16249853 contoh-karangan-berformat

Download 16249853 contoh-karangan-berformat

Post on 19-Jul-2015

408 views

Category:

Environment

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

MAKTAB RENDAH SAINS MARA

KOTA PUTRA

JALAN BUKIT KELUANG, 22200 BESUT TERENGGANUBAHASA MELAYU TINGKATAN 2

NAMA: MUHD FARID TAQIUDDIN ZULKIFLY TINGKATAN: 2 BNO. MAKTAB: 08147Karangan 1 : LAPORAN

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG COKLAT CADBURY

Persatuan Geografi Maktab Rendah Sains MARA Kota Putra telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Coklat Cadbury yang terletak di Shah Alam pada 15 Jun 2008. Rombongan ini terdiri daripada empat puluh orang ahli Persatuan Geografi dan tiga orang guru pengiring, yakni Puan Saloma, Puan Zubaidah, dan Puan Siti Muqalmah. Seawal lapan pagi lagi, para pelajar dan guru yang terlibat sudah menaiki bas yang disewa khas oleh ahli jawatankuasa lawatan ini. Perjalanan mengambil masa tiga puluh minit sahaja kerana antara jarak sekolah dengan kilang tersebut hanya 20 kilometer.

Sebaik-baik sahaja tiba di kilang tersebut, rombongan kami disambut dengan tangan terbuka oleh pengurus pemasaran dan promosi, Encik Soo Ming Lei. Encik Soo telah membawa kami ke bilik mesyuarat yang terletak di tingkat tiga Wisma Cadbury. Di dalam bilik mesyuarat itu, kami diberi penerangan sejarah penubuhan kilang coklat secara ringkas tapi jelas. Selepas mendengar taklimat, ahli rombongan pun bersemangat tinggi dan menanyakan pelbagai soalan yang berkaitan dengan kilang coklat tersebut. Hal ini demikian kerana mereka perlu menyediakan laporan lawatan ini.

Program pascataklimat ialah memulakan lawatan ke bahagian memproses coklat. Kami dibawa ke bahagian paling penting, yakni zon penyediaan. Di kawasan itu, kami diberi pakaian berupa tudung kepala, penutup mulut, dan sarung tangan. Langkah penyediaan yang bersih dan selamat adalah penting kata Encik Soo kerana pihak kilang amat mementingkan soal kualiti coklat. Hal ini demikian kerana kebersihan menjamin mutu makanan yang disediakan. Kami melihat sendiri biji koko panggang dikisar dengan sebuah mesin. Selepas itu, koko yang lumat dimasak bersama gula dan susu yang diimport khas.

Selepas proses penyediaan selesai, coklat dalam bentuk cecair pekat yang mencapai kepanasan seratus lima puluh darjah itu disalurkan ke paip besar yang menuju ke bahagian pemprosesan coklat prapembungkusan. Di bahagian itu, kami dapat melihat pelbagai jenis coklat berjaya diproses dengan mesin yang canggih. Mesin itu seterusnya menghantar jongkong-jongkong coklat yang sudah siap diproses menuju ke peringkat pembungkusan mengikut saiz dan perisa. Di bahagian ini, bilangan pekerja yang banyak diperlukan untuk menyudahkan proses pembungkusan sehingga proses akhir, penyimpanan.

Sepanjang lawatan di bahagian penyediaan, kami telah mengemukakan soalan tentang kepentingan penyediaan makanan yang selamat. Sepanjang dua jam lawatan, kami berasa teruja dan berpuas hati dengan penerangan yang disampaikan. Walau bagaimanapun, kami berasa penat kerana kawasan pemprosesan kilang ini amat besar. Di bilik mesyuarat, kami diberi taklimat multimedia berkaitan perancangan masa depan kilang coklat ini. Daripada taklimat multimedia ini, kami berasa kagum akan semangat pengurusan syarikat ini yang memegang para prinsip genggam bara api biar jadi abu.

Sebelum mengakhiri lawatan, Pengarah Urusan Kilang Cadbury telah meluangkan masa untuk berjumpa dengan ahli rombongan sekali gus menyampaikan cenderahati kepada kami. Selain itu, kami juga diberi baucar istimewa untuk membeli coklat dengan potongan harga sebanyak dua puluh hingga empat puluh peratus. Selepas bersalam dengan tuan pengarah, kami pun menuju ke kedai coklat yang terletak di sebelah pintu besar kilang itu. Ahli rombongan yang selesai membeli coklat bersiap sedia menaiki bas untuk pulang ke sekolah.

Rombongan ini tiba di sekolah pada pukul dua belas tengah hari. Cikgu Saloma yang bertugas menjaga disiplin pelajar berpuas hati dengan kelakuan ahli rombongan walaupun ada segelintir daripada mereka yang mulut murai. Akhirnya, murid-murid pun pulang ke rumah masing-masing. Lawatan sambil belajar seperti ini amat bermanfaat kepada pelajar. Selain mendapat ilmu dan pengalaman, kami juga berjaya menimba pengetahuan tentang pengurusan kilang. Hal ini ibarat sambil menyelam minum air. Kami berharap lawatan umpama ini akan dijadikan agenda tahunan Persatuan Geografi Maktab Rendah Sains MARA Kota Putra.

Laporan disediakan oleh,

Farid6 JUN 2009.

(MUHAMMAD FARID TAQIUDDIN ZULKIFLY)Setiausaha Persatuan GeografiMaktab Rendah Sains MARA Kota Putra

Karangan 2 : SURAT KIRIMAN RASMISoalan :

Kamu terbaca iklan tentang penerbitan baru beberapa buah buku cerita dalam surat khabar. Tuliskan sepucuk surat kepada pengurus pemasaran untuk memesan buku-buku tersebut.

Kampung Tanjung Alir,

22000, Jerteh,

Terengganu.

______________________________________________________________________

Pengurus Pemasaran,

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,

64 & 66, Jalan Pingai,

80400, Johor Bahru. 6 JUN 2009

Tuan,

Memesan Buku

Merujuk kepada perkara di atas, saya Muhammad Farid Taqiuddin Zulkifly telah terbaca iklan dalam akhbar tentang beberapa buah buku cerita terbitan syarikat tuan.

2. Sehubungan itu, saya ingin memesan beberapa buah buku cerita tersebut seperti berikut :

Bil. Judul Buku KuantitiHarga Seunit 1. Misteri Kapal Tenggelam 1 RM 3.60

2. Misteri Patung George 1 RM 3.60

3. Rahsia Rumah Tua 2RM 4.00

Jumlah RM 11.20 3. Sehubungan dengan itu, saya sertakan kiriman wang pos bernombor 107 yang bernilai RM 11.20. Saya berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan hantaran buku tersebut. Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Farid

(MUHAMMAD FARID TAQIUDDIN ZULKIFLY)

Karangan 3 : SURAT KIRIMAN TIDAK RASMISoalan :

Anda baru sahaja berpindah ke sekolah lain kerana mengikut ayah anda yang ditukarkan tempat bertugas . Tuliskan sepucuk surat kepada rakan karib anda yang berada di sekolah lama untuk menceritakan tentang keadaan sekolah baru anda .

21, Kampung Selang,

36000 Teluk Intan ,

Perak Darul Ridzuan.

25 Oktober 2008 .

Menemui saudara Linda Chin yang kini berada di Sintok , Kedah dengan harapan semoga saudara berada dalam keadaan sihat dan sejahtera selalu .

Saudara ,

Terlebih dahulu saya menyusun jari sepuluh memohon maaf

kepada saudara kerana tidak memberitahu saudara tentang perpindahan saya ke sekolah baru . Untuk pengetahuan saudara saya berpindah ke sekolah yang baru kerana mengikut ayah yang ditugaskan di sini . Maklumlah kerja ayah sebagai pegawai polis mempunyai banyak tanggungjawab .

Sekarang saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan

Sandakan dalam Tingkatan Tiga Merah .Sudah sebulan saya mengikuti pembelajaran di sekolah ini . Syukur alhamdulilah , setakat ini saya tidak mempunyai masalah untuk mengikuti pembelajaran .

Kawasan sekolah ini juga sangat cantik dan begitu luas . Terdapat kolam ikan dan air terjun buatan di hadapan kawasan sekolah .Di Sekolah ini terdapat pelajar-pelajar dari tingkatan satu hingga ke Tingkatan enam atas . Jumlah pelajar di sekolah kira-kira lima ribu orang dan mempunyai tiga ratus orang guru .

Sekolah ini mempunyai enam buah blok bangunan yang masing-masing mempunyai lima tingkat . Blok bangunan sekolah ini meliputi blok pentadbiran , pejabat , dewan dan asrama untuk para pelajar yang tinggal jauh .

Di sekolah ini , saya mendapat ramai rakan baru yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Kadazan , Sino-Kadazan , Dusun , Bajau dan banyak lagi .

Baiklah setakat ini saja yang dapat saya ceritakan kepada

saudara untuk kali ini . Semoga bertemu kembali dalam warkah yang

akan datang . Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan di sana .

Sekian, terima kasih .

Yang ikhlas ,

Farid

Muhammad Farid Taqiuddin ZulkiflyKarangan 4 : PERBAHASAN

MASALAH REMAJA LARI DARI RUMAH BUKAN HANYA BERPUNCA DARIPADA KURANGNYA KASIH SAYANG IBU BAPACahaya matahari menyilau mata,

Rasa pedih berusaha menahan;

Lafaz bismllah pembuka kata,

Gelanggang pertandingan segera dimulakan.

Assalamulaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, TuanPengetua Sekolah Menengah Kebangsaa Perempuan Temenggung Ibrahim, barisan hakim yang adil lagi bijaksana, barisan pembangkang, guru-guru, dan rakan pelajar sekalian. Terlebih dahulu. kami barisan pencadang tetap berpendirian bahawa tajuk perbahasan ini, "Masalah Remaja Lari dari Rumah Bukan Hanya Berpunca daripada Kurangnya Kasih Sayang Ibu Bapa" memang tepat dan tidak pcrlu dipersoalkan lagi. Sebelum saya membahaskan lebih lanjut. elok sekiranya saya menyimpulkan makna remaja lari dari rumah. Remaja yang lari dari rumah ialah remaja yang meninggalkan rumah tanpa restu daripada ibu bapa menuju ke satu lempat yang biasaanya tidak diketahui oleh ahli keluarganya. Mereka bertindak sedemikian kerana perasaan tidak puas hati atau didorong keinginan memperoleh sesuatu. Manakala kurangnya kasih sayang meliputi perhatian dan belaian kemesraan. Dewasa ini, akhbar-akhbar menyiarkan berita tentang remaja yang lari dari rumah. Walaupun pelbagai usaha telah diambil untuk membendung masalah ini. tetapi nampaknya sehingga kini masalah remaja lari dari rumah belum juga berakhir.

Hadirin yang dimuliakan,

Hujah saya yang pertama, remaja yang berusia lingkungan 12 hingga 21 tahun merupakan golongan yang menempuh alam kritikal; penuh perasaan. menganggap segala tindakannya betul, kurang mendengar nasihat orang lain, dan suka mencuba sesuatu yang baru. Dalam meniti usia ini, golongan ini menganggap segala tindakannya adalah benar dan tiada sesiapa yang holeh melarang. Kata-kata orang yang lebih dewasa dan berpengalaman, baik ibu bapa, guru, mahupun