100615744-tajuk-3-kepentingan-pendidikan-jasmani-suaian (1)(1)

12
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian Tajuk 3 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi kepentingan Pendidikan Jasmani Suaian dalam aspek pertumbuhan dan perkembangan fizikal, perkembangan kognitif dan afektif serta faktor motivasi untuk murid kurang upaya. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Menghuraikan kepentingan Pendidikan Jasmani Suaian terhadap pertumbuhan perkembangan fizikal, kognitif dan afektif. 2. Mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperolehi pemahaman yang koheren tentang teori dan amalan. Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Kepentingan Pendidikan Jasmani Suaian Pertumbuhan dan Perkembangan Fizikal Perkembangan Kognitif Perkembangan Afektif Faktor Motivasi untuk murid kurang upaya 23

Upload: nurfarah-hanim

Post on 30-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 100615744-Tajuk-3-Kepentingan-Pendidikan-Jasmani-Suaian (1)(1)

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

Tajuk 3 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi kepentingan Pendidikan Jasmani

Suaian dalam aspek pertumbuhan dan perkembangan fizikal, perkembangan

kognitif dan afektif serta faktor motivasi untuk murid kurang upaya. Modul ini juga

dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

1. Menghuraikan kepentingan Pendidikan Jasmani Suaian terhadap

pertumbuhan perkembangan fizikal, kognitif dan afektif.

2. Mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk

memperolehi pemahaman yang koheren tentang teori dan amalan.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Kepentingan Pendidikan

Jasmani Suaian

Pertumbuhan dan Perkembangan

Fizikal

Perkembangan Kognitif

Perkembangan Afektif

Faktor Motivasi untuk murid kurang

upaya

23

Page 2: 100615744-Tajuk-3-Kepentingan-Pendidikan-Jasmani-Suaian (1)(1)

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

KANDUNGAN

3.0 Kepentingan Pendidikan Jasmani Suaian

Pendidikan Jasmani Suaian adalah direka khas untuk kanak-kanak

yang mengalami kecacatan dari segi mental mahupun fizikal serta kanak-

kanak yang tidak mempunyai keupayaan seperti seorang manusia yang

normal.

Melalui Pendidikan Jasmani Suaian, kanak-kanak kurang upaya

mengalami pertumbuhan dan perkembangan daripada aspek fizikal, kognitif

dan afektif. Hal ini bermaksud, Pendidikan Jasmani Suaian sangat

membantu dalam perkembangan ketiga-tiga aspek tersebut terutamanya

aspek fizikal yang agak sukar diperolehi daripada subjek lain.

“Adapted Physical Education is predicated on the belief that each student

has an ability and a desire to move, to be active and ti participate

meaningfully with peers. Participation and activity are necessary

components of physical and social health. Teachers who expertly adapt and

vary learning experiences to meet the needs of students with disabilities in

physical education turn philosophy into practice.”

Petikan kata-kata di atas diambil daripada kenyataan yang dilakukan

oleh pengkaji dari Colorado Department of Education Statement for

Adapted Physical Education yang menggambarkan betapa pentingnya

seseorang yang mengalami kecacatan atau kurang upaya menerima

pengalaman pendidikan atau pengajaran. Ia membolehkan mereka

berupaya untuk bergerak bebas, menjadi aktif dan menyertai serta bersosial

bersama rakan-rakan. Penglibatan dan aktiviti merupakan komponen

keperluan yang utama dalam kesihatan sosial dan fizikal kerana setiap

pengalaman yang diperolehi membolehkan mereka mengaplikasikan

kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian.

24

Page 3: 100615744-Tajuk-3-Kepentingan-Pendidikan-Jasmani-Suaian (1)(1)

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

Menurut IDEA, takrifan utama Pendidikan Jasmani Suaian adalah

pembinaan dan perkembangan individu kurang upaya dalam aspek

kecergasan motor dan fizikal, kemahiran asas dan perkembangan motor,

kemahiran akuatik, menari (pergerakan asas), permainan individu dan

berkumpulan (sukan secara berpasukan dan sukan untuk masa depan).

Psikomotor merupakan aspek perkembangan terpenting bagi seseorang

individu kurang upaya yang hanya boleh diperolehi dalam hasil

pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian. Namun yang demikian,

Pendidikan Jasmani Suaian juga tidak mengabaikan aspek kognitif dan

afektif.

3.1 Pertumbuhan dan Perkembangan Fizikal

Walaupun ada kalanya kecacatan yang dimiliki oleh individu

berkenaan adalah kecacatan kekal, kita masih boleh merangsang

pertumbuhan dan perkembangan fizikal mereka melalui pengajaran dan

pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani Suaian. Kecacatan bukanlah

alasan untuk mereka tidak perlu menerima pendidikan yang sewajarnya

kerana dalam Pendidikan Jasmani Suaian, sistem atau kandungan isi

pengajarannya adalah bersesuaian untuk golongan kurang upaya.

Mereka tetap memerlukan latihan daripada segi fizikal supaya

perkembangan otot-otot mereka dapat dilakukan dalam keadaan yang paling

minima dan tidak menimbulkan kesakitan. Ianya tidak boleh berhenti begitu

sahaja kerana mereka seharusnya tahu menggunakan anggota badan atau

fizikal mereka sekurang-kurangnya dalam menguruskan diri dalam

kehidupan seharian. Seterusnya, apabila sudah tahu mengurus diri, mereka

akan diberikan pendedahan tambahan iaitu dalam melatih kemahiran motor

mereka dalam keadaan yang bersesuaian.

Melalui aktiviti fizikal yang dijalankan, individu kurang upaya ini akan

berusaha untuk bergerak. Secara tidak langsung, mereka telah

meningkatkan kemahiran motor mereka. Jika mereka diajar dengan

kemahiran motor yang lebih spesifik, secara tidak langsung mereka turut

25

Page 4: 100615744-Tajuk-3-Kepentingan-Pendidikan-Jasmani-Suaian (1)(1)

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

berkembang daripada aspek kawalan motor.

3.1.1 Aspek kehidupan seharian

Dalam kehidupan seharian, setiap individu memerlukan pergerakan

untuk melakukan semua perkara dan untuk membantu perkembangan motor

individu. Guru akan merangsang murid untuk menggunakan otot-otot secara

maksimum agar pertumbuhan dan perkembangan otot berlaku dengan baik.

Guru juga perlu memantau kelemahan murid. Sebagai contoh:

terdapat murid yang mengalami masalah postur badan yang tidak sempurna

hingga menjejaskan cara murid tersebut berjalan. Oleh itu, guru perlu

bertindak membantu murid dengan memberi latih tubi berjalan dengan betul

sehingga kemahiran tersebut dapat dikuasai dengan lebih baik.

Antara kepentingan pertumbuhan dan perkembangan fizikal dalam

aspek kehidupan seharian ialah:

i. Membolehkan murid dapat berjalan dengan betul.

ii. Membolehkan murid menggunakan peralatan kebersihan diri dengan betul

seperti memberus gigi.

iii.Murid mampu memegang sudu, cawan atau menyuap nasi menggunakan

tangan semasa makan dan minum dengan betul.

iv.Murid mampu memegang pensil dan peralatan menulis lain dengan baik

ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

v. Murid mampu memegang dan menggunakan peralatan sukan dengan

betul dan cekap.

vi.Murid mampu menguruskan diri sendiri seperti menyikat rambut, memakai

tali kasut, memakai baju dan lain-lain.

3.1.2 Aspek Sukan dan Rekreasi

Apabila pertumbuhan dan perkembangan fizikal murid kurang upaya

26

Page 5: 100615744-Tajuk-3-Kepentingan-Pendidikan-Jasmani-Suaian (1)(1)

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

berlaku dengan baik, mereka boleh melakukan aktiviti yang lebih khusus

seperti sukan dan rekreasi dengan baik juga. Antara kepentingan aspek

pertumbuhan dan perkembangan fizikal dalam aspek sukan dan rekreasi

ialah:

i. Murid boleh melakukan aktiviti pergerakan asas seperti aras mudah ke

aras sukar. Contohnya; merangkak, berjalan, berlari, melompat dan

sebagainya.

ii. Murid mampu melakukan aktiviti sukan daripada motor kasar kepada

motor halus. Contohnya; murid berlatih menyambut bola besar terlebih

dahulu sebelum mempelajari menyambut bola kecil.

iii.Murid boleh memilih sukan yang diminati dan menjalani latihan yang

berfokus. Contohnya; murid berminat memilih bermain dalam permainan

bola jaring maka latihan dan latih tubi yang bersesuaian adalah perlu agar

kemahiran dapat dikuasai. Seterusnya dapat menyertai pertandingan di

peringkat yang lebih tinggi.

iv.Murid boleh melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi seperti berkhemah,

berkelah, berkayak tetapi dengan pengesahan daripada pihak yang

bertanggungjawab.

v. Murid boleh bermain bersama rakan-rakan di padang atau taman

permainan dan menggunakan semua peralatan yang disediakan dengan

berhati-hati.

3.2Perkembangan Kognitif

Pendidikan Jasmani suaian melibatkan aktiviti fizikal secara aktif.

Secara tidak langsung, murid akan menggunakan akal fikiran untuk

membantu dalam melakukan aktiviti seharian. Aktiviti fizikal akan

menyebabkan oksigen disalurkan ke dalam tubuh badan dan otak dengan

banyak. Jelaslah bahawa otak yang mengandungi oksigen adalah otak yang

baik dan dapat merangsang minda. Selain badan cergas, otak turut menjadi

27

Page 6: 100615744-Tajuk-3-Kepentingan-Pendidikan-Jasmani-Suaian (1)(1)

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

cerdas.

Kepentingan-kepentingan Pendidikan Jasmani Suaian dalam aspek

perkembangan kognitif ialah:

i. Membantu murid menilai kelemahan diri

ii. Murid mampu melakukan setiap perkara yang diajar oleh guru dengan

baik dan bersungguh-sungguh.

iii. Murid mendengar setiap arahan yang disampaikan guru.

iv. Murid mampu memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh guru

tanpa diulang berkali-kali.

v. Murid boleh berfikir tentang sebab dan akibat sesuatu perkara itu

dilakukan.

vi. Murid mampu menilai perkara yang baik dan buruk dalam membuat

keputusan.

vii. Murid mampu mengeluarkan idea atau pandangan kepada orang lain.

viii.Murid boleh membantu rakan-rakan lain yang masih lemah.

3.3Perkembangan Afektif

i. Murid dapat bergaul bersama rakan-rakan sebaya dengan rasa

gembira.

ii. Murid menunjukkan keseronokan semasa bermain dan melakukan aktiviti

dengan rakan-rakan.

iii. Murid tahu bersikap menghormati guru dan rakan lain.

iv. Murid bersungguh-sungguh semasa melakukan aktiviti yang diarahkan

guru.

v. Murid tahu rasa tanggungjawab terhadap peralatan yang dipinjamkan dan

amanah yang diberikan oleh guru.

vi. Murid bekerjasama dalam kumpulan dan tidak menimbulkan pergaduhan.

28

Page 7: 100615744-Tajuk-3-Kepentingan-Pendidikan-Jasmani-Suaian (1)(1)

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

3.4Motivasi Untuk Murid Kurang Upaya

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, motivasi adalah suatu bentuk

dorongan, galakan atau perangsang. Menurut Woolfolk (1998), motivasi

boleh ditakrifkan sebagai keadaan dalaman diri yang membangkit,

menguasai dan mengekalkan sesuatu tingkah laku dalam diri seseorang itu.

3.4.1 Faktor-faktor motivasi

Motivasi bertindak untuk mengubah tingkah laku seseorang. Perkara-

perkara yang selalu dikaitkan dengan konsep motivasi ialah keinginan

(drives), keperluan (needs), insentif, rasa takut (fears), matlamat (goals),

tekanan sosial (social pressure), kepercayaan diri (self-confidence), minat

(interests), rasa ingin tahu (curiousity), kepercayaan (beliefs), nilai (values),

pengharapan (expectations) dan berbagai lagi

Konsep motivasi juga dapat dijelaskan berdasarkan ciri-ciri individu

atau traits. Sebagai contoh, terdapat situasi yang melibatkan 3 orang atlet

badminton yang berlatih bersungguh-sungguh untuk menghadapi Kejohanan

Badminton Dunia.

• Atlet 1: Atlet tersebut berlatih bersungguh-sungguh kerana mahu

mempertahankan gelaran terbaik dunia yang dipegangnya dan

mencipta kejayaan yang cemerlang dalam persembahan

permainannya.

• Atelt 2: Atlet tersebut berlatih bersungguh-sungguh kerana tidak

mahu kalah teruk sewaktu pertandingan.

• Atlet 3: Atlet tersebut berlatih bersungguh-sungguh semata-mata

29

Page 8: 100615744-Tajuk-3-Kepentingan-Pendidikan-Jasmani-Suaian (1)(1)

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

untuk memenuhi kehendak orang tuanya atau kehendak jurulatihnya.

Ketiga-tiga situasi ini menggambarkan perbezaan ketiga-tiga bentuk

atau faktor motivasi yang wujud dalam individu yang berlainan. Terdapat juga

individu yang menggabungkan kesemua faktor tersebut untuk menghasilkan

kecemerlangan prestasinya. Namun begitu, jelas menunjukkan motivasi

memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan perubahan

tingkah laku seseorang.

Secara kesimpulannya didapati bahawa motivasi bergantung kepada

dua faktor yang utama iaitu motivasi intrinsik (dalaman) dan motivasi

ekstrinsik (luaran).

3.4.1.1 Motivasi Intrinsik

Motivasi intrinsik adalah satu bentuk motivasi yang dikaitkan

dengan faktor dalaman diri seperti keperluan minat, rasa ingin tahu

dan rasa kepuasan diri. Reeve 91996) menyatakan bahawa motivasi

ini juga merupakan ciri semula jadi seorang manusia atau tabii

manusia untuk cuba mengatasi segala cabaran dalam proses

mendapatkan sesuatu yang diingininya. Raffini (1996) turut

menyokong melalui pernyataannya yang menyebut “...what

motivates us to do something when we don’t have to do

something”. Hal ini menunjukkan apabila seseorang individu

menginginkan sesuatu, dia akan berusaha untuk mendapatkannya

dengan dorongan dan motivasi yang diperolehinya.

3.4.1.2 Motivasi Ekstrinsik

Motivasi ekstrinsik merupakan satu bentuk motivasi yang

dikaitkan dengan faktor luaran atau faktor persekitaran seperti hadiah

atau ganjaran, tekanan sosial, hukuman dan lain-lain. Motivasi

ekstrinsik adalah berlawanan dengan motivasi intrinsik di mana aktiviti

yang dibuat adalah bertujuan untuk mendapatkan ganjaran, pujian,

30

Page 9: 100615744-Tajuk-3-Kepentingan-Pendidikan-Jasmani-Suaian (1)(1)

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

mengelak daripada hukuman, mendapatkan perhatian seseorang

yang disayangi atau apa sahaja sebab selain daripada untuk

memenuhi kehendak diri sendiri.

3.4.1.3 Faktor Motivasi Untuk Murid Kurang Upaya

Jika dilihat senario di sekolah, murid yang normal memerlukan

motivasi untuk melakukan sesuatu arahan dan kehendak guru

apatah lagi bagi murid kurang upaya. Akibat daripada kecacatan

yang dialami, mereka agak terganggu untuk bertindak sewajarnya

jika mendapat arahan guru. Perasaan rendah diri, tidak yakin,

kesakitan fizikal, trauma, terpaksa, penat, malas dan banyak lagi

alasan yang dirasai oleh mereka.

Menurut Capuzzi & Gross (1991), manusia memiliki

kecenderungan semulajadi yang menggerakkannya ke arah

perkembangan dan peningkatan diri. Bagi manusia, perkembangan

dan peningkatan diri boleh berupa penyesuaian, sosialisasi,

kesihatan, kebebasan, kesedaran atau autonomi. Begitu juga halnya

dengan kanak-kanak kurang upaya, walaupun mereka mempunyai

pelbagai jenis kekurangan dan kecacatan, mereka tetap mempunyai

naluri seperti manusia biasa berfikir.

Oleh itu, murid-murid kurang upaya sangat memerlukan

motivasi yang bersesuaian untuk memastikan objektif pembelajaran

dapat dicapai dan mereka sekurang-kurangnya mendengar arahan

yang diberikan guru. Motivasi untuk murid-murid kurang upaya

adalah lebih bersifat ekstrinsik iaitu luaran kerana golongan ini

sangat memerlukan perhatian. Maka, untuk menarik perhatian

mereka, motivasi berbentuk penghargaan lisan, puji-pujian adalah

sangat berkesan dalam membangkitkan semangat mereka. Antara

motivasi yang boleh diberikan kepada individu kurang upaya ialah:

i. Menghormati

31

Page 10: 100615744-Tajuk-3-Kepentingan-Pendidikan-Jasmani-Suaian (1)(1)

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

Guru atau tenaga pengajar perlu menunjukkan tanda

hormat kepada murid kurang upaya. Ia bukanlah

bermaksud seorang guru perlu tunduk kepada anak

murid sendiri tetapi cuba membina keyakinan diri mereka

dengan menyatakan mereka mempunyai kelebihan dan

dan orang lain perlu menghormati diri mereka dengan

tidak menyisihkan mereka serta menerima diri mereka

seadanya.

ii. Perhatian dan Mengambil Berat

Hadiah adalah lebih kepada bentuk material.

Kebiasaannya, motivasi jenis ini sangat menarik

perhatian murid kurang upaya. Mereka sukakan benda

maujud yang mana mereka dapat lihat sendiri hadiah

yang diberikan. Mereka akan berasa termotivasi dan

berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan

hadiah yang dijanjikan.

iii. Ganjaran

Ganjaran berbentuk wang juga boleh diberikan tetapi

tidak digalakkan kerana kita tidak mahu mendidik mereka

menjadi materialistik. Dalam waktu-waktu tertentu,

motivasi berbentuk ganjaran boleh diberikan kepada

mereka untuk menaikkan semangat agar berusaha

bersungguh-sungguh dan melakukan yang terbaik dalam

setiap tugasan yang diberikan.

32

Page 11: 100615744-Tajuk-3-Kepentingan-Pendidikan-Jasmani-Suaian (1)(1)

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

TUGASAN TERARAH

Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan

maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan

kepentingan Pendidikan Jasmani Suaian dalam aspek pertumbuhan dan

perkembangan fizikal, kognitif dan efektif serta faktor motivasi terhadap murid kurang

upaya.

LAMAN WEB

http://en.wikipedia.org/wiki/Adaptedhttp://www.apens.org/whatisape.htmlhttp://www.sharingsuccess.org/code/eptw/pdf_profiles/adaptivephysical.pdfhttp://www.specialchildren.about.com/od/specialeducation/g/APE.htmhttp://www.pecentral.org/adapted/adaptedsites.html

PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

RUJUKAN

Arthur S. Daniels & Evelyn A.Davies (2002). Adapted Physical Education (5th ed.). San

Francisco, CA: Harper and Row Publishers.

Gallahue, D.L. & Donnelly, F.C. (2003). Developmental Physical Education For All

Children (4th ed.). Champaign, IL: Human Kinetics.

Kelly, L.E.& Melograno, V.J. (2004). Developing The Phisical Education Curriculum: An

Aqchievement-based Approach. Champaign, IL: Human Kinetics.

33

Page 12: 100615744-Tajuk-3-Kepentingan-Pendidikan-Jasmani-Suaian (1)(1)

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.). San Francisco, CA: Benjamin Cummings.

34