laporan khatam

11
LAPORAN PROGRAM INTERNSHIP MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM IHYA RAMADAN SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN TUAN KECHIL Anjuran : Pelajar Guru IPG Kampus Pulau Pinang Tarikh : 25 Julai 2014 Hari : Jumaat Masa : 8.00 pagi – 12.10 tengah hari Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Bagan Tuan Kechil

Upload: wan-iskendar

Post on 26-Dec-2015

187 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Page 1: laporan khatam

LAPORAN PROGRAM INTERNSHIP

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM IHYA RAMADAN

SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN TUAN KECHIL

Anjuran : Pelajar Guru IPG Kampus Pulau Pinang

Tarikh : 25 Julai 2014

Hari : Jumaat

Masa : 8.00 pagi – 12.10 tengah hari

Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Bagan Tuan Kechil

SENARAI KANDUNGAN

Page 2: laporan khatam

1.0 Objektif

2.0 Strategi Pelaksanaan

3.0 Refleksi

a) Kekuatanb) Kelemahan

4.0 Cadangan Penambahbaikan

5.0 Kesimpulan

6.0 Lampiran ( laporan bergambar)

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

Page 3: laporan khatam

NAMA PELAJAR : ARIFF AL-BAQI BIN MOHD ISKANDAR

NO. KAD PENGENALAN : 910501-10-6069

PROGRAM : PISMP AMBILAN JANUARI 2011

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN TUAN KECHIL

NAMA PROJEK/AKTIVITI : MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PERASMIAN

PENUTUPAN PROGRAM IHYA RAMADAN

TEMPOH PELAKSANAAN : 8.00 PAGI – 12.10 TENGAH HARI

TARIKH PELAKSANAAN : 25 JULAI 2014

1.0 Objektif

Objektif program ini adalah seperti berikut:

3.1 Melahirkan murid yang sentiasa peka dengan kebesaran bulan Ramadan;

3.2 Memupuk minat murid untuk membaca al-Quran;

3.3 Memupuk minat murid untuk mendalami ilmu al-Quran;

3.4 Melahirkan murid yang cinta akan bulan Ramadan.

2.0 Strategi Pelaksanaan

Page 4: laporan khatam

1. Sebelum sesuatu projek atau majlis yang kami rancang dilaksanakan, perkara

yang paling penting adalah penyediaan kertas kerja. Aspek ini yang paling utama

kerana kertas kerja perlu dihantar kepada Guru Besar sebelum bermulanya

sesuatu aktiviti atau program kerana pihak pentadbir yang diketuai oleh Guru

Besar yang akan memberi kata putus mengenai majlis yang dicadangkan

khususnya mengenai tarikh yang telah kami pilih bersama guru-guru Panitia

Pendidikan Islam. Antara objektif utama majlis Khatam Al-Quran dijalankan

adalah untuk memupuk minat murid membaca al-Quran. Penyediaan kertas

kerja juga adalah penting kerana merangkumi senarai ahli jawatankuasa yang

akan bertugas dan juga atur cara majlis. Sesuatu majlis atau program amat

memerlukan senarai ahli jawatankuasa pelaksanaan agar segala tugas dapat

diselesaikan dengan teratur dan dalam jangka masa yang cepat.

2. Segala persiapan yang rapi telah kami laksanakan sebelum bermulanya majlis

itu agar majlis berjalan dengan lancar. Untuk majlis tersebut iaitu Majlis Khatam

Al-Quran, kami perlu mengenal pasti dahulu murid yang telah khatam al-Quran.

Setelah senarai murid yang akan memperdengarkan bacaan al-Quran telah

dibuat, maka kami akan menilai bacaan setiap daripada mereka supaya bacaan

mereka fasih dan betul. Kami mengambil masa selama dua hari untuk meneliti

setiap bacaan murid agar mereka yang terpilih adalah betul-betul layak untuk

memperdengarkan bacaan pada majlis tersebut.

3. Majlis Khatam Al-Quran telah bermula pada jam 8.00 pagi. Semua murid berkumpul dan mengambil tempat duduk masing-masing di dewan terbuka sebelum bermulanya majlis. Pada mulanya, murid berada dalam keadaan bising dan kurang terkawal tetapi setelah diawasi oleh guru-guru, keadaan kembali baik dan murid mula memberi perhatian terhadap majlis. Majlis tersebut telah dipengerusikan dengan baik dan tenang oleh Encik Mohd Nizar. Setelah Encik Zulkifli iaitu Guru Besar SK Bagan Tuan Kechil mengambil tempat bersama guru-guru Penolong Kanan, maka majlis telah dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran yang diperdengarkan oleh Encik Hasbullah bin Mat Isa sebagai pembuka acara majlis.

Page 5: laporan khatam

4. Setelah itu, maka acara kemuncak majlis tersebut berlangsung iaitu acara

khatam al-Quran yang disertai oleh murid-murid seramai 22 orang. Setiap murid

membaca satu surah yang telah ditetapkan. Acara tersebut telah dipimpin

dengan jayanya oleh Encik Hasbullah bin Mat Isa. Semasa acara khatam al-

Quran berlangsung, semua murid telah memberi kerjasama yang baik dan

mendengar dengan sepenuh perhatian terhadap bacaan ayat al-Quran yang

diperdengarkan oleh rakan-rakan mereka di atas pentas. Peserta-peserta yang

terlibat juga telah dapat membaca surah-surah lazim yang ditetapkan dengan

bacaan yang baik dan lancar. Hal ini disebabkan proses persediaan yang diteliti

yang telah dijalankan oleh guru-guru khususnya Panitia Pendidikan Islam.

5. Majlis tersebut telah diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Tuan Guru

Besar di samping merasmikan Majlis Penutupan Program Ihya’ Ramadhan.

Dalam ucapannya, beliau menekankan mengenai pentingnya murid menguasai

bacaan al-Quran pada peringkat awal lagi supaya tidak menyesal di kemudian

hari. Beliau juga menekankan bahawa kita juga perlu mendalami maksud yang

tersirat di sebalik bacaan ayat al-Quran yang kita baca kerana dalam al-Quran

terdapat banyak ilmu yang amat berguna dalam memandu manusia ke arah

kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

6. Sebelum majlis berakhir, semua murid telah beratur dan bersalam-salaman

dengan guru-guru. Mereka juga menerima duit raya dan bubur lambuk untuk

dibawa pulang ke rumah. Murid kelihatan begitu seronok menerima duit raya

daripada guru-guru dan pulang ke rumah dengan gembira kerana hari tersebut

juga adalah hari terakhir persekolahan sebelum bermulanya cuti sempena Hari

Raya Aidilfitri.

3.0 Refleksi

1. Kekuatan Projek/ aktiviti

Page 6: laporan khatam

a) Antara kekuatan majlis tersebut adalah persediaan yang cukup rapi sebelum

hari bermulanya majlis. Persediaan tersebut adalah hasil daripada semua

pihak dan ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus mengerah tenaga dan

keringat bagi memastikan kelancaran majlis tersebut.

b) Memberi pengetahuan kepada murid tentang cara-cara bertakbir raya dengan

betul

c) Tayangan video sirah dapat mendidik murid supaya memiliki perilaku yang

mulia.

2. Kelemahan Projek/ aktiviti:

a) Di sebalik kekuatan yang dimiliki, terdapat juga kelemahan yang perlu

diterima iaitu dari segi kawalan murid semasa majlis. Oleh itu, kawalan murid

perlu lebih ditekankan supaya tidak mengganggu upacara majlis terutamanya

majlis yang melibatkan tetamu undangan khas.

b) Tempat yang hanya mampu memuatkan sejumlah audien yang kecil

membuatkan keadaan kelihatan sesak dan sempit.

4.0 Cadangan Penambahbaikan

Berikut adalah beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa

yang akan datang :

1. Merancang aktiviti yang teratur agar tidak ada masa yang terbuang semasa

majlis atau program diadakan.

2. Kawalan murid perlu diperkemaskan dengan lebih tersusun dengan melantik

beberapa orang guru sebagai pemantau.

Page 7: laporan khatam

5.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, majlis Khatam Al-Quran dan Penutupan Ihya’ Ramadan

telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan lancar mengikut apa yang telah dirancang.

Majlis tersebut adalah termasuk dalam program tahunan peringkat sekolah dan

semestinya majlis yang besar kerana melibatkan semua warga SK Bagan Tuan Kechil.

Kami bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang dan kekuatan kepada kami

dalam mengetuai dan memimpin majlis tersebut sehingga selesai dengan jayanya hasil

daripada kerjasama dan komitmen daripada semua warga sekolah samada terlibat

secara langsung atau secara tidak langsung.

Oleh itu, kami mengharapkan agar majlis tersebut memberi manfaat kepada

semua pihak dan semoga segala usaha yang dijalankan diredai oleh Allah.

6.0 Lampiran (Galeri Foto) :

Page 8: laporan khatam

Encik Hasbullah sedang mendengar setiap bacaan daripada peserta khatam al-Quran.

Encik Hasbullah memimpin majlis khatam al-Quran.

Page 9: laporan khatam

Ucapan daripada Tuan Guru Besar, Encik Zulkifli.