182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx

9
1 Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian hazmanazhar_ipda© 2013 BAB DUA: SEJARAH LISAN DI MALAYSIA 1. SUMBER LISAN SEBAGAI BAHAN SEJARAH TEMPATAN Penggunaan sumber lisan sebagai sumber sejarah di Malaysia masih dianggap baru dan masih belum diterima sepenuhnya sebagai satu kaedah penyelidikan sejarah. (Rahilah Omar, 2012) Menurut Mohd Amin Hassan (1974), ketika beliau menulis jurnalnya pada ketika itu, sejarah lisan dilihat masih setahun jagung dan baru bertapak di Malaysia pada ketika itu. Malah di peringkat dunia sekali pun, penggunaan sumber lisan hanya dimulakan oleh Allan Navins di Amerika Syarikat pada tahun 1948. Hanya pada tahun 1960-an dan 1970-an bidang sejarah lisan berkembang pesat di United Kingdom akibat gerakan aliran oralist yang diketuai oleh Thomson dan rakan- rakannya. Di Malaysia, universiti-universiti tempatan telah mula menunjukkan kecenderungan terhadap sejarah lisan. Paling konsisten dan terkehadapan adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah menubuhkan Pusat Kajian Sejarah Lisan di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Sejarah lisan sebagai satu kursus yang ditawarkan di Universiti Kebangsaan Malaysia pula telah ditawarkan pada tahun 1981. Bab ini berfokus kepada: 1. Sumber lisan sebagai bahan sejarah tempatan; 2. Kesukaran memperoleh bahan-bahan bertulis; 3. Cerita yang benar-benar dilalui oleh individu dan kumpulan; 4. Kekuatan sejarah lisan sebagai pengukuh kepada pelbagai bahan bertulis; 5. Memperbanyakkan penulisan sejarah tempatan dalam pelbagai tema; 6. Memperkaya tradisi sejarah

Upload: siti-fironika-hj-abd-rahman

Post on 14-Dec-2014

650 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: 182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx

1

Nota SJH3104

Sejarah Lisan dan Pendokumentasian

hazmanazhar_ipda© 2013

BAB DUA:

SEJARAH LISAN DI MALAYSIA

1. SUMBER LISAN SEBAGAI BAHAN SEJARAH TEMPATAN

Penggunaan sumber lisan sebagai sumber sejarah di Malaysia masih dianggap baru

dan masih belum diterima sepenuhnya sebagai satu kaedah penyelidikan sejarah.

(Rahilah Omar, 2012)

Menurut Mohd Amin Hassan (1974), ketika beliau menulis jurnalnya pada ketika itu,

sejarah lisan dilihat masih setahun jagung dan baru bertapak di Malaysia pada ketika

itu.

Malah di peringkat dunia sekali pun, penggunaan sumber lisan hanya dimulakan oleh

Allan Navins di Amerika Syarikat pada tahun 1948.

Hanya pada tahun 1960-an dan 1970-an bidang sejarah lisan berkembang pesat di

United Kingdom akibat gerakan aliran oralist yang diketuai oleh Thomson dan rakan-

rakannya.

Di Malaysia, universiti-universiti tempatan telah mula menunjukkan kecenderungan

terhadap sejarah lisan. Paling konsisten dan terkehadapan adalah Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah menubuhkan Pusat Kajian Sejarah Lisan di

bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Sejarah lisan sebagai satu kursus yang ditawarkan di Universiti Kebangsaan

Malaysia pula telah ditawarkan pada tahun 1981.

Bab ini berfokus kepada:

1. Sumber lisan sebagai bahan sejarah tempatan;

2. Kesukaran memperoleh bahan-bahan bertulis;

3. Cerita yang benar-benar dilalui oleh individu dan kumpulan;

4. Kekuatan sejarah lisan sebagai pengukuh kepada pelbagai bahan bertulis;

5. Memperbanyakkan penulisan sejarah tempatan dalam pelbagai tema;

6. Memperkaya tradisi sejarah

Page 2: 182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx

2

Nota SJH3104

Sejarah Lisan dan Pendokumentasian

hazmanazhar_ipda© 2013

Selain itu, Persatuan Sejarah Lisan Malaysia turut ditubuhkan bagi menggerakkan

perkembangan sejarah lisan di Malaysia.

Penggunaan sumber lisan sebagai bahan sejarah tempatan di Malaysia juga

semakin mendapat tempat. Antara projek sejarah lisan yang telah berjaya

dilaksanakan di Malaysia termasuklah:

1. Projek golongan nasionalis kiri Melayu dan sejarah pergerakan Rejimen

Kesepuluh Parti Komunis Malaya di Lubuk Kawah;

2. Projek peristiwa Memali;

3. Projek peristiwa di zaman Jepun dan pentadbiran BMA;

4. Projek 69 Komando;

5. Projek UMNO Negeri Sembilan;

6. Projek biografi tokoh

Penggunaan sumber lisan sebagai sumber sejarah di negara ini dipelopori oleh

Abdullah Munsyi melalui bukunya “Kisah Pelayaran Abdullah”. Melalui wawancara

beliau dengan masyarakat tempatan di negeri-negeri Pantai Timur, beliau

kemudiannya menulis semula gambaran berkenaan masyarakat di Pantai Timur

berdasarkan apa yang telah diberitahu kepadanya.

Selain itu, jurnal-jurnal berkaitan sejarah yang ditulis oleh para pegawai British di

Tanah Melayu juga cenderung untuk menggunakan keterangan lisan sebagai

sumber sejarah mereka.

Sebagai contoh, W.E. Maxwell ketika menulis mengenai sejarah negeri Perak turut

mendapatkan maklumat daripada masyarakat Orang Asli di Perak.

Selepas era pasca merdeka, usaha ke arah pendokumentasian sejarah lisan

sebagai satu sumber sejarah hanya dimulakan secara serius apabila Arkib Negara

Malaysia mengambil inisiatif menjalankan beberapa projek bagi mengisi bahagian

Arkib Perdana Menteri.

Page 3: 182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx

3

Nota SJH3104

Sejarah Lisan dan Pendokumentasian

hazmanazhar_ipda© 2013

2. KESUKARAN MEMPEROLEHI BAHAN BERTULIS

Menurut Nadzan Haron (2012), penyelidik sejarah di Malaysia kini menghadapi

kesukaran untuk mendapatkan sumber sejarah yang lengkap bagi kajian peristiwa

sejarah yang berlaku terutamanya pada zaman sebelum kemerdekaan negara

terutamanya disebabkan oleh beberapa faktor.

Antaranya, masyarakat di Malaysia bukanlah masyarakat yang minat menulis.

Kebanyakan rekod-rekod bertulis yang wujud di negara ini hanyalah rekod-rekod

rasmi kerajaan dan rekod-rekod istana.

Hal ini adalah berbeza dengan tradisi Bugis di Istana Johor-Riau yang menjadikan

penulisan catatan harian sebagai satu tradisi para pembesar Bugis.

Faktor kurangnya penulisan yang berbentuk catatan, diari harian atau surat-

menyurat dalam kalangan masyarakat di Malaysia baik sebelum merdeka dan

selepas merdeka dipengaruhi oleh banyak faktor. Antaranya:

1. Tidak menjadi suatu kebiasaan atau budaya masyarakat;

2. Kekangan waktu dan kesibukan harian;

3. Kurangnya kesedaran tentang kepentingan catatan sebagai rekod

sejarah;

4. Perkembangan teknologi perhubungan

Sedar atau tidak, perkembangan teknologi perhubungan terutamanya telefon telah

membawa kesan negatif kepada sumber bertulis sebagai sumber sejarah di negara

kita.

Proses surat-menyurat telah dianggap ketinggalan zaman, lambat dan hanya

digunakan untuk tujuan-tujuan rasmi sahaja.

Hubungan dan komunikasi antara individu telah dipermudahkan menggunakan

medium seperti telefon atau internet yang lebih pantas untuk perkara yang lebih

mustahak.

Akhirnya, banyak peristiwa atau perkara sejarah yang penting hanya kekal dalam

memori ingatan pelaku (actor) tanpa didokumentasikan secara bertulis.

Page 4: 182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx

4

Nota SJH3104

Sejarah Lisan dan Pendokumentasian

hazmanazhar_ipda© 2013

Perkara ini sering kali terjadi kepada para pemimpin dan pegawai atasan yang

sepatutnya mampu memberikan sumber bertulis yang sangat banyak kepada

sumber sejarah di negara ini.

Disebabkan kemajuan teknologi perhubungan, para pemimpin dan pegawai lebih

cenderung untuk berhubung menggunakan alat komunikasi moden yang akhirnya

tidak direkodkan kembali secara bertulis.

Oleh itu, sejarah lisan menjadi semakin penting terutamanya dalam mendekati para

pemimpin atau pegawai kerajaan dalam pelbagai isu. Melalui wawancara oleh para

pengkaji sejarah dengan tokoh-tokoh, peristiwa dan fakta sejarah yang penting yang

selama ini hanya berlegar dan tersimpan dalam memori tokoh dapat dirakam dan

dijadikan sebagai sumber bertulis (transkrip).

Selain itu, apabila sesuatu peristiwa sejarah itu melibatkan masyarakat kebanyakan,

tiada rekod bertulis yang diperoleh berkaitan dengannya.

Misalnya, seseorang pengkaji sejarah yang cuba untuk mengkaji sejarah

perkembangan permainan wau atau dikir barat dalam kalangan masyarakat di Pantai

Timur akan menghadapi kekangan kerana amat jarang perkara-perkara yang bernilai

sejarah yang berkaitan dengan perkembangan permainan ini didokumentasikan,

malah hampir tiada.

Oleh itu, para pengkaji yang berminat untuk mengkaji sejarah seperti ini perlu turun

ke dalam masyarakat dan mendapatkan keterangan lisan daripada penggiat dan

peminat permainan ini.

Kesukaran mendapatkan rekod bertulis juga berlaku dalam konteks Malaysia

terutamanya rekod-rekod pentadbiran Zaman Jepun dan rekod-rekod tentera British

sebelum Perang Dunia Kedua.

Hal ini kerana, kebanyakan rekod-rekod ini telah dimusnahkan untuk tujuan

keselamatan akibat perang.

Selain itu, akses rekod bertulis pada masa kini juga bukanlah sesuatu yang mudah.

Kebanyakan rekod-rekod kerajaan diklasifikasikan sebagai sulit, rahsia besar dan

tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Page 5: 182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx

5

Nota SJH3104

Sejarah Lisan dan Pendokumentasian

hazmanazhar_ipda© 2013

3. CERITA YANG BENAR-BENAR DILALUI OLEH SESUATU KUMPULAN

Antara pandangan golongan sejarawan Aliran Lisan (oralist) adalah untuk

mengangkat “sejarah dari bawah” seperti yang diperjuangkan oleh sejarawan Aliran

Annales.

Untuk tujuan itu, tema-tema sejarah yang berkaitan dengan pergerakan sekerja,

wanita, golongan minoriti dan rakyat kebanyakan diangkat sebagai satu ruang

lingkup sejarah yang baharu dan tidak hanya berlegar dalam ruang lingkup sejarah

negara semata-mata.

Kebiasaannya, sejarah berkaitan golongan kebanyakan ini tidak direkodkan secara

bertulis dan kajian para pengkaji kebanyakannya cenderung kepada menemuramah

golongan-golongan sasar dalam sesebuah kajian sejarah.

Golongan yang ditemuramah kebiasaannya adalah sumber proto dan saksi mata

iaitu mereka yang benar-benar melalui atau mengalami sesuatu peristiwa sejarah.

Dalam hal ini, para pengkaji sejarah akan cuba untuk mendapatkan gambaran

berkenaan peristiwa daripada sumber proto, sebab-sebab yang mencetus kepada

tindakan mereka dan kesan daripada tindakan mereka.

Di Malaysia misalnya, golongan yang benar-benar mengalami sesuatu peristiwa

sejarah telah didekati dan diwawancara bagi mendapatkan keterangan lisan

daripada mereka.

Antaranya, pengkaji-pengkaji sejarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

telah menemui bekas anggota komunis Melayu daripada Rejimen Kesepuluh Parti

Komunis Malaya di Kampung Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang bagi mendapatkan

maklumat daripada mereka berkenaan sejarah perjuangan mereka dalam rejimen

tersebut.

Selain itu, penduduk-penduduk kampung di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling

yang mengalami Peristiwa Berdarah di Memali sekitar tahun 1986 turut diwawancara

bagi mendapatkan keterangan lisan daripada mereka berkenaan peristiwa tersebut.

Page 6: 182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx

6

Nota SJH3104

Sejarah Lisan dan Pendokumentasian

hazmanazhar_ipda© 2013

4. KEKUATAN SEJARAH LISAN SEBAGAI PENGUKUH KEPADA PELBAGAI

PERISTIWA BERTULIS

Menurut Nadzan Haron (2012), dua masalah yang biasa dihadapi oleh seseorang

pengkaji sejarah termasuklah:

1. Terlalu kurang sumber bertulis;

2. Sumber bertulis yang kurang lengkap dan menimbulkan banyak

persoalan tentang kandungannya.

Selain itu, terdapat juga sumber bertulis yang ditulis tidak menyeluruh dan dicatatkan

apa yang difikirkan perlu sahaja oleh pencatatnya sedangkan peristiwa sebenar

sesuatu peristiwa adalah lebih daripada apa yang dicatatkan.

Sebagai contoh, laporan bertulis pada zaman British mengenai beberapa peristiwa

seperti penentangan terhadap Malayan Union dan peristiwa rusuhan kaum di Batu

Kikir, Batu Pahat dan Sungai Manik tidak dilaporkan secara menyeluruh dan tepat

dan sebahagiannya bagi menyembunyikan fakta.

Malah, terdapat rekod bertulis yang dimusnahkan oleh tentera setelah kalah perang

termasuklah rekod-rekod tentera British dan Jepun ketika mereka terpaksa

menyerah kalah dalam peperangan.

Selain itu, terdapat rekod-rekod bertulis yang dianggap sebagai propaganda dan

dikawal oleh pemerintah pada sesuatu masa. Dalam hal ini, laporan terhadap para

penentang dan golongan kiri dibuat secara berat sebelah.

Justeru, penggunaan sumber lisan dalam kajian sejarah adalah penting bagi

mendapatkan sudut pandang yang lebih adil bagi kedua-dua belah pihak dan

mengatasi kekurangan yang terdapat dalam sumber bertulis.

Kebanyakan sumber bertulis negara yang bersifat rahsia, sulit dan tertakluk kepada

Akta Rahsia Rasmi (OSA) menyebabkan penggunaan sumber bertulis sebagai

sumber sejarah menjadi terhad dan memerlukan penggunaan sumber lisan sebagai

alternatifnya.

Dalam hal ini, sumber lisan tidak akan menggantikan sumber bertulis akan tetapi

sebaliknya bertindak sebagai pelengkap kepada kekurangan sesebuah sumber

bertulis. (Mohd Amin Hassan, 1974: 38)

Page 7: 182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx

7

Nota SJH3104

Sejarah Lisan dan Pendokumentasian

hazmanazhar_ipda© 2013

Dalam hal ini, peranan sumber lisan ke atas sumber bertulis termasuklah:

Tidak semua peristiwa penting dan bersejarah itu direkodkan secara bertulis,

justeru sumber lisan digunakan dalam merakamkan peristiwa tersebut.

Terdapat keraguan tertentu dalam sumber bertulis terutamanya yang dilihat

berat sebelah, propagandik, dan dilihat menyembunyikan fakta.

Tidak semua rekod bertulis mengandungi maklumat yang diperlukan sebagai

bahan rujukan kajian disebabkan oleh tindakan pencatat rekod yang

melakukan pencatatan terpilih (selective recording)

Page 8: 182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx

8

Nota SJH3104

Sejarah Lisan dan Pendokumentasian

hazmanazhar_ipda© 2013

5. MEMPERBANYAKKAN PENULISAN SEJARAH TEMPATAN DALAM PELBAGAI

TEMA

Perdebatan di antara para sejarawan berkenaan ruang lingkup sejarah telah

membawa kepada kemunculan pelbagai aliran termasuklah aliran yang

berpandangan bahawa ruang lingkup sejarah adalah meliputi pelbagai ruang lingkup

kehidupan dan tidak hanya terhad kepada sejarah berkenaan negara semata-mata.

Di Malaysia sendiri, para pengkaji sejarah masih dilihat cenderung untuk melakukan

kajian sejarah yang berkait dengan politik dan negara dan tema-tema berkait dengan

sejarah rakyat, sejarah sosial, sejarah budaya, sukan dan sebagainya masihh

terbuka luas dan kurang diterokai.

Dalam hal ini, sumber lisan telah memainkan peranan penting kepada para pengkaji

sejarah dalam melakukan kajian sejarah ke atas pelbagai tema sejarah terutamanya

sejarah yang berkait dengan masyarakat, budaya dan sosial.

Page 9: 182896208 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-2-docx

9

Nota SJH3104

Sejarah Lisan dan Pendokumentasian

hazmanazhar_ipda© 2013

6. MEMPERKAYA TRADISI LISAN

Penulisan sejarah tidak semestinya hanya berlegar kepada tokoh ternama dan

peristiwa sezaman yang menggunakan sumber bertulis dan sumber lisan semata-

mata.

Dalam hal ini, tradisi lisan (yang terkawal) perlu digunakan untuk dijadikan sumber

penting dalam mengkaji sejarah politik, sosial, ekonomi dan perundangan tradisional

dahulu kala seperti yang terkandung dalam perbilangan adat.

Antaranya termasuklah perbilangan adat yang dipegang secara tradisi oleh ketua-

ketua adat dalam Masyarakat Minangkabau dan ketua-ketua suku dan adat dalam

pelbagai suku di Sabah dan Sarawak.

Disebabkan peredaran zaman dan arus kemodenan, kebanyakan tradisi lisan ini

semakin hilang disebabkan tidak ramai ahli masyarakat yang berminat untuk

mendalami dan meneruskan tradisi lisan yang diperturunkan sejak zaman berzaman

ini.

Oleh itu, pendokumentasian tradisi lisan ini adalah penting dalam memastikan

sejarah lisan ini dapat dikekalkan untuk generasi akan datang.