20140322090316pensejarahan malaysia kuliah 8.doc

24
1 PENSEJARAHAN MALAYSIA MODUL 8 SUMBER-SUMBER BELANDA DALAM PENSEJARAHAN MALAYSIA Objektif Meninjau motif kedatangan orang-orang Belanda ke Timur/Malaysia. Menghuraikan tujuan orang-orang Belanda membuat catatan/penulisan tentang Malaysia. Membincangkan isi kandungan penulisan mereka. Menilai orientasi dan sudut pandangan karya mereka.

Upload: harubiru75

Post on 03-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 20140322090316Pensejarahan Malaysia Kuliah 8.DOC

1

PENSEJARAHAN MALAYSIA

MODUL 8

SUMBER-SUMBER BELANDA DALAM

PENSEJARAHAN MALAYSIA

Objektif

Meninjau motif kedatangan orang-orang Belanda ke Timur/Malaysia.

Menghuraikan tujuan orang-orang Belanda membuat catatan/penulisan tentang Malaysia.

Membincangkan isi kandungan penulisan mereka.

Menilai orientasi dan sudut pandangan karya mereka.

Page 2: 20140322090316Pensejarahan Malaysia Kuliah 8.DOC

Motif Kedatangan Yang Berlainan

Bagi orang-orang Belanda yang pernah menduduki Melaka dari sejak T.M. 1641-

1795 kedatangan mereka ke timur termasuklah Tanah Melayu/Malaysia tidaklah

sama motif sepenuhnya dengan Portugis. Di Eropah orang-orang Belanda telah

dikuasai oleh Sepanyol sejak awal kurun Masehi ke-16 lagi. Orang-orang

Sepanyol yang beragama Katholik telah menindas orang-orang Belanda yang

beragama Protestant. Akibatnya pada T.M. 1568, orang-orang Belanda telah

memberontak terhadap Sepanyol dan ingin mengusir orang-orang Sepanyol dari

Belanda. Walau bagaimanapun percubaan ini gagal yang mengakibatkan orang-

orang Belanda ramai yang melarikan diri ke Timur bagi mengelakkan dari terus

ditindas oleh orang-orang Sepanyol. Tetapi di Timur mereka dihalang oleh orang-

orang Portugis. Perdagangan rempah-ratus dan perjalanan perdagangannya telah

dikuasai oleh pihak Portugis. Ini memang menyulitkan. Apatah lagi di Eropah

orang-orang Belanda memang bergiat dalam perdagangan mengedarkan rempah-

ratus. Mereka berbuat demikian dengan ehsan dan bantuan orang-orang Portugis

jua. Tetapi pada T.M. 1580, Raja Phillip II dari Sepanyol telah menakluki Portugal

dan menjadikannya sebahagian tanah jajahannya. Kesan penaklukan itu

menyebabkan lebih ramai lagi orang-orang Belanda yang melarikan diri ke Timur.

Kini mereka lebih berazam dan nekad, bukan sahaja untuk berdagang semata-

mata, tetapi untuk merampas monopoli perdagangan rempah dan hasil-hasil Timur

yang lain daripada orang-orang Portugis. Mereka sebenarnya telah kehilangan

2

Page 3: 20140322090316Pensejarahan Malaysia Kuliah 8.DOC

mata pencarian di Eropah. Oleh itu mereka perlu mencari kawasan-kawasan bagi

memulakan perdagangan. Oleh itu, Graham Irwin mengatakan bahawa kedatangan

orang-orang Belanda ke Timur sebelum kurun Masehi ke-19 meletakkan

perdagangan sebagai motif utamanya. Mereka tidak datang untuk menjajah atau

melakukan penjajahan; mereka juga tidak mendukung dan membawa konsep

“bangsa pertuanan” atau “master-race”; mereka adalah ahli perdagangan dan

bukan pendakwah. Sungguhpun mereka dikatakan terdiri dari penganut Protestant

mazhab Calvinist yang kuat berpegang kepada agamanya, tetapi mereka tidak

berminat untuk mengkristiankan orang-orang Islam. Ini akan menimbulkan bahaya

kepada perdagangan seperti terbukti kemudian, iaitu pada kurun Masehi ke-19,

misalnya dengan tercetusnya peperangan Diponogoro. Apabila mereka menguasai

Melaka misalnya, mereka membenarkan penduduk menganut agama masing-

masing. Orang-orang Islam tidak diganggu dan dipaksa masuk Kristian. Malah

mereka memusuhi orang-orang Kristian sendiri, khususnya orang Portugis mazhab

Katholik. Gereja-gereja Katholik dimusnahkan dan orang-orang Portugis tidak

dibenarkan mengamalkan agama Kristian mazhab Katholik mereka.

Perubahan Motif

Tetapi motif ini berubah apabila kerajaan Belanda sendiri mengambilalih dan

mengendalikan peranan dan kegiatan orang-orang Belanda di Timur. Ini berlaku

sejak awal abad ke-19, iaitu setelah Syarikat Hindia Timur Belanda lingkup pada

3

Page 4: 20140322090316Pensejarahan Malaysia Kuliah 8.DOC

31 Disember T.M. 1799. Akibat peperangan Napoleon di Eropah, Melaka

diserahkan kepada Inggeris untuk dijaga sementara dan Jawa telah ditawan oleh

Inggeris pada T.M. 1811. Tetapi Jawa telah diserahkan semula pada 19 Ogos T.M.

1816 melalui Persidangan London. Serentak dengan itu Belanda telah

mengwujudkan “Kerajaan Hindia [Timur] Belanda” berpusat di Betawi. Dengan

itu bermulalah zaman penjajahan yang rasmi dan sebenarnya ke atas Indonesia

yang hanya berakhir setelah ia disingkirkan oleh kuasa Jepun pada T.M. 1942 iaitu

pada ketika mula memuncaknya Perang Dunia II. Dengan itu, sejak kurun Masehi

kesembilan belas motif kedatangan itu sudah berubah. Motif kedatangan bukan

berdagang sahaja tetapi semua aspek, politik, ekonomi, sosial dan ditambah

dengan keinginan menetap dan berkuasa di situ.

Jadi dalam kisah yang panjang dan motif yang berubah ini, sudah tentulah

catatan, laporan dan penulisan mengenainya banyak jumlahnya. Jika dalam zaman

Syarikat (atau Kompeni) Hindia Timur dahulu maka catatan dan sebagainya itu

adalah berkait dengan perdagangan dan hal ehwal kompeni sahaja, tetapi dalam

zaman imperialisme itu ia meliputi setiap aspek politik, ekonomi dan sosial.

Bagaimanapun catatan dan laporan itu banyak menyentuh tentang Indonesia

khasnya. Contoh tentang banyaknya catatan itu boleh dilihat seperti berikut:

Catatan tentang dan oleh Kompeni - melebihi 12,000 jilid tersimpan di Arkib Negara di Hague.

Catatan tentang dan oleh “kerajaan Hindia Timur Belanda didapati 10 kali ganda dari yang di atas;

4

Page 5: 20140322090316Pensejarahan Malaysia Kuliah 8.DOC

setengahnya dijilid dan setengahnya masih dalam ikatan seperti asal.

Catatan Tentang Malaysia

Tetapi kajian kita hanya berkait dengan bahagian awal iaitu sebelum kurun ke-19

Masehi. Ertinya tentang catatan atau laporan yang dihasilkan oleh kompeni atau

penulis/pengembara dalam tempoh tersebut, dan yang telah diterjemahkan (yang

boleh dikatakan banyak juga). Kajian kita pula adalah mengenai pensejarahan atau

yang dianggap berbentuk demikian dan bukannya sumber-sumber sejarah atau

dokumen-dokumen yang dianggap demikian.

Dalam bentuk ini dan yang telah diterjemahkan itu, Khoo Kay Kim telah

menyenaraikan beberapa buah; antaranya ialah;

(i) “Valentijn’s Descriptions of Malacca” yang dikaji oleh D.F.A. Harvey,

JSBRAS No. 13 (1884), 15 (1885) dan 22 (1890).

(ii) “Baretto de Resende’s Account of Malacca” dikaji oleh W.G. Maxwell,

JSBRAS, No. 60 (1911).

(iii) “Report of Governor Balthasar of Port of Malacca, 1678” dikaji oleh M.J.

Bremmer, JMBRAS, vol. V, pt. I (1927);

5

Page 6: 20140322090316Pensejarahan Malaysia Kuliah 8.DOC

(iv) “Extracts from the Letter of Col. Nihuijs”, oleh H.E. Miller, JMBRAS, vol.

XIX, pt. 2 (1941);

(v) “The Reminisceneces of Colonel Nahuys”, oleh C.E. Wutzburg, JMBRAS, vol.

XXIII, pt. 3 (1950).

(vi) “Malacca in the Eighteenth Century; Two Dutch Governor’ Reports” oleh

Brian Harrison, JMBRAS, Vol. XXVI, pt. I (1954).

§ § § § § § § § § § §

Soalan Dalam Teks

Berikan jawapan yang tepat terhadap soalan berikut:

a. Bilakan tempoh orang-orang Belanda menduduki Melaka?

b. Mengapakah ramai orang Belanda melarikan diri ke Timur akibat

kegagalan pemberontakan T.M. 1568?

c. Apakah bentuk catatan yang telah dihasilkan oleh pihak Kompeni

Hindia Timur?

d. Sebutkan judul karya pensejarahan yang telah dihasilkan oleh Valentyn.

e. Apakah antara sumber yang telah digunakan oleh Valentyn dalam

menghasikan karya beliau itu?

f. Bagaimanakah gambaran Valentyn tentang masyarakat Melaka?

6

Page 7: 20140322090316Pensejarahan Malaysia Kuliah 8.DOC

g. Apakah antara unsur bias yang terdapat di dalam penulis orang-orang

Belanda seperti Valentyn itu?

§ § § § § § § § § § § §

Dari sejumlah yang enam ini kita melihat penulisan oleh Valentyn sebagai contoh

catatan/penulisan sejarah orang-orang Belanda pada tempoh tersebut. Valentyn

telah menuliskan karyanya pada T.M. 1726 iaitu setelah hampir 100 tahun orang-

orang Belanda menguasai Melaka. Namun pandangan beliau tentang Melaka,

terutama tentang sejarahnya, secara keseluruhannya tidaklah begitu berbeza dari

apa yang telah dicatatkan oleh orang-orang Portugis lebih awal dari itu:

Misalnya, Valentyn mencatatkan tentang Melaka sebagai sebuah Kesultanan

Melayu yang makmur serta luas perdagangannya. Juga dicatatkan Melaka

mempunyai jajahan takluk yang merangkumi keseluruhan Tanah Melayu dan

beberapa bahagian Sumatera timur. Kota Melaka sendiri adalah merupakan sebuah

pusat perdagangan yang sibuk dengan pelbagai dagang dan sentri membanjirinya

sepanjang waktu serta dengan pelbagai barang dagangan yang diperniagakan. Kota

Melaka, malah Empayar Melaka seluruhnya juga mempunyai pegawai-pegawai

yang bertugas demi menjaga keamanan, kelancaran pentadbiran dan perdagangan

dan kekuatan negara. Kemudahan juga disediakan kepada rakyat dan para

pedagang.

7

Page 8: 20140322090316Pensejarahan Malaysia Kuliah 8.DOC

Namun jika kita melihat karya Valentyn sahaja, maka ada juga perbezaan

dan kelainannya dari karya-karya seperti Tome Pires, de Barros dan de Eredia itu.

Misalnya dari segi pembukaan Melaka, beliau menganggarkan Melaka telah

dibuka oleh rajanya yang pertama itu Raja Iskandar pada T.M. 1223, iaitu kira-kira

dua kurun dari tempoh yang dianggap munasabah oleh beberapa penulis lain. Raja

Iskandar juga adalah keturunan dari Sri Tri Buana yang berasal atau turun dari

Bukit Seguntang Mahameru. Baginda berketurunan dari Raja Iskandar

Dzulkarnain, raja agung dari Makadoniah itu. Dicatatkan juga tentang Demang

Lebar Daun yang telah bersumpah setia dengan Sri Tri Buana yang merupakan

asas ideologi politik kerajaan-kerajaan Melayu awal dahulu. Nama Melaka pula

berasal dari pohon Melaka ataupun pohon mirabulan = merahbulan, tempat Raja

Iskandar berteduh apabila baginda dan rombongan sampai ke Kuala Bertam dalam

“perjalanan” dari Singapura ke Biawak Busuk, Muar, Sungai Ujung dan akhirnya

Melaka, setelah kerajaan baginda di Singapura diserang dan dikalahkan oleh

Siam/Majapahit? Bahagian awal ini nampaknya menyamai apa yang tercatat di

dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) karangan Tun Seri Lanang itu.

Kemudian dicatatkan pula oleh Valentyn tentang sistem pentadbiran

Empayar Melaka yang teratur dengan hirarki atau struktur pentadbirannya, sedikit

sebanyaknya adalah didasarkan kepada hirarki kemasyarakatan Melayu Melaka itu

juga. Misalnya, golongan diraja menjadi pemerintah; pembesar pentadbir-

pentadbir; rakyat biasa menjadi pembantu-pembantu pentadbir dan laskar. Walau

bagaimanapun kadangkala ada berlaku perubahan/mobiliti atau kelainan daripada

8

Page 9: 20140322090316Pensejarahan Malaysia Kuliah 8.DOC

hirarki atau struktur yang lazim itu. Misalnya, berasal daripada rakyat kebanyakan

Hang Tuah menjadi Laksamana. Malah Valentyn telah menonjolkan Laksamana

sebagai tokoh yang terpenting dalam angkatan tentera laut Melaka terutamanya

dalam zaman pemerintahan Sultan Mansor Syah iaitu zaman yang boleh dianggap

§ § § § § § § § § § § §

Soalan Dalam Teks

Berikan keterangan yang ringkas dan tepat mengenai

soalan/kenyataan berikut:

a. Mengapakah pada awalnya orang-orang Belanda hanya berminat

untuk berdagang sahaja apabila mereka datang ke Timur?

b. Berikan sebab-sebab utama mengapakah orang-orang Belanda telah

mengubah dasarnya yang awal tatkala datang ke Timur.

c. Apakah yang dicatatkan oleh Valentyn tentang kegiatan pemerintah

Melaka?

d. Mengapakah catatan Valentyn itu masih dianggap tidak lengkap?

e. Apakah sebab-sebab catatan orang-orang Belanda boleh dianggap

lebih meyakinkan daripada catatan orang-orang Portugis?

9

Page 10: 20140322090316Pensejarahan Malaysia Kuliah 8.DOC

f. Benarkan catatan orang-orang Belanda tidak memomok atau

menyindir secara keterlaluan terhadap sejarah Malaysia?

§ § § § § § § § § § § §

zaman kemuncak keagungan Melaka dari segi politik, ekonomi dan perluasan

tanah jajahannya.

Valentyn juga mencatatkan tentang kegiatan pemerintah Melaka dalam

mempertingkatkan hubungan diplomasi, perdagangan, perkahwinan politik dan

juga pergeseran dan peperangan yang berlaku sama ada demi pertahanan diri

maupun meluaskan kuasa. Misalnya tentang diplomasi dengan Siam, China dan

pelbagai negeri yang lain dan perkahwinan-perkahwinan “politik” oleh Sultan

Mansur dengan puteri Raja Cina dan Raden Galoh Indera dari Majapahit kerana

bertujuan mengeratkan hubungan antara Melaka dengan negara-negara yang

berkenaan.

Seterusnya di dalam penulisan Valentyn itu kita akan dapat juga melihat

tentang gambaran susunlapis masyarakat Melaka, yang berkelas atau “berbangsa-

bangsa itu. Juga tentang kegiatan mereka, sama ada bagi kelas golongan atas

ataupun rakyat biasa dan hamba abdi. Golongan atasan itu terdiri daripada raja dan

kaum kerabat baginda serta para pembesar. Selain daripada tugas memerintah dan

mentadbir mereka juga menjalankan perniagaan atau perdagangan yang

10

Page 11: 20140322090316Pensejarahan Malaysia Kuliah 8.DOC

mendatangkan pendapatan lumayan kepada mereka. Mereka terlibat dalam

perdagangan itu terutamanya yang berbentuk besar dan antarabangsa. Mereka

berdagang dengan pedagang-pedagang luar seperti dari Benggal, Pantai

Koromandel, Malabar, Surat, Parsi, Ceylon, Jawa, Sumatera, Siam, Tonkin dan

China. Mereka juga mempunyai kapal-kapal perdagangan yang dikendalikan oleh

agen masing-masing. Perdagangan dalam negeri pula, gambarannya ialah oleh

rakyat biasa dan bangsawan-bangsawan kecil. Kegiatan mereka itu termasuklah

berniaga, menjadi nelayan, tukang-tukang mahir, berkebun (bercucuk tanam dan

berternak), menjadi pegawai-pegawai rendah kerajaan. Orang-orang Melayu juga

mempunyai dusun buah-buahan dan kebun kelapa yang mereka usahakan untuk

mendapatkan hasil yang boleh diperdagangkan di kota Melaka.

Kita boleh rumuskan penulisan Valentyn ini dengan mengatakan bahawa

beliau telah mencuba untuk memberikan gambaran sejarah yang munasabah

tentang Melaka dari sejak ia dibuka sehinggalah ia didatangi dan ditakluk serta

diduduki oleh orang-orang Portugis dan kemudiannya Belanda. Walau

bagaimanapun gambarannya tidaklah begitu lengkap kerana beliau tidak begitu

hirau atau peka tentang satu aspek sejarah Melaka yang penting iaitu kedatangan,

penerimaan, peranan dan perkembangan Islam di Melaka. Beliau menyentuh

perkara ini dengan secara sambil lalu sahaja dengan mengatakan antara lainnya

bahawa raja yang memerintah Melaka bergelar “sultan”; satu istilah Islam yang

merujuk kepada raja atau pemimpin.

11

Page 12: 20140322090316Pensejarahan Malaysia Kuliah 8.DOC

Namun satu kelainannya lagi akan tulisan Valentyn ini ialah catatan beliau

tentang perkara-perkara yang berkait dengan unsur-unsur psikologi orang-orang

Melayu; iaitu sifat dan sikap mereka. Juga tentang kewibawaan bahasa Melayu.

Orang Melayu menurut Valentyn adalah, “paling terampil, paling pintar dan paling

bersopan santun di seluruh benua Timur”. (The Malays are most cunning, the most

ingenious and the politest people of the whole East”. Kita tahu Eredia juga

mengatakan demikian, tetapi Eredia menambah pula dengan menyatakan bahawa

“jaga2, mereka itu tidak boleh dipercayai …”.

Mengenai bahasa Melayu pula, Valentyn mengatakan bahawa ia adalah

bahasa pengantaraan antara pelbagai penduduk Melaka dan di antara pedagang-

pedagang yang datang dari luar ialah bahasa Melayu (Pires mengatakan ada 84

bahasa setiap satunya berbeza). Ertinya bahasa Melayu menjadi bahasa

perdagangan, politik dan alat perhubungan antara orang-orang Melaka dan orang-

orang asing. Valentyn mencatatkan hakikat tersebut seperti berikut:

Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di pantai [pelabuhan] itu, tetapi juga digunakan di seluruh India, dan di seluruh negeri-negeri Timur, sebagai bahasa yang difahami dan digunakan di setiap pelusuk oleh setiap orang, sama juga dengan bahasa Perancis atau Latin di Eropah, atau sebagai Lingua Franca di Itali atau di Levant, sehingga siapa sahaja tahu bahasa itu dia tidak akan merasa bimbang kerana ia digunakan dan difahami di Parsi, malah sampai ke negara-negara berhampiran dengannya hingga sampai ke Filipina.

12

Page 13: 20140322090316Pensejarahan Malaysia Kuliah 8.DOC

Dengan kata lain, ia adalah salah satu bahasa antarabangsa yang digunakan

oleh setiap pedagang, pengunjung atau rombongan rasmi asing yang datang ke

Melaka atas tujuan masing-masing. Catatan orang-orang Jepun misalnya menyebut

tentang dua orang jurubahasa, masing-masing bernama ----

yang mereka bawa bersama dalam rombongan perdagangan Jepun dari Pulau

Ryukyu ke Melaka pada kira-kira T.M. 1480an. Catatan yang sama juga

menyebut tentang sepucuk surat yang ditulis oleh Laksamana [Hang Tuah] kepada

Laksamana ------ mengucapkan selamat sampai ke Ryukyu dan memohon agar

Laksamana itu dapat menghantar ------

Demikianlah catatan orang-orang Belanda dan sedikit oleh orang Jepun

tentang sejarah awal tanahair kita, iaitu Melaka sejak awalnya hinggalah ia berada

di dalam kekuasaan orang-orang Belanda. Dapat dikatakan bahawa catatan-catatan

sejarah seperti yang dibuat oleh Valentyn itu khususnya bukanlah merupakan suatu

rayuan maupun suatu `pelawaan’ kepada kerajaannya dengan harapan agar mereka

datang membantu dan sebagainya. Mereka juga tidak perlu membuat catatan yang

sedemikian kerana mereka bukan datang ke Timur untuk tujuan 3K (ketuhanan,

kekayaan dan kemasyhuran) atau 3G iaitu (God, Gold and Glory) seperti halnya

dengan orang-orang Portugis dahulu. Pada ketika itu mereka datang untuk

berdagang. Oleh itu jika ada rayuan maka rayuan itu adalah ditujukan kepada

pedagang-pedagang atau yang berkaitan dengan mereka sahaja. Walau

13

Page 14: 20140322090316Pensejarahan Malaysia Kuliah 8.DOC

bagaimanapun tujuan mereka itu berubah juga pada kurun-kurun yang seterusnya,

tetapi pada ketika itu fokus mereka sudah tertumpu kepada Indonesia pula.

Atas hakikat yang demikian, barangkali jugalah kita dapat menerima

catatan-catatan orang-orang Belanda itu sebagai yang lebih meyakinkan daripada

catatan atau penulisan orang-orang Portugis. Pernah dikatakan bahawa orang-

orang Portugis bersikap atau mempunyai orientasi yang berat sebelah dalam

catatan atau penulisan mereka, tetapi sikap itu nampaknya lebih kepada perkara-

perkara yang berunsur psikologi seperti sifat dan sikap orang-orang Melayu dan

juga terhadap agama Islam. Ini dapat dilihat dalam penyataan lumrah tentang

kebencian serta syak-wasangka dan tidak percaya mereka terhadap orang-orang

Melayu khususnya dan orang Islam amnya. Dari segi yang lain, khususnya dari

segi gambaran mereka tentang sejarah, sistem pentadbiran, hirarki sosial dan

perdagangan, ia tidaklah disertakan momokan dan sindiran yang terlalu menonjol.

Ertinya, dari segi gambaran terhadap perkara-perkara tersebut, pensejarahan

mereka tetap memberikan banyak gambaran yang mempunyai keyakinan tentang

kebenarannya. Demikian jugalah halnya dengan catatan/penulisan atau orientasi

pensejarahan orang-orang Belanda terutamanya seperti yang dihasilkan oleh

Valentyn itu.

Bagaimana pula halnya atau keadaannya dengan catatan/penulisan sejarah

oleh orang-orang Inggeris/British?

14

Page 15: 20140322090316Pensejarahan Malaysia Kuliah 8.DOC

§ § § § § § § § § § § §

Soalan Penilaian

1. Bincangkan motif awal kedatangan orang-orang Belanda ke Asia

Tenggara dan Malaysia dan seterusnya bincangkan juga sebab-sebab

berlakunya perubahan motif itu.

2. Sebenarnya orang-orang Belanda tidaklah memberikan sumbangan

yang banyak dalam penulisan pensejarahan Malaysia. Sejauh manakah

kebenaran kenyataan ini?

3. Penulisan Valentyn tentang sejarah awal Malaysia, khususnya Melaka,

tidaklah jauh bezanya dengan beberapa pensejarahan Portugis yang

lebih awal dahulu. Bahaskan.

15

Page 16: 20140322090316Pensejarahan Malaysia Kuliah 8.DOC

§ § § § § § § § § § § §

16