

Seterusnya, daripada persoalan yang diajukan iaitu “saya lebih suka makan pada lewat malam”

menunjukkan bahawa sebanyak 30% pelajar UKM sangat tidak setuju, 40% yang merupakan

catatan tertinggi untuk tidak setuju, 20% setuju dan 10% sangat setuju. Hal ini membuktikan

bahawa kebanyakkan pelajar UKM sedar akan kesan buruk pengambilan makanan pada lewat

malam. Namun terdapat juga segelintir pelajar yang mengakui lebih suka makan pada lewat

malam. Rata-rata daripada mereka memberikan alasan bahawa mereka mengalami stress dan

menjadi penyebab utama mereka berbuat demikian.

Tabiat makan pada lewat malam adalah kurang sihat dan boleh memberikan kesan negatif ke atas

kesihatan kita. Kesannya bukan saja pada peningkatan berat badan, tetapi ia boleh mendekatkan

kita dengan pelbagai penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, paras kolesterol yang

tinggi dan sakit jantung. Malah, kita juga akan kehilangan bentuk badan menawan tanpa disedari

(kerana penambahan berat badan berlaku secara senyap dan perlahan-lahan).

Page 15: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan ... dijalankan adalah kaedah soal selidik

Gula sememangnya memberi manfaat kepada manusia, walau bagaimanapun pengambilan gula

yang berlebihan dapat mengundang pelbagai masalah kesihatan yang kronik kepada manusia.

Badan manusia memang memerlukan gula untuk memastikan semua fungsi badan berjalan

dengan lancar, namun pengambilan gula secara berlebihan boleh mengakibatkan masalah

kesihatan terutamanya untuk jangka masa yang panjang. Individu yang tidak mengawal

pengambilan gula kemungkinan akan menghadapi penyakit yang kronik dan mengganggu kualiti

kehidupan mereka.

Berdasarkan carta pai di atas, didapati seramai 70% pelajar UKM sangat bersetuju dan

selebihnya bersetuju bahawa pengambilan gula yang banyak boleh mengakibatkan penyakit

kencing manis. Kesedaran para pelajar UKM tentang bahayanya gula adalah pada tahap yang

memberangsangkan. Hal ini mungkin kerana mereka sudah mengetahui kesan buruk yang akan

menimpa mereka jika mereka mengambil gula secara berlebihan.

Page 16: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan ... dijalankan adalah kaedah soal selidik

Soalan 7 : Air suam perlu diminum 8 gelas sehari bagi mengelakkan kekurangan air dalam

badan.

Berdasarkan carta bar di atas, tiada responden sangat tidak bersetuju dan tidak setuju dengan

kenyataan air suam perlu diminum 8 gelas sehari bagi mengelakkan kekurangan air dalam badan

manakala 3 orang responden (30%) tidak tahu,2 orang responden (20% ) setuju dan 5 orang

responden ( 50%) sangat bersetuju dengan kenyataan bahawa air suam perlu diminum 8 gelas

sehari bagi mengelakkan kekurangan air dalam badan

Kebanyakan responden bersetuju mengatakan bahawa air suam perlu diminum 8 gelas sehari bagi

mengelakkan kekurangan air dalam badan kerana kemungkinan telah dideahkan mengenai

kebaikan meminum air suam dan mungkin mereka telah di didik daripada kecil untuk minum air

suam untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik untuk jangka masa yang panjang.

Selain itu, 3 orang responden (30%) tidak tahu bahawa air suam perlu diminum 8 gelas sehari bagi

mengelakkan kekurangan air dalam badan adalah kerana mereka kurang pendedahan manfaat dan

kebaikan air suam kepada tubuh badan.

Page 17: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan ... dijalankan adalah kaedah soal selidik

Soalan 11 : Saya mengetahui jumlah kalori yang diambil dalam setiap hidangan

Berdasarkan carta bar di atas, tiada responden (0%) sangat tidak setuju , setuju dan sangat setuju

dengan kenyataan saya mengetahui jumlah kalori yang diambil dalam setiap hidangan manakala 6

orang responden (60%) tidak tahu, 4 orang responden (40%) setuju dengan saya mengetahui

jumlah kalori yang diambil dalam setiap hidangan.

Peratusan responden yang tidak tahu dengan kenyataan saya mengetahui jumlah kalori yang

diambil dalam setiap hidangan sangat tinggi berbanding yang lain. Hal ini dapat membuktikan

bahawa mahasiswa dan mahasiswi UKM amatlah tidak ambil peduli tentang bilangan kalori yang

mereka ambil seta tidak khuatir terhadap kesan pengambilan kalori berlebihan kepada badan.

Selain itu, bilangan responden yang setuju dengan kenyataan tersebut hanyalah 40%. Hal ini

mungkin kerana mereka sentiasa peka terhadap keadaan kesihatan mereka dan berkemungkinan

responden-responden ini terdiri daripada keluarga yang mempunyai tahap penjagaan kesihatan

yang tinggi.

Page 18: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan ... dijalankan adalah kaedah soal selidik

Soalan 12 : Saya lebih cenderung untuk mengambil makanan secara berlebihan apabila

stress.

Berdasarkan carta pai di atas, seramai 7 orang responden bersamaan 70% setuju dan sangat setuju

dengan kenyataan bahawa mereka lebih cenderung untuk mengambil makanan secara berlebihan

apabila stress. Hal ini kerana menurut Anne Wolf, RD dari University of Virginia School of

Medicine, makan berlebihan ketika stress merupakan respon emosional yang berulang dan menjadi

kebiasaan. Oleh itu, kebanyakan responden beranggapan bahawa apabila mereka stress, mereka

memerlukan makan makanan yang banyak supaya rasa stress tersebut dapat diatasi.

Manakala 3 orang responden (30%) sangat tidak setuju dan tidak setuju dengan kenyataan bahawa

mereka lebih cenderung untuk mengambil makanan secara berlebihan apabila stress. Peratusan

responden yang tidak setuju adalah kurang daripada responden yang setuju. Hal ini mungkin

disebabkan oleh faktor-faktor stress dan cara menangani stress oleh individu itu sendiri.

Sesetengah individu yang stress, mereka menanganinya dengan membeli belah, mengaji, dan

sebagainya selain daripada makan. Oleh itu, cara menangani stress adalah bergantung kepada diri

individu sendiri.

Page 19: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan ... dijalankan adalah kaedah soal selidik

1.8 Tindakan

Seperti kajian yang lain, kajian kami ini juga mempunyai beberapa tindakan yang boleh diambil

bagi memberi kesedaran kepada pelajar UKM berkaitan kepentingan mengamalkan diet yang

seimbang dalam kehidupan seharian. Tindakan pertama yang boleh diambil adalah dengan

mengadakan kempen kesedaran berkenaan kepentingan dan kesan-kesan mengamalkan diet yang

seimbang. Hal ini dapat membuka mata pelajar UKM untuk lebih menitikberatkan pemakanan

seharian mereka. Tindakan yang kedua adalah dengan mengedarkan risalah-risalah berkaitan menu

pengambilan kalori yang baik. Melalui risalah ini, pelajar UKM akan lebih peka terhadap bilangan

kalori yang diambil dalam pemakanan. Selain itu, dengan mengadakan kelas berkala berkenaan

diet yang seimbang untuk kesihatan pelajar. Melalui kelas ini, pelajar UKM dapat didedahkan

mengenai jenis-jenis diet yang seimbang,cara mengira berat badan unggul(BMI) dan bilangan

karbohidrat,kalori,lemak,protein dan serat dalam setiap hidangan yang diambil. Akhir sekali,

memuat turun aplikasi-aplikasi di telefon bimbit berkaitan diet yang seimbang juga dapat melatih

pelajar agar lebih berdisiplin dalam mengekalkan diet yang seimbang bagi mengelakkan diri

daripada penyakit yang tidak diingini .

Page 20: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan ... dijalankan adalah kaedah soal selidik

1.9 Kesimpulan

Diet seimbang adalah faktor penting bagi menjamin kesihatan mental dan fizikal

seseorang. Bagi seseorang pelajar, pengambilan diet yang seimbang serta jadual pemakanan yang

konsisten perlu dititik beratkan dalam kehidupan seharian. Berdasarkan kajian di atas, kebanyakan

responden beranggapan bahawa apabila mereka stress, mereka memerlukan makan makanan yang

banyak supaya rasa stress tersebut dapat diatasi. Akibatnya, amalan tersebut akan meninggalkan

kesan buruk kepada kesihatan pelajar seterusnya menjejaskan aktiviti pembelajaran mereka.

Fenomena sedemikian haruslah dielakkan dengan mengamalkan jadual pemakanan yang teratur

dan konsisten. Walaupun pelajar dihimpit dengan jadual aktiviti akademik atau ko-kurikulum yang

ketat serta kekangan kewangan, fenomena mengamalkan diet tidak seimbang harus dihindari

kerana mungkin menjejaskan pembelajaran pelajar sendiri. Namun begitu, daripada keseluruhan

kajian, dapat disimpulkan bahawa pelajar UKM menitikberatkan tentang pemakanan seimbang

dalam diet seharian mereka. Oleh itu, terdapat pelbagai alternatif yang telah dilakukan bagi

membantu mengekalkan dan mendapatkan indeks jisim badan (BMI) yang normal bagi pelajar

UKM iaitu dengan cara melaksanakan kempen kesedaran dan juga pengedaran risalah kecil bagi

pelajar UKM.

Page 21: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan ... dijalankan adalah kaedah soal selidik

2.0 Penglibatan / Bidang tugas pelajar dalam projek

Dalam menjalankan kajian/projek ini, secara keseluruhannya setiap ahli kumpulan telah

diberikan bahagian-bahagian tugasan masing-masing untuk dilakukan. Pada mulanya kami telah

berbincang bersama-sama dalam mencari objektif dan permasalahan kajian. Selain iu, kami juga

telah bersama-sama membuat borang soal selidik. Tambahan pula dari segi bidang tugas individu

dalam projek ini adalah saya telah membuat pelan perancangan projek iaitu jadual perjumpaan di

mana berapa kehadiran dan berapa banyak perjumpaan yang telah lakukan bagi menyelesaikan

projek ini. Saya juga telah membuat kaedah kajian di dalam laporan ini. Bidang tugasan saya yang

lain adalah berjumpa dan berbincang dengan pensyarah berkaitan tajuk projek kumpulan kami ini

dan menjalankan kempen. Saya telah memilih 10 orang daripada responden soal selidik untuk

dipantau perkembangan kesihatan dan BMI mereka sepanjang 3 bulan. Selain itu, kempen ‘jom

diet seimbang’ yang dijalankan adalah dengan pergi ke setiap cafe dan mengedarkan risalah-

risalah yang telah dilakukan oleh rakan sekumpulan saya dan menerangkan kepada mahasiswa dan

mahasiswi UKM cara pemakanan seimbang yang betul, kebaikan mengamalkan makanan

seimbang dan keburukan tidak mengamalkan pemakanan seimbang serta cadangan-cadangan

menu yang boleh diambil. Daripada penerangan tersebut, maka terhasil lah kempen ‘jom diet

seimbang’ dimana mengambil makanan seimbang selama sehari. Melalui kempen ini, saya yakin

dan percaya bahawa mahasiswa dan mahasiswi UKM telah mendapat pendedahan yang

sewajarnya berkaitan pemakanan seimbang. Saya juga telah membuat bahagian analilis kajian di

dalam laporan projek ini. Saya mengalisa soalan-soalan daripada soal selidik yang telah dijawab

oleh responden untuk mengetahui tahap pengetahuan mereka terhadap pemakanan seimbang dan

BMI mereka. Di dalam cadangan, terdapat juga satu bahagian yang saya lakukan selain kempen,

iaitu membuat aplikasi telefon bimbit berkaitan kandungan kalori dalam makanan dan cara

pengambilan makanan seimbang. Saya telah membuat lakaran untuk aplikasi tersebut, akan tetapi

disebabkan oleh kekangan masa dan kemudahan, saya dan ahli kumpulan saya telah sepakat untuk

menangguhkan perlaksanan aplikasi telefon bimbit ini. Namun jika diberikan peluang, kami akan

bekerjasama dengan pelajar FSTM dan FSK untuk menghasilkan aplikasi pemakanan seimbang

ini. Akhir sekali, saya juga telah membuat pembentangan pada hari pembentangan kepada

pensyarah untuk mewakili kumpulan saya. Oleh itu, secara keseluruhannya, setiap ahli kumpulan

saya telah menjalankan bidang tugas masing-masing dengan jayanya.

Page 22: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan ... dijalankan adalah kaedah soal selidik

3.0 Refleksi kendiri daripada projek

Semasa melaksanakan tugasan projek kumpulan saya iaitu ‘diet seimbang penting untuk

kesihatan pelajar ukm’ ini, saya telah menerima banyak faedah dan fakta yang berguna untuk diri

saya dan rakan-rakan saya bagi memperoleh kesihatan yang baik dan pemakanan yang seimbang.

Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan kumpulansaya, say mula lebih

memahami dan mengamalkan tentang piramid makanan dan pemakanan seimbang. Saya juga mula

merasai kepentingan matapelajaran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah ini terhadap diri

saya kerana saya dapat berfikir diluar kotak bagi menyelesaikan masalah yang timbul berkaitan

diet seimbang pelajar UKM. Contohnya melalui soal selidik yang telah kami jalankan, terdapat

beberapa pelajar yang mempunyai masalah obersiti atau BMI mereka melebihi BMI normal. Disini

saya dan rakan kumpulan saya telah sam-sama mencari penyelesaian yang sesuai kepada pelajar

yang mengalami masalah tersebut dengan memantau pengambilan makanan mereka dan BMI

mereka sepanjang 3 bulan. Melalui segala ilmu pengetahuan berkaitan pemakanan seimbang yang

saya ketahui ini, saya akan praktikan sebaik mungkindan saya akan turunkan ilmu ini kepada

pelajar-pelajar UKM dan tidak mustahil juga kepada keluarga dan pensyarah saya kerana

pengambilan makanan yang seimbang amatlah penting untuk jangka masa yang panjang. Selain

itu, memalui proses membuat tugasan projek ini yang saya laksanakan bersama dengan ahli

kumpulan saya yang lain, saya dapat rasakan bahawa hubungan persahabatan kami semakin rapat

kerana dengan adanya sikap kerjasama, bantu membantu, toleransi dan berdisiplin dalam

menyelesaikan projek ini. Saya juga lebih mengenali sikap setiap ahli kumpulan saya serta

hubungan baik diantara pelajar dan pensyarah dapat diwujudkan apabila berjumpa dengan

pensyarah untuk meminta pendapat dan cadangan beliau berkaitan tajuk projek kami ini.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan kumpulan saya bagi

meyelesaikan projek ini membolehkan saya memprbaiki dan meningkatkan cara komunikasi saya.

Hal ini sekaligus dapat melatih diri saya untuk berkomunikasi dengan lebih yakin dan baik. Secara

keseluruhannya, melalui tugasan projek ini, saya berpendapat bahawa ia telah banyak memberikan

banyak faedah kepada saya dan rakan-rakan saya untuk dipraktikkan di dalam kehidupan seharian.

Page 23: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan ... dijalankan adalah kaedah soal selidik

Pembuktian projek oleh setiap ahli kumpulan:

i) Maklumat projek

Borang soal selidik

BORANG SOAL SELIDIK TENTANG DIET SEIMBANG PELAJAR UKM

BAHAGIAN A: MAKLUMAT PERIBADI

Jantina : Lelaki Perempuan

Tahun : 1 / 2 / 3 / 4

Berat (dalam kg) : ______

Tinggi (dalam cm) : ______

1.Adakah anda mengetahui cara pengiraan BMI?

Ya Tidak

2. Purata perbelanjaan harian (makanan) : ______

BAHAGIAN B: AMALAN PEMAKANAN

Tandakan (√ ) pada jawapan yang anda pilih.

1. Saya ada mengambil sarapan sebelum ke kuliah.

Ya Tidak

2. Saya lebih suka makan makanan segera.

Ya Tidak

3. Senarai makanan yang anda makan pada waktu pagi.

Nasi goreng Mee goreng Sandwich Bijirin

Lain-lain (sila nyatakan): ____________________________________

4. Senarai makanan yang anda makan pada waktu tengah hari.

Nasi Daging Ikan Sayur-sayuran Buah-buahan

Lain-lain (sila nyatakan): ____________________________________

5. Senarai makanan yang anda makan pada waktu malam.

Nasi Daging Ikan Sayur-sayuran Buah-buahan

Page 24: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan ... dijalankan adalah kaedah soal selidik

Lain-lain (sila nyatakan): ___________________________________

BAHAGIAN C: KEFAHAMAN TENTANG MAKANAN SEIMBANG

Sila jawab soalan di Bahagian C ini menggunakan penentu ukur tahap persetujuan seperti

di bawah:

1 - SANGAT TIDAK SETUJU

2 - TIDAK SETUJU

3 - TIDAK TAHU

4 - SETUJU

5 - SANGAT SETUJU

1. Mengutamakan makanan seimbang

setiap kali makan.

1 2 3 4 5

2. Saya lebih suka makan pada lewat

malam.

1 2 3 4 5

3. Pengambilan gula yang banyak

boleh mengakibatkan penyakit

kencing manis.

1 2 3 4 5

4. Sarapan perlu di ambil setiap pagi

untuk mendapatkan tenaga.

1 2 3 4 5

5. Buah-buahan sangat penting untuk

dimakan pada setiap hari.

1 2 3 4 5

6. Sentiasa mengambil sayur-sayuran

untuk membantu proses

penghadaman yang baik.

1 2 3 4 5

7. Air suam perlu diminum 8 gelas

sehari bagi mengelakkan

kekurangan air dalam badan.

1 2 3 4 5

8. Memakan makanan yang berlemak

boleh menyebabkan kegemukan.

1 2 3 4 5

9. Meminum susu boleh menguatkan

tulang.

1 2 3 4 5

10. Ikan merupakan makanan yang

mengandungi banyak protein.

1 2 3 4 5

Page 25: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan ... dijalankan adalah kaedah soal selidik

11. Saya mengetahui jumlah kalori yang

diambil dalam setiap hidangan

1 2 3 4 5

12. Saya lebih cenderung untuk

mengambil makanan secara

berlebihan apabila stress

1 2 3 4 5

Page 26: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan ... dijalankan adalah kaedah soal selidik

Kempen ‘Jom Diet Seimbang’

Page 27: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan ... dijalankan adalah kaedah soal selidik

Risalah

Page 28: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan ... dijalankan adalah kaedah soal selidik

ii) Pelan perancangan projek

Perjumpaan Kumpulan

Page 29: LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN ...modal insan yang lebih aktif dan efisien serta dengan tujuan untuk meninjau amalan pemakanan ... dijalankan adalah kaedah soal selidik

iii) Pelaksanaan projek