sbfs1103 kemahiran berfikir.doc

18
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / TAHUN 2015 SBFS1103 KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH NO. MATRIKULASI : 870403526664-001 NO. KAD PENGNEALAN : 870403-52-6664 NO. TELEFON : 012-8749804 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : MIRI LEARNING CENTRE

Upload: soffyiea-franklin

Post on 16-Dec-2015

980 views

Category:

Documents


49 download

TRANSCRIPT

SBFS1103

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASASEMESTER MEI / TAHUN 2015SBFS1103KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAHNO. MATRIKULASI

: 870403526664-001NO. KAD PENGNEALAN: 870403-52-6664NO. TELEFON

: 012-8749804E-MEL

: [email protected] PEMBELAJARAN: MIRI LEARNING CENTREISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN

1.1 DEFINISI MASALAH

1.2 KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR

1.3 aPAKAH PENYELESAIAN MASALAH?

1.4 APAKAH ALAT-ALAT PENYELESAIAN MASALAH?

2. FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PENEBANGAN HUTAN BERLAKU

2.1 PENGENALAN

2.2 GAMBAR RAJAH SEBAB DAN KESAN

2.3 LIMA FAKTOR BERLAKUNYA PENEBANGAN HUTAN

2.3.1 FAKTOR 1 : AKTIVITI PEMBANGUNAN2.3.2 FAKTOR 2 : AKTIVITI PERTANIAN

2.3.3 FAKTOR 3 : AKTIVITI PEMBALAKKAN HARAM

2.3.4 FAKTOR 4 : KELEMAHAN PENGUATKUASAAN

2.3.5 FAKTOR 5 : KURANG KESEDARAN TERHADAP PEMELIHARAAN HUTAN

3. STRATEGI-STRATEGI YANG DILAKSANAKAN OLEH NEGARA-NEGARA UNTUK MENGURANGKAN MASALAH PENEBANGAN HUTAN

3.1 STRATEGI 1 : PENGUATKUASAAN SISTEM PERUNDANGAN

3.2 STRATEGI 2 : PENGURUSAN HUTAN STRATEGIK

3.3 STRATEGI 3 : KEMPEN KESEDARAN DAN PENDIDIKAN MENGENAI ALAM SEKITAR

4. KESIMPULAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKKAN AKTIVITI PENEBANGAN HUTAN DAN STRATEGI-STRATEGI UNTUK MEMBENDUNG MASALAH INI DARIPADA BERLARUTAN.1. PENGENALANPenyelesaian masalah merupakan matlamat utama dalam satu-satu proses pembuatan keputusan. Namun, matlamat ke arah penyelesaian masalah bukanlah suatu yang mudah untuk dicapai kerana ia melibatkan tahap-tahap dan penggunaan kemahiran-kemahiran tertentu. Justeru, dalam tugasan ini akan menggariskan maksud masalah, penyelesaian masalah serta membincangkan alat-alat penyelesaian masalah dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan sesuatu perkara seperti masalah penebangan hutan yang semakin meruncing bagi banyak negara di dunia.Penebangan hutan adalah aktiviti pembersihan hutan bumi secara besar-besaran yang sering mengakibatkan kerosakan kepada kualiti tanah. Hutan masih meliputi kira-kira 30 peratus daripada keluasan tanah di dunia namun peratusan ini semakin berkurangan saban tahun dek aktiviti penebangan hutan secara berleluasa. Hal ini akan menyebabkan hutan hujan di dunia boleh lenyap sepenuhnya dalam seratus tahun pada kadar semasa penebangan hutan.

Hutan ditebang kerana banyak sebab, tetapi kebanyakan mereka adalah berkaitan dengan wang ringgit atau rakyat perlu menambah pendapatan untuk menyara keluarga mereka. Penebangan hutan memberikan banyak kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar. Kesan yang paling dramatik adalah kehilangan habitat bagi berjuta-juta jenis spesies biosistem. Tujuh puluh peratus daripada haiwan darat dan tumbuh-tumbuhan Bumi tinggal di hutan dan banyak yang tidak boleh hidup diakibatkab oleh penebangan hutan yang memusnahkan habitat mereka.

1.1 DEFINISI MASALAHMasalah ialah satu persoalan yang dipertimbangkan, diselesaikan atau dijawab ( The American Heritage Dictionary of the English Language, Fourth edition, Updated 2009 ).Kunci kepada definisi masalah yang baik adalah memastikan bahawa anda berurusan dengan masalah yang sebenar bukannya punca masalah. Contohnya, jika prestasi dalam jabatan anda adalah sub-standard, anda mungkin berfikir masalah ini berkaitan dengan individu yang melaksanakan kerja tersebut. Walau bagaimanapun, jika anda teliti dengan lebih mendalam, isu sebenar yang timbul mungkin kerana kekurangan latihan, atau beban kerja yang tidak munasabah. Pada peringkat ini, ia juga penting untuk memastikan bahawa anda melihat isu ini dari pelbagai perspektif. 1.2 KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR

1.2.1 Kelebihan manusia adalah kerana manusia dikurniakan akal. Manusia mempunyai pertimbangan untuk menggunakan akal dan gerak hati (intuitif).

1.2.2 Dengan penggunaan akal yang bijak manusia dapat membuat :

Proses Penaakulan

Memberikan sebab(reasoning) kenapa sesuatu itu berlaku.

Cth : mengapa berlaku pasang surut air laut.

Membentuk konsep

Berdasarkan cerapan dan kajian, pengetahuan baru akan dirumuskan sebagai konsep dan teori. Memahami fenomena yang diperhatikan. Hasil daripada pemerhatian keadaan yang berlaku di sekeliling kita.

Cth : bagaimana kejadian siang dan malam berlaku.

1.2.3 Kebijaksanaan seseorang juga dikaitkan dengan hati.

1.2.4 Seseorang yang bijak akan menggunakan akal dan hati untuk menghasilkan idea yang bernas.

1.2.5 Keputusan hasil penggunaan kemahiran berfikir harus memberi natijah yg positif kepada diri sendiri serta orang lain.

1.2.6 Banyak ayat Al-Quran dan hadis yang mengajak manusia untuk berfikir.

1.2.7 Ahli bijak pandai juga amat menekankan konsep berfikir.1.3 APAKAH PENYELESAIAN MASALAH?

Antara ahli teoris yang telah memperkenalkan pendekatan penyelesaian masalah adalah John Dewey (1910) dan Helen Harris Perlman (1957, 1970, 1986) (Skidmore, 2000). Kedua-dua teoris terkenal ini melihat penyelesaian masalah sebagai satu bentuk kaedah pertolongan yang melibatkan proses-proses tertentu (Hepworth & Larsen, 2002). Proses penyelesaian masalah (problem solving process) ini melibatkan proses langkah demi langkah (stepwise) atau tahap-tahap tertentu yang dikelompokkan sebagai tahap permulaan, tahap pertengahan dan tahap penamatan. Walau bagaimanapun, setiap tahap ini mengutamakan elemen-elemen tertentu ke arah pencapaian proses penyelesaian masalah yang berkesan.1.4 APAKAH ALAT-ALAT PENYELESAIAN MASALAH?

1.4.1 Percambahan minda

Ia adalah satu teknik yang membantu satu kumpulan menjana sebanyak mungkin idea dalam masa yang singkat.1.4.2 Penanda aras

Penanda aras adalah proses mengukur dan membandingkan proses-proses dalaman organisasi dengan proses-proses dalam organisasi lain yang mempunyai amalan terbaik untuk mengkaji cara memperbaiki proses-proses tersebut.

1.4.3 Gambar Rajah Sebab dan Kesan

Merupakan teknik yang menggabungkan percambahan minda dengan kegunaan satu peta konsep.

1.4.4 Carta alir

Satu bentuk gambar rajah sistem yang dipermudahkan untuk mempamerkan bagaimana langkah-langkah dalam satu proses berkaitan antara satu sama lain.1.4.5 Analisis SWOT

Satu teknik yang selalu digunakan dalam konteks perniagaan bagi membolehkan organisasi mengenalpasti bidangnya dalam sesuatu perniagaan.

1.4.6 Matriks Keutamaan

Satu alat yang berguna untuk mencapai persetujuan dalam satu kumpulan bagi penyelesaian masalah atau pembuatan keputusan.2. FAKTOR - FAKTOR YANG MENYEBABKAN PENEBANGAN HUTAN BERLAKU2.1 PENGENALAN

Gambar Rajah Sebab dan Kesan telah dicipta oleh Profesor Kaoru Ishikawa, perintis pengurusan kualiti, pada 1960-an. Teknik ini kemudiannya diterbitkan dalam buku beliau pada tahun 1990 yang bertajuk,"Pengenalan kepada Kawalan Kualiti". Gambar rajah ini dikenali sebagai Ishikawa Diagram atau Fishbone Diagram kerana gambar rajah ini kelihatan seperti rangka ikan. Walaupun pada asalnya dibangunkan sebagai alat kawalan kualiti, kini ia juga boleh digunakan untuk menyelesaikan sesuatu persoalan lain dengan teknik-teknik yang sama. Sebagai contoh, ia boleh digunakan untuk mencari punca masalah atau mengenal pasti di mana dan mengapa proses sesuatu keputusan tidak berjaya.

Terdapat empat langkah untuk menggunakan alat ini.

i. Mengenal pasti masalah.ii. Bersenam faktor utama yang terlibat.iii. Kenal pasti sebab yang mungkin .iv. Analisa rajah anda.

Sekiranya langkah-langkah di atas dapat diikuti dengan baik,anda akan mendapati kaedah ini amat berguna apabila anda cuba untuk menyelesaikan masalah yang rumit.2.2 GAMBAR RAJAH SEBAB DAN KESAN

Contoh Gambar rajah Sebab dan Kesan

Gambar rajah 1 : Lima faktor yang menyebabkan wujudnya masalah penebangan hutan.2.3 LIMA FAKTOR BERLAKUNYA PENEBANGAN HUTAN

2.3.1 Faktor 1 : Aktiviti PembangunanAktiviti pembangunan merupakan faktor dan punca utama kepada kemusnahan hutan dan penebangan pokok. Hal ini demikian kerana, ketika negara kita berada di dalam situasi yang sedang pesat membangun, maka aktiviti pembangunan akan pesat dan aktif dijalankan untuk memastikan impian tersebut tercapai. Fenomena pengembangan kawasan bandar atau "urban sprawl" semakin jelas mengancam hutan semula jadi di negara-negara maju contonya, sementara keperluan untuk menyediakan prasarana yang lebih sempurna di negara-negara membangun turut menjadi satu faktor. Pembukaan tanah untuk projek-projek yang besar sangat giat dilakukan. Hutan terpaksa dibuka untuk membina bangunan dan jalan raya; setiap tahun kawasan baru akan dibuka dan semakin banyak kawasan hutan hilang dari pandangan. Kepesatan pembangunan juga menyebabkan kemusnahan flora dan fauna. Projek-projek ini adalah seperti pembinaan kawasan perumahan, pembinaan bangunan yang tinggi, dan juga perindustrian. Di pihak lain pula, terdapat mereka yang ingin membuka kawasan baru, menebang hutan untuk dibina rumah dan kilang, atau dijadikan tapak bercucuk tanam bagi aktiviti pertanian. Kadang-kala mereka tidak hiraukan keperluan ekosistem setempat terhadap hutan semula jadi. Ratusan bahkan ribuan hektar hutan akhirnya lenyap dalam tempoh seminggu dua sahaja.2.3.2 Faktor 2 : Aktiviti PertanianFaktor kedua yang menjadi penyumbang kepada penebangan hutan ialah aktiviti pertanian kekal dan pertanian pindah. Hal ini akan menyebabkan banyak kawasan hutan yang akan diteroka dan pokok-pokok kayu akan ditebang untuk menggondolkan tempat-tempat tersebut sebelum aktiviti pertanian dapat dilaksanakan. Ia bukan sahaja membuatkan satu kawasan hutan lenyap sekelip mata, bahkan pembakaran yang tidak terkawal ada kalanya mengakibatkan api merebak dan menjadi kebakaran hutan yang serius dan secara tidak langsung menyumbang kepada faktor kepupusan flora dan fauna.Petani membersihkan hutan untuk menyediakan lebih banyak ruang untuk menanam tanaman baharu. Kebiasaannya, ramai petani kecil masing-masing akan membersihkan beberapa ekar tanah dengan menebang pokok dan membakarnya dalam proses yang dikenali sebagai tebas dan bakar (slash and burn). Pembakaran hutan yang dilakukan secara terbuka akan menyebabkan spesis-spesis hidupan terancam yang terdapat di kawasan tersebut akan musnah. Contohnya pembakaran hutan yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera. Secara tidak langsung hidupan dan tumbuhan yang berada disekeliling hutan tersebut juga akan pupus dan mati kerana kehilangan tempat tinggal disebabkan oleh kemusnahan habitat mereka.

Satu lagi contoh kejadian pembakaran terbuka ialah yang pernah berlaku di Australia. Pastinya, hidupan flora dan fauna yang berada di sekeliling kawasan tersebut juga akan mati.2.3.3 Faktor 3 : Aktiviti Pembalakkan HaramFaktor seterusnya yang telah menyumbang kepada penggondolan hutan ialah aktiviti pembalakka haram. Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora menyatakan di antara tahun 1986 hingga Jun 1990, sebanyak 500,000 hektar hutan di Malaysia telah di tebang berbanding kawasan yang dibenarkan iaitu hanya meliputi 320,000 hektar sahaja.Operasi pembalakkan merupakan pengeluar pertama kepada produk kayu dan kertas di dunia dan juga merupakan aktiviti yang paling banyak memotong pokok setiap tahun. Oleh kerana permintaan kepada produk kayu dan bahan bakar kayu semakin tinggi, maka aktiviti pembalakkan ini semakin giat dilakukan. Malah, wujud banyak aktiviti pembalakkan haram dan pembalak tidak mempunyai lesen yang sah untuk melakukan aktiviti ini. Pembalakan haram juga menebang spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal. Ia didorong oleh sifat tamak dan juga ingin cepat untuk mengaut keuntungan yang berlipat ganda.

Apabila kegiatan pembalakan dijalankan ia juga memusnahkan spesis tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada disekitar itu. Ia juga akan menyebabkan binatnag-binatang yang hidup dikawasan itu kehilangan habitat dan lari dan mati.2.3.4 Faktor 4 : Kelemahan PenguatkuasaanKelemahan penguatkuasaan dilihat antara punca berlakunya masalah pencerobohan tanah dan hutan yang berleluasa di kawasan tanah tinggi. Pihak kerajaan seharusnya membuka mata dan lebih peka terhadap pembangunan yang dijalankan oleh semua pihak dengan mengambil kira masalah pencemaran yang bakal terjadi dari setiap projek pembangunan tersebut dan bukan hanya melihat kepada peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja. Perkara ini sangat penting untuk membantu mengurangkan pencemaran udara, air, tanah dan bunyi, hasil daripada pembangunan pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku sesetengah organisasi dan masyarakat yang kurang kesedaran sivik. Oleh disebabkan kerajaan kurang memainkan peranan dalam menilai aspek-aspek inilah yang menyebabkan masalah pencemaran berada ditahap yang semakin membimbangkan pada masa kini.Contohnya di Cameron Highlands. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata masalah pencerobohan hutan dan tanah turut menyebabkan kawasan itu semakin berisiko berlakunya tanah runtuh dan banjir kilat. "Apa yang kita boleh buat ketika ini ialah bila berlaku penebangan hutan (pencerobohan tanah dan hutan), kita boleh hentikan tindakan itu tetapi untuk menghalang perbuatan itu dari peringkat awal yang menjadi masalahnya. Biasanya kalau dah tebang (pokok) baru kita (boleh halang). Kita tak sempat pun nak pergi masa orang menebang," - Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Beliau berkata apa yang berlaku sebelum ini ialah pihak penguatkuasa sukar atau lambat mengesan kawasan yang diceroboh.

2.3.5 Faktor 5 : Kurang kesedaran terhadap pemeliharaan hutanWalaupun masyarakat kita sudah tahu bahawa pentingnya ekosistem hutan kepada kehidupan seharian namun, masih ramai pula yang seperti kurang kesedaran untuk memelihara habitat tersebut. Buktinya, hampir saban hari pelbagai isu berkaitan alam sekitar dilaporkan diakhbar-akhbar tempatan yang secara jelas mencerminkan bahawa tahap kesedaran masyarakat terhadap aspek pelestarian alam sekitar masih lagi rendah.Malah, aktiviti pembalakan haram yang berlaku secara berleluasa pada hari ini perlu dibendung sehingga ke akar umbi bagi mengelakkan berlakunya kepupusan terhadap khazanah biodiversiti, selain menyebabkan berlakunya kemusnahan terhadap ekologi hutan yang boleh membawa kepada perubahan suhu setempat dan juga mengundang berlakunya pelbagai kejadian bencana alam yang tidak diingini. Selain itu, ia perlu dikawal bagi mengelakkan berlakunya kemusnahan terhadap ekosistem hutan yang mana memerlukan masa kira-kira selama 40 tahun untuk pulih semula.

3. STRATEGI-STRATEGI YANG DILAKSANAKAN OLEH NEGARA-NEGARA UNTUK MENGURANGKAN MASALAH PENENBANGAN HUTAN DARIPADA TERUS BERLAKU.3.1 Strategi 1 : Penguatkuasaan Sistem Perundangan

Pihak kerajaan dan bukan kerajaan seharusnya bersatu dalam menangani isu ini. Pelbagai akta telah diwartakan oleh pihak berkuasa untuk menjaga alam sekitar. Antara contoh akta yang telah sedia ada ialah Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian spesis yang ada di dalam hutan sebelum sesuatu tindakan mengubah status kawasan dilakukan. Selain itu, mewujudkan sistem pengurusan hutan berkekalan yang dapat melindungi unsur-unsur hutan terutama kepelbagaian hayat spesis yang menghadapi bahaya kepupusan (penanaman hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan) dan mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi, taman laut atau taman negara dengan keluasan yang mencukupi.Pihak berkuasa perlu memperketatkan akta yang sudah sedia ada dan mengenakan tindakan undang-undang dalam isu pembalakan khasnya, untuk mencegah pembalakan haram (membalak di kawasan perlindungan hutanTAMAN NEGARA) pemburuan haram atau pemusnahan spesis tumbuhan yang tidak terkawal seperti tumbuhan jenis orkid.Contoh seterusnya ialah, usaha penyelidikan yang dilaksanakan oleh Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Jabatan Perhilitan dan Jabatan Alam Sekitar. Antaranya ialah usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak perhilitan hutan untuk mengkaji kepupusan Harimau Malaya (hanya 600 ekor sahaja di seluruh Malaysia). Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan seperti Akta 127 : Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974, Seksyen 29A para 2, sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang disabit kesalahan akan didenda sebanyak lima ratus ribu ringgit (RM 500,000) atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya.. 3.2 Strategi 2 : Pengurusan Hutan Strategik

Pemuliharaan dan penggunaan secara mampan produk hutan dan kawasan tadahan air akan diberi penekanan untuk menggalakkan pengurusan hutan secara mampan. Pembangunan sumber kekayaan yang mampan daripada produk hutan seperti produk herba dan ubat-ubatan, aktiviti eko-pelancongan dan bio-penerokaan akan digalakkan. Pusat Produk Hutan dan Bukan Hutan akan ditubuh untuk meningkatkan keupayaan pengurusan alam sekitar dan sumber asli. Sistem MC&I akan diperkukuh untuk memantapkan usaha pengurusan hutan secara mampan.Usaha-usaha memelihara habitat kritikal akan dipergiat. Sehubungan itu, pelan pengurusan sedia ada akan dikaji semula bagi memperkukuhkan lagi perlindungan flora dan fauna yang terancam. Proses EIA akan dikaji semula untuk merangkumi penilaian impak terhadap ekosistem. Kajian Strategi Pemuliharaan dan Pengurusan Tanah Tinggi di Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan dan Dasar Tanah Tinggi Negara akan digubal semula. Garis Panduan Akses dan Perkongsian Manfaat Sumber Biologi akan disediakan bagi memastikan perkongsian sama rata manfaat daripada penggunaan sumber biodiversiti dan menangani isu biorompak. Institusi-institusi penyelidikan dan universiti-universiti akan membangunkan inventori biodiversiti yang komprehensif untuk membantu bio-penerokaan.Malaysia terus bergerak aktif dalam usaha melaksanakan berbagai-bagai inisiatif menjaga alam sekitar di peringkat antarabangsanya khususnya menganjurkan Persidangan Ketujuh Parti-Parti Konvensyen. Kepelbagaian Biologi dan Mesyuarat Pertama Parti-Parti Protokol Cartagena pada Februari 2004. Beberapa perjanjian pelbagai hala mengenai alam sekitar dan pindaan berkaitan telah ditandatangani termasuk Konvensyen Stockholm mengenai pencemar organik yang berkekalan. Di samping itu, Protokol Montreal mengenai bahan-bahan yang memusnahkan lapisan ozon; Konvensyen Basel mengenai kawalan pergerakan buangan berbahaya merentasi sempadan dan pelupusannya; Konvensyen Rotterdam mengenai peraturan persetujuan pemberitahuan terlebih dahulu bagi bahan kimia berbahaya dan racun perosak tertentu dalam perdagangan antarabangsa; Protokol Kyoto kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai perubahan iklim dan Protokol Cartagena berkenaan bio-keselamatan.Pengurusan Hutan Strategik adalah salah satu langkah yang sangat efektif untuk mengawal aktiviti penebangan hutan. Ada dua sistem yang diperkenalkan iaitu Sistem Sebaya Malaya dan Sistem Tebangan Memilih. Sistem-sistem ini amat menitikberatkan kaedah penebangan hutan secara sistematik dan berjadual. Dalam Sistem Sebaya Malaya, hanya pokok yang mempunyai nilai dagangan dalam sesuatu operasi dan tempoh pusingannya adalah di antara 60-80 tahun sahaja yang akan ditebang. Manakala, dalam Sistem Tebangan Memilih pula, satu inventori hendaklah dibuat di kawasan yang hendak ditebang.3.3 Strategi 3 : Kempen Kesedaran dan Pendidikan Mengenai Alam Sekitar

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), usaha untuk meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar dipergiat di peringkat sekolah, komuniti dan kebangsaan. Pada tahun 2002, Pertubuhan NGO Alam Sekitar Malaysia (MENGOs) diwujudkan untuk menggabungkan 18 buah badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan alam sekitar bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama dan integrasi dalam usaha mereka bagi meningkatkan kesedaran terhadap isu alam sekitar dan sumber asli serta memberi input, komen dan maklum balas kepada kerajaan. Bagi menggalakkan pihak berkuasa tempatan mengamalkan amalan mesra alam, program Bandar Lestari-Anugerah Alam Sekitar telah dilancarkan pada tahun 2005, dan bandar Kuantan, Pahang telah muncul sebagai pemenang pertama anugerah tersebut.4. KESIMPULANHutan merupakan aspek penting dalam kehidupan kita. Setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk menjaga dan memelihara hutan dengan baik. Bagaimanapun, kemusnahan hutan telah berlaku dan mendatangkan kesan buruk terhadap alam sekitar dan manusia. Hutan mendatangkan pelbagai impak yang positif kepada masyarakat dan negara. Tanpa hutan kita tidak akan dapat menikmati keindahan panorama yang dapat kita nikmati pada waktu ini. Macapada, hutan semakin terancam sebagai akibat ketamakandan kerakusan masyarakat pada zaman ini. Mereka hanya melakukan sesuatu tindakanberlandaskan hawa nafsu bukannya berlandaskan fikiran rasional sedangkan mereka mengetahui kesan daripada tindakan mereka terhadap generasi pada masa hadapan. Oleh sebab itu,semua pihak haruslah bergandingbahu bagi memastikan hutan terpelihara kerana hutan memberikan manfaat kepada masyarakat dannegara kita. Kesimpulannya, penebangan hutan yang semakin berleluasa di Malaysia pada hari ini haruslah ditangani dengan segera. Kerajaan dan orang ramai haruslah berganding bahu dan bersama-sama memikirkan idea-idea yang lebih kritis untuk mengawal masalah ini. Hutan-hutan di negara ini perlu diselamatkan supaya alam sekitar ini tidak terjejas dan generasi yang akan datang dapat mewarisi alam sekitar yang bersih, sihat dan selamat. Bagi mengatasi masalah ini,faktor penyumbang haruslah dikaji dengan lebih mendalam terlbih dahulu. Kesedaran orang ramai terhadap kepentingan hutan juga haruslah ditingkatkan. Slogan"Cintailah Hutan Kita" haruslah dipraktikkan, bukannya sekadar omong kosong sahaja.APENDIKSRUJUKAN / REFERENSIChin Lee Mei & Lee Phooi San. (2012). Pendidikan Alam Sekitar : Isu-isu Alam Sekitar. Dicapai pada 20 Jun 2015 dari : http://pasipgktb.blogspot.com/2012/09/isu-isu-alam-sekitar_1553.htmlDr. Haresh KumarKantilal & Dr. Anton Espira (2013). Thinking Skills and Problem Solving. University Malaysia.Hepworth, D.H., Rooney, R.H., & Larsen, J.A. (2002). Direct Social Work Practice: Theory and Skills (6th Edition). California : Brooks/Cole Publishing.National Geographic (1996-2015). Deforestation Facts, Deforestation Information, Effects of Deforestation - National Geographic. Dicapai pada 18 Jun 2015 dari : http://environment.nationalgeographic.com/environment/global-warming/deforestation-overview/The Malaysian Insider. Kelemahan penguatkuasaan punca masalah pencerobohan tanah di Cameron Highlands. Dicapai pada 18 Jun 2015 dari : www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kelemahan-penguatkuasaan-punca-masalah-pencerobohan-tanah-di-cameron-highla#sthash.CLJiHdNp.dpufUndang-undang Malaysia : Akta 127 : Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Dicapai pada, 20 Jun 2015 dari : file:///C:/Users/user/Downloads/Akta_Kualiti_Alam_Sekeliling_1974__ACT_12.pdfYana (2010). Penebangan Hutan. Dicapai pada 24 Jun 2015 dari :

http://yana-alamsekitar.blogspot.com/

Yap Soon Li & Chin Ngiong Lee, (2010). Pelupusan Flora & Fauna. Dicapai pada 20 Jun 2015 dari : http://mesra-alam-yapchin.blogspot.com/p/flora-fauna.html.

Masalah Penebangan Hutan

Aktiviti Pembangunan

Aktiviti Pertanian

Aktiviti Pembalakkan

Kurang Kesedaran Rakyat

Kelemahan Penguatkuasaan

PAGE 14

_1253083327.bin