1.0(a) pengenalan sistem operasi

Upload: julyasakura

Post on 11-Oct-2015

122 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Sistem Operasi

TRANSCRIPT

SISTEM OPERASI

BAB 1 : Pengenalan kepada SISTEM OPERASISHARIFAH JULIANA BINTI YAAKUBSKS 2064PENGENALAN SISTEM OPERASI1.1 DefinisiSistem operasi adalah perisian yang bertindak sebagai antara muka di antara pengguna sistem komputer dan perkakasan komputer.Sistem operasi merangkumi 4 aspek utama iaitu pengurusan, pengawalan penghubung dan komunikasi Kesemua aspek ini penting untuk mengurus dan menyelia pelaksanaan arahan-arahan pengguna dan perkakasan komputer.Jenis-Jenis PerisianPerisian SistemPerisian sistem yang terkandung sekumpulan program yang mengawal selia perkakasan di dalam komputer

Perisian Aplikasi Sekumpulan program yang digunakan oleh pengguna akhir untuk pelbagai aplikasi seperti pemprosesan teks, pemprosesan maklumat.

fUNGSI SISTEM PENGOPERASIANMengawal dan melaksana program-program yang diguna pakai oleh pengguna. Memudahkan penggunaan sistem komputer kepada pengguna.Memudahkan pengguna dalam menyelesaikan masalahMembolehkan pengguna untuk menggunakan perkakasan komputer dengan cekap

Komponen SISTEM KOMPUTEr1.2 JENIS-jenis sistem operasiSistem Berkelompok (Batch) Sistem ini menganalisa pemprosesan input/output dan arahan yang sama akan dikumpulkan menjadi satu kelompok.Tugas/Arahan yang dikumpulkan akan diproses secara berkelompok (banyak proses dalam satu masa) Wujudnya proses sampukan semasa aktiviti pemprosesan berlaku. Proses sampukan berfungsi untuk menghentikan proses yang sedang berjalan untuk sementara waktu tetapi boleh disambung semula pada masa akan datang. Menjimatkan masa pemprosesanKeburukan CPU tidak digunakan sepenuhnya kerana CPU akan berada dalam keadaan idle semasa pemprosesan input/output berlaku.JENIS-jenis sistem operasiMulti-programming (Pelbagai Aturcara) Satu teknik untuk melaksanakan beberapa aturcara pada satu mesin pada satu masa Memperbaiki sistem Berkelompok satu aliran kerana sistem ini menumpukan satu kerja pada keseluruhan mesin atau pemprosesan Menyokong multi user Boleh juga dikenali sebagai Multi tasking tetapi OS jenis Multi Tasking tidak boleh dikenali sebagai Multi programming kerana tidak menyokong ciri Multi-User

Multi-Processor (Multi pemprosesan) menyokong pengguna sesebuah perisian atau program dari beberapa CPU secara serentak Cth OS, UNIX dan OS/2 Turut dikenali sebagai parallel processing Mengurus operasi sistem komputer supaya bekerjasama dengan pemproses-pemproses

JENIS-jenis sistem operasiSistem Perkongsian Masa (Time Sharing System)Mewakili sistem jenis multi-pengaturcaraan dan multi-user. Ia membenarkan sistem komputer digunakan secara serentak oleh ramai pengguna.Sistem komputer akan memberi peruntukkan masa memproses untuk setiap pengguna.Sampukan dan pemberian perkhidmatan pemproses kepada proses lain dilaksanakan dengan pantas. Jadi pengguna tidak menyedari berlakunya sampukan ke atas kerjanya.Pemprosesan Masa Nyata (Real Time Processing) Membolehkan sistem bertindak balas atau berinteraksi kepada respon pengguna pada masa nyata atau serta merta Setiap pengguna diberikan masa yang terhad mengikut jadual yang disediakan untuk menggunakan sumber komputer.

Jenis-jenis sistem operasiMulti Tasking (Pelbagai Tugas)Membolehkan seseorang pengguna melaksanakan beberapa program atau tugas secara serentak dalam satu masa yang samaHanya melibatkan satu CPU tetapi mampu mengubah fungsi dan tugas.Cth OS, UNIX, Wins 95, 2000 dan versi yang lebih tinggi, OS/2

Distributed OS (Sistem pengoperasian teragih) Satu gagasan sistem komputer yang boleh berkomunikasi dan bekerjasama antara perkakasan dan perisian Menggunakan konsep lutsinar- menyembunyikan komponen, sumber dari pengguna dan program aplikasi kecuali diminta Wujud konsep perkongsian dan capaian secara remote

Contoh-contoh sistem operasiDOSMicrosoft Windows 95/98/NT/XP/Vista/7/8LinuxUnixMacintosh

UNIXVersi pertama UNIX dibangunkan pada 1969 oleh Ken Thompson dan Dennis RitchieVersi kedua PDP 11/20Versi ketiga dibangunkan dengan menggunakan sistem pengaturcaraan bahasa CUnix merupakan multi pengguna, multi tugasanBeberapa pengguna boleh memasuki sistem secara serentak, setiap satunya melarikan program yang banyakTugas Kernel untuk memastikan setiap proses dan pengguna diasingkan dan mengawal capaian kepada sistem perkakas termasuk CPU, memori, cakera dan lain peranti I/O.

WINDOWSMicrosoft diasaskan oleh Bill Gates.Microsoft Windows adalah sistem operasi berasaskan Graphic User Interface (GUI). Microsoft Windows 1.0 adalah produk pertama yang dikeluarkan oleh Microsoft pada tahun 1985. Ini adalah penambahbaikan yang dilaksanakan oleh Microsoft terhadap MS-DOS.

Awal perkembangan nya berasal dari sistem yang bernama UNIX olehKen ThompsondanDennis Ritchieyang berasal dari AT&T Bell labs pada tahun 1968.Tujuan utama sistem operasi UNIX adalah sistem operasi yang multi-user dan multi-tasking dan ditulis ulang dengan menggunakan bahasa C untuk memungkinkan di bangunkan ke pelbagai perkakasan tanpa perlu menuliskan kod yang spesifik.Pencipta utama Linux ialah Linus Torvalds. Ia adalah klon sistem pengoperasian UNIX yang ditulis secara keseluruhan awal. Pembangunan Linux berlaku dengan serentak berbeza di seluruh dunia. Linux berbeza dengan sistem pengoperasian yang lain kerana tahap keupayaannya. linuxMACINTOSH

Sistem operasi macintosh direkabentuk dan dipasarkan oleh Apple Inc.Macintosh 128K adalah sistem operasi macintosh pertama yang diperkenalkan kepada umum pada 24 Januari 1984.Ia adalah komputer peribadi pertama yang menggunakan antara muka pengguna grafik (graphical user interface) dan tetikus (mouse).

PERBEZAANWindowsLinuxMacintoshWindows membenarkan pengguna login tanpa password.Linux tidak membenarkan pengguna login secara automatikMacintosh mempunyai sistem yang lebih stabilWindows harus dipasang dan boot dari (primary partition) dan hanya mempunyai maksimum 4 partition primary pada (single hard disk) dan harus di boot dari cakera keras pertama.Linux boleh dipasang dan boot lebih baik dari (partition)utama @ (partition)logic dan dapat melakukan boot dari hard disk di computer.-Windows membolehkan program untuk menyimpan maklumat pengguna (fail dan setting)di mana sahaja. Ini menyukarkan untuk backup fail user dan tatacara untuk beralih ke komputer baru.Linux pula membenarkan semua data pengguna dalam direktori home membuatnya lebih mudah untuk berpindah dari komputer lama ke yang baru.Mac OS mempunyai kelebihan dari segi keselamatan iaitu serangan virus PERBEZAANWindowsLinuxMacintoshWindows direka untuk digunakan oleh satu orang pada satu masa sahaja.Platform Linux adalah sistem multi-user yang membenarkan lebih pengguna pada 1 masaMulti-tasking dan ia mampu membaca pelbagai jenis formatMicrosoft Windows

Windows menggunakan FAT12,FAT16,FAT32 @ NTFS dan mempunyai batas untuk pelbagai fail dan saiz (partition).

Linux memiliki sejumlah sistem fail sendiri. Seperti EXT2 dan menyokong pelbagai fail seperti XFS,JFS,JFFS dan Reiser3Menggunakan sistem fail MFS (Macintosh File System), HFS (Hierarical File System) dan HFS+SISTEM PENGOPERASIAN RANGKAIANSistem pengoperasian rangkaian (NOS) adalah sistem operasi yang terdapat di dalam komputer yang direka untuk menyokong komputer peribadi, pencetak dan perkakasan lain yang dihubungkan pada rangkaian kawasan tempatan (LAN). Selain itu ia juga berfungsi untuk menghantar arahan, menambah, mengatur dan membenarkan akses kepada sumber-sumber yang dikongsi oleh semua pengguna secara serentak.NOS juga berfungsi untuk melindungi data yang terdapat dalam rangkaian.Sistem pelanggan mengandungi perisian khusus yang membolehkan mereka untuk meminta sumber yang dikongsi yang dikawal oleh sistem pelayan bertindak balas kepada permintaan pelanggan.Satu sistem operasi rangkaian menyediakan perkongsian pencetak, sistem yang sama perkongsian fail dan pangkalan data, perkongsian aplikasi, dan keupayaan untuk menguruskan direktori nama rangkaian, keselamatan, dan aspek-aspek lain pengemasan rangkaian.PERBEZAANSISTEM OPERASISISTEM PENGOPERASIAN RANGKAIANPerbezaan dengan sistem operasi yang digunakan untuk pengguna individu bagi mengawal sesebuah komputerMengawal dan menguruskan semua aktiviti yang dijalankan oleh pelbagai komputer di sepanjang rangkaian. OS berfungsi sebagai perantaraan di antara perisian dan perkakasan.

Bertindak sebagai pengarah bagi memastikan perjalanan rangkaian ini dapat berjalan dengan sempurna dan bersistematik.Ia juga bertanggungjawab dalam mengagihkan sumber komputer seperti memori dan CPU kepada setiap aplikasi yang dijalankan-