hhhc9401 kemahiran nilai, sikap, etika dan · pdf filenur diyana binti ahmad shahrin (ga02040)...

12
NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040) 1 HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATA HHHC9601 KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN LAPORAN REFLEKSI user KUMPULAN 3: NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040) MOHD NASHRIQ BIN MOHD ISKANDAR GA02048 (EDITING, PELAKON,JURUKAMERA) NORAINI BINTI ATSARI GA02070 (PELAKON,PENULIS SKRIP) NUR NAIM BIN NORAZMAN GA02061 (PELAKON,JURUKAMERA) NUR ANISA BT ABD RAHMAN GA01915 (PELAKON,JURUKAMERA) SAIFUL BIN MUSA GA01937 (PELAKON UTAMA) NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN GA02040 (PELAKON, PEMBENTANG, PENULIS SKRIP)

Upload: trankhanh

Post on 04-Feb-2018

259 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF fileNUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040) 2 HHHC9501 :KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATA Kemahiran

NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040)

1

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN

PENDEKATA HHHC9601 KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN

LAPORAN REFLEKSI

user

KUMPULAN 3: NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040)

MOHD NASHRIQ BIN MOHD ISKANDAR GA02048 (EDITING, PELAKON,JURUKAMERA)

NORAINI BINTI ATSARI GA02070 (PELAKON,PENULIS SKRIP)

NUR NAIM BIN NORAZMAN GA02061 (PELAKON,JURUKAMERA)

NUR ANISA BT ABD RAHMAN GA01915 (PELAKON,JURUKAMERA)

SAIFUL BIN MUSA GA01937 (PELAKON UTAMA)

NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN GA02040 (PELAKON, PEMBENTANG, PENULIS

SKRIP)

Page 2: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF fileNUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040) 2 HHHC9501 :KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATA Kemahiran

NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040)

2

HHHC9501 :KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH

DAN PENDEKATA

Kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah melibatkan kebolehan berfikir

secara kritis, analitis serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada

masalah baru dan berlainan.

Kebolehan mengenalpasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan

kabur, serta membuat penilaian berjustifikasi.

Kebolehan mengembangkan dan memperbaiki kemahiran berfikir seperti

menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan.

Kebolehan mencari idea dan menari penyelesaian alternatif .

Kebolehan berfikir melangkaui batas.

Kebolehan membuat keputusan berdasarkan bukti yang kukuh.

Kebolehan untuk bertahan serta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap

tanggungjawab yang diberikan.

Kebolehan memahami dan menyelesuaikan diri kepada budaya komuniti dan

persekitaran kerja yang baru.

OBJEKTIF

1. Supaya memiliki pemikiran yang kritis agar berbeza dengan pemikiran rakan-rakan

2. Dapat membantu pelajar berfikir secara kritis, kreatif, inovatif

3. Berkebolehan aplikasi pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru dan

berlainan

4. Mendidik diri dari segi kebolehan mengenalpasti dan menganalisis masalah dalam

situasi yang sukar dan kabur, serta membuat penilaian

5. Membantu meningkatkan kebolehan, mengembang dan membaiki kemahiran berfikir.

Page 3: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF fileNUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040) 2 HHHC9501 :KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATA Kemahiran

NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040)

3

Bagaimanakah dengan kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah?

Kedua-duanya termasuk ke dalam komponen berfikir secara kritis dan komponen berfikir

secara kreatif.

Apakah kemahiran berfikir secara kritis?

Kemahiran Berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk

menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan

sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan

bukti.

Kemahiran Berfikir Secara Kritis

Perkataan kritik berasal daripada bahasa Yunani "Kritikos" yang bermakna mampu menilai.

Pada asalnya perkataan kritis dicipta untuk mengelak kesilapan, kekeliruan dan andaian-

andaian yang salah. Secara umumnya kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan

keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea,

meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar

dengan menggunakan alasan dan bukti.

Page 4: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF fileNUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040) 2 HHHC9501 :KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATA Kemahiran

NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040)

4

Apakah kemahiran berfikir secara kreatif?

Kecekapan menggunakan minda untuk:

• menjana dan menghasilkan idea,

• mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat

maujud, abstrak, idea atau gagasan.

• menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah seacara

inovatif.

TUGASAN 1

Tugasan bagi kod HHHC9501 ialah setiap kumpulan perlu membentangkan dan mengulas

tugasan kumpulan lain yang pilih secara rawak pada awal kelas. Kumpulan saya (kumpulan

3) bertanggungjawab untuk mengulas pembentangan kumpulan 4. Kumpulan 4 telah

membentang isu dari 3 video yang berlainan.

Daripada pemerhatian saya, isu yang ingin diketengahkan dalam video pertama menunjukkan

semangat kerjasama dan pemikiran kritis tiga ekor semut yang ingin melintas jalan dimana

keadaan jalan tersebut terputus hubungan akibat tanah runtuh. Ketiga-tiga ekor semut ini

sepakat mengangkat penghadang jalan yang diperbuat oleh sebatang kayu untuk dijadikan

jambatan. Namun dipertengahan video tersebut saya dapat melihat satu sisi yang berbeza

apabila ketiga-tiga semut tersebut mengangkat semua jambatan yang mereka letak.

Saya bersependapat dengan Dr. Zaini, bahawa adalah lebih baik kayu itu kekal disitu tanpa

dialihkan sebagai jambatan. Tindakan semut tersebut jika tidak mengalihkan kayu terbabit

menyebabkan semut lain yang berkemungkinan melalui jalan itu dapat mengguna jambatan

tersebut tanpa sebarang masalah. Malah, secara tidak langsung ketiga-tiga semut tersebut

telah membantu semut yang lain dan memberi kemudahan kepada mereka. Pengajaran yang

dapat kita ambil daripada video ini adalah, adakalanya kita perlu berfikir keperluan orang lain

selepas keperluan kita selesai.

Video kedua memaparkan cerita animasi Upin & Ipin dalam tajuk siri “Tolong Ijat”. Cerita

ini berkisarkan rakan sekelas Upin dan Ipin, Ija, dimana rumahnya terlibat dalam kebakaran

menyebabkan keluarganya kehilangan tempat tinggal dan kerugian harta benda. Sebagai

rakan sekelas, sahabat pasangan kembar ini sepakat dengan semua rakan sekelas mereka

untuk membuat kutipan derma daripada orang kampung bagi membantu Ijat sekeluarga.

Page 5: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF fileNUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040) 2 HHHC9501 :KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATA Kemahiran

NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040)

5

Semangat setia kawan yang dipaparkan dalam video ini banyak member kesan positif kepada

kita terutamanya mengenai semangat setia kawan dan bantu membantu tanpa mengira bangsa

dan agama. Hal ini jelas apabila Jarjit dan Mei Mei turut membantu membuat kutipan dan

memberi sokongan moral kepada Ijat.

Sebagai sahabat kita perlu saling bantu membantu dan saling percaya antara satu sama lain.

Kejujuran, sikap bantu-membantu dan bertolak ansur adalah asas mudah dalam sesuatu

perhubungan terutamanya dalam persahabatan.

Apa yang ingin disampaikan oleh kumpulan 4 melalui video ketiga ialah, semangat

kepimpinan, disiplin dan kerjasama berpasukan. Video ini memaparkan seekor semut yang

berperanan sebagai ketua didalam pasukannya yang sanggup bergadai nyawa demi

memastikan pasukannya selamat untuk melintas kawasan pergunungan. Pada permulaan

video, sang ketua berperanan untuk mencuba terlebih dahulu kekuatan jambatan sedia ada.

Setelah jambatan berkenaan di yakini selamat sang semut bertindak memberi arahan kepada

pasukannya melalui jambatan tersebut. Dipertengahan perjalanan jambatan menunjukkan

tanda-tanda bakal runtuh. Ketua semut terus bertindak unti patah balik dan memikirkan jalan

penyelesaian. Akhirnya, hasil daripada patuh pada arahan ketua dan sikap kerjasama,

pasukannya berjaya menyiapkan kapal terbang yang dibina dengan kertas. Hasilnya mereka

dapat menyeberang kawasan pergunungan terbabit.

Sebagai seorang ketua, semestinya kita memerlukan sikap kepimpinan yang tinggi dan

bertanggungjawab terhadap keselamatan dan keperluan anak buah dan pekerja bahawahan.

Hal ini kerana tanpa mereka yang bekerja dibawahan segala kerja dan perancangan tidak

dapat disempurnakan dengan mudah dan lancar. Malah sikap patuh pasukan semut terbabit

terhadap arahan ketua memudahkan kerja pembinaan dilakukan. Hal ini, amat penting kita

praktikkan apabila kita berada di atas sebagai ketua. Kebajikan anak buah adalah keutamaan

ketua terutamanya dalam memberi arahan dan memikirkan keputusan yang terbaik.

Page 6: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF fileNUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040) 2 HHHC9501 :KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATA Kemahiran

NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040)

6

HHHC9401 : KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Etika dan moral profesional melibatkan kebolehan untuk mengamalkan standard moral yang

tinggi dalam amalan professional dan interaksi sosial.

Kebolehan memahami kesan ekonomi, alam sekitar dan sosiobudaya dalam amalan

profesional.

Kebolehan menganalisis dan membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah

berkaitan etika.

Kebolehan mengamalkan sikap beretika, disamping mempunyai rasa tanggungjawab

terhadap masyarakat.

ETIKA DAN MORAL PROFESIONAL

Etika adalah merupakan himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkahlaku

individu dan ditetapkan oleh peradaban manusia. Etika professional boleh diamalkan melalui

penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupaan seharian. Antara nilai-nilai murni ialah;

1. Adab sopan

2. Peramah

3. Komitmen

4. Bertanggungjawab

5. Berilmu pengetahuan

6. Berfikiran positif

Oleh itu, remaja yang professional perlu mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan

mereka. Nilai-nilai murni ini adalah berkaitan dengan keperibadian mulia.

Aristotle (384-322 s.m) menyatakan bahawa peribadi mulia dianggap sebagai satu keperluan

untuk membolehkan seseorang melaksanakan aktiviti yang rasional secar berkesan.

Contohnya aktiviti bekerjasama dapat memberikan kebaikan kepada umum.

Page 7: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF fileNUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040) 2 HHHC9501 :KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATA Kemahiran

NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040)

7

Tanggungjawab profesional dibahagikan kepada empat kategori iaitu;

Kebaikan diri sendiri- merupakan asas dan panduan dalam pengalaman autonomi dan

tanggungjawab moral. Penekanannya ialah kefahaman dan keprihatinan terhadap

prinsip moral. Contohnya memahami diri sendiri dari segi kekuatan dan kelemahan.

Kebaikan untuk masyarakat – merupakan kebaikan kepada masyarakat mementingkan

kebaikan yang diperoleh oleh klien dan masyarakat umum berikutan sesuatu tindakan.

Perkara yang diutamakan ialah keadilan dalam hal menghormati hak seseorang

khususnya hak untuk membuat keputusan.

Kebaikan kepada kumpulan- merupakan aspek penting yang ditekankan iailah

semangat kerja berpasukan, bekerjasama, kebolehan komunikasi secara berkesan dan

kepimpinan.

Kebaikan kemahiran – adalah berkaitan dengan kecekapan, ketekunan dan kreativiti.

Ciri-ciri keperibadian mulia mempunyai kaitan rapat dengan sifat integriti dan

menghormati diri-diri.

Faktor-faktor yang mempengaruhi etika professional

Tindakan yang dilakukan samada beretika atau tidak beretika adalah disebabkan daripada

interaksi antara beberapa unsur yang kompleks antara perkembangan moral dengan

pembolehubah lain seperti ciri-ciri individu, bentuk struktur organisasi, budaya organisasi

dan tahap kritikal sesuati isu etika itu.

Sebagai pelajar yang berjaya, kami perlu mengelakkan diri daripada sikap-sikap negatif.

Antara sikap negatif ialah;

1. Cepat putus asa

2. Pemarah

3. Malas

4. Sombong

5. Riak

Page 8: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF fileNUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040) 2 HHHC9501 :KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATA Kemahiran

NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040)

8

HHHC9601 : KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN

Kepimpinan berlaku apabila seseorang itu mendorong, memujuk, dan mempengaruhi orang

lain untuk berusaha ke arah pencapajan sesuatu objektif tertentu. Pada amnya, kepimpinan

didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan

dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian sasaran

organisasi. Para pemimpin tidak menekan atau mencucuk suatu kumpulan dan

membelakanginya sebaliknya mereka meletakkan diri di hadapan kumpulan itu sambil

memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan itu untuk mencapai sasaran organisasi.

Kepimpinan dalam Islam.

Menurut perspektif Islam, kepimpinan merupakan sesuatu amanah yang wajib dilaksanakan

dengan sebaik-baiknya, manakala pemimpin pula adalah bertanggungjawab dalam mengurus,

mentadbir dan menjaga apa yang diamanahkan kepadanya. Antara yang perlu dijaga oleh

seseorang pemimpin ialah menjaga dirinya daripada melakukan perbuatan mungkar dan

menunaikan kewajipan syarak dan tugas-tugas yang dipikulkan kepadanya dengan baik dan

adil. Aspek kepimpinan diberi perhatian penting sehingga Rasulullah s.a.w. menganjurkan

agar dilantik seorang pemimpin walaupun dalam kumpulan yang kecil sepertimana sabda

Baginda yang bermaksud: ‘Apabila tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah dilantik

seorang daripadanya.

10 sifat yang perlu ada untuk menjadi pemimpin yang sempurna:

Yakin.

Mengamalkan Shura.

Berpengetahuan.

Petah.

Adil.

Sabar.

Berdaya Usaha.

Lemah-lembut tapi tegas.

Rela berkorban

Page 9: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF fileNUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040) 2 HHHC9501 :KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATA Kemahiran

NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040)

9

Rendah diri dan takut kepada Allah S.W.T (Taqwa)

Melalui kerja berpasukan pula, organisasi dapat meningkatkan hasil tanpa meningkatkan

sumber kerana kerja berpasukan melibatkan gabungan usaha, pengatahuan, kemahiran dan

kebolehan yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika

dilakukan secara bersendirian. Lapan nilai-nilai utama yang menjasi pra syarat kepada

perlaksanaan kerja secara berpasukan iaitu:

Matlamat sama

Tanggungjawab bersama

Saling percaya mempercayai

Berkongsi idea

Saling bantu membantu

Bertolak ansur

Musyawarah

Kerjasama

Perbezaaan antara kerja berkumpulan dan kerja berpasukan.

Kerja dalam kumpulan belum tentu membawa maksud kerja sepasukan. Terdapat banyak

jenis kerja yang dilakukan oleh individu dalam kumpulan tetapi ia belum menjadi kepada

contoh kepada kerja berpasukan kerana:

“Kerja berkumpulan menumpukan kepada kerja masing-masing tetapi secara beramai-ramai

setiap orang telah ditetapkan kerja yang mesti di siapkan. Malah seseorang dalam kumpulan

hanya menerima arahan daripada ketua serta tidak terlibat di dalam menentukan sebarang

keputusan atau tindakan”

Tambahan lagi, kerja berpasukan dapat menerima anggota pasukan yang berlainan latar

belakang dan menganggap anggota yang berbeza sebagai “sebahagian daripada kita” tetapi

kerja berkumpulan, biasanya anggota terdiri daripada mereka yang mempunyai persamaan

dari segi cara berfikir dan latara belakang dan menganggap orang lain berbeza sebagai

“bukan daripada kita“.

Page 10: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF fileNUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040) 2 HHHC9501 :KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATA Kemahiran

NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040)

10

1. Bekerjasama:

Kerja berpasukan ialah kerja bersama atau lebih dikenali sebagai kerjasama. Masing-masing

saling bantu membantu. Ini bertepatan dengan budaya masyarakat Melayu, tetapi masih agak

asing dalam amalan pengurusan Melayu. Kita ada pepatah yang popular; ‘Yang berat sama di

pikul, yang ringan sama dijinjing’ dan sepatutnya ‘pikulan dan jinjingan’ itu diadaptasikan ke

dalam budaya kerja berpasukan.

2. Keputusan dan penyelesaian:

Kerja berpasukan dapat mengurangkan beban membuat keputusan dan penyelesaian. Jika

saudara seorang majikan, saudara dapat mengurangkan jumlah keputusan yang terpaksa

saudara buat, dengan memberikan sebahagian autoriti itu kepada pasukan bawahan saudara.

Jika saudara seorang ahli pasukan, saudara juga dapat mengurangkan beban membuat

keputusan; kerana dalam kerja berpasukan, keputusan dibuat secara persepakatan, bukan

individu.

3. Sumber manusia yang lebih produktif:

Dengan kerja secara berpasukan, organisasi seolah-olah mendapat kekuatan yang baru.

Pertama, semangat, fokus, dan produktiviti ahli meningkat. Mereka tidak berasa keseorangan

dan rasa kebersamaan. Selain daripada itu, ‘pasukan’ itu sendiri menjadi satu sumber manusia

yang tersendiri. Pasukan boleh dianggap sebagai suatu entiti yang mempunyai kelebihan dan

produktiviti sendiri. Contohnya, tugasan membuat keputusan dan penyelesaian masalah yang

kompleks tidak boleh dikendalikan oleh seorang ahli, tetapi ia boleh disempurnakan oleh

sebuah pasukan. Begitu juga dengan tugas-tugas yang lain. Dalam keadaan sebegini,

memiliki pasukan itu sendiri seolah-olah memiliki satu lagi ‘sumber manusia’ yang

berkebolehan, cekap dan berkesan.

4. Komitmen:

Dengan membina pasukan yang baik, bermakna saudara juga membina komitmen yang baik.

Jika saudara berada dalam sebuah pasukan yang bersemangat dan cekap, sudah pasti saudara

juga cekap dan bersemangat; begitu juga sebaliknya. Oleh itu, menjadi tugas induk membina

Page 11: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF fileNUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040) 2 HHHC9501 :KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATA Kemahiran

NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040)

11

sebuah pasukan yang mempunyai ciri-ciri yang terbaik, yang bersesuaian dengan tugas dan

matlamat yang hendak dicapai.

5. Komunikasi:

Dalam sesebuah pasukan, komunikasi adalah penting. Seseorang ketua pasukan mestilah

sentiasa berusaha mewujudkan sistem dan budaya komunikasi yang tulus dan terbuka. Dia

juga mesti memberi pendorong kepada mereka yang memendam akan lebih meluahkan apa

yang terbuku. Ahli-ahli pasukan perlu sentiasa memastikan rakan-rakan sepasukan dapat

menyampaikan maklumat dan mesej yang diperlukan. Dengan itu, organisasi tidak perlu

bersusah payah untuk mendapatkan pandangan dan respons daripada pasukan berbanding

dengan individu.

6. Kualiti:

Ini adalah satu lagi produk kerja berpasukan iaitu kualiti. Saudara harus faham, pasukan

terdiri daripada pelbagai individu yang mempunyai pelbagai latar belakang dan kemahiran.

Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Dengan bekerja dalam satu pasukan, kekuatan

ini akan bergabung dan mengeluarkan hasil yang cukup menakjubkan. Ia seperti batu-bata

yang kecil; apabila ia bergabung, boleh membina sebuah tembok yang tinggi dan kukuh!

7. Semangat dan motivasi:

Apabila kita bekerja bersama-sama dengan rakan yang lain, saudara akan berasa lebih

bersemangat dan berdaya tahan. Apabila saudara melihat kesukaran dan kesusahan yang turut

dihadapi oleh rakan sepasukan, semangat saudara kembali bersinar dan saudara berterusan

menghadapi masalah dengan yakin. Contohnya seperti kisah para sahabat Nabi Muhammad

dalam peperangan, bagaimana mereka mempunyai semangat dan daya juang yang tinggi,

apatah lagi apabila melihat para pejuang yang lain syahid di hujung pedang. Inilah antara

yang menjadi pendorong kepada kekuatan tentera Islam dalam sejarahnya yang gemilang.

8. Mengurangkan tenaga serta kakitangan:

Apabila produktiviti meningkat, maka dengan sendiri tenaga kakitangan dapat

dioptimumkan. Hasilnya, organisasi akan dapat mengurangkan kos, dan menumpukan kepada

proses pembangunan dan pengembangan organisasi untuk melangkah lebih jauh.

Page 12: HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN · PDF fileNUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040) 2 HHHC9501 :KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATA Kemahiran

NUR DIYANA BINTI AHMAD SHAHRIN (GA02040)

12

9. Kepuasan bekerja:

Bekerja secara berseorangan boleh mengakibatkan kebosanan dan jemu. Dengan menghayati

kerja berpasukan dengan baik, saudara akan berasa lebih puas dan gembira menjalankan tuga

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, etika dan moral profesional menekankan sifat-sifat diri yang baik

yang perlu ada pada diri seseorang. Pemupukan sifat-sifat yang baik menjadi asas kepada

kejayaan pelajar. Melalui kursus HHHC9401 Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan

Profesionalisme memudah kami menjalankan kerja berpasukan dengan meletakkan sikap

profesional sebagai batu asas dalam kerja berkumpulan. Malah, hasil daripada pembelajaran

juga membuatkan kami bertolak ansur dan sedia membantu. Kami juga bersikap terbuka

dengan membantu kumpulan lain di dalam menyiapkan tugasan mereka baik dari segi

teknikal dan cetusan idea.

Jelas dengan sikap profesiona,l kami dapat membantu rakan-rakan kami dari kumpulan lain

untuk memnyiapkan tugasan yang diberi bermula daripada lakonan, lontaran idea dan proses

“editing” yang mana ada di antara mereka kurang mahir dalam kerja-kerja “editing”.

Sikap kerjasama yang ditonjolkan oleh setiap ahli kumpulan kami juga, memudahkan kami

membuat pengambaran dan pembahagian tugas. Malah, kerja penyuntingan juga berjalan

seperti mana yang kami rancangkan dari permulaan minggu perbincangan hingga selesai

pada minggu pembentangan.

Kami amat berpuas hati dengan sikap kerjasama dalam berpasukan di antara setiap ahli kami,

walaupun kami mempunyai kekangan masa lantaran beberapa faktor seperti berlainan kelas

dan tempat kerja. Hasil daripada tugasan yang kami bentangkan, jelas menunjukan sebarang

masalah dapat kami atasi dengan mudah apabila kami memahami dan mempraktikkan ketiga-

tiga kursus HHHC 9601, 9501 dan 9401 yang telah diperjelaskan secara terperinci kepada

kami pada minggu pertama dan kedua kelas. Kursus ini amat berguna kepada kami

sekumpulan dan berjaya membentuk pemikiran yang matang dan keperibadian unggul

sebagai seorang individu.