[2] diskusi ke-17

Upload: dzarrin

Post on 02-Jun-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 [2] DISKUSI KE-17

    1/3

  • 8/10/2019 [2] DISKUSI KE-17

    2/3

    2.1 PENGENALAN HADITH

    Sebab munculnya hadith ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh

    Imam Muslim dalam kitab Sahihnya, dari Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah

    S.A.W berkhutbah kepada kami:Wahai manusia! Allah telah mewajibkanhaji, maka tunaikanlah haji. Maka seorang lelaki bertanya:Adakah setiap

    tahun wahai Rasulullah? Rasulullah S.A.W diam sehingga lelaki itu

    mengulangi pertanyaan sebanyak tiga kali, maka Rasulullah S.A.W berkata :

    Kalaulah saya mengatakan ya, maka haji itu pasti diwajibkan setiap tahun,

    dan kalian pasti tidak mampu. Kemudian Nabi S.A.W menyambung sabda

    Baginda seperti mana hadith di atas.

    3.0 INTIPATI HADITH

    1. Perintah supaya mentaati suruhan dan menjauhi larangan.

    2. Larangan adalah lebih keras daripada suruhan kerana larangan tidak mengenal

    erti keringanan untuk sekadar kemampuan.

    3. Orang yang tidak mampu mengerjakan sesuatu kewajipan atau sebahagiannya,

    maka gugurlah kewajipan itu, samada sebahagiannya atau keseluruhannya.

    4. Larangan banyak bertanya pada perkara yang tidak dijelaskan oleh syara atau

    perkara yang tidak mendatangkan faedah atau yang tidak dihajati, begitu juga

    pertanyaan yang berbentuk mempersendakan atau menghina.

    5.

    Peringatan buat umat Islam agar tidak menyalahi perintah RasulNya sepertimana

    yang telah terjadi kepada umat-umat yang terdahulu.

    4. 0 NILAI DAN PENGAJARAN

    1. Seorang mukmin mestilah menjauhi sama sekali semua larangan Rasulullah

    S.A.W kerana apa yang dilarang oleh Baginda pada hakikatnya adalah larangan

    Allah S.W.T yang wajib dipatuhi.

    2. Seterusnya dia mestilah melaksanakan segala suruhan Baginda Rasulullah S.A.W

    sekadar yang termampu, tanpa memaksa diri dan keterlaluan di luar kemampuan

    kerana ia akan menyebabkannya tewas terkulai tidak berdaya melakukannya

    sebegitu teruk.

    3. Perintah yang disuruh melakukan sekadar terdaya ialah perintah yang sunat.

    Perintah wajib atau fardhu mestilah dilakukan tanpa kelonggaran kecuali

    kelonggaran yang diizinkan syara' iaitu kerana uzur atau sakit.

    4. Sifat terlalu suka bertanya perkara yang bukan-bukan, berbahas, banyak soal

    jawab dan membantah para Nabi dan Rasul adalah perangai umat yang

    terdahulu. Lantaran itu, mereka telah ditimpa kesusahan dan kebinasaan.

  • 8/10/2019 [2] DISKUSI KE-17

    3/3

    Justeru umat Muhammad S.A.W diberi peringatan agar jangan mengulangi

    kesilapan ini.

    RUJUKAN

    1. Al-Wafi fi Syarah Arbain an-Nawawi, Dr Mustafa Bugho, Darul Kalam, Damsyik, 1428H-2008,

    Cetakan pertama.

    2. Pdf Hadith 40 Imam Nawawi.

    3. Jami Ulum wal Hukum fi Syarah Khomsina Hadithan min Jawami Kalam, Ibnu Rejab al-

    Hanbali, Darul Fajar li Turath, Qaherah, 1431H-2006.

    4. Hadith 40 dan Terjemahannya, Mustafa Abdul Rahman, 2008, Dewan Pustaka dan Fajar,

    Shah Alam.