kapten hassan wira bangsa

22
KAPTEN HASSAN WIRA KAPTEN HASSAN WIRA BANGSA BANGSA

Upload: sygira

Post on 18-Jun-2015

2.056 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

novel komsas ting 2

TRANSCRIPT

Page 1: Kapten Hassan Wira Bangsa

KAPTEN HASSAN WIRA KAPTEN HASSAN WIRA BANGSABANGSA

Page 2: Kapten Hassan Wira Bangsa

TEMATEMA

Perjuangan menentang musuh negara

Perjuangan yang dilakukan oleh anggota pasukan keselamatan terhadap Jepun, Bintang Tiga dan juga pengganas komunis yang mengancam negara. Selepas Jepun menyerah kalah, British mengambil alih pemerintahan negara.

Page 3: Kapten Hassan Wira Bangsa

• Kumpulan-kumpulan tertentu tidak berpuas hati dan mahu merampas kuasa pemerintahan daripada Inggeris seperti pengganas komunis yang diasaskan oleh Chin Peng.

• Fokus perjuangan rakyat tempatan adalah berkisar kepada Rejimen Askar Melayu, dan juga watak Hassan iaitu seorang pemuda Melayu yang berjuang menentang pengganas.

• Hassan memperoleh kejayaan dalam perjuangannya iaitu dari prebet biasa sehingga menjawat jawatan yang tinggi dalam perkhidmatan tentera kerana jasanya yang besar dalam usaha menentang musuh negara.

Page 4: Kapten Hassan Wira Bangsa

PERSOALANPERSOALAN

1. Tanggungjawab mempertahankan negara

Rejimen Askar Melayu Diraja dan Rejimen Askar Wataniah diberi tugas mempertahankan negara. Pasukan-pasukan keselamatan

negara lain seperti polis turut bertanggungjawab mempertahankan negara.

Mereka mempbuat gerakan di hutan untuk menghapuskan pengganas komunis.

Page 5: Kapten Hassan Wira Bangsa

PERSOALANPERSOALAN

2. Kezaliman musuh

Kumpulan Bintang Tiga bertindak sewenang-wenangnya terhadap rakyat seperti yang dilakukan ke atas keluarga

Hassan, Sir Henry Gurney dan juga pengurus ladang di Sungai Siput yang

dibunuh dengan kejam.

Page 6: Kapten Hassan Wira Bangsa

PERSOALANPERSOALAN

3. Kepentingan disiplin

Hassan mementingkan disiplin dalam tugasnya. Beliau selalu menasihati

anggota platunnya agar mengutamakan disiplin dalam tugas supaya kerjaya dan

pasukan tentera dihormati.

Page 7: Kapten Hassan Wira Bangsa

PERSOALANPERSOALAN

4. Dendam

Hassan berdendam kerana ahli keluarganya telah dibunuh dan datuknya telah

ditangkap oleh Bintang Tiga dan dia berazam untuk menuntut bela atas

kekejaman tersebut.

Page 8: Kapten Hassan Wira Bangsa

PERSOALANPERSOALAN

5. Kerjasama dalam perjuangan

Pelbagai pihak seperti Rejimen Askar Melayu, polis, pasukan pengawal kampung dan orang awam telah

bekerjasama untuk menangani masalah pengganas komunis.

Page 9: Kapten Hassan Wira Bangsa

WATAK UTAMA-HASSANWATAK UTAMA-HASSAN• PERWATAKAN:-

• Seorang yang gigih – Hassan gigih dalam tugas yang dipikulnya sebagai anggota tentera sehingga mendapat kenaikan pangkat daripada seorang prebet menjadi kapten.

• Seorang yang penyayang – Hassan begitu menyayangi ahli keluarganya sehingga sanggup menuntut bela atas kematian ahli keluarganya.

Page 10: Kapten Hassan Wira Bangsa

• Seorang yang mematuhi arahan – Hassan sangat patuh pada arahan pihak atasan seperti arahan mencari bangkai pesawat ayng terhempas walaupun pada masa yang sama dia sibuk menduduki ujian kenaikan pangkat.

• Seorang yang pintar – Hassan bijak menangani masalah yang dihadapinya seperti percubaan Ah Kiew atau Ah Moi yang cuba menggodanya.

• Seorang yang berdisiplin – Hassan mempunyai disiplin yang tinggi ketika bertugas dan tidak suka anggota platunnya yang melanggar disiplin.

Page 11: Kapten Hassan Wira Bangsa

LATAR TEMPATLATAR TEMPAT

• Batu 8, Jalan Jelebu – tempat tinggal mertua Hassan dan tempat tinggal Hassan setelah berkahwin

• Ulu Terip – merupakan tempat perkhemahan Kumpulan Bintang Tiga.

• Ulu Sungai Geliau – kawasan pergerakan gerombolan pengganas yang aktif tetapi berjaya di patahkan oleh Leftenan Hassan.

• Port Dickson – tempat Hassan menjalani latihan ketenteraan selama 6 bulan.

• Kem Tapah – tempat Sarjan Hassan bertugas dan di sini dia digoda oleh Ah Kiew atau Ah Moi tetapi tidak berjaya.

Page 12: Kapten Hassan Wira Bangsa

LATAR MASALATAR MASA

Zaman sebelum darurat -• 1940 : Hassan belajar di sekolah pondok

Kg Sega.• 1942 : Belia Melayu dikerah bekerja oleh

Jepun membuat landasan keretapi• 1945 : Kumpulan Bintang Tiga

mengganas • 21 Dis 1946 : Hassan memasuki

angkatan tentera

Page 13: Kapten Hassan Wira Bangsa

LATAR MASALATAR MASAZaman darurat -

• 16 Jun 1948 : Kerajaan mengistihar darurat• 16 Nov 1953 : Hassan terlibat dalam operasi

di hutan Pahang• 17 Ogos 1957 : Hassan terlibat dalam

operasi di Tanjung Malim, Perak.• 20-21 Ogos 1957 : Hassan terlibat dengan

operasi di Ladang Getah Waterfall, Rawang.

Page 14: Kapten Hassan Wira Bangsa

LATAR MASALATAR MASA

Zaman selepas darurat –

• 15 Okt 1961 : Leftenan Hassan terlibat dalam gerakan mencari bangkai pesawat di hutan Bukit Tinggi

• 05 Ogos 1962 : Perkhidmatan Hassan ditamatkan kerana gagal dalam ujian kenaikan pangkat

• 06 Ogos 1962 : Hassan kembali ke kampung halamannya

• Penghujung 1962 : Hassan berkhidmat semula.• 30 April 1991 – Hassan meninggal dunia di Hospital

Seremban.

Page 15: Kapten Hassan Wira Bangsa

LATAR MASYARAKATLATAR MASYARAKAT• Kategori masyarakat – masyarakat

kampung, bandar dan yang bergerak dalam hutan

• Pekerjaan – Pelbagai jenis pekerjaan seperti tentera, polis, penghulu, guru agama, pengganas dan lain-lain.

• Golongan masyarakat – golongan kanak-kanak, remaja, dewasa dan golongan orang tua.

Page 16: Kapten Hassan Wira Bangsa

• Kepelbagaian bangsa dan agama – melibatkan bangsa Melayu, Cina, Jepun dan Inggeris dan agama yang diketengahkan ialah agama Islam, Kristian dan Buddha.

• Corak hidup – memaparkan masyarakat yang hidup bekerjasama dan kehidupan yang kucar-kacir semasa kedatangan Jepun, Kumpulan Bintang Tiga dan komunis.

Page 17: Kapten Hassan Wira Bangsa

GAYA BAHASAGAYA BAHASA• Bahasa Inggeris – Contoh : box office,

Quarter Master, Browning dan lain-lain lagi• Bahasa Jepun – Contoh : aiho, kabotai dan

lain-lain lagi• Bahasa Arab – Contoh : al-Quran, zikirullah,

Alllahyarham dan syariah.• Sinkof – Ah Moi pernah menyatakan kepada

Hassan, “ Saya tak menyangka askar macam awak ni baik. Dulu kalau saya ternampak askar, saya terus lari.”

Page 18: Kapten Hassan Wira Bangsa

GAYA BAHASAGAYA BAHASA• Simile – …Bagi mereka, orang-orang

kampung mukim Pantai pada ketika itu ibarat harimau yang tidak bertaring dan tidak berkuku yang boleh mendengus sahaja.

• Metafora – Keberanian Koperal Hassan mara secara sendirian dalam hujan peluru komunis telah mendapat perhatian daripada pegawai pemerintahnya,…

• Peribahasa – membanting tulang, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, buah mulut.

Page 19: Kapten Hassan Wira Bangsa

NILAINILAI

• Keberanian – Semangat keberanian yang ditunjukkan oleh Hassan mempertahankan maruah negara.

• Tanggungjawab – Pasukan keselamatan bertanggungjawab menjaga keamanan negara.

Page 20: Kapten Hassan Wira Bangsa

• Taat setia – Taat setia terhadap pihak atasan ditunjukkan oleh Hassan apabila menerima pelbagai tugasan walaupun sibuk.

• Kerjasama – Pasukan polis dan tentera bekerjasama membanteras pengganas.

• Bersyukur – Berterima kasih kepada Tuhan yang telah menyelamatkan nyawa.

Page 21: Kapten Hassan Wira Bangsa

PENGAJARANPENGAJARAN• Kita mestilah bersatu padu – Pasukan

keselamatan bersatu padu dalam menjalankan tugas mempertahankan negara.

• Kita janganlah bertindak zalim – Tindakan Kumpulan Bintang Tiga membunuh keluarga Hassan adalah zalim danmesti dihindari.

Page 22: Kapten Hassan Wira Bangsa

• Kita mestilah berdisiplin – Hassan mementingkan disiplin semasa menjalankan tugas.

• Kita mestilah menghormati ketua – Hassan sentiasa mematuhi dan mendengar nasihat yang diberikan oleh ketuanya.

• Kita mestilah mengenang jasa – Pihak tertentu mestilah memberi penghargaan atas jasa yang dicurahkan kepada negara.