gmgf1013-kuliah 8

38
GMGF1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM Kuliah 8: PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA

Upload: wowwawonka

Post on 11-Jan-2016

44 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

GMGF1013-Kuliah 8

TRANSCRIPT

Page 1: GMGF1013-Kuliah 8

GMGF1013EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM

Kuliah 8:PERAKAUNAN PENDAPATAN

NEGARA

Page 2: GMGF1013-Kuliah 8

DEFINISI DAN KONSEP

• Merupakan jumlah pendapatan yang dikira dari pelbagai sektor negara termasuklah individu, perniagaan dan kerajaan.

• Secara spesifiknya, ia merupakan pendapatan yang diterima daripada penggunaan semua faktor pengeluaran di dalam sesebuah negara untuk tempoh setahun.

• Ia digunakan bagi menghasilkan petunjuk-petunjuk perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negara.

• Biasanya dengan menggunakan data-data makroekonomi seperti Keluaran Negara Kasar (KNK), Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan komponen-komponen lain yang berasaskan konsep perbelanjaan negara atau pendapatan negara tersebut.

Page 3: GMGF1013-Kuliah 8

KELUARAN NEGARA KASAR (KNK)

• Jumlah nilai barang-barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor-faktor pengeluaran milik sesebuah negara dalam tempoh setahun.

• Nilai ini mengambilkira semua faktor-faktor pengeluaran yang dimiliki oleh penduduknya sama ada berada di dalam atau di luar negara.

• Namun bagi warga asing, faktor-faktor pengeluaran yang berada di dalam sesebuah negara tidak dikira dalam pengiraan KNK.

Page 4: GMGF1013-Kuliah 8

KNK Malaysia 1990 - 2007

Page 5: GMGF1013-Kuliah 8

KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK)

• Jumlah nilai barang-barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor-faktor pengeluaran tanpa mengira sama ada faktor-faktor tersebut dimiliki oleh penduduk tempatan atau warga asing.

• Barangan dan perkhidmatan dikeluarkan dalam sesebuah negara.

Page 6: GMGF1013-Kuliah 8

KDNK 2012 - 2013

Page 7: GMGF1013-Kuliah 8

Perbezaan Antara KDNK dan KNK

• Beza : Pendapatan faktor bersih dari luar negeri (PFBLN).• PFBLN : perbezaan antara jumlah pendapatan faktor yang

diterima oleh penduduk negara ini yang menggunakan punca-punca pengeluaran mereka di luar negara dan pembayaran faktor ke luar negara oleh warga asing yang menggunakan faktor-faktor pengeluaran milik mereka di negara ini.

• KNK = KDNK + PFBLN• PFBLN Jumlah pendapatan faktor dari luar negara Tolak : Jumlah pembayaran faktor ke luar negara

Page 8: GMGF1013-Kuliah 8

HARGA PASARAN DAN HARGA FAKTOR

• Nilai barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara dinilai dengan menggunakan :– Harga Pasaran– Harga Faktor

Page 9: GMGF1013-Kuliah 8

Harga Pasaran

• Takrif : Harga barangan dan perkhidmatan yang dikira dengan berdasarkan harga yang dibayar oleh pengguna.

• Dikenali sebagai harga barangan dan perkhidmatan yang dijual di pasaran.

• Ia dinilai dengan adanya campurtangan kerajaan melalui :-– cukai langsung seperti cukai perkhidmatan, cukai jualan,

cukai import dan cukai eksais. Kesannya, harga pasaran barangan dan perkhidmatan dijual menjadi lebih mahal.

– Subsidi atau bantuan kerajaan. Kesannya, harga pasaran akan menjadi lebih murah.

Page 10: GMGF1013-Kuliah 8

Harga Faktor

• Takrif : nilai barangan dan perkhidmatan yang dikira mengikut harga yang dibayar kepada faktor-faktor pengeluaran yang digunakan bagi menghasilkan barangan dan perkhidmatan tersebut.

• Secara mudahnya, ia merupakan harga barangan dan perkhidmatan yang belum dipasarkan.

Page 11: GMGF1013-Kuliah 8

Contoh Harga Pasaran dan Harga Faktor

• Contoh Harga Pasaran– Pengguna beli baju dan kasut yang berharga RM80

dan RM50, maka pendapatan negara dalam bentuk harga pasaran ialah RM130.

• Contoh Harga Faktor– Kos pengeluaran bagi baju dan kasut ialah RM60

dan RM30, maka pendapatan negara dalam bentuk harga faktor ialah RM90.

Page 12: GMGF1013-Kuliah 8

KNK Harga Pasaran dan Harga Faktor

• KNK Harga Pasaran – Pengiraan nilai barangan dan perkhidmatan menggunakan

harga pasaran.– Formula : KNKHP = KNKHF + Cukai Tak Langsung - Subsidi

• KNK Harga Faktor– Pengiraan keluaran negara dengan menggunakan harga yang

dibayar oleh firma/pengeluar kepada pemilik faktor-faktor pengeluaran.

– Formula : KNKHK = KNKHP + Subsidi - Cukai Tak Langsung

Page 13: GMGF1013-Kuliah 8

Keluaran Negara Bersih (KNB) Kos Faktor

• KNB Kos Faktor : nilai barangan dan perkhidmatan yang dimiliki penduduk sesebuah negara berdasarkan harga yang dibayar oleh pengeluar kepada pemilik-pemilik faktor pengeluaran.

Page 14: GMGF1013-Kuliah 8

Formula KNB Kos Faktor

Page 15: GMGF1013-Kuliah 8

Perbezaan antara KDNKHarga Pasaran dan KNBHarga

Faktor

• Faktor Perbezaan– Susut Nilai– Pendapatan Faktor Bersih dari luar negara

Page 16: GMGF1013-Kuliah 8

PENDAPATAN PERSENDIRIAN• Takrif : jumlah pendapatan yang

diterima oleh semua individu dalam sesebuah negara dalam tempoh masa setahun termasuklah pendapatan yang diperoleh daripada kegiatan yang tidak produktif.

• Jenis-jenis pendapatan persendirian :– Bayaran pindahan : pencen,

biasiswa dan zakat (pemberian)– Bunga atas pinjaman (kerajaan

dan isirumah)

Page 17: GMGF1013-Kuliah 8

Contoh

Page 18: GMGF1013-Kuliah 8

PENDAPATAN BOLEH GUNA

• Takrif : bahagian pendapatan persendirian yang boleh dibelanjakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh ekonomi.

• Bahagian pendapatan ini diperoleh setelah pendapatan persendirian ditolak Cukai Pendapatan Individu yang dikenakan oleh kerajaan.

Page 19: GMGF1013-Kuliah 8

KAEDAH PENGUKURAN PENDAPATAN NEGARA

• Terdapat tiga kaedah yang sering digunakan bagi menentukan pendapatan negara.

• Antaranya ialah :-– Kaedah Pendapatan– Kaedah Keluaran atau Nilai Ditambah– Kaedah Perbelanjaan

Page 20: GMGF1013-Kuliah 8

Kaedah Pendapatan• Pendekatan : menjumlahkan semua bentuk pendapatan yang diperoleh

daripada faktor-faktor pengeluaran dalam tempoh setahun.• Faktor-faktor pengeluaran akan memperoleh pendapatan berikut :

– Buruh : Upah/Gaji– Tanah/Aset Tetap : Sewa– Modal : Bunga/Faedah– Perusahaan Persendirian : Pendapatan Persendirian– Syarikat/Perkongsian : Untung

• Oleh itu, pendapatan negara adalah terdiri daripada :-– Upah dan gaji– Bunga Bersih– Sewa– Pendapatan perusahaan persendirian– Keuntungan Syarikat

Page 21: GMGF1013-Kuliah 8

Contoh Pengiraan Pendapatan Negara (KNKHF)

Page 22: GMGF1013-Kuliah 8

Contoh Pengiraan Nilai Keluaran Negara Kasar (KNKHP)

Butiran RM (juta)Pendapatan Negara (KNBharga faktor) 3450Tambah : Susut Nilai 1950KNKharga faktor 5400Tambah : Cukai Tak Langsung 3638Tolak : Subsidi 585KNKharga pasaran 8453

Page 23: GMGF1013-Kuliah 8

Kaedah Keluaran (Nilai Ditambah)

• Pendekatan : dikira dengan menjumlahkan nilai barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sektor-sektor ekonomi dalam sesebuah negara dalam tempoh setahun.

• Ia diukur dengan mengambilkira nilai ditambah yang wujud daripada pelbagai sektor ekonomi.

• Nilai ditambah ialah pertambahan nilai barangan dan perkhidmatan setelah melalui proses pengeluaran bagi sesuatu kegiatan ekonomi tertentu.

• Tujuan : untuk mengelakkan masalah pengiraan dua kali iaitu nilai barangan dan perkhidmatan perantara akan dikira sebagai nilai barangan dan perkhidmatan akhir yang boleh mengakibatkan nilai keluaran negara akan diperbesarkan.

Page 24: GMGF1013-Kuliah 8

Contoh Pengiraan Nilai DitambahKeluaran Nilai Keluaran

(RM)Nilai Ditambah

(RM)Kapas 5 5 – 0 = 5

Benang 8 8 – 5 = 3

Kain 14 14 – 8 = 6

Baju 20 20 – 14 = 6

Jumlah Nilai Ditambah 20

Page 25: GMGF1013-Kuliah 8

Contoh Pengiraan Pendapatan Negara menggunakan Kaedah Keluaran

Page 26: GMGF1013-Kuliah 8

Kaedah Perbelanjaan

• Pendekatan : kaedah dengan menggunakan kaedah campuran nilai perbelanjaan sesebuah negara ke atas barangan dan perkhidmatan akhir yang dihasilkan oleh faktor-faktor pengeluaran negara dalam tempoh setahun

• Terdapat 4 komponen perbelanjaan, iaitu :-– Perbelanjaan penggunaan isirumah (C)– Pelaburan Kasar (I)– Perbelanjaan Kerajaan (G)– Eksport Bersih ( X – M)

• Formula : KDNKhp = C + I + G + (X – M)

Page 27: GMGF1013-Kuliah 8

Perbelanjaan Penggunaan Isirumah (C)

• Merangkumi semua nilai perbelanjaan yang dilakukan oleh isirumah apabila membeli pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan untuk pelbagai tujuan akhir.

• Tempoh pembelian penggunaan adalah setahun.• Faktor-faktor :– Kepuasan– Citarasa – Pelaburan dsbnya.

Page 28: GMGF1013-Kuliah 8

Contoh

Page 29: GMGF1013-Kuliah 8

Pelaburan (I)

• Merujuk kepada pembentukan modal sektor swasta.

• Pihak swasta membeli barangan modal bagi menjana pulangan modal dan keuntungan.

• Contoh perbelanjaan modal oleh pihak swasta bagi tujuan pelaburan :-– Pembelian barangan modal dan peralatan pengeluaran– Inventori dan stok– Perbelanjaan-perbelanjaan lain

Page 30: GMGF1013-Kuliah 8

Contoh

Page 31: GMGF1013-Kuliah 8

Perbelanjaan Kerajaan (G)• Tujuan : untuk memenuhi keperluan dan kepentingan masyarakat/rakyat.• Dikenali sebagai perbelanjaan awam di mana peranan pihak kerajaan untuk

menyediakan barangan awam yang diperlukan dalam sesebuah negara.• Terbahagi kepada 2, iaitu Perbelanjaan Mengurus dan Perbelanjaan

Pembangunan.• Perbelanjaan Mengurus :

– perbelanjaan berulang setiap tahun dan berterusan.– Dikenali sebagai perbelanjaan penggunaan untuk hal-hal pentadbiran.– Perbelanjaan tanggungan : subsidi– Perbelanjaan perbekalan : emolumen, pembelian peralatan pejabat untuk

penyediaan barangan dan perkhidmatan awam dsbnya.• Perbelanjaan pembangunan

– Dikenali sebagai perbelanjaan modal dan pelaburan kerajaan.– Bukan berbentuk perbelanjaan berulang tetapi bersifat jangka panjang.– Contohnya pembangunan infrastruktur awam, pemberian biasiswa dsbnya.

Page 32: GMGF1013-Kuliah 8

Contoh

Page 33: GMGF1013-Kuliah 8

Eksport Bersih (X – M)

• Nilai eksport yang dilakukan oleh sesebuah negara dan ditolak dengan nilai import untuk tempoh masa setahun.

• Nilai Eksport : – perbelanjaan bukan warganegara yang membeli barangan

dan perkhidmatan tempatan bagi sesebuah negara. – Hasilnya dimasukkan ke dalam pendapatan negara.

• Nilai Import :– Perbelanjaan warganegara untuk mendapatkan barangan

dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh negara-negara luar.– Nilai ini perlu ditolak dengan jumlah pendapatan negara.

Page 34: GMGF1013-Kuliah 8

Contoh

Page 35: GMGF1013-Kuliah 8

KEPENTINGAN PENGUKURAN PENDAPATAN NEGARA

• Mengukur taraf hidup rakyat : – pendapatan per kapita – pendapatan boleh guna isirumah.

• Mengukur pertumbuhan ekonomi negara– Perbandingan data-data tahun sebelumnya.

• Mengukur sumbangan sektor-sektor ekonomi– Kaedah keluaran digunakan bagi mengukur sumbangan setiap sektor ekonomi

negara kepada pendapatan negara.• Mengukur Agihan Pendapatan

– Falsafah dan prinsip ekonomi kebajikan iaitu keadilan dalam agihan pendapatan dan kecekapan penggunaan sumber.

• Membantu Perancangan Ekonomi– Data-data pendapatan negara mengandungi maklumat-maklumat penting seperti

jumlah pelaburan, tabungan dan penggunaan bagi membantu kerajaan dalam membuat perancangan jangka panjang.

Page 36: GMGF1013-Kuliah 8

MASALAH PENGUKURAN PENDAPATAN NEGARA

• Masalah Pengiraan Dua Kali– Kaedah keluaran sering mencetuskan isu pengiraan pendapatan dua kali

kerana kesukaran untuk membezakan sama ada barangan dan perkhidmatan tersebut adalah perantara atau akhir.

• Masalah Pengumpulan Maklumat– Negara-negara kurang maju tidak mempunyai rekod yang lengkap dan tepat

mengenai kegiatan ekonomi.– Ini menyebabkan berlaku kesilapan dalam proses pengiraan.

• Masalah Pengiraan Pendapatan yang tidak dibayar dengan wang– Di kebanyakkan negara-negara membangun dan kurang maju, terdapat

banyak kegiatan ekonomi produktif tetapi tidak dibayar dalam bentuk wang seperti kegiatan sukarela, pertukaran barangan dsbnya.

– Terdapat juga upah yang dibayar kepada pekerja menggunakan bentuk-bentuk pembayaran lain.

Page 37: GMGF1013-Kuliah 8

MASALAH PENGUKURAN PENDAPATAN NEGARA

• Masalah Kegiatan Haram– Kegiatan produktif tetapi menyalahi undang-undang seperti perjudian,

pelacuran, urusniaga dadah dsbnya.• Masalah Pengiraan Perbelanjaan Kerajaan

– Nilai pendapatan negara mengambil kira perbelanjaan pertahanan, keselamatan dan perkhidmatan sosial.

– Namun, perbelanjaan tersebut dianggap sebagai bayaran pindahan kerana ia bukan bertujuan untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan.

• Masalah menentukan nilai perubahan dalam inventori (stok)– Nilai stok akan berubah dari masa ke semasa yang disebabkan oleh

perubahan tingkat harga.– Disebabkan kesukaran untuk menaksir perubahan inventori ini, ia

mengakibatkan berlakuknya ketidaktepatan dalam pengukuran dan pengiraan pendapatan negara.

Page 38: GMGF1013-Kuliah 8

Tamat dan Sesi Soal Jawab