20140322090333pensejarahan malaysia kuliah 5-7.doc

90
1 PENSEJARAHAN MALAYSIA MODUL 5 KARYA-KARYA DALAM DEKAD 1930AN - 1960 MASEHI Objektif Menghuraikan kesinambungan pensejarahan dari abad ke-19 Masehi Membincangkan perbezaan dan kelainannya. Membicarakan pelbagai bentuk karya pensejarahan yang dihasilkan. Menghuraikan isi kandungan beberapa karya pensejarahan pilihan.

Upload: harubiru75

Post on 03-Dec-2015

242 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

1

PENSEJARAHAN MALAYSIA

MODUL 5

KARYA-KARYA DALAM DEKAD 1930AN - 1960 MASEHI

Objektif

Menghuraikan kesinambungan pensejarahan dari abad

ke-19 Masehi

Membincangkan perbezaan dan kelainannya.

Membicarakan pelbagai bentuk karya pensejarahan

yang dihasilkan.

Menghuraikan isi kandungan beberapa karya

pensejarahan pilihan.

Page 2: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

Selain daripada pensejarahan negeri, terdapat juga karya-karya yang berupa

sejarah tempatan, iaitu berkenaan dengan tempat-tempat di tanah air. Namun

jumlah ini tidaklah seberapa dan kepentingannya adalah terletak kepada

kekurangan atau sedikit sangat bilangannya sahaja. Setakat ini hanya dua buah

yang dapat dikesan iaitu Riwayat Tanjung Malim oleh Zainal Abidin bin Daud

(T.M. 1947) dan Riwayat Kinta (T.M. 1959) oleh Abdul Talib Hj. Ahmad,

pengarang karya Syaer Pelayaran Sultan Iskandar Perak dahulu. Tidaklah ada satu

sebab yang jelas dan kukuh yang boleh menerangkan sedikitnya penulis tentang

sejarah tempatan ini. Satu kemungkinannya ialah kerana terbatasnya pasaran

terhadap karya-karya yang berbentuk demikian. Hakikat ini menyebabkan

kurangnya pula minat sejarawan untuk menulis karya-karya tersebut walaupun

keperluan terhadapnya memang wujud secara berterusan. Pihak penerbit juga

sudah tentu tidak begitu berminat berikutan dengan ketiadaan pasaran yang boleh

menjamin pulangan yang berpatutan itu. Dalam keadaan yang demikian, maka

penulisan serta penerbitannya sangat kuat bergantung kepada minat dan iltizam

serta kesedaran seseorang sejarawan terhadap keperluan pensejarahan yang

demikian. Bilangan sejarawan yang demikian itu nampaknya tidaklah ramai.

Pensejarahan Skop Luas

Walau bagaimanapun jauh lebih penting daripada karya-karya sejarah tempatan

itu, ialah karya-karya yang bukan sahaja terdiri daripada pensejarahan negeri,

tetapi merangkumi skop yang luas yang mengandungi geografi, sejarah, falsafah

2

Page 3: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

dan sosio-budaya negara yang dituliskan. Dalam zaman-zaman awal hinggalah

abad ke-19 Masehi dahulu kita telah melihat beberapa karya yang sedemikian

bentuknya - misalnya, Sulalatus Salatin, Bustanul Salatin, Tuhfat al-Nafis dan

Salasilah Raja-Raja Melayu dan Bugis. Pada abad ke-20 Masehi ini karya-karya

yang demikian masih lagi dihasilkan. Namun secara amnya dari segi konsep

falsafah dan sosio-budayanya, tidaklah semua karya tersebut menyamai apatah lagi

menandingi karya-karya yang lebih awal itu. Kebanyakannya adalah merupakan

karya pensejarahan dalam ertikata yang lebih mirip kepada konsep pensejarahan

yang mutakhir bagi abad ke-20 Masehi ini. Ertinya tidaklah terlalu mengikut gaya

pensejarahan pada zaman yang lepas yang mempunyai unsur-unsur kesusasteraan,

falsafah dan agama yang agak menonjol pada sesetengah sudutnya. Walaupun

unsur-unsur tersebut ada pula dibawakan oleh sesetengah karya yang mutakhir itu

tetapi keadaannya tidaklah terlalu terserlah lagi. Antara yang terawal ialah buku

terjemahan Abdul Majid Zainuddin, berjudul Geografi dan Sejarah Semenanjung

Tanah Melayu seperti yang telah diperkatakan lebih awal tadi. Sebuah lagi, iaitu

selepas karya di atas, ialah Kitab Tawarikh Melayu (T.M. 1918) yang dipercayai

telah dikarang oleh R.O. Winstedt dan Daing Abdul Majid b. Tengku Muhammad

Salleh. Ia menceritakan tentang sejarah Tanah Melayu dari sejak zaman

Empayar/Kesultanan Melayu Melaka hinggalah ke zaman penjajahan British.

Karya diakhiri dengan doa kepada Allah oleh pengarang-pengarangnya agar Tanah

Melayu tetap selamat berada di bawah pemerintahan British.

3

Page 4: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

Seterusnya pada T.M. 1920an dan 1930an, beberapa buah lagi karya yang

bersifat bukan kenegerian telah dihasilkan. Misalnya pada T.M. 1924 sebuah karya

berjudul Kitab Kumpulan Nama Melayu oleh Ibrahim bin Dato’ Muda. Bahagian

pertama dan ketiga kitab ini boleh dikira berbentuk pensejarahan. Bahagian

pertama tentang asal usul, cara dan upacara yang berkaitan dengan kelahiran serta

menamakan kanak-kanak yang baru dilahirkan berdasarkan amalan yang dituntut

oleh Islam. Bahagian ketiga pula yang merupakan terjemahan daripada tulisan R.J.

Wilkinson, “Kehidupan dan Adat-Adat Melayu”, yang menghuraikan unsur-unsur

adat serta amalan tempatan yang telah diwarisi sejak zaman berzaman dan sejak

sebelum datangnya Islam lagi. Mulai T.M. 1925 pula Abdul Hadi Hassan, seorang

lagi sejarawan tempatan yang ternama, telah menghasilkan karya pensejarahan

Sejarah Alam Melayu penggal pertama. Ini diikuti dengan penggal kedua dan

ketiga pada T.M. 1928. Abdul Hadi tidak dapat meneruskan penulisannya kerana

pada T.M. 1929 beliau telah ditukarkan dari jawatan pensyarah di MPSI (SITC)

menjadi Nazir sekolah-sekolah Melayu di Kelantan. Oleh itu penulisannya telah

disambung semula oleh Haji Buyong Adil yang telah berjaya menghasilkan dua

jilid lagi menjelang T.M. 1939. Jadi Sejarah Alam Melayu terdiri daripada lima

jilid semuanya; yang masing-masing agak tebal. Tiap-tiap jilid/penggal

mengandungi tahap-tahap tertentu dalam sejarah Alam Melayu itu termasuklah

tentang Malaysia. Misalnya jilid I, mengandungi sejarah orang-orang asli di Tanah

Melayu dan kedatangan orang-orang Melayu ke Alam Melayu. Dicatatkan juga

tentang kebangkitan serta kebesaran kerajaan Melayu-Hindu di Tanah Jawa,

khasnya Majapahit, Mataram, Kediri dan Singosari. Jilid kedua tentang kedatangan

4

Page 5: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

dan perkembangan Islam serta dimuatkan sejarah kebangkitan kerajaan-kerajaan

Kesultanan Melayu di Tanah Melayu, yang pada mulanya berpusat di Singapura

kemudian berpindah ke Melaka dan seterusnya Johor. Jilid ke III tentang

kedatangan orang-orang Cina ke Alam Melayu, orang-orang Bugis ke Tanah

Melayu dan kedatangan serta penjajahan Belanda ke rantau ini. Dua jilid lagi yang

telah disambung oleh Haji Buyong Adil (IV & V) adalah mengenai Negeri-Negeri

Selat (Singapura, Melaka dan P. Pinang, termasuklah Perang Naning (1831) (IV)

dan (V) tentang Negeri-Negeri Melayu Bersekutu; Perak, Selangor, Pahang dan

Negeri Sembilan. Sejarah Alam Melayu adalah karya pensejarahan yang tinggi

nilainya. Khoo Kay Kim menganggapnya sebagai sejarah kebangsaan yang

pertama dan Abdul Hadi sebagai sejarawan tempatan yang pertama telah

menghasilkan karya yang demikian. Lebih daripada itu, ia juga adalah sebuah

karya pensejarahan Malaysia tempatan yang pertama yang membicarakan entiti

Alam Melayu itu secara keseluruhannya daripada sudut pandangan tempatan.

Pada awal tahun 1930an pula Muhammad Said Sulaiman telah menuliskan

sebuah karya berjudul Pakai Patut Melayu yang khususnya membicarakan tentang

bentuk dan asal usul atau sejarah berbagai bentuk pakaian Melayu - terutamanya

yang terdapat di negeri Johor. Misalnya beberapa jenis seluar seperti seluar

“Katok”, seluar “Cina” dan seluar “Qabul” iaitu seluar yang pinggangnya berjerut

tali [guni?]. Ada beberapa jenis pakaian biasa yang disebutkan; misalnya, pakaian

batek ataupun berbunga “tidak masuk jenis pakaian lelaki”. Bagi pakaian

5

Page 6: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

perempuan pula ialah kebaya, baju kurung “Teluk Belanga’ dan bagi mereka yang

beriman dan bertaqwa, “memakai tudung”.

Kira-kira setahun selepas diterbitkan Pakai Patut Melayu itu, telah terbit

pula sebuah karya berjudul Taman Penghidupan oleh Zainal Abidin Daud al-

Sulaimani (T.M. 1932). Karya ini bukan sahaja mengandungi sejarah, tetapi juga

nasihat dan penerangan serta pedoman kepada orang-orang Melayu supaya

mengukuhkan iman, mencari ilmu pengetahuan, mendidik anak-anak dan

memimpin masyarakat ke jalan yang baik demi mencapai kebahagian dunia

akhirat. Bahagian yang mengenai sejarah pula adalah luas dan tidak khusus

menyentuh Malaysia ataupun masyarakatnya. Isi kandungannya adalah (1) Tarikh

dunia diduduki manusia (2) Asal manusia (3) Keadaan manusia (4) Sebab-sebab

manusia berpuak-puak (5) Kedatangan agama (6) Tamaddun manusia. Zainal

Abidin juga telah menghasilkan sebuah lagi karya berjudul Pelayaran Dahulu

Kala (T.M. 1937) yang terdiri daripada dua bahagian. Yang pertama ialah tentang

sejarah negara-negara atau tamadun lama seperti Mesir, India dan China yang

termasyhur dengan kegiatan ekonomi dan pelayaran masing-masing. Pedagang-

pedagang mereka telah menguasai laluan/perairan dagangan antarabangsa pada

satu ketika dahulu. Kemudian dengan kejayaan kuasa-kuasa Eropah mencipta

jenis kapal-kapal baru yang lebih kuat dan bertenaga dengan menggunakan enjin,

negara-negara tersebut telah dapat dikalahkan. Akhirnya kuasa-kuasa

barat/Eropah itu menyerang menguasai dan menjajah negara-negara lain. Bahagian

kedua, bukanlah suatu pensejarahan, tapi adalah satu kisah teladan berjudul

6

Page 7: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

“Riwayat Pelayaran Haji Batu”. Kisahnya adalah tentang seorang saudagar yang

cekal belayar dari Sumatera utara untuk pergi ke Mekah menunaikan fardhu haji.

Kemudian kapal yang dinaikinya karam di Laut Sokotra. Tetapi beliau selamat

dengan pertolongan kuasa ghaib dan disambar geroda. Beliau meneruskan

perjalanan dengan berjalan dalam hutan melalui Damsyik. Dalam perjalanan itu

beliau merasa dahaga yang tidak terhingga. Dalam keadaan begitu beliau telah

terjumpa sebuah kolam lalu beliau mencelupkan telunjuk kanannya untuk menguji

airnya. Dengan tiba-tiba telunjuk kanannya jadi batu. Beliau tidak jadi minum di

situ, tapi tetap meneruskan perjalanan hingga berjaya sampai ke Makkah.

Teladannya ialah “Keberanian itu boleh menghasilkan cita-cita”.

Kejatuhan Kaum-Kaum Islam dan Pergerakan Baru

Lebih mantap kesejarahannya daripada karya-karya Zainal Abidin ini ialah sebuah

karya yang dihasilkan oleh seorang cendekiawan/sejarawan 1920an/30an, iaitu

Muhammad Yusof b. Sultan Mahyuddin berjudul Kejatuhan Kaum-Kaum Islam

dan Pergerakan Baru (T.M. 1931). Beliau juga adalah pengarang Syaer Boria

yang telah diterbitkan pada awal T.M. 1920an dahulu. Amnya pengarang ini

menggambarkan tentang sejarah dunia Islam dari tempoh kira-kira abad ke-11

hingga ke-20 Masehi ini yang menampakkan kejatuhan dan kemundurannya.

Beliau menggalurkan dua sebab utama yang membawa kepada kejatuhan itu:

(i) Pemimpin dan ulama-ulama yang zalim yang telah memperalatkan Islam untuk

kepentingan mereka. Ini berlaku di Sepanyol, Parsi dan Mesir selepas abad ke-13

7

Page 8: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

Masehi. Mengikut beliau, kadang kala ulama-ulama dan raja-raja bertelagah

merebut dan menegakkan kuasa masing-masing sedangkan rakyat tertindas.

Mereka itu tidaklah menegakkan syariat Islam yang membawa keadilan yang

sebenar itu. (2) Peranan ahli-ahli sufi dan ajaran-ajaran mereka yang dipengaruhi

oleh ajaran Buddha dan Zoroaster. Anutan-anutan tersebut banyak mengajar “ilmu

meninggal dunia” dan “ilmu mengenepikan dunia” yang “melemahkan semangat”.

Akibatnya menyebabkan mereka meninggalkan sikap rajin berusaha serta

meninggalkan usaha dan gemar

Soalan Dalam Teks

Sila berikan jawapan yang tepat bagi soalan di bawah ini:

8

Page 9: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

a. Siapakah pengarang Riwayat Tanjung Malim?

b. Tahun berapakah Kitab Tawarikh Melayu diterbitkan?

c. Apakah judul karya pensejarahan Abdul Hadi hassan?

d. Mengapakah karya beliau dianggap penting?

e. Berapa jilidkah karya yang dihasilkan oleh Abdul Hadi Hassan itu?

f. Apakah judul karya Muhammad Said Sulaiman yang membicarakan

sejarah pakaian orang-orang Melayu?

g. Apakah maksud “adat lembaga”?

h. Apakah daerah lingkungan politik yang termuat di dalam karya

Abdullah Abas Nasution?

pula menghina orang-orang yang rajin berusaha, berikhtiar mencari dan

memperbaiki kehidupan”. Kesejahteraan umat Islam tidaklah dihiraukan sangat.

Penekanan adalah kepada ilmu akhirat iaitu ilmu feqah, usuluddin dan tasawuf

sangat dipentingkan, sedangkan ilmu-ilmu lain dan kitab yang beribu-ribu tentang

pelbagai ilmu habis ghaib atau dimusnahkan. Akibatnya Islam menjadi lemah.

Dalam keadaan yang lemah itulah Islam telah masuk ke Tanah Melayu/Malaysia.

Dan daripada tiga ilmu tadi, ilmu tasawuf itulah yang sangat digemari oleh orang-

9

Page 10: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

orang Melayu. Orang-orang Melayu yang telah dibuaikan oleh agama-agama dan

ajaran-ajaran yang sesat dan kufur sebelum itu, dipertembungkan pula dengan ilmu

tasawuf; maka keadaannya adalah seperti orang mengantuk disorongkan bantal.

Sebenarnya kritikan dan penjelasan di dalam karya tentang orang Melayu/Islam itu

adalah lebih luas dan tajam daripada yang diluahkan oleh Abdullah Munsyi.

Seterusnya pada T.M. 1938 Muhammad Said Sulaiman sejarawan yang

prolifik itu telah menghasilkan sebuah karya pensejarahaan tentang undang-

undang Melayu lama. Karya ini berjudul, Perihal Adat Melayu: Mengandungi

Kanun Sultan Sulaiman Riau dan Ringkasan Kanun Sultan Mahmud Syah Melaka.

Di samping memperkatakan asal usul dan bentuk kedua-dua undang tersebut, serta

memberikan pula takrif tentang istilah adat, resam dan kanun dan kaitannya

dengan undang-undang karya ini memberikan satu senarai klasifikasi adat Melayu

dan penerangan serta sejarahnya. Antaranya termasuklah;

1. Adat datuk nenek - bererti kuasa ibu bapa terhadap anak - misalnya

dalam hal pinang meminang.

2. Adat Lembaga - adat yang tiada menyalahi hukum agama.

3. Adat istadat - amalan kebiasaan - misalnya mahar perkahwinan.

4. Adat Diraja.

5. Adat istiadat - yang terdiri dari pelbagai upacara.

Selepas Perang Dunia Kedua

10

Page 11: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

Kemudian tidak lama setelah tamat Perang Dunia II, sebuah penulisan yang sangat

menarik telah dihasilkan oleh seorang tokoh politik dan pejuang kebangsaan yang

terkenal, iaitu Dr. Burhanuddin al-Helmy. Karya itu berjudul Perjuangan Kita: 17

Oktober 1945 - 17 Oktober 1946; (T.M. 1946). Sebenarnya karya ini merupakan

suatu catatan peringatan genap setahun penubuhan Parti Kebangsaan Melayu

Malaya (PKMM). Beliau adalah Yang Dipertua parti tersebut. Apa yang menarik

dari segi pensejarahan ialah perbincangan yang dimuatkan samada berbentuk

sejarah ataupun yang ada kaitan dengan sejarah. Misalnya antara perkara yang

dibincangkan ialah “Usul Kebangsaan Melayu”; “Melayu dan Bangsa Dagang”,

“Kebangsaan Melayu dan Politik”. Karya ini kemudiannya diperbaiki dan

diperluaskan lagi dan pada T.M. 1950 telah diterbitkan dengan judul Asas

Falsafah Kebangsaan Melayu. Dan kemudian pada T.M. 1954 setelah ia telah

diperkemas serta diperluas, ia telah diterbitkan semula dengan judul yang bernas,

iaitu Falsafah Kebangsan Melayu. Walaupun karya ini bertujuan menerangkan

ideologi perjuangan politik Dr. Burhanuddin dan partinya, namun isi

kandungannya bukanlah semata-mata pidato, seruan dan dakyah politik sahaja.

Sebenarnya beliau telah memberikan latar belakang sejarah bagi setiap tajuk yang

akan diterangkannya. Misalnya tentang “Asal Usul Bangsa Melayu”,

“Perkembangan Bangsa Melayu”, dan juga, “Asas Falsafah Kebangsaan Bangsa

Melayu”. Semua jumlah itu mempunyai rasional serta latarbelakang sejarahnya.

Dan beliau menerangkannya melalui satu kaedah sejarah yang boleh dianggap

objektif dan dengan tidak berdasarkan kepada imaginasi, harapan dan anggap

11

Page 12: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

politik dan sebagainya sahaja. Ia adalah sebuah buku ideologi politik yang

menjadikan sejarah sebagai sandaran pengukuhannya.

Dalam pada itu pada T.M. 1950, telah terbit sebuah karya pensejarahan

yang menarik berjudul Bangsa Cina, oleh seorang pengarang yang agak terkenal

juga pada waktu itu, iaitu Mohamed bin Haniff. Inilah satu-satunya karya

pensejarahan Malaysia dalam bahasa Melayu yang ditulis oleh sejarawan tempatan

menenai orang-orang Cina itu. Ia meliputi keseluruhan sejarah tamadun - orang-

orang Cina di negara China dari awal (iaitu dinasti Hsia) hinggalah zaman

pemerintahan Koumintang di bawah Chiang Kai Shek. Disertakan juga dua bab

tentang orang-orang Islam di China, penindasan oleh dinasti-dinasti tertentu dan

beberapa pemberontakan orang-orang Islam menentang penindasan tersebut dan

akibatnya-akibatnya. Yang penting bagi pensejarahan Malaysia ialah apabila

pengarang mencatatkan tentang kedatangan, keadaan, kedudukan serta sosio-

budaya orang-orang Cina tempatan. Ini releven kerana ia merupakan sebahagian

daripada sejarah Malaysia. Catatan-catatan itu bukanlah bertujuan menghina atau

Soalan Dalam Teks

Sila beri penjelasan yang ringkas dan tepat mengenai

soalan/kenyataan berikut:

12

Page 13: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

a. Mengapakah karya sejarah tempatan tidak banyak dihasilkan?

b. Geografi dan Sejarah Semenanjung Tanah Melayu.

c. Kitab Tawarikh Melayu.

d. Jelaskan isi kandungan jilid pertama karya berjudul Sejarah Alam

Melayu.

e. Falsafah Kebangsaan Melayu.

f. Karya Muhammad Yusof Sultan Mahyudin, berjudul, Kejatuhan

Kaum-Kaum Islam dan Kebangkitan Baru.

g. Bangsa Cina.

merendahkan orang-orang Cina. Mohamed Haniff tidaklah bertujuan menulis

demikian. Beliau mengatakan penulisannya “bukan untuk mengangkat atau

merendahkan sesiapa, tapi menghidangkan sahaja ilmu pengetahuan yang

dianggap berguna”. Dengan itu ia boleh dijadikan contoh dan pengajaran kepada

orang-orang Melayu. Walaupun ada perkara-perkara yang negatif disebutkan;

misalnya dikatakan bahawa orang-orang Cina itu kuat menipu, timbangan barang

tidak betul, berdusta dan sebagainya iaitu sifat-sifat yang dibawa dari negeri asal

mereka yang diamalkan disebabkan keperluan dalam keadaan susah dan terdesak

13

Page 14: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

dan terhimpit; tetapi banyak juga sifat-sifat positif dan baik yang sepatutnya

menjadi contoh bagi orang-orang tempatan. Misalnya dikatakan orang-orang Cina

itu; i) rajin bekerja (ii) jimat cermat (iii) menghargai kehidupan di dunia

ekonomi (iv) kuat berpersatuan (v) tidak membuang masa (vi) dan cepat

membiak. Dari segi bentuknya karya ini sebenarnya ada persamaannya dengan

sebuah karya yang telah diterbitkan pada T.M. 1938 dahulu, iaitu berjudul Turki

dan Tamadunnya, oleh Ibrahim Mahmood. Sungguhpun tajuknya adalah mengenai

sejarah dan perkembangan tamadun orang-orang Turki, namun pengarang ingin

agar apa yang telah dicapai oleh Turki, khususnya setelah Mustaffa Kamal

Attartuk mengambilalih kuasa (mulai T.M. 1924), dalam mencapai kemajuan

hingga boleh disamakan dengan negara-negara Barat, haruslah menjadi contoh

dan iktibar kepada rakyat tempatan. Ertinya sejarah adalah guru dan pensejarahan

dunia luar ini dikaitkan dengan pensejarahan tempatan dalam ertikata ia perlu

dijadikan contoh/tauladan serta iktibar untuk rakyat tempatan bergerak menuju

matlamat yang dicita-citakan.

Kemudian pada T.M. 1953, iaitu tiga tahun selepas diterbitkan Bangsa

Cina, sebuah lagi karya yang bersifat luas ini telah diterbitkan berjudul Sejarah

Melayu Raya: Tarikh Perjuangan dan Ekonomi Indonesia Filipina dan Malaya,

oleh seorang ulama/ sejarawan iaitu Abdullah Abbas Nasution. Konsep “Melayu

Raya” yang digunakan oleh penulis ini adalah meliputi wilayah-wilayah yang juga

dikenali sebagai Gugusan Pulau-Pulau Melayu/Kepulauan Melayu Malaysia,

14

Page 15: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

Indonesia dan Filipina yang pada satu masa, dalam zaman konfrontasi dahulu ia

dikenali juga sebagai Maphilindo.

Pengarang telah melihat perkembangan sejarah entiti yang diistilahkan itu

dari sudut politik, ekonomi, sosial dan keagamaan sejak dari zaman keagungan

masing-masing hinggalah kedatangan kuasa-kuasa Barat (Portugis, Belanda,

British, Amerika Syarikat) yang akhirnya menyerang serta menjajahnya. Pusat-

pusat kekuasaan Melayu zaman silam seperti Srivijaya, Majapahit dan Melaka

telah dapat ditewaskan oleh pihak penjajah dari Barat itu. Antara sebabnya ialah

kerana kelalaian dan berpecah-belah serta bercakaran sesama sendiri merebut

takhta kerajaan. Mengikut kata pengarangnya, kekalahan adalah disebabkan,

“masing-masing hendak menjadi raja”. Akibatnya negara atau kerajaan masing-

masing terpaksa menerima padahnya. Pihak kuasa-kuasa Barat yang datang

menjajah itu pula tidaklah bertujuan melepaskan kuasa masing-masing malah

berharat untuk berkuasa selama-lamanya. Satu sebabnya ialah kerana negara,

“Melayu Raya” yang mereka jajah itu karya dengan pelbagai sumber

alam/ekonomi yang sangat mereka perlukan. Mereka mendapat bahan-bahan

mentah yang terdiri daripada bahan-bahan galian, hasil-hasil pertanian. Mereka

juga boleh mendapat sumber manusia sebagai pekerja/buruh murah dalam tanah

jajahan itu. Mereka telah mengaut hasil ekonomi dan menindas peribuminya.

Mereka juga memecah-belahkan peribuminya melalui dasar pemerintahan dan

pentadbiran yang secara langsung atau tidak langsung yang dikenali sebagai dasar

“pecah dan pemerintah”. Pecahbelah itu dilakukan juga melalui penyibaran agama-

15

Page 16: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

agama mereka iaitu agama Kristian yang terdiri daripada pelbagai mazhab seperti

Khatolik, Protestant, Lutheran, Anglican dan beberapa yang kecil-kecil lagi.

Demikianlah yang berlaku di dalam sejarah alam Melayu Raya mengikut

tafsiran Abdullah Abbas Nasution ini. Selanjutnya beliau ingin pemimpin dan

masyarakat Melayu Raya itu menyedari keadaan yang berlaku dan menimpa

mereka di dalam sejarah mereka itu. Mereka juga harus menyedari dan mengingati

akan keagungan dan kesatuan mereka yang telah lalu; juga tentang perbalahan,

perpecahan dan sebagainya yang telah membawa kepada kejatuhan mereka dahulu.

Dengan adanya kesedaran dan ingatan sejarah itu, mereka boleh berfikir dan

bertindak untuk mengwujudkan semula keagungan dan kekuasaan mereka di

bawah lambang “Melayu Raya” itu - dengan budaya dan identiti yang unggul dan

tersendiri.

Soalan Penilaian

1. Tuliskan sebuah esei yang membincangkan bentuk dan isi

kandungan karya pensejarahan Malaysia tempatan yang merangkumi

skop yang luas.

16

Page 17: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

2. Bincangkan bentuk dan perkembangan pensejarahan Malaysia

tempatan yang dihasilkan selepas Perang Dunia II.

3. Muhammad Said Sulaiman adalah seorang sejarawan yang prolifik.

Huraikan.

ME 3654

MODUL 6

KESINAMBUNGAN DALAM ABAD KEDUA PULUH MASEHI

17

Objektif

Memantau kesinambungan dan perkembangan pensejarahan

sejak selepas Perang Dunia II.

Membincangkan pelbagai bentuk yang telah dihasilkan.

Membicarakan isi kandungan beberapa karya pensejarahan yang

utama.

Memberi kesimpulan bahagian pertama modul.

Page 18: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

Jelas bahawa tahun-tahun selepas tamatnya Perang Dunia II, telah menampakkan

pertambahan dalam hasil pensejarahan Malaysia. Keadaan ini berterusan sehingga

memasuki dekad yang seterusnya, iaitu tahun 1950an. Kita telah menyebut tentang

penerbitan karya yang berjudul Bangsa Cina pada T.M. 1950 yang ditulis oleh

Muhammad bin Haniff. Juga Sejarah Melayu Raya oleh Abdullah Abbas Nasution.

Karya Pensejarahan Yang Objektif

Seterusnya dalam tahun yang sama dengan penerbitan Sejarah Melayu Raya ini

(1953), telah diterbitkan sebuah karya pensejarahan yang boleh dikatakan objektif

sifatnya, berjudul Sejarah Kenaikan dan Kejatuhan kekuasaan Portugis di Melaka,

T.M. 1511-1641 oleh Abdul Aziz Zakaria. Karya ini boleh dianggap sebagai antara

karya pensejarahan yang terbaik dalam dekad 1950’an itu, iaitu dari sudut kaedah

dan kesedaran penulisan tentang penyelidikan sejarah. Ditinjau daripada segi isi

18

Page 19: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

kandungannya secara ringkas, karya ini menghuraikan sebab-sebab kedatangan

orang-orang Portugis ke Alam Melayu, tindakan mereka menyerang pusat-pusat

perdagangan di rantau ini, dan kemudian mereka bertindak menguasai laluan dan

kegiatan perdagangan di sini. Seterusnya dihuraikan penentangan orang-orang

Melayu terhadap mereka, terutamanya dalam usaha menakluki semula bandar

pelabuhan Melaka. Juga disebutkan tentang penentangan kuasa Belanda yang

dibantu oleh Johor dan Aceh yang akhirnya telah menawan Melaka daripada

Portugis pada T.M. 1641. Dengan itu hapuslah kuasa dan pengaruh Portugis di

Tanah Melayu khususnya. Sebagai sebuah karya pensejarahan yang boleh

dikatakan bersifat objektif, karya Abd. Aziz ini nyata tidak disertai dengan seruan-

seruan ataupun cogankata-cogankata yang mengarah ataupun melambangkan

sesuatu tuntutan maupun perjuangan; misalnya bagi pada dekad 1950an itu sendiri.

Memang diketahui bahawa dekad 1950an, malah sejak selepas Perang Dunia II,

suasana di Malaysia penuh dengan gema perjuangan untuk mencapai kemerdekaan

tanahair, seperti halnya yang terdapat di dalam karya-karya seperti Falsafah

Kebangsaan Melayu dan Sejarah Melayu Raya tadi. Sebenarnya Abdul Aziz

mencuba sedaya upaya menghasilkan sebuah karya pensejarahan yang berdasarkan

kaedah serta orientasi yang kritis. Dengan kata lain, beliau telah mencuba

menghasilkan sebuah karya pensejarahan yang terkini, yakni bersifat objektif serta

terelak daripada unsur-unsur pensejarahan tradisi.

Karya Berunsur “Khutbah”

19

Page 20: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

Namun karya beliau itu tidaklah menjadi satu ikutan. Ertinya masih terdapat

pelbagai karya lain lagi dalam dekad tersebut, ataupun selepas Perang Dunia II itu

yang pengolahannya masih tidak terlepas daripada unsur-unsur “khutbah” yang

menonjolkan isu-isu atau perkara-perkara seperti perjuangan dan tuntutan itu.

Misalnya karya-karya oleh Ibrahim Hj. Yaakub yang telah diterbitkan di

Indonesia, iaitu setelah beliau meninggalkan Malaysia dan menetap di sana akibat

kegagalannya mengwujudkan Tanah Melayu merdeka dengan bergabung dengan

Indonesia, iaitu dengan pembentukan Melayu Raya. Bagi memenuhi cita-cita itu

beliau telah berjumpa Sukarno di Taiping seelok sahaja tamat Perang Dunia II.

Pada ketika itu Sukarno sedang dalam perjalanan pulang ke Indonesia dari

Vietnam. Sukarno berjanji akan mengisytiharkan Tanah Melayu merdeka bersama

dengan pengisytiharan kemerdekaan Indonesia nanti. Tetapi Sukarno mungkir janji

dengan kekalahan Jepun dalam perang tersebut, Ibrahim telah berlepas ke

Indonesia. Karya karya beliau yang telah ditulis dan diterbitkan di sana ialah

Sejarah Perjuangan Di Malaya (Jogjakarta, T.M. 1948); Nusa danBangsa Melayu

(Jakarta T.M. 1951); Sekitar Malaya Merdeka (Jakarta, T.M. 1957. Semua karya

itu nama baru iaitu Iskandar Kamil Agastja (I.K. Agastja). Dari judul-judul itu

sahaja jelas menggambarkan kecenderungan penulisnya, iaitu untuk merakamkan

sejarah perjuangan yang dilaluinya; kerinduan serta harapannya terhadap bekas

tanahairnya dan juga bangsanya.

Begitu jugalah halnya dengan sebuah karya berjudul Sejarah Malaya

Merdeka, oleh Zainal Abidin Daud, yang juga telah menulis Riwayat Tanjong

20

Page 21: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

Malim itu. Karya beliau ini bukan sahaja sebuah karya yang mengisahkan

perjuangan orang-orang Melayu mendapatkan kemerdekaan daripada Britain,

tetapi juga tentang pejuangan mereka menegakkan kemerdekaan negara dan

bangsa dan menghadapi pelbagai cabaran sejak dari zaman kesultanan Melayu

Melaka lagi. Ia merangkumi suatu tempoh yang panjang di sebalik tajuknya Yang

seolah-olah menggambarkan keadaan dan peristiwa yang mutakhir itu. Walau

bagaimanapun penerbitannya (T.M. 1957) nyatalah kerana mengambil sempena

kemerdekaan Tanah Melayu pada T.M. 1957 itu.

Setahun sebelum itu, iaitu pada T.M. 1956, kita temui sebuah karya

pensejarahan yang tidak kurang pula menariknya jika dibandingkan dengan

Sejarah Malaya Merdeka ini, terutamanya dari segi jangkawaktu kajian dan, malah

tajuknya itu sendiri yang berbunyi, Pelajaran Melayu Dahulu dan Sekarang yang

ditulis oleh Haji Hakim (dari Rembau, Negeri Sembilan). Ia juga merangkumi satu

jangkawaktu yang panjang dan tidak semata-mata memperkatakan sejarah sistem

pendidikan Melayu itu sahaja, iaitu seperti yang digambarkan oleh tajuknya.

Malah ia memperkatakan tentang keseluruhan cara pendidikan orang-orang

Melayu itu sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Beliau

menghuraikannya daripada sudut pendidikan formal, tidak formal dan juga sistem

sekolah mengaji al-Quran serta peranan, kedudukan kepentingan tulisan Jawi.

Walaupun ia hanya sebuah karya kecil berjumlah 71 halaman sahaja, namun

menjangkau masa yang luas, yang berakhir pada T.M. 1956 iaitu sempena

tertubuhnya Jawatankuasa Pelajaran T.M. 1956 (dikenali juga sebagai Penyata

21

Page 22: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

Razak). Antara lain jawatankuasa itu akan mengkaji semula kedudukan sistem

pendidikan Melayu itu. Karya ini telah diterbitkan oleh Sinaran Bros; Pulau

Pinang, iaitu sebuah penerbitan bumiputera/Melayu yang sedang meningkat atau

mencipta nama pada ketika itu dan telah banyak menerbitkan karya-karya lain.

Dari segi yang berbentuk pensejarahan itu, sinaran Bros juga telah

menerbitkan hasil karya seorang guru sejarah, iaitu Darus Ahmad. Salah sebuah

karya Darus Ahmad yang diterbitkan oleh syarikat tersebut ialah Pancharan

Melayu (T.M. 1957). Isi kandungannya juga adalah luas yang merangkumi,

"riwayat bangsa, negara kebudayaan, kesenian dan bahasa Melayu”. Ertinya ia

merangkumi sosiobudaya orang Melayu di Malaysia khususnya dan di Alam

Melayu secara amnya. Pengarang cuba bersikap ilmiah, namun seperti kebanyakan

karya Darus Ahmad yang lain, beliau tidak lari dari menghasilkan karya yang

bertujuan untuk iktibar, pengajaran dan sebagainya. Bagi karya ini beliau berharap

supaya ia dapat menjadi iktibar kepada orang Melayu supaya "berbangga dan

menghayati sejarahnya, kehalusan budi, sopan santun, tertib adab dan sifat

kepahlawanan dan keberanian". Bagaimanapun, seperti yang dikatakan tadi beliau

mencuba bersikap ilmiah dan menjaga kesejarahan hujjah-hujjahnya dengan

melakukan penyelidikan serta rujukan terhadap sumber-sumber yang ditemuinya.

Asal Usul Alam Melayu

22

Page 23: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

Keadaan ini agak berlainan sedikit jika kita melihat sebuah karya yang juga telah

diterbitkan oleh Sinaran Bros iaitu pada T.M. 1954. Karya tersebut berjudul Asal

Usul Alam Melayu, oleh Hj. Mohamed Sidin b. Haji Mohamed Resad. Judulnya

memang merupakan judul sebuah karya sejarah; tarikh-tarikh juga dimuatkan di

samping pengarang mengatakan bahawa ia dikarang berdasarkan sumber-sumber

lisan ("dari mulut orang tua-tua") dan "hikayat-hikayat dan tawarikh-tawarikh

yang kita [beliau] jumpai sekarang ini …" Namun seperti kata penerbitnya pula

karya itu adalah "berlainan daripada buku-buku sejarah yang telah diterbitkan

dahulu daripadanya". Sebenarnya ia sudah menjadi sebuah karya pensejarahan

yang dihasilkan secara bebas oleh pengarangnya. Nampaknya penulis ini tidaklah

begitu hirau tentang kesahehan sumber dan kebenaran fakta sejarah yang

dimuatkan. Ia hampir menyerupai sebuah karya pensejarahan tradisi, malah sastera

rakyat dengan memuatkan mitos dan lagenda yang dikira sebagai fakta-fakta

sejarah yang tepat. Ia telah menghidupkan semula pensejarahan tradisi walaupun

zamannya sudah tidak ada lagi. "Kebebasannya" menyatakan peristiwa dan “fakta

sejarah” yang sukar diyakini berlaku di mana-mana sahaja di dalam karyanya itu.

Misalnya, beliau mengatakan bahawa kerajaan Melayu yang asal terletak di kaki

Gunung Himalaya. Mereka mula mengorak langkah keluar pergi ke daerah-daerah

di Asia Tenggara (termasuk Alam Melayu ini) pada kira-kira T.M. 200 iaitu

semasa pemerintahan Seri Maharaja Diraja. Kerajaan mereka hancur pada T.M.

400 akibat letupan gunung berapi yang dahsyat. Dan dalam zaman keagungannya,

iaitu semasa pemerintahan Seri Maharaja Diraja itu, mereka sudah menggunakan

kapal terbang; yang kecil dinamakan baju layang dan yang besar dinamakan

23

Page 24: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

"burung garuda" kerana ia berkepak dan boleh terbang macam burung." Baju

layang itu digunakan oleh Seri Maharaja Diraja untuk bersiar-siar keluar istana

ataupun negerinya bersama-sama pengikut baginda. Setakat ini "fakta2" atau

"peristiwa2" yang cuba dikemukakan oleh Hj. Mohamed Sidin ini belumlah lagi

dapat dibuktikan kesejarahannya sama ada dengan berdasarkan kaedah kajian

sejarah yang lazim maupun melalui kaedah arkeologi.

Dari Tahun Kemerdekaan Hingga Awal Dekad 1960an

Dari tahun kemerdekaan (1957) sehinggalah awal dekad 1960an, selain daripada

beberapa buah karya yang telah kita sentuh tadi, ada terdapat beberapa buah karya

pensejarahan lagi yang patut kita nyatakan. Terkemuka antaranya ialah karya oleh

sejarawan/budayawan A. Samad Ahmad yang berjudul Sejarah Kesusasteraan

Melayu yang berjumlah tiga jilid semuanya. Dikatakan terkemuka kerana inilah

karya boleh dikatakan terawal yang membicarakan sejarah kesusasteraan Melayu

itu dengan cara yang sistematik dan ilmiah di dalam bahasa Melayu/ibunda itu

sendiri. Ia membicarakan sejarah kesusasteraan itu dengan berdasarkan tahap-

tahap sejarah perkembangan dan perubahan masyarakat Melayu; dari zaman

Hindu, Islam dan seterusnya setelah datangnya pengaruh Barat. Begitu juga halnya

dengan karya yang berjudul Tinjauan Sastera Tanah Ayer, oleh Abdul Ghani Haji

Abbas yang juga membicarakan sejarah perkembangan sastera Melayu mengikut

tahap-tahap atau zaman-zaman yang telah dilalui masyarakat Melayu dari awal

24

Page 25: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

iaitu zaman anamisme/Hindu, Islam dan seterusnya dalam zaman penjajahan

British. Tetapi olahan tidaklah begitu kemas dan hanya berdasarkan tema-tema

terpenting. Karya-karya tentang sejarah kesusasteraan ini diteruskan juga

penerbitannya oleh penulis-peulis lain. Ini menampakkan suatu minat dan

kesedaran baru terhadap pentingnya dikaji sejarah kesusasteraan tanahair. Juga

disebabkan adanya kurikulum/sukatan pelajaran sekolah menengah kebangsaan/

aliran Melayu yang perlu pada buku-buku teks sastera dan yang berkaitan

dengannya. Oleh itu selain daripada karya-karya yang telah disebutkan telah

diterbitkan pula karya berjudul Kebudayaan Sepintas Lalu (1960) oleh Mahmud

Ahmad; Adat Resam dan Kebudayaan Melayu (1960) disusun oleh Yasin bin

Saini; Risalah Kebudayaan Sepintas Lalu (1964) oleh Raja Muhammad Nordin;

Asal Usul Adat Resam Melayu (1964) oleh Haji Mohamed Sidin; Dasar-Dasar

Adat Pepatih (1964) oleh Abdul Rahman Hj. Mohammad; dan Adat Resam

Melayu dan Adat Istiadat (1965) oleh Syed Alwi b. Sheikh Abdul Hadi. Di

samping itu terdapat juga karya-karya yang membicarakan soal-soal lain;

khususnya politik. Karya tentang ini antaranya ialah, peristiwa-peristiwa Di

Kelantan (1960) oleh Ariffin Abdul Rashid; Sejarah Pergerakan Politik Melayu

Semenanjung (1961) oleh Muhammad Yunus Hamidi; Portugis Dalam Siasah

Melaka (1962), oleh Abdul Aziz Zakaria; dan Peristiwa-Peristiwa Siasah Di

Tanah Melayu (1962) oleh Syed Abdullah b. Abdul Hamid al-Edrus.

Kesimpulan

25

Page 26: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

Jika dilihat dari segi jumlah perkembangannya karya pensejarahan yang telah

diterbitkan dalam dekad 1950an dan awal 1960an memanglah memberangsangkan.

Khoo Kay Kim menganggarkan sudah ada kira-kira lebih daripada 20 (kira-kira

26) penerbitan antara T.M. 1956-1966 dalam semua jenis. Tetapi ini hanya

merupakan anggaran yang konservatif sahaja. Sebenarnya melebihi jumlah itu

sudah melebihi lima puluh buah, itupun menjelang tahun 1960 sahaja (1950-1960);

Bagaimanapun tidaklah semua karya itu boleh dianggap sebagai pensejarahan

Malaysia kerana terdapat juga penulisan sejarah yang lain; misalnya Sejarah Ilmu

Ekonomi (T.M. 1954) oleh Mustaffa Abdul Rahman Mahmud; Sejarah Pahlawan

Islam (T.M. 1953) oleh Ahmad al-Taji; Jagoh Fikiran Bebas (T.M. 1956) yang

merupakan sebuah terjemahan oleh Sidang Pengarang H.M. Shah Enterprise.

Namun demikian, jumlah yang berbentuk pensejarahan Malaysia itu tetap jauh

melebihi bentuk-bentuk lain, iaitu kira 80% sedangkan yang lain hanyalah 20%

sahaja bagi tahun 1950 hingga awal dekad 1960an itu.

Soalan Dalam Teks

26

Page 27: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

Sila berikan jawapan yang tepat terhadap soalan di bawah ini;

a. Sebutkan karya pensejarahan Abdul Aziz yang telah diterbitkan pada T.M.

1953.

b. Apakah yang sedaya upaya dilakukan oleh Abdul Aziz dalam

menghasilkan karyanya itu?

c. Di manakah Sejarah Perjuangan Di Malaya telah diterbitkan?

d. Apakah judul karya pensejarahan yang telah dihasilkan oleh Haji Hakim?

e. Siapakah nama sejarawan yang menghasilkan Sejarah Kesusasteraan

Melayu?

f. Berapakah jumlah manuskrip asal dalam bahasa Melayu yang ada dalam

simpanan perpustakan Negara menjelang T.M. 1990?

g. Selain daripada kota-kota utama di Malaysia, di kota manakah karya-karya

pensejarahan Malaysia dalam bahasa Melayu pernah diterbitkan?

h. Berapakah anggaran jumlah pensejarahan Malaysia dalam bahasa Melayu

yang telah diterbitkan di antara T.M. 1900 hingga awal dekad 1960an.

Kemudian jika dikira dari tempoh lebih awal iaitu daripada kira-kira

keenam belas Masehi hingga awal dekad 1960an itu, jumlahnya barangkali dalam

lingkungan 170 buah semuanya. Itupun dikira daripada segi yang telah diterbitkan.

Dengan kata lain jumlah itu tidak termasuk yang masih dalam manuskrip atau

27

Page 28: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

naskhah asal. Dikatakan bahawa pada T.M. 1990 sahaja Perpustakaan Negara ada

menyimpan lebih kurang 1,000 naskhah manuskrip Melayu yang masih dalam

bentuk asal iaitu tulisan tangan. Dipercayai tentu ada sejumlah daripadanya yang

berbentuk pensejarahan. Bagaimana pula halnya jika diambilkira naskhah-naskhah

yang masih bertaburan di pelbagai repositori (muzium, perpustakaan, arkib,

institusi pengajian tinggi) di beberapa kota besar di seluruh dunia seperti di

London, Lisbon, Frankfurt, Jakarta, Singapura, Bandar Seri Begawan, dan

sebagainya yang sesetengahnya sudah dikatalogkan dan sesetengahnya pula belum.

Sudah tentulah jumlahnya kemungkinannya banyak lagi. Jumlah sebenarnya,

dilihat dari segi kuantiti itu sahaja sudah menunjukkan adanya kesedaran sejarah di

kalangan sejarawan-sejarawan tempatan untuk menulis ataupun mencatatkan

peristiwa-peristiwa yang mereka rasakan perlu dan penting dibuat catatan. Apa

yang mereka tulis dan catatkan adalah terdiri dari peristiwa-peristiwa bersejarah

yang telah mereka alami, ataupun peristiwa-peristiwa yang mereka selidiki, atau

yang mereka diperintah/diminta untuk mengkaji dan menulis atau menuliskan atau

memperbaiki semula akan peristiwa-peristiwa yang sangat mempengaruhi

perjalanan kehidupan mereka, ataupun tentang diri mereka sendiri. Pendeknya

pelbagai perkara telah mereka catatkan dengan pelbagai tujuan pula. Secara amnya

tujuan itu boleh disimpulkan sebagai memenuhi permintaan/perintah seseorang

untuk “menyukakan” hatinya, dan juga sebagai ingatan atau sumbangan kepada

masyarakat untuk menjadi warisan, teladan, iktibar, petunjuk atau "faedah" bagi

zuriat-zuriat yang akan datang. Semua ini adalah merupakan tujuan yang murni

yang tidak menampakkan atau menggambarkan motif-motif ekonomi terutamanya

28

Page 29: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

demi mendapat ganjaran kewangan, walaupun barangkali ganjaran-ganjaran

dalam bentuk lain malah bayaran juga mungkin diberikan kepada penulis-penulis

yang berkenaan. Hal mementingkan ganjaran ini nampak agak jelas terutamanya

setelah masuk abad kedua puluh Masehi ini apabila naskhah-naskhah itu dapat

dijual dan disibarkan dengan lebih luas lagi. Bagaimanapun ganjarannya itu, jika

ada tidaklah begitu lumayan. Ini memandangkan kepada harga jualan dan juga

khalayak pembacanya itu sendiri. Misalnya, buku Abu Bakar al-Sidiq oleh

Abdullah Basmeh (1951) setebal 198/9 halaman yang diterbitkan dalam tulisan

Jawi hanya dijual dengan harga $1.20 sen: Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah

(1928) yang telah diterbitkan semula pada T.M. 1968 dalam tulisan rumi - 300

halaman, kertas 90/100 miligram dijual dengan harga $4.50 sen. Kebanyakan

karya tahun 1930's, antara 50 sen - $1.00. Dari segi harga itu keadaannya adalah

lebih murah bagi tempoh sebelum itu. Lazimnya jarang sekali pula disebut jumlah

yang telah dicetak. Biasanya jumlah yang dicetak itu tidaklah banyak kerana

khalayak pembaca bagi karya pensejarahan umumnya tidaklah begitu ramai

berbanding dengan karya sastera romatik, novel picisan ataupun buku-buku yang

secara amnya bermutu dan bermoral daripada segi isi kandungannya.

Bagaimanapun kadangkala ada juga karya yang mendapat sambutan hangat dan

berterusan yang menyebabkan ia perlu diulang cetak beberapa kali. Contoh karya

seperti ini ialah Hikayat Johor oleh Muhammad Said Sulaiman, yang telah diulang

cetak tidak kurang daripada

29

Page 30: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

Soalan Dalam Teks

Sila beri keterangan yang ringkas dan tepat mengenai kenyataan/perkara

berikut:

30

Page 31: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

a. Sejarah kenaikan dan kejatuhan kekuasaan Portugis di Melaka T.M. 1641.

b. Sejarah Malaya Merdeka.

c. Sinaran Bros.,

d. Karya-karya Darus Ahmad.

e. Mengapakah karya berjudul Asal Usul Alam Melayu, seolah-olah dapat

disamakan dengan sastera rakyat?

f. Apakah tujuan sejarawan dalam zaman tradisi menghasilkan sesebuah

karya pensejarahan?

g. Apakah antara unsur yang menjadi petanda kepada wujud dan

berkembangnya kesedaran sejarah?

sepuluh kali sejak diterbitkan pada T.M. 1911 hingga T.M. 1940an; Sejarah Alam

Melayu oleh Abdul Hassan dan Haji Buyong Adil (berjumlah 5 jilid) yang telah

cetak tidak kurang daripada lima kali sejak diterbitkan pada T.M. 1925 hingga

T.M. 1950an; dan Falsafah Kebangsaan Melayu oleh Dr. Burhanuddin al-Hilmy

yang telah beberapa kali diulang cetak dari sejak penerbitannya pada T.M. 1946

hingga T.M. 1980. Dari satu segi ini adalah tanda-tanda awal bahawa karya-karya

tersebut sedang mendaki taraf menjadi karya-karya yang agong pada tempoh yang

akan datang seperti juga hakikatnya dengan karya-karya seperti Sulalatus Salatin,

31

Page 32: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

Bustanul Salatin, Tajus Salatin, Tuhfat al-Nafis, dan Hikayat Pelayaran Abdullah

itu. Sebenarnya ada beberapa buah lagi yang boleh dikira mempunyai ciri-ciri

karya agung itu. Salah satu daripadanya ialah karya Muhammad Yusof Sultan

Mahyudin yang berjudul Kejatuhan Kaum-Kaum Islam Dan Pergerakan Baru

(T.M. 1931) itu.

Bagaimanapun apa yang penting ialah adanya karya-karya pensejarahan itu

menunjukkan wujudnya kesedaran penulis/sejarawan pada tahap-tahap

perkembangan sejarah yang tertentu itu terhadap pentingnya sejarah. Dengan

wujudnya sikap yang demikian mereka berusaha mencatatkan, memperbaiki,

menuliskan semula, malah menganalisis, pelbagai peristiwa sejarah yang mereka

alami, perhatikan ataupun kaji dan selidiki. Pada peringkat awal, kesedaran itu

nampaknya seolah-olah dalam yang asas sahaja. Ertinya seperti tidak

menampakkan pengertian ataupun pemahaman yang jelas terhadap kecanggihan

serta kerencaman ilmu, falsafah dan kaedah sejarah itu. Oleh kerana itu sejarah itu

seolah-olah hanya disedari daripada sudut kepentingannya sebagai teladan, iktibar

atau boleh memberikan “faedah” kepada zuriat yang akan datang sahaja. Daripada

segi kaedah dan falsafahnya pula, keadaannya nampak lebih samar lagi. Hanya

apabila dihakisi muqaddimah yang terdapat di dalam kebanyakan karya itu,

khususnya yang berbentuk tradisi, barulah aspek kaedah dan falsafah sejarah dapat

disaring atau diimbas dengan lebih jelas.

32

Page 33: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

Tetapi sejak pertengahan abad kesembilan belas masehi sudah nampak

wujudnya kesedaran yang lebih daripada segi menghasilkan karya pensejarahan

yang lebih berbentuk ilmiah atau objektif. Satu contoh yang unggul bagi karya

yang boleh dianggap berbentuk demikian yang telah dihasilkan pada tempoh

tersebut ialah karya-karya sejarawan agung Empayar-Johor-Riau-Lingga, iaitu

Raja Ali Haji, terutamanya yang berjudul Tuhfat-al-Nafis dan Silsilah Melayu dan

Bugis dan Sekelian Raja-Rajanya itu. Kesedaran ini menjadi semakin subur

menjelang abad berikutnya, iaitu abad yang kedua puluh Masehi. Bagi sepanjang

abad kedua puluh Masehi itu, kesedaran itu digambarkan sepenuhnya bukan sahaja

daripada segi kualiti penulisannya, tetapi juga daripada segi kuantiti yang telah

diterbitkan. Dari segi kualiti, kemantapannya memang jelas berlaku berterusan

sejak awal abad tersebut lagi sehinggalah T.M. 1960an itu, walaupun kadangkala

masih terdapat karya-karya yang tidak melambangkan kemajuan kualiti itu. Dari

segi kuantiti pula, pertambahan penghasilan karya juga memang berterusan.

Jumlah yang telah diterbitkan antara T.M. 1900 hingga awal dekad 1960an, adalah

kira-kira 145 buah semuanya, berbanding dengan jumlah kira-kira 25 buah sahaja

yang telah dihasilkan antara kurun ke-16 Masehi hingga awal abad ke-20 itu. Bagi

abad ke-20 Masehi itu juga, jumlah penghasilan semakin bertambah dari satu

dekad ke satu dekad, kecualilah dalam zaman Pendudukan Jepun yang setakat ini

didapati menghasil karya dua buah sahaja, iaitu buku karya yang berbentuk

pensejarahan. Kita boleh menganggap bahawa sebahagian besar daripada jumlah

karya itu adalah berbentuk pensejarahan Malaysia. Ada pula sesetengah yang dari

beberapa kota penting di Alam Melayu, dan juga luar, seperti di London, iaitu

33

Page 34: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

selain daripada di dalam Malaysia itu sendiri. Senario seperti ini sebenarnya

menggambarkan bahawa pensejarahan Malaysia dalam bahasa Melayu itu sedang

menuju kemantapan sepenuhnya pada tahun-tahun 1950an dan seterusnya.

Soalan Penilaian

1. Tuliskan sebuah esei yang menghuraikan bentuk dan perkembangan

pensejarahan Malaysia dalam bahasa Melayu selepas Perang Dunia II

hinggalah awal dekad 1960an.

34

Page 35: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

2. Kesedaran sejarah itu boleh digambarkan melalui perkembangan

kuantiti dan kualiti pensejarahan Malaysia sejak kurun Masehi ke-16

hingga dekad 1950an. Bahaskan.

3. Antara karya pensejarahan Malaysia yang terkemuka yang telah

diterbitkan dalam dekad 1950an itu ialah Sejarah Kesusasteraan

Melayu oleh A. Samad Ahmad. Berikan ulasan yang lengkap terhadap

kenyataan ini.

ME 3654

MODUL 7

PENSEJARAHAN MALAYSIA DALAM BAHASA ASING:

SUMBANGAN ORANG-ORANG PORTUGIS

35

Objektif

Meninjau motif penulisan sejarah oleh orang-orang asing,

terutamanya Barat, tentang Malaysia.

Membicarakan sumbangan penulis-penulis Portugis.

Membincangkan isi kandungan pensejarahan orang-orang

Portugis.

Melihat orientasinya.

Menilai sumbangan mereka.

Page 36: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

Kesedaran Sejarah dan Motif Penulisan

Sebenarnya kesedaran sejarah itu dapat juga dikesan di kalangan penulis/

sejarawan daripada bangsa-bangsa asing (Eropah khasnya) yang telah datang

menyerang, menakluk dan menjajah Malaysia. Ertinya mereka juga berpendapat

bahawa peristiwa-peristiwa yang pada anggapan mereka "bersejarah" atau berguna,

wajar dicatat, dianalisis ataupun ditafsirkan. Matlamatnya pada asasnya boleh

dikatakan sama, iaitu untuk mendapatkan sesuatu faedah daripada peristiwa-

peristiwa sejarah itu. Tetapi oleh kerana mereka itu menulis dari sudut yang

menakluk dan menjajah, maka matlamat untuk mendapat faedah itu sudah tentulah

berbeza daripada matlamat mereka yang terdiri daripada penulis/sejarawan

tempatan. Hal ini ketara sekali dalam karya-karya pensejarahan pegawai

36

Page 37: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

pentadbiran sejarawan British yang telah menjajah negara kira dari 1786-1957

(1963 bagi Sabah dan Sarawak). Di kalangan orang-orang Portugis dan Belanda

pula hal itu tetap wujud tetapi tidaklah terlalu menonjol nampaknya motif utama

mereka ialah;

i) Memaparkan peristiwa atau sejarah tempatan itu untuk menarik perhatian

rakyat tanahair mereka; sama ada untuk mendapatkan simpati, bantuan

kerajaan dalam pelbagai bentuk (e.g. ketenteraan dan kewangan) atau menarik

pelaburan. Namun ada juga yang memaparkannya sebagai catatan sahaja dan

kadang kala sebagai perbandingan.

ii) Menonjolkan keunggulan bangsa dan budaya mereka dengan memperbesarkan

serta membenarkan peranan mereka dalam sejarah negara yang mereka duduki

atau jajah.

iii) Memperkecilkan peristiwa, peranan dan tokoh-tokoh tempatan dengan

sindiran, cemuhan dan ukuran nilai Barat/Kristian.

iv) Dengan berbuat demikian mereka berharap akan dapat memaparkan diri

mereka sebagai bangsa yang tinggi sosio-budaya atau tamadunnya daripada

bangsa yang mereka kuasai; sekaligus menampilkan imej mereka sebagai

bangsa penyelamat, berperikemanusiaan dan bersusila selain daripada

berwibawa dan berkuasa.

37

Page 38: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

Apa pun motifnya, hasil karya yang boleh dianggap sebagai berbentuk

pensejarahan yang telah mereka hasilkan memanglah banyak. Ini berlaku sejak

orang-orang Portugis menguasai pada awal abad keenam belas Masehi lagi. Tapi

tidak banyak bahan Portugis yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

Mereka juga telah menghasilkannya berterusan; yakni terus-menerus, walaupun ia

mengikut tahap atau zaman penguasaan dan orientasi masing-masing. Dilihat

daripada segi jumlah pula, belumlah ada satu senarai yang lengkap mengenainya

iaitu yang menyeluruh mengenainya khususnya yang melingkungi tempoh kajian.

Kajian dan percubaan ke arah itu memang ada dilakukan di sana sini. Misalnya

makalah oleh I.A. Macgregor berjudul, "Some aspects of Portuguese Historical

Writing of The Sixteenth and Seventeenth Centuries on Southeast Asia" - 1962;

K.G. Tregonning, Malaysian Historical Sources, dan juga ada beberapa yang lain,

yang telah disebutkan lebih awal tadi; namun tidak melingkungi semuanya. Seperti

yang dinyatakan kebanyakan pensejarahan dalam bahasa asing diketahui di

Malaysia ini ialah karya-karya di dalam bahasa Inggeris sahaja; sama ada yang

asalnya ditulis dalam bahasa tersebut atau dari bahasa-bahasa lain oleh sejarawan-

sejarawan bukan - British dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa itu.

Bagaimanapun setakat yang diketahui hingga kini, (iaitu dalam bahasa Inggeris)

jumlah terbanyak sekali ialah karya yang pada sahnya telah dihasilkan dalam

bahasa Inggeris itu sendiri. Kebanyakannya diusahakan pula tokoh/sejarawan

pegawai dari bangsa dan negara yang berkenaan juga. Karya yang telah

diterjemahkan agak kecil jumlahnya, terutamanya yang dari bahasa Portugis dan

Belanda, barangkali tidak melebihi angka 20 semuanya. Namun di dalam bahasa

38

Page 39: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

asalnya dipercayai banyak juga; terutamanya yang di dalam bahasa Portugis. Di

dalam bahasa Belanda tentulah agak kurang kerana tumpuan mereka kemudiannya

adalah lebih kepada Indonesia yang merupakan tanah jajahan mereka terbesar

sejak kurun ketujuh belas lagi. Bagaimanapun kajian dan penelitian yang lebih

mendalam memang diperlukan dalam hal menentukan jumlah atau angka bilangan

ini.

Tiga Tahap Penghasilan Karya Pensejarahan

Namun gambaran asasnya ialah bahawa ada tiga tahap penghasilan karya

pensejarahan Malaysia dalam bahasa asing itu. Tahap pertama ialah tatkala orang-

orang Portugis berkuasa di Melaka. Tahap kedua ialah apabila Belanda dapat

merampas Melaka daripada Portugis (T.M. 1641) dan tahap ketiga bermula apabila

British mula menjajah Malaysia sejak penghujung abad ke-18 Masehi.

Penulisan Orang-Orang Portugis

Dalam tahap pertama, beberapa orang tokoh/pengembara Portugis telah

menghasilkan beberapa buah karya (yang dapat kita lihat setakat ini) yang antara

lainnya mengandungi sejarah negeri yang mereka kuasai dan juga persekitaran

serta negeri-negeri yang lain. Antara penulis-penulis tersebut yang sangat dikenali

39

Page 40: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

yang karya-karya mereka telah diterjemahkan ialah Tome Pires, de Eredia,

de'Alburqueque, Duarte Barbosa, Casthaneda, Gasper Correa dan de Couto.

Kebanyakan terjemahan telah diusahakan oleh The Hakluyt Society, London.

Tahap penghasilan peringkat pertama ini berlaku dari kira-kira tahun kejatuhan

Melaka (1511) hinggalah pertengahan abad yang berikutnya iaitu abad ketujuh

belas, apabila Portugis telah dikalahkan oleh angkatan tentera Belanda dengan

bantuan Johor pada T.M. 1641. Dari segi pensejarahan, Ian A. Macgregor

mengatakan bahawa tempoh T.M. 1515-1650 boleh dianggap sebagai zaman

keemasan bagi penulisan sejarah di Portugal. Ertinya banyak karya pensejarahan

yang telah dihasilkan, antaranya termasuklah yang mengenai India, Asia Tenggara,

Cina dan tanah air kita, khususnya Melaka. Penulis (Macgregor) mengatakan lagi

bahawa sejarawan-sejarawan yang menulis tentang negara-negara luar itu

menghasilkan tiga jenis atau bentuk pensejarahan (1) Mereka yang berkhidmat di

Asia menulis laporan/catatan; (2) Penulis biasa di Portugal dan di Timur menulis

sejarah; khususnya tentang peristiwa yang keduniaan; (3) paderi-paderi

mengumpul babad dan riwayat hidup khususnya yang berkait dengan usaha

menyibarkan agama Kristian. Bagi kajian ini hanya (1) dan (2) sahaja yang

berkait dengan perbincangan kita.

Laporan-laporan atau catatan itu pula juga terbahagi kepada 3 bahagian:

i) perihal negeri-negeri yang berkaitan.

40

Page 41: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

ii) ringkasan perangkaan yang berkait dengan kewangan, ketenteraan dan

kadang-kadang merujuk sejarah.

iii) Laporan pihak paderi

Catatan Tome Pires

Antara yang terawal dalam bentuk laporan/catatan itu ialah oleh Tome Pires yang

telah diterjemahkan oleh Armando Cortaseau (T.M. 1944) berjudul The Suma

Oriental of Tome Pires: An Account of The East, From The Red Sea To Japan

Written in Malacca and India in 1512-1515 Jilid I dan II (Hakluyt Society

London) tentang Melaka Jil. II, buku ke-6, hlm. 229-289. Beliau membahagikan

laporan/catatannya kepada judul-judul kecil seperti berikut:

(i) sejarah awal - sejak penubuhan hingga 1511.

(ii) negeri/kawasan-kawasan berhampiran: Ini termasuklah bandar

Melaka dan sempadannya dari Kuala Linggi hingga Kuala Kesang yang

terdapat 1150 dusun di dalamnya. Juga dicatatkan tentang Selangor,

Manjung, Bruas, Muar, Singapura, Rokan, Pahang, Minangkabau,

Kampar, Tongkal.

(iii) Pentadbiran Melaka - menyebut 5 pegawai (bangsawan tertinggi)

- (i) Paduka Raja yang merupakan suatu jawatan dan suatu gelaran.

41

Page 42: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

Jika tiada pemegangnya maka Bendaharalah yang tertinggi sekali. (ii)

Bendahara yang juga boleh bergelar demikian misalnya, Tun Perak;

(iii) Laksamana, (iv) Temenggung (v) Syahbandar.

Dalam sistem pentadbiran itu, terdapat hirarki kuasa dan tugas seperti berikut:

(i) Bendahara = Ketua Hakim Negara; menjaga sumber pendapatan diraja;

Perdana Menteri.

(ii) Laksamana - ketua turus angkatan laut - pengawal raja - lebih

penting dari Bendahara dalam hal peperangan.

(iii) Temenggung - ketua hakim bandar Melaka - Ketua pengawal -

bertanggungjawab tentang kes-kes yang akan dikenakan hukum penjara -

penerima bayaran dari barang-barang dagangan para pedagang ternama;

mesti orang yang berhemah tinggi dan jujur.

(iv) Ada 4 Syahbandar - seorang kepada setiap kumpulan (i) Gujerat

yang paling terpenting (ii) Benua Keling - Benggali, Pegu (Burma),

Pase (iii) Jawa - Maluku, Banda, Palembang, Tanjungpura dan

Lukut. (iv) China - Lequeos (Ligor? ), Chancheo dan Champa. Mereka

adalah pegawai majlis bandaran (pelabuhan) yang juga bertugas

membawa saudagar-saudagar bertemu Bendahara, memperuntukkan

gudang-gudang, mengangkut barang-barang dagangan mereka,

menyediakan tempat tinggal (hotel) jika mereka ada dokumen dan

menyediakan kenderaan seperti gajah jika diperlukan.

42

Page 43: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

Perdagangan

Pires mencatatkan bahawa antara para pedagang yang datang ke Melaka ialah:

Orang-orang Islam (Moors) dari Kaherah, Makkah, Aden, Habsyah, Kilwa,

Malinda, Ormuz, Parsi, Rom, Turki, Turkoman, orang Kristian dari Armenia,

orang Gujerat, Chaul, Dabul, Goa di Deccan, orang-orang Malbari dan Keling,

pedagang-pedagang dari Orrisa, Ceylon, Benggala, Arakan, Pegu, Siam, orang-

orang Kedah, orang-orang Melayu, orang-orang dari Pahang, Patani, Kemboja,

Champa, Cochin-China, China, Leques, orang-orang dari Brunei, Tanjungpura,

Laue, Banka, Lingga, Maluku, Banda, Bima, Timur, Madura, Jawa, Sunda,

Palembang, Jambi, Tongkal, Inderagiri, Kappatta, Minangkabau, Siak, Arqua

(Arcat?), Aru, Batak, Pasai, Pedir, Maldives …. Mereka pula datang dengan jong

dan kapal membawa pelbagai barang dagangan maisng-masing, mengikut hasil

negeri masing-masing dan juga barang dagangan yang boleh diperdagangkan di

Melaka. Antaranya ialah kain, tembikar, wangi-wangian, air mawar, pinggan

mangkok, sutera, ubat-ubatan, alat-alat senjata, bahan-bahan makanan, emas,

perak, tembaga dan alat-alat perhiasan dan juga candu, nila, manik, mutiara, batu

karang, intan permata, bijiran, rempah ratus, kayu cendana, kain sutera, teh, kapur

barus, khalambak dan pelbagai jenis bahan dagangan lagi.

43

Page 44: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

Pires juga menyebut tentang kesibukan suasana perdagangan di Melaka itu

dengan mengatakan bahawa, “mereka berdagang di setiap lorong dan jalan” ….

“orang tidak berupaya menganggarkan nilai Melaka, disebabkan oleh keagungan

dan kemakmurannya. Melaka adalah kota yang dibangunkan untuk perdagangan,

terbaik dari yang lain-lain di seluruh dunia”. Sesuai dengan keadaan yang

demikian itu, Pires juga menyebut bahawa di Melaka, “biasanya didapati ada 84

bahasa yang dituturkan; setiap satunya berbeza …. ini baru yang di kota Melaka

sahaja ….”

Juga disebutkan juga tentang sistem percukaian yang teratur. Mereka yang

dari "Barat" - Asia Barat, India, Sri Lanka, membayar 6%. Pegu, Siam, Kedah,

Pedir, Pasai biasanya memberi hadiah dan bayaran tertentu. Orang Melayu dan

lain-lain yang ada isteri atau penduduk tetap membayar 3% cukai barang

dagangan; cukai diraja 6% bagi orang asing dan 3% bagi rakyat tempatan. Hadiah-

hadiah diberikan kepada raja, bendahara, temenggung dan syahbandar dengan

nilai 1-2 %. Pedagang dari “Timur”, seperti Pahang, Jawa, Banda, Maluku,

Palembang, Sumatera, malah China tidak membayar cukai tetapi memberi hadiah

yang berpatutan kepada sultan dan pegawai-pegawai tertinggi. Selepas itu mereka

boleh berdagang/ berniaga dengan bebas. Sistem timbang dan sukat yang lengkap

juga disebutkan iaitu dalam bentuk bahara, kati, tahil dengan menggunakan dacing

dan gantang.

44

Page 45: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

Pendudukan Portugis

Orang-orang Portugis yang diketuai oleh Alfonso de'Alburquerque telah datang

untuk menakluki Melaka pada 1hb Julai T.M. 1511, dengan 15 buah kapal perang

dan 1600 askar. Mereka telah kalah dalam perang yang pertama tetapi menang

kali yang kedua kerana mengikut Pires, "our Lord had ordained that he (sultan)

should pay for the great treason he had committed against our people". Sultan dan

pengikut-pengikut baginda terpaksa melarikan diri ke Bertam kemudian ke Muar

ke Pahang dan seterusnya ke Kampar dan meninggal di Kampar pada T.M. 1528.

Berikutan dengan kejayaan menakluki Melaka itu Portugis telah melakukan

penyusunan semula untuk;

(i) Menggalakkan kemasukan pedagang.

(ii) Membuat perlantikan baru bagi beberapa jawatan berdasarkan

institusi pentadbiran Melayu Melaka; misalnya Nina Chatu, seorang

saudagar dari bangsa Keling, dilantik jadi Bendahara; Regio de Raja

dilantik menjadi Temenggung dan Pateh Khidir menjadi penghulu

orang-orang di Upeh. Tetapi perlantikan-perlantikan ini hanyalah untuk

meredakan keadaan dan menarik perhatian pedagang-pedagang yang

dahulunya mendatangi Melaka. Mereka tidaklah mempunyai kuasa

yang sebenarnya sepertimana yang diperuntukkan bagi jawatan-jawatan

tersebut dalam zaman sebelum Portugis dahulu.

45

Page 46: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

Sebenarnya gambaran Pires tentang Melaka dalam zaman penjajahan

Portugis itu tidak lengkap. Ia hanya setakat kira-kira 3-4 tahun semasa beliau

berada di sana (1512-1515). Ia hanyalah merupakan gambaran awal iaitu

gambaran tentang kemenangan pihak Portugis menakluki Melaka dan usaha-usaha

awal untuk membangunkannya semula dari runtuhan-runtuhan peperangan,

berdasarkan hakikat dan anggapan bahawa mereka adalah kuasa baru dan akan

menguasai Melaka selama yang mereka boleh mempertahankan kekuasaan itu.

Oleh itu antara usaha itu ialah membina kota/kubu yang pada mulanya diperbuat

daripada kayu (dengan memecahkan kapal-kapal pedagang-pedagang Islam) dan

kemudiannya diganti dengan batu (dibina atas tapak mesjid besar dengan batu

mesjid dan batu nesan di sekitarnya digunakan sebagai sebahagian bahan

pembinaan kota); menyusun pentadbiran dan menggalakkan pedagang-pedagang

asing datang semula ke Melaka.

Penentangan Terhadap Portugis

Namun Pires menggambarkan juga bahawa segalanya tidaklah berjalan dengan

aman dan tenteram sahaja di Melaka dan persekitarannya, walaupun pihak Portugis

telah menonjolkan kekuasaannya dan mengambil langkah-langkah yang sesuai

bagi mengukuh serta mengekalkan kekuasaan itu. Penentangan-penentangan

berlaku dan yang paling penting dicatatkannya ialah oleh Utimutiraja, salah

seorang saudagar yang setia kepada Sultan Mahmud dan anaknya Pateh Acso dan

46

Page 47: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

menantu dan seorang lagi ahli keluarganya yang telah membiayai perbelanjaan.

Pemberontakan yang dilakukan oleh Pateh Khidir (Quadir). Utimutiraja

kemudiannya telah ditangkap dan dipancung oleh pihak berkuasa Portugis.

Namun pemberontakan Pateh Khidir itu telah berjaya membunuh beberapa orang

Portugis, termasuklah Rui de Araujo yang pada T.M. 1509 dahulu telah menyertai

angkatan laut perdagangan Portugis yang dipimpin oleh Lopez de Sequera datang

ke Melaka untuk meninjau keadaan empayar tersebut; mereka telah ditangkap,

tetapi de Sequeira dapat melepaskan diri dan kembali ke Goa, India melaporkan

kejadian tersebut dan juga keadaan Melaka kepada Wizurainya, iaitu Alfonso de

Alburquerque.

Pires mencatatkan bahawa pemberontakan Pateh Khidir itu gagal. Beliau

dilucutkan kepada jawatannya (penghulu orang-orang di Upeh) tetapi beliau

berjaya melarikan diri ke Jawa dan meminta bantuan daripada kerajaan Jawa.

Mereka datang dengan 100 kapal layar beserta 5,000 laskar. Kemudiannya

Commentaris oleh de Alburqueque mengatakan 90 kapal layar beserta 10,000

orang; Gasper Correa mengatakan 30 buah besar dan 60 yang kecil beserta 15,000

laskar; Castanheda mengatakan 300 kapal layar beserta lebih 25,000 laskar - "a

marved to behold" - sedangkan orang-orang Portugis hanya lebih kurang 300

sahaja; de Barros mengatakan 90 kapal layar yang kebanyakan terdiri dari pelbagai

sampan layar yang kecil dan yang lainnya adalah tongkang, beserta lebih kurang

12,000 laskar dengan beberapa senjata meriam - "made in Java". Tetapi serangan

pertama terhadap Melaka ini gagal. Pihak Portugis terus berkuasa. Pires juga

47

Page 48: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

mengatakan bahawa Portugis bukan sahaja berkuasa di Melaka, tetapi kuasa

Portugis adalah “seluruh Melaka, dari Melaka ke China, dari China ke Maluku dan

dari Maluku ke Jawa, dan

Soalan Dalam Teks

Jawab dengan tepat soalan-soalan berikut:

a. Berapakah tahap penghasilan karya pensejarahan Malaysia

dalam bahasa asing itu?

b. Sebutkan nama dua orang penulis Portugis yang pernah menulis

sejarah Melaka.

c. Apakah judul karya pensejarahan yang telah dihasilkan oleh

Tome Pires?

d. Berapakah jumlah pegawai pentadbir tertinggi di Melaka yang

telah dicatatkan oleh Tome Pires.

e. Sebutkan dua buah negeri yang disebut dari “barat”.

f. Namakan tiga buah negeri dari “timur”.

48

Page 49: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

g. Siapakah pemimpin yang telah melakukan pemberontakan yang

pertama ke atas pihak berkuasa Portugis di Melaka?

h. Apakah antara pandangan Tome Pires tentang kepentingan

Melaka?

dari Jawa ke Melaka [dan] Sumatera semuanya di bawah kekuasaan mereka.”

Oleh itu beliau menganggap Pahang, Kampar dan Inderagiri sebagai tanah jajahan;

yang lain-lain adalah “friendly vassels” atau tanah jajahan yang akrab

(Minangkabau, Aru, Pasai, Pegu, Siam, Grisek, Tuban, Sidayu Surabaya, Sunda

dan Brunei); raja-rajanya menganggap diri mereka “hamba” (slaves) kepada Raja

Portugal iaitu seperti yang tertulis dalam surat-surat mereka kepada raja tersebut.

Ini adalah suatu kejadian “salah tafsir” kerana dalam sosio-budaya Melayu

rujukan sebagai “hamba” Itu adalah merujuk kepada diri pengirim sahaja.

Tentang Melaka itu sendiri, Pires menyebutkan kepentingannya, dengan

menyatakan “who ever is Lord of Malacca has his hand on the threat of Venice”.

Oleh itu pihak berkuasa perlu memperbaiki Melaka serta hubungannya dengan

dunia luar, misalnya dengan Jawa dan negeri-negeri persekitaran yang lain.

Kebencian Terhadap Orang Islam

49

Page 50: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

Namun Pires tetap menyatakan rasa takut, bimbang dan ragu serta kebencian

terhadap orang-orang Islam (Mohamedans & Moors) khususnya orang-orang

Melayu. Misalnya beliau menyatakan Raja Abdullah, Raja Kampar yang akan

dilantik menggantikan Ninacetu sebagai Bendahara, adalah “seorang pemuda yang

bodoh, dan seorang Melayu …” “ saya tidak fikir dia akan berjaya di Melaka” -

“He should not (Jorge de Alburqueque) allow the said Malay in Malacca, or any

other, … put in some one not of Malay blood ….”

Demikianlah pandangan Tome Pires, iaitu seorang penulis/pencatat bangsa

Portugis yang telah datang menetap di Melaka di antara T.M. 1511-1515. Selepas

beliau ini ada beberapa banyak lagi catatan oleh orang-orang Portugis. Misalnya

The Book of Duarte Barbosa (diterbitkan pada 1918-21) diterjemahkan/edit oleh

M. Longworth Dames. Barbosa dikatakan tidak pernah melawat Asia

Tenggara/Melaka sebelum maupun selepas beliau menghasilkan penulisannya.

Beliau hanya sampai ke Pantai Malabar sahaja dan tinggal beberapa lama di sana.

Namun pandangannya tentang Melaka mempunyai beberapa persamaan dengan

Pires; bahawa Melaka adalah sebuah pelabuhan yang makmur, kaya dan

perdagangan yang pesat serta terdapat banyak emas sehingga saudagar-saudagar

besarnya tidaklah begitu hirau tentang harta mereka dan tidak juga menyimpan

kira-kira hartanya melainkan dalam emas bahara. Melaka adalah “Antara negara

yang termewah dan terkaya di dunia”.

50

Page 51: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

Selepas Barbosa tokoh yang telah ada membuat catatan/laporan tentang

Melaka ialah Manoel Godinho de Eredia (T.M. 1563-? 1629) yang lahir dan

tinggal di Melaka. Bapanya seorang keptan dan ibunya berketurunan Sulawesi.

Beliau kemudian pergi ke Goa dan bekerja di sana. Karya beliau yang telah

disunting dan diterjemahkan oleh J.V. Mill berjudul “Eredia’s Description of

Malacca Meridonial India and Cathay” JMBRAS (1930), Vol. VIII, Pt. I.

Penulisannya adalah berdasarkan sumber-sumber lisan dan bertulis. Gambaran

beliau tentang Melaka adalah juga tidak jauh bezanya dari gambaran yang telah

diberikan oleh Pires dan Barbosa. Malah beliau telah pula mencatatkan tentang

adanya undang-undang yang teratur dijalankan di Melaka dengan berdasarkan

agama/undang-undang Islam. Juga tentang adanya susun-lapis masyarakat yang

berkelas-kelas [tapi tidak berkasta] yang terdiri daripada golongan diraja,

bangsawan (= orang kaya-kaya), orang merdeheka dan hamba abdi.

Golongan ini mempunyai fungsi atau tugas masing dalam menghadapi dan

mengendalikan empayar/pelabuhan Melaka yang mewah dan makmur lagi

masyhur itu. Golongan raja menjalankan tugas sebagai pemerintah. Pembesar/

bangsawan sebagai pentadbir. Orang merdeheka (rakyat) berdagang/berniaga,

bertukang, bercucuk tanam, berternak binatang-binatang atau bekerja sebagai

buruh sahaja. Hamba-abdi pula menjalankan kerja-kerja yang diperincikan oleh

tuannya asal sahaja tidak menderakan dirinya atau tercabul maruahnya. Misalnya

51

Page 52: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

bekerja di salah sebuah dusun yang berjumlah 1150 itu; ataupun di sawah padi

tuannya.

Bagi kepentingan penyebaran /pengukuran/pengajaran agama Islam,

ulama-ulama atau “mula” (maulana) dan “casis” (khadi) telah datang dari Tanah

Arab ke Melaka untuk menjalankan tugas yang murni itu. Walau bagaimanapun

pandangan Eredia terhadap Islam tetap menyamai pandangan Tome Pires iaitu

dengan pandangan yang merendah-rendahkan dan menyindir-nyindir.

Penulisan Castanheda

Selain daripada de Eredia, terdapat beberapa orang lagi yang berminat menuliskan

catatan malah sejarah Asia, termasuk Asia Tenggara dan tanah air kita, khususnya

Melaka itu. Salah seorang daripadanya ialah Fernao Lopez de Castanheda (T.M.

1500-59) yang dianggap oleh MacGregor sebagai, “sejarawan tidak rasmi yang

pertama yang telah menerbitkan karya yang menyentuh sejarah Asia Tenggara.”

Beliau telah melakukan penyelidikan yang agak memberangsangkan dalam

menghasilkan karyanya yang secara popular dikenali dengan judul History

(asalnya Historio do descobrimento and conquista da India Pelos Portuguezes).

Beliau telah pergi ke tempat-tempat kejadian (India, Melaka hingga ke Maluku)

dan melihat sumber-sumber dan mengumpul sumber-sumber lisan. Asasnya

penulisan sejarah beliau - berjumlah lapan jilid yang telah diterbitkan di antara

52

Page 53: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

T.M. 1551-1561, yang menceritakan tentang kembara dan tindaklaku serta

kegiatan orang-orang Portugis di Asia termasuklah Malaysia. Beliau menganggap

pencapaian mereka itu sangat besar dan mengkagumkan hingga mengatasi

pencapaian tokoh-tokoh legenda dalam dunia epik zaman klasik Eropah seperti

Illiad dan Oddysey karangan Homer. Malah seorang Portugis iaitu Francisco de sa

De Meneses telah menghasilkan sebuah drama epik berjudul The Conquest of

Malacca, yang mengkisahkan tentang penaklukan Melaka pada T.M. 1511 oleh

orang-orang Portugis. Seperti yang dijangkakan beliau telah memberikan

gambaran yang panjang lebar tentang beberapa tempat di Asia Tenggara. Misalnya

Pegu, Melaka dan Maluku. Pandangannya tentang Melaka pada asasnya tidaklah

berbeza sangat dengan apa yang dicatatkan oleh Pires ataupun de Barros dan de

Eredia. Misalnya beliau juga mencatatkan kemakmuran Melaka dengan saudagar-

saudagarnya karya-karya serta mengukur dan harta kekayaan masing-masing

dengan emas bahara. Dan seperti beberapa penulis lain itu juga Castanheda

menganggap kemaraan orang-orang Portugis, penaklukan dan sebagainya adalah

sesuatu yang wajar, kerana 3K(3G) yang salah satu daripadanya adalah untuk

menyibarkan agama Kristian mazhab Jesuits, dan untuk menumpaskan Islam.

Karya de Albuquerque dan Lain-Lain

Demikian jugalah pandangan seorang lagi penulis/sejarawan Portugis, iaitu Braz

(Afonso) de Albuquerque (T.M. 1500-1580) anak Wizurai Portugis yang telah

53

Page 54: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

memimpin angkatan tentera lautnya menyerang dan menakluki Melaka pada T.M.

1511 dahulu. Berbeza dengan beberapa penulis yang lain, Braz Albuquerque tidak

pernah pergi Asia, apatah lagi ke Melaka, untuk melakukan lawatan sambil kajian

terhadap tempat-tempat yang telah dikuasai oleh orang-orang Portugis.

Bagaimanapun beliau adalah orang ternama dan ke pengaruh di negaranya. Beliau

telah menghasilkan sebuah penulisan sejarah yang antara lainnya, dengan

berdasarkan surat bapanya kepada Raja Portugal yang menceritakan, antara

lainnya, tentang sejarah, keadaan dan perkembangan yang berlaku di tanah-tanah

jajahan Portugis itu. Beliau telah menerbitkan penulisannya itu pada T.M. 1576

dengan

Soalan Dalam Teks

Beri keterangan yang ringkas dan tepat bagi soalan/kenyataan di

bawah ini:

a. Berikan satu rumusan yang ringkas tentang motif utama penulisan

sejarah Malaysia oleh kuasa-kuasa asing.

54

Page 55: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

b. Jelaskan kedudukan dan tugas bendahara seperti yang dicatatkan

oleh Tome Pires.

c. Tome Pires juga mencatatkan tugas Laksamana. Jelaskan.

d. Ian A. Macgregor mengatakan tempoh T.M. 1515-1650 adalah

zaman keemasan bagi penulisan sejarah di Portugal. Mengapa?

e. Laporan/catatan oleh orang-orang Portugis itu terbahagi kepada tiga

bahagian. Huraikan.

f. Apakah antara perkara yang dicatatkan oleh de Eredia tentang

Melaka?

g. Mengapakah kebanyakan penulisan Portugis menyatakan

kebenciannya terhadap agama Islam?

judul Commentarios de Grande Afonso de Albuquerque (diterjemahkan

kemudiannya sebagai The Commentaries of the Great Afonso D’Albuquerque.

Tujuan beliau menulis ialah:

(i) supaya menjadi ingatan kepada Raja Portugal (John III) agar sentiasa

memenuhi tanggungjawabnya kepada waris-waris mereka yang telah

berjasa kepada raja-raja yang terdahulu.

55

Page 56: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

(ii) amnya seperti yang lain - untuk menyanjung/jasa-jasa tokoh-tokoh

yang telah pergi ke Asia esp. sekali bapanya.

Sejarah yang berkait dengan Melaka, Commentaries ini, seperti Pires, juga

memuatkan sejarah Melaka, adat istiadat, perdagangan dan seterusnya

penaklukannya oleh Portugis. Misalnya beliau mengatakan bahawa raja Melaka

yang pertama ialah Parimucura dan raja Melaka yang pertama memeluk Islam

ialah Mahkota Iskandar Syah hasil dari kegiatan dakwah oleh para maulana yang

datang ke Melaka bersama-sama pedagang Islam. Selepas menerima Islam Melaka

semakin maju. Melaka menjadi sebuah pusat perdagangan yang makmur dan

mewah. Melaka juga menjadi pusat perkembangan Islam di Asia Tenggara. Dari

segi politik dan kekuasaan pula, Melaka telah mula-mula mengorak langkah

meluaskan jajahan takluknya sejak peringkat awal pemerintahan Sultan Muzaffar

Syah, terutamanya selepas ia dapat mematahkan serangan yang pertama orang-

orang Siam melalui Pahang (? 1446).

Kemakmuran Melaka dan keunggulan Islam itu memang menjadi tarikan

kepada orang-orang Portugis untuk menakluki dan menguasainya. Albuquerque

tidak menyatakan sejelas yang demikian. Namun dengan penaklukan itu beliau

berharap akan dapat membendung, kalaupun tidak memberhentikan terus,

perkembangan Islam. Beliau juga, seperti penulis-penulis Portugis yang lain,

menganggap orang-orang Islam Melaka telah menzalimi/khianati orang-orang

56

Page 57: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

Portugis pada T.M. 1509. Oleh itu serangan dan penaklukan pada T.M. 1511

adalah wajar bagi membalas dendam dan menundukkan keangkuhan orang-orang

Islam. Dengan kata lain, orang Portugis tidak bersalah walaupun merekalah,

seperti yang diketahui sekarang ini, yang sebenarnya menceroboh.

Ada juga beberapa penulisan yang lain yang dihasilkan oleh penulis-

penulis lain, seperti penulisan oleh Gasper Correa misalnya (c. 1495-1565?)

namun kebanyakannya adalah mengenai kegiatan dan tokoh-tokoh Portugis itu

sendiri; padri dan pemimpin-pemimpin angkatan laut atau pentadbir-pentadbirnya.

Mereka tidak banyak mencatatkan tentang sejarah atau keadaan petempatan/

negara yang telah mereka kuasai.

Menjelang pertengahan abad ke 17, kerajaan Portugis telah kehilangan

hampir keseluruhan tapak kekuasaannya di Asia Tenggara kecuali di Pulau Solor

dan Timor. Itupun dalam keadaan yang lemah dan goyang. Melaka misalnya telah

dapat dikalahkan pada T.M. 1641 oleh pasukan tentera laut Belanda dengan

bantuan daripada pihak Johor. Dengan kekalahan itu, tidaklah ada lagi

catatan/penulisan yang panjang lebar boleh dan perlu dilakukan. Catatan/penulisan

walaupun ada, tidaklah sepenting atau sebesar yang dihasilkan pada abad yang

lepas. Malah menjelang abad yang berikutnya, kegiatan tertumpu pula kepada

usaha menerbitkan semula karya-karya yang telah diterbitkan lebih awal

terutamanya dari kurun keenam belas dahulu.

57

Page 58: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

Dengan kekalahan Portugis di tangan Belanda dan Johor itu, maka

pensejarahan Malaysia di dalam bahasa asing ini dipelopori pula oleh orang-orang

Belanda iaitu oleh pencatat dan pengembaranya. Seperti orang-orang Portugis,

orang-orang Belanda juga ada membuat catatan tentang India, Kepulauan Melayu

atau Benua Timur ini secara keseluruhannya. Ini termasuklah juga Malaysia,

khususnya Melaka yang telah dikuasainya daripada Portugis sejak T.M. 1641 itu.

Namun secara keseluruhannya lebih banyak catatan/penulisan mereka adalah

tertumpu kepada Indonesia; Ambon, Maluku, Jawa dan Sumatera. Tentang

Malaysia setakat yang dapat dikesan ada banyak juga yang telah dihasilkan, namun

kebanyakannya masih kekal dalam bahasa asalnya iaitu bahasa Belanda.

Soalan Penilaian

58

Page 59: 20140322090333Pensejarahan Malaysia Kuliah 5-7.DOC

1. Orang-orang Portugis telah banyak menghasilkan karya-karya

pensejarahan bagi sejarah awal Malaysia. Bincangkan.

2. Huraikan kedudukan dan kepentingan karya-karya

pensejarahan Portugis dalam perkembangan pensejarahan

Malaysia.

3. Jika dikaji dengan lebih teliti, didapati penulisan orang-orang

Portugis tentang sejarah Malaysia juga mengandungi unsur-

unsur bias atau memihak kepada mereka. Bahaskan sejauh

manakah kebenaran kenyataan ini.

59