kpd3016 pengajaran teknologi dan penaksiran (modul 3)

Upload: maimanah-murad

Post on 19-Jul-2015

1.771 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

UNIT PELAJARAN 1 KONSEP ASAS PENGUJIAN, PENGUKURAN, PENILAIAN DAN PENTAKSIRANHASIL PEMBELAJARANDi akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menghuraikan maksud pengujian (testing), pengukuran (measurement), penaksiran (assessment) dan penilaian (evaluation). 2. Menghuraikan perkaitan di antara pengujian, pengukuran, penaksiran dan penilaian.

PENGENALAN

1

Sebagai seorang guru atau pelajar kita harus memahami bahawa matlamat utama penilaian adalah untuk membekalkan maklumat. Situasi seperti di Rajah 1.1 mungkin anda hadapi ketika anda ingin mengumpul maklumat tersebut. Untuk mengumpul maklumat tersebut, guru akan memberi ujian kepada murid-muridnya. Pada pendapat anda, adakah kaedah ujian yang dijalankan seperti dalam rajah di atas boleh dilaksanakan?

A

dakah anda sedar bahawa biasanya, murid ingin mengetahui prestasinya sendiri melalui ujian dan guru pula boleh mengenal pasti kelemahan murid, dan menilai keberkesanan pengajarannya. Di pihak ibu bapa pula, mereka boleh menilai prestasi anaknya melalui

laporan kemajuan murid. Bagi pentadbir pula, berbagai-bagai keputusan boleh dibuat berdasarkan maklumat ujian tersebut.

ISI KANDUNGANApa maksud pengujian?

B

aiklah. Selepas menyedari kepentingan penilaian kepada murid serta pihak-pihak yang berkepentingan, kita akan mempelajari apakah maksud ujian atau pengujian itu. Ujian merupakan satu kaedah, tugas atau prosedur untuk memperoleh pemerhatian yang

sistematik tentang sifat seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi. Tujuan ujian pencapaian adalah untuk mengukur prestasi murid dalam berbagai-bagai mata pelajaran di sekolah. Manakala ujian psikologi adalah untuk mengukur sikap, minat, personaliti dan ciri-ciri psikologi yang lain. Kebiasaannya ujian memerlukan murid bertindak balas terhadap soalan atau butiran. Ujian boleh dibuat secara bertulis dalam bentuk soalan pelbagai pilihan atau esei dan juga dalam bentuk pemerhatian yang memerlukan pemerhati membuat pemeringkatan atau catatan rekod. Oleh itu, murid tidak semestinya sedar bahawa ia sedang diuji. Cronbach (1970) telah mendefinisikan ujian sebagai satu prosedur sistematik untuk memerhati tingkah laku seseorang dan memperihalkannya dengan bantuan skala bernombor atau satu sistem berkategori. Contoh skala bernombor adalah seperti angka 20/100 untuk ujian penglihatan, 120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 75/100 untuk ujian pencapaian bagi mata pelajaran Geografi.

2

Bagi sistem berkategori ialah ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti dan buta warna hijau merah bagi ujian penglihatan. Dari segi perlaksanaannya, ujian terbahagi kepada dua kumpulan: 1. ujian berbahasa 2. ujian bukan berbahasa Ujian berbahasa adalah seperti ujian pensel dan kertas (ujian bertulis) dan ujian lisan. Ujian bukan berbahasa adalah ujian prestasi yang lebih menumpukan kepada kemahiran psikomotor daripada kemahiran kognitif. Contohnya ujian membaiki radas elektronik. Bilangan calon yang mengambil ujian terbahagi kepada ujian perseorangan dan ujian berkumpulan. Ujian berkumpulan seperti ujian pencapaian di sekolah, manakala ujian perseorangan seperti ujian kecerdasan The Stanford Biner Intelligence Scale dan The Weschsler Intelligence Scale. Kedua-dua ujian kecerdasan itu ditadbir kepada seorang murid pada satu-satu masa.

Tuliskan satu atau dua ayat sendiri, apakah yang dimaksudkan dengan pengujian?. ____________________________________________________________ ______________________________________________________________________

Apa maksud pengukuran?Sax (1997), mendefinisikan pengukuran sebagai umpukan atau pemberian angka-angka atau nombor kepada sesuatu objek atau perkara mengikut satu set peraturan yang telah ditetapkan. Dalam erti kata lain, ujian berupaya mengukur pencapaian murid. Bagi seseorang guru di bilik darjah, aspek pengukuran pendidikan itu selalu dikaitkan dengan ujian di bilik darjah. Bagi ahli psikologi klinikal, pengukuran pendidikan melibatkan ujian-ujian psikologi yang lebih bertumpu kepada pengukuran nilai-nilai afektif individu.

3

Pengukuran dalam pendidikan sebenarnya adalah langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seseorang memiliki sifat tertentu. Biasanya suatu indeks berangka kepada prestasi seseorang diberikan supaya status individu tersebut secara lebih tepat dapat mewakili sifat tertentu. Misalnya, Azman dapat markah 75 peratus dalam ujian Bahasa Melayu, atau prestasi purata sekumpulan murid dalam mata pelajaran Matematik ialah 60 peratus. Kita hanya mengukur dan tidak menentukan nilai. Sebab itu, contoh tersebut tidak dinyatakan sama ada prestasi tersebut baik atau sebaliknya. Pengukuran ialah penentuan status dan penilaian ialah penentuan nilai. Seseorang murid mungkin mengukur panjang sebuah meja, jarak masa larian satu kilometer, rintangan satu litar arus elektrik atau pencapaian seseorang murid. Setiap pengukuran ini melibatkan sifat atau pemboleh ubah yang berbeza-beza bagi satu objek atau perlakuan tertentu. Pengukuran memberi maklumat tentang sifat atau aktiviti yang diukur. Biasanya maklumat yang diperoleh ada kaitan dengan telahan ke atas fenomena tertentu. Contohnya panjang meja diperlukan untuk mengetahui sama ada meja itu boleh ataupun tidak untuk diletakkan di ruang tamu. Sebenarnya, apa yang diukur bukanlah objek tetapi sifat objek. Begitu juga kita tidak mengukur pelajar tetapi mengukur tinggi, berat atau pencapaian pelajar. Atribut-atribut yang boleh diukur mempunyai sifat-sifat kuantitatif, iaitu nilainya adalah dalam bentuk nombor.

Tuliskan satu atau dua ayat sendiri, apakah yang dimaksudkan dengan pengukuran?. _______________________________________________________________ ________________________________________________________________________

Apa maksud penaksiran?Pada umumnya penaksiran melibatkan membuat keputusan berdasarkan kepada sesuatu peraturan atau piawaian. Penaksiran mempunyai ciri-ciri berikut: a) b) Merupakan satu proses mengumpul data bertujuan membuat keputusan tentang individu atau kumpulan Ujian merupakan sebahagian daripada penaksiran

4

c)

Apabila penaksiran dibuat ke atas pelajar, guru sebenarnya mengukur tahap kecekapan untuk menentukan sama ada tahap kecekapan yang perlu dikuasai pada satu-satu peringkat pengajaran dan pembelajaran telah dapat diwujudkan.

Penaksiran boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut kriteria tertentu, iaitu pembahagian mengikut: 1. tujuan penaksiran, 2. darjah keutamaan antara faktor ekonomi, ketulenan atau realisme (autentik), dengan kebolehpercayaan, 3. cara bagaimana data yang dikumpul ditafsir dan dinilai.

Pengkelasan penaksiran mengikut tujuan penaksiran. Tujuan Mengenal pasti kelemahan dan kesediaan belajar Mempelbagaikan penaksiran secara berkala bagi tujuan memberi gred Membantu pelajar belajar secara berterusan Memberi gred Melapor kepada pihak luar Membuat keputusan tentang sesuatu tindakan Jenis Penaksiran diagnostik (diagnostic assessment) Penaksiran formatif (formative assessment) Penaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning dan assessment as learning) Penaksiran sumatif (summative assessment) atau penaksiran hasil pembelajaran (assessment of learning)

Perbezaan antara assessment for learning dengan assessment as learning Assessment for learning Sejauh mana pembelajaran berlaku dibuat perbandingan dengan kriteria yang merujuk kepada hasil pembelajaran yang diharapkan Assessment as learning Sejauh mana pembelajaran berlaku dibuat perbandingan dengan prestasi kendiri sebelumnya

Pengkelasan penaksiran mengikut darjah keutamaan antara faktor ketulenan (realisme), ekonomi (praktikal) dan kebolehpercayaan (konsisten)

Faktor yang diutamakan

Jenis

5

Ketulenan (authenticity) Ekonomi dan kebolehpercayaan

Penaksiran autentik Penaksiran konvensional/tradisional atau pengujian

Menyeimbangkan faktor ketulenan, ekonomi, dan kebolehpercayaan penaksiran Apabila konteks penaksiran prestasi mempunyai darjah ketulenan yang sangat tinggi, biasanya ia tidak seragam dan/atau tidak ekonomi untuk dijalankan. Memaksimumkan salah satu daripada tiga faktor ini (ketulenan, kebolehpercayaan, dan ekonomi) akan menyebabkan dua faktor lain terjejas dengan teruk. Oleh sebab ketulenan, ekonomi, dan kebolehpercayaan semuanya penting, guru perlu mempertimbangkan dengan teliti semua faktor ini dan cuba menonjolkan salah satu hanya apabila faktor lain itu tidak begitu terjejas. Strategi terbaik adalah mencari titik keseimbangan di mana tahap setiap faktor itu cukup tinggi berbanding memaksimumkan hanya satu faktor. Namun pemilihan banyak juga bergantung kepada tujuan penaksiran itu dijalankan. Perbezaan antara penaksiran autentik dengan penaksiran konvensional/tradisional atau pengujian Penaksiran autentik Biasanya pelajar perlu melakukan sesuatu tugasan Konteks kehidupan sebenar Membina/mengaplikasi Penstrukturan pelajar Bukti secara langsung Penaksiran konvensional/ tradisional atau pengujian Biasanya pelajar memilih respon dan/atau menulis ayat pendek Konteks terkawal Mengingat kembali/mengenal pasti Penstrukturan guru/pengajar Bukti secara tidak langsung

Terdapat juga istilah penaksiran alternatif yang agak sinonim dengan penaksiran autentik. Namun terdapat sedikit perbezaan iaitu penaksiran alternatif merupakan penaksiran selain daripada penaksiran kertas-dan-pensel. Ada kalanya darjah ketulenannya tidak begitu tinggi, cuma ia bukan ujian kertas-dan-pensel, maka mungkin tidak boleh dikategorikan sebagai penaksiran autentik. Penaksiran autentik biasanya mempunyai darjah ketulenan yang tinggi iaitu penaksiran itu dijalankan dalam konteks kehidupan sebenar. Sebagai contoh, menaksir kebolehan mengajar semasa pelajar menjalankan latihan mengajar di makmal mikropengajaran merupakan penaksiran alternatif tetapi darjah ketulenannya tidak begitu

6

tinggi berbanding menjalankan latihan mengajar di sekolah, di mana ia dilakukan dalam konteks kehidupan sebenar. Namun jika dibandingkan latihan mengajar di makmal dengan ujian kertas-dan-pensel seperti peperiksaan akhir semester, darjah ketulenan latihan mengajar di makmal mikropengajaran bagi mengukur kebolehan mengajar itu adalah lebih tinggi, maka lebih autentik daripada ujian kertas-dan-pensel. Walau bagaimanapun, dalam konteks kebolehan menghasilkan penulisan kreatif, misalnya, penaksiran kertas-dan-pensel merupakan penaksiran autentik jika diberi kebebasan dari segi masa kerana bertepatan dengan situasi penulisan kreatif dalam kehidupan seharian.

Pengkelasan penaksiran mengikut cara bagaimana data yang dikumpul ditafsir dan dinilai

Cara tafsir dan nilai Mengikut kriteria tertentu yang telah ditetapkan lebih awal Membandingkan prestasi seorang pelajar dengan pelajar lain

Jenis Penaksiran rujukan kriteria (criterion-referenced assessment) Penaksiran rujukan norma (norm-referenced assessment)

Bagi penaksiran rujukan kriteria, contoh kriteria yang ditetapkan yang digunakan di UPSI adalah seperti berikut: Peratus Markah 80-100 75-79 70-74 65-69 60-64 55-59 50-54 45-49 40-44 35-39