2.0 pernyataan profesional

15
2.0 PERNYATAAN PROFESIONAL 2.1 Pengenalan Saya, Noor Liyana Binti Yaakob, daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah bagi Semester 2 untuk program DPLI di Pusat Anak Permata Negara Putrajaya. Pengalaman Berasaskan Sekolah adalah perkara wajib yang perlu dilakukan oleh semua guru pelatih dari IPG bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih untuk merasai pengalaman dan pendedahan yang pelbagai sebelum mereka ditempatkan di sekolah untuk praktikum. Dengan menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini, guru pelatih dapat mencapai beberapa objektif iaitu : Memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah Menghayati kerjaya seorang guru Memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah Mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid Memahami pengurusan dan strategi pengajaran pembelajaran Membina kemahiran berinteraksi dengan warga sekolah Mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran, pembelajaran dan budaya sekolah. Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal Membina sikap positif terhadap profesion perguruan Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan. Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh guru pelatih semasa menjalani PBS selama dua minggu di PAPN demikian. Perkara-perkara tersebut ialah memperoleh maklumat umum mengenai sekolah serta melaksanakan aktiviti PBS yang telah ditetapkan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan atau jabatan matapelajaran major/elektif berdasarkan semester. Kesimpulannya, aktiviti PBS dapat memberi pelbagai faedah kepada guru pelatih. Dengan menjalani aktiviti PBS juga, guru pelatih yang berkarisma dapat dilahirkan seiring dengan

Upload: henna-yanna

Post on 02-Oct-2015

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pernyataan profesional

TRANSCRIPT

2.0PERNYATAAN PROFESIONAL2.1PengenalanSaya, Noor Liyana Binti Yaakob, daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah bagi Semester 2 untuk program DPLI di Pusat Anak Permata Negara Putrajaya. Pengalaman Berasaskan Sekolah adalah perkara wajib yang perlu dilakukan oleh semua guru pelatih dari IPG bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih untuk merasai pengalaman dan pendedahan yang pelbagai sebelum mereka ditempatkan di sekolah untuk praktikum.Dengan menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini, guru pelatih dapat mencapai beberapa objektif iaitu : Memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah Menghayati kerjaya seorang guru Memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah Mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid Memahami pengurusan dan strategi pengajaran pembelajaran Membina kemahiran berinteraksi dengan warga sekolah Mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran, pembelajaran dan budaya sekolah. Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal Membina sikap positif terhadap profesion perguruan Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan.Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh guru pelatih semasa menjalani PBS selama dua minggu di PAPN demikian. Perkara-perkara tersebut ialah memperoleh maklumat umum mengenai sekolah serta melaksanakan aktiviti PBS yang telah ditetapkan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan atau jabatan matapelajaran major/elektif berdasarkan semester.Kesimpulannya, aktiviti PBS dapat memberi pelbagai faedah kepada guru pelatih. Dengan menjalani aktiviti PBS juga, guru pelatih yang berkarisma dapat dilahirkan seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru yang mahu melahirkan guru yang mampu menjamin pembangunan individu.

2.2Laporan SebelumPengalaman Berasaskan SekolahSebelum melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya telah mengenal pasti apakah tujuan saya berada di PAPN Putrajaya kelak. Tujuan utama PBS ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada guru pelatih kepada situasi dan suasana sebenar ketika berada di papn. Tujuan seterusnya ialah melaksanakan tugasan kerja kursus Pengalaman Berasaskan Sekolah iaitu aktiviti yang dijalankan di papn. Selepas mengenalpasti apa tujuan berada di papn kelak, saya terus menyediakan pelan tindakan untuk sepanjang saya berada di papn tersebut. Pelan tindakan adalah seperti berikut:PELAN TINDAKANTUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAHPusat Anak Permata Negara, PutrajayaTarikhTindakanCatatan

Hari Pertama23 Mac 2015Lapor diri

Berjumpa dengan pihak pentadbiran Pusat Anak Permata Negara Putrajaya.

Sesi pengenalan dan mengumpul maklumat.Lapor diri dan menjelaskan tugasan PBS yang diterima

Taklimat

Mengumpul maklumat

Hari Kedua24 Mac 2015Mendapatkan maklumat mengenai pentadbiran Pusat Anak Permata Negara Putrajaya

Berjumpa dengan ketua pendidik dan guru-guru untuk mendapatkan maklumat berkaitan

Perjumpaan dan perbincangan dengan pihak-pihak pentadbiran, guru-guru yang berkaitan

Hari Ketiga25 Mac 2015Meninjau program dan aktiviti.

Interaksi dengan murid-muridMembuat soal selidik kepada pihak pengurusan sekolah

Perbincangan dengan guru-guru dan staf

Menemu bual murid-murid

Hari Keempat26 Mac 2015Sesi temuramah

Mendapatkan maklumat tambahanTemuramah dengan pihak pengurusan sekolah

Pemerhatian di sekitar sekolah

Hari Kelima29 Mac 2015Aktiviti 1

Hari Keenam30 Mac 2015Aktiviti 2

Hari Ketujuh31 mac 2015Aktiviti 3

Hari Kelapan1 April 2015

Hari Kesembilan2 April 2015

Hari Kesepuluh3 April 2015Perbincangan akhir

Meninjau keseluruhan sekolah

Melengkapkan semua keperluan tugasan

Perbincangan dengan pihak pentadbir PAPN

Mendokumentasikan hasil dapatan

Saya juga turut mengenalpasti apakah instrumen pengumpulan maklumat yang sesuai untuk saya gunakan di PAPN Putrajaya nanti. Selepas menganalisis permintaan tugasan PBS ini, saya telah memilih kaedah pemerhatian, temubual, soal selidik, perbincangan, dan pengalaman sebenar sebagai instrumen yang akan saya gunakan bagi mendapatkan maklumat.

2.3Laporan Pelaksanaan Aktiviti yang DifokusSepanjang saya berada di PAPN Putrajaya untuk melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) untuk semester 2 ini, saya telah bergerak mencari maklumat mengikut dalam pelan tindakan yang sudah dirancang lebih awal. Selama sepuluh hari berada di sekolah, saya sempat melaksanakan instrumen yang sudah saya sediakan seperti pemerhatian yang saya lakukan. Pemerhatian melalui gambar telah saya dokumentasikan sebagai sumber rujukan saya. Saya juga telah membuat temu bual, perbincangan dan soal selidik bersama dengan pihak pengurusan sekolah serta guru-guru.Hari Pertama (23 Mac 2015)Hari pertama sampai di sekolah, saya terus melaporkan diri ke pejabat. Kelihatan pada ketika itu Ketua Pendidik telah bertugas di luar kawasan dan saya diarahkan untuk berjumpa dengan pemangku ketua pendidik ( Pn Ana) yang telah bersedia menerima kehadiran guru pelatih ke sekolah tersebut, dengan senyuman yang lebar beliau mengalu-alukan saya duduk di pejabatnya. Selesai menyerahkan surat pengenalan diri dan melaporkan diri, saya beserta empat orang lagi rakan juga telah memberi penerangan secara ringkas berkenaan dengan PBS oleh beliau.Kami membuat perbincangan kendalian aktiviti yang perlu saya laksanakan sepanjang PBS.Perbincangan bersama pemangku ketua pendidik ditangguhkan seketika supaya kami dapat mengikuti acara perhimpunan rasmi pada pagi tersebut. Saya dan beberapa rakan guru pelatih yang lain telah diperkenalkan kepada guru-guru dan juga kanak-kanak permata.Perbincangan yang tertangguh tersebut diteruskan setelah selesai perhimpunan. Pelbagai soalan dan pertanyaan yang saya kemukakan kepada guru tersebut mengenai perihal sekolah tersebut bagi memenuhi tugasan yang telah ditetapkan kepada kami. Aktiviti membuat pemerhatian dan mencari serta mengumpul maklumat saya jalankan di sekitar sekolah tersebut. Pemerhatian terhadap tingkah laku murid-murid dan iklim pembelajaran memberikan saya banyak pengetahuan yang baru.

3.0INSTRUMEN PENGUMPULAN DATASepanjang melaksanakan aktiviti mencari dan mengumpul maklumat berkaitan dengan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di PAPN Putrajaya, terdapat beberapa instrumen atau kaedah pengumpulan data yang saya gunakan. Kajian ini dilaksanakan dengan 4 kaedah iaitu:1. Pemerhatian2. Temu bual3. Soal selidik4. Perbincangan3.1PemerhatianKaedah ini dijalankan dengan melihat permandangan dan persekitaran papn. Di samping itu, saya juga telah melihat pendidik mengajar di dalam kelas. Pemerhatian dilakukan sepanjang berada di PAPN Putrajaya dan butiran direkodkan dengan membuat catatan dan didokumentasikan. Maklumat yang diperolehi daripada kaedah ini termasuklah:(i) Carta organisasi PAPN Putrajaya3.2Temu BualKaedah ini dijalankan dengan membuat temu bual bersama ketua pendidik, pendidik-pendidik, staf sokongan, kakitangan sekolah dan beberapa orang murid. Maklumat yang diperolehi dikumpulkan dan direkodkan dalam borang rekod kolaborasi (lihat lampiran 1). Maklumat yang diperolehi daripada kaedah ini ialah:(i) Latar belakang sekolah(ii) Latar belakang murid-murid(iii) Maklumat guru dan kakitangan (iv) Laporan bulanan sekolah(v) Jawatankuasa kurikulum(vi) Carta organisasi pentadbiran(vii) Carta organisasi induk(viii) Maklumat murid

PerbincanganKaedah ini dijalankan dengan membuat perbincangan bersama ketua pendidik, pendidik-pendidik, staf sokongan, kakitangan sekolah dan beberapa orang murid. Maklumat yang diperolehi dikumpulkan dan direkodka.. Maklumat yang diperolehi daripada kaedah ini ialah:(i) Peranan ketua pendidik dan pemangku ketua pendidik(ii) Maklumat guru(iii) Pengurusan kelas(iv) Latar belakang PAPN(v) Kemudahan dan PAPN(vi) Program dan aktiviti yang dijalankan di PAPN

4.0 KOLABORASI

Hari Kedua (06 Mac 2012)Hari kedua bermula dengan penuh semangat apabila lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku berkumandang di alat pembesar suara yang boleh didengari di segenap sekolah. Semua guru-guru, staf-staf dan murid-murid berdiri tegak dan menyanyikan bersama-sama lagu kebangsaan itu tidak mengira tempat mereka berada ketika itu. Amalan tersebut amat wajar dipuji dan diteruskan lagi demi menanam sikap patriotik dan hormat dalam diri setiap individu dalam sekolah berkenaan.Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat saya teruskan lagi pada hari kedua dan telah berjumpa dengan staf-staf sokongan untuk mendapatkan maklumat dan data-data yang diperlukan mengenai sekolah tersebut. Di samping itu saya juga turut bertanyakan soalan berkenaan dengan amalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) di sekolah tersebut.Pemerhatian terhadap kemudahan dan prasarana saya laksanakan sepanjang sesi persekolahan dan meninjau penggunaan kemudahan-kemudahan berkenaan oleh warga sekolah terutamanya para guru dan murid-murid. Selain itu, saya juga turut menemu bual guru-guru yang bertugas dalam bidang yang tertentu yang menguruskan kemudahan dan prasarana tersebut. Antara kemudahan dan prasarana yang saya lihat penting dalam sekolaht ersebut ialah pusat sumber sekolah yang banyak menyediakan bahan bacaan dan bahan bantu mengajar yang sanagt diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran, serta Makmal Komputer yang diperlukan dalam mata pelajaran yang memerlukan bahan berbentuk ICT (gamabr boleh rujuk di lampiran 3).Temu bual dan kolaborasi bersama guru panatia Kemahiran Hidup yang saya adakan setelah duru berkenaan mempunyai sedikit masa terluang. Pelbagai pertanyaan yangs saya ajukan kepada beliau dan terdapat juga beberapa perkara yang dibincangkan khasnya berkaitan mata pelajaran Kemahiran Hidup. Begitu banyak input yang saya perolehi melalui interaksi-interaksi bersama warga sekolah tersebut.Di samping itu saya telah diarahkan untuk menjalankan kelas ganti dimana pada waktu tersebut saya amat gementar kerana buat pertama kalinya saya perlu berharapan dengan murid-murid seramai 44 orang di dalam kelas tersebut. Guru-guru turut menasihatkan saya agar bertindak serius jangan memberi layanan seperti kawan-kawan kerana sekiranya berbuat demikian keadaan kelas sukar untuk dikawal. Nyata nasihat guru tersebut adalah benar.

Hari Ketiga (07 Mac 2012)Hari ketiga merupakan hari yang paling sibuk diantara hari-hari yang saya hadir di sekolah tersebut. Ini kerana pada waktu tersebut guru-guru sibuk memberikan baju sekolah yang telah diberi peruntukan oleh kerajaan kepada murid-murid dan pada waktu tersebut juga terdapat banyak guru yang sibuk dengan aktiviti sukan dan perlawanan yang telah berlangsung di sekolah lain. Hari tersebut saya telah diminta untuk membuat kawalan terhadap murid-murid agar tidak berkeliaran di luar kelas sewaktu guru sedang sibuk melakukan pembahagian baju. Ternyata terdapt murid-murid yang degil dan seringkali keluar daripada kelas walaupun saya telah mengarahkan dengan anda yang tinggi supaya masuk ke dalam kelas buat kerja yang disuruh. Setelah menjalankan tugasan tersebut, saya turut diberikan kelas ganti yang baru. Saya menggunakan peluang tersebut untuk menjalankan sesi temubual dan memeberi borang soal selidik terhadap murid-murid bagi membuktikan kritikan yang telah saya lakukan terhadap teori Jean Piaget dalam kerja kursus Perkembangan Kanak-Kanak. Daripada pengalaman tersebut juga peluang masuk ke kelas telah membuka mata saya kepada senario sebenar perbezaan individu tersebut dan cara berhadapan dengannya kerana terdapat banyak ragam murid yang berbeza. Ilmu dan pengetahuan yang baru ini saya simpan dan cuba mengadaptasinya di dalam diri supaya kelak saya bergelar guru yang akan mengaplikasikan ilmu pengetahuan tersebut dengan betul.Pada hari tersebut juga, saya telah membuat perbincangan bersama Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum dan saya berjumpa dengan penyelia petang dan guru mentor saya untuk memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana menjalankan aktiviti yang saya perlukan dengan lebih baik dan teratur.

Hari Keempat (08 Mac 2012)Saya meneruskan tinjauan lagi pada hari keempat dan mengumpul maklumat data tambahan serta maklumat-maklumat menarik mengenai sekolah tersebut. Kesempatan berjumpa dengan Guru Besar (Pn. Helen Gasat) yang baru balik tidak saya lepaskan, apatah lagi beliau sangat sibuk dengan pelbagai tugas-tugas yang penting. Namun memandangkan beliau turut mengenali saya kerana saya merupakan bekas murid di sekolah tersebut kadang-kadang tajuk yang dibincangkan seakan-akan lari sedikit menjadi tajuk berbualan kedai kopi.Pelbagai persoalan saya utarakan kepada beliau mengenai peranan dan tanggungjawab seorang guru besar dalam pentadbiran sekolah, memperkembangkan potensi individu bagi semua murid, kemudahan dan prasarana sekolah, program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh sekolah tersebut dan hasrat beliau dalam menjadikan sekolah tersebut maju dan setanding dengan pendapaian sekolah-sekolah di bandar. Beliau menjawab kesemua persoalan saya dengan lengkap dan beliau juga banyak berkongsi rahsia-rahsia kejayaan beliau dalam tempoh yang begitu panjang berkecimpung dalam bidang pendidikan ini. Beliau tidak lupa memberi nasihat-nasihat yang berguna kepada diri saya sebagai seorang bakal guru. Interaksi yang sangat informatif tersebut amat saya hargai dan tunjuk ajar serta pesanan daripada beliau akan saya terus ingat sampai bila-bila.Di sebelah petang pula saya membuat aktiviti pemerhatian terhadap bagaimana seorang guru mengawal situasi dalam kelas dan di samping itu melihat perkembangan kanak-kanak sewaktu sesi pembelajaran. Saya telah mengikuti mentor saya melihat situasi tersebut. Sememangnya kelas dapat dikawal dengan baik dan murid-murid turut mendengar arahan daripada guru yang mengajar di samping saya melihat guru tersebut memberikan ganjaran kepada mereka yang berjaya menjawab dengan betul terhadap soalan yang diberikan.Hari Kelima (09 Mac 2012) Hari kelima merupakan hari terakhir saya berada di sekolah tersebut. Pagi itu diserikan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku yang diperdengarkan melalui alat pembesar suara. Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan kepada warga SK. St. John Tuaran dan pada pendapat saya, amalan ini sepatutnya menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain tidak kira sekolah rendah atau sekolah menengah mahupun di institusi-institusi pengajian tinggi.Untuk kali terakhir, saya berurusan dengan Guru Penolong Kanan Pentadbiran atas perbincangan beberapa aspek-aspek mengenai sekolah berkenaan. Sebelum Guru Besar berangkat pergi atas tugasan yang penting, saya telah berbincang dengan beliau atas beberapa perkara yang penting mengenai tanggungjawab di sekolah dan juga beliau turut menyampaikan pesanan bernas kepada saya untuk diadaptasikan dalam diri kami masing-masing sewaktu menjalankan latihan perguruan ini. Saya amat berbesar hati atas kesanggupan beliau meluangkan masa bersama saya walaupun dihimpit dengan kesibukan masa.Saya berkesempatan menemu bual dan berbincang dengan guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mengenai data murid di sekolah itu dan beliau banyak menerangkan kepada saya bantuan-bantuan yang diberikan kepada murid-murid. Bantuan-bantuan tersebut sememangnya sangat membantu murid-murid dalam meneruskan persekolahan mereka dan dalam meningkatkan prestasi pencapaian mereka dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.Pengalaman yang tidak saya akan lupakan sampai bila-bila adalah guru-guru di sana telah membuat majlis perpisahan dengan menyediakan sebuah kek. Kerana perasaan yang sangat terharu dan terhutang budi terhadap guru-guru yang telah saya anggap seperti sebuah keluarga saya sendiri dimana hampir kesemua mereka merupakan bekas guru saya sendiri kerana mereka sentiasa membantu saya apabila saya menghadapi masalah dan sering menjadikan suasana di dalam bilik guru ceria dan gembira dengan penceritaan dan perbualan mereka dan menjadikan saya tidak berasa keseorangan dengan bantuan guru-guru di sekolah tersebut. Di samping itu, saya tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan turut mengambil gambar bersama- sama dengan guru sesi petang yang sentiasa menghiburkan dan ringan memberi bantuan sepanjang saya berada di sana.Di samping itu saya turut memberikan sokongan dan nasihat yang berguna kepada murid-murid di sana kerana kebanyakan daripada mereka telah menganggap saya sebagai guru tetap di sekolah tersebut. Perasaan rindu dan semangat membakar itu menjadikan saya ingin mencapai cita-cita menjadi seorang guru yang baik pada masa akan datang. Akhir aktiviti yang dilakukan adalah mengucapkan terima kasih yang tak terhingga terhadap semua guru, kakitangan dan murid yang banyak membantu saya dalam menjalankan PBS di sekolah tersebut.