penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak

42
PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 1.0 PENGENALAN Bagi tugasan PRA 3111 ( Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak) ini, kami diminta membuat sebuah kerja kursus projek berkaitan penaksiran dan penilaian. Dalam bahagian satu ini, kami akan membincangkan konsep penaksiran dan penilaian kanak-kanak, objektif penaksiran dan penilaian kanak-kanak, prinsip-prinsip penaksiran dan penilaian serta teknik-teknik atau instrumen-instrumen yang boleh digunakan dalam penaksiran dan penilaian. Penaksiran dan penilaian merupakan suatu aspek yang sangat penting dalam pendidikan. Dalam bidang pendidikan awal kanak- kanak, penaksiran dan penilaian membolehkan seseorang guru atau pendidik mendapatkan maklumat tentang seseorang kanak-kanak, melihat keberkesanan pembelajaran, kurikulum, pentadbiran dan mengenalpasti aspek-aspek yang boleh diperbaiki (Lihanna Borhan). Penaksiran dan penilaian juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap pengajaran. Jika penaksiran dan penilaian yang sistematik hanya dilakukan pada satu-satu aspek tertentu sahaja, contohnya aspek kognitif dinilai melalui ujian dan peperiksaan bertulis, maka aspek itulah kelak yang akan menjadi fokus dan strategi pengajaran (Meisels, 1995). Aspek yang tidak dinilai akan diberi 1

Upload: nurul-izzah-khalil

Post on 25-Jun-2015

10.759 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

1.0 PENGENALAN

Bagi tugasan PRA 3111 ( Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-

kanak) ini, kami diminta membuat sebuah kerja kursus projek berkaitan penaksiran dan

penilaian. Dalam bahagian satu ini, kami akan membincangkan konsep penaksiran dan

penilaian kanak-kanak, objektif penaksiran dan penilaian kanak-kanak, prinsip-prinsip

penaksiran dan penilaian serta teknik-teknik atau instrumen-instrumen yang boleh

digunakan dalam penaksiran dan penilaian.

Penaksiran dan penilaian merupakan suatu aspek yang sangat penting dalam

pendidikan. Dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, penaksiran dan penilaian

membolehkan seseorang guru atau pendidik mendapatkan maklumat tentang

seseorang kanak-kanak, melihat keberkesanan pembelajaran, kurikulum, pentadbiran

dan mengenalpasti aspek-aspek yang boleh diperbaiki (Lihanna Borhan). Penaksiran

dan penilaian juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap pengajaran.

Jika penaksiran dan penilaian yang sistematik hanya dilakukan pada satu-satu

aspek tertentu sahaja, contohnya aspek kognitif dinilai melalui ujian dan peperiksaan

bertulis, maka aspek itulah kelak yang akan menjadi fokus dan strategi pengajaran

(Meisels, 1995). Aspek yang tidak dinilai akan diberi perhatian ‘superficial’ atau secara

tidak mendalam. Sekiranya ini berlaku, falsafah pendidikan yang seringkali merujuk

kepada perkembangan keseluruhan individu seperti yang terkandung dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan akan menjadi tidak relevan. Oleh itu, penaksiran dan penilaian

perlu diberikan perhatian yang serius sejak dari mula lagi, terutamanya ke arah

pembentukan insan yang seimbang dari semua aspek dapat dipenuhi.

1.1 KONSEP PENAKSIRAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK.

Penaksiran dan penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang

perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la

1

Page 2: Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan

secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan

Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Secara keseluruhannya penaksiran dan

penilaian bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi

memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil penaksiran dan

penialain membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan

seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam

domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989), penilaian adalah suatu proses yang

melibatkan beberapa langkah utama atau proses yang berterusan untuk mencapai satu

tujuan iaitu bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan mencukupi untuk

membolehkan guru membuat sesuatu keputusan yang dirasakan perlu. Langkah-

langkah utama atau proses yang dinyatakan sebelum ini dapatlah dirumuskan kepada

tiga proses utama iaitu proses yang pertama adalah merancang, proses kedua

melaksanakan penaksiran dan proses yang ketiga adalah merekod maklumat.

Dalam proses pertama iaitu merancang, beberapa perkara penting haruslah

diambil kira agar penilaian dan penaksiran yang hendak dibuat berjalan dengan lancar

dan sistematik. Perkara-perkara berikut adalah yang pertamanya mengenal pasti murid

yang hendak dinilai, yang kedua menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai,

yang ketiga menentukan instrumen yang hendak digunakan, dan yang seterusnya

adalah menentukan aspek yang hendak diperhatikan, menentukan tempoh masa

pemerhatian dan yang terakhir menentukan waktu sesuatu penaksiran dan penilaian

hendak dijalankan.

Selain itu, dalam proses merancang juga pembinaan instrumen perlu

dititikberatkan. Instrumen yang dibina seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti tujuan

yang jelas, menepati apa yang hendak dinilai, item yang boleh diukur dan perlu

diingatkan bahawa setiap item hanya boleh mengukur setiap satu kemahiran sahaja.

2

Page 3: Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Dalam proses kedua iaitu proses melaksanakan penaksiran dan penilaian pula,

perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana penaksiran dan penilaian

dilaksanakan. Penaksiran dan penilaian dalam pendidikan prasekolah hanya dapat

dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian merupakan proses pengamatan terhadap

segala pelakuan murid yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam

konteks penilaian dan penaksiran, pemerhatian merupakan satu kaedah yang

sistematik untuk mengumpul data atau maklumat agar dapat merekodnya dengan tepat

kelak.

Terdapat tiga langkah pemerhatian yang boleh digunakan dalam proses

penaksiran dan penilaian iaitu pemerhatian yang dibuat terhadap tingkah laku murid,

pemerhatian melalui perbualan atau interaksi antara murid dengan guru atau murid

dengan murid dan yang ketiga pemerhatian terhadap hasil kerja murid. Untuk

pemerhatian terhadap tingkah laku kanak-kanak, guru bolehlah membuatnya ketika

kanak-kanak melakukan aktiviti seperti menyusun blok bersama rakan-rakan, membuat

aktiviti kumpulan, mewarna atau melakukan aktiviti fizikal. Melalui interaksi lisan murid

pula bolehlah dinilai melalui aktiviti seperti main peranan, bersoal jawab, bacaan atau

nyanyian.

Di antara contoh hasil kerja murid yang boleh diperhati dan dinilai oleh guru

adalah melalui lukisan, buku skrap atau kraf tangan yang dihasilkan oleh kanak-kanak.

Proses yang ketiga iaitu proses terakhir dalam penaksiran dan penilaian perkembangan

kanak-kanak adalah merekod maklumat yang diperoleh. Merekod adalah aktiviti

mencatat maklumat secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan

dan pencapaian murid. Antara contoh-contoh rekod yang boleh digunakan adalah

Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan Rekod Berterusan.

1.2 OBJEKTIF PENAKSIRAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK.

3

Page 4: Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Tujuan atau objektif penaksiran dan penilaian haruslah difahami dengan jelas

oleh guru dapat memastikan bentuk penaksiran dan penilaian yang wajar digunakan.

Secara umumnya, Katz (1997) berpendapat penaksiran dan penilaian di prasekolah

betujuan untuk menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama,

membuat keputusan penempatan, membuat diagnosis masalah pengajaran dan

pembelajaran, membantu dalam membuat keputusan berkaitan pengajaran dan

kurikulum, menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibubapa dan menolong

kanak-kanak tertentu dalam menilai kemajuan dirinya sendiri.

Secara khususnya, antara objektif penaksiran dan penilaian yang penting adalah

ianya dapat mengesan perkembangan seseorang murid itu serta mengenal pasti

pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Ianya juga dapat digunakan untuk

mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke

semasa. Guru juga dapat mengesan keberkesanan sesuatu pengajrannya melalui

proses penaksiran dan penilaian. Selain itu, guru juga dapat menggunakan penaksiran

dan penilaian sebagai medium untuk merangsang aktiviti mengikut keperluan dan

pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat

umur mereka.

Menurut Lihanna Borhan, dari tujuan penaksiran dan penilaian berdasarkan garis

panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan dalam pendidikan prasekolah, dapatlah

disimpulkan bahawa penggunaan penilaian berbentuk ujian atau peperiksaan bertulis

bukanlah satu kaedah yang sesuai di tahap ini. Sebaliknya, guru prasekolah

seharusnya mengubah perhatian mereka ke arah penggunaan sistem penilaian yang

lebih autentik.

1.3 PRINSIP PENAKSIRAN DAN PENILAIAN.

James H. McMillan (2000) telah menyatakan terdapat tiga utama prinsip

penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak. Prinsip yang pertama adalah

maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian itu haruslah jelas, boleh dipercayai

4

Page 5: Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

dan boleh dicapai dengan telus. Prinsip yang kedua pula adalah penaksiran dan

penilaian seharusnya boleh dipercayai dan konsisten. Prinsip yang terakhir pula adalah

penilaian haruslah inklusif dan adil.

Surayah dan Haslinda (2009) pula menyatakan terdapatnya enam prinsip

penaksiran dan penilaian. Prinsip yang pertama adalah penaksiran dan penilaian

seharusnya dijalankan secara berterusan, sesuai dan dapat membantu perkembangan

kanak-kanak. Hal ini adalah selari dengan sifat perkembangan kanak-kanak itu sendiri

iaitu perkembangan adalah satu proses yang berterusan. Oleh itu, guru tidak

seharusnya menjalankan proses penaksiran dan penilaian hanya sekali atau dua

sahaja. Ini adalah supaya maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian

perkembangan kanak-kanak itu jelas, boleh dipercayai dan telus (James H. McMillan).

Prinsip yang kedua adalah penaksiran dan penilaian haruslah mempunyai

perancangan, strategi dan instrumen penilaian yang berbeza-beza sesuai dengan

setiap tujuan penilaian dan hasil pembelajaran. Prinsip ini adalah menepati langkah

melaksanakan penaksiran dan penilaian yang iaitu langkah yang pertama adalah

proses merancang, langkah kedua melaksanakan penaksiran dan langkah yang ketiga

adalah merekod maklumat ke dalam instrumen peaksiran dan penilaian yang

bersesuaian dengan aspek perkembangan yang ingin dikaji. Sebagai contoh, Rekod

Berterusan dapat digunakan untuk merekod perkembangan sosioemosi kanak-kanak.

Senarai Semak pula merupakan instrumen yang terbaik digunakan kerana ianya mudah

dan praktikal untuk dikendalikan di samping banyak kemahiran-kemahiran lain yang

boleh dimasukkan secara serentak.

Prinsip penaksiran dan penilaian yang ketiga adalah ia perlulah mempunyai

kriteria-kriteria penilaian perkembangan yang sesuai dengan objektif pembelajaran.

Prinsip yang seterusnya adalah ianya harus memberikan manfaat dan bermakna dalam

pengalaman harian kanak-kanak. seterusnya, penaksiran dan penilaian juga hendaklah

dilaksanakan secara tidak formal, iaitu semasa kanka-kanak mengalami proses

5

Page 6: Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

pembelajaran. Ini adalah untuk mendapatkan hasil yang autentik dan tidak hanya

seperti sebuah sandiwara. Prinsip yang terakhir pula adalah proses penaksiran dan

penilaian perlu dilaksanakan melalui pemerhatian dan dokumentasi untuk membuktikan

kesasihannya.

1.4 TEKNIK PENAKSIRAN DAN PENILAIAN.

Segala maklumat yang diperolehi hasil daripada proses penaksiran dan penilaian

perkembangan kanak-kanak perlulah dicatat dan direkod dengan jelas dan sistematik.

Terdapat beberapa teknik merekod maklumat yang diperoleh secara sistematik

berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid iaitu dengan

menggunakan Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan juga Rekod

Berterusan.

Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti

perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai

item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada sesuatu tingkah laku atau

ciri ada atau dapat diperhatikan, sesuatu perlakuan telah dilakukan dan juga kekerapan

sesuatu tingkah laku itu berlaku. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil

perhatian. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan

penggunaan senarai semak adalah yang pertamanya ia perlu disediakan lebih awal

sebelum permerhatian dibuat. Tingkah laku yang diperhatikan hanya perlu dinyatakan

dengan ringkas dan jelas.

Senarai semak juga digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks

semula jadi. Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.

Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan

tingkah laku yang akan diperlihatkan. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali

untuk mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih tepat dan kekal. Terdapat

beberapa kebaikan yang dapat dikenal pasti dengan menggunakan Senarai Semak

iaitu penggunaannya mudah dan praktikal. Selain itu, orang yang tidak mahir dan

6

Page 7: Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

menilai juga dapat menggunakannya dengan selesa. Ianya dapat digunakan di

hadapan kanak-kanak ataupun semasa ketiadaannya dengan hanya mengingati

tingkah laku yang sudah diperlihatkan. Selain itu, dengan menggunakan Senarai

Semak guru dapat memberi fokus pemerhatian pada beberapa tingkah laku pada satu

masa. Penggunaan Senarai Semak adalah penting dalam merancang kurikulum untuk

kanak-kanak.

Di sebalik kebaikan-kebaikan yang telah dinyatakan, terdapat juga beberapa

kelemahan penggunaan Senarai Semak. Di antaranya adalah ianya mengandungi

kurang informasi dan deskripsi berkenaan kualiti dan masa semasa merekodkan

tingkah laku atau kemahiran yang dipamerkan kanak-kanak. Pemerhatian

menggunakan instrumen Senarai Semak juga hanya melihat pada tingkah laku tertentu

shaja dan bukan kesemuanya. Oleh itu, ada kalanya guru akan terlepas pandang

daripada melihat dan memehatikan tingkah laku yang lebih signifikan. Selain itu juga,

data atau maklumat yang direkodkan hanyalah pada tingkah laku yang dipamerkan oleh

kanak-kanak sahaja.

Rekod Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan dan

pencapaian sesuatu tingkah laku murid. Guru menilai kemahiran atau amalan murid

berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred.

Tahap pencapaian dapat ditentukan untuk sesuatu kemahiran dengan penggunaan

Skala Kadar. Penggunaan instrumen ini adalah spesifik untuk semua tunjang.

Rekod Anekdot satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah

laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Rekod Anekdot

ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana sesuatu

peristiwa itu berlaku. Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk

membuat rekod anekdot ialah membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku,

mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan

murid, merangkumi kelebihan dan kekurangan, menulis maklumat selepas sesuatu

7

Page 8: Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

peristiwa berlaku dan menulis apa yang dilihat secara objektif. Dalam Rekod Anekdot,

maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang menggambarkan

tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran

menyelesaikan masalah murid.

Rekod Berterusan pula merupakan catatan dalam bentuk cerita atau "narrative"

yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu

peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang

pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh tiga

hingga lapan minit dan ianya juga boleh berlangsung dalam tempoh lebih lama iaitu

sekitar dua puluh lima minit sehingga tiga puluh minit.

Prosedur –prosedur untuk menyediakan Rekod Berterusan adalah pertamanya

guru perlu memfokus kepada murid yang ingin diperhatikan. Seterusnya, item yang

akan difokuskan semasa pemerhatian perlu dipastikan. Langkah ketiga adalah dengan

merekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci. Rekod yang dicatat

hendaklah tepat dan padat. Prosedur terakhir perlu diambil perhatian adalah

mencatatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.

Antara kebaikan menggunakan Rekod Berterusan adalah ianya dapat memberi

gambaran sebenar dan terperinci mengenai situasi sebenar dalam tempoh yang

ditetapkan (Surayah dan Haslinda, 2009). Yang keduanya, Rekod Berterusan yang

turut dikenali sebagai Running Record dapat memperlihatkan pelbagai aspek

perkembangan seseorang kanak-kanak itu dalam satu rekod. Selain itu juga, kebaikan

menggunakan Rekod Berterusan adalah instrumen ini dapat digunakan dalam apa jua

situasi dan tujuan.

Kelemahan menggunakan Rekod Berterusan ini pula antaranya adalah ia dapat

menyebabkan kanak-kanak sedar mereka sedang diperhatikan. Selain itu juga,

penggunaan Rekod Berterusan adalah memenatkan kerana seseorang gruru itu perlu

memberi lebih tumpuan pada proses perekodan.

8

Page 9: Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Tugasan dlam bahagian seterusnya pula akan menghuraikan dapatan-dapatan

yang telah kami perolehi daripada dua buah jurnal yang kami kaji. Kami memilih dua

buah jurnal berkenaan adalah kerana ianya sangat signifikan dengan perkembangan

yang ingin kami kajia iaitu perkembangan sosioemosi ke atas subjek yang kami pilih.

2.0 Kajian Literatur.

Untuk tugasan dalam bahagian ini, kami telah sepakat untuk memilih sebuah

jurnal oleh Profesor Madya Anna Christina Abdullah untuk dijadikan bahan kajian.

Jurnal yang bertajuk Tingkah Laku Prososial Kanak-kanak Prasekolah : Mensasarkan

Kemahiran Menyelesaikan Masalah Interpersonal ini menjadi pilihan kami kerana ianya

dilihat signifikan dengan perkembangan yang ingin kami kaji iaitu perkembangan

sosioemosi. Kami juga menggunakan sebuah lagi jurnal dari Surakarta, Indonesia yang

bertajuk Keterampilan Sosial Anak Prasekolah Ditinjau dari Interaksi Guru-Siswa

Berdasarkan Model Mediated Leraning Experence.

2.1 Kemahiran Sosioemosi Pada Kanak-kanak.

Hurlock (1997) menyebut masa atau usia tahun-tahun awal kanak-kanak sebagai

The Golden Age di mana terdapat enam perkembangan kanak-kanak yang dapat dilihat

pada tahap ini tetapi perkembangan yang paling sukar bagi kanak-kanak adalah

perkembangan sosioemosi di mana mereka berhadapan kesukaran untuk bergaul

dengan ibu bapa, guru, rakan-rakan atau orang lain. Menurut Elksnin dan Elksnin, 1995

menyatakan anak-anak yang memiliki ketrampilan sosial yang baik akan lebih

mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih berani mengekspresikan diri, lebih mudah

diterima oleh rakan-rakan sebaya dan akan lebih berjaya dalam akademiknya.

Ibubapa serta guru perlu sedar dan memainkan peranan penting dalam

menyuburkan dan memupuk perkembangan kognitif, emosi, sikap dan tingkah laku

yang positif di kalangan kanak-kanak. Program pendidikan awal kanak-kanak yang

9

Page 10: Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

berkualiti harus merangkumi perkembangan sosioemosi kanak-kanak di samping

peluang-peluang pengayaan pembelajaran kognitif dan berbahasa. Tidak dinafikan

bahawa pendidikan prasekolah harus menyediakan kanak-kanak untuk permulaan

pendidikan formal di sekolah rendah dengan membekalkan mereka dengan

pengetahuan dan kemahiran berfikir.

Beberapa penyelidikan telah menunjukkan bahawa kekurangan kemahiran sosial

semasa zaman kanak-kanak akan berterusan sehingga kanak-kanak itu menjadi

dewasa (Farrington 1990; Kagan & Moss 1982). Terdapat bukti bahawa orang dewasa

yang mengalami penyakit psikiatri, terutama yang dalam keadaan bimbang, yang

mengalami gangguan emosi dan mempunyai personaliti yang tidak baik juga turut

mempunyai masalah dalam bersosial (Shaffer 1979). Beberapa kajian telah dilaporkan

menunjukkan program prasekolah yang mensasarkan kemahiran sosial telah

menghasilkan kesan jangka panjang dari aspek pengurangan tingkah laku anti-sosial

seperti mencuri, merosak kemudahan awam, berbohong dan pergaduhan (Barnett

1992; Berrueta-Clement, Schweinhart & Barnett, 1984).

2.1 Punca Salah Laku Sosial Di Kalangan Kanak-kanak.

Semua kanak-kanak memerlukan kawan, bukan sahaja untuk berseronok dan

bermain, tetapi untuk mempelajari erti kerjasama, empati dan ciri-ciri lain yang mereka

perlu memiliki untuk membentuk pertalian yang erat apabila mereka dewasa kelak.

Persahabatan semasa zaman kanak-kanak bagaikan asas yang akan menentukan

bagaimana sifat dan sahsiah seseorang kanak-kanak itu apabila mereka dewasa nanti.

Proses tolak ansur dan rundingan yang berterusan yang dilakukan oleh kanak-kanak

semasa bermain dapat memupuk perkembangan sosial mereka serta meningkatkan

harga diri mereka. Sebagai orang dewasa, kita semua perlu tahu cara mendampingi

orang lain dan menyelesaikan konflik. Latihan dalam proses ini sebaik-baiknya bermula

dari zaman kanak-kanak lagi.

10

Page 11: Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Erikson (1982) mempercayai manusia perlu berkembang melalui lapan

peringkat pertumbuhan emosi sebelum mereka dapat berasa berkeupayaan dan

menikmatikepuasan diri (self-fulfilled) dalam kehidupan mereka. Tiap-tiap peringkat

bercirikan oleh satu pertempuran antara dua keadaan dalaman yang berlawanan, satu

negatif dan satu lagi positif. Semasa tahun-tahun prasekolah, pertempuran ialah antara

inisiatif dan perasaan bersalah (guilt). Kanak-kanak prasekolah yang sihat dalam aspek

emosi ingin mengambil tindakan dan menuntut kemahuan mereka.

Mereka akan mencipta, mengambil risiko, main secara olok-olok dan menyertai

aktiviti-aktiviti yang berimaginasi dan beraksi. Apabila orang dewasa menggalakkan

aktiviti-aktiviti sedemikian dan elakkan teguran atau had-had yang melampau, maka

inisiatif kanak-kanak akan berkembang. Sekiranya kanak-kanak diyakinkan bahawa

usaha mereka adalah salah, maka mereka akan turut berasa salah. Kanak-kanak yang

dihukum atau ditegur kerana usaha mereka akan lama kelamaan berhenti mencuba

dan membina kepercayaan diri bahawa mereka adalah orang yang jahat.

Zaman awal kanak-kanak ialah masa genting untuk pembentukan perasaan

positif terhadap diri sendiri, orang lain dan dunia luar. Kanak-kanak yang mengalami

layanan yang menggalakkan dan menyokong serta diterima oleh orang dewasa dan

rakan sebaya akan menjadi kanak-kanak yang bersuaian secara emosional. Kanak-

kanak yang dianiayai, diabaikan atau disingkirkan boleh mengalami gangguan

kesihatan mental dan sosial. Kanak-kanak yang sihat dari aspek emosi lebih

berkebolehan menjalinkan pertalian yang positif dengan orang dewasa dan rakan

sebaya (Trawick-Smith, 2000).

Kanak-kanak yang mempunyai tahap kebolehan sosial yang rendah bertindak

secara tidak bertanggungjawab, ganas, tidak bekerjasama dan tidak terkawal

(Knopczyk & Rhodes, 1996). Kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku sosial yang

kompeten ditanggap dengan lebih positif oleh masyarakat dan justeru dilayan dalam

cara yang lebih positif, kanak-kanak ini mengalami interaksi interpersonal yang lebih

11

Page 12: Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

memuaskan dan merasa lebih bahagia dibandingkan dengan rakan sebaya mereka

yang kurang berkompeten.

Misalnya, kanak-kanak berumur 6 tahun yang telah menembak Kayla Roland,

rakan sebayanya di Michigan, A.S., mungkin telah berfikir yang itulah caranya untuk

menyelesaikan masalah interpersonalnya. Seorang pakar psikoanalyst yang ditemubual

tentang tragedi ini mengatakan bahawa kanak-kanak yang telah menembak rakan

sebayanya, “shows a failure, at a very significant level, to find other ways to deal with

troubles, and this could come from how (he has) been treated, or how (he has) seen

people being treated.” (New Sunday Times 2000).

Kejadian-kejadian seperti ini mencadangkan bahawa satu punca salah laku

sosial ialah kekurangan dalam perkembangan sosioemosi pelajar-pelajar tersebut, dan

pada peringkat yang lebih khusus lagi, melibatkan kekurangan dari aspek kognitif sosial

yang dapat menyedari seseorang tentang kesan dan akibat sesuatu tindakan serta

pendapat yang membolehkan seseorang memikirkan tentang penyelesaian alternatif

yang tidak mempunyai unsur-unsur keganasan, sebaliknya dapat menghasilkan

kesudahan yang diingini. Kognitif sosial atau kefahaman sosial ini ialah komponen

penting dalam kemahiran menyelesaikan masalah sosial kanak-kanak, yang seterusnya

akan mempengaruhi tingkah laku sosialnya.

http://pareonline.net/getvn.asp?v=7&n=8

3.0 Metodologi Kajian.

12

Page 13: Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Bahagian ini akan membincangkan cara atau kaedah kajian yang kami gunakan

sepanjang membuat pemerhatian terhadap subjek kajian kami iaitu Zaqwan.

3.1 Respondan/Subjek Kajian dan Latar Belakang Keluarganya.

Subjek yang kami pilih merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang bersekolah di

Prasekolah IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu. Beliau belajar di kelas

Al-Falah yang diajar oleh Cikgu Suzana dan duduk dalam kumpulan yang mempunyai 6

orang ahli. Kami telah mendapat kebenaran daripada kedua ibu bapanya untuk

menggunakan nama sebenar subjek kajian kami ini dengan panggilan nama Zaqwan.

3.2 Tempat Kajian

Kami telah menjalankan kajian pemerhatian ini di Prasekolah IPG Kampus Dato’

Razali Ismail, Kuala Terengganu. Tempat kajian pemerhatian telah dilakukan di dalam

dan di luar kelas Prasekolah IPG KDRI. Selain itu, kami juga telah berkunjung ke rumah

Zaqwan untuk membuat pemerhatian dengan lebih dekat bagaimana tingkahlakunya

ketika berada di rumah.

3.3 Kemahiran yang dikaji

Bagi menjalankan kajian ini, kami telah memilih dan menfokuskan

perkembangan Sosioemosi sebagai kemahiran kajian pemerhatian kami terhadap

Zaqwan. Dalam perkembangan Sosioemosi, terdapat lima kemahiran yang akan kami

fokuskan dalam kajian ini iaitu pertama memahami dan mengurus emosi diri sendiri,

kedua berkomunikasi dengan berkeyakinan, ketiga membina perwatakan kendiri,

keempat kebolehan mengawal diri dan kelima membina kemahiran sosial dalam

interaksi dengan orang lain.

3.4 Instrumen Penaksiran

13

Page 14: Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Dalam kajian pemerhatian ini kami telah menggunakan instrumen Rekod

Berterusan untuk mencatat maklumat secara sistematik. Rekod Berterusan merupakan

catatan dalam bentuk cerita (narative) yang dibuat ke atas individu atau kumpulan

murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Sepanjang tempoh pemerhatian, setiap

perlakuan dan apa yang dikatakan oleh murid akan dicatat.

Kelebihan menggunakan Rekod Berterusan ini antaranya pertama dapat

memberi gambaran sebenar dan terperinci berkenaan situasi sebenar dalam tempoh

yang ditetapkan. Kedua, pelbagai aspek perkembangan dapat dilihat dalam satu rekod.

Ketiga, data-data dapat dikumpulkan secara objektif dan tepat. Dan terakhir, rekod

Berterusan ini juga memudahkan guru merekod dan mengumpulkan maklumat.

Selain itu, terdapat beberapa kelemahan menggunakan Rekod Berterusan ini

antaranya pertama, kanak-kanak akan sedar tingkahlaku mereka diperhatikan. Kedua,

guru penat kerana lebih tertumpu pada proses merekod. Ketiga, guru kurang memberi

tumpuan pada kanak-kanak lain kerana terpaksa fokus pada merekod dan yang terakhir

ia memerlukan latihan bagi kemahiran merekod untuk mendapatkan hasil dapatan yang

bersesuaian dengan kemahiran yang diperhatikan.

Sepanjang pemerhatian, kami telah membuat lima kali pemerhatian Rekod

Berterusan. Dua kali pemerhatian telah dilakukan di dalam dan dua kali pemerhatian

dilakukan di luar kelas Prasekolah IPG KDRI dan sekali pemerhatian telah dilakukan di

rumah Zaqwan. Tempoh yang kami gunakan untuk membuat pemerhatian yang

terperinci terhadap Zaqwan biasaya dijalankan dalam tempoh 20-30 minit.

3.5 Kaedah Pengumpulan Data

Kami mengumpulkan data-data berkaitan hasil dapatan kajian dengan

menggunakan kaedah rakaman, temubual, hasil kerja dan gambar. Sewaktu

pemerhatian dijalankan, kami akan mengambil gambar tingkahlaku yang menarik dan

pelik yang dilakukan oleh Zaqwan. Gambar juga menjadi sebagai bukti pemerhatian

yang telah kami jalankan pada waktu yang dinyatakan contohnya ketika Zaqwan

14

Page 15: Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

sedang melukis gambar keluarganya, tingkah lakunya semasa mengikut sesi p&p dan

kunjungan temubual kami bersama ibu bapanya di rumah mereka.

Rakaman juga adalah bukti bagi mengukuhkan lagi catatan pemerhatian

sepanjang kajian dijalankan. Setiap apa yang terjadi ketika pemerhatian akan kami

rakam bagi memastikan setiap apa yan dicatat mempunyai bukti yang sahih. Terdapat

enam rakaman yang telah dibuat sepanjang pemerhatian kami ke atas Zaqwan.

Rakaman ini kami gunakan untuk melihat sejauh mana perkembangan Zaqwan setiap

kali melakukan sesuatu aktiviti.

Selain itu, kami juga telah menemubual guru Zaqwan, ibu bapa Zaqwan dan

beberapa orang rakan Zaqwan untuk memastikan dapatan pemerhatian ini dan segala

maklumat yang diperolehi adalah tepat dan benar. Kami telah menemubual guru, ibu

bapa dan rakan Zaqwan sebanyak sekali sepanjang pemerhatian dijalankan. Transkrip

temubual kami dengan ibu bapa dan guru Zaqwan telah ditukar kepada Bahasa Melayu

standart bagi memudahkan pembacaan terhadap kajian yang dijalankan.

3.6 Cara Pelaporan Kajian

Dapatan kajian kami dilaporkan secara narrative.

4.0 Perbincangan

4.1 Latar belakang

Subjek yang kami pilih merupakan kanak-kanak lelaki yang bernama Muhammad

Hariz Zaqwan Bin Mohd Hairil. Zaqwan dilahirkan pada 27 Mac 2004 di Hospital

Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Kini pada 2010 Zaqwan telah berumur 6

tahun.

Bapanya bernama Mohd Hairil Bin Muda, berumur 33 tahun dan bekerja sebagai

Pembantu Am Pejabat di SMK Tengku Mizan Zainal Abidin Kuala Terengganu

manakala ibunya pula bernama Norhafiza Binti Alias, berumur 30 tahun dan bekerja

sebagai Jururawat Masyarakat di Klinik Kesihatan Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. 15

Page 16: Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Zaqwan merupakan anak sulung daripada dua beradik dan mempunyai seorang adik

perempuan berumur 2 tahun. Mereka sekeluarga tinggal di rumah beralamat B-175

Kampung Desa Durian, Batu Rakit 21020 Kuala Terengganu.

Zaqwan merupakan seorang kanak-kanak yang menulis menggunakan tangan

kanan. Zaqwan mennggemari semua jenis makanan tetapi tidak suka pada makanan

yang pedas. Meminati kuih donat dan semua jenis minuman. Aktiviti kegemarannya di

rumah ialah menonton televisyen. Selain itu, Zaqwan juga seorang kanak-kanak yang

tidak mempunyai masalah pertuturan dan kesihatan.

Sebelum ini, Zaqwan telah dihantar ke pusat tadika Taski Darul Hikmah (ABIM)

di Banggol Tok Jiring seawal umur 4 tahun lagi. Tetapi walaupun telah bersekolah

seawal usia 4 tahun, ibu bapanya mengakui perkembangan Zaqwan dalam membaca

masih lemah dan lambat berbanding pengalamannya dengan rakan-rakannya yang lain.

Ketika di rumah, ibu bapanya akan mengajarnya mengaji Al-Quran pada setiap pagi

dan petang sewaktu musim cuti sekolah.

4.2 Rasional pemilihan kemahiran sosioemosial.

Rasional kami memilih Zaqwan sebagai subjek kajian adalah berdasarkan

cadangan daripada guru prasekolah itu sendiri iaitu Cikgu Suzana. Beliau memilih

Zaqwan disebabkan Zaqwan mempunyai masalah berkaitan sosioemosi apabila

kelihatan sering bertindak ganas, mempunyai imaginasi yang tinggi dan sering tidak

memberi tumpuan terhadap sesi p&p. Setelah melihat dan berkenalan dengan Zaqwan,

kami dapati segala apa yang ingin diperhatikan berkaitan dengan perkembangan

sosioemosi dan beberapa kemahiran yang dikaji mempunyai kaitan yang bersesuaian

dengan Zaqwan.

4.3 Dapatan kajian melalui pemerhatian

16

Page 17: Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Pelbagai kaedah telah kami gunakan untuk memastikan segala maklumat dan

dapatan pemerhatian dapat dikumpul dan direkod secara sistematik. Dapatan kajian

telah dijalankan secara rakaman, gambar, temubual dan hasil kerja.

4.3.1 Berkomunikasi dengan keyakinan

Berdasarkan pemerhatian melalui rekod berterusan di Lampiran 1, dapat dilihat

Zaqwan seorang kanak-kanak yang mudah mesra walaupun dengan orang yang baru

dikenalinya. Zaqwan seorang yang mudah memberi kerjasama apabila diminta

menceritkan mengenai keluarganya. Keyakinan yang ditunjukkan oleh Zaqwan juga

sangat tinggi apabila dia begitu bersemangat meyakinkan kami tentang ahli

keluarganya.

Perkara ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian rekod berterusan di lampiran 1

yang menunjukkan Zaqwan mempunyai fantasi dan imaginasi yang tinggi untuk

memiliki sebuah keluarga yang terdiri daripada kakak dan abang. Berdasarkan

pemerhatian yang dibuat, Zaqwan menceritakan tentang kewujudan kakak dan abang

khayalannya dengan penuh yakin. Ini dibuktikan dengan pengakuan Zaqwan sendiri:

“ Ayoh dengan mok tak dok yang pandai melukis…belajar melukis dengan

kakak….”jawab Zaqwan ringkas. “Ummmm oo oo…kakak Zaqwan pun pandai melukis

rupanya”.

Ketika pemerhatian di atas dijalankan, kami tidak pasti tentang bilangan ahli

keluarga Zaqwan yang sebenar. Perkara ini terbukti apabila kami mengkaji rekod-rekod

peribadinya dan mendapati beliau adalah anak sulung daripada dua beradik. Ketika

kami mengunjungi rumahnya juga, telah terbukti menunjukkan Zaqwan tidak

mempunyai kakak dan abang seperti yang diceritakannya kepada kami. Ini dapat

dibuktikan melalui gambar keluarga Zaqwan yang hanya terdiri daripada ayah, ibu,

Zaqwan dan adik perempuannya.

4.3.2 Memahami dan mengurus emosi diri sendiri

17

Page 18: Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Zaqwan dilihat sebagai seorang kanak-kanak yang dapat mengurus emosi

dirinya sendiri apabila berhadapan dengan sesuatu perkara yang mengganggunya.

Perkara ini dapat dibuktikan melalui permehatian melalui rekod berterusan dalam

lampiran…yang menunjukkan Zaqwan tidak berminat untuk menyelesaikan tugasan

yang diberikan oleh Cikgu Suzana. Apabila perkara seperti itu berlaku, Zaqwan tidak

terus bergerak mengganggu rakan-rakan yang lain sebaliknya dia akan mengeluarkan

sebuah buku khas miliknya untuk dia menconteng dan melukis. Melalui cara ini, dapat

dilihat ibu bapanya telah mendisiplinkannya agar meluahkan perasaan dengan

menggunakan cara yang disukainya. Ini dibuktikan melalui pemerhatian rekod

berterusan di lampiran 3:

“ Penat la nak tulis…penat nak tulis banyak-banyak…”. Kami bertanya lagi,

“Kalau cikgu minta Zaqwan melukis…Zaqwan penat tak?” Dengan pantas Zaqwan

mengeluarkan buku contengan khas untuk dia melukis dan tanpa disuruh Zaqwan

dengan pantas melukis apa sahaja yang difikirkannya di dalam buku itu.

Zaqwan dilihat dapat mengurus emosi diri sendiri melalui lukisan dan contengan

yang dibuatnya. Melalui pemerhatian kami, ini mungkin disebabkan oleh cara didikan

yang diberikan oleh keluarganya yang memberi pendedahan awal agar tidak menjadi

kebiasanya menconteng dan meluahkan perasaan pada tempat yang tidak sepatutnya.

Ini dapat dibuktikan berdasarkan temubual kami bersama ibu bapa Zaqwan di rumah

mereka:

“Hehe…sebelum ini di rumah lama kami banyak juga yang Zaqwan

conteng..tetapi kami telah mendidiknya selepas itu dan sentiasa membelikanya buku

mewarna, melukis, dan juga buku kosong untuk dia menconteng dan lama kelamaan

Zaqwan dengan sendiri mengikuti disiplin itu”.

Berdasarkan transkripsi temubual kami bersama ibu bapa Zaqwan, ada

ketika itu Zaqwan tiba-tiba menyampuk dan mengeluarkan kata-kata yang agak ganas

bagi pemikiran seorang kanak-kanak sepertinya:

18

Page 19: Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Zaqwan : “Nanti Zaqwan dah besar, Zaqwan nak bunuh adik….nak rotan

ayah pulak..(dengan nada penuh keyakinan)”.

Bapa Zaqwan : Zaqwan.. tak baik cakap macam tu depan cikgu ni.. macam itulah

cikgu..saya cuma risaukan kalau dia suatu hari nanti dah

bersekolah..takut dia menganiaya kawan-kawan.

Melalui pemerhatian ini dapat kami lihat, Zaqwan seorang kanak-kanak yang

mempunyai sikap pendendam. Dia juga seorang yang berani melafazkan apa sahaja

yang terlintas di fikirannya. Kata-kata Zaqwan itu dengan pantas ditegur oleh bapanya

dan Zaqwan terus terdiam kerana menghormati bapanya dan tetamu yang datang. Ini

menunjukkan Zaqwan masih mampu mengawal emosinya walaupun hakikatnya dia

tidak mengetahui apa yang dilafazkan ketika itu.

4.3.3 Membina perwatakan kendiri

Berdasarkan transkripsi temubual dengan ibu bapa Zaqwan di rumah mereka,

kami dapati Zaqwan seorang kanak-kanak yang mempunyai keyakinan iaitu percaya

bahawa dia boleh melakukan apa sahaja yang diingininya. Kanak-kanak pada tahap

umur Zaqwan ini adalah seorang pemerhati yang baik dan sentiasa percaya bahawa

mereka juga mampu melakukan apa sahaja yang mereka inginkan. Ini terbukti

berdasarkan temubual kami bersama ibu bapa Zaqwan di rumah mereka:

“Ibu Zaqwan : Hmmm..Zaqwan ni jenis nak kena suruh baru nak buat. Tetapi

ada kalanya dia juga boleh diharap seperti membantu saya membuat kerja-kerja di

dapur seperti memotong bawang dan membancuh air dan saya masih perlu mengawasi

tingkahlakunya ketika berada di dapur”.

Melalui dapatan kajian ini, kami dapati ibu Zaqwan bertindak secara positif

apabila menggalakkan Zaqwan membuat perkara yang disukainya seterusnya dapat

membantu anaknya mengawal emosi dan meningkatkan kendirinya.

19

Page 20: Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

4.3.4 Kebolehan mengawal diri

Berdasarkan pemerhatian kami melalui rekod berterusan pada lampiran……,

kami mendapati Zaqwan seorang kanak-kanak yang dapat mengawal diri dan

mendengar arahan apabila ditegur. Walaupun kadangkala Zaqwan dilihat tidak selesa

dengan keadaan yang sedang dilaluinya, tetapi dia masih boleh mengawal diri dan tidak

berkelakuan negatif sehingga mendatangkan masalah kepada orang lain. Ini dapat

dibuktikan melalui pemerhatian rekod berterusan di lampiran 2:

“Apabila ustazah meminta semua murid menyebut ejaan di hadapan

papan putih dengan bimbingannya, Zaqwan dilihat tidak peka dengan arahan ustazah

dan dia juga duduk dalam keadaan berpeluk tubuh dan bermain-main mengusik kawan-

kawan disekitarnya. Sekali lagi Zaqwan ditegur oleh Ustazah agar tidak mengulanginya

lagi.Tiba-tiba Zaqwan dilihat bangun dari barisan dan berjalan ke tempat duduknya.

Dengan langkah yang bersahaja Zaqwan mengeluarkan patung mainan dari beg

sekolahnya. Dia meletakkan patung mainan itu dan meninggalkannya di atas mejanya.

Setelah itu dia kembali duduk di dalam barisannya”.

Apabila ditegur oleh ustazah sebanyak dua kali, Zaqwan dilihat tidak

menghiraukan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung dan

melakukan sesuatu perkara yang tidak ketahui oleh kami. Secara tiba-tiba Zaqwan

bertindak mengeluarkan patung mainannya. Tetapi tindakan Zaqwan itu tidak

mendatangkan tingkahlaku yang mengganggu terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran ustazah.

Selain daripada proses pengajaran dan pembelajaran di kelas ustazah,

pemerhatian rekod berterusan ketika Zaqwan melakukan aktiviti di luar bilik darjah juga

telah menunjukkan dia seorang kanak-kanak yang dapat mengawal diri. Ini berdasarkan

pemerhatian rekod berterusan di lampiran 4:

“Terdapat juga beberapa kawan-kawan Zaqwan yang bermain di

sekitarnya. Mereka juga berminat bermain kiub bongkah bersama-sama dengan

20

Page 21: Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Zaqwan. Di awalnya Zaqwan dilihat tidak berkira untuk berkongsi kiub bongkah untuk

bermain bersama-sama tetapi diakhirnya dia sudah tidak mahu berkongsi”.

Melalui dapatan kajian ini, kami mendapati walaupun pada akhirnya

Zaqwan dilihat tidak mahu berkongsi kiub dengan kawan-kawannya yang lain, Zaqwan

masih bermain bersama-sama mereka tetapi dia ingin bermain secara sendirian. Ketika

pemerhatian, kami sentiasa menasihati Zaqwan dan kawan-kawannya agar bermain

bersama-sama bagi menggalakkan mereka membina kemahiran sosial dan emosi

melalui peraturan yang tertentu.

Berdasarkan temubual dengan ibu bapa Zaqwan, kami mendapati

bapanya amat risau dengan tingakahlaku Zaqwan yang kadangkala terlampau ganas

dan memerlukan pengawasan yang berterusan. Melalui pengakuan ibunya, mereka

telah mencuba pelbagai cara bagi mengurangkan tingkahlaku agresif pada Zaqwan:

“Ibu Zaqwan : Ada juga kami carikan Zaqwan air penerang hati melalui

rawatan Islam ni..kami cuma berharap agar hati Zaqwan mudah diterangkan dan

dilembutkan dan tidak lagi terlampau agregsif”.

Melalui dapatan kajian ini, kami mendapati ibu bapa Zaqwan amat

mengambil berat tentang kebajikan anak mereka. Mereka juga lebih mengenali

tingkahlaku Zaqwan dan berharap Zaqwan tidak bertindak ganas diluar jangkaan

mereka.

4.3.5 Membina kemahiran sosial dalam interaksi dengan orang lain.

Berdasarkan pemerhatian melalui rekod berterusan pada lampiran 5,

kami dapati Zaqwan dapat membina kemahiran sosial yang baik dengan orang lain

khususnya dengan kami yang baru dikenalinya. Ini dapat dibuktikan melalui dapatan

pada rekod berterusan semasa kami membuat pemerhatian ke atasnya:

“Semasa menemubual ibu bapa Zaqwan, dia juga berada bersama-sama

kedua ibu bapanya. Sepanjang pemerhatian kami melihat tingkahlaku Zaqwan di

21

Page 22: Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

rumah, dia kelihatan mesra dengan ibu bapanya. Kedatangan kami juga telah

dimaklumkan oleh Zaqwan kepada ibu bapanya”.

Melalui dapatan kajian ini, kami mendapati Zaqwan seorang kanak-kanak

yang mudah mesra dan sentiasa mengalu-alakan kedatangan tetamu kerumahnya. Ibu

bapanya juga sangat ramah melayani kunjungan kami ke rumah mereka. Semasa di

rumah, kami juga mendapati Zaqwan telah dididik agar menghormati tetamu seperti

bersalaman dan sentiasa mendengar teguran yang diberikan oleh bapanya.

Nabilah Binti Jumal (880312565210)

Bersyukur saya kehadat Allah s.w.t kerana dengan izinNya saya dapat

menyiapkan tugasan PRA 3111 ini. Pada semester 6 kali ini, saya telah mempelajari

tentang tajuk berkaitan dengan Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-Kanak

dalam Prasekolah. Tugasan ini memerlukan saya melakukan pemerhatian terhadap

kanak-kanak Prasekolah dan melihat perkembangan mereka melalui pelbagai aspek

dan kemahiran.

Dalam tugasan saya ini. aspek yang diperhatikan adalah perkembangan

sosioemosi. Menurut Widmer (1970) menunjukkan kanak-kanak memerlukan banyak

peluang untuk bertindak balas dalam persekitarannya mengikut perbezaan individu

untuk membuat pilihan, bertindak dan bergerak balas dalam persekiatran yang

mengambil berat mengenai mereka termasuk perkembangan minat dan keupayaan.

Melalui kajian pemerhatian yang telah saya lakukan, pelbagai aspek kemahiran telah

dinilai bagi memastikan kanak-kanak dapat mencapai tahap perkembangan sosioemosi

yang sesuai dengan peringkat perkembangan umur mereka.

Kami berdua telah membuat perancangan bagi memastikan tugasan ini dapat

berjalan lancar dan sistematik. Pada permulaan, kami memulakan tugasan dengan

mencari dan mengumpul maklumat mengenai penaksiran dan penilaian perkembangan

kanak-kanak. Seterusnya kami mencari maklumat berkaitan dengan jurnal yang selari

22

Page 23: Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

dengan perkembangan sosioemosi yang ingin kami kaji. Setelah selesai mencari dan

mengumpulkan maklumat berkaitan dengan konsep, objektif, prinsip, teknik penaksiran

dan kajian literatur, kami memulakan langkah kedua iaitu membuat pemerhatian

terhadap kanak-kanak yang dikaji. Pada setiap minggu jika mempunyai kelapangan

masa, kami akan ke Prasekolah IPG Kampus Dato’ Razali Ismail untuk menjalankan

kajian ke atas kanak-kanak yang telah dipilih. Selain daripada instrumen rekod

berterusan yang kami gunakan, kami juga membuat kajian melalui pengumpulan data

seperti gambar, rakaman, hasil kerja, dan temubual. Kesemua kaedah ini amat

membantu kami dalam mendapatkan maklumat yang tepat sekaligus sahih berkaitan

dengan kanak-kanak yang diperhatikan.

Setelah selesai membuat pemerhatian, kami berdua membuat perbincangan

dalam melengkapkan laporan. Mengikut Rohaty (1992) pandangan kendiri yang positif

adalah merupakan asas kejayaan kepada kanak-kanak. Dengan adanya keinginan ini

maka dengan sendirinya kanak-kanak akan mengasah bakat kreatifnya. Perkara ini

terbukti melalui dapatan kajian pemerhatian saya ke atas kanak-kanak yang dikaji

menunjukkan beliau mempunyai imaginasi yang tinggi dalam membayangkan sesuatu

perkara seperti mempunyai keluarga khayalan walaupun hakikatnya perkara itu tidak

wujud dalam kehidupan sebenarnya. Selain itu, pergaulan melalui persekitaran juga

amat membantu kanak-kanak dalam membina kendiri yang positif atau negatif.

Bedasarkan kajian kanak-kanak yang diperhatikan, saya berpendapat guru

prasekolah tersebut perlu mewujudkan suasana kelas yang dapat mempertingkatkan

tahap kreativti kanak-kanak yang mempunyai imaginasi yang tinggi. Melalui aktiviti

kreativiti, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan melalui lukisan dan pelbagai lagi

cara bagi menggalakkan pemikiran mereka yang mempunyai sifat ingin tahu dan berani

mencuba sesuatu perkara yang baru. Guru dan juga ibu bapa perlu sedar

tanggungjawab mereka dalam mengenal pasti kebolehan dan tahap keupayaan kanak-

kanak agar mereka dapat menyalurkan bakat semulajadi yang ada alam diri melalui

cara yang lebih efektif.

23

Page 24: Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Kelebihan tugasan ini antaranya yang pertama ia telah melatih dan memahirkan saya

dalam kemahiran merekod terutamanya dalam membuat rekod berterusan. Selain itu,

rekod dan maklumat yang dikumpul amat memudahkan saya membuat rujukan tentang

tingkahlaku kanak-kanak yang dikaji. Segala maklumat dan dapatan yang diterima

adalah sebagai bahan bukti yang sahih bagi memastikan kajian yang dibuat mengikut

spesifikasi yang tepat. Kedua, tugasan ini juga telah memberi pengalaman yang amat

bermakna kepada saya dalam membuat pencarian jurnal daripada pelbagai maklumat.

Ini juga adalah pengalaman pertama saya sepanjang membuat tugasan di IPG. Segala

jurnal yang dikumpulkan adalah selari dan berkaitan dengan perkembangan dan

kemahiran yang dikaji. Kelebihan ketiga pula ialah saya dapati tugasan ini telah

mendekatkan saya dengan masyarakat sekeliling terutamanya dalam membina

hubungan yang positif dengan ibu bapa, keluarga, guru, pembantu prasekolah dan juga

kanak-kanak prasekolah. Pengalaman berinteraksi dengan masyarakat memberi

peluang kepada saya membina keyakinan diri dalam bersosial dengan orang lain. Saya

sebagai bakal guru prasekolah perlu mempersiapkan diri dalam membina hubungan

yang mesra dan rapat dengan ibu bapa terutamanya bagi memastikan setiap aktiviti

yang berkaitan dengan prasekolah mendapat sokongan dan kerjasama daripada ibu

bapa. Kelebihan terahkir dalam tugasan ini ialah ia telah menggalakkan saya

mempelajari dan memahirkan lagi tentang perkembangan yang terdapat pada kanak-

kanak. Melalui perkembangan sosioemosi ini, dapat saya rumuskan perkembangan

emosi dan sosial yang sihat sangat penting dalam kehidupan seseorang dan

seterusnya mempengaruhi kejayaan dalam pembelajaran mereka.

Kelemahan tugasan ini antaranya, pertama kami tidak mempunyai banyak masa untuk

menjalankan kajian terhadap kanak-kanak yang dikaji. Ini disebabkan oleh kekangan

masa untuk menghadiri kelas pada waktu pagi dan prasekolah hanya bersekolah pada

waktu pagi juga. Tugasan ini mungkin akan lebih bermakna jika ianya diberikan lebih

awal dan masa kajian boleh dilakukan lebih lama contonhnya tugasan ini diberikan

semasa praktikum selama dua bulan yang lalu. Permerhatian dan dapatan kajian

mungkin lebih teratur dan tidak terlampau singkat seperti yang dialami kini. Kelemahan

kedua pula ialah kesukaran mencari jurnal yang sesuai untuk dijadikan kajian literatur.

24

Page 25: Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Keterbatasan pengalaman menyebabkan pencarian jurnal dilihat sukar dan bebanan

pada permulaan tugasan dirasakan amat berat untuk memahami apa yang tersirat di

dalam maklumat jurnal yang dicari. Kelemahan ketiga pula ialah saya tidak dapat

memahirkan diri dalam membuat catatan rekod-rekod yang lain kerana hanya

menfokuskan pada tugasan rekod yang diberikan sahaja. Rekod yang diperhatikan

hanyalah satu sahaja dan saya tidak berpeluang melatih dan memahirkan diri untuk

membuat catatan rekod yang lain. Manakala kelemahan yang terakhir pula ialah saya

dapati penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah tidak disempurnakan oleh

guru prasekolah. Sebagai bukti tiada maklumat mengenai rekod berterusan yang saya

kaji boleh dijadikan bahan rujukan daripada guru prasekolah.

Sebagai bakal guru prasekolah, aspek penaksiran dan penilaian terhadap

perkembangan kanak-kanak terhadap perkembangan mereka tidak patut diabaikan.

Kesemua perkembangan termasuk kognitif, bahasa, emosi dan sosial perlu

diperhatikan dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab. Menurut Almy (1975)

berpendapat matlamat mana-mana program untuk kanak-kanak yang dikehendakinya

sepatutnya menyediakan persekitaran fizikal dan sosial yang akan meninggikan imej

diri kanak-kanak. Oleh itu guru perlu menyediakan segala kemudahan yang sesuai

dengan tahap perkembangan kanak-kanak.

Sebagai kesimpulan, tugasan ini memberi pengalaman kepada saya sebagai bakal

guru prasekolah pada masa hadapan untuk menentukan penilaian dan penaksiran yang

sesuai digunakan ketika berada di prasekolah. Segala penilaian dan penaksiran yang

dijalankan adalah rekod, bukti dan maklumat yang dapat digunakan bagi memastikan

perkembangan kanak-kanak mempunyai peningkatan dari pelbagai aspek

perkembangan yang terdapat dalam kurikulum prasekolah kebangsaan.

5.0 Rumusan dan Cadangan.

25

Page 26: Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Bahagian ini akan membincang dan menghuraikan rumusan keseluruhan daripada hasil

dapatan kajian kami serta cadangan-cadangan untuk kajian seterusnya.

5.1 Rumusan.

Hasil kajian kami mendapati secara keseluruhannya Zaqwan masih belum dapat

mengawal emosinya dengan baik. Subjek yang kami pilih ini juga masih belum

sepenuhnya mempunyai kebolehan untuk menilai sama ada sesuatu idea itu baik atau

kurang baik. Selain itu juga, Zaqwan masih belum mampu membina kemahiran emosi

untuk memahami diri dengan orang lain dan juga masih belum mengamalkan tingkah

laku yang baik seperti yang sepatutnya. Hal ini dapat dibuktikan sepanjang pemerhatian

kami terhadap subjek. Sebagai contoh, situasi di mana subjek menconteng muka

adiknya dengan menggunakan pen kerana adiknya ingin berkongsi pensil warna dan

situasi di mana Zaqwan berlari-lari di atas tembok tanpa memikirkan bahaya dan tanpa

menghiraukan larangan ibu dan bapanya.

Ini bertentangan dengan hasil kajian Profesor Madya Anna Christina Abdullah dari

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia yang menyatakan

kanak-kanak semuda 4 tahun sudah dapat memahami yang tingkah laku mereka ada

punca-puncanya bahawa setiap orang mempunyai perasaan dan bahawa terdapat lebih

dari satu penyelesaian kepada setiap masalah. Selain itu, beliau juga ada menyatakan

kanak-kanak dalam peringkat umur tersebut sudah mempunyai kemahiran untuk

menilai sama ada sesuatu idea itu baik atau kurang baik.

Berdasarkan pemerhatian yang telah kami jalankan, hanya terdapat satu cara di mana Zaqwan dapat menguruskan emosinya sendiri dengan baik dan bagaimana cara untuk menstabilkan emosinya iaitu melalui terapi lukisan. Kami telah cuba memerhatikan Zaqwan semasa beliau melukis. Beliau akan memberi sepenuh perhatian dan melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Pada pendapat kami ini juga adalah merupakan salah satu cara terbaik untuk melatih beliau memberi tumpuan terhadap sesuatu pekerjaan lain yang dilakukan.

26

Page 27: Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Melalui sikap yang ditunjukkannya itu, kami membuat beberapa pembacaan dan

rujukan mengenai terapi emosi melalui seni atau lukisan. Kami juga pernah mengikuti

satu Kem Terapi Emosi pada semester dua. Melalui rujukan yang dan hasil daripada

kem tersebut, kami dapat memahami bahawa lumrah kanak-kanak suka melukis.

Bermula daripada contengan, kepada garis senget, bulatan, orang lidi sehingga mereka

pandai melakar bentuk tertentu, mereka akan melakukannya dengan tekun dan

sepenuh hati.

Melukis bukanlah suatu kerja yang sia-sia walaupun lukisan seseorang kanak-kanak itu kelihatan seperti cakar ayam. Justeru, minat kanak-kanak terhadap lukisan tidak seharusnya dihalang kerana ia banyak memberi manfaat dan memberi sumbangan besar terhadap perkembangan emosi, minda, intelek dan merangsang kemahiran tangan kanak-kanak. Melukis boleh merangsang pembentukan minda kreatif kanak-kanak selain ‘menggerakkan’ otak kanan untuk berfikir. Kebanyakan aktiviti seperti percakapan, analisis (mentafsir), rasional, logikal, belajar bahasa dan mengira (termasuk mengenal abjad dan huruf) menggunakan otak kiri. Manakala otak kanan pula digunakan dalam aktiviti kreatif yang tidak membabitkan perkataan seperti lukisan, kraf dan muzik.

Mungkin tidak ramai ibu bapa sedar, melukis adalah aktiviti menggembirakan dan boleh menenangkan perasaan anak. Keinginan ibu bapa melihat anak mereka pandai dalam bidang akademik (termasuk membaca dan mengira) pada usia sangat muda boleh membuat anak tertekan. Keadaan menjadi lebih sukar kerana kanak-kanak tidak tahu untuk memberitahu mereka berasa tertekan.

Lukisan juga boleh menjadi medium untuk seseorang meluahkan perasaan. Kanak-kanak lebih besar seperti prasekolah pandai menyatakan emosi atau apa terjadi kepada mereka melalui lukisan wajah sedih, marah, gembira atau takut. Mereka juga melukis apa yang ingin dimiliki atau dilakukan.

Ini juga sebabnya lukisan dijadikan terapi (dikenali sebagai terapi seni) ke atas kanak-kanak yang alami masalah psikiatri atau melalui trauma. Terapi seni digunakan untuk membantu kanak-kanak yang mengalami trauma dengan kematian ibu bapa dan hilang tempat tinggal seperti insiden taufan, gempa bumi atau peperangan.

Namun, terapi seni bukan hanya untuk kanak-kanak bermasalah saja. Seni sama ada lukisan, kraf, kolaj atau yang menggunakan tanah liat juga mempunyai kesan terapeutik kepada semua golongan.

Kini ramai ibu bapa moden, terutama yang tinggal di bandar, mula menghantar anak ke kelas seni dan kraf selepas menyedari manfaatnya, terutama dalam membantu perkembangan minda serta terbukti dapat meningkatkan daya tumpuan ketika belajar.

27

Page 28: Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Melukis juga cara anak meluahkan pemikiran dan perasaan. Oleh kerana penguasaan bahasa terhad, kebanyakan kanak-kanak tidak tahu menceritakan apa yang ada dalam fikiran mereka. Ibu bapa boleh menjadikan lukisan anak sebagai perantara untuk berkomunikasi dengan si kecil. Beri rangsangan kepada anak dengan memuji lukisan mereka cantik, walaupun pada pandangan anda ia hanya corengan.

Terapi seni sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku. Ia juga proses seni

yang membantu membaiki fizikal, mental dan emosi pesakit. Ini berdasarkan

kepercayaan proses kreatif membabitkan luahan artistik individu membantu mereka

menyelesaikan konflik dan masalah, membangunkan kemahiran dalaman,

menguruskan tingkah laku, mengurangkan tekanan, meningkatkan jati diri.

Presiden Persatuan Pskiatri Malaysia sendiri iaitu Dr Yen Teck Hoe ada mengatakan

bahawa seni asasnya adalah produk pemikiran dan emosi. Ia juga boleh diklasifikasikan

sebagai perangkap persepsi yang mewakili minda pada satu-satu masa. Walaupun

hanya satu garisan, ia adalah luahan emosi pelukis.

Dr Yen berkata, di Malaysia sekurang-kurangnya seorang daripada sembilan pesakit gangguan psikotik berhadapan dengan masalah tekanan, kekacauan bipolar dan skizofrenia. Mereka kerap tidak difahami dan kadangkala tidak diberi peluang untuk pulih. Beliau menambah, proses perubatan itu hanya bersifat holistik. Ubat saja tidak boleh mengubati masalah berkaitan komunikasi atau sosial dengan orang lain bagi mereka yang sakit mental. Namun, terapi seni lukisan, malah muzik dan tarian boleh membantu mereka meluahkan perasaan tanpa bercakap.

Dengan cara itu katanya, ia dapat mengurangkan tekanan, ketakutan dan kebimbangan sebaliknya memberikan mereka satu bentuk kebebasan dalam pemikiran. Proses kreatif ini melonjakkan harga diri mereka, membantu proses pemikiran dan membolehkan mereka meneroka persoalan peribadi.

Apa yang dapat kami simpulkan adalah ibubapa tidak seharunya membuat tafsiran sendiri kerana mereka tidak tahu apa yang ada dalam fikiran anak, sebaliknya ibubapa perlu meminta anak-anak bercerita mengenai lukisan mereka. dengan cara ini, ibubapa sekaligus dapat menggalakkan menggalakkan anak-anak untuk berfikir iaitu bermula daripada proses melukis hinggalah kepada bercerita. Sesetengah kanak-kanak sukar diajak berkomunikasi, terutama jika mereka seorang yang pendiam. Sebenarnya komunikasi perlu berlaku dalam dua hala dan lukisan boleh menjadi medium untuk berinteraksi dengan anak-anak.

28

Page 29: Penaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak

PRA 3111 : PENAKSIRAN DAN PENILAIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Kami telah membuat rujukan di sebuah blog di mana penulisnya, mengatakan bahawa komen positif terhadap hasil kerja kanak-kanak seperti lukisan akan membuatkan mereka gembira. Beliau juga menyatakan biasanya dalam keadaan gembira kanak-kanak lebih mudah berinteraksi dan bercerita. Hal ini dapat kami lihat sendiri dengan jelas pada Zaqwan, di mana beliau sebenarnya adalah seorang yang agak sukar untuk bergaul dengan orang lain kecualilah saudara terdekat dan rakan-rakan dari jantina yang sama sahaja. Tetapi, apabila kami meminta beliau untuk melukis beliau akan menunjukkan minat yang tinggi dan senang untuk bercerita mengenai lukisannya. Lebih banyak ibubapa terbabit dalam aktiviti ini, anak-anak akan berasa lebih seronok. Malah, ibubapa boleh melukis bersama dengan anak yang secara tidak langsung bukan saja dapat mengeratkan hubungan, tetapi menghabiskan masa berkualiti bersama kanak-kanak.

Mungkin ada ibu bapa tidak tahu bagaimana hendak memberi rangsangan tambahan kepada anak selain membeli alat melukis dan meluangkan masa bersama mereka. Sebenarnya, banyak usaha lain yang boleh dilakukan seperti menyediakan tempat atau bilik khas untuk mempamerkan lukisan anak-anak. Sebagai contoh, sekiranya sesebuah rumah itu sempit, ibubapa boleh membuat ‘ampaian khas’ untuk menggantungkan lukisan anak-anak dengan hanya menggunakan tali dan penyepit. Ini memudahkan ibubapa menukar lukisan baru apabila kanak-kanak menghasilkan karya baru. Kaedah mudah begini memberi galakan kepada anak meluahkan kreativitinya di atas kertas dan ibubapa juga dapat membantu tugas guru dalam mengesan perubahan emosi kanak-kanak bagi memastikan perkembangan sosioemosi yang positif dan sihat di kalangan kanak-kanak.

http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/01/lukisan-luahan-jiwa.html

5.2 Cadangan.

5.3 Manfaat Penaksiran dan Penialain Perkembangan Kanak-kanak.

29