11. topik 5 aplikasi khatam al-quran j-qaf ms 76-83
TRANSCRIPT
TOPIK 5: KHATAM QURAN: j-QAF
5.1 KONSEP j-QAF 5.2 OBJEKTIF j-QAF 5.3 KEPENTINGAN KHATAM QURAN j-QAF 5.4 PELAKSANAAN KHATAM QURAN j-QAFPROGRAM KHATAM QURAN MODEL PROGRAM KHATAM QURAN MODELTASMIK: PELAKSANAAN DAN PENILAIANNYA.
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Aplikasi Khatam Al-Quran
TOPIK 5 APLIKASI MODEL KHATAM AL-QURAN j-QAF DAN PENILAIANNYA
SINOPSIS:
Tajuk ini membolehkan pelajar menguasai konsep,objektif, kepentingan dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran pengkhataman al-Quran j-QAF serta dapat membuat
inferens dengan mengaplikasikan kaedah yang dipelajari dalam pengajaran dan
pembelajaran dibilik darjah
Hasil Pembelajaran:
Di akhir kursus ini peserta dapat:
1. Memahami konsep, objektif dan kepentingan pengkhataman al-Quran j-QAF
dalam kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah di Malaysia.
2. Mengaplikasikan model dan modul pengajaran dan pembelajaran pengkhataman
al-Quran j-QAF dengan berkesan.
3. Menguasai kaedah penilaian pengkhataman al-Quran j-QAF.
Tajuk ini sangat penting untuk para guru kerana ia menerangkan latar belakang khatam
al-Quran j-QAM Model 6 Bulan dan Model Tasmik juga untuk memastikan kejayaan
program ini di sekolah rendah.
75
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Aplikasi Khatam Al-Quran
Pada 24 Disember 2003, semasa YAB Perdana Menteri menyampaikan ucapan pada
perjumpaan dengan ulama dan pegawai-pegawai agama sempena Majlis Tilawah al-
Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke 45 di Kuala Lumpur, antara lain ada menyebut
tentang khatam al-Quran di samping mewajibkan pembelajaran Bahasa Arab dan
menghayati amalan fardhu ain. Hasrat itu diulangi sekali lagi semasa lawatan beliau ke
Kementerian pendidikan Malaysia pada 30 Disember 2003. Beliau mencadangkan
supaya perkara tersebut dilaksanakan dengan seberapa segera yang boleh.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil tindakan dengan mengadakan
beberapa mesyuarat dan bengkel, akhirnya bersetuju antara lain khatam al-Quran
diperkenalkan di peringkat sekolah rendah.
5.1 Konsep j-QAF
j-QAF adalah suatu projek memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan
khusus dalam penajaran jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Projek ini
dilaksanakan di peringkat sekolah rendah.
5.2 Objektif Khatam Quran j-QAF
Setelah projek j-QAF dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan diharapkan semua
murid yang menganut agama Islam, semasa berada di sekolah rendah dapat:
i. Membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid dan
ii. Murid dapat mengkhatamkan al-Quran 30 juzuk.
5.3 Kepentingan Khatam Al-Quran j-QAF
Khatam al-Quran j-QAF melalui proses talaqqi musyafahah adalah penting demi
memastikan setiap murid diberi peluang sama rata untuk menguasai tilawah al-Quran
dengan lancar dan bertajwid. Setiap murid diharap dapat menghatamkan bacaan al-
Quran sebanyak 30 juzuk dalam jangka masa 6 tahun berada di sekolah rendah
mengikut tahap penguasaan individu. Namun bagi murid yang tidak menguasai bacaan
76
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Aplikasi Khatam Al-Quran
al-Quran berpeluang meneruskan pembelajaran menggunakan kaedah Iqra` dengan
pemantauan dari guru dari masa ke semasa.
5.4 Pelaksanaan dan Penilaian Khatam Quran j-QAF
Pelaksanaan khatam al-Quran j-QAF terbahagi kepada dua iaitu program khatam al-
Quran Model Setahun atau Model 6 bulan dan program khatam al-Quran Model Tasmik.
Walaupun objektif kedua-dua model ini sama, namun kaedah pelaksanaannya berbeza
di antara satu sama lain.
5.4.1 Program Khatam Quran Setahun atau 6 Bulan.
Program Khatam al-Quran Setahun atau 6 Bulan ialah program yang menumpukan
kepada penguasaan kemahiran membaca al-Quran tahun satu dan aspek khatam al-
Quran pada tahun 2 hingga tahun 6.
Program Khatam al-Quran Setahun dilaksanakan kepada pelajar Tahun Satu
kemasukan mulai Januari 2011. (Sila rujuk Kurikulum Standard Sekolah
Rendah).sebagai rujukan pelaksanaan. Manakala bagi pelajar tahun 2,3,4,5 dan 6 tahun
2011 akan meneruskan Program Khatam Quran Model 6 bulan di bawah kurikulum
KBSR.
Objektif
a. Murid dapat membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid
b. Murid dapat menghabiskan bacaan al-Quran sebanyak 30 juzuk.
Kumpulan Sasaran
Semua murid yang beragama Iskam tahun2 hingga tahun 6
Strategi Pelaksanaan
Tempoh Pelaksanaan
Murid tahun 2 hingga tahun 6 akan mengikuti Model Khatam Al-
Quran setiap tahun. Bagi bulan berikut dan seterusnya mereka
akan mengikuuti kurikulum Pendidikan Islam berdasarkan sukatan
pelajaran sedia ada.
77
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Aplikasi Khatam Al-Quran
Peruntukan Waktu
Pengajaran dan pembelajaran berfokus kepada Tilawah al-Quran
mulai Januari hingga Nov dengan peruntukan masa 4 kali
seminggu. Dua waktu selebihnya digunakan untuk program Asas
Ulum Syariah danJawi.
Proses Pengajaran dan Pembelajaran
i. Semua murid membaca al-Quran menggunakan
mushafRasm Uthmani
ii. Setiap murid membaca al-Quran mengikut kedah talaqqi
dan musyafahah.
Iii. Proses talaqqi dan musyafahah di dalam kelas
dikendalikan oleh guru Pendidikan Islam (GPI) yang
mengajar dengan dibantu oleh sekkurang-kurangnya
seorang guru pembimbing yang boleh terdiri daripada guru
GPI lain, guru akademik biasa, pentadbir sekolah, kaki
tangan sekolah dan murid turus.
Iv. Merekod bacaan setiap murid di dalam Buku Rekod
Bacaan al- Quran masing-masing.
V. Panduan proses P&P boleh dirujuk dari contoh Model
Pengajaran dan Pembelajaran Model Khatam Al-Quran.
Vi. Murid yang tidak menguasai bacaan al-Quran hendaklah
meneruskan pembelajaran dengan menggunakan kaedah
Iqra`.
Vii. Aktiviti-aktiviti pemulihan seperti kelas pemulihan atau kem
al-Quran perlu diadakan kepada murid yang tidakdapat
membaca (ummi) al-Quran.
Viii Agihan bacaan mengikut jadual dan hendaklah dirujuk
dalam Model Pengajaran dan Pembelajaran Model
Khatam Al-Quran.
Agihan Tugas
Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral , Penolong
78
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Aplikasi Khatam Al-Quran
Pengarah Kurikulum, Penyelia Pendidikan Islam Negeri dan Daerah
bertanggungjawab:
a. Memberi taklimat pelaksanaan projek
b. Memantau pelaksanaan projek
c. Menyediakan laporan projek
Guru Besar bertanggungjawab;
a. Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah.
b. Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan projek
dilaksanakan dengan sempurna.
c. Memberi taklimat kepada guru dan pembimbing guru yang terlibat.
d. Memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.
e. Memantau pelaksanaan projek
f. Mengesahkan laporan yang dibuat oleh guru dan dihantarke JPN
selepas tamat pelaksanaan projek.
Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab;
a. Bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat
sekolah.
b. Mengadakan mesyuarat dan perbincangan bagi mencari guru
pembimbing.
c. Bekerjasama dengan guru Pendidikan Islam menyediakan
keperluan pelaksanaan projek.
d. Menyemak laporan.
Guru Pendidikan Islam Bertanggungjawab;
a. Mengenalpasti guru pembimbing yang boleh dilibatkan dengan
projek.
b. Memastikan setiap murid memiliki Buku Rekod Bacaan Al-Quran.
c. Membuat pengesahan bacaan setiapmurid seminggu sekali dalam
Buku Rekod Bacaan Al-Quran.
d. Memaklumkan sebarang masalah murid dan guru pembimbing
kepada jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah.
e. Melaporkan pencapaian projejke Sektor Pengurusan Pendidikan
Islam,Jabatan pendidikan Negeri dengan mengisi Borang
Laporan Penilaian Projek Khatam Al-Quran Model 6 Bulan.
Guru Pembimbing
79
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Aplikasi Khatam Al-Quran
a. Membantu dan membimbing murid sehingga khatam al-Quran
b. Mencatat bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan.
c. Mengenalpasti kelemahan murid dan membuat catatan dalam
Buku Rekod Bacaan.
d. Sentiasa berbincang dengan guru yang mengajar untuk
menyelesaikan sebarang masalah.
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Model 6 Bulan Khatam Al-Quran menekankan penggunaan kaedah
talaqqi dan musyafaha. Kaedah ini dilaksanakan melalui proses
berikut:
1. Murid mendengar bacaan contoh dari guru
2. Murid membaca dengan bimbingan guru, pembimbing/ murid
turus.
3. Guru, pembimbing/ murid turus membetulkan bacaan murid.
4. Guru, pembimbing/ murid turus mengesahkan bacaan murid
dengan memberikan pujian atau mengiyakan.
Penilaian
Penilaian ringkas perlu dilakukan secara mingguan kepada murid bagi
mengesahkan murid tersebutbenar-benar menguasai bacaan yang
direkodkan oleh guru pembimbing.
Penilaian secara menyeluruh hendaklah dilakukan diakhir tahun bagi
menentukan tahap pencapaian bacaan al-Quran setiap individu. Guru
boleh
memilih mana-mana ayat untukmenilai murid. Penilaian ini hendaklah
berdasarkan panduan berikut;
Agihan Markah
1. Jumlah ayat : 60 markah
2. Kualiti bacaan : 40 markah
80
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Aplikasi Khatam Al-Quran
Markah jumlah ayat dikira berdasarkan jumlah ayat tertinggi yang dibaca oleh
murid iaitu:
Ayat tertinggi X60
_______________
Jumlah ayat keseluruhan
5.4.2 Program Khatam Quran Model Tasmik
Model Tasmik Khatam Al-Quran ialah satuprogram membimbing dan merekod
perkembangan bacaan al-Quran murid secara individu berdasarkan program yang telah
diatur bagi membolehkan murid khatam semasa berada di sekolah rendah dan
melaksanakan di luar jadual waktu.
Objektif
a. Murid dapat membaca al-Quran dengan bertajwid.
b. Murid dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzuk .
Kumpulan Sasaran
Semua murid beragama Islam tahun 2 hingga tahun 6 sekolah rendah.
Strategi Pelaksanaan
a. Semua murid hendaklah menggunakan al-Quran Rasm Uthmani.
b. Setiap murid perlu mempunyai guru pembimbing yang dilantik
oleh pihak sekolah.
c. Pembimbing boleh dilantik daripada sesiapa sahaja yang
berkebolehan dan berkemampuan seperti guru Pendidikan Islam,
guru-guru agama, ibu bapa, guru-guru akademik di sekolah,
pelajar Maahad Tahfiz dan lain-lain. Murid yang telah khatam al-
Quran boleh menjadi pembantu kepada guru pembimbing.
d. Guru pembimbing hendaklah membimbing bacaan dan merekod
bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan setiapkali ditasmik.
e. Murid yang masih tidak dapat membaca al-Quran perlu dibimbing
secara berterusan menggunakan kaedah dan aktiviti yang sesuai.
81
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Aplikasi Khatam Al-Quran
f. Setiap murid mesti memiliki Buku Rekod Bacaan Al-Quran yang
disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
g. Guru Pendidikan Islam hendaklah menilai dan mengesahkan
pencapaian murid sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam
buku rekod bacaan.
h. Guru Pendidikan Islam hendaklah memastikan murid-murid
mendapat bimbingan dari guru pembimbig ebelum penilaian
dilaksanakan.
i. Murid dikehendaki membaca al-Quran berdasarkan agihan muka
surat yang dicadangkan seperti dalam model Tasmik.
j. Murid-murid yang cemerlang boleh meneruskan bacaan tanpa
terikat dengan agihan juzuk yang dicadangjkan.
k. Bagi melaksanakan agihan yang dicadangkan murid digalak
membaca al-Quran setiap hari supaya mereka tidak membaca
banyak ayat dan bagi membolehkan tumpuan kepada kualiti
bacaan.
l. Murid boleh membaca dan mentasmik bacaan al-Quran pada bila-
bila masa samada di sekolah atau di rumah.
m. Pihak sekolah hendaklah membuat penilaian dan menyediakan
laporan kepada JPN.
Penilaian
Penilaian ringkas perlu dilakukan secara mingguan kepada murid bagi
mengesahkan murid tersebut benar-benar menguasai bacaan yang
direkodkan oleh guru pembimbing.
Penilaian secara menyeluruh hendaklah dilakukan di akhir tahun
bagimenentukan tahap pencapian bacaan al-Quran setiap individu. Guru
boleh memilih mana-mana ayat untuk menilai murid. Penilaian ini hendaklah
berdasarkan panduan berikut;
Agihan Markah
3. Jumlah ayat : 60 markah
4. Kualiti bacaan : 40 markah
82
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Aplikasi Khatam Al-Quran
Markah jumlah ayat dikira berdasarkan jumlah ayat tertinggi yang dibaca
oleh murid iaitu:
Ayat tertinggi X60_______________
Jumlah ayat keseluruhan
* Sila rujuk Modul Pengajaran dan Pembelajaran Model Tasmik
Rujukan Asas:
1. Bahagian Kurikulum JPIM,KPM (2004), j-QAF : Buku Panduan Pelaksanaan Model-
Model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kurikulum. Kuala Lumpur: JAPIM KPM
83
Tugasan
1. Setelah anda membaca nota di atas, anda dikehendaki membuat pengurusan grafik bandingbeza antara Model 6
Bulan Khatam Al-Quran dengan Model Tasmik Khatam Al-Quran
2. Tuliskan pengalaman anda semasa mengaplikasikan kedua- dua model di atas menjelaskan permasalahan yang dihadapi serta cadangan penyelesaiannya.