18229332 teknologi dalam pendidikan khas

11
Teknologi Dalam Pendidikan 1.0 PENGENALAN Teknologi maklumat memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha membantu Malaysia menjadi sebuah negara yang maju. MSC( Multimedia Super Corridor ) ialah suatu projek teknologi maklumat yang sangat penting ke arah meningkatkan taraf ekonomi negara, taraf pendidikan rakyat, peningkatan sains dan teknologi, peningkatan perdagangan antarabangsa dan pentadbiran yang lebih bersistematik. Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer ( PPBK ) telah dapat dikenal pasti sebagai bahan yang dapat membantu guru dan pelajar di dalam kelas untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam mata pelajaran yang diikuti. Pihak Kementerian sedang berusaha menyediakan bahan PPBK yang secukupnya bagi 4 mata pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang akan digunakan oleh pelajar- pelajar. Peranan guru-guru adalah untuk memberikan bantuan sebagai fasilitator di kalangan pelajar. Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia bekerja pada zaman kini.Teknologi maklumat ini dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran. E-Ekonomi merupakan isu utama yang disarankan oleh Perdana Menteri kita, maka seharusnya pengetahuan tentang

Upload: vegeneswari-saravanan

Post on 21-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

Page 1: 18229332 Teknologi Dalam Pendidikan Khas

Teknologi Dalam Pendidikan

1.0 PENGENALAN

 Teknologi maklumat memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha

membantu Malaysia menjadi sebuah negara yang maju. MSC( Multimedia

Super Corridor ) ialah suatu projek teknologi maklumat yang sangat penting

ke arah meningkatkan taraf ekonomi negara, taraf pendidikan rakyat,

peningkatan sains dan teknologi, peningkatan perdagangan antarabangsa

dan pentadbiran yang lebih bersistematik.

       Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer ( PPBK ) telah dapat

dikenal pasti sebagai  bahan yang dapat membantu guru dan pelajar di

dalam kelas untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka

dalam mata pelajaran yang diikuti. Pihak Kementerian sedang berusaha

menyediakan bahan PPBK yang secukupnya bagi 4 mata pelajaran iaitu

Matematik, Sains, Bahasa Melayu  dan Bahasa Inggeris yang akan digunakan

oleh pelajar-pelajar. Peranan guru-guru adalah untuk memberikan bantuan

sebagai fasilitator di kalangan pelajar. 

       Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia bekerja pada zaman

kini.Teknologi maklumat ini dapat mempermudahkan tugas serta

meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja

pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran. E-Ekonomi

merupakan isu utama yang disarankan oleh Perdana Menteri kita, maka

seharusnya pengetahuan tentang teknologi maklumat adalah penting bagi

guru-guru dalam membentuk generasi yang akan datang.

       Bagi mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya,

pendekatan pengajaran dan pembelajaran teknologi maklumat di sekolah

perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat,

menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar.

Page 2: 18229332 Teknologi Dalam Pendidikan Khas

Pendekatan pengajaran secara tradisional secara pembelian nota-nota

seharusnya dikikis dari pemikiran guru   sebaliknya guru-guru perlu 

dibekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat

melalui komputer. 

       Pengajaran dan penggunaan komputer ( PPBK ) ini adalah aturcara

komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk

membantu seseorang belajar.Mikrokomputer digunakan untuk

menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandukan kepada program

yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program

komputer atau perisian melalau terminal.

       Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan  komputer

memerlukan  pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang tertentu.

Pendekatan ini perlu digunakan untuk memastikan pelajar dengan kebolehan

dan minat yang berbeza dapat menggunakan teknologi komputer sebagai

alat pembelajaran untuk menyelesaikan masalah pembelajaran mereka

Selain itu, pendekatan ini  juga perlu bagi memastikan pelajar-pelajar yang

keluar daripada sistem pendidikan negara dapat memainkan peranan

mereka secara  berkesan untuk memajukan masa depan negara yang

berteraskan teknologi dan mengharungi zaman teknologi maklumat ini.

2.0 MATLAMAT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN

KOMPUTER

 2.1 Menyediakan satu panduan perlaksanaan proses pengajaran dan

pembelajaran  mengenai perkakasan komputer yang mudah serta dapat

mengoptimumkan masa guru dan pelajar. 

2.2 Memberikan keselesaan  kepada pelajar untuk belajar dan meneroka

ilmu pengetahuan dan kemahiran mengenai komponen perkakasaan

komputer berdasarkan kadar keupayaan masing-masing.

Page 3: 18229332 Teknologi Dalam Pendidikan Khas

2.3 Memudahkan pelajar menimba ilmu pengetahuan asas, konsep, prinsip

dan fakta mengenai komponen perkakasan komputer berdasarkan

kandungan bahan yang disediakan.

 2.4 Membolehkan pelajar agar berdikari dalam  mencari maklumat dan

penemuan untuk memenuhi sebarang tugasan.

 2.5 Mencetuskan satu perbincangan yang menarik di kalangan pelajar dan

guru.

3.0 OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN 

KOMPUTER

3.1 Dapat memberi pengetahuan dan kemahiran mengenai kepentingan dan

komponen sistem komputer dalam teknologi maklumat.

 3.2 Dapat menjana kefahaman mengenai jenis dan fungsi komponen

komputer dan yang berkaitan dengannya dalam menjayakan matlamat

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teknologi maklumat.

3.3 Dapat memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang

kepentingan menjaga dan membaikpulih sistem komputer masing-masing.

4.0 PEMBELAJARAN BERASASKAN KOMPUTER

Prinsip pembelajaran berasakan komputer berlaku apabila pembelajaran

dilaksanakan melalui penggunaan komputer. Komputer digunakan di dalam

bilik darjah untuk membantu kaedah pengajaran tradisional. Alat elektronik

ini boleh menyimpan arahan dan data dalam memorinya dan melaksanakan

arahan dalam susunan yang logik.  Terdapat  pelbagai jenis PPBK yang

mempunyai kelebihan dan kesesuaian masing-masing dalam penggunaan

matapelajaran di peringkat rendah, menengah dan  tinggi.

4.1 Latihtubi

Page 4: 18229332 Teknologi Dalam Pendidikan Khas

 Latihtubi adalah suatu latihan yang diberikan oleh komputer untuk

meningkatkan pengalaman pembelajaran. Komputer akan memberikan

soalan dan merakamkan semua jawapan yang betul atau salah. Seterusnya

komputer akan memberikan maklum balas kepada pelajar. Ini akan

membolehkan pelajar yang kurang berpengalaman dapat mengikuti

perjalanan  pelajaran mengikut tahapnya sendiri dan dapat memaparkan

kemajuannya pada bila-bila masa sahaja. Sebagai contoh, apabila membuat

latihan Matematik, para pelajar tidak akan merasa tegang jika terdapat

kesalahan dalam latihan yang mereka buat. Mereka akan memperbaiki  

kesalahan  itu dan akan cuba menjawabnya sekali lagi.

 4.2 Tutorial

 Tutorial melibatkan komputer memperkenalkan bahan-bahan pembelajaran

yang disampaikan secara berperingkat-peringkat dan diikuti dengan soalan-

soalan. Kemudiannya, komputer akan menyemak jawapan dan memberikan

maklum balas. Ianya sesuai digunakan untuk memperkenalkan isi

kandungan baru, mengulangkaji dan pemulihan kepada pelajar yang

berpencapaian rendah dalam peperiksaan. Sebagai contoh, apabila para

pelajar menggunakan disket sebagai bahan pembelajarannya, dia tidak akan

berasa bosan jika dia tidak memahami sebarang soalan yang terdapat di

dalamnya.Pelajar akan lebih bersemangat untuk membuat soalan di

dalamnya apabila kesalahan yang dilakukan diberi komen oleh suara latar

belakang dan muzik sampingan yang terdapat di dalam disket tersebut.

 4.3 Simulasi

 Simulasi adalah suatu situasi yang disediakan oleh komputer dengan

memberikan gambaran sebenar terhadap sesuatu objek, proses atau

peristiwa. Pelajar dapat berinteraksi secara aktif dengan komputer

berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan,

menyelesaikan masalah, isu, tugasan tertentu dan membuat keputusan yang

Page 5: 18229332 Teknologi Dalam Pendidikan Khas

tertentu. Ianya sesuai digunakan untuk pembelajaran proses dan konsep

yang kompleks terutamanya dalam mata pelajaran seperti sains dan lain-lain

yang memerlukan kajian atau modul atau modul yang mahal, merbahaya

atau mengambil masa yang lama. Sebagai contoh, penggunaan komputer

dengan disket-disket tertentu seperti disket yang mengandungi kejadian

alam iaitu kejadian gempa bumi, proses pertumbuhan manusia, proses

fotosintesis dan kejadian hujan akan menyebabkan para pelajar berasa

tertarik untuk mempelajari sesuatu mata pelajaran dengan lebih mendalam

walaupun pada mulanya mereka tidak berminat terhadap mata pelajaran

tersebut.

4.4 Permainan

 Permainan merupakan jenis PPBK yang melibatkan aktiviti berbentuk

pertandingan di mana pelajar akan membuat keputusan, mengikut arahan

dan peraturan. Unsur-unsur hiburan dan keseronokan dimasukkan bersama-

sama semasa pelajar mempelajari sesuatu kemahiran dalam PPBK. Ianya

akan dapat memperkembangkan kemahiran mental,  kematangan berfikir,

menambah pengetahuan dan juga secara tidak langsung sifat kesabaran

akan wujud dalam diri para pelajar. Sebagai contoh, dalam permainan catur

bersama dengan komputer, akan menyebabkan seseorang pelajar 

menggunakan tahap pemikiran  yang lebih tinggi untuk memenangi

permainan tersebut. Ini kerana komputer mempunyai banyak taktik dan

akan menyebabkan para pelajar bermain dengan agresif dan kritis.

 4.5 Penyelesaian masalah

 Penyelesaian masalah adalah sesuatu perkara yang dianggap sangat rumit

oleh para pelajar. Mereka menghadapi kesukaran dalam membuat

keputusan yang tepat dan baik. Mereka akan ragu-ragu dan keliru dalam

membuat sebarang keputusan. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran

Matematik, terdapat banyak soalan yang merumitkan.Apabila pelajar

Page 6: 18229332 Teknologi Dalam Pendidikan Khas

menggunakan bantuan daripada komputer yang mempunyai daya tarikan

animasi, pergerakan dan bunyi, mereka akan membuat latihan penyelesaian

masalah tersebut dengan lebih yakin bahawa keputusan yang mereka ambil

itu adalah yang paling tepat.

 

 5.0 KOMUNIKASI BERPERANTARAAN KOMPUTER DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan

satu aplikasi teknologi komputer dalam pendidikan dan latihan . Selain

daripada itu,komputer juga boleh mengendalikan seluruh proses pengajaran

tanpa bantuan guru.

5.1 Komputer sebagai pakar rujuk iaitu Guru komputeru

 Komputer boleh berperanan seperti seorang manusia yang berupaya

mengawal banyak peranti atau perkakasan melalui perintah yang telah

diprogramkan. Dalam hal ini membolehkan pelajar dan komputer berdialog

mengenai topik khusus. Dalam hal ini komputeru adalah pakar (guru)

rujuknya yang mempunyai pelbagai pengetahuan mengenai sesuatu subjek.

 5.2 Komputer sebagai pembimbing iaitu Tutor

 Keadaan ini biasanya dapat dilihat dalam bilik darjah pada hari ini,

seseorang bertanggungjawab terhadap ramai pelajar.Dengan adanya

kemudahan komputer, maka setiap komputeru boleh ditugaskan untuk

mengajar hanya seorang pelajar sahaja. Dengan cara ini proses pengajaran

dapat dilakukan secara individu. Satu komunikasi yang baik akan wujud di

Page 7: 18229332 Teknologi Dalam Pendidikan Khas

antara guru dan pelajar kerana komputer yang berperanan sebagai guru itu

akan hanya melayan kerenah seorang pelajar.

 5.3 Komputer sebagai penyimpan Rekod Akademik 

Komputer merupakan sebuah mesin pemprosesan data bereletronik yang

boleh menerima dan menyimpan data di samping melakukan pelbagai jenis

operasi dan kemudianya mengeluarkan keputusan atau maklumat yang

disimpanya. Dengan ini komputer berupaya menerima dan menyimpan

maklumat yang banyak dalam satu masa. Data yang banyak dan boleh

dicapai dengan cepat serta mudah sudah pasti dapat mengurangkan beban

guru tersebut. Guru tidak perlu lagi bersusah payah membawa buku-buku

nota para pelajar yang banyak ke kelas kerana segala nota sudah terdapat di

dalam komputer yang telah disediakan.

 5.4 Komputer sebagai Penyelia dan penyemak peperiksaan

 Komputer boleh diprogramkan untuk menganalisa setiap soalan

berdasarkan pencapaian pelajar. Ini membolehkan guru memikirkan kembali

objektif setiap soalan tersebut dan mereka bentuk teknik-teknik pengujianya

kepada para pelajar melalui komputer.

5.5  Pengajaran berbantukan komputer

Pengajaran berbantukan komputer (PBK) adalah satu strategi atau bentuk

pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer untuk

menyampaikan seluruh atau sebahagian dari isi kandungan mata pelajaran.

Ia biasanya dipersembahkan dalam satu perisian yang diadakan bagi

menjadikan aktiviti pembelajaran menjadi lebih menarik dan

berkesan.Dalam PBK, pelajar akan berinteraksi terus dengan komputer.

Seseorang pelajar boleh belajar secara bersendirian dalam pelajaran yang

telah direka bentuk dan diprogramkan ke dalam komputer serta boleh

Page 8: 18229332 Teknologi Dalam Pendidikan Khas

mengawal urutan pembelajaran. Guru hanya memilih dan mengatur bahan

pembelajaran yang sesuai.

 5.6 Pengajaran diurusakan komputer

 Pengajaran diuruskan komputer ialah penggunaan sistem komputer untuk

menguruskan maklumat tentang prestasi pelajar serta pemilihan sumber-

sumber pembelajaran bagi mengawal pembelajaran individu. Sistem ini

dapat menjimatkan masa interaksi antara guru dengan para pelajar dan

secara tidak langsung ia dapat mengatasi kekurangan tenaga pengajar.

Dalam sistem ini komputer dapat membantu menyelasaikan masalah

pengurusan pengajaran dengan cara ujian, menyediakan markah,

menentukan langkah-langkah pembelajaran, seterusnya merekod

pencapaian pelajar serta menyimpan rekod pelajar, guru dan kekitangan di

sekolah.

 5.7  Multimedia berasaskan komputer 

 Multimedia berasaskan komputer merupakan satu cara pembelajaran yang

interaktif. Ia dikawal dan dikendalikan oleh komputer sepenuhnya.

Multimedia ini menggabungkan teks, grafik serta lain-lain atribut media

seperti bunyi ,animasi dan visual. Ia turut menggunakan struktur rangkaian

node dan link rangkaian.

 5.8 Surat elektronik @ E-mail 

 Surat elektronik atau e-mel merupakan sejenis alat komunikasi. Melalui e-

mel, kita tidak perlu membuang masa untuk ke pejabat pos bagi tujuan

menghantar surat. Selain itu, dengan  menggunakan e-mel, kita boleh

menghantar pelbagai jenis maklumat seperti artikel, gambar dan mesej. Di

antara perkhidmatan e-mel yang boleh digunakan ialah Hotmail.com dan

Yahoo.com.  Sebagai contoh jika seseorang guru itu perlu menghantar bahan

Page 9: 18229332 Teknologi Dalam Pendidikan Khas

nota, guru hanya perlu menghantar bahan-bahan tersebut kepada para

pelajar melalui alamat e-mel mereka.

5.9 Perbualan maya atau chating 

Walaupun terdapat pelbagai pendapat yang mengatakan bahawa chating

merupakan bahan yang tidak baik tetapi ia juga boleh digunakan sebagai

bahan komunikasi. Melalui chating konsep pembelajaran dan pengajaran

akan menjadi lebih muda, satu ruang pendidikan boleh dicipta. Melalui ini

mereka boleh mencari guru dan menanyakan sebarang kemusykilan

mengenai pelajaran dan soalan mereka akan terjawab ketika itu juga.

Dengan ini dapatlah dikatakan bahawa para pelajar dapat menjimatkan

masa dan dapat menjawab soalan tersebut dalam suasana yang tenang.

Perkara sebegini boleh dijalankan pada waktu persekolahan atau di luar

waktu persekolahan melalui makmal komputer. Pertukaran pendapat yang

senyap dan tenteram boleh berlangsung di antara guru dan pelajar.

 5.10 Laman web atau website 

Melalui laman web, satu komunikasi yang menarik dapat dijalankan diantara

guru dan pelajar, contoh laman web yang boleh digunakan bagi tujuan

pendidikan ialah Laman Web Portal Pendidikan Utusan. Laman web ini

mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar, ibu bapa

dan para guru. Perkara ini terjadi kerana persembahan yang menarik dengan

adanya animasi, grafik, muzik dan suara latar yang menarik menyebabkan

para pelajar akan melayari laman web tersebut, malahan kita tidak

dikenakan bayaran semasa melayari laman web tersebut.