program khatam linus2015 complete.docx

Download PROGRAM KHATAM LINUS2015 complete.docx

If you can't read please download the document

Upload: aina-amirah

Post on 11-Nov-2015

290 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

BUKU PROGRAM INTERVERSI

BUKU PROGRAM INTERVERSI TAHUN 1 2015

PROGRAM KHATAM LINUS 2015OLEH :GURU-GURU TAHUN 1SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU WP LABUAN

1

ISI KANDUNGAN

SEKAPUR SIRIH-------------------------------------------------------------------3JAWATANKUASA BERTINDAK------------------------------------------------------4-5PENDAHULUAN------------------------------------------------------------------------6MATLAMAT-----------------------------------------------------------------------------6OBJEKTIF---------------------------------------------------------------------------------7KUMPULAN SASARAN----------------------------------------------------------------7TEMPOH PELAKSANAAN-------------------------------------------------------------7PENUTUP--------------------------------------------------------------------------------7KERTAS CADANGAN PROGRAM----------------------------------------------------8-23PENUTUP---------------------------------------------------------------------------------24

SEKAPUR SIRIHBismillahhirahmanhirahim.

Assalamualaikum w.b.t Alhamdullillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana limpah kurniaNya, kami dapat menyiapkan Buku Program KHATAM LINUS Tahun 1 sesi 2015, Sekolah Kebangsaan Pekan Satu, Wilayah Persekutuan Labuan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah berkongsi idea dan pandangan bagi menghasilkan buku program ini. Penghasilan buku program ini adalah bertujuan sebagai bahan rujukan dan dokumentasi untuk perhatian semua warga pendidik Sekolah Kebangsaan Pekan Satu dalam merealisasikan objektif setiap program yang telah dirancang. Disamping meningkatkan lagi pencapaian murid-murid tahun 1 dalam penguasaan matapelajaran yang melibatkan LINUS iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik. Setiap objektif yang dirancang bukan hanya tertumpu kepada penguasaan kemahiran membaca dan menulis malah dari segi pembinaan sahsiah diri dan moral murid juga turut dititikberatkan. Penglibatan ibu bapa murid juga diharap dapat membantu anak-anak mereka dalam menguasai kemahiran tersebut. Akhir kata, ampun dan maaf dipinta sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam penghasilan buku program ini.Sekian, terima kasih.JAWATANKUASA BERTINDAKPROGRAM KHATAM LINUS 2015,SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SATU,WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.**************************************************************************************************

PENASIHATEN JAAFAR B. MATUSINGuru Besar

PENGERUSIPN NORINNIE BT KASSIMGuru Penolong Kanan 1

TIM. PENGERUSI IPUAN FARIDAH BT HJ ZAINIGuru Penolong Kanan HEM

TIM. PENGERUSI IIPUAN RUHAIAH BT JUMATGuru Penolong Kanan Kokurikulum

PENYELARASCIK AINA AMIRAH BT AHMAD KEFLEEKetua Guru tahun 1

AJK TERTINGGI( Semua guru kelas Tahun 1 )PUAN NORSAKINAH BT KULA CIK AINA AMIRAH BT AHMAD KEFLEECIK IFFAH AFIFI BT SHAHABUDDINPUAN MINAS BT SAMBAS

AJK BERTINDAKSemua guru Bahasa Malaysia tahun 1Semua guru Bahasa Inggeris tahun 1Semua guru Matematik tahun 1Semua guru matapelajaran Tahun Satu

PENDAHULUAN

Program KHATAM LINUS 2015 ini merupakan intervensi yang dirancang bagi membantu murid-murid tahun 1 menguasai LINUS terutamanya melibatkan 3 matapelajaran utama iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik. Aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam program ini membantu murid-murid Linus menguasai kemahiran membaca dan menulis. Program Khatam Linus boleh didefinisikan sebagai usaha guru demi memastikan murid-murid sasaran ini dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis dan seterusnya dapat mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran dengan lebih menarik dan efektif. Program ini juga dianggap sebagai jalan penghubung untuk melahirkan murid yang cemerlang akademik, seimbang dengan pencapaian intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di samping membantuguru-guru dalam usaha meningkatkan prestasi keseluruhan Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Pekan Satu, WP Labuan.

MATLAMAT

1.Memastikan murid-murid tahun Satu dapat mengenal huruf dan angka.2.Memastikan murid tahun Satu menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik.3.Memberikan perhatian terhadap prestasi pembelajaran murid.

OBJEKTIF

1.Meningkatkan peratus pencapaian 100 % murid-murid dalam menguasai Linus 2015. 2.Melahirkan murid-murid yang menguasai kemahiran membaca3.Melahirkan murid-murid yang menguasai kemahiran mengira4.Melahirkan murid-murid yang mengenal huruf dan angka.5.Meningkatkan pencapaian akademik murid-murid.

KUMPULAN SASARANMurid-murid Linus Tahun Satu 2015, dan guru-guru Sekolah Kebangsaan PekanSatu, WP Labuan.

PENUTUPMelalui program ini, diharapkan dapat membantu murid-murid tahun 1 menguasai 100 % pencapaian dalam LINUS.

BAHASA MALAYSIA

KERTAS CADANGAN

PROGRAM MENGENAL BAJU HURUF

PENDAHULUANProgram Mengenal Baju Huruf bertujuan membantu murid-murid Tahun 1 mengenal huruf-huruf atau abjad sebagai persiapan diri sebelum memulakan sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Di samping itu juga, program ini membantu murid mengingati huruf-huruf atau abjad yang sukar untuk dingati terutama bagi murid-murid LINUS.

RASIONALMurid-murid Tahun 1 ini terdiri daripada murid-murid pelbagai kaum dan agama. Mereka juga datang daripada pelbagai tadika dan pra sekolah yang terdapat di WP Labuan ini. Oleh itu, diharapkan pihak guru dapat membantu murid-murid ini agar lebih bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai murid SK Pekan Satu.

MATLAMATMempersiapkan diri murid untuk menghadapi sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

OBJEKTIF

1.Murid dapat mendisiplinkan diri.2.Murid dapat mempersiapkan diri untuk menghadapi situasi baharu sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.3. Murid dapat mengenal 26 huruf-huruf / abjad.4.Murid dapat mengingati 26 huruf-huruf/ abjad.

KUMPULAN SASARANSemua murid Tahun 1 2015.

TARIKH / TEMPOH PELAKSANAANSemester pertama persekolahan sesi 2015.

KERTAS CADANGAN

PROGRAM BACALAH SAYANG

PENDAHULUANProgram Bacalah Sayang bertujuan membantu murid-murid Tahun 1 membaca bermula dengan mengenal bunyi, mengenal huruf vokal dan konsonan dan seterusnya membatang suku kata. Di samping itu juga, program ini membantu murid membaca lancar bahan bacaan yang sesuai bagi tahap mereka.

RASIONALMurid-murid Tahun 1 ini terdiri daripada murid-murid pelbagai kaum dan agama. Mereka juga datang daripada pelbagai tadika dan pra sekolah yang terdapat di WPLabuan ini. Oleh itu, diharapkan pihak guru dapat membantu murid-murid ini agar lebih bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai murid SK Pekan Satu.

MATLAMATMemastikan murid-murid menguasai kemahiran membaca sekurang-kurangnya sebelum berakhir sesi persekolahan 2015 ini.

OBJEKTIF1.Murid dapat mendisiplinkan diri.2.Murid dapat mengenal huruf vokal dan konsonan.3. Murid dapat membaca mengikut suku kata yang betul4.Murid dapat membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.

KUMPULAN SASARANSemua murid Tahun 1 2015.

TARIKH / TEMPOH PELAKSANAANSemester pertama dan kedua persekolahan sesi 2015.

KERTAS CADANGAN

PROGRAM TULISAN CANTIK

PENDAHULUANProgram Tulisan Cantik bertujuan membantu murid-murid Tahun 1 menulis dengan tulisan tangan yang betul dan cantik. Di samping itu juga, program ini membantu muridmendapat markah yang baik bagi Kertas 2 Bahasa Melayu.

RASIONALMurid-murid Tahun 1 ini terdiri daripada murid-murid pelbagai kaum dan agama.Mereka juga datang daripada pelbagai tadika dan pra sekolah yang terdapat di WPLabuan ini. Oleh itu, diharapkan pihak guru dapat membantu murid-murid ini agar lebih bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai murid SK Pekan Satu.

MATLAMATMemastikan murid-murid menguasai kemahiran menulis tangan yang betul dan cantik sekurang-kurangnya sebelum berakhir sesi persekolahan 2015 ini.OBJEKTIF

1.Murid dapat mendisiplinkan diri.2.Murid dapat mengenal huruf besar dan huruf kecil.3. Murid dapat menulis dengan tulisan tangan cantik dan mudah dibaca.4.Murid dapat mengenal dan menggunakan tanda baca yang betul semasa menulis.

KUMPULAN SASARANSemua murid Tahun 1 2015.

TARIKH / TEMPOH PELAKSANAANSemester pertama dan kedua persekolahan sesi 2015

Bahasa Inggeris

PROGRAM A Bee Sees

PENDAHULUANProgram A Bee Sees bertujuan membantu murid-murid Tahun 1 membaca bermula dengan mengenal bunyi dan mengenal huruf vokal dan konsonan. Di samping itu juga, program ini membantu murid membaca lancar bahan bacaan yang sesuai bagi tahap mereka.RASIONALMurid-murid Tahun 1 ini terdiri daripada murid-murid pelbagai kaum dan agama.Mereka juga datang daripada pelbagai tadika dan pra sekolah yang terdapat di WPLabuan ini. Oleh itu, diharapkan pihak guru dapat membantu murid-murid ini agar lebihbersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai murid SK Pekan Satu.MATLAMATMemastikan murid-murid menguasai kemahiran membaca sekurang-kurangnya sebelum berakhir sesi persekolahan 2015 ini.

OBJEKTIF1. Murid dapat mendisiplinkan diri.2. Murid dapat mengenal huruf vokal dan konsonan.3. Murid dapat mengenal pasti bunyi bagi setiap huruf.4. Murid dapat sekurang-kurangnya membaca perkataan dan ayat pendek.5. KUMPULAN SASARANSemua murid Tahun 1 2015.

TARIKH / TEMPOH PELAKSANAANSemester pertama dan kedua persekolahan sesi 2015.PROGRAM Right Thing

PENDAHULUANProgram Right Thing bertujuan membantu murid-murid Tahun 1 menulis huruf-huruf dengan bentuk yang betul. Program ini juga dapat membantu murid untuk menulis dengan tulisan tangan yang betul dan cantik.RASIONALMurid-murid Tahun 1 ini terdiri daripada murid-murid pelbagai kaum dan agama. Mereka juga datang daripada pelbagai tadika dan pra sekolah yang terdapat di WP Labuan ini. Oleh itu, diharapkan pihak guru dapat membantu murid-murid ini agar lebih bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai murid SK Pekan Satu.MATLAMATMemastikan murid-murid menguasai kemahiran membaca sekurang-kurangnya sebelum berakhir sesi persekolahan 2015 ini.

OBJEKTIF1. Murid dapat mendisiplinkan diri.2. Murid dapat mengenal huruf besar dan huruf kecil.3. Murid dapat menulis huruf dengan bentuk yang betul.4. Murid dapat menulis dengan tulisan tangan yang cantik dan mudah dibaca.5. Murid dapat mengenal dan menggunakan tanda baca yang betul semasa menulis.

KUMPULAN SASARANSemua murid Tahun 1 2015.

TARIKH / TEMPOH PELAKSANAANSemester pertama dan kedua persekolahan sesi 2015.

MATEMATIK

KERTAS CADANGAN

PROGRAM MELAKAR NOMBOR

PENDAHULUANProgram Melakar Nombor bertujuan membantu murid-murid Tahun 1 menulis angka dengan tulisan tangan yang betul dan cantik.

RASIONALMurid-murid Tahun 1 ini terdiri daripada murid-murid pelbagai kaum dan agama. Mereka juga datang daripada pelbagai tadika dan pra sekolah yang terdapat di WP Labuan ini. Oleh itu, diharapkan pihak guru dapat membantu murid-murid ini agar lebih bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai murid SK Pekan Satu.

MATLAMATMemastikan murid-murid menguasai kemahiran menulis tangan yang betul dan cantik sekurang-kurangnya sebelum berakhir semesta pertama persekolahan 2015 ini.OBJEKTIF

1.Murid dapat mendisiplinkan diri.2.Murid dapat mengenal angka sehingga 1003. Murid dapat menulis dengan tulisan tangan cantik dan mudah dibaca.

KUMPULAN SASARANSemua murid Tahun 1 2015.

TARIKH / TEMPOH PELAKSANAANSemester pertama 2015.

KERTAS CADANGAN

PROGRAM BUKU TAMBAH DAN TOLAK

PENDAHULUANProgram Buku Tambah dan Tolak bertujuan membantu murid-murid Tahun 1 menguasai operasi Tambah dan Tolak nombor sehingga 100.

RASIONALMurid-murid Tahun 1 ini terdiri daripada murid-murid pelbagai kaum dan agama. Mereka juga datang daripada pelbagai tadika dan pra sekolah yang terdapat di WP Labuan ini. Oleh itu, diharapkan pihak guru dapat membantu murid-murid ini agar lebih bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai murid SK Pekan Satu.

MATLAMATMemastikan murid-murid menguasai kemahiran menambah dan menolak nombor hingga 100 sebelum berakhir semesta pertama dan semesta kedua persekolahan 2015 ini.OBJEKTIF

1.Murid dapat mendisiplinkan diri.2.Murid dapat menambah angka sehingga 100.3.Murid dapat menolak angka sehingga 1003. Murid dapat menambah dan menolak nombor hingga 100 dengan cepat.

KUMPULAN SASARANSemua murid Tahun 1 2015.

TARIKH / TEMPOH PELAKSANAANSemester pertama dan kedua2015.

PENUTUP

Semoga Buku Program Khatam Linus dapat menjadi panduan kepada guru guru tahun Satu. Diharapkan intervensi-intervensi ini dapat membantu meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik.

Kerjasama daripada semua pihak iaitu murid,-murid, guru-guru , pihak pentadbir dan ibu bapa dapat membantu menjayakan program intervensi Khatam Linus ini..

Akhir kata, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang membantu merancang dan melaksana semua program ini d Semoga usaha dan jasa baik pihak tuan -puan mendapat ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.Amin.

Sekian, terima kasih.

2