ujian lisan pt3 2015

21
Ujian Lisan PT3 2015 Kepentingan Semangat Patriotisme Kepentingan pertama semangat patriotisme di kalangan rakyat adalah untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta akan negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. Sesungguhnya anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita. Selain itu, semangat patriotisme juga dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan negara. Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat akan bekerja kuat untuk memajukan negara. Rakyat juga pasti akan bekerja bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. Semangat patriotisme akan menjadikan keadaan negara aman damai dan ini akan mendorong leblh ramal pelabur asing membuka perniagaan di Malaysia. Sesungguhnya, kedatangan pelabur asing ini akan membuka peluang pekerjaan, menaikkan lagi taraf hidup rakyat dan seterusnya negara kita akan terus maju. Semangat patriotisme juga dapat memupuk perpaduan kaum. Sesungguhnya, semangat patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan kaum. Dengan wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat melaksanakan TAN UEI HORNG Page 1

Upload: tanueihorng

Post on 15-Dec-2015

257 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

the questions and rhe huraian for Ujian Lisan PT3 2015

TRANSCRIPT

Page 1: Ujian Lisan PT3 2015

Ujian Lisan PT3 2015

Kepentingan Semangat Patriotisme

Kepentingan pertama semangat patriotisme di kalangan rakyat adalah untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta akan negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. Sesungguhnya anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita.

Selain itu, semangat patriotisme juga dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan negara. Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat akan bekerja kuat untuk memajukan negara. Rakyat juga pasti akan bekerja bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. Semangat patriotisme akan menjadikan keadaan negara aman damai dan ini akan mendorong leblh ramal pelabur asing membuka perniagaan di Malaysia. Sesungguhnya, kedatangan pelabur asing ini akan membuka peluang pekerjaan, menaikkan lagi taraf hidup rakyat dan seterusnya negara kita akan terus maju.

Semangat patriotisme juga dapat memupuk perpaduan kaum. Sesungguhnya, semangat patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan kaum. Dengan wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk kemudahan rakyat. Selain itu, suasana yang harmoni antara kaum akan dapat diwujudkan. Seterusnya suasana harmoni ini akan dapat merangsang perkembangan sektor pelancongan negara.

TAN UEI HORNG Page 1

Page 2: Ujian Lisan PT3 2015

Ujian Lisan PT3 2015

Kebaikan lain semangat patriotisme di kalangan rakyat ialah ia dapat menjadi contoh kepada generasi muda. Generasi muda khususnya yang lahir selepas merdeka kurang memahami kepentingan semangat patriotisme. Dengan adanya program-program yang menjurus kepada mewujudkan semangat patriotisme seperti sambutan Bulan Kemerdekaan ianya pasti dapat memberi kesedaran kepada generasi muda. Selain itu, generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme tidak akan melibatkan diri dengan perkara negatif seperti gejala sosial dan vandalisme. Sesungguhnya, mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah adalah baik kerana dapat memberikan pengetahuan dan pengajaran tentang sejarah negara kepada generasi muda.

Di samping itu, semangat patriotisme di kalangan rakyat juga dapat menaikkan imej negara. Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan pesat membangun. Negara Malaysia dapat membangun dengan pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat. Oleh itu, tidak hairanlah negara Malaysia telah menjadi contoh kepada negara lain dalam menerapkan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Malaysia juga telah beberapa kali menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik kaum dan agama di beberapa buah negara jiran.

TAN UEI HORNG Page 2

Page 3: Ujian Lisan PT3 2015

Ujian Lisan PT3 2015

1M1S

Antara faedahnya adalah, dasar ini mampu memberikan peluang kepada setiap pelajar untuk meningkatkan keupayaan jasmani kendiri. Seperti yang kita sedia maklum, aktiviti sukan mampu menjana kepada badan yang sihat dan otak yang cerdas. Badan yang sihat diperoleh melalui rembesan peluh dari badan apabila kita melakukan senaman. Semakin banyak peluh yang keluar, badan akan menjadi lebih sihat. Apabila badan menjadi sihat, pemikiran kita dalam pembelajaran dalam kelas akan menjadi lebih mudah.

Selain itu, dasar ini dapat memupuk perpaduan antara kaum. Penglibatan dalam satu-satu jenis sukan akan melibatkan ramai pelajar lain yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, bangsa dan agama seperti yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Keadaan ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan sensitiviti mereka dan juga menambah pengetahuan masing-masing akan budaya pelbagai kaum. Pendek kata, “tak kenal, maka tak cinta”. Malahan, pemahaman mereka terhadap sesuatu bangsa atau agama akan lebih meningkat.

Dasar 1 Murid 1Sukan juga mampu membentuk sahsiah, jati diri, dan disiplin diri. Sebagai contoh, ketika menghadiri latihan sukan bola sepak, pelajar tersebut perlu menepati masa latihan supaya jurulatih dan kawan-kawan yang lain tidak akan tertunggu-tunggu dan juga pembaziran masa tidak akan berlaku kerana orang yang membazir masa selalu rugi. Minat yang mendalam terhadap sesuatu sukan akan mendorong untuk berlatih bersungguh-sungguh. Kesungguhan tersebut akan mencetuskan komitmen terhadap latihan bagi mencapai keputusan yang terbaik.

TAN UEI HORNG Page 3

Page 4: Ujian Lisan PT3 2015

Ujian Lisan PT3 2015

Kepentingan Semangat Kejiranan

Perpaduan

Masyarakat majmuk seperti Malaysia wajar menghidupkan kembali budaya hidup berjiran. Semangat kejiranan dapat membentuk perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Kita dapat hidup dalam keadaan yang harmoni dan tenteram.

Bertanggungjawab

Selain itu, individu juga mendapat kesedaran mengenai peranan dan tanggungjawab dalam hal ehwal kemasyarakatan. Jiran dapat menghulurkan bantuan dengan segera sekiranya berlaku hal-hal kecemasan melibatkan kesihatan dan kemalangan. Ini adalah kerana jiranlah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita.

Program Kenali Jiran

Sebuah Program “Kenali Jiran Kita” telah dilancarkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Program ini telah berjaya menghidupkan kembali amalan dan tradisi semangat kejiranan.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi menyemarakkan kembali semangat perpaduan, setiakawan, serta gotong-royong.

Ibarat pepatah Melayu “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”, ia menjelaskan betapa pentingnya nilai muafakat dalam masyarakat terutama dalam hidup berjiran.

TAN UEI HORNG Page 4

Page 5: Ujian Lisan PT3 2015

Ujian Lisan PT3 2015

Kepentingan Industri Peternakan

Menjana pendapatan penduduk setempat

Malaysia antara negara yang mempunnyai kawasan tanah subur yang sesuai untuk kegiatan penternakan. Disamping cuaca yang kosisten sepanjang tahun serta akses pengairan yang baik, Malaysia terpelihara dari virus-virus yang boleh membahayakan haiwan penternakan. Oleh yang demikian tahap pengeluaran produk ternakan sepanjang tahun boleh di kekalkan pada tahap yang optimum. Dengan memperkasakan industri penternakan, pelbagai peluang pekerjaan yang boleh dinikmati oleh masyarakat luar bandar dan sekitar kawasan penternakan. Kegiatan mengurus ladang ternakan, logistik produk dan juga pengurusan bisnes dapat menjadi sumber pendapatan pelbagai pihak.

Membuka ruang kajian saintifik secara mendalam

Dengan kegiatan ekonomi industri penternakan yang semakin rancak, keperluan bagi industri untuk menghasilkan produk yang semakin berkualiti meningkat. Kajian yang lebih mendalam terhadap baka ternakan yang sihat dapat di taja oleh syarikat korporat bagi tujuan optimisasi produk. Usaha sebegini dapat memberi daya saing bagi produk tempatan di peringkat global.

Pembanggunan ekonomi negara secara menyuluruh

Hasil pengelolaan industri penternakan secara optimal dan maju dapat meningkatkan kapasiti serta kualiti pengeluaran. Dengan peningkatan standard penternakan, sudah pasti negara dapat mengurangkan kebergantungannya terhadap produk yang diimport dari luar negara. Secara tidak langsung mengurangkan pengaliran mata wang tempatan ke mata wang asing.

TAN UEI HORNG Page 5

Page 6: Ujian Lisan PT3 2015

Ujian Lisan PT3 2015

Peluang kerjaya dalam bidang sukan

Jurulatih Professional

Hasil dari pengalaman atlet melibatkan diri dalam pertandingan sukan memberikan kredibiliti dari sudut teori dan praktikal

Doktor sukan (sports doctor /sports medicine)

Peranan utama doktor adalah mengelakkan atlit daripada mengalami kecederaan (prevention). Selain itu, turut bertanggung jawab merawat keceraan atau memulih kecergasan badan setelah pertandingan secepat mungkin melalui rutin khas (contoh berendam dalam ais/etc). Pemulihan segera amat perlu terutama dalam pertandingan liga/playoff dimana turutan perlawanan hanya selang beberapa hari

Pengacara/wartawan sukan

Memerlukan sedikit sebanyak kefahaman tentan sukan yang dipertandingkan. Merupakan bidang pengetahuan yang khusus dan unik. Tidak ramai yang mampu berbicara tentang pelbagai jenis sukan sekali gus.

Konsultan pasukan

Berperanan menasihat jurulatih, mengurus hal ehwal kelab sukan serta mencari bakat-bakat baru dari dalam dan luar negara

TAN UEI HORNG Page 6

Page 7: Ujian Lisan PT3 2015

Ujian Lisan PT3 2015

Masyarakat Penyayang

Hasrat kerajaan untuk memakmurkan negara akan tercapai jika masyarakat mengamalkan budaya penyayang dalam kehidupan seharian mereka.Kewujudan masyarakat penyayang akan membentuk satu generasi cemerlang yang dapat mencorak kepimpinan negara pada suatu masa kelak.Masyarakat juga dapat hidup dalam suasana yang aman tanpa keganasan seperti mana yang kita pernah saksikan di negara Palestin dan sebagainya.Masyarakat kita sangat bertuah kerana dapat hidup di bumi Malaysia yang tercinta ini yang sentiasa berada dalam suasana yang aman sejahtera.Oleh itu,kasih sayang sangat perlu diterapkan dalam setiap diri individu masyarakat di Malaysia.

Di samping itu,kerajaan juga dapat membentuk dan melahirkan generasi yang penyayang yang saling bertolak ansur serta mengamalkan gaya hidup yang mulia.Masyarakat yang penyayang sebenarnya mampu menguatkan jentera kepimpinan di Malaysia.Sesebuah negara yang teguh dan kukuh sebenarnya mempunyai masyarakat yang penyayang serta dapat menyatupadukan masyarakat.Masyarakat akan hidup dalam keadaan yang selamat dan hak mereka akan sentiasa dipelihara.

Kesimpulannya,kerajaan perlu kerap melaksanakan usaha tersebut secara berterusan agar wujud lebih banyak masyarakat yang penyayang.Namun begitu,tanggungjawab ini tidak sepatutnya diletakkan di bahu pihak kerajaan sahaja,malah semua pihak harus peka dan saling bekerjasama supaya hasrat yang kita impikan untuk mewujudkan masyarakat penyayang akan terlaksana.

TAN UEI HORNG Page 7

Page 8: Ujian Lisan PT3 2015

Ujian Lisan PT3 2015

Kesan Pengambilan Makanan Segera

Pada hari ini, perkara yang membimbangkan berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, iaitu komplikasi kegemukan atau obesiti. Statistik sejak akhir-akhir ini menunjukkan bahawa 25 hingga 30 peratus kanak-kanak di Malaysia menghadapi masalah kegemukan. Bahaya kegemukan telah menjadi suatu sindrom baru rakyat Malaysia yang dikatakan berpunca daripada pengambilan berlebihan makanan segera yang mengandungi lemak dan gula yang tinggi. Makanan tersebut ialah aiskrim, makanan yang berasaskan marjerin dan minuman berkarbonat di dalam tin adalah antara makanan kegemaran kanak-kanak dan remaja kini. Bahaya yang paling serius daripada kegemukan ialah risiko peningkatan kolesterol dalam darah.

Hal ini berdasarkan kandungan makanan segera yang mengandungi lebihan lemak yang boleh merosakkan daya konsentrasi dan tahap ingatan. Otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik, namun kandungan lemak yang terlalu banyak boleh mengganggu peranan glukosa. Kajian Profesor Greenwood dari Universiti Toronto menunjukkan bahawa makanan segera mengandungi kadar lemak dan protein yang tinggi serta kandungan karbohidrat yang rendah merupakan imbangan makanan yang tidak sesuai untuk perkembangan otak manusia.

TAN UEI HORNG Page 8

Page 9: Ujian Lisan PT3 2015

Ujian Lisan PT3 2015

Sains dan teknologi dalam hidupan

Kewujudan teknologi dan sains telah menyebabkan banyak kerja manusia menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan. Bayangkan kerja mengemas rumah tanpa alat pembersih habuk atau mesin pembasuh pakaian yang menyenangkan kerja membasuh baju kita. Kerja mengemas yang mudah ini menjadikan kehidupan manusia lebih produktif.

Selain itu, teknologi dan sains juga mampu menjimatkan masa perjalanan seseorang dengan terciptalah system pengangkutan moden. Manusia boleh bergerak ke satu tempat yang lain dengan mudah melalui kereta, kapal terbang dan kapal laut serta kereta api. Kalau dahulu perjalanan memakan masa sebulan atau setahun kini perjalanan itu hanya memerlukan beberapa jam atau minit sahaja.

Malahan, manusia juga memperoleh banyak ilmu pengetahuan menerusi teknologi dan sains ini. Kini sudah wujud buku secara elektronik dan internet pula memudahkan manusia untuk memperoleh pelbagai informasi dengan hanya menekan papan kekunci komputer mereka sahaja. Manusia menjadi semakin mengetahui keadaan sekeliling mereka dengan kemunculan teknologi dan sains ini.

Sebenarnya, semua hasil ciptaan sains dan teknologi menjadikan kehidupan manusia lebih selesa. Kalau dahulu manusia terpaksa bekerja keras untuk melakukan sesuatu kini sudah berubah. Hasil teknologi dan sains menjadikan wujudnya pelbagai peralatan yang menjadikan manusia lebih baik kehidupannya.

Kesimpulannya, teknologi dan sains memang memberi sumbangan yang ketara terhadap kehidupan kita semua. Mungkin ada hasil ciptaan itu membawa keburukan tetapi semua kesan buruk itu ditimbulkan oleh sikap manusia sendiri. Oleh itu, kita harus menghargai semua ciptaan sains dan teknologi ini.

TAN UEI HORNG Page 9

Page 10: Ujian Lisan PT3 2015

Ujian Lisan PT3 2015

Bantuan kemanusiaan kepada mangsa bencana alam

Di samping itu, masyarakat perlu bersama-sama menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa yang terlibat. Mereka boleh pergi ke tempat tersebut untuk membantu mangsa-mangsa menyedia atau memasang khemah. Bagi mereka yang tidak dapat sampai ke tempat tersebut, mereka juga boleh menderma makanan, minuman, pakaian, selimut dan lain-lain bagi mangsa-mangsa kejadian. Selain itu, masyarakat juga boleh memberi nasihat dan semangat untuk menenangkan perasaan mangsa. Jadi, Masyarakat harus tidak mementingkan diri sendiri sahaja, sebaliknya kita semua harus memberikan bantuan dengan upaya diri sendiri bagi mangsa-mangsa kejadian.

Selain itu, bantuan perubatan juga perlu disalurkan dengan segera bagi membantu mangsa yang cedera. Bantuan perubatan ini boleh disalurkan dari seluruh dunia. Doktor, jururawat dan pegawai perubatan perlu ditempatkan di tempat yang berlaku bencana alam dalam tempoh yang paling singkat. Malahan, ubat-ubatan dan vaksin untuk kegunaan mangsa kejadian juga perlu disalurkan dengan secukupnya supaya mangsa-mangsa yang cedera dapat dirawat dengan sempurna. Sebagai contohnya, semasa bencana gempa bumi berlaku di Si Chuan, China, bantuan perubatan telah disalurkan dari negara-negara maju supaya dapat membantu dan merawat mangsa bencana alam. Pendek kata, semasa berlakunya bencana alam, seluruh dunia boleh menyalurkan bantuan perubatan bagi negara yang mengalami bencana alam untuk meringankan penderitaan mangsa-mangsa di tempat tersebut.

TAN UEI HORNG Page 10

Page 11: Ujian Lisan PT3 2015

Ujian Lisan PT3 2015

Usaha Memartabatkan Bahasa Melayu

Langkah seterusnya ialah dengan melaksanakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah secara berperingkat-peringkat. Dalam mengejar era globalisasi ini, elemen yang membantu kepada agenda pembinaan negara bangsa ialah sistem pendidikan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan, peranan guru amatlah mustahak kerana melalui pendidikan murid-murid perlu disedarkan mengenai kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi di Malaysia.

Selain itu pihak yang terlibat boleh menyediakan latihan dalam perkhidmatan kepada semua guru untuk membolehkan mereka mencapai tahap penguasaan bahasa Melayu yang tinggi. Sistem pendidikan kebangsaan juga boleh menyusun strategi bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat di Malaysia.

TAN UEI HORNG Page 11

Page 12: Ujian Lisan PT3 2015

Ujian Lisan PT3 2015

Kepentingan Industri Herba

Menjana pendapatan ekonomi tempatan

Malaysia antara negara yang mempunnyai koleksi herba yang unik dan mendapat permintaan tinggi bagi pasaran global. Dengan memperkasakan industri berasakan herba, pelbagai peluang pekerjaan yang boleh dinikmati oleh masyarakat luar bandar. Kegiatan memungut hasil, logistik dan juga pengurusan bisnes dapat memberi manfaat bagi pelbagai pihak.

Membuka ruang kajian secara mendalam

Dengan kegiatan ekonomi berasakan herba yang semakin rancak, keperluan bagi industri untuk menghasilkan produk yang semakin berkualiti meningkat. Kajian yang lebih mendalam terhadap herba dapat di taja oleh syarikat korporat bagi tujuan optimisasi produk.

Memperkasakan Produk Warisan

Di samping nilai dari segi kualiti herba tempatan yang bermutu tinggi, herba tempatan juga mempunya nilai sentimental yang tinggi. Kita perlu berbangga dengan hasil penemuan nenek moyang yang begitu kreatif mencari jalan merawat penyakit secara organik. Keupayaan warga tempatan untuk memberi nilai komersial bagi herba warisan merupakan suatu pencapaian yang harus kita banggakan.

TAN UEI HORNG Page 12

Page 13: Ujian Lisan PT3 2015

Ujian Lisan PT3 2015

Usaha-usaha melahirkan remaja berwawasan

Mengikuti perkembangan sosial generasi baru

Para pendidik harus berusaha meneliti perkembangan psikologi generasi Millenials. Peredaran zaman turut membawa peredaran mentaliti. Kegagalan pihak pendidik seperti ibu bapa, guru-guru dan kementrian pendidikan untuk mengambil faktor perkembangan psikologi remaja turut menjejaskan usaha untuk berkomunikasi dengan baik. Akibatnya remaja merasakan diri mereka terasing dan tidak difahami. Komunikasi yang sihat adalah amat perlu bagi memastikan remaja berasa selesa untuk berkongsi aspirasi serta masalah yang menghalang mereka untuk berjaya dan menggarap wawasan yang maju.

Memperkasakan aktiviti khidmat masyarakat

Penglibatkan remaja dalam aktiviti kemasyarakatan serta sukarela bagi menyumbangkan tenaga bagi warga negara yang memerlukan dapat memberi nafas baru dalam usaha meningkatkan potensi dan kebolehan diri. Berbekalkan dengan semagat partriotik serta rasa ingin membantu golongan yang tidak bernasib baik, remaja akan semakin mengambil berat perihal isu masa depan.

Mendidik toleransi dan kesefahaman ke arah perpaduan

Dalam usaha melakar kejayaan kerjaya dan potensi diri, kerjasama atau amalan saling bantu-membantu adalah penting dan harus dipupuk dalam jiwa remaja. Remaja perlu saling memberi dorongan serta galakan antara satu sama lain agar tidak ada yang ketinggalan hanyut dalam kealpaan hiburan. Perpaduan bukanlah sesuatu yang memerlukan kita meninggalkan identiti dan prinsip diri. Dengan mengenali adat resam, pantang-larang serta kepercayaan satu sama lain, jalinan persaudaraan yang lebih mesra dan utuh dapat dibentuk. Kesefahaman merentasi budaya, agama dan bangsa adalah amat perlu bagai mencapai aspirasi remaja berwawasan dalan usaha membangunkan negara sebagai model demokrasi dan sosioekonomi yang dikagumi di rantau ini.

TAN UEI HORNG Page 13

Page 14: Ujian Lisan PT3 2015

Ujian Lisan PT3 2015

Membendung budaya tidak sihat.

Remaja cenderung untuk bereksperimentasi. Mencuba perkara baru dan melahirkan identiti yang unik. Ibu bapa serta para pendidik harus bijak dalam memantau perkembangan sosial golongan remaja. Pengamalan budaya barat yang tidak sihat seperti penyakit sosial yang melibatkan dadah, rokok, hubungan kekasih, dan sebagainya turut menjadi ancaman besar terhadap proses perkembangan potensi remaja. Disamping membantutkan perkembangan intelek serta emosi remaja, penyakit sosial akan menyebabkan remaja leka dan alpa dalam dunia hiburan.

TAN UEI HORNG Page 14

Page 15: Ujian Lisan PT3 2015

Ujian Lisan PT3 2015

Usaha mengatasi masalah keracunan makanan

Antara usaha mengatasi masalah keracunan makanan adalah mengamalkan kebersihan diri dan makanan pada setiap masa. Amalan menjaga kebersihan diri dan makanan dapat mengelakkan kita terkena keracunan makanan. Masak makanan yang hendak dimakan dengan sempurna bagi memastikan tiada kuman di dalamnya. Sebagai contoh, buah-buahan dan sayursayuran perlulah dibasuh sehingga bersih sebelum dimasak atau dimakan. Jelas bahawa dengan mengamalkan kebersihan pada setiap masa dapat mengelakkan kita terkena keracunan makanan bak kata pepatah “kebersihan asas kesihatan”.

Selain itu, ibu bapa juga berperanan untuk mengatasi masalah keracunan makanan. Ibu bapa perlu mengelakkan mengajak anak-anak mereka makan di kedai ataupun warung yang kotor di tepi-tepi jalan. Hal ini kerana kita tidak pasti tahap kebersihan makanan di situ kerana mungkin terdedah kepada persekitaran yang tercemar. Sebagai contoh, makanan tersebut mungkin terdedah kepada serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lipas, lalat dan tikus. Untuk itu, amalkan budaya makan di rumah bersama-sama keluarga bagi memastikan kebersihan tahap makanan.

Pengusaha makanan mesti memastikan makanan yang disediakan bebas daripada bakteria yang menjadi punca keracunan makanan. Hal ini demikian kerana kebanyakan masyarakat terpaksa makan di luar rumah akibat kesuntukan masa bekerja. Pengusaha makanan perlu membersihkan makanan sebelum dimasak serta mengelakkan makanan yang dijual sentiasa terdedah. Sebagai contoh, peniaga kedai makanan perlu memastikan makanan mereka tidak dihinggapi lalat. Jelas terbukti bahawa peranan pengusaha makanan amat penting bagi mengatasi masalah keracunan makanan.

TAN UEI HORNG Page 15