[11] teknologi bayi tri-induk menerusi perspektif · manusia.20 contoh-contoh penyakit berkaitan...

30
177 [11] Teknologi Bayi Tri-Induk Menerusi Perspektif Maqāid al-Sharīʿah Abdul Halim Ibrahim, Noor Naemah Abdul Rahman & Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh Pendahuluan Pemeliharaan zuriat dan keturunan merupakan sebahagian daripada komponen al-arūriyyāt al-khams atau al-maqāid al-khamsah yang dipelihara dalam maqāid Al-Sharīʿah. Oleh sebab itu, Islam amat memandang serius masalah kesihatan reproduktif manusia. Masalah kesihatan tersebut disebabkan pelbagai faktor merangkumi kecacatan organ reproduktif dan masalah genetik yang diwarisi daripada ibu atau bapa atau disebabkan mutasi seperti gejala kecacatan mitokondria. Gejala ini dikenal pasti pertama kali 40 tahun yang lalu dan mtDNA mutan ditemui pada akhir tahun 80-an. Gejala kecacatan berkenaan merupakan gejala paling mencabar untuk didiagnosis dan diuruskan, 1 justeru teknologi bayi tri-induk dibangunkan para saintis dan pakar perubatan bagi mengatasi masalah gejala kecacatan mitokondria yang disebabkan mutasi mtDNA. Pada September 2016, dunia telah dikejutkan dengan berita pengumuman kelahiran seorang bayi tri-induk lelaki pertama di dunia. 2 Mitokondria dan DNA Mitokondria (mtDNA) Mitokondria merupakan organel yang wujud dalam hampir semua sel tubuh manusia dan bersifat dinamik dari segi bentuk dan saiznya. Morfologinya berbeza-beza, bergantung kepada sel yang dihuninya. Kepelbagaian itu disebabkan oleh aktiviti pelakuran dan pembelahan. 3 Mitokondria merupakan organel membran dwilapisan 1 Thorburn, D. R. 2004. "Mitochondrial disorders: Prevalence, myths and advances." Journal of Inherited Metabolic Disease 27 (3): 349-362. 2 Hamzelou, Jessica. 2016. Exclusive: World’s first baby born with new “3 parent” technique. 27 September. https://www.newscientist.com/article/2107219-exclusive- worlds-first-baby-born-with-new-3-parent-technique/. 3 Aktiviti pelakuran melibatkan percantuman dua organel mitokondria membentuk satu organel yang lebih besar dan sebaliknya berlaku dalam aktiviti pembelahan.

Upload: doanhanh

Post on 06-Mar-2019

256 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

177

[11]

Teknologi Bayi Tri-Induk Menerusi Perspektif

Maqāṣid al-Sharīʿah

Abdul Halim Ibrahim, Noor Naemah Abdul Rahman & Shaikh Mohd

Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh

Pendahuluan

Pemeliharaan zuriat dan keturunan merupakan sebahagian daripada

komponen al-ḍarūriyyāt al-khams atau al-maqāṣid al-khamsah yang

dipelihara dalam maqāṣid Al-Sharīʿah. Oleh sebab itu, Islam amat

memandang serius masalah kesihatan reproduktif manusia. Masalah

kesihatan tersebut disebabkan pelbagai faktor merangkumi

kecacatan organ reproduktif dan masalah genetik yang diwarisi

daripada ibu atau bapa atau disebabkan mutasi seperti gejala

kecacatan mitokondria. Gejala ini dikenal pasti pertama kali 40 tahun

yang lalu dan mtDNA mutan ditemui pada akhir tahun 80-an. Gejala

kecacatan berkenaan merupakan gejala paling mencabar untuk

didiagnosis dan diuruskan,1 justeru teknologi bayi tri-induk

dibangunkan para saintis dan pakar perubatan bagi mengatasi

masalah gejala kecacatan mitokondria yang disebabkan mutasi

mtDNA. Pada September 2016, dunia telah dikejutkan dengan berita

pengumuman kelahiran seorang bayi tri-induk lelaki pertama di

dunia.2

Mitokondria dan DNA Mitokondria (mtDNA)

Mitokondria merupakan organel yang wujud dalam hampir semua

sel tubuh manusia dan bersifat dinamik dari segi bentuk dan

saiznya. Morfologinya berbeza-beza, bergantung kepada sel yang

dihuninya. Kepelbagaian itu disebabkan oleh aktiviti pelakuran dan

pembelahan.3 Mitokondria merupakan organel membran dwilapisan

1 Thorburn, D. R. 2004. "Mitochondrial disorders: Prevalence, myths and advances."

Journal of Inherited Metabolic Disease 27 (3): 349-362. 2 Hamzelou, Jessica. 2016. Exclusive: World’s first baby born with new “3 parent”

technique. 27 September. https://www.newscientist.com/article/2107219-exclusive-

worlds-first-baby-born-with-new-3-parent-technique/. 3 Aktiviti pelakuran melibatkan percantuman dua organel mitokondria membentuk

satu organel yang lebih besar dan sebaliknya berlaku dalam aktiviti pembelahan.

178

terdiri daripada membran luar (outer membrane) yang mengelilingi

membran dalam (inner membrane) serta terdapat ruang

intermembran (intermembrane space).4 Struktur membran dalam

membentuk lipatan-lipatan ke dalam yang dikenali sebagai krista

(cristae).5 Mitokondria organel penjana utama tenaga bagi sel iaitu

ATP (adenosina trifosfat).6 Terdapat protein-protein yang terlibat

dalam pengangkutan elektron dan proses penghasilan adenosina

trifosfat (ATP) pada membran dalam tersebut. Membran dalam ini

pula mengelilingi matriks mitokondria.7 Mitokondria menghasilkan

kira-kira 65 kilogram ATP setiap hari.8

Mitokondria memiliki asid deoksiribonukleik (DNA)

dwiheliksnya sendiri berbentuk membulat (circular) yang dikenali

sebagai mtDNA.9 Secara genetiknya, mitokondria dikawal oleh

kedua-dua nukleus DNA dan mtDNA. Genom mitokondria dan

mtDNA bersaiz 16.610 kbp mengandungi 37 gen yang terdiri

daripada tiga belas polipeptida gen terpenting dalam sistem

penjanaan ATP dalam mitokondria iaitu sistem fosforilasi oksidatif

(oxidative phosphorylation (OXPHOS)), dua gen RNA ribosom (rRNA)

dan 22 gen RNA pengangkut (tRNA) yang diperlukan dalam proses

transkripsi oleh mitokondria. Perbezaan genetik mtDNA yang

berbeza daripada genetik Mendel menjadi kunci kepada berlakunya

Lihat Detmer, Scott A., dan David C. Chan. 2007. “Functions and dysfunctions of

mitochondrial dynamics.” Nature Reviews Molecular Cell Biology 8: 870-879. 4 Membran luarnya mempunyai liang-liang berasaskan protein yang bukaannya

dapat dilalui oleh ion-ion dan molekul-molekul protein yang kecil. Membran

dalam mempunyai ketelapan yang terbatas berbanding membran luar. Lihat 2013.

Mitochondria. Diakses Oktober 19, 2013. http://www.nature.com/scitable/

topicpage/mitochondria-14053590. 5 Davidson, Michael W. 2004. Mitochondria. 13 Disember. Diakses Oktober 19, 2013.

http://micro.magnet.fsu.edu/cells/mitochondria/mitochondria.html. 6 Taylor, Robert W., and Doug M. Turnbull. 2005. "Mitochondrial DNA mutations

in human disease." Nature Reviews Genetics 6 (5): 389-402. 7 2013. Mitochondria. Diakses Oktober 19, 2013. http://www.nature.com/scitable

/topicpage/mitochondria-14053590. 8 Lane, Nick. 2006. "Powerhouse of Disease." Nature 440: 600-602. 9 Davidson, Michael W. 2004. Mitochondria. 13 Disember. Diakses Oktober 19, 2013.

http://micro.magnet.fsu.edu/cells/mitochondria/mitochondria.html. 10 Chiaratti, Marcos Roberto, Flávio Vieira Meirelles, Dagan Wells, dan Joanna

Poulton. 2011. “Therapeutic treatments of mtDNA diseases at the earliest stages of

human development.” Mitochondrion 11: 820-828.

179

mutasi mtDNA.11 Kebarangkalian untuk gen-gen mitokondria

mengalami mutasi adalah sepuluh hingga dua puluh kali lebih

tinggi berbanding gen-gen nukleus. Keadaan ini disebabkan oleh; (1)

mitokondria terdedah kepada radikal bebas ketika penghasilan

tenaga berbanding gen-gen nukleus yang diselubungi dengan

perlindungan protein dan disimpan di dalam nukleus;12 (2)

kekurangan histon dalam mtDNA, dan (3) mekanisme

pembaikannya yang terhad.13 Keunikan mitokondria manusia

adalah setiap manusia mewarisi mitokondria daripada ibunya;

fenomena yang dikenali sebagai pewarisan maternal (maternal

inheritance).14

Gejala Kecacatan Mitokondria

Penyakit berkaitan gejala kecacatan mitokondria manusia telah

ditemui buat pertama kalinya pada tahun 1988.15 Gejala kecacatan

11 Taylor, Robert W., and Doug M. Turnbull. 2005. "Mitochondrial DNA mutations

in human disease." Nature Reviews Genetics 6 (5): 389-402. Lihat juga Dimauro,

Salvatore, and Guido Davidzon. 2005. "Mitochondrial DNA and disease." Annals

of Medicine 37: 222-232. 12 Lane, Nick. 2006. "Powerhouse of Disease." Nature 440: 600-602. 13 Tachibana, Masahito, Michelle Sparman, Hathaitip Sritanaudomchai, Hong Ma,

Lisa Clepper, Joy Woodward, Ying Li, Cathy Ramsey, Olena Kolotushkina, and

Shoukhrat Mitalipov. 2009. "Mitochondrial gene replacement in primate offspring

and embryonic stem cells." Nature 461: 367-372. 14 Mitokondria diwariskan secara maternal dan semua mtDNA diperoleh daripada

ovum ketika persenyawaan. Sperma juga mengandungi mitokondria yang

berfungsi menghasilkan tenaga untuk pergerakannya. Namun, mitokondria

paternal tersebut terurai selepas persenyawaan apabila berlaku pembentukan

pronukleus lelaki dalam telur yang disenyawakan. Justeru, seorang perempuan

yang membawa mtDNA mutan akan mewariskannya kepada semua anaknya

(lelaki dan perempuan) tetapi hanya anak perempuannya sahaja yang

kemudiannya akan mewariskan mtDNA mutan tersebut kepada anak-anaknya

pula. Penyakit gejala kecacatan mtDNA akan diekspresikan dalam kedua-dua

jantina. Meskipun mtDNA mutan diwariskan kepada semua anak, namun hanya

sebahagiannya sahaja yang berkembang menjadi penyakit. Lihat Nuffield Council

on Bioethics. 2012. Novel techniques for the prevention of mitochondrial DNA disorders:

An ethical reviews. London: Nuffield Council on Bioethics., hlm. 19. 15 Holt, I.J., A.E. Harding, and J.A. Morgan-Hughes. 1988. "Deletions of muscle

mitochondrial DNA in patients with mitochondrial myopathies." Nature 331 (25):

717-719. Lihat Wallace, Douglas C., Gurparkash Singh, Marie T. Lott, Judy A.

Hodge, Theodore G. Schurr, Angela M. S. Lezza, Louis J. Elsas II, and Eeva K.

Nikoskelainen. 1988. "Mitochondrial DNA Mutation Associated with Leber's

180

mitokondria menyerang organ-organ bermetabolisme tinggi seperti

sistem saraf tunjang, saraf periferi, mata, otot kardiak dan

seumpamanya.16 Gejala kecacatan mitokondria berlaku disebabkan

oleh sama ada (1) mutasi DNA mitokondria (mtDNA), atau (2)

mutasi DNA nukleus (nDNA).17 Kompleksiti penyakit akibat gejala

tersebut menimbulkan kerumitan kepada pengamal perubatan dari

segi pengenalpastian penyakit, pemilihan kriteria dan protokol

diagnostik, dan kaedah terbaik dalam menguruskan pesakit dan

keluarga yang terlibat. Penyakit-penyakit berkaitan gejala kecacatan

mtDNA sukar dikenal pasti melalui kriteria klinikal kerana simptom-

simptom awalnya menyerupai penyakit-penyakit seperti diabetes

mellitus, strok, dan kardiomiopati.18 Hasil ujian makmal, biopsi otot,

dan analisis biokimia otot merupakan pendekatan yang dapat

membezakan penyakit tersebut daripada penyakit lain selanjutnya

sebagai pembayang berguna bagi analisis molekul.19

Gejala kecacatan mtDNA memberi implikasi besar kepada

individu terlibat kerana mitokondria wujud dalam hampir semua sel

Hereditary Optic Neuropathy." Science 242: 1427-1430. Lihat juga Wallace,

Douglas C., and Dimitra Chalkia. 2013. "Mitochondrial DNA genetics and the

heteroplasmy conundrum in evolution and disease." Cold Spring Harbor

Perspectives in Biology 1-47. 16 Pfeffer, G., K. Majamaa, D.M. Turnbull, D. Thorburn, and P.F. Chinnery. 2012.

"Treatment for mitochondrial disorders." Cochrane Database of Systematic Reviews

(4): 1-39. 17 Nuffield Council on Bioethics. 2012. Novel techniques for the prevention of

mitochondrial DNA disorders: An ethical reviews. London: Nuffield Council on

Bioethics., hlm. 21. 18 Thorburn, D. R. 2004. "Mitochondrial disorders: Prevalence, myths and advances."

Journal of Inherited Metabolic Disease 27 (3): 349-362. Lihat juga Schaefer, Andrew

M., Robert W. Taylor, Douglass M. Turnbull, and Patrick F. Chinnery. 2004. "The

epidemiology of mitochondrial disorders—past, present and future." Biochimica et

Biophysica Acta 1659: 115-120. Lihat juga Wallace, Douglas C., and Dimitra

Chalkia. 2013. "Mitochondrial DNA genetics and the heteroplasmy conundrum in

evolution and disease." Cold Spring Harbor Perspectives in Biology 1-47. Lihat juga

Yabuuchia, Akiko, Zeki Beyhan, Noriko Kagawa, Chiemi Mori, Kenji Ezoe,

Keiichi Kato, Fumihito Aono, Yuji Takehara, dan Osamu Kato. 2012. “Prevention

of mitochondrial disease inheritance by assisted reproductive technologies:

Prospects and challenges.” Biochimica et Biophysica Acta (BBA) - General Subjects

1820 (5): 637-642. 19 Thorburn, D. R. 2004. "Mitochondrial disorders: Prevalence, myths and advances."

Journal of Inherited Metabolic Disease 27 (3): 349-362.

181

manusia.20 Contoh-contoh penyakit berkaitan gejala berkenaan

adalah sindrom Leber hereditary optic neuropathy (LHON),21 sindrom

Leigh,22 dan mitochondrial encephalomyopathy, lactic acidosis, stroke-like

episodes (MELAS),23 Kecacatan mtDNA masih tiada penawarnya

sehingga kini.24 Dalam menangani gejala tersebut, terdapat tiga

prinsip utama genetik mtDNA25 yang perlu difahami iaitu: (1)

20 Dimauro, Salvatore, and Guido Davidzon. 2005. "Mitochondrial DNA and

disease." Annals of Medicine 37: 222-232. 21 LHON merupakan penyakit kehilangan deria penglihatan yang menyerang pada

peringkat awal usia remaja atau awal umur dua puluhan. Sebahagian besar

pesakit LHON terdiri daripada lelaki, namun terdapat juga pesakit di kalangan

wanita. Lebih 95 peratus kes LHON disebabkan mutasi titik yang berlaku pada

tiga mtDNA iaitu pada kedudukan nukleotida (nucleotide position (np))

11778/ND4, 14484/ND6 dan 3460/ND1. Ketiga-tiganya terlibat dalam gen-gen

yang mengekodkan subunit kompleks I rantai respirasi. Lihat Sadun, Alfredo A.,

Chiara La Morgia, and Valerio Carelli. 2011. "Leber’s Hereditary Optic

Neuropathy." Current Treatment Options in Neurology 13 (1): 109-117. 22 Sindrom ini merupakan ensefalomiopati menekrosis subakut (subacute necrotizing

encephalomyelopathy) iaitu kematian sel nukleus jirim kelabu pada kedua-dua

bahagian otak di dalam basal ganglia, serebelum, diensefalon atau batang otak.

Keadaan ini terjadi pada peringkat awal kandungan. Pesakit yang menghidapinya

akan menunjukkan simptom-simptom kerencatan psikomotor, lemah tubuh

badan, hipotonia, ataksia trunkal, tremor niat (intention tremor) yang dikaitkan

dengan asidosis laktik dalam darah, cecair serebrospinal atau urin. Sebahagian

besar meninggal dunia sebelum usia lima (5) tahun. Lihat Ronchi, Dario,

Alessandra Cosi, Davide Tonduti, Simona Orcesi, Andreina Bordoni, Francesco

Fortunato, Mafalda Rizzuti, et al. 2011. "Clinical and molecular features of an

infant patient affected by Leigh Disease associated to m.14459G > A mitochondrial

DNA mutation: a case report." BMC Neurology 11: 1-6. 23 MELAS merupakan sejenis kecacatan mitokondria dengan simptom-simptom

utamanya seperti loya, muntah, sakit kepala, sawan, diabetes mellitus, lemah otot,

kehilangan deria sensorineural, dan defisit neurologi mengejut (sudden

neurological deficits). Gejala gangguan neurologi ini amat menyerupai strok. Lihat

Abe, K., H. Yoshimura, H. Tanaka, N. Fujita, T. Hikita, and S. Sakoda. 2004.

"Comparison of conventional and diffusion-weighted MRI and proton MR

spectroscopy in patients with mitochondrial encephalomyopathy, lactic acidosis,

and stroke-like events." Neuroradiology 46: 113-117. 24 Nuffield Council on Bioethics. 2012. Novel techniques for the prevention of

mitochondrial DNA disorders: An ethical reviews. London: Nuffield Council on

Bioethics., hlm. vii. 25 Dimauro, Salvatore, and Guido Davidzon. 2005. "Mitochondrial DNA and

disease." Annals of Medicine 37: 222-232.

182

heteroplasmi dan kesan ambang (threshold effect)26; (2) pengasingan

mitosis (mitotic segregation)27; dan (3) pewarisan ibu (maternal

inheritance)28.

26 Molekul-molekul mtDNA dalam sesuatu tisu yang genotipnya sama dikenali

sebagai homoplasmi manakala kewujudan dua atau lebih genotip mitokondria

pula dikenali sebagai heteroplasmi. Mutasi mtDNA kebiasaannya melibatkan

sebahagian daripada mtDNA sesuatu tisu, organ ataupun individu sahaja.

Kerosakan atau penyakit mitondria tidak berlaku sekiranya bilangan mtDNA

mutan tidak mencapai aras ambang (threshold level) atau nilai minimum;

bergantung kepada tisu atau organ yang terlibat. Terdapat perbezaan dalam

pewarisan mtDNA mutan homoplasmi dan heteroplasmi. Dalam kes penglihatan

tidak seimbang (impaired vision) misalnya, sekitar lima puluh peratus (50%) anak

lelaki dengan mtDNA mutan homoplasmi mengalami gejala tersebut berbanding

hanya sepuluh peratus (10%) pada anak perempuan; menunjukkan bahawa faktor

genetik nukleus memainkan peranan signifikan dalam ekspresi sesuatu penyakit

berkaitan gejala kecacatan mtDNA dan tidak tertakluk kepada faktor mtDNA

semata-mata. Pemindahan penyakit yang disebabkan oleh mtDNA mutan

heteroplasmi lebih kompleks dan rumit untuk dikenal pasti. Lihat Tachibana,

Masahito, Michelle Sparman, Hathaitip Sritanaudomchai, Hong Ma, Lisa Clepper,

Joy Woodward, Ying Li, Cathy Ramsey, Olena Kolotushkina, and Shoukhrat

Mitalipov. 2009. "Mitochondrial gene replacement in primate offspring and

embryonic stem cells." Nature 461: 367-372. Lihat juga Taylor, Robert W., and

Doug M. Turnbull. 2005. "Mitochondrial DNA mutations in human disease."

Nature Reviews Genetics 6 (5): 389-402. 27 Bilangan mtDNA mutan dalam sel-sel anak mungkin berubah pada peringkat

pembahagian sel dan seterusnya mengubah fenotip; dikenali sebagai pemisahan

mitotik (mitotic segregation). Perubahan kadar tersebut berlaku pada peringkat

ovum lagi dan pemisahan pada peringkat embriogenesis. Selepas persenyawaan,

mitokondria (kesemuanya berasal daripada ovum) tidak akan membahagi

sehinggalah peringkat sel 64 (64-cell stage). Pada peringkat ini, hanya tiga (3) sel

sahaja berubah menjadi fetus manakala bakinya pergi ke trofoblas (trophoblast).

Pemisahan mitotik inilah yang menyebabkan pesakit gejala kecacatan mtDNA

mengalami perubahan klinikal apabila pesakit itu semakin membesar. Lihat

Poulton, Joanna, and Laurence Bindoff. 2005. Mitochondrial Respiratory Chain

Disorders. Vol. 12, in Encyclopedia of Life Sciences, 126-133. West Sussex: John Wiley

& Sons Ltd. Lihat juga Dimauro, Salvatore, and Guido Davidzon. 2005.

"Mitochondrial DNA and disease." Annals of Medicine 37: 222-232. 28 Penyakit gejala kecacatan mtDNA akan diekspresikan dalam kedua-dua anak

lelaki dan perempuan. Meskipun mtDNA mutan diwariskan kepada semua anak,

namun hanya sebahagiannya sahaja yang berkembang menjadi penyakit. Lihat

Nuffield Council on Bioethics. 2012. Novel techniques for the prevention of

mitochondrial DNA disorders: An ethical reviews. London: Nuffield Council on

Bioethics., hlm. 19.

183

Teknologi Bayi Tri-Induk

Penyelidikan-penyelidikan berasaskan teknologi reproduktif

berbantu (assisted reproductive technology, ART) giat dijalankan bagi

mencari rawatan dan penyelesaian kepada gejala kecacatan

mitokondria akibat mutasi mtDNA. Penyelidikan tersebut membawa

kepada pembentukan terapi penggantian mitokondria atau lebih

dikenali sebagai teknologi bayi tri-induk.29 Terapi tersebut dikenali

sebagai teknologi bayi tri-induk kerana terapi berkenaan melibatkan

tiga sumber bahan genetik iaitu seorang lelaki (melalui spermanya)

dan dua orang wanita (pasangan lelaki tersebut dan wanita lain yang

merupakan pihak ketiga); berbeza dengan bayi normal yang

memperoleh sumber genetik daripada dua orang sahaja iaitu ibu dan

bapa bayi tersebut. Objektif teknologi bayi tri-induk adalah untuk

menghalang pewarisan mtDNA mutan daripada seorang ibu kepada

anak-anaknya.30 Terapi tersebut menggunakan teknik-teknik IVF

tertentu menerusi penggantian mitokondria atau mtDNA dalam

ovum wanita yang bermasalah kecacatan mitokondria dengan

mitokondria ovum wanita yang sihat dan normal.

Pembangunan teknologi bayi tri-induk menjadi giat apabila

Human Fertilisation and Embryology Authority (HFEA) United

Kingdom telah memberikan lesen kebenaran kepada sekumpulan

penyelidik di Newcastle Fertility Centre, Universiti Newcastle untuk

menjalankan penyelidikan terapi penggantian mitokondria pada

tahun 2005.31 Tiga tahun kemudian, pindaan akta HFEA 1990 telah

diluluskan di Parlimen United Kingdom bagi memberi kebenaran

29 Terdapat tentangan terhadap istilah ‘bayi tri-induk’ kerana menurut mereka,

mtDNA hanya menyumbang kurang daripada 0.1 peratus daripada jumlah

keseluruhan DNA. Lihat Mitalipov, Shoukhrat, and Don P. Wolf. 2014. "Clinical

and ethical implications of mitochondrial gene transfer." Trends in Endocrinology

and Metabolism 25 (1): 5-7. 30 Cheng, Maria. 2013. Creating babies with DNA from 3 parents: U.K. may allow

controversial technique. London: The Huffington Post, 27 Jun. Diakses Oktober 7,

2013. http://www.huffingtonpost.com/2013/06/28/babies-with-dna-from-3-

parents_n_3516000.html. 31 Lesen kebenaran telah diberikan di bawah Akta Kesuburan Manusia dan

Embriologi (Human Fertilisation and Embryology Act) 1990. Lihat Human

Fertilisation & Embryology Authority. 2005. “HFEA grants licence to Newcastle

Centre at LIFE for Mitochondrial Research.” Human Fertilisation and Embryology

Authority. 8 September. Diakses Ogos 4, 2014. http://www.hfea.gov.uk/671.html.

184

rawatan perubatan menggunakan prosedur penggantian mtDNA.32

Pada tahun 2009, sekumpulan penyelidik di Oregon, Amerika

Syarikat pula telah berjaya melakukan prosedur pemindahan

gelendong maternal (Maternal Spindle Transfer, MST) dalam monyet

Macaca mulatta yang menunjukkan telur primat yang dibina semula

berupaya menjalankan persenyewaan normal, selanjutnya melalui

proses perkembangan embrio yang normal.33 Pada Julai 2014,

Kerajaan United Kingdom telah mengumumkan hasrat untuk

membentangkan rang undang-undang berkaitan pelaksanaan

teknologi bayi tri-induk tersebut di parlimen.34 Rang undang-

undang berkenaan kemudiannya telah diluluskan di Parlimen

United Kingdom pada 24 Februari 2015. Undang-undang tersebut

mula berkuatkuasa pada 29 Oktober 2015.35 Pada 27 September 2016,

dunia dikejutkan dengan berita pengumuman kelahiran seorang

bayi tri-induk lelaki pertama di dunia hasil daripada MST. Bayi tri-

induk itu selamat dilahirkan pada 6 April 2016.36

Aplikasi teknologi bayi tri-induk melibatkan dua teknik IVF

iaitu teknik pemindahan pronukleus (pronuclear transfer, PNT) dan

teknik pemindahan gelendong maternal (maternal spindle transfer,

MST). Teknik manipulasi mikro PNT melibatkan penggunaan

zigot—yang hampir memasuki peringkat pembahagian sel

embrionik pertama—hasil persenyawaan antara sel telur dengan

sperma secara in vitro. Pada peringkat ini, zigot tersebut merupakan

32 Human Fertilisation and Embryology Authority. 2014. Third scientific review of the

safety and efficacy of methods to avoid mitochondrial disease through assisted conception:

2014 update. London: Human Fertilisation and Embryology Authority., hlm. 10. 33 Tachibana, Masahito, Michelle Sparman, Hathaitip Sritanaudomchai, Hong Ma,

Lisa Clepper, Joy Woodward, Ying Li, Cathy Ramsey, Olena Kolotushkina, and

Shoukhrat Mitalipov. 2009. "Mitochondrial gene replacement in primate offspring

and embryonic stem cells." Nature 461: 367-372. 34 Human Fertilisation and Embryology Authority. 2014. “Government decision on

mitochondria replacement regulations.” Human Fertilisation and Embryology

Authority. 22 Julai. Diakses Ogos 18, 2014. http://www.hfea.gov.uk/9025.html. 35 Human Fertilisation and Embryology Authority. 2015. “Statement on

mitochondrial donation.” Human Fertilisation and Embryology Authority. 25

Februari. Diakses Mac 30, 2015. http://www.hfea.gov.uk/9606.html. 36 Hamzelou, Jessica. 2016. Exclusive: World’s first baby born with new “3 parent”

technique. 27 September. https://www.newscientist.com/article/2107219-exclusive-

worlds-first-baby-born-with-new-3-parent-technique/.

185

sel tunggal dan masih belum membahagi. Pronukleus daripada zigot

wanita penghidap kecacatan mtDNA dikeluarkan manakala

pronukleus daripada zigot wanita sihat yang lain dikeluarkan dan

disingkirkan, menjadikannya zigot enukleus. Pronukleus daripada

zigot induk kemudiannya dimasukkan dan dicantumkan ke dalam

zigot enukleus. Zigot terbina semula tersebut yang kini

mengandungi pronukleus daripada wanita induk dan mitokondria

sihat daripada wanita penderma kemudiannya dimasukkan ke

dalam rahim wanita induk untuk perkembangan embrio ke

peringkat selanjutnya.37

Teknik MST pula menggunakan sel telur atau oosit matang

peringkat meoisis metafasa II. Gelendong kromosom pada peringkat

ini diambil dan dikeluarkan daripada oosit yang bermasalah (diambil

daripada wanita induk). Gelendong kromosom daripada oosit lain

yang sihat (berperanan sebagai penderma mitokondria) dikeluarkan

dan disingkirkan menjadikannya oosit enukleus. Gelendong

kromosom daripada induk ke dalam oosit atau sel telur enukleus

penderma. Oosit terbina semula itu kemudiannya disenyawakan

secara ICSI dengan sperma milik pasangan pesakit / wanita yang

mempunyai masalah gejala kecacatan mtDNA. Embrio terbina

semula yang membahagi itu kemudiannya dipindahkan ke dalam

uterus wanita induk untuk perkembangan selanjutnya.38

37 Nuffield Council on Bioethics. 2012. Novel techniques for the prevention of

mitochondrial DNA disorders: An ethical reviews. London: Nuffield Council on

Bioethics., hlm. 32-33. Lihat juga Human Fertilisation and Embryology Authority.

2014. Third scientific review of the safety and efficacy of methods to avoid mitochondrial

disease through assisted conception: 2014 update. London: Human Fertilisation and

Embryology Authority., hlm. 16. 38 Human Fertilisation and Embryology Authority. 2014. Third scientific review of the

safety and efficacy of methods to avoid mitochondrial disease through assisted conception:

2014 update. London: Human Fertilisation and Embryology Authority., hlm. 15.

Lihat juga Nuffield Council on Bioethics. 2012. Novel techniques for the prevention of

mitochondrial DNA disorders: An ethical reviews. London: Nuffield Council on

Bioethics., hlm. 34-35.

186

Teknologi Bayi Tri-Induk Menerusi Perspektif Maqāṣid Al-

Sharīʿah

Maqāṣid al-Sharīʿah merupakan pendekatan yang memenuhi

keperluan manusia sama ada berbentuk fizikal (harta, kekayaan, dan

sebagainya) dan spiritual (ketenangan, kepercayaan, dan sebagainya)

secara seimbang.39 Maqāṣid al-Sharīʿah merupakan pandangan holistik

Islam yang mesti dilihat secara bersepadu dan bukannya secara

terpecah-pecah kerana Islam itu sendiri bersifat sempurna dan

bersepadu merangkumi keseluruhan aspek kehidupan individu dan

masyarakat.40 Maqāṣid al-Sharīʿah merupakan asas nilai teoritikal

kepada budaya teknologi moden41 dan garis panduan Islam dalam

memelihara kepentingan dan maruah manusia serta memudahkan

pembangunan dan penyempurnaan kehidupan manusia.42 Maqāṣid

al-Sharīʿah pada hari ini menjadi kerangka dalam proses pengeluaran

fatwa mengenai bioetika khususnya fatwa berkaitan ART. Keadaan

ini disebabkan Maqāṣid al-Sharīʿah merupakan pendekatan

kehadapan yang membolehkan sesuatu isu semasa dirungkai

menerusi pendekatan syariah yang inovatif dan tidak riqid.43

Tambahan pula, ART merupakan bidang baharu yang tidak disebut

dalam sumber-sumber utama hukum Islam.44 Maka, maqāṣid al-

Sharīʿah merupakan pendekatan fiqh semasa dan kerangka bioetika

39 Ahmad Badri Abdullah. 2014. "An analysis of Islamic Jurisprudence (Fiqh) as

applied Islamic ethics." Islam and Civilisational Renewal 5 (2): 183-203. Lihat juga

Chapra, M. Umer. 2008. The Islamic vision of development in the light of Maqāsid al-

sharī‘ah. Jeddah: Islamic Development Bank., hlm. 3-4. 40 Dusuki, Asyraf Wajdi, and Abdulazeem Abozaid. 2007. "A critical appraisal on

the challenges of realizing Maqasid al-Shariah." IIUM Journal of Economics and

Management 15 (2): 143-165. 41 Raquib, Amana. 2015. Islamic ethics of technology. Kuala Lumpur: The Other Press.,

hlm. 102. 42 Kamali, Mohammad Hashim. 2008. Maqasid al-Shariah Made Simple. London:

International Institute of Islamic Thought., hlm. 1. 43 Kamali, Mohammad Hashim. 2011. "Maqasid al-Shari'ah and Ijtihad as

Instruments of Civilisational Renewal: A Methodological Perspective." Islam and

Civilisational Renewal 2 (2): 245-271. 44 Shaikh Mohd Saifuddeen; Noor Naemah Abdul Rahman; Noor Munirah Isa;

Azizan Baharuddin. 2014. "Maqasid al-Shariah as a Complementary Framework

to Conventional Bioethics." Science Engineering Ethics 20: 317-327.

187

Islam yang fleksibel dan holistik dan sangat relevan dalam menjadi

penilaian moral45 kepada isu teknologi bayi tri-induk.

Teknologi bayi tri-induk telah menimbulkan polemik dan

kontroversi dalam kalangan saintis, ilmuwan dan masyarakat awam

khususnya dalam kalangan masyarakat Islam.46 Keadaan sedemikian

berlaku disebabkan implikasi teknologi tersebut terutamanya yang

melibatkan persoalan identiti individu bayi tri-induk. Tambahan

pula, teknologi berkenaan merupakan terapi titisan germa (germline)

yang melibatkan perubahan pada sel gamet yang kemudiannya

diwariskan ke generasi seterusnya.47 Kumpulan proteknologi

berpendapat teknologi tersebut tidak membawa sebarang kesan

45 Maqāṣid al-Sharīʿah merupakan pendekatan paling praktikal dalam menjawab

persoalan bioetika. Hal ini disebabkan maqāṣid al-Sharīʿah bertepatan dengan

objektif umum syariah itu sendiri adalah untuk memelihara keteraturan dunia

dan mengawal perilaku manusia bagi mengelakkan mereka daripada melakukan

kerosakan dan kemusnahan antara satu sama lain, memelihara kepentingan

manusia dan menghindarkan kemudaratan (jalb al-maṣāliḥ wa dafʿu al-mafāsid),

menegakkan keadilan dan menghilangkan kesukaran (rafʿu al-ḥaraj). Lihat Ashur,

Muhammad al-Tahir Ibn. 2006. Ibn Ashur: Treatise on Maqasid al-Shari'ah.

Diterjemahkan oleh Mohhamed el-Tahir el-Mesawi. London: International

Institute of Islamic Thought., hlm. 112. Lihat juga Chapra, M. Umer. 2008. The

Islamic vision of development in the light of Maqāsid al-sharī‘ah. Jeddah: Islamic

Development Bank., hlm. 3-4. Lihat juga Kamali, Mohammad Hashim. 2012.

Maqasid al-Shari'ah, ijtihad and civilisational renewal. Kuala Lumpur: International

Institute of Advanced Islamic Studies., hlm. 18. Lihat Siti Nurani Mohamed Nor.

2010. “Human genetic technologies and Islamic bioethics.” Dalam GenEthics and

religion, diedit oleh G. Pfleiderer, G. Brahier dan K. Lindpaintner, 129-137. Basel:

Karger., hlm. 136. Lihat juga Kasule, Omar Hasan. 2015. "A medical perspective

on preservation of human progeny." In Preservation of human progeny in the age of

biotechnology, edited by Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh, 45-56.

Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia. Lihat juga Raquib, Amana.

2015. Islamic ethics of technology. Kuala Lumpur: The Other Press., hlm. 32. 46 Check, Erika. 2005. "Gene study raises fears for three-parent babies." Nature 438:

12. 47 Pihak Nuffield Council on Bioethics menyatakan bahawa sebelum prosedur

pembinaan semula sel dilakukan dan bahagian-bahagian yang sesuai daripada sel

telur penderma dan pesakit digabungkan, indvidu yang dilahirkan daripada sel

telur ibunya tanpa sebarang perubahan sudah semestinya mempunyai

kandungan genetik yang berlainan yang menyebabkan titisan germanya juga

berbeza daripada individu yang lahir melalui teknologi bayi tri-induk. Lihat

Nuffield Council on Bioethics. 2012. Novel techniques for the prevention of

mitochondrial DNA disorders: An ethical reviews. London: Nuffield Council on

Bioethics., hlm. 58-59.

188

terhadap identiti bayi yang dilahirkan.48 Pihak penentang pula

menyanggah pendapat berkenaan kerana menurut kelompok ini,

identiti bukanlah terletak pada gen tetapi terletak dalam dunia yang

didiami dan kisah yang dicatatkan dan dipertahankan.49 Bayi yang

lahir dengan mewarisi masalah kecacatan mtDNA, dengan bayi yang

dilahirkan sihat hasil teknologi bayi tri-induk sudah pasti

mempunyai kisah dan pengalaman hidup yang berbeza; perbezaan

yang membentuk identiti dan keperibadian bayi tersebut sehingga

dewasa. Meskipun mtDNA hanyalah mewakili kurang daripada 0.1

peratus daripada jumlah keseluruhan gen manusia, namun gen

tersebutlah yang menentukan sama ada bayi tersebut mengalami

penyakit-penyakit mitokondria atau sebaliknya. Kehadiran bahan

genetik sekecil itu daripada sumber menyebabkan berlakunya

perubahan genetik dan identiti bayi terbabit. Teknik-teknik IVF

teknologi bayi tri-induk memerlukan mtDNA diambil daripada

wanita yang bukan daripada keturunan maternal pesakit; sama ada

ibu, kakak, nenek, adik-beradik perempuan dan sebagainya, kerana

seluruh kerabat maternal pesakit tersebut turut membawa mtDNA

mutan seperti pesakit tersebut. Maka, terma tri-induk terpakai

kerana kehadiran bahan genetik daripada sumber ketiga yang tiada

kaitan darah dengan ibu dan bapa bayi tersebut.50

Islam sangat mementingkan soal pemeliharaan keturunan

sebagaimana dibuktikan menerusi pengharaman zina dan ketetapan

iddah bagi wanita yang bercerai atau kematian suaminya.51 Islam

48 Nuffield Council on Bioethics. 2012. Novel techniques for the prevention of

mitochondrial DNA disorders: An ethical reviews. London: Nuffield Council on

Bioethics., hlm. 52-57. 49 Kelompok ini berhujah bahawa Identiti yang melibatkan sifat-sifatnya, kehendak,

kepercayaan, nilai, emosi, kenangan, tindakan dan pengalaman diketahui

berdasarkan hubungannya dengan persekitaran yang merangkumi pelbagai tahap

dan kepelbagaian keintiman dan kesalingbergantungan. Lihat Baylis, Francoise.

2013. “The ethics of creating children with three genetic parents.” Reproductive

BioMedicine Online 26 (6): 531-534. 50 Baylis, Francoise. 2013. “The ethics of creating children with three genetic

parents.” Reproductive BioMedicine Online 26 (6): 531-534. 51 Antara tujuan utama ditetapkan iddah ialah bagi mengelakkan berlakunya

percampuran nasab antara baka suami terdahulu dengan suami baharu. Lihat Syh

Noorul Madihah Syed Husin; Raihanah Azahari. 2010. "Pendekatan Islam dalam

189

mengharuskan aplikasi ART yang bertujuan untuk memelihara

nyawa (ḥifẓ al-nafs) dan anak (ḥifẓ al-nasl) selagimana teknik terbabit

tidak mencabul aspek pemeliharaan keturunan (ḥifẓ al-nasab), tidak

mengancam nyawa, atau menimbulkan keadaan tidak bermoral

dalam masyarakat52. Dalam konteks teknologi bayi tri-induk,

perbincangan berkaitan pemeliharaan keturunan dan anak sangat

signifikan memandangkan teknologi tersebut, sama ada melalui PNT

ataupun MST, melibatkan kehadiran sumber ketiga bahan genetik

(penderma oosit enukleus). Walaupun, sumber ketiga bahan genetik

yang digunakan hanyalah mitokondria sahaja dan tidak melibatkan

nukleus sel yang membawa bahan genetik manusia keseluruhannya,

namun sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini, mitokondria

diwarisi secara eksklusif menerusi pewarisan maternal; bermakna

semua mitokondria yang wujud dalam seorang manusia datang

daripada sel telur. Meskipun saiz mtDNA adalah sangat kecil; iaitu

sekitar 0.05 peratus daripada keseluruhan genom manusia, namun

mtDNA itulah yang menjadi penentu sama ada seorang individu

tersebut menghidap penyakit gejala kecacatan mtDNA atau

sebaliknya. Persoalannya, adakah Islam membenarkan teknologi

tersebut ataupun sebaliknya? Sekiranya dibenarkan, mungkin wujud

kecelaruan dalam nasab bayi terlibat kerana wujud bahan genetik

selain daripada ibu dan bapa.

Berbeza dengan masyarakat Barat, identiti dalam Islam turut

berkait rapat dengan hubungan sosial umat Islam, justeru campur

tangan dalam aspek nasab turut menimbulkan implikasi yang lebih

besar kepada masyarakat umum. Implikasi berkenaan melibatkan

soal hak penjagaan anak, soal batasan aurat dan pergaulan, soal

perkahwinan dan perwalian, dan soal pewarisan harta. Implikasi-

implikasi tersebut menyentuh aspek paling utama al-ḍarūriyyāt al-

khams iaitu pemeliharaan agama (ḥifẓ al-dīn). Sekiranya polemik di

atas tidak ditangani dengan betul, sudah pasti akan terjadi huru-hara

dan kacau-bilau dalam institusi masyarakat dan keluarga Islam yang

bakal menimbulkan mudarat yang lebih besar. Atas sebab itu, Islam

memelihara maslahah wanita selepas kematian suami." Jurnal Syariah 18 (3): 479-

506. 52 Yeprem, M. Saim. 2007. "Current assisted reproduction treatment practices from

an Islamic perspective." Reproductive BioMedicine Online 14 (1): 44-47.

190

menetapkan syarat bahawa sesuatu ART mesti melibatkan pasangan

suami isteri yang masih dalam tempoh sah perkahwinan mereka dan

bebas daripada campur tangan pihak ketiga53. Pada masa yang sama,

Islam juga menekankan soal pemeliharaan nyawa (ḥifẓ al-nafs) dan

mencari rawatan bagi penyakit. Sehingga ke saat ini, masih belum

ada sebarang penawar yang dapat menyembuhkan penyakit gejala

kecacatan mtDNA. Teknologi bayi tri-induk ini diyakini pakar dapat

menghalang atau mengelakkan pemindahan mtDNA mutan

daripada seorang ibu kepada anaknya. Penyakit-penyakit yang

disebabkan mutasi mtDNA merupakan penyakit-penyakit serius

yang menelan wang, tenaga, dan masa yang banyak dalam menjalani

rawatan perubatan. Keluarga yang mempunyai gejala tersebut turut

mengalami tekanan dari segi mental dan emosi bagi mengurus ahli

keluarga yang berpenyakit tersebut. Ibu-ibu berpenyakit juga sudah

tentu dirundung kemurungan dan tekanan sekiranya anak-anak

yang dilahirkan mati pramatang atau pada usia yang sangat muda.

Sehubungan dengan itu, terapi penggantian mitokondria boleh

dilihat sebagai suatu ikhtiar manusia bagi menyembuhkan penyakit

dan memelihara nyawa.

Dalam penentuan status teknologi terbabit, terdapat

beberapa perkara perlu diteliti dan dilihat dengan lebih mendalam.

Pertama, sebagaimana diagnosis perubatan lain, diagnosis penyakit-

penyakit gejala kecacatan mtDNA tidak mencapai tahap keyakinan

mutlak (al-yaqin), sebaliknya berasaskan kepada beberapa

kebarangkalian. Kompleksiti gejala kecacatan mitokondria

menyebabkan pakar-pakar perubatan sukar menentukan dengan

tepat tahap dan kemungkinan seseorang individu itu akan

mengalami masalah gejala kecacatan mitokondria atau sebaliknya.

Dalam kes pembawa mtDNA mutan heteroplasmi, seseorang

pembawa mtDNA mutan tidak semestinya mengalami gejala

kecacatan mtDNA melainkan kadar mtDNA mutannya melebihi nilai

ambang (threshold) berdasarkan tisu atau organ yang terlibat. Maka,

dalam kes sedemikian, seorang anak yang bakal dilahirkan tidak

53 Shaikh Mohd Saifuddeen; Chang Lee Wei; Abdul Halim Ibrahim; Nor Aina Mhd

Khotib. 2013. "Islamic ethical framework to tackle scientific and technological

dilemmas." Journal of Dharma 38 (4): 373-386. Lihat juga Serour, G. I. 2008. "Islamic

perspectives in human reproduction." Reproductive BioMedicine Online 17 (3): 34-38.

191

semestinya akan menghidap penyakit akibat gejala kecacatan

mtDNA. Situasi berbeza berlaku dalam kes penghidap mtDNA

mutan homoplasmi kerana kesemua mitokondrianya merupakan

mtDNA mutan.

Kedua, teknologi bayi tri-induk melibatkan unsur

kemasukan komponen bahan genetik daripada pihak ketiga.

Meskipun mtDNA penderma yang diwarisi itu tidak menyumbang

kepada ciri dan sifat peribadi individu teknologi bayi tri-induk,54

namun mtDNA memainkan peranan signifikan dalam penentuan

keturunan maternal individu terbabit menerusi kaedah jujukan

mtDNA.55 Maka, timbul kemungkinan berlaku kecelaruan dalam

penentuan keturunan maternal individu tri-induk tersebut

terutamanya dalam situasi menjejak individu tri-induk yang telah

lama hilang.56 Fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan sebelum ini telah

mengharamkan sebarang bentuk teknik IVF yang melibatkan

54 Sifat dan ciri peribadi seseorang individu diwarisi sepenuhnya daripada DNA

nukleus ibu dan bapa kandung bayi tersebut. Lihat Department of Health. 2014.

Mitochondrial Donation: Government response to the consultation on draft regulations to

permit the use of new treatment techniques to prevent the transmission of a serious

mitochondrial disease from mother to child. London: Department of Health. Diakses

Ogos 4, 2016.

https://www.gov.uk/government/uploads/system/uploads/attachment_data/file/3

32881/Consultation_response.pdf., hlm. 15. 55 Jujukan mtDNA digunakan bagi menjejak dan mengenalpasti keturunan maternal

seseorang terutamanya dalam kes melibatkan individu atau tinggalan rangka

manusia. Lihat Bender, Klaus, Peter M. Schneider, and Christian Rittner. 2000.

"Application of mtDNA sequence analysis in forensic casework for the

identification of human remains." Forensic Science International 113: 103–107. 56 Antara contoh aplikasi kaedah jujukan mtDNA adalah kajian mengesan keluarga

Romanov; keluarga diraja Russia yang dibunuh oleh tentera Bolshevik pada

tahun 1918. Lihat Coble, Michael D., Odile M. Loreille, Mark J. Wadhams, Suni M.

Edson, Kerry Maynard, Carna E. Meyer, Harald Niederstatter, et al. 2009.

"Mystery Solved: The Identification of the Two Missing Romanov Children Using

DNA Analysis." PLoS ONE 4 (3): e4838. doi:10.1371/journal.pone.0004838. Lihat

juga Gill, Peter, Pavel L. Ivanov, Colin Kimpton, Romelle Piercy, Nicola Benson,

Gillian Tully, Ian Evett, Erika Hagelberg, and Kevin Sullivan. 1994. "Identification

of the remains of the Romanov family by DNA analysis." Nature Genetics 6: 130-

135. Lihat juga Holland, M.M., and T.J. Parsons. 1999. "Mitochondrial DNA

sequence analysis - Validation and use for forensic casework." Forensic Science

Review 11 (1): 21-50.

192

penglibatan pihak ketiga selain daripada suami isteri yang sah.57

Pengharaman tersebut bagi memelihara kesucian nasab sekali gus

mengelakkan daripada berlakunya percampuran dan kecelaruan

nasab. Walau bagaimanapun, teknologi bayi tri-induk bertujuan

mengelakkan seorang anak yang dilahirkan daripada menghidap

penyakit akibat gejala kecacatan mtDNA. Sebagaimana yang

disebutkan sebelum ini, penyakit-penyakit tersebut merupakan

penyakit kritikal yang amat berbahaya serta boleh membawa maut

kepada penghidapnya. Pakar-pakar perubatan juga masih belum

menemui sebarang penawar atau rawatan mujarab untuk penyakit-

penyakit terbabit. Dalam konteks berkenaan, teknologi bayi tri-induk

dilihat sebagai rawatan bagi menyelamatkan dan memelihara nyawa

dan anak tersebut sekali gus memenuhi dua komponen utama al-

ḍarūriyyāt al-khams iaitu memelihara nyawa (ḥifẓ al-nafs) dan anak

(ḥifẓ al-nasl). Maka, pertimbangan dan penelitian secara berhati-hati

harus dilakukan bagi menentukan yang manakah lebih utama;

pemeliharaan anak dan keturunan, pemeliharaan nyawa atau

pemeliharaan agama. Selain itu, kajian terperinci, teliti, dan berhati-

hati perlu dilakukan bagi menentukan status sama ada PNT, MST

atau teknologi bayi tri-induk seluruhnya dibenarkan atau dilarang

pengggunaannya oleh Islam.

Ketiga, penelitian juga perlu dibuat bagi menilai manfaat dan

mudarat yang dibawa oleh teknologi tersebut kepada individu dan

juga masyarakat seluruhnya, sama ada teknologi terbabit membawa

lebih banyak manfaat atau sebaliknya berdasarkan kaedah fiqh

‘Menolak kerosakan adalah lebih utama daripada mendatangkan

kebaikan’ (daf’u al-mafasid awla min jalb al-masalih). Sekiranya

membawa mudarat, pertimbangan perlu diberikan sama ada

mudarat kepada individu lebih besar atau sebaliknya, berdasarkan

kaedah fiqh ‘Ditanggung kemudaratan khusus bagi menolak

kemudaratan umum’(yatahammalu al-darar al-khas li daf’i al-darar al-

57 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 2015. "Hukum Menggunakan Kaedah Khidmat

Ibu Tumpang Untuk Mendapatkan Zuriat." e-Fatwa. April 10. Accessed April 13,

2015. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-menggunakan-

kaedah-khidmat-ibu-tumpang-untuk-mendapatkan-zuriat. Lihat juga Resolusi

No. (16/4/3) dalam Islamic Fiqh Academy (Jeddah). 2000. Resolutions and

recommendations of the Council of the Islamic Fiqh Academy 1985-2000. Jeddah: Islamic

Development Bank., hlm. 28.

193

‘am). Penelitian juga perlu melihat sama ada status gejala kecacatan

mtDNA dan teknologi bayi tri-induk termasuk dalam perkara-

perkara ḍarūriyyāh, ḥājiyyah, atau sekadar bersifat taḥsīniyyah.

Sekiranya tidak termasuk dalam klasifikasi ḍarūriyyāh atau ḥājiyyah,

penelitian perlu melihat sama ada aplikasi teknologi terbabit akan

mengancam atau mencabul klasifikasi yang lebih tinggi daripadanya.

Kesimpulan

Islam merupakan agama yang menggabungkan unsur tetap dan anjal

(thabat wa murunah). Islam menerima dan membenarkan apa-apa juga

kemajuan yang dibawa oleh sains dan teknologi dengan syarat

kemajuan tersebut memenuhi dan tidak mencabul syariat Islam serta

membawa manfaat kepada manusia seluruhnya dan umat Islam

khususnya.58 Kemajuan sains dan teknologi itu juga; seperti ART dan

teknologi bayi tri-induk, mestilah memelihara ketertiban dan

keteraturan manusia dan kepentingannya berdasarkan prinsip

maqāṣid al-Sharīʿah bagi menghindarkan berlaku kecelaruan dan

kacau-bilau dalam kehidupan manusia. Maka, status dan hukum

Islam terhadap teknologi bayi tri-induk perlu diteliti dengan

terperinci dan berhati-hati menggunakan neraca syariat dan hukum

Islam agar dapat ditentukan status teknologi tersebut sama ada

dibolehkan atau sebaliknya.

Rujukan

Abe, K., H. Yoshimura, H. Tanaka, N. Fujita, T. Hikita, and S.

Sakoda. 2004. "Comparison of conventional and diffusion-

weighted MRI and proton MR spectroscopy in patients with

mitochondrial encephalomyopathy, lactic acidosis, and

stroke-like events." Neuroradiology 46: 113-117.

Ahmad Badri Abdullah. 2014. "An analysis of Islamic Jurisprudence

(Fiqh) as applied Islamic ethics." Islam and Civilisational

Renewal 5 (2): 183-203.

58 Yeprem, M. Saim. 2007. "Current assisted reproduction treatment practices from

an Islamic perspective." Reproductive BioMedicine Online 14 (1): 44-47.

194

Ashur, Muhammad al-Tahir Ibn. 2006. Ibn Ashur: Treatise on Maqasid

al-Shari'ah. Diterjemahkan oleh Mohhamed el-Tahir el-

Mesawi. London: International Institute of Islamic Thought.

Baylis, Francoise. 2013. “The ethics of creating children with three

genetic parents.” Reproductive BioMedicine Online 26 (6): 531-

534.

Bender, Klaus, Peter M. Schneider, and Christian Rittner. 2000.

"Application of mtDNA sequence analysis in forensic

casework for the identification of human remains." Forensic

Science International 113: 103–107.

Chapra, M. Umer. 2008. The Islamic vision of development in the light of

Maqāsid al-sharī‘ah. Jeddah: Islamic Development Bank.

Check, Erika. 2005. "Gene study raises fears for three-parent babies."

Nature 438: 12.

Cheng, Maria. 2013. Creating babies with DNA from 3 parents: U.K. may

allow controversial technique. London: The Huffington Post, 27

Jun. Diakses Oktober 7, 2013.

http://www.huffingtonpost.com/ 2013/06/28/babies-with-

dna-from-3-parents_n_3516000.html.

Chiaratti, Marcos Roberto, Flávio Vieira Meirelles, Dagan Wells, dan

Joanna Poulton. 2011. “Therapeutic treatments of mtDNA

diseases at the earliest stages of human development.”

Mitochondrion 11: 820-828.

Coble, Michael D., Odile M. Loreille, Mark J. Wadhams, Suni M.

Edson, Kerry Maynard, Carna E. Meyer, Harald

Niederstatter, et al. 2009. "Mystery Solved: The Identification

of the Two Missing Romanov Children Using DNA

Analysis." PLoS ONE 4 (3): e4838.

doi:10.1371/journal.pone.0004838.

Davidson, Michael W. 2004. Mitochondria. 13 Disember. Diakses

Oktober 19, 2013.

http://micro.magnet.fsu.edu/cells/mitochondria/mitochondri

a.html.

Department of Health. 2014. Mitochondrial Donation: Government

response to the consultation on draft regulations to permit the use

of new treatment techniques to prevent the transmission of a

serious mitochondrial disease from mother to child. London:

195

Department of Health. Diakses Ogos 4, 2016.

https://www.gov.uk/government/uploads/system/uploads/a

ttachment_data/file/332881/Consultation_response.pdf.

Detmer, Scott A., dan David C. Chan. 2007. “Functions and

dysfunctions of mitochondrial dynamics.” Nature Reviews

Molecular Cell Biology 8: 870-879.

Dimauro, Salvatore, and Guido Davidzon. 2005. "Mitochondrial

DNA and disease." Annals of Medicine 37: 222-232.

Dusuki, Asyraf Wajdi, and Abdulazeem Abozaid. 2007. "A critical

appraisal on the challenges of realizing Maqasid al-Shariah."

IIUM Journal of Economics and Management 15 (2): 143-165.

Gill, Peter, Pavel L. Ivanov, Colin Kimpton, Romelle Piercy, Nicola

Benson, Gillian Tully, Ian Evett, Erika Hagelberg, and Kevin

Sullivan. 1994. "Identification of the remains of the Romanov

family by DNA analysis." Nature Genetics 6: 130-135.

Hamzelou, Jessica. 2016. Exclusive: World’s first baby born with new “3

parent” technique. 27 September.

https://www.newscientist.com/article/2107219-exclusive-

worlds-first-baby-born-with-new-3-parent-technique/.

Holland, M.M., and T.J. Parsons. 1999. "Mitochondrial DNA

sequence analysis - Validation and use for forensic

casework." Forensic Science Review 11 (1): 21-50.

Holt, I.J., A.E. Harding, and J.A. Morgan-Hughes. 1988. "Deletions of

muscle mitochondrial DNA in patients with mitochondrial

myopathies." Nature 331 (25): 717-719.

Human Fertilisation and Embryology Authority. 2014. “Government

decision on mitochondria replacement regulations.” Human

Fertilisation and Embryology Authority. 22 Julai. Diakses Ogos

18, 2014. http://www.hfea.gov.uk/9025.html.

—. 2005. “HFEA grants licence to Newcastle Centre at LIFE for

Mitochondrial Research.” Human Fertilisation and Embryology

Authority. 8 September. Diakses Ogos 4, 2014.

http://www.hfea.gov.uk/671.html.

—. 2015. “Statement on mitochondrial donation.” Human Fertilisation

and Embryology Authority. 25 Februari. Diakses Mac 30, 2015.

http://www.hfea.gov.uk/9606.html.

196

Human Fertilisation and Embryology Authority. 2014. Third scientific

review of the safety and efficacy of methods to avoid mitochondrial

disease through assisted conception: 2014 update. London:

Human Fertilisation and Embryology Authority.

Islamic Fiqh Academy (Jeddah). 2000. Resolutions and

recommendations of the Council of the Islamic Fiqh Academy

1985-2000. Jeddah: Islamic Development Bank.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 2015. "Hukum Menggunakan

Kaedah Khidmat Ibu Tumpang Untuk Mendapatkan

Zuriat." e-Fatwa. April 10. Accessed April 13, 2015.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-

menggunakan-kaedah-khidmat-ibu-tumpang-untuk-

mendapatkan-zuriat.

Kamali, Mohammad Hashim. 2011. "Maqasid al-Shari'ah and Ijtihad

as Instruments of Civilisational Renewal: A Methodological

Perspective." Islam and Civilisational Renewal 2 (2): 245-271.

—. 2008. Maqasid al-Shariah Made Simple. London: International

Institute of Islamic Thought.

—. 2012. Maqasid al-Shari'ah, ijtihad and civilisational renewal. Kuala

Lumpur: International Institute of Advanced Islamic Studies.

Kasule, Omar Hasan. 2015. "A medical perspective on preservation

of human progeny." In Preservation of human progeny in the

age of biotechnology, edited by Shaikh Mohd Saifuddeen

Shaikh Mohd Salleh, 45-56. Kuala Lumpur: Institut

Kefahaman Islam Malaysia.

Lane, Nick. 2006. "Powerhouse of Disease." Nature 440: 600-602.

Mitalipov, Shoukhrat, and Don P. Wolf. 2014. "Clinical and ethical

implications of mitochondrial gene transfer." Trends in

Endocrinology and Metabolism 25 (1): 5-7.

2013. Mitochondria. Diakses Oktober 19, 2013.

http://www.nature.com/scitable/topicpage/mitochondria-

14053590.

Nuffield Council on Bioethics. 2012. Novel techniques for the prevention

of mitochondrial DNA disorders: An ethical reviews. London:

Nuffield Council on Bioethics.

197

Pfeffer, G., K. Majamaa, D.M. Turnbull, D. Thorburn, and P.F.

Chinnery. 2012. "Treatment for mitochondrial disorders."

Cochrane Database of Systematic Reviews (4): 1-39.

Poulton, Joanna, and Laurence Bindoff. 2005. Mitochondrial

Respiratory Chain Disorders. Vol. 12, in Encyclopedia of Life

Sciences, 126-133. West Sussex: John Wiley & Sons Ltd.

Raquib, Amana. 2015. Islamic ethics of technology. Kuala Lumpur: The

Other Press.

Ronchi, Dario, Alessandra Cosi, Davide Tonduti, Simona Orcesi,

Andreina Bordoni, Francesco Fortunato, Mafalda Rizzuti, et

al. 2011. "Clinical and molecular features of an infant patient

affected by Leigh Disease associated to m.14459G > A

mitochondrial DNA mutation: a case report." BMC Neurology

11: 1-6.

Sadun, Alfredo A., Chiara La Morgia, and Valerio Carelli. 2011.

"Leber’s Hereditary Optic Neuropathy." Current Treatment

Options in Neurology 13 (1): 109-117.

Schaefer, Andrew M., Robert W. Taylor, Douglass M. Turnbull, and

Patrick F. Chinnery. 2004. "The epidemiology of

mitochondrial disorders—past, present and future."

Biochimica et Biophysica Acta 1659: 115-120.

Serour, G. I. 2008. "Islamic perspectives in human reproduction."

Reproductive BioMedicine Online 17 (3): 34-38.

Shaikh Mohd Saifuddeen; Chang Lee Wei; Abdul Halim Ibrahim;

Nor Aina Mhd Khotib. 2013. "Islamic ethical framework to

tackle scientific and technological dilemmas." Journal of

Dharma 38 (4): 373-386.

Shaikh Mohd Saifuddeen; Noor Naemah Abdul Rahman; Noor

Munirah Isa; Azizan Baharuddin. 2014. "Maqasid al-Shariah

as a Complementary Framework to Conventional Bioethics."

Science Engineering Ethics 20: 317-327.

Siti Nurani Mohamed Nor. 2010. “Human genetic technologies and

Islamic bioethics.” Dalam GenEthics and religion, diedit oleh

G. Pfleiderer, G. Brahier dan K. Lindpaintner, 129-137. Basel:

Karger.

198

Smith-Spark, Laura. 2013. UK takes steps toward 'three-parent babies'.

CNN.com. London: CNN.com, 28 Jun. Diakses Julai 7, 2013.

edition.cnn.com/2013/06/28/health/uk-health-dna-ivf.

Syh Noorul Madihah Syed Husin; Raihanah Azahari. 2010.

"Pendekatan Islam dalam memelihara maslahah wanita

selepas kematian suami." Jurnal Syariah 18 (3): 479-506.

Tachibana, Masahito, Michelle Sparman, Hathaitip Sritanaudomchai,

Hong Ma, Lisa Clepper, Joy Woodward, Ying Li, Cathy

Ramsey, Olena Kolotushkina, and Shoukhrat Mitalipov.

2009. "Mitochondrial gene replacement in primate offspring

and embryonic stem cells." Nature 461: 367-372.

Taylor, Robert W., and Doug M. Turnbull. 2005. "Mitochondrial

DNA mutations in human disease." Nature Reviews Genetics 6

(5): 389-402.

Thorburn, D. R. 2004. "Mitochondrial disorders: Prevalence, myths

and advances." Journal of Inherited Metabolic Disease 27 (3):

349-362.

Wallace, Douglas C., and Dimitra Chalkia. 2013. "Mitochondrial

DNA genetics and the heteroplasmy conundrum in

evolution and disease." Cold Spring Harbor Perspectives in

Biology 1-47.

Wallace, Douglas C., Gurparkash Singh, Marie T. Lott, Judy A.

Hodge, Theodore G. Schurr, Angela M. S. Lezza, Louis J.

Elsas II, and Eeva K. Nikoskelainen. 1988. "Mitochondrial

DNA Mutation Associated with Leber's Hereditary Optic

Neuropathy." Science 242: 1427-1430.

Yabuuchia, Akiko, Zeki Beyhan, Noriko Kagawa, Chiemi Mori, Kenji

Ezoe, Keiichi Kato, Fumihito Aono, Yuji Takehara, dan

Osamu Kato. 2012. “Prevention of mitochondrial disease

inheritance by assisted reproductive technologies: Prospects

and challenges.” Biochimica et Biophysica Acta (BBA) - General

Subjects 1820 (5): 637-642.

Yeprem, M. Saim. 2007. "Current assisted reproduction treatment

practices from an Islamic perspective." Reproductive

BioMedicine Online 14 (1): 44-47.

MAQASID AL-SHARI̒AH:

APLIKASI DALAM ASPEK MUAMALAT

DAN KEHARTAAN

2016

MAQASID AL-SHARI̒AH:

APLIKASI DALAM ASPEK MUAMALAT

DAN KEHARTAAN

Penyunting

Luqman Hj Abdullah

Rushdi Ramli

Nor Fahimah Mohd Razif

2016

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-

mana bahagian daripada terbitan ini sama ada ilustrasi dan isi

kandungannya dalam apa jua bentuk dan cara sama ada secara

elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman dan sebagainya sebelum

mendapat izin bertulis daripada pemilik hak cipta terlebih dahulu.

Maqasid al-Shari̒ah: Aplikasi Dalam Aspek Muamalat Dan

Kehartaan

©Jabatan Fiqh dan Usul

Cetakan Pertama 2016

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

ISBN: 978—967-5534-59-1

Penyunting:

Luqman Hj Abdullah, Rushdi Ramli, Nor Fahimah Mohd Razif

Buku ini disusun atur dengan menggunakan font Palatino Linotype

dan Traditional Arabic

Diterbitkan oleh:

Jabatan Fiqh dan Usul

Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya

50603 Kuala Lumpur.

Emel: [email protected]

Tel: +603-79676011

Faks: +603-79676141

iv

Daftar Isi

Daftar Isi

iv

Kata Pengantar

vii

1. Fiqh Kehartaan Menurut Perspektif

Maqasid al-Shari’ah

Muhammad Ikhlas Rosele, Luqman Hj.

Abdullah & Abdul Karim Ali

1

2. Fatwa Berhubung Wasiat Wajibah dan

Keseragaman Peruntukannya dalam

Fatwa Negeri-negeri di Malaysia

Muhammad Fathullah Al Haq Muhamad

Asni & Jasni Sulong

17

3. Problems and Implementation of

Maqasid al-Shariah in Family Takaful:

A Case study in Bangladesh

Issa Khan, Noor Naemah Abdul Rahman &

Mohd Roslan Mohd Noor

45

4. Aplikasi Maqasid Syariah dalam

Perubahan Fatwa dan Kesannya

Terhadap Zakat kepada Non Muslim

Nur Mohammad Hadi Zahalan

55

5. Aplikasi Maqasid al-Shariah dalam

Produk-produk Takaful: Satu Sorotan

Literatur

Ridzwan Ahmad, Nor Fahimah Mohd Razif,

Luqman Abdullah, Kamaruzzaman Noordin

& Nik Asma’ Adawiyah Nik Din

73

v

6. Aplikasi Pemikiran Syeikh Daud

al-Fatani (Furū’ Al-Masā’il) dalam

Perbankan Islam di Selatan Thailand

Ibraheng Saleh, Muhammadhusnee Yanya &

Asyraf Hj Ab Rahman,

93

7. Maqasid Shariah dalam Perkembangan

Fatwa-fatwa Zakat di Malaysia

Azri Bhari & Luqman Abdullah

111

8. Pembinaan Maqasid Hutang dalam

Institusi Perbankan Islam (IPI) dari

Perspektif al-Qur’an

Faris Murtadha Fazial & Shahir Akram

Hassan

129

9. Garis Panduan Pengiklanan yang

Melibatkan Wanita di Malaysia

Menurut Perspektif Maqasid Syariah

Ayunni Karim, Mohd Anuar Ramli &

Muhamad Asyraf Ahmad Termimi

143

10. Konsep Istibdal Dalam Pembangunan

Hartanah Wakaf: Analisis Berasaskan

Produk Sukuk Musyarakah

Hisham Sabri

159

11. Teknologi Bayi Tri-Induk Menerusi

Perspektif Maqāṣid al-Sharīʿah

Abdul Halim Ibrahim, Noor Naemah Abdul

Rahman & Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd

Salleh

177

12. Pensijilan Halal dalam Kalangan

Usahawan Perusahaan Kecil dan

Sederhana (PKS) di Semenanjung

Malaysia: Isu dan Permasalahan

Saadan Man & Muhammad Safwan Harun

199

vi

13. Pembangunan Projek Wakaf Tunai dari

Perspektif Maqasid Syariah: Satu

Analisis

Nur Diyana Azizi, Hisham Sabri &

Nurhidayah Muhamad Sharifuddin

215

14. Patuh-Syariah dan Kesannya ke Atas

Pengurusan Risiko Organisasi: Satu

Kajian Awal

Muhammad Hisyam Mohamad & Fadillah

Mansor

231

15. Kedudukan Akad-Akad Bertangguh di

Institusi Perbankan Islam Menurut

Maqasid al-Shariah

Sumayyah Abdul Aziz & Ridzwan Ahmad

245

vii

Kata Pengantar

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas

penerbitan buku ini. Selawat dan salam kepada Nabi

Muhammad SAW dan para Sahabat.

Muamalat dan kehartaan adalah antara bidang yang

semakin berkembang dalam penyelidikan Islam masa kini. Ini

mungkin ada kaitan dengan perkembangan dalam industri

perbankan, takaful dan institusi kehartaan seperti zakat,

wakaf dan sebagainya yang begitu pantas yang memerlukan

penyelesaian hukum. Bagi penyelidik hukum pula selain

daripada keperluan kepada kepakaran ilmu fiqh dan usul fiqh

mereka juga perlu mempunyai pengetahuan tentang ilmu

maqasid al-Shari’ah bagi melengkapkan kepakaran dalam

bidang penyelidikan hukum. Perspektif maqasid dalam

menilai sesuatu isu baharu yang timbul sebelum membuat

keputusan hukum adalah sangat perlu bagi memastikan

keputusan hukum yang dibuat adalah tidak lari dari falsafah

dan objektifnya yang asal.

Buku Maqasid al-Shari’ah: Aplikasi dalam Aspek

Muamalat dan Kehartaan ini cuba menangani sebahagian

daripada isu-isu hukum yang ada dalam masyarakat

membangun sekarang dari perspektif maqasid. Sudah tentu ia

tidak mampu menjawab semua persoalan tetapi cukup untuk

membuka laluan kepada usaha penyelidikan yang berterusan

dalam bidang muamalat dan kehartaan. Semoga sumbangan

kecil dalam buku ini dapat memberi manfaat kepada

penyelidik-penyelidik yang berminat dalam bidang ini.

1 Muharram 1438H

2 Oktober 2016M