[2] diskusi ke-12

Upload: dzarrin

Post on 02-Jun-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 [2] DISKUSI KE-12

    1/6

    OBJEKTIF

    I. Memupuk semangat persaudaraan dalam kalangan umat Islam.

    II. Mengambil beberapa pengajaran daripada kisah persaudaraan agung yang

    ditunjangi dengan kekuatan akidah.

    1.0 MUQADDIMAH

    Secara konseptualnya, persaudaraan (ukhuwwah) merupakan asas kepada kesatuan

    umat manusia dalam sesebuah entiti masyarakat. Citra dan hati budi seseorang itu

    bukan bergantung kepada bangsa, warna kulit, keturunan, pangkat atau hartanya,

    tetapi diukur berasaskan ketinggian budi pekerti yang terpuji. Dalam kerangka

    persaudaraan ini, interaksi sosial sesama manusia perlu mengikut adab-adab yang

    telah digariskan oleh Islam. Bagi mencerminkan persaudaraan menurut lunas-lunas

    syara maka konsep persaudaraan ini perlu didasari dengan ikatan akidah yang luhur

    dan mantap.

    Konsep persaudaraan ini adalah bagi memenuhi konsep saling lengkap melengkapi

    sesama insan dalam suasana yang harmoni. Sekiranya dibuka lipatan sejarah

    permulaan Islam, dinukilkan konsep persaudaraan yang ditunjukkan oleh golongan

    Ansar dan golongan Muhajirin sewaktu peristiwa Hijrah Kubra. Peristiwa ini perlu

    dihayati dan diperhalusi dalam membentuk kerangka prinsip persaudaraan oleh

    masyarakat Islam kini. Kepentingan konsep persaudaraan sangat ditekankan kepada

    umat manusia dalam mengimbangi tuntutan hablu min al-Allah (hubungan dengan

    Allah) dan hablu min an-nas (hubungan sesama manusia).

    Justeru itu, sekiranya manusia menghayati konsep persaudaraan yang dianjurkanoleh Nabi Muhammad S.A.W, maka ia akan melahirkan sebuah peradaban manusia

    yang unggul. Sebagai natijahnya, ia akan membentuk masyarakat yang bersatu padu

    dan akhirnya akan membentuk bangsa yang kuat. Antara sebab kejatuhan

    kegemilangan tamadun silam adalah disebabkan tidak ada kesatuan sesama Islam.

    DISKUSI 12 :

    TRIMATRI UKHWWAH

  • 8/10/2019 [2] DISKUSI KE-12

    2/6

    2.0 LATAR BELAKANG BERLAKUNYA PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH S.A.W

    Quraisy mendapat tahu tentang keIslaman sekumpulan penduduk Yathrib. Lantaran

    itu, mereka melakukan penyeksaan kepada orang-orang mukmin di Makkah. Lalu

    Nabi S.A.W mengarahkan orang-orang mukmin berhijrah ke Madinah. Merekaberhijrah secara sembunyi kecuali Umar r.a.. Beliau telah memberitahu orang

    musyrik Quraisy tentang penghijrahannya seraya berkata: "Sesiapa yang mahu ibu

    kehilangan anaknya, esok tunggu aku di tengah wadi ini." Namun tiada seorang pun

    berani keluar menyahut cabarannya.

    Apabila Quraisy merasa yakin bahawa orang Islam telah memperolehi kekuatan dan

    perlindungan di Madinah, mereka mengadakan satu persidangan di Dar an-Nadwah.

    Mereka bersidang untuk memikirkan langkah menghapuskan Rasulullah S.A.W

    sendiri. Mereka memutuskan untuk memilih seorang pemuda yang gagah daripada

    setiap kabilah. Kemudian kesemua pemuda tersebut membunuh Baginda secara

    serentak. Justeru itu, tuntutan darah Baginda akan teragih kepada setiap kabilah

    menyebabkan Bani Manaf (keluarga Rasulullah) tidak upaya memerangi mereka

    semua dan terpaksa menerima bayaran diat sahaja. Setelah itu pemuda-pemuda

    yang diwakilkan untuk membunuh Rasulullah S.A.W berhimpun di hadapan pintu

    rumah Baginda pada malam Hijrah. Mereka menunggu Baginda keluar untuk

    membunuhnya.

    2.1 KEBIJAKSANAAN RASULULLAH MENGHADAPI MUSUH

    Pada malam tersebut Rasulullah S.A.W tidak tidur di tempat tidurnya.

    Bahkan, Baginda telah meminta Saidina Ali r.a. untuk tidur di tempatnya.

    Baginda juga memerintahkan agar memulangkan barang-barang amanah

    yang disimpan oleh orang kafir Quraisy kepada Baginda pada keesokan

    harinya. Rasulullah S.A.W telah keluar meninggalkan rumahnya tanpa

    disedari oleh pemuda-pemuda yang telah diwakilkan untuk membunuh

    Rasulullah S.A.W. Lalu, Baginda terus menuju ke rumah Abu Bakar dan dalam

    masa yang sama, Abu Bakar telah bersedia untuk menyiapkan dua kenderaan

    sepanjang pemusafiran bersama Rasulullah S.A.W. Mereka berduamemutuskan untuk keluar dari Makkah. Abu Bakar mengupah Abdullah bin

    Uraiqit ad-Daili, seorang musyrik untuk menjadi penunjuk jalan ke Madinah.

    Dengan syarat dia mengelakkan jalan yang biasa diketahui dan menggunakan

    jalan lain yang tidak diketahui oleh kafir Quraisy.

    Rasulullah S.A.W dan Saidina Abu Bakar keluar berhijrah pada hari Khamis 1

    Rabiul Awal, tahun ke-53 kelahiran Baginda S.A.W. Hanya Saidina Ali r.a. dan

    keluarga Saidina Abu Bakar r.a. yang mengetahui tentang hijrah Baginda

    tersebut. Anak-anak perempuan Abu Bakar, Aishah dan Asma' berperanan

    menyediakan bekalan untuk mereka berdua. Asma' telah memotong

  • 8/10/2019 [2] DISKUSI KE-12

    3/6

    sebahagian daripada tali pinggangnya, lalu mengikat karung makanan

    tersebut. Daripada peristiwa itu, dia digelar: "Zat an-Nitoqain" (Perempuan

    yang mempunyai dua tali ikat pinggang). Dengan bantuan Abdullah bin

    Uraiqat, Rasulullah S.A.W dan Saidina Abu Bakar menghala ke Yaman

    sehingga sampai ke Gua Thur. Mereka bersembunyi di dalamnya selama tigamalam. Turut bermalam bersama mereka, Abdullah bin Abu Bakar yang

    masih remaja. Beliau seorang pemuda yang berpengetahuan, mahir, peka

    dan cepat memahami. Beliau akan keluar meninggalkan mereka pada waktu

    sahur lalu bersama Quraisy Makkah seolah-olah beliau tidur di Makkah.

    Orang Quraisy keluar mengejar Baginda mengikut jalan Makkah yang biasa

    tetapi gagal menemuinya. Mereka menghala menuju jalan ke Yaman

    sehingga sampai di muka Gua Thur. Sebahagian daripada mereka berkata:

    "Boleh jadi Muhammad dan temannya ada di dalam gua ini." Namunsebahagian yang lain menjawab: "Kamu tidak nampakkah apa yang ada di

    muka gua ini. Bagaimana labah-labah menganyam sarangnya dan burung-

    burung bersarang disini? Ini menunjukkan tiada seorang pun yang memasuki

    gua ini sejak sekian lama." Saidina Abu Bakar r.a. melihat kaki-kaki mereka

    ketika mereka sedang berdiri di muka gua itu. Beliau menggeletar

    bimbangkan nyawa Rasul S.A.W, seraya berkata: "Demi Allah! Wahai

    Rasulullah, Jika salah seorang daripada mereka melihat ke tempat letak

    kakinya, nescaya dia akan melihat kita." Rasul S.A.W mententeramkannya

    dengan bersabda :

    "Wahai Abu Bakar, kamu sangka kita berdua, sedangkan Allah adalah

    yang ketiga"

    Setelah usaha memburu dan mencari Rasulullah S.A.W dan Abu Bakar

    terhenti, mereka berdua keluar daripada gua tersebut bersama-sama

    penunjuk jalan. Mereka melalui jalan pantai Laut Merah merentasi jarak yang

    jauh. Namun Suraqah telah berjaya menjejaki mereka. Apabila Suraqah

    mendekati mereka berdua, kaki-kaki kudanya terbenam ke dalam pasir dan

    tidak berupaya untuk berjalan. Dia mencuba sebanyak tiga kali supaya

    kudanya menuju ke arah Rasulullah S.A.W, namun kudanya tetap boleh mara

    ke hadapan. Pada ketika itu, dia yakin bahawa di hadapannya ialah seorang

    Rasul yang mulia. Lantas dia meminta supaya Rasulullah S.A.W berjanji

    memberikannya sesuatu jika dia menolong Baginda. Baginda menjanjikan

    untuknya dua gelang tangan yang dipakai oleh Kisra. Suraqah kemudiannya

    pulang ke Makkah dan berlakon seolah-olah dia tidak menemui sesiapa.

    Rasulullah S.A.W dan Saidina Abu Bakar telah sampai ke Madinah pada 12

    Rabiul Awal. Baginda sampai ke sana setelah para sahabat lama menanti.Mereka keluar setiap pagi ke pinggir Madinah dan hanya pulang setelah

  • 8/10/2019 [2] DISKUSI KE-12

    4/6

    matahari memancar terik pada waktu tengah hari. Apabila mereka melihat

    Baginda, mereka merasa amat gembira. Kanak-kanak mula mendendangkan

    nasyid diiringi dengan gendang-gendang :

    Bulan purnama telah terbit kepada kami, dari jalan-jalan bukit ul-Wada.

    Wajib ke atas kami untuk bersyukur, terhadap seruan penyeru kepada

    Allah. Wahai utusan yang diutuskan kepada kami, Kami datang

    bersama perkara yang dipatuhi.

    2.2 LANGKAH PERTAMA RASULULLAH DI MADINAH

    Dalam perjalanan Baginda S.A.W ke Madinah, Baginda singgah di Quba,

    sebuah kampung di selatan Madinah. Kira-kira dua batu dari Madinah.

    Baginda telah mengasaskan masjid pertama yang dibina dalam Islam dan

    tinggal di sana selama empat hari dan bertolak ke Madinah pada pagi Jumaat.

    Ketika Baginda di perkampungan Bani Salim bin 'Auf, waktu solat Jumaat

    telah masuk. Lalu Baginda membina sebuah masjid di situ dan menunaikan

    solat Jumaat pertama dalam Islam. Baginda S.A.W menyampaikan khutbah

    pertama dalam Islam.

    Seterusnya Baginda menyambung perjalanan menuju ke Madinah. Apabila

    sampai di sana, tindakan pertama yang dilakukan ialah memilih tempat unta

    berhenti duduk untuk dijadikan sebagai masjid. Tempat tersebut adalah milik

    dua orang kanak-kanak Ansor yang yatim dan seterusnya Baginda

    menjalankan proses tawar-menawar harga tanah tersebut dengan mereka

    berdua. Kedua-dua kanak-kanak itu berkata: "Kami berikannya kepada kamu,

    wahai Rasulullah." Namun Baginda berkeras untuk membelinya dengan harga

    10 dinar emas yang dibayar menggunakan harta Abu Bakar.

    Kemudian Baginda menyeru kepada orang Islam supaya turut serta

    membantu membina masjid. Rasul S.A.W turut terlibat bersama mereka

    memindahkan batu bata sehinggalah sempurna pembinaan masjid tersebut.

    Dinding masjid itu dibina daripada batu bata dan bumbungnya daripada

    pelepah-pelepah kurma yang diletakkan pada batang-batang kurma.

    2.3 RASULULLAH MEMPERSAUDARAKAN SESAMA MUSLIM

    Hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah adalah langkah awal proses

    pembentukan Negara Islam yang pertama di muka bumi ini. Oleh itu,

    Rasulullah telah meletakkan beberapa asas-asas penting iaitu pertama

    pembangunan masjid, kedua mempersaudarakan sesama muslim secara

    umum dan antara kaum Muhajirin dan kaum Ansar secara khusus, ketiga

    membuat perjanjian Piagam Madinah yang mengatur kehidupan sesama

  • 8/10/2019 [2] DISKUSI KE-12

    5/6

    kaum muslimin dan menjelaskan hubungan mereka dengan orang-orang

    diluar Islam secara umum dan dengan kaum yahudi secara khususnya.

    Rasulullah S.A.W telah mempersaudarakan sahabatnya dari kaum Muhajirin

    dan kaum Ansar atas dasar kebenaran dan rasa persamaan. Bahkan merekadipersaudarakan untuk saling mewarisi harta sepeninggalan mereka,

    sehingga ukhuwwah Islamiyyah menjadi lebih kuat daripada ikatan

    kekeluargaan. Rasulullah S.A.W telah mempersaudarakan Jafar bin Abi Talib

    dengan Muaz bin Jabal, Hamzah bin Abdul Mutalib dengan Zaid bin Zuhair,

    Umar al-Khatab dengan Utbah bin Malik, Abdul Rahman bin Auf dengan Said

    bin Rabi dan seterusnya.

    Ukhuwwah ini juga didasari dengan prinsip-prinsip material antaranya ialah

    menetapkan prinsip saling mewarisi sesama mereka. Ikatan-ikatan

    persaudaraan ini tetap didahulukan daripada hak-hak kekeluargaan sampai

    terjadi perang Badar al-Kubra ketika Allah S.W.T menurunkan ayat berikut:

    Dan orang-orang yang beriman sesudah itu Kemudian berhijrah serta

    berjihad bersamamu Maka orang-orang itu termasuk golonganmu

    (juga). Orang-orang yang mempunyai hubungan kerabat itu

    sebahagiannya lebih berhak terhadap sesamanya (daripada yang

    bukan kerabat) di dalam Kitab Allah. Sesungguhnya Allah Mahamengetahui segala sesuatu.

    (Surah al-Anfal :75)

    Ayat ini menghapuskan hukum yang berlaku sebelumnya. Dengan turunnya

    ayat ini terhapuslah pengaruh Ukhuwwah Islamiyyah dalam perkara waris-

    mewarisi. Setelah itu, setiap orang kembali kepada nasab kerabat masing-

    masing.

  • 8/10/2019 [2] DISKUSI KE-12

    6/6

    3.0 PELAJARAN DAN PENGAJARAN

    1. Pembinaan negara atas dasar perpaduan umat amat penting, persaudaraan

    dan saling mencintai antara satu sama lain bertunjangkan aqidah Islamiyah.

    2.

    Proses persaudaraan antara Muhajirin dan Ansor yang dilakukan oleh RasulS.A.W merupakan tanda-tanda zahir paling jelas tentang keadilan

    kemanusiaan dan akhlak membina dalam Islam.

    3. Muhajirin merupakan golongan yang meninggalkan harta dan tanah mereka

    demi jalan Allah. Mereka datang ke Madinah tanpa memiliki apa-apa saki

    baki dunia. Kaum Ansor pula merupakan kaum yang kaya dengan hasil

    tanaman, harta dan perusahaan mereka. Oleh itu, seseorang saudara perlu

    menanggung saudaranya. Dia berkongsi dengan saudaranya kesenangan dan

    kesusahan hidup.

    RUJUKAN

    1- Perjalanan Hidup Nabi Muhammad S.A.W, Kajian dan Pengajaran (Sirah an-Nabawiah), Dr. Mustafa

    as-Sibaei.

    2- Fiqh al-Sirah, Muhammad Said Ramadhan al-Buti.