14. laporan reflektif big fasa 2

11
LAPORAN REFLEKTIF 2013 Laporan Aktiviti Ladap “Guru Sebagai Insan Mulia” Seperti yang telah dirancang, pada hari Ahad, 21 April 2013, kumpulan kami dari PPG IPGKTB Pendidikan Islam kumpulan1(Kohort 1) seramai 26 orang telah menjalankan Program Bina Insan Guru Fasa 2 bersama 40 orang murid SK Bakap Indah,Sg.Jawi, Pulau Pinang. Mentor kami iaitu Puan Dr. Siti Aishah bt Ashaari dan Encik Rosdaud bin Ayob selaku jurulatih dari Unit Kokurikulum IPKTB turut bersama dalam program ini. Alhamdulillah,tepat pukul 8.15 pagi, program ladap dijalankan di bilik mesyuarat SKBI.Sebelum memulakan sesi ceramah,bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustaz Mohamad Sah bin Daing seterusnya ucapan aluan ketua kelas PPG PAI K1 iaitu saudara Uzair bin Abdul Aziz. Agenda seterusnya ialah ucapan ringkas Puan Noor Farizah bt Abdul Rahman selaku Guru Besar SKBI mengalukan kedatangan kami serta berharap semoga ia menjadi program yang berterusan nanti. Penceramah undangan untuk sesi ini ialah Encik Mohd Shah bin Ramli,Guru Besar SK Teluk Medan yang juga guru besar cemerlang negeri Perak.Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada beliau kerana sudi memberi suntikan motivasi,kata-kata perangsang,idea- idea yang amat berguna untuk kami sebagai guru untuk meneruskan perjuangan yang tidak pernah selesai. BINA INSAN GURU II (SEMESTER 4) Page 1

Upload: myra-shah

Post on 01-Dec-2015

205 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

BIG FASA 2/SEM4

TRANSCRIPT

Page 1: 14. LAPORAN REFLEKTIF BIG FASA 2

LAPORAN REFLEKTIF 2013

Laporan Aktiviti Ladap “Guru Sebagai Insan Mulia”

Seperti yang telah dirancang, pada hari Ahad, 21 April 2013, kumpulan kami dari

PPG IPGKTB Pendidikan Islam kumpulan1(Kohort 1) seramai 26 orang telah

menjalankan Program Bina Insan Guru Fasa 2 bersama 40 orang murid SK Bakap

Indah,Sg.Jawi, Pulau Pinang. Mentor kami iaitu Puan Dr. Siti Aishah bt Ashaari dan

Encik Rosdaud bin Ayob selaku jurulatih dari Unit Kokurikulum IPKTB turut bersama

dalam program ini.

Alhamdulillah,tepat pukul 8.15 pagi, program ladap dijalankan di bilik mesyuarat

SKBI.Sebelum memulakan sesi ceramah,bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustaz

Mohamad Sah bin Daing seterusnya ucapan aluan ketua kelas PPG PAI K1 iaitu

saudara Uzair bin Abdul Aziz. Agenda seterusnya ialah ucapan ringkas Puan Noor

Farizah bt Abdul Rahman selaku Guru Besar SKBI mengalukan kedatangan kami serta

berharap semoga ia menjadi program yang berterusan nanti.

Penceramah undangan untuk sesi ini ialah Encik Mohd Shah bin Ramli,Guru

Besar SK Teluk Medan yang juga guru besar cemerlang negeri Perak.Terima kasih

tidak terhingga diucapkan kepada beliau kerana sudi memberi suntikan motivasi,kata-

kata perangsang,idea-idea yang amat berguna untuk kami sebagai guru untuk

meneruskan perjuangan yang tidak pernah selesai.

Beliau banyak memberikan kesedaran tentang peripentingnya keakraban antara

guru dengan pelajar,peningkatan kemajuan diri dalam dunia ICT dan sebagainya.Saya

seakan tercabar dan mengkaguminya apabila beliau memaklumkan opsyen beliau

adalah pendidikan agama Islam ditambah lagi dengan kepakaran beliau dalam bidang

ICT serta pencapaian sekolah yang beliau terajui.

Walaupun semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan

jayanya,tapi masih ada juga sedikit kepincangan dan pelbagai dalam melaksanakan

BINA INSAN GURU II (SEMESTER 4) Page 1

Page 2: 14. LAPORAN REFLEKTIF BIG FASA 2

LAPORAN REFLEKTIF 2013

aktiviti-aktiviti tersebut.Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan dalam mengurus

dan melaksanakan Program BIG Fasa 2 kali ini.

Antara kekuatannya :

1. Walaupun pada mulanya Program ini hampir tidak dapat dilaksanakan kerana

kekangan masa dan tugasan tetapi demi murid-murid dan program yang telah

dirancang. Semangat kerjasama guru dan peserta PPG yang tidak mengira

masa dan tenaga akhirnya Program ini dapat dilaksanakan.Bak kata pepatah

“Berat sama dipikul ringan sama dijinjing”

2. Pengalaman sedia ada guru juga membantu melaksanakan program ini dengan

jayanya.

3. Perbincangan dan mesyuarat serta pembahagian tugas yang diamanahkan men

jadi satu tanggungjawab kepada guru.

4. Kerjasama dan toleransi sesama rakan sebaya amat dititikberatkan.

5. Guru memerlukan ilmu dan motivasi yang baru dari setiap pencambahan serta

perkongsian ilmu seperti dalam slot ceramah.

Antara kelemahannya :

1. Tidak mendapat sokongan sebahagian dari guru yang ada kotmitmen lain

2. Faktor cuaca yang tidak menentu menyebabkan aktiviti tidak dapat dijalankan

dengan sempurna.

3. Kekangan masa dan komitmen tugas memerlukan pengorbanan dari peserta.

4. Masa yang terlalu singkat menyebabkan aktiviti yang dijalankan terpaksa terburu-

buru.

BINA INSAN GURU II (SEMESTER 4) Page 2

Page 3: 14. LAPORAN REFLEKTIF BIG FASA 2

LAPORAN REFLEKTIF 2013

Antara cadangan penambahbaikkan :

1. Cadangan masa yang lebih sesuai agar tidak bertindih masa dengan program

lain.

2. Program yang dicadangkan hendaklah dirancang dengan lebih teliti dan teratur.

3. Menambah bilangan hari bagi menguruskan aktiviti kemasyarakatan

4. Pembahagian tugasan dan aktiviti dapat di rancang dengan lebih spesifik dan

memudahkan guru memahaminya.

5. Mengadakan bengkel untuk percambahan ilmu kepada peserta

6. Slot yang lebih diperlukan seperti penggunaan dan pembinaan bahan bantu

belajar dari ICT.

BINA INSAN GURU II (SEMESTER 4) Page 3

Page 4: 14. LAPORAN REFLEKTIF BIG FASA 2

LAPORAN REFLEKTIF 2013

ANALISA SWOT :

Kekuatan (S)

S1 Guru yang sedia ada

berpengalaman mengadakan program

LDP.

S2 Pelarasan tugas yang disediakan

membantu guru untuk melaksanakan

tugas mereka.

S3 Persediaan bahan yang mencukupi.

S4 Menyediakan laporan

Kelemahan (W)

W1 Sikap guru yang tidak berminat

dengan program sekolah.Ramai yang

ada kotmitmen lain.

W2 Tugas yang diberikan tidak jelas.

W3 Peruntukan kewangan tidak

mencukupi.

W4 Murid tidak berminat untuk hadir

program sekolah kerana telah ada

program sebelum ini.

Peluang(O)

O1 Hubungan yang baik antara guru

dan pentadbir.

O2 Sokongan moral dan kewangan .

O3 Bantuan peruntukkan dari sumber

lain.

O4 Murid-murid tinggal di sekitar

kawasan sekolah.

Ancaman (T)

T1 Ibu bapa masih menganggap aktiviti

Ko kurikulum tidak penting.

T2 Faktor cuaca yang tidak menentu

sukar untuk merancang aktiviti.

T3 Program yang bertindih dengan

pihak luaran mengganggu

perancangan aktiviti

BINA INSAN GURU II (SEMESTER 4) Page 4

Page 5: 14. LAPORAN REFLEKTIF BIG FASA 2

LAPORAN REFLEKTIF 2013

Laporan Aktiviti Gotong Royong

Pada hari Ahad, 21 April 2013, kumpulan PPG IPGKTB Pendidikan Islam Kohort

1 telah menganjurkan aktiviti gotong royong di Sekolah Kebangsaan Bakap Indah.

Aktiviti ini merupakan salah satu daripada aktiviti berbentuk kemasyarakatan yang kami

rancangkan bagi melengkapkan kursus Bina Insan Guru (BIG) untuk peringkat yang

kedua. Pada semester ini kami perlu menjalankan dua slot. Slot yang pertama ialah

ceramah manakala slot yang kedua adalah slot aktiviti kemasyarakatan. Tujuan aktiviti

gotong royong ini bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan terhadap kursus BIG tetapi

secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan dan

seterusnya dapat mengeratkan silaturahim antara kami dan juga warga SK Bakap

Indah.

Pada pukul 08.00 pagi semua guru-guru PPG Pendidikan Islam K1 telah

berkumpul di SK Bakap Indah. Program ini juga telah dihadiri oleh Pn Noor Hafizah Bt

Abdul Rahman iaitu Guru Besar SK Bakap Indah, guru-guru penolong kanan, guru-guru

serta murid-murid SK Bakap Indah. Kami juga amat berbesar hati kerana program ini

juga turut dihadiri oleh pensyarah pembimbing iaitu Encik Rosdaud bin Ayub dan juga

mentor kami iaitu Puan Dr.Siti Aisyah bt Ashaari. Gotong royong ini berfokus kepada

keceriaan dan kebersihan kawasan sekitar koridor pentadbiran, menambahbaik bilik

mesyuarat serta menceriakan surau sekolah. Kami telah merancang beberapa aktiviti

seperti membersihkan kawasan longkang, menampal carta-carta, menceriakan mural

yang telah sedia ada serta melukis mural baru pada dinding surau sekolah dan laluan

pejabat sekolah.

Aktiviti gotong royong telah bermula pada pukul 10.30 pagi. Sebelum memulakan

aktiviti kami telah diberi taklimat ringkas oleh Pn. Salmiah Bt Mohd Zain, iaitu ahli

kumpulan kami yang mengajar di SK Bakap Indah. Semua guru dan murid telah di

bahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan kawasan-kawasan tertentu beserta

BINA INSAN GURU II (SEMESTER 4) Page 5

Page 6: 14. LAPORAN REFLEKTIF BIG FASA 2

LAPORAN REFLEKTIF 2013

tugas masing-masing. Murid-murid telah ditugaskan untuk membersihkan kawasan

seperti koridor dan juga longkang-longkang di tepi bilik darjah. Kumpulan guru-guru

perempuan ditugaskan untuk menceriakan mural yang telah sedia ada serta mengecat

semula mural yang telah pudar di dalam surau sekolah. Kumpulan guru lelaki pula telah

ditugaskan untuk melukis mural di dinding bilik pentadbiran yang bertajuk “Selamat

Datang ke SK Bakap Indah”.

Setiap kumpulan dibekalkan dengan peralatan-peralatan yang diperlukan seperti

penyapu, penyodok sampah, berus, cat, surat khabar lama dan pallet. Setiap kumpulan

menunjukkan komitmen yang padu untuk menyelesaikan tugas masing-masing. Murid

murid SK Bakap Indah juga telah memberikan layanan yang amat baik walaupun

mereka tidak pernah berjumpa dengan kami sebelum ini. Mereka telah memberi

kerjasama yang baik apabila diminta bantuan daripada kami guru-guru PPG bagi

melakukan sesuatu tugasan. Demikian juga pihak pentadbir terutamanya Pn Noor

Hafizah yang sentiasa memantau dan memberi sokongan sepanjang kami melakukan

aktiviti gotong-royong.

Pada mulanya kami berasa tidak ada keyakinan untuk membuat mural. Seperti

kata pepatah “Seperti Tikus Membaiki Labu”, mampukah kami melakukan sesuatu yang

berseni seperti membuat mural dan mengecat. Walau bagaimanapun selepas tiga jam

bertungkus lumus menyiapkan tugas masing-masing, akhirnya kami berjaya

menceriakan kawasan sekolah itu khususnya di dinding-dinding bangunan sekolah

dengan mural yang telah dihasilkan oleh kami . Keadaan mural yang sebelumnya pudar

dan kurang bermaya nampak lebih menarik dan ceria.

Aktiviti gotong-royong selesai pada pukul 1.30 petang. Guru Besar mengucapkan

terima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana telah memberi kerjasama yang

baik.Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga SK Bakap

Indah kerana telah sudi menerima kedatangan kami untuk melaksanakan program BIG

fasa kedua.

BINA INSAN GURU II (SEMESTER 4) Page 6

Page 7: 14. LAPORAN REFLEKTIF BIG FASA 2

LAPORAN REFLEKTIF 2013

LAPORAN SELEPAS PROGRAM

Setelah selesai program bergotong-royong, kami mengemas segala peralatan seperti

tin cat, mencuci berus cat dan membuang sampah. Segala peralatan seperti vakum

penyapu dan lain-lain peralatan yang digunakan disimpan di stor,

AJK Laporan membuat post mortem dan menghantar laporan kepada

setiausaha .Laporan Penilaian Selepas perkhemahan adalah seperti berikut;

Laporan/ Masalah Selepas gotong-royong .

1. Isu / Masalah

Semasa gotong-royong membuat mural dan mengecat kawasan yang telah

ditetapkan,

1.2. Analisis

i. Kekuatan

- pelajar dapat menjalankan gotong-royong bersama-sama guru PPG

- pelajar tahu tugas masing-masing.

- menyemai semangat bekerjasama.

- menyemai perasaan cintakan kebersihan dan keceriaan kawasan

- memahirkan diri dalam penulisan khat dan melukis dan mewarna mural

- mewujudkan hubungan mesra antara pelajar dengan guru-guru PPG dan guru-guru

sekolah yang terlibat.

BINA INSAN GURU II (SEMESTER 4) Page 7

Page 8: 14. LAPORAN REFLEKTIF BIG FASA 2

LAPORAN REFLEKTIF 2013

ii. Kelemahan

- Tidak semua pelajar yang dijemput hadir, kerana mereka telah pun terlibat

dengan kursus yang dianjurkan oleh pihak sekolah pada 20 April (semalam) ,

- Peralatan untuk mengecat adalah tidak mencukupi kerana telah pun

dibahagikan kepada tiga bahagian.

- Masa tidak mencukupi untuk menyiapkan keseluruhan projek mural yang telah

ditetapkan. Projek ini akan disambung oleh pihak panitia Agama Islam SK.

Bakap Indah.

- Ramai di kalangan kami kurang kreatif dalam melukis terutamanya menulis

tulisan khat jawi, jadi kami hanya mampu mewarnakannya sahaja.

iii. Cadangan dan Penambahbaikkan.

- Urusetia perlu mengambil kira masa dan tarikh supaya tidak mengganggu waktu

cuti murid dalam menjalankan aktiviti BIG ini.

- Pihak pengurusan menyediakan barang-barang keperluan yang mencukupi pada

masa akan datang.

- Tempoh masa untuk menyiapkan projek mural perlu dilanjutkan agar apa yang

dipertanggungjawabkan siap pada masa yang sesuai.

Disediakan oleh:

Noor Zulfatul Zahiah binti Abdul Karim

Zannuraini binti Yasoa’

BINA INSAN GURU II (SEMESTER 4) Page 8