kaedah pelaksanaan program j-qaf dan · pdf file2.4 agihan waktu khatam al-quran dan asuhan...

30
KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN PENGUASAANNYA DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LAKSAMANA, MASJID TANAH, MELAKA RAFIDAH BINTI MUHAMAD NOOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: donhi

Post on 02-Feb-2018

256 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN · PDF file2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29 Al-Quran. 3.1 Skala Likert 40 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41

KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN PENGUASAANNYA

DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN SRI

LAKSAMANA, MASJID TANAH, MELAKA

RAFIDAH BINTI MUHAMAD NOOR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN · PDF file2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29 Al-Quran. 3.1 Skala Likert 40 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41
Page 3: KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN · PDF file2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29 Al-Quran. 3.1 Skala Likert 40 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41
Page 4: KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN · PDF file2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29 Al-Quran. 3.1 Skala Likert 40 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41

KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN PENGUASAANNYA

DALAM KALANGAN PELAJAR SK SRI LAKSAMANA, MASJID TANAH,

MELAKA

RAFIDAH BINTI MUHAMAD NOOR

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

( Pengajian Islam )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 5: KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN · PDF file2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29 Al-Quran. 3.1 Skala Likert 40 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41
Page 6: KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN · PDF file2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29 Al-Quran. 3.1 Skala Likert 40 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41

iii

DEDIKASI

Khas Buat:

Ayahanda & Bonda Yang Disayangi

Muhamad Noor bin Hj. Jidin & Salmah binti Hj. Bachik

Terima Kasih Yang Tidak Terhingga, Pengorbanan, Dorongan Dan

Sokonganmu Yang Telah Membakar Semangat Perjuanganku,

Tidak Akan Kulupakan Hingga Akhir Hayatku,

Untuk Adik-Adikku..

Kalian semua adalah harapanku….

Didiklah diri menjadi insan yang soleh dan solehah…

Buat Penyelia Yang Dikagumi

PM Dr. Yahaya bin Jusoh

Syukran Jazilan Di Atas Tunjuk Ajarmu Dan Ilmu Berguna Yang Diberikan..

Semoga Allah Membalas Segala Jasa Dan Bakti Yang Dicurahkan..

Buat Pensyarah-Pensyarah PPIPS Dan Fakulti Pendidikan Yang Disanjungi

Terima Kasih Atas Bimbingan Dan Didikan Yang Diberikan..

Nasihat Dan Teguran Kalian Akan Ku Jadikan Pedoman

Buat Bekalan Di Masa Hadapan..

Sahabat-Sahabat Seperjuanganku..

Kerana Ilmu Kita Bertemu, Kerana Perkenalan Persahabatan Terjalin

Semoga Persahabatan Kita Berkekalan Dan Mewangi Selamanya

Semoga Kejayaan Milik Kita Bersama..

Terima Kasih Atas Segalanya......

Page 7: KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN · PDF file2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29 Al-Quran. 3.1 Skala Likert 40 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41

iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan Rasulullah s.a.w.,

ahli keluarga Baginda, para sahabat, tabi’in, tabi’- tabi’in serta seluruh umat Islam

sekalian. Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah

kurnia dan izin-Nya, laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan dengan

sempurna.

Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat penyelia

yang disegani, PM Dr. Yahaya bin Jusoh di atas segala nasihat, dorongan dan

bimbingan serta tunjuk ajar yang telah diberikan di sepanjang proses menyiapkan

laporan PSM ini. Kesediaan beliau meluangkan masa juga menjadi pendorong

kepada penyelidik untuk terus berusaha ke arah melengkapkan projek ini.

Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah Pusat

Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) di atas tunjuk ajar yang diberikan

selama ini. Terima kasih juga kepada kakitangan Fakulti Pendidikan, UTM,

Perpustakaan Sultanah Zanariah dan Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM di atas

segala bantuan yang diberikan sepanjang penyelidik mendapatkan bahan rujukan.

Jutaan penghargaan juga kepada warga SK Sri Laksamana yang banyak membantu

dan memberikan kerjasama dalam menyiapkan laporan PSM ini. Terutama kepada

Guru Besar, Hjh. Siti Minah binti Mahamod, Guru Penolong Kanan I, guru-guru

tahun 4 dan murid-murid tahun 4 yang dikasihi.

Tidak lupa juga buat sahabat-sahabat tahun akhir Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan (Pengajian Islam) sesi 2008/2009, terima kasih atas segala bantuan,

sumbangan, kerjasama dan sokongan dalam usaha menyiapkan projek ini.

Akhir kata, saya berbesar hati untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam

menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Semoga apa yang dilaksanakan ini

mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Amin.

Wassalam..

Page 8: KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN · PDF file2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29 Al-Quran. 3.1 Skala Likert 40 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41

v

ABSTRAK

J-QAF merupakan satu pendekatan bagi mengatasi masalah keciciran dalam

Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk

mengetahui kaedah pelaksanaan program j-QAF dan penguasaannya dalam kalangan

pelajar SK Sri Laksamana, Masjid Tanah, Melaka. Pemilihan sampel secara rawak

berkelompok telah dilakukan dan seramai 90 pelajar telah dipilih sebagai responden.

Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dan set soal selidik yang mengandungi 40

soalan telah diedarkan kepada responden serta dianalisis secara deskriptif untuk

mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Perisian Statistical Package For

Social Science for Window version 14.0 (SPSS) digunakan untuk menganalisis data.

Dapatan data dipersembahkan dalam bentuk jadual. Nilai kebolehpercayaan soal

selidik ini ialah a = 0.742. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan

pengetahuan pelajar terhadap kaedah pelaksanaan j-QAF berada pada tahap tinggi

iaitu 4.17. Di samping itu, penjelasan pelajar terhadap kaedah pelaksanaannya di

sekolah berada pada tahap tinggi iaitu 4.19. Selain itu, penguasaan pelajar dalam

program j-QAF juga berada pada tahap tinggi iaitu 4.01. Sebagai maklum balas

kepada kajian yang telah dilakukan, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan

kepada beberapa pihak tertentu untuk diberi perhatian terhadap masalah yang dikaji.

Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

Page 9: KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN · PDF file2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29 Al-Quran. 3.1 Skala Likert 40 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41

vi

ABSTRACT

J-QAF is one approach to deal in left behind problems of Jawi, al-Quran,

Arabic Language and Fardhu Ain. For that, the purposed of this study is to know the

implementation method of j-QAF and it mastery among students of Sekolah

Kebangsaan Sri Laksamana, Masjid Tanah, Malacca. The cluster sample was done

and 90 students has been chosen as respondent. This study made by quantitative and

sets of questionnaires which contains 40 question was gave to the respondent and

analysed by descriptively to obtain value frequency, percent and mean. Statistical's

Software Package For Social Science for Window version 14.0 (SPSS) used to

analyse data. Finding data performed in tabular form. Reliability value this

questionnaire was a = 0.742. Overall, result of this study showed student knowledge

in implementation method of j-QAF had high level of mean at 4.17. Besides that,

student explanation in the method obtained high level of mean at 4.19. Then, the

student mastery in j-QAF was also obtained high level of mean at 4.01. As a

feedback to this study, researcher forwarded some proposals to certain parties for

give attention towards the problem studied. A follow-up study also proposed for

research in the future.

Page 10: KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN · PDF file2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29 Al-Quran. 3.1 Skala Likert 40 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI SIMBOL xviii

SENARAI LAMPIRAN xix

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop Kajian 9

Page 11: KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN · PDF file2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29 Al-Quran. 3.1 Skala Likert 40 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41

viii

1.8 Batasan Kajian 9

1.9 Definisi Istilah 10

1.9.1 Kaedah 10

1.9.2 Pelaksanaan 11

1.9.3 Program j-QAF 11

1.9.4 Penguasaan 11

1.9.5 Pelajar 11

1.10 Kesimpulan 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Konsep Pendidikan Islam 14

2.3 Latar Belakang Program j-QAF 16

2.4 Konsep Program j-QAF 19

2.4.1 Objektif Program j-QAF 20

2.5 Kepentingan Program j-QAF 20

2.5.1 Kepentingan Pemulihan Jawi 20

2.5.2 Kepentingan Khatam al-Quran 21

2.5.3 Kepentingan Bahasa Arab 21

2.5.4 Kepentingan Fardhu Ain 22

2.6 Model-model j-QAF 22

2.6.1 Model Kelas Pemulihan Jawi 23

2.6.2 Model Khatam al-Quran 23

2.6.2.1 Model 6 Bulan Khatam 24

2.6.2.2 Model Tasmik 24

2.6.3 Model Pelaksanaan Perluasan Bahasa

Arab Komunikasi 24

2.6.4 Model Bestari Solat 25

2.7 Pelaksanaan Program j-QAF 26

2.7.1 Sasaran 28

2.7.2 Penjadualan 28

2.7.3 Latihan Guru 30

2.7.4 Pengiktirafan 32

2.7.5 Bahan dan Kemudahan 32

Page 12: KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN · PDF file2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29 Al-Quran. 3.1 Skala Likert 40 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41

ix

2.7.6 Pentaksiran 33

2.7.7 Pemantauan dan Bimbingan 33

2.7.8 Pelaksanaan di Sekolah Pendidikan Khas 33

2.8 Kajian Lepas 34

2.9 Kesimpulan 37

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 38

3.2 Rekabentuk Kajian 38

3.3 Lokasi Kajian 39

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 39

3.5 Instrumen Kajian 40

3.6 Kajian Rintis 42

3.7 Kajian Sebenar 43

3.8 Prosedur Kajian 43

3.8 Analisis Kajian 45

3.9 Kesimpulan 45

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 46

4.2 Bahagian A : Analisis Latar Belakang Responden 47

4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut 47

Jantina

4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut Umur 47

4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut 48

Kepandaian Sebelum Darjah 1

4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut 48

Sekolah Petang (Agama)

4.2.5 Latar Belakang Responden Mengikut 49

Pembelajaran Tambahan

4.3 Analisis Data (Bahagian B) 49

4.4 Analisis Data (Bahagian C) 54

4.5 Analisis Data (Bahagian D) 62

4.6 Analisis Keseluruhan 70

Page 13: KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN · PDF file2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29 Al-Quran. 3.1 Skala Likert 40 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41

x

4.7 Kesimpulan 77

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 78

5.2 Perbincangan 79

5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 79

(Bahagian A)

5.2.2 Perbincangan Item Soalan Bagi Setiap 81

Objektif

5.2.2.1 Untuk Mengetahui Kaedah 81

Pelaksanaan Program j-QAF

di Sekolah

5.2.2.2 Untuk Menjelaskan Kaedah 84

Pelaksanaan Program j-QAF

di Sekolah

5.2.2.3 Untuk Menganalisis Penguasaan 89

Pelajar Terhadap Kaedah

Pelaksanaan Program j-QAF

di Sekolah

5.3 Rumusan 92

5.3.1 Untuk Mengetahui Kaedah Pelaksanaan 92

Program j-QAF di Sekolah Kebangsaan

Sri Laksamana, Masjid Tanah, Melaka

5.3.2 Untuk Menjelaskan Kaedah Pelaksanaan 93

Program j-QAF di Sekolah Kebangsaan

Sri Laksamana, Masjid Tanah, Melaka

5.3.3 Untuk Menganalisis Penguasaan Pelajar 93

Dalam Kaedah Pelaksanaan Program

J-QAF di Sekolah Kebangsaan Sri

Laksamana, Masjid Tanah, Melaka

5.4 Cadangan 94

5.4.1 Guru 94

5.4.2 Pihak Sekolah 95

5.4.3 KPM 95

Page 14: KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN · PDF file2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29 Al-Quran. 3.1 Skala Likert 40 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41

xi

5.5 Kajian Lanjutan 96

5.6 Kesimpulan 96

BIBLIOGRAFI 97

LAMPIRAN 101

Page 15: KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN · PDF file2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29 Al-Quran. 3.1 Skala Likert 40 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Unjuran Pelaksanaan Program j-QAF di 27

Sekolah Rendah.

2.2 Unjuran Bilangan Guru j-QAF di Sekolah Rendah 27

2.3 Agihan Waktu Pemulihan Jawi 28

2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29

Al-Quran.

3.1 Skala Likert 40

3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41

3.3 Maklumat Pembahagian Soal Selidik 41

3.4 Peringkat Mata Nilai 45

4.1 Latar Belakang Responden Mengikut Jantina 47

4.2 Latar Belakang Responden Mengikut Umur 47

4.3 Latar Belakang Responden Mengikut Kepandaian 48

Sebelum Darjah 1

4.4 Latar Belakang Responden Mengikut Sekolah 48

Petang (Agama)

4.5 Latar Belakang Responden Mengikut Pembelajaran 49

Tambahan

4.6 Taburan Skor Bagi Item 1 49

4.7 Taburan Skor Bagi Item 2 50

4.8 Taburan Skor Bagi Item 3 50

4.9 Taburan Skor Bagi Item 4 51

4.10 Taburan Skor Bagi Item 5 51

4.11 Taburan Skor Bagi Item 6 52

Page 16: KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN · PDF file2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29 Al-Quran. 3.1 Skala Likert 40 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41

xiii

4.12 Taburan Skor Bagi Item 7 52

4.13 Taburan Skor Bagi Item 8 53

4.14 Taburan Skor Bagi Item 9 53

4.15 Taburan Skor Bagi Item 10 54

4.16 Taburan Skor Bagi Item 11 55

4.17 Taburan Skor Bagi Item 12 55

4.18 Taburan Skor Bagi Item 13 56

4.19 Taburan Skor Bagi Item 14 56

4.20 Taburan Skor Bagi Item 15 57

4.21 Taburan Skor Bagi Item 16 57

4.22 Taburan Skor Bagi Item 17 58

4.23 Taburan Skor Bagi Item 18 58

4.24 Taburan Skor Bagi Item 19 59

4.25 Taburan Skor Bagi Item 20 59

4.26 Taburan Skor Bagi Item 21 60

4.27 Taburan Skor Bagi Item 22 60

4.28 Taburan Skor Bagi Item 23 61

4.29 Taburan Skor Bagi Item 24 61

4.30 Taburan Skor Bagi Item 25 62

4.31 Taburan Skor Bagi Item 26 63

4.32 Taburan Skor Bagi Item 27 63

4.33 Taburan Skor Bagi Item 28 64

4.34 Taburan Skor Bagi Item 29 64

4.35 Taburan Skor Bagi Item 30 65

4.36 Taburan Skor Bagi Item 31 65

4.37 Taburan Skor Bagi Item 32 66

4.38 Taburan Skor Bagi Item 33 66

4.39 Taburan Skor Bagi Item 34 67

4.40 Taburan Skor Bagi Item 35 67

4.41 Taburan Skor Bagi Item 36 68

4.42 Taburan Skor Bagi Item 37 68

4.43 Taburan Skor Bagi Item 38 69

4.44 Taburan Skor Bagi Item 39 69

4.45 Taburan Skor Bagi Item 40 70

Page 17: KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN · PDF file2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29 Al-Quran. 3.1 Skala Likert 40 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41

xiv

4.46 Rumusan dapatan kajian Apakah Pengetahuan Pelajar 70

Terhadap Kaedah Pelaksanaan Program j-QAF di Sekolah

Kebangsaan Sri Laksamana, Masjid Tanah, Melaka

4.47 Rumusan dapatan kajian Bagaimanakah Penjelasan 72

Pelajar Terhadap Kaedah Pelaksanaan Program j-QAF

di Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana,

Masjid Tanah, Melaka

4.48 Rumusan dapatan kajian Sejauhmanakah Penguasaan 74

Pelajar Terhadap Kaedah Pelaksanaan Program j-QAF

di Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana,

Masjid Tanah, Melaka

Page 18: KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN · PDF file2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29 Al-Quran. 3.1 Skala Likert 40 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

4.1 Taburan Min Keseluruhan Objektif 76

Page 19: KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN · PDF file2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29 Al-Quran. 3.1 Skala Likert 40 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41

xvi

SENARAI SINGKATAN

BAK - Bahasa Arab Komunikasi

Bhd. - Berhad

CD - Cakera Padat (Compact Disk)

Dr. - Doktor

GPI - Guru Pendidikan Islam

ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information Communication

Technology)

j-QAF - Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

Kg. - Kampung

KLCC - Kuala Lumpur Convention Centre

KPLI - Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

LCD - Projektor Tayangan

LPBS - Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah

PAFA - Perkara Asas Fardhu Ain

PI - Pendidikan Islam

PIBG - Pesatuan Ibu Bapa dan Guru

PMR - Penilaian Menengah Rendah

PPIPS - Pusat Pengajian Islam serta Pembangunan Sumber Manusia

Prof. - Profesor

PSM - Projek Sarjana Muda

S.W.T - Subhanahu Wa Taala

s.a.w - Sallallahu A’laihi Wasallam

Sdn. - Sendirian

SK - Sekolah Kebangsaan

Page 20: KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN · PDF file2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29 Al-Quran. 3.1 Skala Likert 40 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41

xvii

SPSS - Statistical Package For Social Sciences

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

S - setuju

SS - sangat setuju

STS - sangat tidak setuju

TP - tidak pasti

TS - tidak setuju

RMK-9 - Rancangan Malaysia ke-Sembilan

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

USIM - Universiti Sains Islam Malaysia

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Y.A.B - Yang Amat Berhormat

Page 21: KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN · PDF file2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29 Al-Quran. 3.1 Skala Likert 40 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41

xviii

SENARAI SIMBOL

a - alpha

n - jumlah keseluruhan

% - peratus

* - item negatif

Page 22: KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN · PDF file2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29 Al-Quran. 3.1 Skala Likert 40 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41

xix

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 101

B Surat Akuan 106

B1 Surat Akuan 107

B2 Surat Akuan 108

C Borang EPRD 109

D Surat Kebenaran JPN 111

Page 23: KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN · PDF file2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29 Al-Quran. 3.1 Skala Likert 40 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

J-QAF adalah pengajaran empat kemahiran penting iaitu Jawi, Al-Quran,

Bahasa Arab dan Fardhu Ain dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah

rendah. Program ini menggunakan kurikulum, model dan modulnya yang tersendiri.

Tenaga guru yang khusus pula diperlukan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran,

pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan

peruntukan jadual waktu sedia ada (Abdul Halim dan Muhammad Azhar, 2005:92).

Delegasi asing yang mengikuti Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar 2008 di

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), tertarik dengan Program j-QAF yang

memberi penekanan kepada ilmu agama selain pendidikan akademik sejak sekolah

rendah lagi. Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Datuk Dr.

Abd. Shukor Husin berkata, program yang disifatkan menjadi landasan kukuh ajaran

Islam negara itu juga sudah mula 'diintai' untuk dibawa ke luar negara. Beliau

berkata demikian semasa sidang akhbar selepas menjadi penyampai kertas kerja pada

sesi 'Warisan dan Pembaharuan' sempena Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar KLCC

di sini hari ini (Utusan Malaysia, 18 Februari 2008).

Page 24: KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN · PDF file2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29 Al-Quran. 3.1 Skala Likert 40 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41

2

Program j-QAF ini diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah

Ahmad Badawi pada 2003 bertujuan melahirkan murid sekolah rendah yang bukan

sahaja dapat menguasai kemahiran membaca al Quran malah dapat menguasai

Bahasa Arab, tulisan jawi dan menghayati asas fardhu ain. Pada 14 Januari 2005,

Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan program (j-QAF) di sekolah-sekolah

kebangsaan terpilih seluruh negara.

Dalam memastikan usaha ini benar-benar berkesan, Kementerian Pelajaran

telah menempatkan seramai 3,663 orang guru di sekolah-sekolah yang melaksanakan

program j-QAF (www.moe.gov.my). Guru-guru ini adalah daripada mereka yang

menerima latihan di maktab-maktab perguruan seluruh negara di bawah Latihan

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Mod Latihan Perguruan Berasaskan

Sekolah (LPBS) j-QAF (Abdul Halim dan Muhammad Azhar, 2005:97).

Program ini membabitkan Model Kelas Pemulihan Jawi, Model Enam Bulan

Khatam Al-Quran, Model Tasmi’ Khatam Al-Quran, Model Peluasan Pelaksanaan

Bahasa Arab Komunikasi dan Model Bestari Solat. Jika ia dilaksanakan dengan

baik, murid akan dapat menguasai bacaan dan tulisan jawi, khatam al-Quran serta

asas Bahasa Arab selain memantapkan dan menghayati fardhu ain. Program ini

mengkhususkan guru-guru tertentu untuk proses pemulihan, bimbingan, kemahiran,

pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid selain guru pendidikan Islam (Didik,

Berita Harian, 2005).

Menyedari kelebihan dan kebaikan yang diperolehi oleh murid daripada

program j-QAF, maka dalam Rancangan Malaysia ke-Sembilan (RMK-9),

Kementerian Pelajaran akan memperhebat dan menambah baik pelaksanaan program

ini. Antara langkah yang diambil ialah membina surau di sekolah-sekolah, tempat

menyimpan bahan pengajaran dan pembelajaran untuk murid-murid menjalani

aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Selain itu, Kementerian Pelajaran juga

bercadang menyediakan lebih banyak bilik khas yang akan digunakan sebagai kelas

untuk tujuan pemulihan jawi dan kegiatan kurikulum yang lain (www.moe.gov.my).

Page 25: KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN · PDF file2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29 Al-Quran. 3.1 Skala Likert 40 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41

3

Sebagaimana yang dikatakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Dato’ Seri

Hishammuddin Tun Hussein melalui modul j-QAF itu, para pelajar khususnya yang

beragama Islam akan dapat memahami serta memahirkan diri dengan al-Quran

secara lebih berkesan dan meluas. Berteraskan al-Quran yang menjadi wadah

pendidikan paling utama, modul j-QAF akan mendedahkan para pelajar dengan

kemahiran tulisan jawi, Bahasa Arab dan fardhu ain. Malah al-Quran juga telah

terbukti sebagai sumber dan formula kecemerlangan yang paling berkesan kerana

tuntutan akidah yang seimbang antara dunia dan ukhrawi serta material dan spiritual

bagi setiap mukmin (Utusan Malaysia, 1 Jun 2004).

Allah telah berfirman:

ù& t ø% $# ÉΟ ó™ $$Î/ y7 În/ u‘ “Ï% ©! $# t, n=y{ ∩⊇∪ t, n=y{ z⎯≈ |¡ΣM}$# ô⎯ ÏΒ @, n=tã ∩⊄∪ ù& t ø% $#

y7 š/ u‘ uρ ãΠ t ø. F{ $# ∩⊂∪ “Ï% ©! $# zΟ ¯=tæ ÉΟ n=s) ø9 $$Î/ ∩⊆∪

Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang

menciptakan (sekalian makhluk),. Ia menciptakan manusia dari

sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -

Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, -

(Surah al-‘Alaq 96:1-5)

Ayat di atas menunjukkan kepentingan pendidikan dalam Islam. Terbukti

bahawa konsep dalam pendidikan Islam itu sendiri yang meletakkan elemen

pendidikan pada kedudukan yang paling penting.

Page 26: KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN · PDF file2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29 Al-Quran. 3.1 Skala Likert 40 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Kebelakangan ini isu mengenai buta jawi dan al-Quran serta peningkatan

masalah disiplin pelajar semakin banyak dibicarakan. Ini merupakan satu masalah

serius yang perlu dihadapi oleh para guru terutamanya guru pendidikan Islam.

Pelajar bukan sahaja tidak menguasai pembacaan jawi tetapi juga al-Quran yang

mana ia merupakan suatu yang wajib diketahui oleh semua yang bergelar muslim.

Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan program j-QAF

dengan bertujuan untuk memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus

dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang dilaksanakan di

peringkat sekolah rendah (Ahmad Mohd Salleh, 2008:99).

Pendidikan Islam mengandungi beberapa bidang iaitu tilawah al-Quran,

akidah, ibadah, sirah nabawi, akhlak dan jawi. Setiap bidang pula mengandungi

beberapa kemahiran yang lain misalnya tilawah mempunyai beberapa kemahiran

tajwid, bacaan, kefahaman dan hafazan. Bidang ibadah pula mengandungi bahagian-

bahagian seperti fardhu ain, fardhu kifayah dan amali. Bidang sirah juga

merangkumi kisah-kisah kehidupan para nabi yang mengandungi iktibar dan teladan.

Begitu juga bidang akhlak yang menekankan aspek nilai-nilai murni dan adab.

Manakala jawi pula merangkumi kemahiran membaca, menulis dan seni tulisan

(Abdul Halim dan Muhammad Azhar, 2005:92).

Kesemua bidang ini memerlukan perhatian, bimbingan, pemulihan,

pengukuhan dan pengayaan. Atas kekangan peruntukan masa, tenaga guru dan

bahan menyebabkan semua aspek tersebut sukar dilaksanakan secara berkesan dan

sempurna. Sebaliknya ia diharap boleh dicapai dengan adanya pendekatan baru.

Pendekatan baru tersebut ialah program j-QAF (Abdul Halim dan Muhammad

Azhar, 2005:92). Oleh itu, program ini sebagai satu langkah yang sesuai untuk

menyelesaikan kemelut para guru pendidikan Islam.

Page 27: KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN · PDF file2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29 Al-Quran. 3.1 Skala Likert 40 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41

5

Menteri Pelajaran Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah

berkata semasa sempena Majlis Pelancaran Program Pengedaran Akhbar Utusan

Melayu Mingguan dan Penyerahan Pakaian Kokurikulum Sumbangan Kumpulan

Utusan dan Yayasan Albukhary di Sekolah Kg. Chamek, Paloh, Kluang, Johor yang

menyentuh mengenai tulisan jawi, peranannya dalam masyarakat kini sangat

membimbangkan kerana pada hari ini tidak ramai di kalangan masyarakat khususnya

generasi muda Melayu yang mahir membaca dan menulis jawi sedangkan tulisan

jawi adalah warisan turun temurun yang merupakan sejarah Bahasa Melayu sebelum

ini (www.moe.gov.my).

Senario ini jika tidak ditangani dengan serius, akan terus membantutkan

usaha mengembalikan kegemilangan tulisan jawi sebagai antara pusaka bangsa.

Usaha untuk menghidupkan semula warisan yang amat bernilai ini banyak

bergantung kepada kesedaran masyarakat dalam memberi dorongan dan bimbingan

kepada generasi muda yang diharap akan mengangkat semula martabat tulisan ini

serta menghindarnya daripada terus terhakis dan lapuk dimakan zaman.

Begitu juga dengan al-Quran yang merupakan identiti umat Islam dan

menjadi panduan dalam kehidupan. Ia tidak seharusnya dilupakan kepentingannya.

Pembacaan al-Quran di kalangan murid adalah amat menyedihkan. Lebih 60 peratus

pelajar sekolah menengah tidak tahu membaca al-Quran. Demikian juga dengan

Bahasa Arab, tidak ramai pelajar yang mengetahui dan memahaminya. Akhlak

pelajar pada masa kini juga harus diberi perhatian. Ini disebabkan terdapat pelbagai

masalah disiplin yang memeningkan para guru dan ibu bapa.

Menurut Ismail Nihad seorang guru besar SK Cheroh, Paloh, Pahang,

sepanjang dua puluh dua tahun mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam, beliau

mendapati bahawa asas membaca dan memahami al-Quran dalam kalangan pelajar

sekolah menengah amat rendah. Asas yang rendah itu katanya berpunca daripada

pengalaman mereka ketika di sekolah rendah yang tidak didedahkan secukupnya

pelajaran al-Quran (Utusan Malaysia, 28 Februari 2004).

Page 28: KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN · PDF file2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29 Al-Quran. 3.1 Skala Likert 40 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41

6

Oleh itu, langkah kerajaan dalam memperkasakan sekolah kebangsaan yang

selari dengan konsep Islam Hadhari amat sesuai iaitu pelaksanaan program j-QAF.

Sebagaimana yang sedia maklum, j-QAF merupakan inisiatif kerajaan dalam

mengatasi masalah buta jawi dan al-Quran, masalah tidak tahu Bahasa Arab dan

masalah akhlak pelajar. Justeru persoalan yang timbul ialah apakah kaedah

pelaksanaan program j-QAF yang dijalankan di sekolah dan bagaimana ia

dilaksanakan?

Oleh itu, masalah keciciran jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan fardhu ain ini

perlu dibanteras segera. Dalam kajian ini, penyelidik akan membuat kajian di

Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana, Masjid Tanah yang merupakan salah sebuah

sekolah rendah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sekolah

ini juga tidak terlepas dari permasalahan keciciran pelajar yang membelenggu guru-

guru Pendidikan Islam.

Sehubungan dengan itu, bagaimanakah pelaksanaan yang perlu dijalankan

oleh pihak sekolah untuk membanteras permasalahan ini. Justeru, penyelidik

menjalankan kajian ini adalah untuk mengetahui serta menjelaskan kaedah

pelaksanaan program j-QAF di Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana, Masjid Tanah,

Melaka.

1.3 Penyataan Masalah

Masalah keciciran dalam jawi dan al-Quran, tidak mengetahui asas Bahasa

Arab dan tidak dapat menghayati serta mempraktikkan asas-asas fardhu ain dengan

baik menjadi isu yang ingin dibangkitkan oleh penyelidik. Justeru itu, atas inisiatif

Kementerian Pelajaran telah mewujudkan satu program yang dinamakan j-QAF bagi

mengatasi masalah ini.

Page 29: KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN · PDF file2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29 Al-Quran. 3.1 Skala Likert 40 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41

7

Namun begitu, pelaksanaannya di sekolah masih lagi di peringkat permulaan.

Oleh yang demikian, keberkesanan program ini masih diragui sama ada membantu

membanteras keciciran pelajar dalam jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan fardhu ain

atau tidak. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi menganalisis sejauhmanakah

penguasaan pelajar terhadap kaedah pelaksanaan program j-QAF di Sekolah

Kebangsaan Sri Laksamana, Masjid Tanah, Melaka.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut:

1.5.1 Untuk mengetahui kaedah pelaksanaan program j-QAF di Sekolah

Kebangsaan Sri Laksamana, Masjid Tanah, Melaka.

1.5.2 Untuk menjelaskan kaedah pelaksanaan program j-QAF di Sekolah

Kebangsaan Sri Laksamana, Masjid Tanah, Melaka.

1.5.3 Untuk menganalisis penguasaan pelajar terhadap kaedah pelaksanaan

program j-QAF di Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana, Masjid

Tanah, Melaka.

1.5 Persoalan Kajian

1.4.1 Apakah kaedah pelaksanaan program j-QAF di Sekolah Kebangsaan

Sri Laksamana, Masjid Tanah, Melaka?

Page 30: KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM J-QAF DAN · PDF file2.4 Agihan Waktu Khatam al-Quran dan asuhan Tilawah 29 Al-Quran. 3.1 Skala Likert 40 3.2 Maklumat Pembahagian Borang Soal Selidik 41

8

1.4.2 Bagaimanakah kaedah pelaksanaan program j-QAF yang dijalankan

di Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana, Masjid Tanah, Melaka?

1.4.3 Sejauhmanakah penguasaan pelajar dalam kaedah pelaksanaan

program j-QAF di Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana, Masjid

Tanah, Melaka?