20110927160957pengajaran, teknologi dan penaksiran (minggu 3a) (1)

25
KPD 3016 CNCA Kuliah minggu ketiga (a/b)

Upload: mohd-zam

Post on 01-Oct-2015

229 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

POWER POINT kpt4033

TRANSCRIPT

  • KPD 3016CNCA Kuliah minggu ketiga (a/b)

  • Hasil pembelajaran

    Erti kurikulumMenganalisis kandungan kurikulum: Aspek pengetahuanAnalisis kandungan kurikulum : aspek kemahiranTeras pengetahuan dan kemahiran guru sains mengikut Shulman

  • Pada amnya kurikulum bererti apa yang guru hendak mengajar dan apa yang murid perlu belajar.

    Istilah atau konsep berhubung dgn kurikulumSukatan pelajaran (syllabus)Kursus atau program pengajian (course or program of study)Rancangan kandungan kursus (course content outline)Pengalaman terancang (planned experiences)Plan akademik (Academic plan)Standard (standards)Skop dan urutan (Scope and sequence)Buku teks (textbooks)

  • Kurikulum rasmi (official curriculum) kurikulum yang didokumen secara rasmi Kurikulum operasi (operational curriculum) isi kandungan sebenar yang diajar guru dan hasil pembelajarannya dipertanggungjawabkan kepada muridKurikulum utama (core curriculum): mata pelajaran atau subjek utama atau wajib yang perlukan semua murid belajar, seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan sebagainya

  • Kurikulum tersembunyi (hidden curriculum) norma dan nilai sesebuah institusi yang tidak diungkap secara terbuka oleh guru dan kakitangan sekolah/institusi

    Kurikulum luar (extra curriculum) pengalaman yang dirancang di luar kurikulum akademik

  • Kerangka kurikulum mengandungi elemen-elemen penting yang perlu ada dalam sesuatu rancangan kurikulum secara keseluruhannya (misalnya kurikulum sekolah rendah) dan bagi sesuatu mata pelajaran. Kerangka kebanyakan kurikulum di sekolah sekarang adalah berasaskan hasil kajian penulisan Ralph Tyler (1949) yang dipanggil Tyler Rationale. Mengikut beliau, kurikulum adalah semua pembelajaran oleh murid yang telah dirancang dan ditentukan sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan sekolah. Ia digunakan sebagai prosedur yang diikuti apabila merancang kurikulum.

  • Apakah sepatutnya objektif pengajaran di sekolah? (What educational purposes should the school seek to attain?)2. Apakah pengalaman pendidikan yang boleh disediakan yang mungkin mengakibatkan tercapainya objektif itu? (What educational experiences can be provided that are likely to attain these purposes?)3. Bagaimanakah pengalaman pembelajaran ini harus disusun supaya berkesan bagi pembelajaran? (How can these educational experiences be effectively organized?)4. Bagaimanakah kita menentukan yang objektif pembelajaran itu tercapai (How can we determine whether these purposes are being attained?)

  • Hasil pembelajaran

    Menganalisis struktur pengetahuan

  • Kandungan kurikulum sesuatu mata pelajaran sebahagian besarnya termasuk pengetahuan dankemahiran dalam sesuatu mata pelajaran atau topik. Terdapat pelbagai pengertian dan kefahaman tentang pengetahuan

    Pada amnya pengetahuan dan kefahaman seseorang tentang sesuatu ialah hasil daripada kombinasi pengalaman, persepsi, data, maklumat, dan interpretasi peribadi seseorang.

  • Jenis pengetahuan

    Pengetahuan deklaratif/proposisi (Declarative/Propositional knowledge) Pengetahuan tatacara/prosedur (Procedural knowledge) Pengetahuan struktur (Structural knowledge)

    Pengetahuan boleh juga diklasifikasi sebagai

    Pengetahuan eksplisit (Explicit knowledge) Pengetahuan tanpa dizahirkan (Tacit knowledge) yang terkumpul dalam diri seseorang, yang lebih luas dari pengetahuan yang dizahirkan secara eksplisit

  • Pengetahuan fakta spesifik Pengetahuan istilah dan konsep Pengetahuan tentang kaedah dan prosedur Pengetahuan klasifikasi Pengetahuan generalisasi, prinsip, teori Pengetahuan struktur ilmu pengetahuan sesuatu bidang atau disiplin (structure of knowledge of a discipline)

  • Fakta merupakan dakwaan yang boleh dibuktikan tentang elemen tertentu dalam dunia ini berdasarkan pemerhatian beberapa orang yang ahli/arif

    Fakta diperlukan bagi membina konsep dan generalisasi

  • Mengetahui erti sesuatu perkataan, istilah, simbol simbolbahasa dan bukan bahasa (verbal and nonverbal symbols).

    Idea am, biasanya dalam bentuk perkataan, yang mewakili sekumpulan orang, benda, tingkah laku, kejadian, atau perhubungan, yang mempunyai ciri-ciri sepunya, misalnya konsep fotosintesis dalam biologi, dan kebolehan kognitif dalam ilmu psikologi pendidikan

    Konsep boleh jadi perkara konkrit (seperti tempat, objek, institusi) atau abstrak (seperti kejadian, perasaan, cara berfikir, tingkah laku)

  • Pengetahuan tentang cara, kaedah atau prosedur membuat, menyusun dan menyelenggara sesuatu: prosedur mengurus sesuatu, cara mempelajari sesuatu, kaedah mengkaji dan menilai sesuatu.

  • Pengetahuan tentang kelas, pembahagian, set, susunan yang dianggap penting dalam sesuatu bidang ilmu, aktiviti menyelesaikan masalah, gerakerja untuk mencapai sesuatu tujuan, dan sebagainya.

    Contoh klasifikasi dalam sains seperti klasifikasi jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan

  • Pengetahuan tentang generalisasi seperti prinsip, hukum, model, dan teori yang berguna untuk menerang, menghurai, meramalatau menentukan arah atau tindakan yang sesuai. Misalnya hukumpermintaan dan penawaran sesuatu produk yangmempengaruhi harga sesuatu produk; hukum lebih banyak latihahlebih cekap. Generalisasi merupakan penyataan yang memperihal dan/atau menerangkan perhubungan antara dua atau lebih konsep. Prinsip, hukum dan teori merupakan contoh generalisasi yang telah diuji Hukum dalam sains merupakan penyataan yang hanya memperihalkan (tidak menerangkan) perhubungan dua atau lebih konsep

  • Teori merupakan penyataan yang mampu menerangkan perhubungan tersebut. Konsep teori lebih komprehensif iaitu terkandung di dalamnya fakta, hukum, dan prinsip sertapenjelasan tentang sesuatu fenomena.

    Teori merupakan aras abstract formulations yang tinggi. Mengetahui teori dan struktur ilmu dalam bidang tertentu, misalnya teori-teori penting dalam biologi, fizik, psikologi, ekonomi, sosiologi, geografi, dan sebagainya adalah asas bagi memahami struktur ilmu dalam bidang itu.

    Dalam psikologi pendidikan terdapat teori stimulus-respons, teori gestalt, dan teori motivasi Maslow.

  • Contoh 1 Fakta: (i) Apabila air dipanaskan ia menjadi lebih panas, (ii) Sumber yang memanaskan diperlukan, (iii) Apabila diukur dengan termometer, bacaan termometer meningkat.

    Konsep: (i) Suhu - darjah kepanasan, (ii) Pemanasan haba diserap, (iii) Haba satu bentuk tenaga yang berpindah disebabkan adanya perbezaan suhu antara dua benda.

    Generalisasi: Teori Kinetik Jirim Cecair terdiri daripada molekul. Apabila cecair dipanaskan, haba yang diserap menyebabkan molekul air bergerak lebih pantas, lalu menyebabkan molekul merkuri dalam termometer bergerak lebih pantas dan merenggang antara satu sama lain. Ini menyebabkan merkuri mengembang dan akhirnya bacaan termometer meningkat.

  • Contoh 2

    Fakta: Suhu bulan Januari di Tg. Malim adalah 350C; di Kuala Lumpur 360C; di Pulau Pinang 340C. Jumlah hujan di Tg. Malim x mm setahun, Kuala Lumpur x mm setahun, Pulau Pinang - x mm setahun

    Konsep: Iklim keadaan dari segi suhu, tekanan atmosfera, jumlah hujan, dan lain-lain.; suhu darjah kepanasan, tekanan atmosfera daya seunit luas yang dikenakan oleh atmosfera ke atas objek di permukaan bumi

    Generalisasi: Iklim tidak banyak berbeza dari satu tempat ke satu tempat di Semenanjung Malaysia

  • Hasil pembelajaran

    Menganalisis kemahiran dalam bidang tertentu

  • Kemahiran, adalah apa yang diharap murid boleh lakukandalam pelajaran tentang sesuatu topik itu

    Jenis kemahiran Kemahiran kognitif, yang banyak melibatkan penggunaan minda seperti kemahiran berfikir (seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan kemahiran berfikir secara lateral) dan kemahiran proses sains (seperti membuat hipotesis, membuat inferens, mengawal pemboleh ubah, menaakul, dan sebagainya)

    Kemahiran psikomotor, yang banyak melibatkan penggunaan pergerakan otot (seperti kemahiran manipulatif, menari, berbasikal, melukis rajah, dan sebagainya)

  • Kemahiran sosial atau insaniah, yang banyak melibatkan perhubungan dengan pihak lain (seperti kemahiran berkomunikasi, interpersonal, bekerja dalam pasukan, dan sebagainya)

    Dalam bidang sains misalnya, kemahiran penting yang perlu diajarkan secara eksplisit kepada murid termasuklah kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif, kemahiran berfikir kreatif/lateral dan kritis, strategi berfikir dan kemahiran menaakul secara saintifik manakala dalam bidang bahasa misalnya, kemahiran bertutur, menulis, dan mengeja merupakan kemahiran yang ditekankan semasa pengajaran.

  • Senaraikan beberapa kemahiran yang dianggap penting dalam mata pelajaran tumpuan anda.Gunakan templet dalam Jadual 1 untuk merancang dan menyediakan kandungan pengajaran-pembelajaran satu topik dari segi isi kandungan (pengetahuan) dan kemahiran yang ingin dicapai

  • *