1.0 sejarah penyejukbekuan

Upload: dorothy-doh-dominic

Post on 08-Jan-2016

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ppu

TRANSCRIPT

1.0 SEJARAH PENYEJUKBEKUANSistem penyejukan dan penyaman udara adalah satu sistem yang sangat penting kepada manusia pada masa kini. Terdapat pelbagai jenis dan model direka untuk memenuhi permintaan pengguna. Seawal kehidupan manusia, manusia mengenali bahawa bahan sejuk adalah suatu medium yang sesuai digunakan untuk memindahkan haba. Oleh itu salji dan ais adalah diperlukan untuk tujuan pemindahan haba. Misalnya, salji digunakan untuk menyimpan daging dan sebagainya supaya tahan lebih lama.Orang Cina telah mempelajari bagaimana ketulan ais boleh menyegarkan minuman. Mengikut sejarah, orang Cina merupakan manusia yang pertama memperkenalkan minuman yang dicampurkan ais untuk menjadikan minuman lebih sejuk dan menyegarkan. Manakala, orang-orang Greek dan Roman menggunakan hamba abdi untuk membawa salji dari pergunungan untuk disimpat di tempat yang dikhaskan yang berbentuk seperti kon untuk tujuan penyimpanan dan penyejukkan makanan.

Orang Egypt pula mendapati bahawa air yang disimpan di dalam tempayan yang diperbuat daripada tanah lebih sejuk daripada air yang disimpan ditempat lain. Tempayan yang berisi air tadi disimpan di atas bumbung di sebelah matahari jatuh. Maka, pada waktu malam, suhu akan bertukar menjadi lebih sejuk.

Walaupun pada masa dahulu, sistem penyejukan hanya digunakan oleh golongan atas sahaja, namun pada masa kini, ia merupakan keperluan asas tidak kira bagi golongan sederhana atau golongan atasan.Oleh itu, pada masa kini, aplikasi sistem penyejukkan semakin banyak digunakan. Maka, sehingga hari ini, system penyejukkan diaplikasikan dalam pelbagai bentuk. Misalnya seperti penyaman udara, peti sejuk dan sebagainya.