ifolio.ukm.my · web viewuniversiti kebangsaan malaysia(ukm) laporan kod kursus : hhhc 95 01...

15
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA(UKM) LAPORAN KOD KURSUS : HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH, DAN PENDEKATAN SAINTIFIK SESI 1, 2013/2014, SET 10 NAMA PELAJAR : TAN KAR JOO NO MATRIK: A143411 FAKULTI : FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN 1

Upload: lamkhanh

Post on 09-Mar-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA(UKM)

LAPORAN

KOD KURSUS : HHHC 9501

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH, DAN PENDEKATAN SAINTIFIK

SESI 1, 2013/2014, SET 10

NAMA PELAJAR : TAN KAR JOO

NO MATRIK: A143411

FAKULTI : FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN

NAMA PENSYARAH: DR. HAYATULLAH LALUDDIN

1

Isi Kandungan

BAB Tajuk Muka Surat

I. Pengenalan 3

II. Perancangan Projek 4-6

III. Pelaksanaan Projek 7-12

2

BAB 1

PENGENALAN

Kursus Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik bertujuan melatih pelajar supaya berkeupayaan berfikiran kritis dan mengambil tindakan yang tepat serta bertanggungjawab terhadap implikasi yang dihadapi. Pelajar dikehendaki menjalankan aktiviti dengan menekankan bagaimana masalah diselesaikan dan keputusan dilakukan. Ia juga akan melihat bagaimana proses-proses itu dicapai dengan menggunakan pendekatan saintifik. Pelajar diharap dapat mengaplikasi strategi pemikiran kritikal dan menyelesaikan masalah dalam pelbagai bidang seperti kesihatan dan perubatan, keusahawanan, undang-undang, polisi umum dan lain-lain.

Kursus ini membantu memupuk seseorang Mahasiswa/i berupaya membuat sesuatu keputusan dengan pemikiran kritis iaitu tidak begitu mudah untuk terus menerima atau bersetuju terhadap sesuatu perkara dan perlu mempertimbangkan baik buruk sesuatu perkara dahulu, berfikir secara mendalam dan memberi pertimbangan yang serius tentang sesuatu idea. Selain itu, seseorang yang dipupuk dengan kemahiran pemikiran kritis berupaya membuat analisis, tafsiran dan penilaian supaya dapat mencapai kesimpulan yang kukuh. Tambahan lagi, berfikir secara logik merupakan salah satu yang dapat dipelajari melalui kursus ini semasa Mahasiswa/i menjalankan aktiviti.

Saya telah melibatkan diri sebagai seorang Timbalan Pengarah Teknikal dalam program Mingguan Keusahawanan 2013 yang telah dilangsungkan pada 18-22 November 2013 bertempat di Taman Siswa Siswi & Foyer, Kolej Aminuddin Baki dibawah anjuran Biro Pembangunan Keusahawanan, Majlis Eksekutif Pelajar. Mingguan Keusahawanan (Entrepreneur Week) merupakan satu program intelek yang bertujuan untuk menggalakkan dan menerapkan budaya keusahawanan dalam diri mahasiswa/i disamping menekankan bahawa bidang keusahawanan juga merupakan satu bidang kerjaya kepada mahasiswa/i yang akan bergelar graduan kelak. Program ini dianjurkan dengan kerjasama ahli Sekretariat Keusahawanan. Mahasiswa/i masa kini perlu terlibat dalam penganjuran program yang berbentuk keusahawanan dan perniagaan bagi menjana minda mahasiswa supaya berfikiran lebih kritis dan global. Justeru itu, Entrepreneur Week 2013 ini bakal menjadi wadah bagi mahasiswa/i untuk mendapat maklumat dan juga mengetahui asas-asas untuk menceburi bidang keusahawanan. Tema Entrepreneur Week 2013 telah dinamai “Be innovative, Everbody can be Entrepreneur” yang bermakna kebolehan seseorang dalam mengubahsuai sesuatu idea menjadi sesuatu yang baru mampu menjadikan dia sebagai seorang usahawan.

3

BAB II

PERANCANGAN PROJEK

Mesyuarat perbicangan tentang perancangan dan pengagihan tugas serta kajian semula telah berlangsung di Bilik Sumber Melok, Foyer, Kolej Aminuddin Baki.

Tujuan Mesyuarat diadakan adalah bagi:

Memperkenalkan program kepada ahli

Semua Exco Projek akan dilibatkan dalam mesyuarat pengenalan program Mingguan Keusahawanan yang telah dijalankan sebelumnya. Matlamat dan tugasan kerja sepanjang program ini akan diperkenalkan oleh Felo Penasihat dan Ketua Pengarah yang berpengalaman.

Menerangkan peranan dan tugasan ahli

Ahli-ahli baru didedahkan kepada penerangan berkaitan dengan tugasan, tanggungjawab dan peranan yang perlu mereka laksanakan berdasarkan jawatan yang disertai. Dengan ini, ahli-ahli sedar dan faham apakah komitmen yang mereka wajar berikan untuk menjayakan program tersebut.

Mengeratkan hubungan ahli-ahli

Melalui setiap mesyuarat perbincangan, setiap ahli dan Exco Projek lama-lamanya akan saling berkenalan antara satu sama lain. Ini membantu mewujudkan dan mengeratkan hubungan tali silaturahim antara mereka. Dengan ini, setiap ahli yang terlibat dapat berfikir secara kritikal dan menyelesaikan masalah dalam keadaan yang mesra. Ini membantu dalam menjamin program supaya berjalan lancar dan sempurna atas kerjasama yang diberikan oleh ahli.

4

PERANAN SAYA

Penyediaan alat-alat penting

Dalam menyelesaikan masalah untuk mendapatkan alat-alat rakaman video, rakan saya yang memegang jawatan yang sama dengan saya akan mencatatkan alat-alat yang perlu semasa rakaman video sebagai satu rujukan supaya tidak tertinggal apa-apa elemen yang penting. Alat- alat yang penting seperti kamera digital, tripod, dan komputer akan kami sediakan melalui peminjaman daripada kawan atau ahli program. Alat-alat tersebut tidak perlu dibeli dari kedai kerana harga mahal dan bajet kewangan yang terhad. Alat-alat ini amat penting untuk tujuan kegunaan rakaman video bagi aktiviti pengiklanan dan penyebaran media massa di Foyer supaya dikenali oleh warga Kolej Aminuddin Baki wujudnya program Mingguan Keusahawanan.

Selain itu, peralatan yang penting dan perlu digunapakai pada hari program dijalankan juga akan dicatatkan seperti pembesar suara dan mikrofon untuk tujuan permainan lagu dan penyampaian ucapan. Melalui mesyuarat perbincagan, kami telah bersetuju untuk memperoleh peralatan tersebut dengan mendapat kebenaran daripada Majlis Eksekutif Pelajar(MEP), Kolej Aminuddin Baki.

Penyediaan khemah

Demi menjamin aktiviti program ini dapat dijalankan dengan sempurna, khemah amat penting supaya dapat mengelak daripada berlaku cuaca yang buruk iaitu hujan yang akan memyekat program ini dijalan dengan sempurna. Oleh itu, kami telah berbincang dengan Felo Penasihat kami supaya boleh mendapat khemah tanpa perlu membayar sewa harian supaya dapat menjimatkan kos.

Penglibatan dalam penghasilan idea permainan

Setiap kali mesyuarat perbincangan dijalankan, kami akan mencadangkan contoh permainan . Permainan yang paling menarik akan menjadi pilihan kami supaya atmosphera dapat mencapai tahap maksimum sepanjang masa aktiviti dijalankan. Antara permainan yang telah mendapat persetujuan majoriti daripada Exco Projek adalah seperti berikut:

5

1. POP KUIZ, PUZZLE DAN RODA KEUSAHAWANAN

Aktiviti ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan warga KAB berkenaan

keusahawanan. Soalan yang akan ditanya adalah berkaitan dengan maklumat di pameran yang

disediakan. Selain menambahkan pengetahuan, ia juga untuk menggalakkan warga KAB

berminat dengan program keusahawanan.

2. PERTANDINGAN FOTOGRAFI

Pertandingan Fotografi ini bertujuan untuk menggilap bakat-bakat fotografi yang sedia ada di

dalam diri peserta. Tema yang ditetapkan dalam pertandingan ini ialah “Keusahawanan Di

Sekeliling Kita”. Ini bermakna, peserta perlu menangkap gambar yang menepati tema yang di

tetapkan berdasarkan semua aktiviti keusahawanan yang berlaku didalam persekitaran UKM.

3. PERTANDINGAN REKACIPTA

Pertandingan rekacipta ini bermula pada 20 November 2013. Pertandingan ini merupakan

pertandingan mereka cipta produk berdasarkan barangan terbuang atau produk sedia ada yang

boleh direnovasikan. Ia bertujuan untuk meningkatkan pemikiran kreatif dalam menginovasikan

sesuatu barangan terbuang kepada barangan keperluan atau kehendak.

4. PERTANDINGAN JUALAN

Jualan ini bertujuan memberi peluang kepada perniaga mempromosikan jualan mereka sepanjang

program ini berlangsung dengan menggunakan kaedah-kaedah pemasaran bagi menarik minat

warga KAB untuk membeli dan meningkatkan jualan mereka. Pada 18 november 2013, peniaga

perlulah menghantar laporan kewangan kepada Ahli Jawatankuasa Biro Pembangunan

Keusahawanan yang bertugas untuk dinilai.

5. CATUR BISTARI

Catur Bistari adalah satu permainan dimana ia menguji pemikiran pemain untuk membuka

perniagaan. Permain akan diberi modal berdasarkan gaji yang mereka perolehi hasil daripada

pekerjaan mereka. Berdasarkan gaji itu, peserta perlu memikirkan bagaimana hendak melaburkan

duit tersebut untuk membuka perniagaan. Selain itu, peserta juga perlu memikirkan bagaimana

cara untuk mereka menambahkan keuntungan untuk perniagaan mereka dan juga langkah untuk

menangani sesebuah permasalahan itu.

6

BAB III

PELAKSANAAN PROJEK

HARI SEBELUM PROGRAM MINGGUAN KEUSAHAWANAN 2013 :

Tugas 1: Rakaman video untuk pengiklanan

Tempat: Foyer, Kolej Aminuddin Baki

Tarikh : 24-10-2013

Masa : 8.00p.m.- 10.00p.m.

Tugas 2: Penyuntingan Video

Proses penyuntingan video telah dilakukan dengan memasukkan sikit “effect” dan “caption” supaya dapat menarik perhatian daripada penonton selepas video disebarkan di televisyen Foyer, Kolej Aminuddin Baki. Video suntingan telah diproseskan apabila mempunyai masa lapang. Hasil video suntingan akan dilihat dan diberi komen supaya video yang disebar memang boleh menarik perhatian daripada warga-warga Kolej Aminuddin Baki.

Tugas 3: Gantung Banner

Tempat: Persimpangan Kolej Aminuddin Baki

Tarikh : 11-11-2013

Masa : 10.00p.m.- 11.00p.m.

SEMASA PROGRAM MINGGUAN KEUSAHAWANAN 2013 DIJALANKAN

Tugas 1:Sebagai penyelaras dalam aktiviti jualan

Sekumpulan orang Ahli Jawatankuasa(AJK) termasuk saya akan memastikan tidak berlakunya sebarang masalah semasa aktiviti jualan dijalankan.

Tugas 2: Sebagai pemantau dalam aktiviti jualan

Semasa aktiviti jualan dijalankan, kami akan memastikan tiada peniaga sengaja

7

menaikkan harga tanpa diberi kebenaran supaya pelangan tidak tertipu dan berasa tidak puas hati selepas pembelian dibuat.

Tugas 3: Pemain lagu dalam aktiviti jualan

Demi memastikan atmosphere yang cukup meriah, AJK termasuk saya akan memainkan lagu yang dapat membawa kegembiraan.

(Gambar 1: Bahagian teknikal- rakan saya)

8

(Gambar 2: Saya menolong peniaga menjual buah-buahan yang segar. )

9

(Gambar 3: bersama ahli yang sedang bertugas)

10

(Gambar 4: bersama dengan ahli yang bertugas.)

(Gambar 5:Suasana aktiviti jualan)

11

(Gambar 6: Panel Program Mingguan Keusahawanan 2013)

(Gambar 7: Sesi pengambilan gambar berkumpulan pada hari majlis penutupan)

12