kuliah 7 dan 8 bmk abad ke-17: sejarah melayu

27
Kuliah 7 dan 8 BMK Abad ke-17: Sejarah Melayu Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang

Upload: diza

Post on 14-Jan-2016

104 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kuliah 7 dan 8 BMK Abad ke-17: Sejarah Melayu. Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang. Sejarah Melayu-. Pendapat A. Teeuw , - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah  7  dan  8 BMK Abad ke-17:   Sejarah Melayu

 

Kuliah 7 dan 8BMK Abad ke-17: Sejarah Melayu

Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Binti Zainon HamzahJabatan Bahasa Melayu

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

43400 UPM Serdang

Page 2: Kuliah  7  dan  8 BMK Abad ke-17:   Sejarah Melayu

Sejarah Melayu-

Page 3: Kuliah  7  dan  8 BMK Abad ke-17:   Sejarah Melayu

• Naskhah Sejarah MelayuTerbahagi kepada 3 jenis• naskah Raffles 18, Royal Asiatic Society, London• Naskhah-naskhah edisi Abdullah Munsyi, edisi W.A

Shellabear dan edisi Dulaurier• Naskhah yang tersimpan di perpustakaan Royal

Asiatic Society of London

Page 4: Kuliah  7  dan  8 BMK Abad ke-17:   Sejarah Melayu

Pengarangan Sejarah Melayu• Naskhah Shellabear• “ maka berkata ia kepada fakir, hamba dengar ada Hikayat

Melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita dan boleh diingatkannya oleh segala mereka itu, dan mudah-mudahan beroleh faedah ia daripadanya…”

• Menunjukkan bahan kandungan SM disusun pada tahun 1612 M itu telah sedia ada, iaitu daripada Hikayat Melayu dari Goa yang dijadikan dasar atau rangka yang diperbaiki.

Page 5: Kuliah  7  dan  8 BMK Abad ke-17:   Sejarah Melayu

Nakhkah Raffles 18• “… maka fakir karanglah hikayat ini kama sama’tu

min jaddi wa’abi dan fakir himpunkan daripada segala riwayat orang tuha-tuha dahulu kala, supaya akan menyukakan duli hadhrati baginda. Maka fakir namai hikayat ini Sulalatus Salatin, yakni peraturan segala raja-raja….”

• Menunjukkan SS turut menggunakan bahan-bahan daripada riwayat orang tua-tua yang mengetahui salasilah raja-raja Melayu ketika itu.

Page 6: Kuliah  7  dan  8 BMK Abad ke-17:   Sejarah Melayu

Pengarang Sejarah Melayu- Pandangan Winstedt

• Tun Seri Lanang• Bendahara Paduka Raja Melaka• Keturunan Bendahara Melaka dan Johor • Hidup pada akhir abad ke-16-awal abad ke-17• Menyelesaikan SM pada zaman Sultan Alauddin

Riayat Shah• Seorang yang bijak dan mempunyai jiwa seni.• Rapat dengan golongan istana• Sudah membaca buku-buku hikayat seperti

Hik.Hamzah, Hik Muhammad Ali Hanafiah dsb• Mengetahu bahasa Arab, Parsi, Jawa, Portugis dan

Tamil.

Page 7: Kuliah  7  dan  8 BMK Abad ke-17:   Sejarah Melayu

Pendapat Sheikh Nurudin Al Raniri• Sejarah Melayu disusun oleh Tun Seri Lanang, Bendahara

Paduka Raja untuk menjunjung titah Sultan Abdullah Ma’ayah Shah. Tarikh perintah itu dicatat pada 12 Rabiulawal tahun 1021 H bersamaan 13 Mei 1612 bertempat di Pasir Raja.

Pendapat tokoh tentang pengarang Sejarah Melayu• Ismail Hussein, “ Tun Seri Lanang bukan pengarang tetapi

penyalin nakhkah asli yang dibawa dari Goa.• Penulis asal Sejarah Melayu ialah orang Melaka yang

menyaksikan kejatuhan Melaka ke tangan Feringgi. • Apabila Tun Seri Lanang(TSL) menyalin dan membangun

semula Sejarah Melayu, beliau telah membuat banyak perubahan daripada nakhkah asal.

• TSL mempunyai gaya bahasa yang indah dan khayalan yang segar.

Page 8: Kuliah  7  dan  8 BMK Abad ke-17:   Sejarah Melayu

Seni Kepengarangan Sejarah  Melayu • Pengarang adalah sebagai pewaris “yang empunya ceritera”.

Istilah yang digunakan ialah …menurut yang empunya ceritera, alkisah maka tersebutlah…….

• Pengarang atau”penyalinnya” mengambil bahannya, malah ilhamnya daripada hasil terkumpul yang ditinggalkan oleh “ceritera orang tuha-tuha”

• Pengarang Sulalatus Salatin misalnya berkata, bahawa dia menerima titah daripada rajanya supaya mengarangkan (diperbuatkan) “hikayat….perteturun segala raja-raja Melayu dengan isti’adatnya supaya didengar oleh anak cucu kita…..” dan untuk melaksanakan titah ini pengarang berkata bahawa “ fakir himpunkan daripada segala riwayat orang tuha-tuha dahulu kala supaya akan menyukakan hati duli hadhrat baginda.

Page 9: Kuliah  7  dan  8 BMK Abad ke-17:   Sejarah Melayu

• Pengarang SS /SM tidak seluruhnya bertujuan untuk menyukakan hati duli hadhrat baginda.

• Pengarang tidak selalu berusaha untuk menutup kesalahan raja atau untuk “menyorok” kisah buruk yang mungkin tidak disukai oleh raja atau keturunannya.

• Pengarang cuba menceritakan apa yang “sebenarnya’ berlaku menurut ceritera orang dahulu kala. Contoh:

• Kalaulah Sultan Mahmud Syah membaca hikayat SS /SM, mungkin baginda akan berasa malu atau murka kepada pengarangnya kerana menceritakan “kezaliman” raja membunuh Bendahara Tun Mutahir dan seluruh anggota keluarga semata-mata berdasarkan fitnah orang, tanpa usul periksa.

Page 10: Kuliah  7  dan  8 BMK Abad ke-17:   Sejarah Melayu

• Sultan Mahmud Shah digambarkan sebagai raja Melayu yang agung, yang gah, sehingga semua negeri dan raja-raja lain merafak sembah kepada baginda . Kemudian pengarang menceritakan kisah kejatuhan Sultan Mahmud ini apabila Portugis menawan Melaka. 

• Sultan yang agung ini terpaksa lari ke Bentan dan apabila Portugis menyerang dan mengalahkan Bentan, baginda terpaksa lari ke hutan, berjalan “ terpelecok-pelecok” dan terpaksa meminta nasi daripada orang desa. Akhirnya baginda merempat ke Kampar dan di situ baginda meninggal dunia dalam keadaan yang hina  dan tidak mempunyai kuasa agung lagi.

• Pengarang menyampaikan cerita ini tanpa menyebelahi mana-mana pihak kerana dia bukan pengkritik atau pengulas tetapi “tukang cerita” atau seniman yang taat kepada warisannya, kepada cerita orang tuha-tuha dahulu kala.

• Pengarang mahu pembacanya menyedari bahawa “raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah” 

Page 11: Kuliah  7  dan  8 BMK Abad ke-17:   Sejarah Melayu

Rumusan Kandungan Sejarah Melayu

• Nakhkah Raffles 18 megandungi 31 bab dan kandungannya lebih tua daripada nakhkah Shellabear

• Nakhkah Shellabear mengandungi 34 bab.

Page 12: Kuliah  7  dan  8 BMK Abad ke-17:   Sejarah Melayu

Aspek Ketatanegaraan• Konsep Kerajaan dan Negara• Satu organisasi besar yang dipimpin oleh raja dan pembesar.• Jajahan takluk• Kuasa raja dalam menggubal undang-undang• Pelantikan raja dan pengganti• Konsep daulat dan derhaka

Page 13: Kuliah  7  dan  8 BMK Abad ke-17:   Sejarah Melayu

Aspek Kesusasteraan• Aspek perwatakan• Teknik penceritaan• Penggunaan puisi tradisional• Penggunaan bahasa perlambangan

Page 14: Kuliah  7  dan  8 BMK Abad ke-17:   Sejarah Melayu

Aspek budaya dan kemasyarakatan

• Kedudukan raja Melayu dalam masyarakat• Pakaian diraja dan kelengkapannya• Adat mengadap raja dan budaya di istana• Cara mengiringi raja• Senjata dan kelengkapan perang• Alat kebesaran dan perhiasan• Adat perkahwinan, perayaan dan adat Islam yang

diamalkan• Amalan hidup rakyat jelata

Page 15: Kuliah  7  dan  8 BMK Abad ke-17:   Sejarah Melayu

Aspek Bahasa SM

• C.Hooykaas (1981:163) SM merupakan sumber bahasa yang penting.

• “ Bahasa yang dipakai dalam SM itu ialah bahasa cerita yang sederhana, bahasa Melayu kuno yang baik. Bangsa Eropah sentiasa amat tertarik oleh cara kitab itu melukiskan sesuatu hal dengan cara yang sederhana sekali dan oleh isi kitab itu yang amat indah”

Page 16: Kuliah  7  dan  8 BMK Abad ke-17:   Sejarah Melayu

Jenis Aksara• Tulisan Jawi yang telah disesuaikan dengan

bahasa Melayu ketika itu. • Huruf baharu yang ditambah: • pa, nga, ga, nya, dan ca• Contoh cucu, ceritera (carita) empunya.

Ilmunya, lagi, daripada, kepada

Page 17: Kuliah  7  dan  8 BMK Abad ke-17:   Sejarah Melayu

Sistem ejaan• Sistem ejaan lama• Contoh: suroh berhadir ( suruh hadir)• Membacha (membaca)• Dudok (duduk) sa orang (seorang, terlebeh

(terlebih) chuchu, di-ketahui, • isti-adat-nya, ada-lah dll.

Page 18: Kuliah  7  dan  8 BMK Abad ke-17:   Sejarah Melayu

Aspek fonetik dan fonologi• Fonetik – ilmu bahasa yang berkaitan dengan

penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.

• Fonologi – kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa

• SM cetera ketiga puluh dua: Tun Seri Lanang menceritakan Tun Mai Ulat Bulu telah menyindir Makhdun Sadar Jahan yang tidak dapat menyebut perkataan-perkataan Melayu seperti kusying (kucing), kunit (kunyit) dan niru (nyiru)

Page 19: Kuliah  7  dan  8 BMK Abad ke-17:   Sejarah Melayu

Morfologi• Menampakkan unsur-unsur yang gramatis dan

tatabahasa yang semakin sempurna.• Penggunaan imbuhan, contoh:• Per/kata/an, meng/himpun/kan, di/per/buat/kan. • Penggunaan kata pangkal ayat yang lazimnya

digunakan dalam teks hikayat seperti hatta, sebermula, syahadan, arakian dan beberapa lagi. Contoh: Hatta, berapa lamanya, setelah sudah Raja Iskandar melihat matahari terbit, maka baginda pun kembalilah, lalu dari negeri Raja Kida Hindi….

• Penggunaan kata yang mengelirukan. Contoh: • Seorang dayang-dayang raja…. (SM hlm 130)

Page 20: Kuliah  7  dan  8 BMK Abad ke-17:   Sejarah Melayu

• Penggunaan kosa kata lama• Kedal (sejenis penyakit kulit), tulah, bermukah, azmat (hebat)• Perkataan Arab – Bis-millahi’r-rahmani’ r-rahim. Subhana

‘llahu ‘l-maliku ‘ l-jabbar• Perkataan Jawa – dilihat semasa rombongan Sultan Mansor

Shah berada di Majapahit. Ketampanan dan tingkah laku Laksamana Hang Tuah amat digilai oleh perempuan-perempuan Jawa sehingga dipantunkan dalam bahasa Jawa, “ Onya suruh tanggapan penlipur, saben dina katon perandene duka ugi

• ( Ini sirih sambut oleh mu, akan penglipur rasa berahi, sehari-hari dilihat sungguh demikian pun rindu juga)

Page 21: Kuliah  7  dan  8 BMK Abad ke-17:   Sejarah Melayu

Perkataan Siam• Maharaja Dewa Sura melarikan diri daripada

bala tentera Melaka. Apabila sampai di sebuah jeram, dia memerintah orang-orangnya memperlahankan perahu mereka. Katanya dalam bahasa Siam, “Kwai, kwai” yang bermaksud perlahan-lahan. (SM hlm 74)

Page 22: Kuliah  7  dan  8 BMK Abad ke-17:   Sejarah Melayu

Perkataan Parsi• “Arayat juna bakhsanat sultan kahsad” yang bermaksud

rakyat itu umpama akar dan raja umpama pohon. Jikalau tiada akar, nescaya pohon itu tidak dapat berdiri.

• Aspek Sintaksis• Bentuk pasif• Ayat sonsang• Wbp terdapat juga penggunaan ayat-ayat yang pendek dan

ringkas.• “ Maka seorang pun tiada cakap. Maka semuanya orang itu

kembali ke rumahnya. Telah sunyi orang tidur, maka dipanggil baginda seorang penunggu pintu… (SM hlm 176)

Page 23: Kuliah  7  dan  8 BMK Abad ke-17:   Sejarah Melayu

Penggunaan Kiasan

• Menceritakan betapa ramainya rakyat tentera seorang raja,” ..maka Raja Culan pun berangkat mengeluari Raja Suran: rupa rakyat seperti laut tatkala pasang penuh, rupa gajah dan kuda seperti pulau, rupa tunggul panji-panji seperti hutan, rupa senjata berlapis-lapis, rupa cemara tombak seperti bunga lalang.. Maka kelihatanlah rakyat Raja Suran seperti hutan rupanya……(SM hlm 10)

Page 24: Kuliah  7  dan  8 BMK Abad ke-17:   Sejarah Melayu

Penggunaan puisi• Peristiwa pembunuhan Tun Jana di Singapura

digambarkan dalam pantun:• Telur itik di Singgora• Pandan terletak di langkahi• Darahnya titik di Singapura• Badannya terhantar di Langkawi

Page 25: Kuliah  7  dan  8 BMK Abad ke-17:   Sejarah Melayu

Bidalan• Bidalan Arab• Al –mahabbatu bainun manfiyyun• Wa l-isyaqu fikrun manfyyun• Al-mahabbatu nafyu’ l-bain• Wa ‘-’isyqu nafsu ‘l-bayan• (hlm 194)• Maksud ( Yang kasih itu antara tiada, dan berahi itu

bicara tiada)

Page 26: Kuliah  7  dan  8 BMK Abad ke-17:   Sejarah Melayu

Kesimpulan• Bahasa Sejarah Melayu :• Menepati ciri bahasa Melayu klasik• Bahasa yang indah, gramatis dan dapat

mengambarkan nilai intelek, estetika.

Page 27: Kuliah  7  dan  8 BMK Abad ke-17:   Sejarah Melayu

Sekian, terima kasih