2005 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8390/1/sp0000000148.pdf · peralihan kepimpinan kapten...

17

Upload: nguyenhanh

Post on 05-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2005 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8390/1/sp0000000148.pdf · Peralihan kepimpinan kapten kapal akan berlaku tidak lama ... saya akan membincangkan apakah cabaran-cabaran
Page 2: 2005 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8390/1/sp0000000148.pdf · Peralihan kepimpinan kapten kapal akan berlaku tidak lama ... saya akan membincangkan apakah cabaran-cabaran

Bertimbang Rasa Bersatupadu Beretika Tidak mementingkan diri sendiri Tiada perasaan curiga I syak wasangka

Saudara-saudari Sekalian;

Pelayaran untuk mencapai misi dan visi universiti ini mesti diteruskan untuk bangsa dan negara. Peral ihan kepimpinan kapten kapal akan berlaku tidak lama lagi . Namun, saya percaya citra universiti akan tetap menjadi 'kompas dan peta' meneruskan pelayaran meningkatkan keupayaan universiti ini agar lebih cemerlang di masa hadapan.

Seperti yang saya tegaskan di awal ucapan saya tadi , pembangunan yang dikecapi oleh universiti sehingga hari ini bukanlah atas usaha dan komitmen individu atau saya sahaja, tetapi ianya merupakan hasil kerjasama, sokongan dan bantuan yang kolektif daripada semua pihak. Tanpa adanya kerjasama tuan-tuan dan puan-puan sekalian, saya pasti UMS tidak akan gah dan mula dipandang masyarakat sama ada dalam mahupun luar negeri seperti hari .U:tk ----, -~

. ....~ . ' •' # . ~ · 4 Justeru itu, dikesempatan ini , dengarj,TaSa ren,,dah diri Saya ingin mengucapkan

setinggi-tinggi penghargaan dan teriffi!a.,@siq.~ada seluruh warga universiti sama ada di peringkat pengurusan tertmggi hi fi§galah kepada kakitangan sokongan, dan juga semua pelajar yang telah meinberikan ketjasama dan sokongan padu kepada saya sebagai Naib Canselor selama 1 o:i7ihu·n· !'.Ji universiti ini.

Sesungguhnya pengorbanan, sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh tuan­tuan dan puan-puan sekalian amatlah saya hargai dan tidak akan dilupakan. Saya mengambil kesempatan ini juga, untuk memohon berbanyak maaf andai kata terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan diri saya sepanjang saya memimpin dan menerajui pembangunan universiti ini.

Selamat maju jaya, dan saya amat yakin dan berdoa semoga UMS akan terus cemerlang di masa hadapan, 'berdiri megah kekal bermutu, menuju arah bakal dituju'.

Sekian. Terima Kasih .

16

'*

Naib Canselor 2005

"PELAYARAN 10 TAHUN UMS. CABARAN DAN HARAPAN "

TARIKH 16 Mac 2005

MASA 9.00 pagi

- - - - - T PERPUSTAKAAN UMS

111111111111 ~~:~:h 1400017921

ISSN 1675-3631

:::>

Page 3: 2005 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8390/1/sp0000000148.pdf · Peralihan kepimpinan kapten kapal akan berlaku tidak lama ... saya akan membincangkan apakah cabaran-cabaran

7 9 2 1-Cu c,v 4-~ 2=>-l to Yv

'' Misi pelayaran bahtera ini (UMS) adalah sepertimana yang termaktub dalam

citra universiti yang meliputi falsafah, objektif, misi dan visi universiti. Secara amnya,

misi pelayaran kapal UMS ini adalah untuk

memberikan perkhidmatan pendidikan tinggi dalam pelbagai bidang pengajian yang

ditawarkan dan seterusnya menghasilkan

sumber manusia yang berilmu, berpengetahuan dan berkemahiran

di samping memiliki sahsiah

dan jati diri yang jitu. ' '

Tan Sri Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman Naib Canselor

Universiti Malaysia Sabah 16 Mac 2005

2

Dalam merangka strategi pengantarabangsaan dengan berkesan, adalah perlu kita memahami kesan globalisasi terhadap pendidikan . Kita berhadapan dengan situasi di mana keperluan pendidikan tinggi telah meningkat secara mendadak hasil dari pertumbuhan ekonomi dunia yang memberangsangkan. Peningkatan kualiti hidup di samping kemajuan teknologi maklumat telah menjadikan universiti meluaskan pasarannya dengan membuka ruang kepada pelajar dari seluruh dunia .

Dominasi Bahasa lnggeris dalam pendidikan tinggi serta pengaruhnya dalam usaha­usaha penerbitan dan penyelidikan memang tidak dinafikan lagi. Justeru itu, tenaga akademik dan professional yang berpendidikan dan berkemahiran adalah penting sebagai 'role player' utama di pasaran antarabangsa in i.

Saudara dan saudari seka/ian;

PENUTUP

"Potensi Kecemerlangan UMS Di Masa Hadapan"

Apa yang saya harapkan agar UMS terus mampu berlayar menjadi universiti yang terulung di rantau ini . Sesungguhnya potensi dan kekuatan UMS ini telah dikenal­pasti oleh banyak pihak yang melawat dan menilai sendiri potensi UMS.

Justeru itu, semua tenaga kerja di kapal UMS ini, sama ada di peringkat sokongan hinggalah kepada ketua nahkoda kapal perlu sentiasa berkerjasama, bersatu padu dan bersefahaman untuk meneruskan kecemerlangan universiti ini .

Budaya kerja murni, amanah , telus dan ikhlas haruslah menjadi pegangan setiap masa agar kita mampu menjadi pekerja yang cemerlang. Dalam masa yang sama, usaha meningkatkan ilmu dan kemahiran masing-masing perlulah dilaksanakan.

Sebagai kesimpulan, untuk menjadi pekerja yang cemerlang, suka saya menarik perhatian hadirin kepada 18 nilai-nilai murni yang bersifat universal dan telah diterapkan dalam Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni peringkat kebangsaan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 1 Februari 2005 lepas :

Beramanah Bertanggungjawab lkhlas Benar Sederhana Tekun Bersih Berdisiplin Berkerjasama Berperibadi mulia Bersyukur Bermuafakat Bertoleransi

15

Page 4: 2005 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8390/1/sp0000000148.pdf · Peralihan kepimpinan kapten kapal akan berlaku tidak lama ... saya akan membincangkan apakah cabaran-cabaran

Menarik lebih ramai tenaga pakar akademik atau profesor. Sehingga kini , jumlah tenaga akademik yang mempunyai Ph.D sehinga berjawatan profesor sebanyak 83 orang sahaja . Jumlah ini agak sedikit untuk UMS mencapai status universiti penyelidikan .

Meningkatkan jumlah pelajar pascasiswazah dalam dan luar negara . Sehingga kini jumlah pelajar pascasiswazah sebanyak 945 orang, 54 daripadanya adalah pelajar antarabangsa.

Saudara dan saudari sekalian;

Pengantarabangsaan Universiti Melalui Kerjasama Pelbagai lnstitusi Terkemuka dan Peningkatkan Enrolmen Pelajar Antarabangsa

Peralihan fokus pembangunan Malaysia kepada pembangunan ekonomi yang ber­teraskan pengetahuan atau 'knowledge based' merupakan respon terhadap proses globalisasi. Kerajaan sedar bahawa untuk kita terus kekal kompetetif sebagai sebuah negara perdagangan utama dunia maka kita perlu mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Kerajaan melihat bahawa k-ekonomi adalah pra syarat untuk kita mencapai status negara maju .

Justeru itu semua agensi Kerajaan, khususnya IPT di negara telah ini diberi amanah dan tanggungjawab untuk menjadi 'kilang ' memproses dan mengeluarkan sumber tenaga manusia yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa, atau dikenali sebagai 'knowledge workers '.

Atas dasar inilah, UMS perlu terus memperkukuhkan dan meningkatkan pendidikan yang bermutu serta mendapat pengiktirafan dunia. Kerjasama dengan pelbagai universiti dan institusi terkemuka dunia perlulah dipertingkatkan sebagai langkah memperkenalkan dan memperkukuhkan program-program universiti di peringkat antarabngsa .

Dalam hal in i, UMS perlu bersikap 'sambil menyelam sambil minum air', ini bererti di samping kerjasama dijalankan , UMS perlu mengambil peluang untuk belajar kekuatan dan kemajuan dari institusi yang memberikan kerjasama.

Untuk itu juga, saya berharap agar setiap Sekolah I lnstitut I Pusat I Unit di univer­siti ini mengenalpasti dan mewujudkan 'benchmark' masing-masing dengan melihat kepada 'niche' program masing-masing. Sehingga kini , tidak semua Sekolah mewujudkan hubungan kerjasama dengan institusi terkemuka dunia dalam usaha mewujudkan 'benchmark' masing-masing.

Proses pengantarabangsaan merupakan suatu anjakan paradigma. Untuk itu, perancangan dan perlaksanaan yang teliti dan strategik amat perlu untuk memastikan kita sentiasa melakukan pembaharuan yang diperlukan. Kita perlu menjadikan agenda pengantarabangsaan ini sebagai agenda setiap Sekolah I lnstitut I Pusat I Unit khasya dan universiti secara keseluruhannya. UMS perlu mengembeling tenaga dan merangka mekanisma yang 'cohesive ' dan dilaksanakan berperingkat-peringkat ke arah mencapai hasrat tersebut.

14

Tan Sri Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Abu Hassan Othman P.S.M, S.P.D.K. , D.S.N.S. , J.S.M. , D.N.S. , P.G.B.P., P.M.C.

BA. , MA. (Malaya) , Ph.D (Michigan State)

3

Page 5: 2005 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8390/1/sp0000000148.pdf · Peralihan kepimpinan kapten kapal akan berlaku tidak lama ... saya akan membincangkan apakah cabaran-cabaran

"PELAYARAN 10 TAHUN UMS. CABARAN DAN HARAPAN"

Bismil/ahir Rahmanir Rahim;

Yang Berbahagia Timbalan-timbalan Naib Canselor

Pengawai-pegawai Utama Universiti

Dekan-dekan I Ketua-ketua Jabatan

Para Tenaga Akademik

Para Kakitangan Pentadbiran dan Sokongan

Para Pelajar yang dikasih i sekalian

Assalamualaikum w.t.w dan salam sejahtera

PENDAHULUAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia-Nya , kita masih diberi keafiatan dan kekuatan untuk bersama-sama dalam majlis yang berbahagia ini.

Pertama sekali , saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan dan mahasiswa yang telah hadir di dewan ini untuk bersama-sama mendengar amanat Naib Canselor bagi tahun 2005 ini.

Sesungguhnya, amanat kali ini amatlah bermakna pada diri saya dan universiti in i khasnya yang telah mencapai usia 10 tahun penubuhannya. Justeru itu , dalam amanat ini , saya akan cuba membawa perhatian saudara dan saudari secara retrospektif beberapa pencapaian 10 tahun UMS dalam perkara-perkara utama.

Seterusnya, saya akan membincangkan apakah cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani oleh seluruh warga universiti dalam mempastikan UMS terus mampu menuju 'puncak jaya ', seperti yang terkandung dalam bait lagu universiti ini.

Di akhir amanat ini pula, saya akan cuba mengutarakan beberapa pandangan, persepsi dan harapan terhadap kecemerlangan UMS di masa hadapan.

4

lni bererti ianya tidak semestinya tertumpu kepada produk atau barangan semata­mata, tetapi meliputi idea atau kaedah yang boleh mendorong kepada penambah­baikan, termasuklah pembentukan sikap dan tingkahlaku diri.

Hujah ini dapat dilihat daripada penjelasan inovasi yang lebih khusus oleh Kanter (1 983) iaitu ;

'Innovation refers to the process of bringing any new, problem solving idea to use. Ideas for recognizing, cutting cost, putting in new budgetary systems, improving communication or assembling products team are also innovation '.

Berlainan dengan pendapat Peter Drucker, seorang professor dan ahli falsafah ter­kenal , menghujahkan bahawa inovasi bukannya setakat hasil inspirasi atau idea, tetapi sesuatu bentuk kerja yang tersusun dan sistematik. Katanya;

'Systematic innovation therefore consists in the purposeful and organized search for change, and in the systematic analysis of the oppurtunities such changes might offer for economic or social innovation ' (Drucker, 1985)

Oleh itu , sesuai dengan kefahaman ini , cabaran kita ialah bagaimana untuk mempastikan persekitaran universiti sentiasa menawarkan pelbagai peluang untuk melakukan inovasi, khususnya dalam penyelidikan.

Sebagai ringkasan, suka saya menggariskan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk menjadikan UMS sebagai universiti penyelidikan;

Meningkatkan volume penyelidikan di kalangan tenaga akademia melalui kerjasama penyelidikan di peringkat dalaman, seperti antara sekolah I institut I pusat I unit dan kerjasama dengan tenaga akademia di luar universiti , sama ada dengan universiti tempatan mahupun luar negara.

Mengenalpasti 'niche' penyelidikan di setiap Sekolah I Pusat I lnstitut I Unit dan mewujudkan 'benchmark' dengan institusi penyelidikan terkemuka dunia.

Meningkatkan kerjasama penyelidikan dengan pihak industri untuk tujuan komersialisasi penyelidikan . Dalam hal ini , konsep 1 sekolah 1 industri perlu diwujudkan sebagai prasyarat minimum membudayakan kerjasama penyelidikan di peringkat Sekolah I Pusat I lnstitut I Unit.

Meningkatkan penerbitan ilmiah di kalangan tenaga akademia. Sehingga tahun 2004, jumlah penerbitan ilmiah yang dihasilkan oleh para tenaga akademik sebanyak 140 sahaja. Usaha lebih gigih perlu dilakukan untuk meningkatkan jumlah penerbitan ini.

Meningkatkan usaha berkongsi ilmu dan kemahiran di kalangan tenaga akademia melalui pembentangan kertas kerja dalam persidangan di peringkat nasional dan juga antarabangsa. Bagi tahun 2004, jumlah pembentangan kertas kerja di kalangan para akademia UMS direkod sebanyak 215 sahaja.

13

Page 6: 2005 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8390/1/sp0000000148.pdf · Peralihan kepimpinan kapten kapal akan berlaku tidak lama ... saya akan membincangkan apakah cabaran-cabaran

Sepertimana yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, semasa melancarkan kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni pada 11 Januari 2005 lalu , pembangunan sesebuah organisasi dan sumber tenaga manusia tidak wajar hanya membabitkan kecanggihan fizikal atau infrastukutr organisasi berkenaan dan kemahiran serta kepakaran sumber manusia yang ada .

Usaha itu perlu seiring dengan pembangunan nilai murni dan budi pekerti tinggi di kalangan para pekerja. Beliau menegaskan lagi bahawa adalah tidak bermakna sekiranya kita mempunyai infrastuktur kelas pertama, tetapi mentaliti kita berada di tahap kelas ketiga.

Justeru itu, amalan dan nilai-nilai murni semasa kita menjalankan tugas seperti berbudi pekerti tinggi , bertanggungjawab, hormat menghormati , beramanah, jujur serta integriti perlulah sentiasa diterapkan dan diamalkan di setiap diri kakitangan agar kita mampu menjadi bangsa yang berjaya .

Bait lagu UMS yang berbunyi 'ilmu iman sumber pedoman, bakti curah kasih budiman' haruslah difahami dan diadaptasi dalam kehidupan dan kerjaya seharian kita. Bait lagu ini jelas menerangkan betapa perlunya ilmu dan iman yang meliputi nilai-nilai murni yang saya sebutkan tadi untuk membolehkan kita mampu mencurah bakti dengan lebih berkesan .

Saudara dan saudari sekalian;

Menjadikan Penyelidikan Sebagai Budaya Akademia

Penyelidikan dan Pembangunan merupakan kayu pengukur utama kecemerlangan sesebuah universiti . Universiti awam termasuklah UMS tidak terlepas dari tanggung­jawab menjalankan penyelidikan.

Namun, apakah corak dan sifat sebuah universiti penyelidikan yang kita perlukan? Adakah penyelidikan yang dilakukan hanya memenuhi sesuatu syarat semata-mata dalam karier kita? Apakah halatuju dan perancangan penyelidikan yang ingin kita capai? Apakah 'benchmark' dan 'niche' penyelidikan yang ingin kita tonjolkan?

Oleh itu, untuk membantu Universiti ini menjurus usahanya kepada pembentukan imej atau 'niche' penyelidikian, kita perlu berusaha menjadi sebuah 'Universiti Berinovatif'. Untuk menjadi inovatif, kita perlu memiliki kekuatan ilmu pengetahuan.

Mengetahui sesuatu perkara secara teori semata-mata adalah tidak bermakna, malah dianggap sebagai suatu retorik. Kita perlu bijak mengadaptasikan penye­lidikan yang dilakukan dengan keadaan semasa agar implikasinya lebih tampak dan rasional.

Menurut pendapat Mitchell Ditkoff dalam artikelnya yang bertajuk 'Qualities of an Innovator ', perkataan "inovasi" wujud sejak tahun 1440 lagi , daripada bahasa Perancis innovacyon. la membawa erti 'new ways of doing things' yakni memper­kenalkan sesuatu yang baru atau suatu pembaharuan (a renewal).

12

PENCAPAIAN 10 TAHUN UMS. SATU PELAYARAN YANG MENCABAR

Saudara dan Saudari Sekalian;

Senario kewujudan , pembangunan dan kemajuan UMS dalam tempoh 10 tahun ini ibarat sebuah bahtera atau kapal pelayaran . Pembinaan kapal seluas 999 hektar ini merupakan suatu tuntutan masyarakat yang dimanifestasikan oleh pihak Kerajaan dalam usaha meningkatkan keperluan sumber tenaga manusia yang berilmu dan berkemahiran tinggi .

Sesuai dengan bait lagu universiti ini , peranan UMS adalah untuk 'memandu bangsa, memaju negara'.

Sehubungan dengan itu , tanggal 24 November 1994 merupakan tahun keramat bagi universiti ini kerana pada tarikh tersebut Perlembagaan UMS diluluskan Parlimen Malaysia yang melambangkan penubuhan UMS secara rasminya.

Misi pelayaran bahtera ini (UMS) adalah sepertimana yang termaktub dalam citra universiti yang meliputi falsafah , objektif, misi dan visi universiti . Secara amnya, misi pelayaran kapal UMS ini adalah untuk memberikan perkhidmatan pendidikan tinggi dalam pelbagai bidang pengajian yang ditawarkan dan seterusnya menghasilkan sumber manusia yang berilmu, berpengetahuan dan berkemahiran di samping memiliki sahsiah dan jati diri yang jitu.

Kini , setelah 10 tahun pelayaran berlalu , kemudahan yang canggih dan tenaga kerja yang berilmu dan berkemahiran telah disediakan dan sentiasa dipertingkatkan .

Sesungguhnya pelayaran 10 tahun pertama ini pen uh dengan cabaran dan dugaan. Namun ianya telah berjaya diatasi berkat usaha, kerjasama, kekentalan dan kesabaran tenaga kerja dalam kapal tersebut, sama ada di peringkat awak-awak hinggalah kepada kapten kapal.

Dengan kata lain, kemajuan yang dicapai oleh UMS pada hari ini tidak akan berlaku tanpa adanya kerjasama dan komitmen semua warga universiti sama ada di peringkat kakitangan sokongan hinggalah kepada pihak pengurusan utama universiti , dan juga peranan para mahasiswa sendiri .

Pembangunan UMS boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu pembangunan dalaman (internal development) yang melibatkan pembangunan program-program berkaitan akademik, pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan , pelajar dan kaki­tangan; dan pembangunan luaran (external development) , iaitu yang melibatkan pembangunan fizikal kampus, sumber kewangan dan pembiayaan .

Pembangunan dalaman sudah pasti ditunjangi oleh usaha dan kerjasama kolektif semua pihak di universiti ini termasuklah Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Universiti , Ahli-Ahli Senat, Ketua-ketua Jabatan, Sekolah, Pusat, lnstitut, Unit, semua peringkat kakitangan sama ada kakitangan akademik, pentadbiran dan sokongan universiti dan juga para mahasiswa.

5

Page 7: 2005 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8390/1/sp0000000148.pdf · Peralihan kepimpinan kapten kapal akan berlaku tidak lama ... saya akan membincangkan apakah cabaran-cabaran

Manakala pembangunan luaran pula banyak dibantu oleh pihak Kerajaan Pusat termasuklah, Kementerian Pendidikan yang kini dikenali Kementerian Pengajian Tinggi , Perbendaharaan, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Kerja Raya Malaysia dan juga pihak Kerajaan Negeri Sabah.

Justeru itu, dikesempatan awal ini , suka saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak dan agensi Kerajaan sama ada di peringkat Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan Negeri Sabah yang telah banyak membantu dan menyumbang kepada kejayaan dan pembangunan UMS selama 10 tahun ini.

Saudara dan Saudari Sekalian;

Seterusnya marilah kita sama-sama melihat pembangunan-pembangunan universiti yang telah dicapai kini.

1. Pembangunan Fizikal dan Kemudahan Kampus

Seperti yang saya gambarkan dalam pelayaran sebuah bahtera tadi , kini bahtera UMS telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas yang membolehkan UMS mampu bergerak ke hadapan. Seterusnya adalah menjadi tanggungjawab kita dan generasi pimpinan akan datang untuk mencorakkan kecemerlangan UMS menuju 'arah bakal dituju'.

Fasa 1 pembangunan fizikal kampus UMS telahpun siap sepenuhnya dan sebahagian Fasa 2A iaitu Dewan Canselor telahpun siap sepenuhnya. Projek ini telah menelan belanja lebih kurang RM1 .4 billion. Kini pembangunan sebahagian Fasa 2A dan B sedang giat dijalankan yang melibatkan beberapa lagi prasarana utama seperti stadium tertutup, stor pusat dan 4 bangunan akedemik termasuk bangunan Sekolah Perubatan yang mana telahpun diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

UMS amat bertuah kerana mendapat pembiayaan untuk melengkapkan pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Pinjaman lebih kurang RM100 juta daripada pihak IDB (Islamic Development Bank) dan kelulusan peruntukan pem­bangunan sebanyak RM39 juta oleh Jabatan Pendidikan Tinggi telah membolehkan pelbagai kemudahan ini dapat disediakan.

Dari aspek kemudahan pengajaran, pembelajaran dan penginapan pelajar pula, suasana ini jauh berbeza berbanding awal penubuhan universiti ini.

Kumpulan pertama pelajar yang terdiri daripada 205 orang kini mencecah lebih 12 ribu orang termasuk di Kampus Antarabangsa Labuan.

Mahasiswa UMS generasi pertama dulu tidak mempunyai kampus tetap berbanding mahasiswa sekarang . Mereka telah menjadi penumpang dan sering berhijrah dari satu tempat ke tempat lain untuk mengikuti kuliah, seperti dari kampus sementara di Kolej Komuniti Yayasan Sabah (KKYS) ke kampus Jalan Tuaran , Maktab Nasional, berdekatan Kolej Kingfisher dan bangunan Yayasan Sabah.

6

Kolej kediaman mereka pula sering berubah dan jaraknya berjauhan antara satu dengan lain. Ada yang tinggal di kolej kediaman KKYS, kolej kediaman Jalan Tuaran, asrama Kompleks Sukan Likas dan Likas Square, malah di Pusat Perubatan Sabah (SMC) buat sementara waktu .

Generasi mahasiswa pertama dahulu juga tidak mempunyai kemudahan makmal, bilik-bilik dan dewan kuliah serta perpustakaan yang besar dan canggih seperti sekarang. Malah mereka tidak berpeluang langsung merasai kemegahan Dewan Canselor seperti sekarang .

Senario in ilah yang menggambarkan betapa UMS pesat membangun. Sesungguhnya, berkat hubungan baik universiti dengan pelbagai pihak dan agensi Kerajaan sama ada di peringkat pusat mahupun negeri merupakan jalan penye­lesaian yang memudahkan segala permohonan dan urusan pinjaman peruntukan dapat dilakukan dengan lancar.

Justeru itu , kita perlu menjalin hubungan baik dengan pelbagai agensi Kerajaan dan ianya haruslah sentiasa dipelihara dan diperbaiki. Dalam masa yang sama, kita juga hendaklah sentiasa bersyukur dengan nikmat kemudahan dan pembangunan sedia ada .

Di samping itu , adalah menjadi tanggungjawab semua pihak menjaga dan memelihara segala harta benda dan aset universiti ini. Sifat 'sense of belongings ', amanah dan berkerjasama perlu ada pada semua pihak agar timbul perasaan sayang dan prihatin terhadap harta benda universiti.

2. Pencapaian Kualiti Universiti

Dari sudut pengurusan kualiti pula, UMS telah berjaya mendapat persijilan kualiti MS ISO 9001 : 2000 pada 8 Januari 2004 dalam bidang pengurusan pengajaran dan pembelajaran universiti .

UMS turut berjaya mencapai status Multimedia Super Corridor atau MSC dalam bidang sains komputer dan sistem pengurusan maklumat di Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat dan Sekolah Sains lnformatik Labuan melalui program e-dagang dan teknologi multimedia.

Dengan pencapaian persijilan dan status ini , tiada alasan untuk kita tidak mampu bersaing dengan IPTA lain dan lebih dari itu, ianya harus dijadikan suatu dorongan untuk UMS terus mencapai kegemilangan di masa-masa hadapan.

3. Pencapaian Penyelidikan

Dari sudut penyelidikan pula , para tenaga akademik telah berjaya mendapat beberapa pembiayaan atau geran penyelidikan. Contohnya melalui geran IPRA, dalam Rancangan Malaysia Ke-7 (RMK7) sebanyak RM4.6 juta telah diterima termasuk projek berbentuk 'top-down '. Angka ini telah meningkat kepada RM5.9 juta dalam RMK8.

7

Page 8: 2005 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8390/1/sp0000000148.pdf · Peralihan kepimpinan kapten kapal akan berlaku tidak lama ... saya akan membincangkan apakah cabaran-cabaran

Manakala pembangunan luaran pula banyak dibantu oleh pihak Kerajaan Pusat termasuklah, Kementerian Pendidikan yang kini dikenali Kementerian Pengajian Tinggi , Perbendaharaan, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Kerja Raya Malaysia dan juga pihak Kerajaan Negeri Sabah.

Justeru itu, dikesempatan awal ini , suka saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak dan agensi Kerajaan sama ada di peringkat Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan Negeri Sabah yang telah banyak membantu dan menyumbang kepada kejayaan dan pembangunan UMS selama 10 tahun ini.

Saudara dan Saudari Sekalian;

Seterusnya marilah kita sama-sama melihat pembangunan-pembangunan universiti yang telah dicapai kini.

1. Pembangunan Fizikal dan Kemudahan Kampus

Seperti yang saya gambarkan dalam pelayaran sebuah bahtera tadi , kini bahtera UMS telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas yang membolehkan UMS mampu bergerak ke hadapan. Seterusnya adalah menjadi tanggungjawab kita dan generasi pimpinan akan datang untuk mencorakkan kecemerlangan UMS menuju 'arah bakal dituju'.

Fasa 1 pembangunan fizikal kampus UMS telahpun siap sepenuhnya dan sebahagian Fasa 2A iaitu Dewan Canselor telahpun siap sepenuhnya. Projek ini telah menelan belanja lebih kurang RM1 .4 billion. Kini pembangunan sebahagian Fasa 2A dan B sedang giat dijalankan yang melibatkan beberapa lagi prasarana utama seperti stadium tertutup, stor pusat dan 4 bangunan akedemik termasuk bangunan Sekolah Perubatan yang mana telahpun diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

UMS amat bertuah kerana mendapat pembiayaan untuk melengkapkan pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran . Pinjaman lebih kurang RM100 juta daripada pihak IDB (Islamic Development Bank) dan kelulusan peruntukan pem­bangunan sebanyak RM39 juta oleh Jabatan Pendidikan Tinggi telah membolehkan pelbagai kemudahan ini dapat disediakan.

Dari aspek kemudahan pengajaran, pembelajaran dan penginapan pelajar pula, suasana ini jauh berbeza berbanding awal penubuhan universiti ini.

Kumpulan pertama pelajar yang terdiri daripada 205 orang kini mencecah lebih 12 ribu orang termasuk di Kampus Antarabangsa Labuan.

Mahasiswa UMS generasi pertama dulu tidak mempunyai kampus tetap berbanding mahasiswa sekarang. Mereka telah menjadi penumpang dan sering berhijrah dari satu tempat ke tempat lain untuk mengikuti kuliah, seperti dari kampus sementara di Kolej Komuniti Yayasan Sabah (KKYS) ke kampus Jalan Tuaran, Maktab Nasional, berdekatan Kolej Kingfisher dan bangunan Yayasan Sabah.

6

Kolej kediaman mereka pula sering berubah dan jaraknya berjauhan antara satu dengan lain. Ada yang tinggal di kolej kediaman KKYS, kolej kediaman Jalan Tuaran, asrama Kompleks Sukan Likas dan Likas Square, malah di Pusat Perubatan Sabah (SMC) buat sementara waktu.

Generasi mahasiswa pertama dahulu juga tidak mempunyai kemudahan makmal, bilik-bilik dan dewan kuliah serta perpustakaan yang besar dan canggih seperti sekarang. Malah mereka tidak berpeluang langsung merasai kemegahan Dewan Canselor seperti sekarang.

Senario inilah yang menggambarkan betapa UMS pesat membangun. Sesungguhnya, berkat hubungan baik universiti dengan pelbagai pihak dan agensi Kerajaan sama ada di peringkat pusat mahupun negeri merupakan jalan penye­lesaian yang memudahkan segala permohonan dan urusan pinjaman peruntukan dapat dilakukan dengan lancar.

Justeru itu, kita perlu menjalin hubungan baik dengan pelbagai agensi Kerajaan dan ianya haruslah sentiasa dipelihara dan diperbaiki. Dalam masa yang sama, kita juga hendaklah sentiasa bersyukur dengan nikmat kemudahan dan pembangunan sedia ada.

Di samping itu, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak menjaga dan memelihara segala harta benda dan aset universiti ini. Sifat 'sense of belongings ', amanah dan berkerjasama perlu ada pada semua pihak agar timbul perasaan sayang dan prihatin terhadap harta benda universiti .

2. Pencapaian Kualiti Universiti

Dari sudut pengurusan kualiti pula, UMS telah berjaya mendapat persijilan kualiti MS ISO 9001 : 2000 pada 8 Januari 2004 dalam bidang pengurusan pengajaran dan pembelajaran universiti.

UMS turut berjaya mencapai status Multimedia Super Corridor atau MSC dalam bidang sains komputer dan sistem pengurusan maklumat di Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat dan Sekolah Sains lnformatik Labuan melalui program e-dagang dan teknologi multimedia.

Dengan pencapaian persijilan dan status ini , tiada alasan untuk kita tidak mampu bersaing dengan IPTA lain dan lebih dari itu, ianya harus dijadikan suatu dorongan untuk UMS terus mencapai kegemilangan di masa-masa hadapan.

3. Pencapaian Penyelidikan

Dari sudut penyelidikan pula, para tenaga akademik telah berjaya mendapat beberapa pembiayaan atau geran penyelidikan . Contohnya melalui geran IPRA, dalam Rancangan Malaysia Ke-7 (RMK?) sebanyak RM4.6 juta telah diterima termasuk projek berbentuk 'top-down '. Angka ini telah meningkat kepada RM5.9 juta dalam RMK8.

7

Page 9: 2005 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8390/1/sp0000000148.pdf · Peralihan kepimpinan kapten kapal akan berlaku tidak lama ... saya akan membincangkan apakah cabaran-cabaran

Diharapkan, dengan adanya usaha lebih gigih dan kerjasama penyelidikan yang lebih luas di kalangan para tenaga akademik, jumlah peruntukan geran ini akan terus dipertingkatkan dalam RMK9.

Kejayaan dan kepuasaan suatu hasil penyelidikan juga diukur sejauhmana ianya boleh dikomersialkan. Dalam tempoh 10 tahun ini , para tenaga akademik UMS telah mula menunjukkan kebolehan penyelidikan masing-masing apabila terdapat industri yang berminat mengkomersialkan hasil penyelidikan mereka. lni termasuklah kajian rumpai laut di lnstitut Penyelidikan Marin Borneo, kajian pembangunan 'low cost housing' berasaskan sisa kelapa sawit di Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat dan peralatan permainan matematik (mathematical games) di Sekolah Sains dan Teknologi.

Potensi kebolehsaingan hasil penyelidikan UMS di peringkat antarabangsa telah terbukti apabila sepasukan tenaga akademik berjaya merangkul 1 pingat emas, 5 perak dan 1 semasa menyertai 'The 32nd International Exhibition of Invention of New Techniques and Products ' di Geneva, Switzerland pada April 2004 lalu .

Tidak cukup dengan itu, pada 10 hingga 14 Disember 2004, UMS telah sekali lagi berjaya merangkul 1 pingat emas, 2 perak dan 1 gangsa semasa menyertai Seoul International Invention Fair 2004, Korea.

Selain daripada penghasilan penyelidikan, penglibatan penyelidik universiti dalam aktiviti penyelidikan di peringkat antarabangsa juga telah berlaku. Dua saintis muda UMS telah terpilih menyertai Ekspedisi Saintifik ke Antartika selama 3 bulan ber­mula 12 Disember 2004 lepas. Dua Saintis muda universiti ini iaitu Dr. Baba Musta, pensyarah di Sekolah Sains dan Teknologi dan Dr. Clemente Micheal Wong, pensyarah di lnstitut Penyelidikan Bioteknologi sedang menjalankan ekpedisi saintifik bersama beberapa saintis terkemuka dari pelusuk dunia.

Kejayaan di peringkat antarabangsa ini membuktikan bahawa UMS sudah mem­punyai kualiti penyelidikan yang menepati piawaian antarabangsa. Namun, kita tidak harus berpuas hati dengan kejayaan setakat ini , usaha lebih gigih khususnya di kalangan para akademia perlu terus dipertingkatkan dan diperkukuhkan di masa hadapan.

4. Pembangunan Kualiti Mahasiswa

Dari segi pembangunan kualiti mahasiswa pula, tempoh 10 tahun ini telah marnpu meletakkan landasan yang baik untuk membolehkan pelajar kita mampu bersaing sama ada dari sudut akademik, sahsiah dan kegiatan ko-kurikulum di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa .

Kejayaan sesebuah universiti dilihat dari sudut kemampuannya menghasilkan graduan yang berkualiti. Jumlah graduan UMS meningkat saban tahun . Dalam masa yang sama, jumlah pelajar yang mendapat kelas pertama turut meningkatkan. Bermula dari majlis konvokesyen pertama pada 09 .09.1999 hingga majlis konvokesyen ke-6 pada 12 September 2004 lalu, sejumlah 8,830 graduan telah dihasilkan.

8

Page 10: 2005 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8390/1/sp0000000148.pdf · Peralihan kepimpinan kapten kapal akan berlaku tidak lama ... saya akan membincangkan apakah cabaran-cabaran

Jumlah pelajar di peringkat pasca siswazah juga telah meningkat, sehingga kini sejumlah 945 pelajar pasca siswazah mengikuti pengajian masing-masing , dimana 54 daripadanya adalah pelajar antarabangsa.

Melihat sudut kecemerlangan penyelidikan pelajar kita pula, pada awal tahun 2004, seorang pelajar dari Sekolah Sains dan Teknologi telah dipilih sebagai pemenang Anugerah The Malaysian Solid State Science and Technology Society (MASS) 2002/2004 bagi kategori Disertasi Terbaik Projek Tahun Akhir ljazah Sarjana Muda Sains.

Dari aspek kegiatan ko-kurikulum , telah terbukti beberapa kejayaan dan keboleh­saingan pelajar kita di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Contohnya pelajar UMS-KAL telah mampu memperlihatkan kecemerlangannya apabila dipilih sebagai universiti tempatan pertama yang terlibat secara langsung dalam sebuah pertubuhan amal antarabangsa yang berpusat di England iaitu Raleigh International yang menjalankan aktiviti sukarela di daerah pedalaman Sa bah dan Sarawak. Pelajar ini bersama peserta lain dari England dan Ireland telah bekerjasama dengan masyarakat luar bandar dalam kerja-kerja kemasyarakatan seperti membina jambatan di Long Lelallang , Sarawak, membina perpustakaan kecil di Kampung Kiau Taburi , Kota Belud serta membantu kerja-kerja pemuliharaan alam sekitar di Hutan Simpan Meliau dan Lembah Danum. lnilah antara usaha murni yang menjadi kebanggaan universiti kita

Sekali lagi kita lihat kebolehsaingan pelajar UMS apabila mereka dipilih mewakili Malaysia dalam pertandingan berprestij L'Oreal e-Strat Challenge edisi 2004 ke peringkat Zon Asia- Australia .

Pelajar UMS juga telah membuktikan kejaguhannya di arena . perdebatan atau pidato. Pada 30 September 2004 lalu , pasukan debat kategori Bahasa Melayu UMS telah berjaya ditabalkan sebagai Johan Debat DiRaja kategori Bahasa Melayu dengan mengalahkan 17 IPTA lain.

Sesungguhnya, semua ini membuktikan mahasiswa UMS sememangnya mem­punyai kualiti dan daya saing dengan pelajar IPTA dalam mahupun luar negara. Selain itu, pendedahan di peringkat antarabangsa merupakan usaha kita untuk melahirkan graduan yang mempunyai 'minda global' dan sentiasa responsif terhadap perkembangan dunia semasa.

5. Hubungan Antarabangsa

Sejajar dengan misi dan visi UMS untuk menjadi universiti bertaraf dunia , maka proses pengantarabangsaan Universiti terus menjadi fokus utama. Pendedahan global di kalangan para pelajar dan juga kakitangan serta hubungan kerjasama antara universiti dengan institusi antarabangsa yang tersohor perlu ditingkatkan.

9

Page 11: 2005 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8390/1/sp0000000148.pdf · Peralihan kepimpinan kapten kapal akan berlaku tidak lama ... saya akan membincangkan apakah cabaran-cabaran

Setiap Sekolah, Pusat, lnstitut dan Unit perlu mengenalpasti 'niche' atau kekuatan program masing-masing dan seterusnya berusaha menjalankan kerjasama dengan pelbagai institusi terkemuka di dunia. lni bagi mempastikan nama dan kualiti program atau penyelidikan yang dijalankan sentiasa bertaraf antarabangsa .

Dalam dekad 10 tahun UMS ini, usaha mengantarabangsakan input universiti giat dijalankan. Dari aspek pelajar, bermula tahun 2003, kita telah menghantar sekumpulan pelajar lnstitut Penyelidikan Marin Borneo untuk menjalankan program 'student attachment' di beberapa universiti dan institusi terkenal di Jepun seperti Kinki University, Thailand dan Filipina. Program ini telah dijalankan setiap tahun . Pada tahun 2005 ini kita berharap dapat menghantar pelajar menjalankan latihan industri di Korea .

Program-program lawatan sambil belajar oleh para pelajar pula telah mampu meneroka dan melihat kecemerlangan beberapa buah institusi di negara-negara asing seperti di United Kingdom, New Zealand , Peranchis, Australia , India, China , Jepun, Korea , Thailand , Singapura, Indonesia dan Negara Brunei Darussalam. Semua ini akan memberi nilai tambah pengetahuan kepada para pelajar UMS.

Dari segi hubungan kerjasama universiti pula, sehingga kini lebih 50 buah universiti dan institusi luar dan dalam negara telah mengadakan kerjasama dengan UMS sama ada dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan , pertukaran pelajar dan kakitangan; dan sebagainya.

Antaranya dengan University of Oxford dan University of Leeds di United Kingdom; Kasetsart University di Thailand; Kinki University dan Chuo College of Social Work di Jepun; Korean Institute of Bioscience and Biotechnology (KRIBS) dan Gwangju Institute of Science and Technology di Korea ; Northern Territory University di Australia , dan lain-lain lagi.

CABARAN DAN HARAPAN

Tenaga Kerja Yang Berpengetahuan dan Berbudi Bahasa

Saudara dan Saudari Sekalian;

Kita sedia maklum, sumber manusia merupakan aset yang cukup berharga bagi memajukan sesuatu organisasi. Untuk memastikan UMS terus berkembang mengikut perkembangan semasa, maka penekanan terhadap pembangunan sumber manusia adalah satu kemestian .

Sumber manusia adalah merupakan "modal" [human capital] atau aset yang bernilai tinggi dalam organisasi . Berbanding dengan teknologi dan harta modal yang lain , "human capital" yang cekap dan berkemahiran adalah merupakan asset yang tidak kelihatan [invisible asset] yang sukar diciplak atau disaingi dengan mudah. lanya merupakan satu kelebihan dan merupakan penyumbang yang besar dalam kejayaan sesebuah organisasi.

10

Page 12: 2005 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8390/1/sp0000000148.pdf · Peralihan kepimpinan kapten kapal akan berlaku tidak lama ... saya akan membincangkan apakah cabaran-cabaran

Pekerja yang berpengetahuan, berkemahiran dan berbakat dapat meletakkan sesuatu organisasi dilandasan yang betul dan mampu menyumbang dalam men­cipta kekayaan [wealth creation] dalam organisasi . Potensi intelektual di kalangan anggota pekerja perlu dibangunkan supaya mereka dapat memberikan nilai tambah [added value] yang mampu mempertingkatkan prestasi organisasi.

Menurut Don Tapscott dalam bukunya "The Digital Economy" menyatakan bahawa: "In the new economy the key assets of the organization are intellectual assets, and they focus on the knowledge worker"

Manakala Peter F. Drucker dalam bukunya bertajuk "Management Challenges for the 21st Century" menyatakan bahawa;

"Knowledge workers are core capital assets for the 21st century organization and knowledge workers own the means of production".

Oleh itu , pembelajaran yang berterusan [continous learning] harus dipupuk dan diberikan perhatian yang serius agar dapat membentuk satu sistem pengurusan modal manusia yang berkesan dan cekap di universiti ini .

Para kakitangan tidak kira kakitangan akademik mahupun pentadbiran , haruslah sentiasa menanam minat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang agar akhirnya anda mampu menjadi pekerja yang 'multi skill', proaktif, 'versatile ', kreatif dan inovatif.

Dalam hal ini, UMS sebagai sebuah 'learning organization' sentiasa menyediakan ruang dan peluang yang cukup luas untuk anda menimba ilmu pengetahuan. Untuk menjadi 'learning organization ', semua tenaga kerja harus memiliki ilmu penge­tahuan dan kemahiran yang tinggi agar akhirnya proses menyebar luas ilmu dan kemahiran tersebut kepada 'customer' universiti iaitu para mahasiswa dapat dilaksanakan dengan efektif.

Justeru itu, setiap kakitangan UMS perlulah mempunyai objektif, misi dan visi untuk meningkatkan karier masing-masing. lni adalah perlu agar perkhidmatan dan sumbangan yang kita berikan lebih bermakna produktif dan berkualiti.

Saudara dan saudari sekalian;

Dalam masa yang sama, sikap-sikap negatif dalam proses kita menjalankan tugas haruslah dielakkan. Sifat 'seperti api dalam sekam' yang sentiasa berdendam, hasad dengki dan seumpamanya, suka melambat-lambatkan sesuatu kerja yang diamanahkan dan pembaziran masa kerja dengan perkara lain yang kurang berfaedah , perlulah di pinggirkan.

Kita perlu mengamalkan tradisi 'bagai aur dengan tebing ' yang saling berkerjasama dan memerlukan antara satu dengan lain dan bekerja atas prinsip 'berat sama dipikul ringan sama dijinjing '. · Perkongsian antara Jabatan I Sekolah seperti perkongsian peralatan bantu mengajar dan lain-lain keperluan, hendaklah diamalkan dan bukannya mewujudkan 'empayar' sesama kita .

11

Page 13: 2005 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8390/1/sp0000000148.pdf · Peralihan kepimpinan kapten kapal akan berlaku tidak lama ... saya akan membincangkan apakah cabaran-cabaran

Sepertimana yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' .Seri Abdullah Ahmad Badawi, semasa melancarkan kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni pada 11 Januari 2005 lalu, pembangunan sesebuah organisasi dan sumber tenaga manusia tidak wajar hanya membabitkan kecanggihan fizikal atau infrastukutr organisasi berkenaan dan kemahiran serta kepakaran sumber manusia yang ada.

Usaha itu perlu seiring dengan pembangunan nilai murni dan budi pekerti tinggi di kalangan para pekerja. Beliau menegaskan lagi bahawa adalah tidak bermakna sekiranya kita mempunyai infrastuktur kelas pertama, tetapi mentaliti kita berada di tahap kelas ketiga.

Justeru itu, amalan dan nilai-nilai murni semasa kita menjalankan tugas seperti berbudi pekerti tinggi , bertanggungjawab, hormat menghormati , beramanah , jujur serta integriti perlulah sentiasa diterapkan dan diamalkan di setiap diri kakitangan agar kita mampu menjadi bangsa yang berjaya .

Bait lagu UMS yang berbunyi 'ilmu iman sumber pedoman, bakti curah kasih budiman' haruslah difahami dan diadaptasi dalam kehidupan dan kerjaya seharian kita . Bait lagu ini jelas menerangkan betapa perlunya ilmu dan iman yang meliputi nilai-nilai murni yang saya sebutkan tadi untuk membolehkan kita mampu mencurah bakti dengan lebih berkesan.

Saudara dan saudari sekalian;

Menjadikan Penyelidikan Sebagai Budaya Akademia

Penyelidikan dan Pembangunan merupakan kayu pengukur utama kecemerlangan sesebuah universiti . Universiti awam termasuklah UMS tidak terlepas dari tanggung­jawab menjalankan penyelidikan.

Namun, apakah corak dan sifat sebuah universiti penyelidikan yang kita perlukan? Adakah penyelidikan yang dilakukan hanya memenuhi sesuatu syarat semata-mata dalam karier kita? Apakah halatuju dan perancangan penyelidikan yang ingin kita capai? Apakah 'benchmark' dan 'niche ' penyelidikan yang ingin kita tonjolkan?

Oleh itu , untuk membantu Universiti ini menjurus usahanya kepada pembentukan imej atau 'niche ' penyelidikian, kita perlu berusaha menjadi sebuah 'Universiti Berinovatif' . Untuk menjadi inovatif, kita perlu memiliki kekuatan ilmu pengetahuan.

Mengetahui sesuatu perkara secara teori semata-mata adalah tidak bermakna, malah dianggap sebagai suatu retorik. Kita perlu bijak mengadaptasikan penye­lidikan yang dilakukan dengan keadaan semasa agar implikasinya lebih tampak dan rasional.

Menurut pendapat Mitchell Ditkoff dalam artikelnya yang bertajuk 'Qualities of an Innovator', perkataan "inovasi" wujud sejak tahun 1440 lagi , daripada bahasa Perancis innovacyon. la membawa erti 'new ways of doing things ' yakni memper­kenalkan sesuatu yang baru atau suatu pembaharuan (a renewal) .

12

Page 14: 2005 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8390/1/sp0000000148.pdf · Peralihan kepimpinan kapten kapal akan berlaku tidak lama ... saya akan membincangkan apakah cabaran-cabaran

lni bererti ianya tidak semestinya tertumpu kepada produk atau barangan semata­mata, tetapi meliputi idea atau kaedah yang boleh mendorong kepada penambah­baikan, termasuklah pembentukan sikap dan tingkahlaku diri .

Hujah ini dapat dilihat daripada penjelasan inovasi yang lebih khusus oleh Kanter (1983) iaitu;

'Innovation refers to the process of bringing any new, problem solving idea to use. Ideas for recognizing, cutting cost, putting in new budgetary systems, improving communication or assembling products team are also innovation '.

Berlainan dengan pendapat Peter Drucker, seorang professor dan ahli falsafah ter­kenal , menghujahkan bahawa inovasi bukannya setakat hasil inspirasi atau idea, tetapi sesuatu bentuk kerja yang tersusun dan sistematik. Katanya;

'Systematic innovation therefore consists in the purposeful and organized search for change, and in the systematic analysis of the oppurtunities such changes might offer for economic or social innovation ' (Drucker, 1985)

Oleh itu , sesuai dengan kefahaman ini , cabaran kita ialah bagaimana untuk mempastikan persekitaran universiti sentiasa menawarkan pelbagai peluang untuk melakukan inovasi , khususnya dalam penyelidikan.

Sebagai ringkasan, suka saya menggariskan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk menjadikan UMS sebagai universiti penyelidikan;

Meningkatkan volume penyelidikan di kalangan tenaga akademia melalui kerjasama penyelidikan di peringkat dalaman, seperti antara sekolah I institut I pusat I unit dan kerjasama dengan tenaga akademia di luar universiti, sama ada dengan universiti tempatan mahupun luar negara .

Mengenalpasti 'niche ' penyelidikan di setiap Sekolah I Pusat I lnstitut I Unit dan mewujudkan 'benchmark' dengan institusi penyelidikan terkemuka dunia .

Meningkatkan kerjasama penyelidikan dengan pihak industri untuk tujuan komersialisasi penyelidikan . Dalam hal ini , konsep 1 sekolah 1 industri perlu diwujudkan sebagai prasyarat minimum membudayakan kerjasama penyelidikan di peringkat Sekolah I Pusat I lnstitut I Unit.

Meningkatkan penerbitan ilmiah di kalangan tenaga akademia. Sehingga tahun 2004, jumlah penerbitan ilmiah yang dihasilkan oleh para tenaga akademik sebanyak 140 sahaja. Usaha lebih gigih perlu dilakukan untuk meningkatkan jumlah penerbitan ini.

Meningkatkan usaha berkongsi ilmu dan kemahiran di kalangan tenaga akademia melalui pembentangan kertas kerja dalam persidangan di peringkat nasional dan juga antarabangsa. Bagi tahun 2004, jumlah pembentangan kertas kerja di kalangan para akademia UMS direkod sebanyak 215 sahaja.

13

Page 15: 2005 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8390/1/sp0000000148.pdf · Peralihan kepimpinan kapten kapal akan berlaku tidak lama ... saya akan membincangkan apakah cabaran-cabaran

Menarik lebih ramai tenaga pakar akademik atau profesor. Sehingga kini, jurn1ah tenaga akademik yang mempunyai Ph.D sehinga berjawatan profesor sebanyak , 83 orang sahaja. Jumlah ini agak ·sedikit untuk UMS mencapai status universiti penyelidikan.

Meningkatkan jumlah pelajar pascasiswazah dalam dan luar negara. Sehingga kini jumlah pelajar pascasiswazah sebanyak 945 orang, 54 daripadanya adalah pelajar antarabangsa.

Saudara dan saudari sekalian;

Pengantarabangsaan Universiti Melalui Kerjasama Pelbagai lnstitusi Terkemuka dan Peningkatkan Enrolmen Pelajar Antarabangsa

Peralihan fokus pembangunan Malaysia kepada pembangunan ekonomi yang ber­teraskan pengetahuan atau 'knowledge based' merupakan respon terhadap proses globalisasi . Kerajaan sedar bahawa untuk kita terus kekal kompetetif sebagai sebuah negara perdagangan utama dunia maka kita perlu mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Kerajaan melihat bahawa k-ekonomi adalah pra syarat untuk kita mencapai status negara maju.

Justeru itu semua agensi Kerajaan, khususnya IPT di negara telah ini diberi amanah dan tanggungjawab untuk menjadi 'kilang' memproses dan mengeluarkan sumber tenaga manusia yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa, atau dikenali sebagai 'knowledge workers '.

Atas dasar inilah , UMS perlu terus memperkukuhkan dan meningkatkan pendidikan yang bermutu serta mendapat pengiktirafan dunia. Kerjasama dengan pelbagai universiti dan institusi terkemuka dunia perlulah dipertingkatkan sebagai langkah memperkenalkan dan memperkukuhkan program-program universiti di peringkat antarabngsa.

Dalam hal ini, UMS perlu bersikap 'sambil menyelam sambil minum air', ini bererti di samping kerjasama dijalankan, UMS perlu mengambil peluang untuk belajar kekuatan dan kemajuan dari institusi yang memberikan kerjasama.

Untuk itu juga, saya berharap agar setiap Sekolah I lnstitut I Pusat I Unit di univer­siti ini mengenalpasti dan mewujudkan 'benchmark' masing-masing dengan melihat kepada 'niche ' program masing-masing. Sehingga kini , tidak semua Sekolah mewujudkan hubungan kerjasama dengan institusi terkemuka dunia dalam usaha mewujudkan 'benchmark' masing-masing.

Proses pengantarabangsaan merupakan suatu anjakan paradigma. Untuk itu , perancangan dan perlaksanaan yang teliti dan strategik amat perlu untuk memastikan kita sentiasa melakukan pembaharuan yang diperlukan. Kita perlu menjadikan agenda pengantarabangsaan ini sebagai agenda setiap Sekolah I lnstitut I Pusat I Unit khasya dan universiti secara keseluruhannya. UMS perlu mengembeling tenaga dan merangka mekanisma yang 'cohesive ' dan dilaksanakan berperingkat-peringkat ke arah mencapai hasrat tersebut. ·

14

Page 16: 2005 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8390/1/sp0000000148.pdf · Peralihan kepimpinan kapten kapal akan berlaku tidak lama ... saya akan membincangkan apakah cabaran-cabaran

Dalam merangka strategi pengantarabangsaan dengan berkesan , adalah perlu kita memahami kesan globalisasi terhadap pendidikan . Kita berhadapan dengan situasi di mana keperluan pendidikan tinggi telah meningkat secara mendadak hasil dari pertumbuhan ekonomi dunia yang memberangsangkan. Peningkatan kualiti hidup di samping kemajuan teknologi maklumat telah menjadikan universiti meluaskan pasarannya dengan membuka ruang kepada pelajar dari seluruh dunia.

Dominasi Bahasa lnggeris dalam pendidikan tinggi serta pengaruhnya dalam usaha­usaha penerbitan dan penyelidikan memang tidak dinafikan lagi. Justeru itu , tenaga akademik dan professional yang berpendidikan dan berkemahiran adalah penting sebagai 'role player' utama di pasaran antarabangsa ini .

Saudara dan saudari sekalian;

PENUTUP

"Potensi Kecemerlangan UMS Di Masa Hadapan"

Apa yang saya harapkan agar UMS terus mampu berlayar menjadi universiti yang terulung di rantau in i. Sesungguhnya potensi dan kekuatan UMS ini telah dikenal­pasti oleh banyak pihak yang melawat dan menilai sendiri potensi UMS.

Justeru itu, semua tenaga kerja di kapal UMS ini , sama ada di peringkat sokongan hinggalah kepada ketua nahkoda kapal perlu sentiasa berkerjasama, bersatu padu dan bersefahaman untuk meneruskan kecemerlangan universiti ini .

Budaya kerja murni, amanah, telus dan ikhlas haruslah menjadi pegangan setiap masa agar kita mampu menjadi pekerja yang cemerlang . Dalam masa yang sama, usaha meningkatkan ilmu dan kemahiran masing-masing perlulah dilaksanakan.

Sebagai kesimpulan , untuk menjadi pekerja yang cemerlang , suka saya menarik perhatian hadirin kepada 18 nilai-nilai murni yang bersifat universal dan telah diterapkan dalam Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni peringkat kebangsaan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 1 Februari 2005 lepas :

Beramanah Bertanggungjawab lkhlas Benar Sederhana Tekun Bersih Berdisiplin Berkerjasama Berperibadi mulia Bersyukur Bermuafakat Bertoleransi

15

Page 17: 2005 - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/8390/1/sp0000000148.pdf · Peralihan kepimpinan kapten kapal akan berlaku tidak lama ... saya akan membincangkan apakah cabaran-cabaran

Bertimbang Rasa Bersatupadu Beretika Tidak mementingkan diri sendiri Tiada perasaan curiga I syak wasangka

Saudara-saudari Sekalian;

Pelayaran untuk mencapai misi dan visi universiti ini mesti diteruskan untuk bangsa dan negara. Peralihan kepimpinan kapten kapal akan berlaku tidak lama lagi. Namun, saya percaya citra universiti akan tetap menjadi 'kompas dan peta' meneruskan pelayaran meningkatkan keupayaan universiti ini agar lebih cemerlang di masa hadapan.

Seperti yang saya tegaskan di awal ucapan saya tadi, pembangunan yang dikecapi oleh universiti sehingga hari ini bukanlah atas usaha dan komitmen individu atau saya sahaja, tetapi ianya merupakan hasil kerjasama, sokongan dan bantuan yang kolektif daripada semua pihak. Tanpa adanya kerjasama tuan-tuan dan puan-puan sekalian , saya pasti UMS tidak akan gah dan mula dipandang masyarakat sama ada dalam mahupun luar negeri seperti h.ari~_-~

~· . '•!t . Justeru itu, dikesempatan ini , dengarj;'f'8sa l'~r\,dah diri saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan t,erfrn~lglsiq. ~~ada seluruh warga universiti sama ada di peringkat pengurusan tertitiifgi hi fi~galah kepada kakitangan sokongan, dan juga semua pelajar yang telah meinberi ls,an ketjasama dan sokongan padu kepada saya sebagai Naib Canselor selama 10-'tahu·n· 9i universiti ini.

Sesungguhnya pengorbanan, sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh tuan­tuan dan puan-puan sekalian amatlah saya hargai dan tidak akan dilupakan. Saya mengambil kesempatan ini juga, untuk memohon berbanyak maaf andai kata terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan diri saya sepanjang saya memimpin dan menerajui pembangunan universiti ini.

Selamat maju jaya, dan saya amat yakin dan berdoa semoga UMS akan terus cemerlang di masa hadapan, 'berdiri megah kekal bermutu, menuju arah bakal dituju '.

Sekian. Terima Kasih.

16