2011-04-27_program buli ponteng daerah pgudang 2011

6
PROGRAM TANGANI PONTENG DAN BULI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2011 Anjuran : PEJABAT PELAJARAN DAERAH PASIR GUDANG Dengan Kerjasama : POLIS DI RAJA MALAYSIA (PDRM) Pengelolaan Oleh : MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN NEGERI JOHOR DAERAH PASIR GUDANG KERTAS CADANGAN

Upload: failin2872

Post on 08-Apr-2016

23 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2011-04-27_program Buli Ponteng Daerah Pgudang 2011

PROGRAM TANGANI PONTENG DAN BULI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR

GUDANG TAHUN 2011

Anjuran :

PEJABAT PELAJARAN DAERAH PASIR GUDANG

Dengan Kerjasama :

POLIS DI RAJA MALAYSIA (PDRM)

Pengelolaan Oleh :

MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN NEGERI JOHOR DAERAH PASIR GUDANG

KERTAS CADANGAN

Page 2: 2011-04-27_program Buli Ponteng Daerah Pgudang 2011

KERTAS CADANGAN PROGRAM TANGANI PONTENG DAN BULI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2011

1.0 PENGENALAN

Pembangunan pesat dalam era globalisasi secara langsung telah membawa pelbagai

perubahan dalam dunia pendidikan di negara kita. Kementerian Pelajaran Malaysia

dalam meneruskan agenda pendidikan khususnya dalam melahirkan anak-anak murid

yang bersahsiah terpuji merupakan satu cabaran yang perlu ditangani secara bijak oleh

semua pihak.

2.0 RASIONAL

Keterlibatan murid dalam gejala disiplin sentiasa menimbulkan pelbagai masalah sosial

yang tiada penyelesaiannya. Oleh itu, satu pendekatan yang komprehensif dan

holistik perlu diambil supaya gejala disiplin di peringkat sekolah menengah dapat

ditangani dengan berkesan dan efisien. Masalah ponteng dan buli di sekolah juga

merupakan satu isu disiplin yang semakin menular dikalangan pelajar sekolah. Gejala

ponteng dikalangan pelajar boleh memberi impak negetif kepada diri pelajar terutama

dalam aspek akademik. Bahkan kesan negetif ini akan memberi impak kepada

pergaulan pelajar dengan individu-individu yang bermasalah diluar sekolah tanpa

pengetahuan ibubapa, penjaga dan pihak sekolah semasa waktu sekolah. Gejala buli

pula merupakan satu masalah disiplin yang berat yang boleh menyebabkan pelajar

dikenakan hukuman yang berat sekiranya kesalahan itu dilakukan. Buli sebenarnya

mendekatkan diri pelajar kepada masalah gansterisme samada di dalam mahu pun di

luar sekolah.

Sehubungan itu, Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang mengambil langkah untuk

mendampingi anak-anak murid dengan lebih dekat lagi. Program Tangani Ponteng dan

Buli ini difikirkan sesuai dan tepat dalam langkah KPM untuk meninjau dan menyelami

hati budi anak-anak murid dalam usaha untuk membimbing dan membantu mereka

dalam mengharungi alam remaja yang penuh pancaroba. Dengan kerjasama pihak Polis

Di Raja Malaysia (PDRM), diharap tahap kesedaran pelajar berkenaan gejala ponteng

dan buli dapat ditangani dengan berkesan diperingkat sekolah.

Page 3: 2011-04-27_program Buli Ponteng Daerah Pgudang 2011

3.0 OBJEKTIF

3.1 Murid-murid sedar tentang kesan dan impak negatif masalah ponteng dan buli

terhadap diri mereka.

3.2 Murid-murid dapat panduan dan bimbingan ke arah gaya hidup yang sihat

dan progresif.

4.0 SASARAN

Melibatkan pelajar (bermasalah ponteng dan buli) tingkatan 1 dan tingkatan 2 sekolah

menengah daerah Pasir Gudang seramai 200 orang (lelaki dan perempuan).

5.0 ANJURAN DAN KELOLAAN

Anjuran : Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang

Kerjasama : Polis Di Raja Malaysia (PDRM) – IPD Seri Alam

Kelolaan : Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Cawangan Pasir

Gudang

6.0 TARIKH DAN TEMPAT

6.1 Tarikh : 25 Mei 2011 (Rabu)

6.2 Tempat : Dewan IPD Seri Alam / Dewan SMK Pasir Gudang 2

6.3 Masa : 7.30 pagi – 12.30 tengahari

7.0 PENGISIAN

7.1 Taklimat PDRM disampaikan oleh Pegawai Polis dari IPD Seri Alam.

7.2 Tayangan Klip Video Buli.

Page 4: 2011-04-27_program Buli Ponteng Daerah Pgudang 2011

8.0 IMPLIKASI KEWANGAN Sumber Kewangan : Jabatan Pelajaran Johor Anggaran Perbelanjaan

a. Makan dan Minum

Peserta (200 orang x RM 6.00) = RM 1,200.00

Guru Pengiring (35 orang x RM 6.00) = RM 210.00

AJK Program & VIP (15 orang x RM 6.00) = RM 90.00

b. Pelbagai / Rencam :

Kertas Bahan (A4) = RM 100.00

Cenderahati = RM 200.00

Banner / banting = RM 200.00

RM 2,000.00

9.0 Tentatif Program Slot 1 – Ceramah dan Perbengkelan

Waktu Aktiviti

7.30 pagi Pendaftaran peserta program

8.15 pagi Slot 1 : Taklimat Polis Di Raja Malaysia (PDRM)

10.15 pagi Rehat / Kudapan

10.45 pagi Slot 2 : Tayangan Video Buli dan Ponteng Sekolah

12.00 tengahari Penutup Rasmi oleh PPD Pasir Gudang

12.30 tengahari Makan Tengahari / Bersurai

10.0 PENUTUP

Menyelami hati budi anak-anak murid merupakan satu hasrat murni KPM dalam melahirkan satu masyarakat yang prihatin serta peka terhadap isu-isu semasa. Program Tangani Ponteng dan Buli Pelajar Sekolah dengan kerjasama dan komitmen semua pihak diharapkan dapat memberi impak dalam usaha merealisasikan gagasan 1Malaysia.

Page 5: 2011-04-27_program Buli Ponteng Daerah Pgudang 2011

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM TANGANI PONTENG DAN BULI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2011

Pengerusi

Puan Hajah Saadiah bte Said

Pegawai Pelajaran Daerah

PPD Pasir Gudang

Timb. Pengerusi

Encik Abdul Aziz bin Awang

Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan

PPD Pasir Gudang

Naib Pengerusi

En. Husnizar Bin Ahmad

Penolong PPD Bimbingan Kaunseling Dan Kerjaya Murid

PPD Pasir Gudang

Penyelaras

En. Mohd Reezal Bin Samsudin

Pengerusi MGKK Daerah Pasir Gudang

SMK Taman Molek

Penolong Penyelaras

En. Mohamed Ali Bin Mohd. Yunus

Timbalan Pengerusi MGKK Daerah Pasir Gudang

SMK Pasir Gudang

Setiausaha

Cik Irkhaniza Binti Md. Rahim

SMK Taman Molek

Bendahari

En. Mohd Azrol B Mohd Yusof

SMK Pasir Gudang 2

Ahli Jawatankuasa

Urusetia Program / Pendaftaran : Pn. Siti Zubaidah Binti Abdul Samat

Buku Program / Jemputan (SMK Seri Kota Puteri 2)

Cik Irkhaniza Binti Md. Rahim

(SMK Taman Molek)

Penceramah Tayangan Video : Pn. Norzila Binti Othman

(SMK Pasir Gudang)

En. Mohd. Atan Bin Ali

(SMK Desa Tebrau)

Page 6: 2011-04-27_program Buli Ponteng Daerah Pgudang 2011

Makanan & Minum : Pn. Asiah Binti Mat Yatik

(SMK Pasir Gudang 2)

Pn. Siti Rohana Binti Masdar

(SMK Pasir Gudang 3)

Protokol Majlis/Pengacara : Pn. Nordiana Binti Nordin

Majlis Penutup (SMK Taman Megah Ria)

Pn. Aslina Binti Abdul Wahab

(SMK Seri Alam 2)

Cenderahati Penceramah : Pn. Norzila Binti Othman

(SMK Pasir Gudang)

Fotografi / Dokumentasi : Pn. Norazlina Binti Mohamad Dali

(SMK Bandar Seri Alam)

Keselamatan Pelajar : En. Mohamad Ali Bin Mohd. Yunus

(SMK Pasir Gudang)

En. Mohd. Reezal Bin Samsuddin

(SMK Taman Molek)

LCD / PA Sistem / Siaraya / Banner : En. Mohamed Alfian Harris Bin Omar

(SMK Permas Jaya 2)

En. Mohd Azrol B Mohd Yusof

(SMK Pasir Gudang 2)

Bil Nama Guru Sekolah 1 En. Mohd Reezal Bin Samsudin SMK Taman Molek

2 En. Mohamed Ali Bin Mohd. Yunus SMK Pasir Gudang

3 Cik Irkhaniza Binti Md. Rahim SMK Taman Molek

4 En. Mohd Azrol B Mohd Yusof SMK Pasir Gudang 2

5 Pn. Siti Zubaidah Binti Abdul Samat SMK Seri Kota Puteri 2

6 Pn. Norzila Binti Othman SMK Pasir Gudang

7 En. Mohd. Atan Bin Ali SMK Desa Tebrau

8 Pn. Asiah Binti Mat Yatik SMK Pasir Gudang 2

9 Pn. Siti Rohana Binti Masdar SMK Pasir Gudang 3

10 Pn. Nordiana Binti Nordin SMK Taman Megah Ria

11 Pn. Norazlina Binti Mohamad Dali SMK Bandar Seri Alam

12 En. Mohamed Alfian Harris Bin Omar SMK Permas Jaya 2

13

14

15

16

17

18

19